You are on page 1of 21

Abstrak Kajian Tindakan PISMP Sem 8 C Ambilan 2008 1.

PENGGUNAAN BUKU 3D DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECIL BAGI KANAK-KANAK PRASEKOLAH Arina Abdul Rahim ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan buku 3D. Tujuan dan objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil a-z. Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk melihat kekemasan dalam menulis huruf kecil. Pemerhatian dan analisis dokumen digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti peningkatan dalam menulis huruf kecil dan kekemasan tulisan. Subjek kajian terdiri daripada lima kanak-kanak prasekolah. Data telah dianalisis dengan menggunakan analisis diskriptif (peratus). Refleksi kajian menunjukkan bahawa masalah dalam kemahiran menulis ini berpunca daripada kaedah lihat dan tulis yang digunakan sebelum ini tidak begitu memberangsangkan. Tambahan pula kemahiran psikomotor halus kanak-kanak ini belum mencapai tahap kematangan. Buku 3D yang dihasilkan digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi iaitu kemahiran menulis dari aspek kekemasan tulisan. Dalam intervensi yang dijalankan kanak-kanak dikehendaki menggunakan buku 3D secara berulangan. Penyelidik memperuntukkan masa pada setiap hari dengan meminta kanak-kanak menggunakan buku 3D sebelum dan selepas memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi dari penggunaan buku 3D ini menjadikan huruf yang ditulis oleh kanak-kanak menjadi lebih kemas dan baik berbanding sebelum menggunakan buku 3D.

ABSTRACT This action research was carried out to improve the writing skills of the lowercase for preschool children using the 3D books. The purpose and objectives of this study is to help children improve writing skills lowercase letters a-z. In addition, this study was also to identify the effectiveness of using the 3D book to improve housekeeping book written lowercase. Observation and analysis of documents were used as the research instrument. These instruments were used to identify writing skill increase and neatness of writing in the lowercase. Subject consisted of five preschool children. Data were analyzed using descriptive analysis (percent). Reflective studies have shown that

problems in reading, writing stems from the method used to read and write previously used were not encouraging. Furthermore, fine phsychomotor skills of these children have not reached maturity. The 3D book produced is used to help children overcome the problems of the neatness of writing skills in terms of writing. Interventions conducted required the children to use the 3D book repetitively. Researchers set aside some time every day to asking children to use the 3D book before starting and finishing the process of teaching and learning. The implications after using the 3D book, is that it makes the lowercase font written by children to be smarter and better than before using the 3D books. 2 Teknik bercerita dalam membantu menerapkan tingkah laku positif dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah. Fatin Adila Jamil

ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan teknik bercerita dalam membantu menerapkan tingkah laku positif dalam kalangan kanakkanak prasekolah. Objektif khusus kajian tindakan ini ialah mengenal pasti tingkah laku positif yang kurang diamalkan oleh kanak-kanak prasekolah dan meningkatkan tingkah laku positif terhadap kanak-kanak prasekolah melalui teknik bercerita. Tingkah laku positif yang ingin diterapkan dalam diri kanak-kanak prasekolah ialah meminta kebenaran untuk meminjam barang dari rakan dan menunjukkan amalan berterima kasih. Subjek kajian terdiri daripada empat orang kanak-kanak prasekolah. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temu bual, pemerhatian serta ujian awal dan ujian akhir. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (petikan perbualan dan peratusan). Hasil analisis mendapati keempat-empat subjek menunjukkan peningkatan pada amalan tingkah laku positif selepas intervensi berbanding sebelum intervensi dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik bercerita berkesan dalam membantu menerapkan tingkah laku positif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Pengkaji telah mencadangkan agar kajian seterusnya dijalankan dengan menggunakan lebih banyak bilangan buku cerita berkaitan dengan pelbagai tingkah laku positif kanak-kanak dan dilaksanakan pada waktu lain seperti pada waktu aktiviti permainan luar dan waktu rehat. Seterusnya pengkaji mencadangkan agar kajian sebegini dijalankan terhadap bilangan subjek yang lebih ramai iaitu untuk kanak-kanak normal pada peringkat umur antara 7 hingga 9

tahun serta teknik bercerita berpandukan main peranan dan pengukuhan juga digunakan untuk kajian selanjutnya.

ABSTRACT This action research was carried out to observe the extent of effectiveness of storytelling techniques to help implement positive behaviour among preschool children. The specific objectives of this research are to identify the positive behaviour that is less practiced and to increase the positive behaviour of preschool children through storytelling techniques. The positive behaviours applied to the preschool children were asking for permission when borrowing things and also showing practice of gratitude. Subjects of the research consist of four preschool children. Data collections were done through interviews, observations and initial and final test. Data were analysed using descriptive analysis (conversation quotes and percentage). Results of the analysis found that the four subjects showed an increase in positive behaviour after the intervention compared to before intervention was carried out. The research showed that story-telling techniques are effective to help implement positive behaviour among preschool children. Researchers has suggested that further studies be carried out using more related to a variety of positive behaviors of children and performed at other times such as at outdoor activities and during the break. Researcher also suggested that such studies conducted on larger numbers of subjects for normal children at the age of 7 to 9 years old also adding on using strengthening and the role-play storytelling techniques. 3 Penggunaan kad imbasan bergambar membantu meningkatkan kemahiran membaca murid Hasnurfarisha Hassan ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan di sebuah prasekolah di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah penggunaan kad imbasan bergambar membantu meningkatkan kemahiran membaca murid. Kajian ini melibatkan seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang berumur lima hingga enam tahun. Objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyebut dan membunyikan suku kata KVKV dengan betul melalui penggunaan kad imbasan bergambar serta meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran membaca dengan

menggunakan kad imbasan bergambar. Ujian dan pemerhatian berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti peningkatan keupayaan kemahiran membaca murid. Data dianalisis dengan menggunakan analisis diskriptif iaitu menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa masalah menyebut dan membunyikan suku kata adalah kerana murid-murid tidak mengingati dengan betul bunyi suku kata dan tidak mahir dalam menggabungkan suku kata KV menjadi KVKV. Ia juga berlaku disebabkan oleh murid-murid menghafal bunyi-bunyi suku kata KV tersebut dan mengalami kekeliruan apabila mahu menyebut suku kata KVKV. Bagi mengatasi masalah ini, kad imbasan bergambar digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih baik dan bermakna kepada murid. Dalam kajian ini, murid diberikan intervensi secara berulang-ulang untuk membantu meningkatkan kemahiran menyebut dan membaca suku kata KVKV. ABSTRACT This study is an action research carried out at a pre-school in Kuala Lumpur. The purpose of this study is to evaluate to what extent the flash cards are helping us to improve the basic reading skills of pupils. The study involved a total of five pupils consisting of three male and two female pupils aged five to six years. The objective of this study is to improve student skills in pronouncing KVKVs syllables and sounds correctly by flash cards and also to increase the ability of the students in basic reading skills by using flash cards. Tests and structured observations are used as a research instrument. These instruments are used to identify the improvement of students basic skills of reading. The collected data is analysed descriptively using frequency and percentage. The results show that the problems of pronouncing syllables are because the pupils do not remember the sound of syllables correctly and due to they do not have the appropriate skills in combining syllables from KV into KVKV. Another reason is because though theyve memorised how the sound of the syllables but they always get confused when it comes to pronounce the KVKV syllables. To overcome this problem, flash cards are used as a teaching aid to provide better learning experiences to students. In this study, pupils are given the repeated interventions to help improve reading skills, and pronouncing KVKV syllables. 4 MEMBANTU MURID PRASEKOLAH MENULIS AYAT DENGAN BAIK MELALUI PENGGUNAAN KAEDAH PETAK. Huzaini Amir ABSTRAK

Kajian yang dilaksanakan ini merupakan suatu kajian tindakan yang dilaksanakan bagi membantu kanak-kanak prasekolah menulis ayat dengan baik menggunakan Kaedah Petak. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki mutu tulisan kanakkanak ketika menulis agar lebih kemas, teratur dan tersusun. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu kanak-kanak prasekolah menulis ayat dengan baik tanpa mengandungi sebarang kesalahan sama ada dari aspek susun atur perkataan, jarak di antara perkataan, kedudukan perkataan-perkataan, saiz tulisan dan sebagainya. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Instrumen kajian ini digunakan adalah untuk mengesan peningkatan yang berlaku terhadap keupayaan menulis kanak-kanak. Seramai tiga orang kanak-kanak prasekolah telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Setiap data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif (kekerapan, peratusan dan petikan perbualan). Berdasarkan kepada hasil refleksi yang dijalankan menunjukkan bahawa masalah penulisan ini berlaku sebenarnya disebabkan kanakkanak ini keliru dengan teknik penulisan yang betul. Ekoran daripada perkara tersebut, kanak-kanak ini sering melakukan kesalahan dalam aspek penulisan setiap kali guru memberikan lembaran kerja untuk dilaksanakan. Kaedah Petak telah dipilih dan digunakan sebagai suatu kaedah ansur maju dan latih tubi yang dapat membantu kanak-kanak menulis ayat dengan baik. Implikasinya, kanak-kanak dapat menulis ayat dengan baik tanpa sebarang kesalahan. Penggunaan Kaedah Petak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu kanak-kanak menulis dengan baik tanpa sebarang kesalahan.

ABSTRACT

The study conducted is a study of the actions implemented to assist preschool children to write sentences with good plot method. The purpose of this study was undertaken to improve the quality of children's writing when writing to a neat, orderly and organized. The objective of this study was undertaken to assist preschool children to write good sentences without containing any error either in terms of layout words, the distance between words, the words, font size, etc. Research instruments used in this study are questionnaire, observation and interviews. Instruments used in this study were to detect the increase occurring in the ability to write for children. A total of three preschool children were selected as respondents in this study. Each of the data obtained by descriptive analysis (frequencies, percentages, and quotes a conversation). Based on the result of reflection carried out, shown that the problem is the actual writing because

these children are confused by the proper writing techniques. As a result of these matters, these children are often committed in writing every aspect of the teacher to give the worksheet to be implemented. Plot method was selected and used as a flexible method developed to help children write a sentence properly. The implication, children can write sentences properly without any errors. Use the current plot method of teaching and learning sessions to help children write well without any errors. 5. Meningkatkan kemahiran menyebut dan menulis dengan menggunakan Teknik Mulkad murid-murid prasekolah Md. Azri Sidik ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid prasekolah dalam meningkatkan kemahiran menyebut dan menulis dengan menggunakan Teknik Mulkad. Kajian ini telah dilakukan di salah sebuah sekolah di Subang Jaya, Selangor. Kemahiran menyebut dan menulis adalah kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid prasekolah. Seramai 5 orang murid dari prasekolah sekolah tersebut telah dipilih untuk dijadikan responden. Satu tinjauan masalah telah dijalankan dengan menggunakan pemerhatian, analisis dokumen, dan juga Ujian Diagnostik. Hasil analisis data yang telah dilakukan menunjukkan bahawa terdapat perubahan serta peningkatan selepas menggunakan Teknik Mulkad. Kajian ini selanjutnya mencadangkan ia dijalankan dengan menggunakan Teknik Mulkad dalam mengenal nombor 1 10 . Abstract

Action research was conducted to assist preschool students in improving spelling and writing skills by using Mulkad technique. The study was conducted at one school in Subang Jaya, Selangor. Spelling and writing skills to be mastered by preschool students. There were five students from preschool was chosen to be the respondent. The review of the problem was based on observations, document analysis, and Diagnostic Tests. The results of data analysis has been done shows that there are changes and improvements have been shown with using Mulkad technique. The future studied suggested that it be carried out using Mulkad Technique in recognizing numbers 1 10 . 6

PENINGKATAN KEFAHAMAN KONSEP ASAS NOMBOR 1 HINGGA 10 MENGGUNAKAN KOMPUTER Muhammad Aminnilah Mustapha

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan penggunaan komputer dalam untuk memahami konsep nombor 1 hingga 10 kepada kanak-kanak prasekolah. Responden kajian terdiri daripada 7 orang murid-murid prasekolah yang mempunyai masalah untuk memahami konsep nombor kardinal 1 hingga 10. Penyelidikan tindakan ini juga telah dibantu oleh penggunaan komputer dan televisyen berkonsepkan media pandang dan dengar. Penggunaan media pandang dan dengar juga dibantu oleh penggunaan perisian komputer secara audio dan visual yang bertujuan menarik minat murid-murid untuk belajar dan mengharapkan supaya fokus pembelajaran murid-murid dapat dikekalkan sepanjang proses pembelajaran dan pembelajaran berlangsung. Data dikumpulkan melalui ujian sebelum dan ujian selepas. Hasil analisis dokumen yang telah dijalankan menunjukkan bahawa semua responden, iaitu sebanyak 7 orang murid prasekolah berjaya menunjukkan peningkatan yang amat baik kerana sebanyak 4 orang berjaya mendapat markah penuh serta menunjukkan peningkatan markah yang sangat tinggi. Keputusan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan komputer sangat membantu murid-murid prasekolah yang lemah untuk memahami konsep nombor 1 hingga 10.

ABSTRACT The research was conducted to evaluate the effectiveness of using computer for preschool students in understanding the concept of number 1 to 10. The respondents consist of 7 preschool students whom have the difficulty in understanding the concept of cardinal number 1 to 10. This research was aided by the use of computer and television in a concept of visual and hearing media. The use of these media was also aided by computer software audibly and visually. It aims to attract students to study and to maintain their focus throughout the teaching and learning process. The data were collected through pre and post tests. Based on the analysis performed, all the respondents showed a very good result. A total of 4 pupils manage to get full marks and shows a very high score. Results of the study conducted shows that the use of computer helps the weak preschool students to understand the concept of number 1 to 10.

7 Pengaplikasian kaedah METASI membantu kemahiran murid prasekolah unutk mengecamkan huruf kecil Muhammad Fareez Hj. Mazlan Abstrak Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sama ada pengaplikasian kaedah METASI dapat membantu kemahiran murid prasekolah untuk mengecamkan huruf kecil. Objektif kajian tindakan ini adalah pengaplikasian kaedah METASI dapat membantu kemahiran murid prasekolah untuk mengecamkan huruf kecil. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada dua orang murid prasekolah lelaki berusia enam tahun. Kedua-dua orang ibu bapa subjek ini sibuk bekerja dan tidak memantau pelajaran subjek ketika berada di rumah. Dapatan kajian sebelum intervensi menunjukkan bahawa subjek A hanya dapat mengecamkan 14 huruf sahaja manakala subjek B dapat mengecamkan 15 huruf kecil sahaja. Kajian tindakan ini menggunakan kaedah METASI yang menggabungkan pelbagai teknik pembelajaran seperti multimedia, permainan, dan latih tubi. Gabungan pelbagai teknik ini bertujuan untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kemahiran subjek untuk mengecamkan huruf kecil. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen, senarai semak, dan temu bual. Data yang diperoleh dianalisis dalam bentuk graf bar dan peratusan. Hasil analisis keputusan menunjukkan bahawa dua orang subjek tersebut dapat menunjukkan peningkatan selepas intervensi dijalankan berbanding dengan pencapaian sebelum intervensi dijalankan. Huruf yang dapat dicamkan oleh subjek A selepas intervensi ialah 21 huruf manakala subjek B pula dapat mengecamkan 23 huruf. Keputusan ini menunjukkan bahawa pengaplikasian kaedah METASI dapat membantu kemahiran murid prasekolah untuk mengecamkan huruf kecil. Kata Kunci: Kaedah METASI (multimedia, permainan tapak kaki huruf, latih tubi melalui soalan teka silang kata). ABSTRACT This action research was conducted to assess the effectiveness the application of METASI methods in enhancing preschool students identify small letters of alphabet. The objective of this action research was to use the application of method called METASI, to help solve their problem of recognizing small letters. Two subjects who were identified to face difficulty in recognizing small letters were chosen to take part in the study. Both of subject parents are busy working and did not monitor their children's education at home. The results of data analysis before the intervention showed that the

subject A only identified only 14 letters of alphabet when subject B only identified 15 letters of alphabet. This action research used multimedia, games, and drills in a learning method called METASI. The combination of these methods were to create effective learning and to increase students ability to recognize small letters. For the studies, data collection through document analysis, checklists, and interviews. Data analysis shows in the form of graphs and percentages. Data analysis revealed that the two subjects did better in recognizing small letters upon conducting after intervention as compared to the before intervention given earlier. The results of data analysis after the intervention showed that the subject A identified 21 letters of alphabet when subject B identified 23 letters of alphabet The study showed that the application of METASI was an effective method to enhance preschool students to identify small letters shown at random.

8 Meningkatkan kefahaman murid prasekolah dalam menyelesaikan operasi tambah lingkungan 1 hingga 10 Muhammad Kamarul Ariffin Loqman ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid prasekolah dalam menyelesaikan operasi tambah lingkungan 1 hingga 10. Objektif kajian ialah meningkatkan kefahaman murid dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dengan menggunakan bahan maujud iaitu batang aiskrim dan bola pingpong sebagai bahan bantu untuk murid membuat pengiraan. Subjek kajian terdiri daripada tujuh orang kanak-kanak prasekolah di Selangor. Temubual, pemerhatian dan ujian awal dan akhir digunakan sebagai instrument kajian. Data analisis menggunakan analisis diskriptif (peratusan). Hasil refleksi menunjukkanbahawa murid kurang memberi respon dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran matematik terutamanya ketika melibatkan operasi tambah. Bahan maujud digunakan untuk membantu murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi semasa menyelesaikan operasi tambah dalam linkungan 1 hingga 10. Implikasinya kemampuan murid menyelesaikan operasi tambah meningkat selepas intervensi menggunakan bahan maujud dijalankan berbanding sebelum intervensi. Oleh itu, penggunaan bahan maujud dapat membantu murid dalam menyelesaikan operasi tambah disamping meningkatkan kefahaman mereka ABSTRACT This action research was conducted to improve understanding of pre-school children in solving addition operations within 1 to 10. The objective of this study is to enhance the

understanding of children in solving problems involving addition operations using solid materials which are ice cream sticks and table tennis balls as visual aids for the children to count. Research subjects comprised of seven pre-school children in Selangor. Interviews, observations, initial and final test were used as research instruments. Data analysis used is descriptive analysis (percentage). Reflection results showed that the children gave less respond in mathematics teaching and learning slots activities, especially when involving addition operations. Solid materials were used to help children to overcome the problems encountered while solving addition operation within marginal range of 1 to 10. As an implication, the children ability to solve addition operation was improved after intervention compared to before intervention. Therefore, the use of solid materials is capable in helping children solve and improve their understanding of addition operations. 9 Meningkatkan tumpuan murid prasekolah menggunakan Kaedah Khalifah Muhammad Raimi Yusof ABSTRAK Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan bagi meningkatkan tumpuan murid prasekolah menggunakan kaedah khalifah. Objektif kajian ini untuk meningkatkan tumpuan murid di dalam kelas. Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian dan soal selidik. Instrumen ini digunakan bagi mengenal pasti peningkatan peratusan tumpuan murid menggunakan kaedah khalifah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 3 orang kanak-kanak prasekolah. Data dianalisi dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Kaedah khalifah digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi iaitu masalah kurang tumpuan. Dalam intervensi ini, pengkaji menggunakan tiga alat bantu mengajar iaitu tanda isyarat, lagu khalifah dan lencana khalifah. Hasil refleksi menunjukkan masalah ini berlaku disebabkan oleh kurangnya kesediaan kanakkanak untuk belajar dan kurang pengaplikasian teknik modefikasi tingkah laku yang digunakan di dalam kelas prasekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah khalifah boleh meningkatkan tumpuan murid di dalam kelas. ABSTRACT These study was carried out action research to improve the focus of preschoolers using the Caliph Method The objective of this study to increase student attention in the classroom. Research instruments used were observations and questionair are used as a research instrument. These instruments are used to identify the increased in the focus

percentage of students in teaching and learning sessions using the Caliph Method. Respondent of the study consists of three pre-school children. Data was analyse using descriptive analysis (frequency and percentage). Caliph Method is used to help children overcome the problem of lack of concentration problems. In this intervention, the researchers used three teaching tool which is signs stop, caliph songs and caliph badges. Reflection results showed the problems caused by the lack of focus on the child's readiness to learn and less application modification behavioral techniques used in pre-school classes. Collection data show that Caliph Method can increase student attention and in the classroom

10 Meningkatkan pemahaman kanak-kanak prasekolah tentang penyelesaian masalah operasi asas matematik dan nilai-nilai nombor serta fungsi simbolsimbol asas dalam matematik Mumtazah Johar ABSTRAK

Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan yang berorientasikan kanak-kanak prasekolah. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pemahaman kanak-kanak prasekolah tentang penyelesaian masalah operasi asas matematik dan nilai-nilai nombor serta fungsi simbol-simbol asas dalam matematik. Isu kajian adalah mengenai kanak-kanak yang tidak dapat menjawab soalan-soalan asas matematik yang mudah di dalam kelas dan tidak tahu simbol-simbol asas matematik seperti +, -, dan =. Kanak-kanak yang telah dikenal pasti diberikan beberapa soalan asas matematik yang mudah (bawah 10) untuk diselesaikan. Berdasarkan analisis jawapan yang ditulis oleh kanak-kanak ini, didapati penguasaan mereka dalam mengenal dan menyelesaikan operasi asas matematik adalah sangat lemah. Kajian ini menyasarkan lima orang kanak-kanak prasekolah yang lemah dalam matematik. Dua alat kajian telah digunakan iaitu soal selidik berbentuk ujian kertas pensil dan temu bual tidak berstruktur bersama kanak-kanak. Tindakan yang dijalankan adalah dengan mengajar kanakkanak menggunakan cerita bergambar di mana dalam cerita tersebut mengandungi operasi asas matematik yang mudah. Data-data yang di kumpul diperoleh daripada soal selidik dan temu bual. Data-data ini dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil daripada tindakan yang telah dijalankan, kanak-kanak ini dapat menunjukkan nilai setiap nombor dan tahu menggunakan simbol-simbol asas matematik dengan baik. Implikasinya, kanak-kanak dapat menjawab soalan-soalan asas matematik dengan mudah. Cadangan kajian lanjut adalah dengan menggunakan cerita bersiri

berkonsepkan animasi dalam membentuk pemahaman tentang operasi asas matematik dalam kalangan kanak-kanak.

ABSTRACT

This study is an action-oriented study of preschool children. The purpose of this study was undertaken to improve understanding of pre-school children about the basic operations of mathematical problem solving and values of the number and function of basic symbols in mathematics. The issue is the study of children who cannot answer questions on basic mathematical tools in class and do not know basic math symbols, such as +, , and =. Children who have been identified are given some simple math basic question (under 10) to complete. Based on the analysis of written responses by the children, found that their knowledge in identifying and solving basic mathematical operations is very weak. The study is targeting five preschool children who are weak in mathematics. The action was carried out by teaching children to use picture stories in which the story contains simple mathematical basic operations. The data collected from an observation and document analysis. These data were analyzed using descriptive analysis. As a result of actions carried out, the children are able to demonstrate the value of each number and know how to use basic mathematical symbols properly. The implication, the child can answer these questions with a simple mathematical basis. Further research proposal is to use the concept of technology such as animated stories base on cartoon series.

11 Meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah. Noor Hafizah Ali ABSTRAK

Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan bagi membantu kemahiran mengeja suku kata terbuka kanak-kanak di prasekolah dengan menggunakan kad Gamsuka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata dalam kalangan kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk membantu kanak-kanak mengenal huruf a-z, membantu kemahiran

mengeja dan membunyikan suku kata KVKV kanak-kanak. Kajian ini menggunakan instrumen kajian pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Instrumen ini digunakan untuk mengenal pasti tahap keupayaan mengeja dan membunyikan suku kata kanak-kanak prasekolah. Subjek kajian terdiri daripada lima orang kanak-kanak lelaki prasekolah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan bahawa masalah mengeja dan membunyikan suku kata yang dihadapi oleh kanak-kanak berpunca daripada kelemahan kanak-kanak tersebut dalam mengenal huruf a-z dan kurang mendapat dorongan dan motivasi. Kad Gamsuka digunakan bagi membantu kanak-kanak mengatasi masalah yag dihadapi. Dalam intervensi ini, kanak-kanak terlebih dahulu diajar mengenal huruf a-z seterusnya mengeja dan membunyikan suku kata KV dan suku kata KVKV dengan menggunakan kad Gamsuka. Implikasinya kanak-kanak akhirnya dapat mengenal huruf a-z dengan baik dan juga dapat mengeja suku kata terbuka KVKV dengan lancar dan jelas. Penggunaan kad Gamsuka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu kemahiran mengeja suku kata terbuka kanak-kanak seterusnya membawa kepada keupayaan membaca awal.

ABSTRACT

This research was done in order to help the preschoolers to master the open syllable spelling by using GAMSUKA card. The purposed of this research was to increase the spelling skill and syllable sounding among the preschoolers. The research objective is to help the preschoolers in recognized the letter a to z, mastering the spelling skills and sounding the children CVCV syllable. This research used observation, questionnaire and document analysis as its instrument. This instrument was used to identify these preschoolers capability in spelling and sounding the syllable. Five preschooler boys were selected as the subject for this research. The data was then analyzed descriptively (by frequency and percentage). The result shown that the problem in spelling and sounding the syllable among the preschoolers are due to the students weaknesses in identifying the letter a to z and also lack of support and motivation. The GAMSUKA card was used to help these preschoolers to solve the problem faced. During this intervention, these preschoolers were beforehand being taught the letter a to z and also spelling and sounding the CV and CVCV syllable by using this GAMSUKA card. As a result, these preschoolers finally manage to identify the letter a to z better and they can also spell the open syllable CVCV fluently and clearly. The usage of this GAMSUKA card during the teaching and learning session helps to improve the preschoolers spelling skill of the open syllable, which leads to an early reading ability.

12 KAEDAH DEMONSTRASI MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELAMBUNG DALAM KALANGAN KANAK-KANAK Nor Izzati Rohaimi ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran melambung dalam kalangan kanakkanak prasekolah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah kaedah demonstrasi membantu meningkatkan pembelajaran kemahiran melambung dalam kalangan kanak-kanak. Objektif kajian ini untuk meningkatkan kemahiran motor kasar melalui kemahiran melambung dan juga membolehkan kanak-kanak melambung objek lembut ke arah sasaran menggunakan kaedah demonstrasi. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian yang menggunakan senarai semak dan temu bual yang menggunakan beberapa soalan. Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti peningkatan kanak-kanak dalam melakukan kemahiran melambung mereka. Kanak-kanak kajian terdiri daripada enam orang kanak-kanak prasekolah. Data yang diperoleh dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil refleksi menunjukkan masalah kemahiran melambung ke arah sasaran ini berpunca daripada masalah koordinasi mata dan tangan serta ketidakfahaman kanak-kanak kepada arahan yang diberikan oleh guru. Kaedah demonstrasi ditunjukkan kepada kanak-kanak terlebih dahulu sebelum kanak-kanak tersebut membuat lambungan. Dalam intervensi ini, kanak-kanak melakukan latihan ulangan melalui empat aktiviti melambung. Latihan ulangan berdasarkan demonstrasi yang dilakukan membantu kanak-kanak dalam meningkatkan kemahiran melambung. Untuk cadangan seterusnya, kajian ini juga boleh dijalankan dengan pengunaan video animasi bagi menggantikan pengunaan guru. Oleh itu, peningkatan kejayaan dalam melakukan lambungan dapat ditingkatkan.

ABSTRACT

This study is a survey of soaring skills among preschool children. The purpose of this study was to see the extent of the demonstration method to help improve learning skills soar among children. The objective of this study is to improve gross motor skills by tossing skills and also allows the child gently inflated to a target object using the demonstration. Research instrument used in this study is the observation checklist and interview with several research questions. Instruments are used to identify an increase

of children in doing their soaring skills. Sample consists of six preschool children. The data obtained are analyzed in terms of frequency and percentage. Reflection results show a problem tossing skills towards this target due to eye-hand co-ordination problems of children and because of misunderstanding of children in receipt of instructions given by the teacher. Demonstration method is shown to the child before the child is making flips. In this intervention, the children do retraining through four activities that went towards the target. Training and demonstrations performed by repetition to help children improve skills soar. For further recommendations, this study can be conducted with the use of video animation to replace the use of teachers. Therefore, an increase of success in doing flips can be improved.

13 PENGGUNAAN BONEKA MENINGKATKAN MINAT MURID MENGIKUTI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Norhayati Mahdzir ABSTRAK

Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan bagi meningkatkan minat dari aspek penglibatan aktif dan interaksi murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan boneka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan minat murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penglibatan murid secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan interaksi yang lancar diantara guru dengan murid. Pemerhatian berstruktur dan soal selidik berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Subjek kajian terdiri daripada enam orang murid prasekolah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi, didapati bahawa punca utama berlakunya masalah ini adalah disebabkan oleh proses pembelajaran dan pembelajaran yang kurang aktif. Boneka digunakan untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid bagi meningkatkan penglibatan murid secara aktif semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan interaksi dua hala yang lancar diantara guru dengan murid. Dalam intervensi ini, murid akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan boneka yang dilaksanakan oleh guru. Murid akan melibatkan diri serta berinteraksi dengan cara bersoal jawab bersama boneka yang dimainkan. Implikasinya, murid dapat menjalankan aktiviti dan menjawab soalan dengan betul. Penglibatan murid juga semakin aktif serta dapat berinteraksi dengan lancar berbanding dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang tidak menggunakan boneka. Didapati, penggunaan

boneka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat murid secara lansung.

ABSTRACT

This article research is on how to enhance pupils interests in teaching and learning session using puppet. The purpose of this research is to improve pupils interests seem from aspect active participation and seamless two way interaction during teaching and learning session. The objective of this research is to enhance the active participation of pupils during the teaching and, also create a seamless two way interaction between teacher and pupils using the puppets. Structured observation and questionnaires are used as research instruments. Survey subject made up of six pre-school pupils. Data was analyzed using descriptive analysis (frequency and percentage). It appears that the main cause of this problem is caused by the lack of pupils interests in learning sessions. Puppets are used to help solve problems faced by the pupils to enhance active participation during the teaching and learning sessions and create a seamless two way interaction between teacher and their pupils. In this intervention, the pupils will undergo teaching sessions using a puppet used by teacher as a teaching tool. Pupils will engage in dialogues and interact with puppets play. As a result, pupils interest in learning sessions conducted by teacher. The pupils have also increasingly active and meaningful interaction can be carried out against the teaching and learning sessions to enhance pupils interests. 14 PENGGUNAAN PLASTISIN DALAM MENINGKATKAN PEMBENTUKKAN HURUF KECIL KANAK-KANAK Nor Zehan Zakaria ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran pembentukan huruf kecil kanak-kanak prasekolah menggunakan plastisin. Objektif kajian ini ialah meningkatkan kemahiran pembentukan huruf kecil dan membezakan huruf h dan n dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan plastisin. Ujian dan pemerhatian digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (peratus). Pengkaji membuat pemerhatian menggunakan jurnal harian

sebagai instrumen. Hasil refleksi menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah sering memerlukan bantuan guru dalam membentuk huruf kecil. Dalam pada itu juga mereka sering merungut untuk membezakan huruf h dan n. Plastisin digunakan untuk membantu kanak-kanak prasekolah mengatasi masalah ini. Dalam intervensi ini kanakkanak prasekolah menggunakan plastisin untuk membentuk huruf kecil. Kanak-kanak ini akan berpeluang menguli, menggentel dan mencubit plastisin untuk membentuk huruf kecil. Aktiviti pembentukan huruf kecil menggunakan plastisin yang dijalankan oleh pengkaji ialah dari aktiviti mudah kepada aktiviti yang susah. Selain itu juga kanakkanak berpeluang menyebut huruf kecil yang mereka bentuk dengan menggunakan plastisin. Implikasinya kanak-kanak akan dapat membentuk sekaligus membezakan huruf kecil. Kanak-kanak ini tidak akan lagi keliru antara huruf h dan n. Penggunaan plastisin dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pembentukan huruf kecil disamping membezakan huruf kecil h dan n.

ABSTRACT

This study was carried out to improve the skills of letter formation of small pre-school children using clay. The objective of this study is to enhance the skills of the formation of small letters and to distinguish the letter 'h' and 'n' among preschool children using clay. Tests and observations used as a research instrument. Data analyzed using descriptive analysis (percent of test scores and). Observation using diaries was use in this study. Reflection results indicate that preschool children often need the help of teachers in shaping the case. At the same time they often complain to distinguish the letter 'h' and 'n'. Clay is used to help preschoolers overcome this problem. In this intervention preschooler children use the clay to form small letters. These children will be able to knead, and pinching the clay to form small letters. A lowercase letter formation activity using clay was carried out by researchers from the simple activity to activity is difficult. In addition the children have the opportunity to mention the small letters of the design by using clay. The implication of children will be formed at once distinguish the case. These children will no longer confuse the letter 'h' and 'n'. The use of clay in the teaching and learning can enhance the formation of lowercase letters as well as distinguish a small 'h' and 'n'.

15 PERMAINAN KETINTING ABJAD MEMBANTU KANAK-KANAK MEMBANDINGKAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL Bb, Dd, Gg, Hh, Qq dan Rr.

Rohaizah Ahmad ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kebolehan kanak-kanak dalam dalam membanding beza huruf besar dan huruf kecil Bb, Dd, Gg, Hh, Qq dan Rr. Objektif kajian ini untuk membantu kanak-kanak dalam memahami perbezaan huruf besar dan huruf kecil Bb, Dd, Gg, Hh, Qq dan Rr serta keberkesanan permainan ketinting Abjad dalam membanding beza huruf besar dan huruf kecil Bb, Dd, Gg, Hh, Qq dan Rr. Pemerhatian menggunakan senarai semak, ujian akhir serta analisis dokumen digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan untuk mengenal pasti kadar peningkatan keupayaan kanak-kanak dalam membanding beza huruf besar dan kecil tersebut. Enam orang kanak-kanak prasekolah telah dijadikan respondan dalam kajian ini. Adalah diakui bahawa kanak-kanak prasekolah menggunakan teknik belajar melalui bermain dan mereka sangat menyukai aktiviti berbentuk penerokaan yang menggunakan fizikal mereka. Justeru itu, permainan ketinting abjad direka dengan berteraskan kecerdasan kinestetik untuk membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mereka.

ABSTRACT This action research carried out to improve children's abilities compare the difference in upper-and lowercase letters Bb, Dd, Gg, Hh, Qq and Rr. The objective of this study to help children understand the difference in uppercase and lowercase letters Bb, Dd, Gg, Hh, Qq and Rr and the effectiveness of the Ketinting Abjad games in comparing difference between uppercase and lowercase letters Bb, Dd, Gg, Hh, Qq, and Rr. Observation checklist, final testing and analysis of documents used as research instrument. These instruments are used to identify the rate of increase in the child's ability to compare the difference of the capital and lowercase letters. Six pre-school children have been made respondents in this study. It is acknowledged that preschool children learn through play techniques, and they enjoy activities which involve the use of physical exploration. Hence, the Ketinting Abjad game designed based on kinesthetic intelligence to help children in developing physical, emotional, spiritual, intellectual and social.

16 MENINGKATKAN PERKEMBANGAN MOTOR HALUS KEMAHIRAN PENGGUNTINGAN DALAM DIRI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Suhainita Md. Zain ABSTRAK Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah untuk membantu kemahiran pengguntingan kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan kaedah garisan. Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan perkembangan motor halus kemahiran pengguntingan dalam diri kanak-kanak. Objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran pengguntingan dalam kalangan kalangan kanak-kanak prasekolah iaitu membantu meningkatkan kemahiran pengguntingan dan untuk mengetahui aktiviti menggunting garisan (lurus, zig zag dan bengkang-bengkok) dapat menghasilkan bentuk dalam kemahiran pengguntingan kanak-kanak.Pemerhatian, temu bual dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Dalam kajian yang dijalankan, enam orang responden telah dipilih setelah menjalankan pemerhatian semasa tinjauan awal dijalankan. Data dianalisis dengan mengunakan analisis deskriptif. Berdasarkan hasil refleksi, masalah menggunting yang dihadapi oleh kanak-kanak disebabkan oleh kekurangan menggunakan gunting semasa berada di rumah mahupun di sekolah. Kaedah garisan digunakan bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran pengguntingan. Dalam intervensi yang dijalankan, kanak-kanak diberikan tiga jenis garisan iaitu garisan lurus, garisan zig zag dan garisan bengkang-bengkok. Setiap jenis garisan dibuat pengulangan sebanyak tiga kali. Implikasi yang dapat dilihat ialah kanakkanak dapat menggunting dengan lebih baik berbanding sebelum menjalankan intervensi. Penggunaan kaedah garisan dapat meningkatkan penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran pengguntingan. ABSTRACT This action research was carried out in the form of action research to find ways to improve the cutting skills in preschool children by using lines. The purpose of this study is to enhance the development of fine motor skills of cutting in the child. The objectives of this study are to measure the effectiveness of their cutting skills by cutting out pictures using the line method. To know this activity cutting using line (straight lines, zig zag lines and crocket lines) can produce shape in cutting skills for the children. Observations and questionnaires were used as survey instruments. In the study, six respondents were selected. Data was analyzed using descriptive analysis. Based on the result of reflection, cutting problem faced by children was due to their lack of using scissors while at home or at school. Line method is used to help children master the skills of cutting. In the intervention carried out, children were given three kinds of lines they were straight lines, zig zag lines and crocket lines. Each of the lines required the child to repeat them thrice. Implication could be seen that the children could cut better after the intervention. The use of lines can increase a childs mastery of the cutting skills.

17

PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK DEMI PENINGKATAN PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS Syaza Yasmin Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Subjek kajian terdiri daripada enam orang murid prasekolah di Kuala Lumpur. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan murid-murid ini kurang memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di bilik darjah kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Lagu kanak-kanak digunakan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang dihadapi dengan meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Dua buah lagu kanak-kanak digunakan dalam intervensi yang dijalankan. Kosa kata yang ingin ditekankan menjadi fokus utama agar murid-murid dapat menguasai kosa kata tersebut. Aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Lagu kanak-kanak ini dinyanyikan dalam slot perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Implikasinya, penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid meningkat. Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa bilangan kosa kata kesemua murid meningkat berbanding sebelum intervensi dijalankan. Penggunaan lagu kanakkanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah. Cadangan kajian seterusnya adalah dengan menambah bilangan lagu kanak-kanak dalam intervensi agar kosa kata yang dipelajari lebih banyak.

ABSTRACT

This action research is done to value how children songs can improve the vocabulary of pre-school students. The aims are to enhance English vocabulary. The respondents for this research are 6 pre-school students in Kuala Lumpur area. The data were collected from the observation, enquiry and interviews. The data were analyzed by using descriptive analysis. Moreover, the results shows that kids rarely gave respond in class

because of them were lack of English vocabulary. Children songs are used to help the kids to attain the problems faced by enhance their vocabulary. Two songs were used during the intervention. In this intervention, the teacher will focus on the target words in the songs so they can master them. This activity should become a routine in pre-school. These songs are suitable to sing in circle time especially in teaching and learning slot. With these activities, the kids can improve their language automatically and they can respond towards the lesson. It is proven that the kids' vocabulary improved drastically right after the intervention was done. Thus, children songs can help the kids to master and improve their vocabulary in English.

You might also like