P. 1
Folio anti-Dadah

Folio anti-Dadah

|Views: 1,529|Likes:
Published by Raihan
Dadah
Dadah

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Raihan on Jan 20, 2014
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2015

pdf

text

original

MALAYSIA Membanteras

DADAH
NAMA : TINGKATAN : NAMA GURU :

ISI KANDUNGAN

TAJUK BIODATA DIRI

HALAMAN i

PENGHARGAAN ii UNIT 1- MAKSUD/PENGENALAN DADAH 1 UNIT 2- TANDA-TANDA PEYALAHGUNAAN DADAH 2-5 UNIT 3- JENIS-JENIS DADAH 6-7 UNIT 4- KESAN PENGAMBILAN DADAH 8-9 UNIT 5- AKTA DAN UNDANG-UNDANG DADAH 10-12 UNIT 6- PERANAN UNTUK MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH (PERANAN INDIVIDU, IBU BAPA, GURU, PEMIMPIN MASYARAKAT DAN PELAJAR.) UNIT 7- PENGENALAN MEROKOK, JENIS RACUN UTAMA DALAM ROKOK ROKOK DAN KESAN ROKOK TERHADAP TUBUH MANUSIA . UNIT 8- CONTOH ARTIKAL DAN SURATKHABAR DAN LAIN-LAIN YANG BER BERKAITAN DADAH. 13-17

18-21 22-32

BIODATA

NAMA UMUR TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR NAMA BAPA NAMA IBU ALAMAT PEKERJAAN BAPA PEKERJAAN IBU SEKOLAH RENDAH

: : : : : : : : : :

SEKOLAH MENENGAH : KELAS (2013) HOBI CITA-CITA : : :

I

Akhir sekali. Di samping itu. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya iaitu Puan Normah Binti Talib kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan buku skrap ini. Tunjuk ajar. Roseman Bin Ali dan Pn. Puan Hjh Paijah Binti Kassan kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan buku skarp Pendidikan Sivik ini dengan jayanya. Hasnah Binti Aman kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. . saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu En. kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Luqman Bin Ibrahim dan Al Amin Bin Aryanto yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan buku skrap ini.● PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang SMK Tengku Aris Bendahara.

ii UNIT 1 : PENGENALAN DADAH Dadah atau „Drug‟ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Oleh yang demikian. makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang). Misalnya. apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik. Di dalam kitab suci Al-Quran. dan pergantungan. dihidu. Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau „misuse‟ dan „abuse‟ Selain itu. Dari sudut agama. dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. mengkhayalkan. dadah boleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan. dan menyebabkan penagihan. . dadah juga dibincangkan secara khusus. Walau bagaimanapun. dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psiko aktif. perubahan tingkah laku. bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit. istilah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. ragam dan pemikiran. mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuantujuan tertentu. emosi. Secara umumnya. sama ada berbentuk asli atau tiruan.

yang merangkumi alkohol. marijuana (ganja). tembakau. LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak. gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. sama ada asli atau tiruan. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semula jadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).1 UNIT 2 : TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH Dewasa ini. Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan diri sendiri. dihidu. ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta mengadaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. . Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan. dadah-dadah perangsang. apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik. dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. kokain. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnahkan sesuatu. Hal ini demikian kerana. Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut.

2 . Akhirnya. . seseorang itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa maut. sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Kekurangan pengetahuan tentang dadah > Remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah.FAKTOR BERLAKUNYA PENYALAHGUNAAN DADAH : a. Tekanan terhadap masalah -Peribadi -Keluarga -Kerja > Apabila tekanan emosi berlaku secara keterlaluan. b.

> Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah.3 c. Hal ini demikian kerana dengan adanya pegangan agama yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan. Mereka kerap menghabiskan masa bersama berbanding dengan ahli keluarga. Terdapat juga kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang lain. Oleh hal yang demikian. Faktor kurangnya didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang dalam kehidupan dengan melakukan perbuatan salah seperti menghisap dadah. Pengaruh rakan sebaya > Rakan merupakan orang terdekat kepada remaja selepas keluarga. Kurang didikan agama. . mereka akan mengikut dan melakukan perkara yang dilakukan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah. d.

Sentiasa ponteng kelas .Insomnia(Tidak dapat tidur) .TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH > Dari Segi Fizikal : .Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam .Penurunan prestasi akademik .Menggigil(tremor) .Mencuri .Kerisauan .Gangguan emosi dan perasaan > Dari Segi Perlakuan : .Keresahan .Sentiasa mengantuk > Dari Segi Psikologi : .Meremang bulu roma .Mabuk semasa memandu dan melibatkan kemalangan .4 .Digantung atau dibuang sekolah .Pening kepala .Berpeluh .

Kelas Dadah Depresan (Penenteram) Contoh Dadah > Candu > Untuk mengurangkan tekanan jiwa > Untuk mengelakkan kesakitan menyebabkan rasa letih. pertuturan tidak jelas dan lain-lain.5 UNIT 3 : JENIS-JENIS DADAH Bil. mengantuk. 1. > Morfina Tujuan Pengambilan > Heroin > Barbiturat . > Untuk menjadikan gerak balas terhadap rangsangan lambat.

2. Stimulan (Perangsang) > Kafeina > Boleh mengaktifkan selsel otak dan menambahkan kadar metabolisme badan > Penagih akan gembira dan aktif berasa > Nikotina > Marijuana > Amfetamin 6 3. Opiat (Pelegaan Kesakitan) > Morfina > Melegakan kesakitan dan kegelisahan. > Penagih akan tenteram dan berlebihan > Heroin berasa selesa > Candu 4. Halusinogen (Pengubah perasaan hati) > Ganja > Menyebabkan khayal .

(halusinasi) > Penagih akan berasa gembira kerana memasuki dunia khayalan mereka (gila) 7 UNIT 4 : KESAN-KESAN PENGAMBILAN DADAH Penyalahgunaan dadah akan membawa banyak kesan atau akibat yang negatif ke pada si penagih. Antaranya ialah : .

( Kesan-kesan negatif yang menyebabkan kerosakan pada organ pendalaman badan) 8 Selain daripada kesan dalaman pengambilan dadah juga boleh diketahui melalui perubahan luaran seperti ciri-ciri fizikal dan kelakuan seseorang. sebagai contoh : .

jumlah dadah yang digunakan. 2. 5. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil. ( Perubahan bentuk fizikal dan paras rupa akibat pengambilan dadah ) 9 UNIT 5 : AKTA UNDANG-UNDANG DADAH . 8. Selalu mengantuk. kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah. Tubuh badan yang sihat menjadi lemah. hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.1. keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap. terutama di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan). 9. 6.Akta Dadah Berbahaya 1952 : . Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya. Walau bagaimanapun. sehingga percakapan susah di fahami. kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan. 3. 7. 4. Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka. Dari masa ke semasa menggeletar seperti kesejukan amat sangat. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar. cara penggunaan.

pembuatan. . sebagai memiliki . .Mengawal penggunaan segala jenis dadah.Sabah dan Sarawak pada 1 Jun 1978 di mana kegunaan. bekalan dan pemilikannya.Semenanjung Malaysia mulai 1 November 1952 . dia hendaklah dianggap. sehingga dibuktikan sebaliknya. . penjualan dan pengimportan semua jenis dadah dikawal.> Digubal oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri > Merupakan Undang-undang utama yang berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia.Membahagikan dadah kepada 4 kumpulan mengikut tahap bahaya dan hukuman kumpulan-kumpulan dadah iaitu: ● Pengimport ● Pengeksport ● Pengilang ● Penjual .Tujuan Akta dan Undang-undang Dadah : .Akta dan undang-undang ini dikuatkuasakan pada : . 10 .Membezakan secara nyata antara pemilikan haram dan pengedaran.Di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan: “Apabila seseorang dijumpai dalam jagaannya atau di bawah kawalannya dadah berbahaya. dan .Memasukkan segala jenis dadah baru ke dalam Akta ini bagi tujuan mengawal pengeluaran.

Seksyen 6 > Didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja ( walaupun sepohon).Seksyen 39A > 20 hingga 50 gram ganja . 11 .dadah berbahaya tersebut hendaklah dianggap mengetahui akan keadaan (nature) dadah berkenaan”..Hukumannya MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI -Seksyen 39B > 50 gram atau lebih berat ganja dan ganja resin .000 .Hukumannya penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM 20. . .Hukuman-hukuman terhadap dadah jenis ganja : > 200 gram atau lebih berat ganja atau 200 gram atau lebih berat resin ganja .Seksyen 39A (1) > 5 gram ganja atau biji ganja .Anggapan Sebagai Pengedar Dadah : .Di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan bahawa seseorang individu akan didakwa sebagai pengedar dadah sekiranya mereka membawa : .Hukumannya penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.Hukumannya penjara seumur hidup dan disebat.Hukumannya penjara tidak kurang 2 tahun tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan 3-9 sebatan rotan .

●40 gram atau lebih kokain. ● sejumlah 200 gram atau lebih campuran kanabis dan kanabis resin. dan ●2.000 gram atau lebih daun koka 12 UNIT 6. ●200 gram atau lebih kanabis (ganja). ● sejumlah 15 gram atau lebih campuran heroin. monoacetylmorfin atau sejumlah 15 gram atau lebih campuran dua di antaranya.PERANAN UNTUK MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH . ●200 gram atau lebih resinkanabis (ganja).000 gram atau lebih campuran candu masak dan candu mentah. morfin.●15 gram atau lebih heroin. ●15 gram atau lebih morfin. ●1.000 gram atau lebih candu mentah ● sejumlah 1. ●15 gram atau lebih monoacetylmorfin. ●1.000 gram atau lebih candu masak.

Setiap individu hendaklah mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat menangkis apa jua anasir negatif yang datang. jelas menunjukkan bahawa masalah penagihan dadah terus meningkat setiap tahun. Isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Ibu bapa . Justeru. 1. Peranan Individu: Masalah penagihan dadah juga boleh diatasi dengan tindakan individu itu sendiri. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah penagihan dadah. setiap orang hendaklah memikirkan masa depan mereka dan sentiasa menjauhi sikap ingin mencuba atau merasai najis dadah. Hal ini kerana ibu bapa boleh menasihati anak-anak mereka agar menjauhi najis dadah.Mengatasi masalah bukan dengan dadah .Membantu persekitaran bebas dari dadah 13 2.Setiap individu mempunyai peranan yang penting untuk mewujudkan generasi tanpa dadah. > Tindakkan seseorang individu ialah : . Daripada paparan di media massa. Anggapan segelintir orang yang mengatakan bahawa dengan menagih dadah. seseorang itu dapat menghilangkan segala masalahnya hanyalah 'khayalan' belaka kerana penggunaan dadah tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan kematian dan kesengsaraan.Tidak berseronok secara berlebihan . Peranan Ibu Bapa : Ibu bapa boleh memainkan peranan dalam mengatasi masalah penagihan dadah.Tidak sesekali mencuba dadah .Bersikap rasional dan positif .

> Tindakkan sebagai ibu bapa : .Sentiasa menjadi teladan yang baik .Jangan menghukum sebelum mendengar dan mengetahui dengan jelas .juga boleh menjelaskan kepada anak-anak tentang keburukan dadah iaitu penyakit berbahaya seperti AIDS.Faham perasaan anak dengan prihatin dan kasih sayang .Sentiasa membimbing ke arah kesejahteraan .Ketahuilah apa yang anak-anak anda lakukan. Peranan Pihak Sekolah dan Guru : .Sentiasa berbincang dan bercakap benar .Tidak berprasangka buruk .Berkomunikasi dengan berkesan dan hormati pendapat anak anda . ke mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan pada masa lapang.Menyelesaikan masalah yang ada .Bentuklah anak-anak dengan memberikan kasih sayang . siapa rakan-rakan mereka. ibu bapa juga mestilah memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa. Selain itu. 14 3.Sentiasa bertolak ansur dan bersabar .Mengambil berat dan berikan perhatian .

Menyediakan program yang berkesan supaya mesej dan sasaran lebih tepat .Mendidik dan penerangan mengenai isu dadah sentiasa dipertingkatkan selaras dengan perkembangan isunya .Peranan pihak sekolah dan guru juga turut dapat mengatasi masalah ini yang merebak seperti virus epidemik di kalangan murid-murid.Menyebarkan maklumat tentang bahaya dadah . Pihak sekolah boleh mengadakan aktivitiaktiviti yang boleh mendatangkan kemaslahatan kepada murid-murid.Menjadi penyalur maklumat yang efektif 15 4.Membantu dalam usaha pencegahan dengan pengesanan awal penagihan di kalangan pelajar . Melalui cara ini.Memantapkan kefahaman dan keyakinan pelajar dalam menolak dadah .Mempelbagaikan usaha program pencegahan dadah . Peranan Pemimpin Masyarakat/Kerajaan : . > Tindakkan sebagai pihak sekolah/guru : . Biar kita ambil sebagai contoh. pihak sekolah boleh mengadakan ceramah mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. murid-murid dapat menghindarkan diri mereka daripada perkara yang tidak berfaedah seperti mencencang air yang boleh membawa impak negatif dalam diri mereka.

. Program-program kesedaran ini boleh dilaksanakan melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio yang dimiliki oleh pihak kerajaan. .Pemimpin atau pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk mengatasi masalah penagihan Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menggubal undangundang bagi membendung gejala penagihan dadah. tenaga dan wang ringgit dalam usaha membanteras dadah. > Tindakkan Sebagai Pemimpin Masyarakat : .Memberikan sokongan padu dengan mengambil bahagian dalam setiap program pemulihan dan aktiviti pencegahan.Menyediakan alternatif untuk penagih dadah mendapatkan kepulihan . Pihak kerajaan juga mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan pelbagai program kesedaran tentang penyalahgunaan dadah.Membantu bekas penagih dadah mengintegrasikan diri dalam masyarakat .Menyumbangkan idea. masa. .Mengetatkan lagi undang-undang terhadap penggunaan dadah.Mengakui kebolehan bekas penagih untuk bekerja 16 5. Peranan Pelajar : .

> Tindakkan Sebagai Pelajar : .Banyakkan perasaan ingin tahu > Kesimpulan : Beberapa cara boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah penagihan dadah.Berkeyakinan dalam membuat keputusan bijak .Ketahuilah apa yang penting bagi diri anda . 17 . masyarakat dan Negara. Misalnya. Dengan kerjasama semua pihak.Tingkatkan keyakinan diri pada setiap masa . Oleh itu.Pelajar merupakan individu yang dalam proses penimbaan ilmu pengetahuan. maklumat tentang dadah yang akan di jadikan perkara yang di ingatkan supaya tidak mencubanya. kerana pelajaran merupakan ilmu yang penting untuk mengetahui sesuatu perkara.Kenal pasti pengaruh yang kurang sihat di sekeliling anda . sudah pasti masalah penagihan dadah akan dapat diatasi. Semua pihak mesti berganding bahu dalam menangani masalah penagihan dadah ini. pelajar mestilah sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan yang di lakukan yang akan memberi kesan pada masa depan. Masalah penagihan dadah ini mesti segera diatasi kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada diri sendiri. Setiap pelajar mestilah sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran.Sentiasa terapkan nilai yang baik dan mempraktikkannya .Kurangkan perasaan ingin mencuba .

● Jenis-jenis Racun dalam Rokok : Rokok dianggarkan mempunyai 4000 jenis racun. .Boleh ditemui di mana-mana. . jenis-jenis serangga lain hinggalah jenazah.Bahan pengawet untuk kodok.Bahan yang tidak banyak beza dari kandungan tar jalan raya > Karbon Monoksida . JENIS RACUN UTAMA DALAM ROKOK DAN KESAN ROKOK TERHADAP TUBUH MANUSIA.UNIT 7. > Bahan Karsinogenik. Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung.Bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.Mengandungi 30 jenis bahan yang menyebabkan kanser. ini sebahagian daripada racun-racun tersebut : > Nikotina > Tar . Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaingi nikotin. . . > Benzena > Kadmium > Ammonia > Formalin . iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis.Dadah yang menyebabkan ketagihan. misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung. ● Pengenalan Rokok : Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daundaun tembakau yang telah dicacah.PENGENALAN MEROKOK. Terdapat dua jenis rokok. kupu-kupu. 18 .Logam yang sangat beracun dan radioaktif. tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.Asap yang dikeluarkan dari kenderaan menyebabkan kekurangan kandungan oksigen diambil. Kebelakangan ini. bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

19 .

Sakit kepala ● Sebab kematian seorang perokok . pankreas dan perut. .Mengakibatkan menyebabkan kanser pundi kencing.Kematian umumnya bukan terjadi karena kesulitan bernafas yang diakibatkan oleh membesarnya kanser.Sakit atau pedih mata . .● Kesan Rokok Terhadap Tubuh Manusia : Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan di hidap oleh seseorang yang menghisap rokok.Sakit kerongkong .Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis .Menyebabkan kanser larik. buah pinggang. . 20 . tetapi karena posisi paru-paru dalam sistem peredaran darah menjadikan kanser mudah menyebar ke seluruh tubuh.Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung . mulut dan esofagus. .Merokok menyebabkan penyumbatan darah yang membawa kepada sakit jantung .Merokok akan menyebabkan kekurangan penyaluran oksigen yang menyebabkan jantung a perlu bekerja lebih keras. Antaranya ialah : .Bersin dan batuk-batuk . Penyebaran metastase ke arah otak dan bahagian kritis lainnya lah yang mengakibatkan kematian itu.Kanser organ peranakan didapati lebih kerap di kalangan wanita yang menghisap rokok s s atau mempunyai rakan hidup yang hisap rokok. 90% penderita meninggal dalam 3 tahun setelah diagnosis.

Keadaan Tubuh Seorang Perokok 21 .

CONTOH ARTIKAL DAN SURAT KHABAR DAN LAIN-LAIN YANG BER aa aaaaBERKAITAN DENGAN DADAH Surat Khabar Contoh 1 : a a 22 .UNIT 8.

Contoh 2 : 23 .

Contoh 3 : 24 .

berlari ke dinding dan melakukan hal-hal di luar kendali. keluarga Emily membuat organisasi non-profit yang memberikan pengetahuan tentang bahaya penggunaan ganja sintetis. saat ini dia mulai bisa menggunakan kembali tangan dan kakinya juga mulai bisa konsumsi makanan padat.Gadis berusia 17 tahun. bahkan mengatakan menyayangi ibunya. Emily mulai menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Hanya 15 meniti setelah merokok itu. Agar kejadian serupa tidak menimpa keluarga lain. lebih dari 70 persen dari otaknya mati dan dia tidak akan mengenali keluarganya atau dapat menggunakan lengan dan kakinya lagi. Seiring waktu. Emily mengatakan merasakan migrain dan ingin berbaring.Artikel Contoh 1 : Gadis remaja dari Texas menderita strok beberapa saat setelah merokok ganja sintetis. Dikhabarkan saat ini. Emily masih mengalami halusinasi dan mencuba untuk melukai dirinya sendiri. Selama 24 jam kemudian. tekanan pada otak Emily menjadi begitu hebat. sehingga para doktor harus mengebor lubang di tengkoraknya untuk memberikan bantuan. demikian yang dilangir Foxnews. Saat keluarga yang putus asa memutuskan akan melepas tabung nafasnya. Mereka menemukan kejang adalah hasil dari vaskulitis parah. Doktor memutuskan untuk menempatkan Emily yang sudah dalam keadaan koma untuk dilakukan pemeriksaan dan menjalankan tes pada otaknya. Walaupun Emily masih lumpuh dan sangat bingung. Setelah dia menderita serangkaian gejala strok yang akhirnya memicu ke dalam keadaan psikotik. Emily Bauer dari Cypress. membeli ganja palsu di sebuah pompa bensin lokal dengan teman-teman pada Disember. Dia akhirnya mengalami halusinasi kekerasan. Doktor mengatakan kepada keluarganya. 25 . dan lumpuh. Texas. dia mengalami kerosakan otak. iaitu suatu peradangan pada pembuluh darah yang akhirnya membatasi aliran darah dan oksigen ke otak. buta.

Perbuatan mereka terbongkar selepas polis menyerbu rumah mereka di Taman Desa Maju Perak. pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.Contoh 2 : Artis seksi positif dadah dicekup bersama teman lelaki PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi. Alor Bakong. selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0. 26 . kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai. dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik. anak jual dadah TELUK INTAN – Tidak sampai seminggu selepas dibebaskan daripada Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan penyalahgunaan dadah. di sini. Contoh 3 : Mertua dicekup bantu menantu. Langkap dekat sini pada pukul 4.30 petang.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.30 petang kelmarin selepas polis menerima maklumat orang awam berhubung aktiviti mencurigakan di kediaman terbabit. kelmarin. Menurut sumber. Dalam serbuan kira-kira jam 5. pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya. seorang lelaki dicekup bersama isteri dan ibu mertuanya kerana menjadikan rumah mereka sarang membungkus ganja dan syabu. seorang penganggur juga berusia 26 tahun. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Logo Contoh 1 : 27 .

Contoh 2 : 28 .

Contoh 3 : 29 .

Poster Contoh 1 : 30 .

Contoh 2 : 31 .

Contoh 3 : 32 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->