You are on page 1of 33

FONETIK DAN FONOLOGI

BAHASA MELAYU

(ISL 3)
PISMP 4A
Nama ahli kumpulan 3:
1. Mohd Hanif B Zainaldin
2. Muhammad Muhaimin B Zaki
3. Siti Nasuha Bt Che Shukor
4. Nur Azira Bt Azuani
ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

Artikulasi Konsonan
Artikulasi Diftong

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota nota pembelajaran terkini dari www.NotaMurid.com
. Hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk memberikan pandangan terhadap NotaMurid.com.
ARTIKULASI KONSONAN
 Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi
bahasa selain bunyi vokal, sama ada
bersuara atau tidak bersuara, yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru
menerima sekatan atau geseran, yang
berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak
atau rongga hidung.
CIRI-CIRI BUNYI KONSONAN
• Bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri
berikut:-
ii. Ada konsonan yang bersuara dan ada
konsonan yang tidak bersuara, bergantung
sama ada pita suara digetarkan atau tidak.
iii. Arus udara yang keluar dari paru-paru
menerima sekatan atau geseran.
iv. Ada konsonan sengau dan ada konsonan
tidak sengau, bergantung kepada keadaan
lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.
PENGHASILAN BUNYI KONSONAN
i. Keadaan glotis
• Jika glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar apabila arus udara keluar dari paru-
paru, menghasilkan bunyi suara.
• Jika glotis direnggangkan dan pita suara
tidak bergetar, menghasilkan bunyi tidak
bersuara.

v. Keadaan lelangit lembut


• Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi
konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi
oral.
• Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari
paru-paru dapat keluar melaui rongga hidung,
menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi
PENGHASILAN BUNYI KONSONAN
i. Cara arus udara
• Udara yang keluar dari paru-paru yang akan
menghasilkan pelbagai kategori bunyi
konsonan iaitu konsonan letupan, konsonan
letusan, konsonan geseran, konsonan
sengau, konsonan sisian, konsonan getaran
dan separuh vokal.

iv. Sentuhan antara alat artikulasi


• Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah
artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai
bunyi konsonan, antaranya konsonan dua
bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi,
konsonan gelungan, konsonan gusi-lelangit
keras , konsonan lelangit lembut dan
konsonan anak tekak.
CARA MENGHASILKAN BUNYI
KONSONAN
Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa
Melayu dihuraikan mengikut cara
penghasilanya, iaitu dari segi cara arus
udara keluar dari paru-paru.
Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam
bahasa Melayu, iaitu letusan, letupan,
geseran, getaran, sisian, sengau dan
separuh vokal.
KONSONAN LETUSAN
• Konsonan letusan dihasilkan dengan
membuat sekatan antara alat artikulasi
dengan daerah artikulasi.
• Pertemuan antara alat artikulasi dengan
daerah artikulasi ini menyekat arus udara
dari paru-paru.
• Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan
perlahan-lahan, menghasilkan bunyi
letusan.
• Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya
sepasang konsonan letusan, iaitu letusan
gusi-lelangit keras tak bersuara [c] dan
bersuara [j].
KONSONAN LETUSAN
• Cara menghasilkan konsonan letusan adalah
dengan cara:
ii. Depan lidah ditemukan dengan daerah
antara gusi dengan lelangit keras dan
lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding
belakang rongga tekak.
iii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui
rongga mulut dan tersekat di belakang
pertemuan antara depan lidah dengan gusi-
lelangit keras.
iv. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan
perlahan-lahan.
KONSONAN LETUSAN
• Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis
direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, maka terhasillah konsonan letusan
gusi-lelangit keras tidak bersuara [c].
• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar, maka terhasillah konsonan
letusan gusi-lelangit keras bersuara [j].
• Contoh penggunaan dalam perkataan:
cuka jumlah
baca panji
Mac caj
KONSONAN LETUPAN
 Konsonan letupan (atau hentian atau plosive)
dihasilkan dengan membuat sekatan di
antara alat artikulasi.
 Pertemuan antara alat artikulasi dengan
daerah artikulasi ini menyekat arus udara
dari paru-paru.
 Sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan
serta-merta, menghasilkan bunyi letupan.
LETUPAN DUA BIBIR
• Cara menghasilkan konsonan letupan dua
bibir adalah:
ii. Merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan
udara dari peparu tertahan dan menaikkan
lelangit lembut rapat ke dinding belakang
rongga tekak.
iii. Arus udara keluar dari paru-paru melaui
rongga mulut dan tersekat di belakang
pertemuan dua bibir.
iv. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan
serta-merta.
LETUPAN DUA BIBIR
• Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis
direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah
konsonan letupan dua bibir tidak bersuara
[p].
• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah
konsonan letupan dua bibir bersuara [b].
• Contoh penggunaan dalam perkataan:
pakar bungkus
api abadi
tiap sebab
LETUPAN GUSI
• Cara menghasilkan konsonan letupan gusi
adalah:
Merapatkan hujung lidah ke gusi dan
menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding
belakang rongga tekak.
Arus udara dari paru-paru melalui rongga
mulut tertahan dan tersekat di belakang
pertemuan di antara hujung lidah dengan
gusi.
Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan
serta- merta.
LETUPAN GUSI
• Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis
direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan
letupan gusi tidak bersuara [t].
• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi
bersuara [d].
• Contoh penggunaan dalam perkataan:
tiap datin
atas adegan
LETUPAN LELANGIT LEMBUT
• Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit
lembut adalah:
ii. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.

iii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui


rongga mulut dan tersekat di belakang
pertemuan di antara belakang lidah dengan
lelangit lembut.
iv. Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan
dengan serta-merta.
LETUPAN LELANGIT LEMBUT
• Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis
direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan
lelangit lembut tidak bersuara [k].
• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah
letupan lelangit lembut bersuara [g].
• Contoh perkataan:
kapak gila
laksa sagu
HENTIAN GLOTIS
• Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara:
Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan
lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding
belakang rongga tekak.
Arus udara dari paru-paru dan tersekat di
belakang rapatan pita suara.
Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta
tanpa menggetarkan pita suara. Justeru,
terhasillah bunyi hentian glotis.
Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang
dieja dengan huruf k, misalnya:
[budak]
[kapak]
[tidak]
KONSONAN GESERAN
 Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan
dengan membuat sempitan antara alat
artikulasi dengan daerah artikulasi.
 Arus udara dari paru-paru dapat keluar
antara sempitan ini dan bergeser.
 Dalam bahasa Melayu terdapat dua
konsonan geseran asli, iaitu konsonan
geseran gusi tidak bersuara [s] dan
konsonan geseran glotis [h].
GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA
• Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dihasilkan
dengan cara:
ii. Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.
iii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding
rongga tekak.
iv. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan
hujung lidah dengan gusi.
v. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.
vi. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s].
vii.Contoh perkataan:
Semut
Asap
Keras
GESERAN GLOTIS
• Konsonan geseran glotis [h] dihasilkan
dengan cara:
ii. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut
dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga
tekak.
iii. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser
tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga
mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi
vokal.
iv. Contoh kehadiran dalam perkataan:

Hutan
Sahaja
Suluh
KONSONAN GETARAN
 Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang
sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi
dengan daerah artikulasi dalam rongga
mulut, tetapi dengan cara menggetarkan
lidah.
 Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu
konsonan getaran, iaitu konsonan getaran
gusi [r].
KONSONAN GETARAN
• Cara menghasilkan bunyi [r] ini adalah:
Mengangkat hujung lidah kearah gusi dan
menggetarkan hujung lidah.
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding
belakang rongga tekak.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Contoh kehadiran dalam perkataan:
Rambut
Seru
Sukar
KONSONAN SISIAN
 Konsonan sisian dihasilkan dengan
mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah
dalam rongga mulut.
 Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu
konsonan sisian, iaitu sisian gusi [l].
KONSONAN SISIAN
• Konsonan sisian gusi [l] dihasilkan dengan
cara:
ii. Hujung lidah diangkat kea rah gusi atas dan
lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding
belakang rongga tekak.
iii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui kiri
dan kanan lidah (sisi lidah).
iv. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

v. Contoh kehadiran dalam perkataan:


Lambat
Tuala
Cekal
KONSONAN SENGAU
• Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat
sekatan antara alat artikulasi dengan daerah
artikulasi di dalam rongga mulut.
• Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus
udara dari paru-paru keluar melaui rongga
hidung.
• Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau
dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa
sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau, arus
udara keluar melaui rongga hidung oleh
sebab lelangit lembut diturunkan.
• Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan
sengau, iaitu konsonan sengau dua bibir [ɲ ],
dan konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ].
KONSONAN SENGAU DUA BIBIR
• Konsonan sengau dua bibir [m] dihasilkan
dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas,
lelangit lembut diturunkan dan arus dari
paru-paru keluar melaui rongga hidung.
• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar .
• Contoh kehadiran dalam perkataan:
Malam
Aman
Siam
KONSONAN SENGAU GUSI
• Konsonan sengau gusi [n] dihasilkan dengan
hujung lidah ditemukan dengan gusi atas.
• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.
• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
• Contoh kehadiran dalam perkataan:
Nampak
Tanak
Daun
KONSONAN SENGAU GUSI LELANGIT
KERAS
• Konsonan sengau lelangit keras [ɲ] dihasilkan
dengan depan lidah ditemu atau dirapatkan ke
langit keras.
• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari
paru-paru keluar melaui rongga hidung.
• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
• Oleh sebab lambang [ɲ] tidak ada pada mesin
taip, dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu,
konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf
iaitu ny.
• Contoh kehadiran dalaam perkataan:
Nyawa
Anyam
KONSONAN SENGAU LELANGIT
LEMBUT
• Konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ]
dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke
lelangit lembut.
• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara
dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
• Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu,
konsonan ini juga dilambangkan dengan dua
huruf, iaitu ng.
• Contoh kehadiran daalam perkataan:
Ngilu
Angan
Bising
KONSONAN DIFTONG
• Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu
satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain.
• Diftong boleh dianggap sebagai satu suku
kata dan mempunyai puncak kelantangan.
• Diftong atau vokal rangkap adalah bunyi yang
dihasilkan kerana posisi lidah ketika
menghasilkan bunyi.
• Hal ini pada bahagian awalnya dan bahagian
akhirnya tidak sama. Ketidaksamaan itu
menyangkut tinggi rendahnya lidah, bahagian
lidah yang bergerak, serta strukturknya.
• Diftong dapat dibezakan melalui diftong naik
dan diftong turun.
KONSONAN DIFTONG
 Contoh :
[ ai ] = vokal depan rendah + vokal
depan tinggi
* capai, hairan

[ au ] = vokal depan rendah + vokal


belakang tinggi
* kacau, kalau

[ oi ] = vokal belakang separuh tinggi


+ vokal depan tinggi
* baloi, kaloi
SEKIAN…

You might also like