You are on page 1of 45

PENGUCAPAN AWAM

(Program Pembangunan Imej Professional)

TENAGA NASIONAL BERHAD


Kuala Lumpur

01 – 02 April 2008

“Untuk terus berjaya dalam memimpin,


kita perlu berbalik kepada persoalan
kemahiran asas atau kompetensi
diri yang perlu ada pada diri
kita sendiri...ia termasuk
keupayaan berucap
di khalayak
ramai!”
PENGUCAPAN AWAM
YANG BERKESAN !

OBJEKTIF

Di akhir program ini, adalah diharapkan para peserta akan dapat:

* Menghuraikan tingkahlaku penyampai yang berkeyakinan diri


dan berkesan;

* Menunjukkan teknik-teknik pengucapan awam yang berkesan;

* Menerangkan tingkahlaku yang perlu dikawal sewaktu berucap


di khalayak;

* Menerangkan peranan tekanan suara dan penafasan yang baik


untuk menambah keberkesanan penyampaian;

* Menghuraikan gaya bahasa dan bahasa badan serta gerak geri


dalam pengucapan awam;

* Menunjukkan cara menggunakan alat pandang dengar sewaktu


menyampaikan ucapan.

Pengucapan awam adalah suatu seni yang


merangkumi seni lakon, seni tari, seni reka, seni
suara dan seni bahasa. Jalinan di antara pelbagai
seni ini yang disesuaikan dengan seni tutur akan
dapat melahirkan suatu ucapan yang
mantap dan hebat !

PASTI BOLEH !
Muka 01
KANDUNGAN…

* Perjelas Tujuan & Matlamat


* Menyediakan Butiran Penyampaian
HENDAK SERIBU
DAYA ! PERCAYA
* Menganalisis Pendengar
PASTI JAYA !
* Menyediakan Rangka Ucapan
* Membina Keyakinan Diri
* Teknik-Teknik Penyampaian MALAYSIA BOLEH !
* Menggunakan Gerak Geri KITA PUN BOLEH !
* Menjaga Pernafasan & Gugup
* Mengalun Suara
Adakah anda merasa lesu dan
* Merangsang Diri gugup apabila tiba masanya anda
* Meningkatkan Motivasi Pendengar berucap ?
* Menggunakan Audio-Visual
* Menutup Ucapan Adakah anda rasa tekak anda
* Menghadapi Sessi Soal Jawab kering, degupan jantung anda
berlari kencang, nafas anda
* Mengurus Bangkangan
sesak, tubuh anda mula berpeloh
* Kaedah Mengingat Butiran
dan ingatan anda tiba-tiba lupus
* Membuat Ucapan Mendadak ketika di minta berucap ?
* Mengukuhkan Keyakinan Diri

Gugup yang keterlaluan dan


perasaan takut, bimbang dan
kurang yakin adalah Baik sewaktu anda diminta berucap
merupakan penghalang utama atau memberi ceramah atau syarahan,
kepada pengucapan awam yang atau ketika diminta mengendalikan
berkesan ! mesyuarat, atau diminta menjadi
juruacara…program ini
Program ini melatih anda
membantu anda untuk lebih
bagaimana mengawal perasaan
bersedia !
supaya tidak gugup dan yakin
terhadap potensi anda
berucap dengan baik
dan berkesan !

Muka 02
ATURCARA PROGRAM PENGUCAPAN AWAM
TENAGA NASIONAL BERHAD
2008

01 APRIL 2008

MASA AKTIVITI

08.30 pagi * Perasmian Program


* Objektif Program
* Suaikenal
* Pengucapan Awam : Mengapa
Gugup ?
* 7 Petua Penting Apabila Berucap !

10.30 pagi Minuman Pagi

11.00 pagi * Membuat Persediaan


* Menganalisis Tujuan
* Menganalisis Majlis
* Menganalisis Pendengar
* Latihamal : Membina Keyakinan

01.00 tgh Makan Tengahari

02.00 ptg * Saat Melangkah Ke Podium


* Kontak Mata
* Gaya dan Bahasa Badan
* Menguasai Gugup
* Pembuka Kata
* Latihamal

03.30 ptg Minuman Petang

03.45 ptg * Kepentingan Gerak Geri


* Mengalun Suara
* Pernafasan
* Merangsang Diri
* Latihamal

05.00 ptg REHAT


Muka 03
ATURCARA PROGRAM PENGUCAPAN AWAM
TENAGA NASIONAL BERHAD
2008

02 APRIL 2008

MASA AKTIVITI

08.30 pagi * Apa Yang Kita Pelajari?


* Menyediakan Isi Ucapan
* Mengumpul Maklumat
* Beberapa Teknik Penyampaian
* Latihamal

10.30 pagi Minuman Pagi

11.00 pagi * Memperjelas Tujuan Penyampaian


* Kaedah Meyakinkan Pendengar
* Kaedah Memotivasi Pendengar
* Kaedah Mengingat Butiran Isi
* Latihamal

01.00 ptg Makan Tengahari

02.00 ptg * Berucap Secara Spontan


* Ingat : Pembuka, Isi & Penutup
* Latihamal

03.30 ptg Minuman Petang

03.45 ptg * Menutup Ucapan


* Menghadapi Sessi Soaljawab
* Mengurus Bangkangan
* Menghadapi Saat Genting
* Ke Arah Kejayaan

05.00 ptg Penutup & Penyampaian Sijil

Muka 04
FASILITATOR

FASILITATOR UTAMA

SULEIMAN HAJI SAAID


M.A Antropologi & Sosiologi
(Universiti Malaya) 1980
B.A Hons. (Universiti Malaya)
1974

SULEIMAN HAJI SAAID, adalah Pengarah Urusan Budi Antara Sdn


Bhd. Dan Perunding Kanan Di Regatcorp

Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang pengurusan dan


pembangunan sumber manusia. Beliau pernah bertugas sebagai
Pengajar di Universiti Malaya sebelum berkhidmat sebagai
Penyelaras Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri dan Perunding
Latihan dan Penyelidikan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Beliau pernah berkhidmat di Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai


Pengawal Latihan Pengurusan. Beliau adalah jurulatih bertauliah
bagi Program Menyelesai Masalah dan Membuat Keputusan
(pendekatan Kepner-Tregoe) dan memiliki Sijil Kemahiran Jurulatih
Professional dari IATA (Geneva).

Beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti latihan dan


luas pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pembangunan
jurulatih, motivasi, kaunseling, keusahawanan dan pengurusan
organisasi. Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun di bidang
latihan, beliau pernah juga dilantik sebagai seorang Jurulatih
Residen di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, MARA Holding
dan Focus Learning Consulting Sdn Bhd.

Muka 05
TENAGA NASIONAL BERHAD
Kuala Lumpur

01 – 02 APRIL 2008
bengkel

KENAPA KENA MAHIR


BERUCAP ?

PENGUCAPAN awam atau berucap di khalayak


ramai adalah merupakan satu kemahiran yang
boleh dipelajari. Ramai yang menganggap
kebolehan ini sebagai semulajadi. Tanggapan
begini tidak boleh kita terima. Ramai pemimpin
agung dunia yang bijak menyampaikan ucapan dan
berupaya mempengaruhi pengikutnya tidak berasal
dari ahli keluarga yang pandai berucap atau
semulajadinya mahir bercakap dan berucap.

Kemahiran berucap dan membuat penyampaian


yang baik dan berkesan boleh dipupuk dan diasah
melalui proses pembelajaran, pendedahan dan
amalan serta bimbingan. Secara keseluruhannya,
setiap insan yang normal berupaya dan berpotensi
untuk menjadi pemidato yang berkaliber sekiranya
diberi peluang untuk mengenali kemahiran
tersebut secara lebih sistematik.

Semasa menyampaikan sesuatu ucapan, seseorang


penyampai adalah dalam keadaan bersemuka
dengan pendengar. Segala gerak laku dan
penampilan diri serta persembahan seseorang
penyampai adalah menjadi tumpuan pendengar
atau audiennya. Dalam konteks ini walaupun
seseorang penyampai lebih banyak memberi
maklumat dari menerimanya tetapi rangsangan
komunikasi yang diterima amatlah penting dan
boleh mempengaruhi persembahan sesuatu
ucapan itu. Ini memerlukan kemahiran-kemahiran
asas sama ada dalam bentuk fizikal mahupun
psikologikal.
Adakah Anda Bersedia
Untuk Berucap ?

Muka 06
bengkel

Mengapa kita perlu menimba pengetahuan serta ke


mahiran dalam membuat pegucapan awam?

Menjelaskan sesuatu isu :


Sebagai penjawat awam, sesuatu isu yang besar
dan perlu diberitahu kepada sekumpulan
kakitangan memerlukan pengucapan awam.
Melalui pengucapan awam, sesuatu isu yang
timbul dapat dijelaskan secara dua hala. Kita dapat
menerangkan secara terus kepada para kakitangan
dan boleh menjawab semua soalan secara terus
tanpa memerlukan media yang lain.

Melancarkan kempen :
Sesuatu kempen akan dapat dilancarkan melalui
pengucapan awam di mana seorang penyampai
boleh melakukannya melalui pemujukan, motivasi
dan rayuan mengikut tindak balas daripada para
pendengar. Kempen yang berkesan adalah banyak
bergantung kepada kemahiran kita menyampaikan
hujah-hujah yang dapat mempengaruhi audien.

Membina kredibiliti :
Berucap dengan penuh yakin akan dapat mem-
bentuk kredibiliti seseorang itu dan organisasi
yang diwakilinya.

Membetulkan salah faham :


Sesuatu ucapan juga boleh membetulkan salah
faham kakitangan terhadap sesuatu isu. Para
kakitangan akan hanya berpuas hati terhadap
sesuatu salah faham apabila mereka dapat
mendengar penjelasan terus dari sumbernya.

Sebenarnya kemahiran
berucap termasuk jikalau
anda diminta jadi Juruacara
Majilis atau disuruh mengetuai
majlis meminang !

Muka 07
bengkel

Memotivasi orang lain :


Berucap dengan nada yang berapi-api akan dapat
memotivasikan mereka yang mendengarnya.
Apabila seseorang penyampai dapat memberikan
keyakinan kepada pendengar, ia akan memberikan
kesan yang mendalam.

Mewujudkan publisiti :
Dengan berucap di tempat awam akan memudah-
kan para pendengar mengenali diri kita sebenar
-nya. Ini disebabkan kesan komunikasi bersemuka
adalah lebih jelas berbanding dengan mengguna-
kan media lain.

Mempertingkatkan imej diri :


Berucap di khalayak bukan sahaja dapat mem-
perkenalkan kita kepada audien malah ia dapat
mempertingkatkan lagi imej diri kepada mereka
yang pernah mendengar nama kita tetapi belum
dapat bersua muka.

Sila nyatakan lain-lain


sebab mengapa anda perlu
menimba ilmu serta kemahiran
pengucapan awam?

Muka 08
bengkel

GUGUP?
Agak lazim bagi kita yang diminta bercakap di khalayak
mengalami gugup dan debaran terutama di saat-saat
awal kita membuat penyampaian. Tak kira samada anda
seorang yang sudah banyak pengalaman atau
sebaliknya, debaran serta rasa gemuruh itu sesuatu
yang lumrah apabila membuat penyampaian.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah tekanan rasa atau


srtress yang anda alami disebabkan pelbagai faktor,
antara lainnya :

* Ekpektasi pendengar
* Ekspektasi anda sendiri
* Tahap persediaan yang anda buat
* Dialog dalaman yang anda alami
* Takut gagal
* Takut tak kesampaian
* Takut apa orang lain kata
* Lain-lain…………………….

Dalam kumpulan masing-masing, sila senaraikan faktor-


faktor yang berpotensi untuk menyebabkan anda rasa
gementar, gugup serta stress sewaktu diminta membuat
pengucapan awam :

Muka 09
bengkel

OTOT-OTOT KEJANG

LIDAH JADI KERING

DEGUPAN JANTUNG MENINGKAT

NAFAS JADI SESAK

PUNDI KENCING JADI KEMBANG

BERPELUH

BADAN BERASA PANAS

MENGGIGIL DAN RASA GEMENTAR

BERCAKAP DALAM KEADAAN TERKETAR-KETAR

FIKIRAN TERGANGGU

PERSEPSI TERGUGAT !

Beberapa perkara yang boleh kita amalkan jikalau


kita menghadapi stress, terutama sewaktu memula-
kan penyampaian:

1. KENDURKAN OTOT YANG KEJANG

Cuba perhatikan otot yang kejang dan cuba


relaks
dan kendurkan kekejangan itu

Muka 10
bengkel

2. JANGAN HIRAUKAN MIMIK WAJAH PARA


PEDENGAR (PENONTON)

Wajah para penonton atau pendengar memang


berpotensi mengganggu persepsi anda…jangan
peduli atau terganggu dengannya !

3. KAWAL PERNAFASAN

Nafas kita jadi sesak sewaktu stress. Oleh yang


demikian, kita boleh mengawal pernafasan
supaya jadi normal dengan menyedut nafas
panjang dan menahannya seketika sebelum
menghembusnya keluar seperti biasa.

4. TUNJUKKAN MINAT & TUMPUAN

Fokas kita tetap pada si pendengar dan kita tak


terganggu dengan persekitaran. Pendengar akan
rasa marah jikalau kita kelihatan seolah-olah
mengambil ringan atau tak menghiraukan
kehadiran atau keujudan mereka di depan kita.

5. KAWAL PERSEPSI DIRI ANDA

Segala gealagat serta gerak laku para pendengar


akan menimbulkan persepsi atau tanggapan
tertentu dalam diri kita terhadap mereka dan
terhadap situasi yang sedang kita lalui.

Persepsi kita bergantung kepada pengalaman


lampau yang berpotensi mencorakkan fikiran
serta perasaan kita. Jikalau kita nampak
seseorang itu mengeleng-ngeleng kepala, ia
memberi pertanda seolah-olah dia tak bersetuju
dengan cakap-cakap kita. Oleh yang demikian,
kita berpandang serung terhadapnya. Kita perlu
bersikap terbuka !

Muka 11
bengkel

pengucapan awam

BERFIKIRAN
DAN BERPERASAAN
POSITIF

BUAT
PERSEDIAAN
DENGAN RAPI

JAGA
KETERAMPILAN

BERUCAP DENGAN
PENOH BERTENAGA

GUNA SUARA GUNA GERAK GERI


& NAFAS

JAWAB SOALAN
DENGAN TENANG
DAN JELAS

Muka 12
bengkel

DIALOG DALAMAN DIRI


YANG POSITIF

PERSEDIAAN FAKTA & DATA

MENINGKATKAN MINAT PADA


TAJUK UCAPAN

MENERIMA HAKIKAT BAHAWA TIADA


MANUSIA YANG SEMPURNA

YAK PERLU MALU DAN BIMBANG


DINILAI OLEH ORANG LAIN

BERDOA PADA TUHAN AGAR


SIMPULAN LIDAH TERBUKA

SENYUM & FIKIR HEBAT !

Dailog dalaman diri kita (inner dialogue) adalah


penting dalam mencorakkan perlakuan kita…ia
merupakan kata-kata dalaman diri kita sendiri yang
berupaya mempengaruhi fikiran separa sedar hingga
menjadi sebahagian dari sistem kepercayaan kita
dan mencorakkan gerak laku kita !

Muka 13
bengkel

BERUCAPLAH
DENGAN PENOH YAKIN !

REBUT PELUANG apabila diminta beri ucapan.


Lebih banyak pengalaman beucap, ia pasti
menambah keyakinan diri kita untuk berucap di
khalayak.

TERIMA PELUANG BERUCAP hanya atas tajuk


yang anda tahu dan anda mempunyai tempoh
masa yang cukup untuk membuat persediaaan!

BUAT PERSEDIAAN sebelum berucap. Jangan


cuba membuat persediaan hanya di tempat beri
ucapan. Jangan terlalu banyak fikir atau
membuat persediaan hanya sewaktu sampai di
tempat beri ucapan. Bercakaplah secara ringkas
dan pasti ramai yang tertarik jika tidak berlebih-
lebihan.

SAMPAI di tempat anda berucap lebih awal. Buat


semakan tentang tempat berucap, alat pandang
dengar dan segala kelengkapan yang ada secara
bersahaja.

TEGOR sapa semua orang yang anda ketemu dan


sentiasa tersenyum, dan cuba berkenalan dengan
muka-muka baru dan jikalau ketawa, janganlah
pula terlampau kuat hingga orang lain tertanya-
tanya tentang diri anda. Biar kita kelihatan riang.

RELAKS apabila anda berdiri atau duduk sewaktu


menunggu saat anda akan berucap. Tarik nafas
dalam-dalam, cuba riangkan hati anda dan
muatkan mental anda dengan nada lagu yang
menarik sambil meman-dang para hadirin serta
sekitar dewan. Dongakkan kepala anda tanda
yakin diri.

Muka 14
bengkel

BANGUN perlahan-lahan sewaktu sampai saatnya


anda berucap dan jikalau terpaksa berucap di
podium, bangun dan melangkah perlahan- lahan
serta teratur dan senyum. Apabila berdiri di
podium, pandang keliling, tarik nafas dalam-dalam
dan mulakan ucapan.

MULAKAN ucapan dengan memberi hormat


kepada para tetamu khususnya def-def jemputan
dan teruskan ucapan !

CARA MEMBINA
KEYAKINAN DIRI

BERFIKIRAN POSITIF
iaitu menerima hakikat bahawa tuan/puan
mempunyai kelebihan, kebolehan dan
keistimewaan sehingga tuan/puan diberi
penghormatan menyampaikan ucapan

UCAPAN KENDIRI DALAMAN YANG POSITIF


iaitu melahirkan bisikan-bisikan dalaman yang
positif dan berhujah ke arah mempamerkan
kebaikan diri

MENYEDIAKAN DIRI DENGAN DATA DAN FAKTA


sebanyak mungkin terhadap tajuk yang
akan disampaikan

TINGKATKAN MINAT
diri terhadap tajuk yang hendak disampaikan

Hello Geng…Relak lah !

Muka 15
bengkel

CARA MEMBINA
KEYAKINAN DIRI

RELAKS
dengan melonggarkan otot-otot badan yang terasa
kejang melalui pergerakan-pergerakan tertentu dan
fikirkan bahawa tiada sesuatu yang dahsyat akan
menimpa diri anda jikalau membuat
kesilapan !

BERNAFAS
dengan menarik nafas panjang, untuk membekalkan
oksijen yang secukupnya dalam paru-paru dan
bekalan bagi darah anda !

Tak’kanlah runtuh satu dunia


atau jadi kiamat jikalau anda
buat kesilapan !
Relaks...Be natural !

Muka 16
bengkel

10 KAEDAH UNTUK MEREDAKAN


KEGUGUPAN ANDA !

01. TAHU TENTANG TEMPAT

Anda tau di mana sebenarnya di mana anda akan


berucap…bukan hanya alamat tempat, tetapi juga
tau samada anda akan bercakap dalam dewan,
bilik latihan atau bili mesyuarat.

Jikalau berkesempatan, lebih elok ke tempat di


mana anda akan membuat penyampaian terlebih
dahulu. Teliti di mana anda akan berdiri,
bagaimana letaknya meja dan tempat duduk, di
mana pula pendengar akan duduk, di mana
kerusi untuk pengerusi majlis dan sebagainya.

Ia juga memberi kesempatan untuk anda menguji


sistem audio-visual yang disediakan untuk
kegunaan anda !

02. TAHU TENTANG PARA PENDENGAR ANDA

Sebaik-baiknya, anda kaji latarbelakang para


pendengar. Bertegor sapa dengan mereka
sewaktu mereka sampai ke dalam bilik atau
dewan.

03. TAHU TENTANG APA YANG ANDA INGIN


SAMPAIKAN

Ini amat penting sebab jikalau anda tak berapa


tahu tentang apa yang anda ingin cakap, ia akan
hanya menimbulkan kegusaran dan gugup !

04. RELAKS

Anda boleh meredakan stress dengan menggeliat,


bersenam ringan atau relakkan otot-otot ! Begitu
juga dengan pernafasan, tarik nafas panjang dan
untuk otot muka tak jadi tegang…buka mulut
luas dan tutup supaya otot di bahagian dagu dan
mulut jadi relaks !

Muka 17
bengkel

10 KAEDAH UNTUK MEREDAKAN


KEGUGUPAN ANDA !

05. BAYANGKAN ANDA SEDANG BERUCAP !

Anda boleh bayangkan dulu (sebelum waktu


berucap) bahawa anda sedang bangkit dari kerusi
dan berjalan ke rostrum untuk berucap atau
membuat penyampaian. Teknik “desensitization”
(mengurangkan rasa) begini benar-benar
membantu meredakan kegugupan rasa serta
stress !

06. PENDENGAR HARAP ANDA BERJAYA

Semua orang ingin anda berjaya – berjaya


menyampaikan mesej dengan baik, menarik,
mengkagumkan…menghiburkan, berjaya dan
bukan gagal !

07. JANGAN MEINTA MAAF KERANA GUGUP

Dalam kebanyakan masa, para pendengar tak


tahu bahawa anda mengalami gugup dan rasa
gementar. Jikalau anda meminta maaf atas
kegugupan anda dan nyatakan bahawa anda
sedang gemuruh…ini hanya menarik perhatian
para pendengar saja !

08. TUMPUAN PADA MESEJ DAN BUKAN DIRI

Tumpukan perhatian kepada bahan penyampaian


anda dan bukan pada apa yang anda sedang
alami…gementar !

09. JADIKAN GUGUP BAHAN TENAGA !

Gunakan tenaga gugup itu menjadi tenaga positif.


Tinggikan suara anda dan guna gerak geri untuk
menzahirkan tenaga !

10. TIMBA PENGALAMAN

Ingat…pengalaman menambah yakin diri !

Muka 18
bengkel

Tiga Analisis Penting !

I
ANALISIS TAJUK

* Apa tajuknya ?
* Apa butiran penting ?
* Apa kepentingan tajuk kepada
pendengar ?
* Apa yang menariknya mengenai
tajuk ini ?
* Apa yang boleh menarik minat
pendengar ?
* Gaya penyampaian yang sesuai
untuk tajuk ini ?
* Apa tujuan anda ?
* Apa objektif anda bagi tajuk
ini ?
* Apakah yang pernah dinyatakan
oleh orang lain mengenai tajuk
ini ?

Hello kawan-kawan,
guna peta minda untuk
membuat pecahan elemen
yang berkait dengan tajuk
anda…’kan mudah !

Muka 19
bengkel

Tiga Analisis Penting !

2
ANALISIS MAJLIS

* TUJUAN MAJLIS

- Menghibur
- Meraikan
- Mempengaruhi
- Memujuk Ewah…macam-macam
- Memotivasi kena fikir !
- Menerangkan
- Menghuraikan

* ACARA MAJLIS

- Rasmi atau tidak


- Bila bercakap
- Apa acara selanjutnya...
- Susun atur majlis
No sweat brother…
* TEMPAT MAJLIS bila dah banyak
kali buat…tak kisah
ini semua !
- Suasana dalaman serta
persekitaran luaran
- Kemudahan yang disediakan
- Suis letrik
- Penjana hawa dingin
- Hiasan dan backdrop
- Tertutup/terbuka

Muka 20
bengkel

Tiga Analisis Penting !

3
ANALISIS PENDENGAR

- Bilangan
- Jantina
- Umur
- Status
NAK JADI
- Pendidikan PEMIDATO
- Minat BERJAYA !

- Kegemaran
- Ekspektasi
- Budaya

Semua faktor-faktor ini perlu kita teliti sebelum


kita membuat penyampaian kerana butiran
cakap
kita perlu disuaikan dengan latarbelakang
pendengar ! Akhirnya gaya penyampaian kita
juga perlu kita sesuaikan dengan jenis pendengar
– apa yang sesuai bagi orang dewasa mungkin tak
sesuai dan berbeza gaya penyampaiannya jikalau
kita berdepan dengan para remaja !

INGAT….

Kaji tajuk…majlis dan audien !


Apa yang perlu ialah sikap teliti
anda…jangan ambil ringan !

Muka 21
bengkel

Kaji Bilik Tempat Berucap !

Ada beberapa perkara yang anda perlu teliti atau kaji


tentang bilik atau dewan di mana anda akan
membuat penyampaian :

* Alat keselamatan
* Kalau letrik padam, apa pelan tindakan anda ?
* Di mana letaknya segala suis lampu, air-con serta
suis untuk alat pandang dengar ?
* Susun atur tempat duduk bagaimana ?
* Berapa luas ruang anda dapat bergerak ?
* Di mana di tempatkan air minuman untuk anda
dan untuk peserta ?
* Adakah dibekalkan gula-gula serta kudapan untuk
peserta ?
* Bagaimana flipcharts dan skrin untuk LCD atau
OHP ?
* Markers ?
* Pastikan di mana pintu keluar masuk, tandas
serta telefon terletak !
* Lain-lain :

Muka 22
bengkel

Secara umum kebanyakan ucapan terbahagi kepada


tiga bahagian :

Pengenalan, Isi dan Penutup. Tak pandai


joke…jangan
cuba !
PENGENALAN

* Merupakan 10% - 15% dari keseluruhan masa


ucapan.

* Terdapat dua elemen penting di bahagian ini, iaitu:

a. Menarik Perhatian
b. Kenyataan Ringkas Tujuan Ucapan

A. MENARIK PERHATIAN

* Suatu teknik bagi mendapatkan tumpuan


perhatian
para pendengar terhadap isu yang akan
dibicarakan.

* Ia boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara di


antaranya ialah:

- Secara berlawak
- Menggunakan statistik
- Membuat cerita Apa saja..
- Pengalaman semasa Asal bahgia !
- Tajuk akhbar
- Kata-kata orang yang ternama
- Ungkapan-ungkapan dan kata-kata hikmah
- Pantun, sajak
- Potongan Al-Quran... Al-Hadith
- Dll

Muka 23
bengkel

B. KENYATAAN RENGKAS TUJUAN UCAPAN

* Merupakan satu penerangan rengkas terhadap isu-


isu yang bakal disampaikan sebentar nanti.

CONTOH

“Yang berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, Yang


Dihormati Tuan Syed Salim Sameon selaku Pengarah
Latihan MAPA, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekelian…

Adalah memeranjatkan apabila kita dapati bahawa dari


sejumlah 300 buah syarikat bumiputra yang dikaji oleh
pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad baru-baru
ini, hampir 80% darinya gagal mencapai prestasi yang
memuaskan.

Sebenarnya ada beberapa punca yang menimbulkan


keadaan ini tetapi setelah diselidiki, punca utamanya
didapati adalah disebabkan oleh kurangnya dayausaha
promosi dan pemasaran yang agresif yang perlu dibuat
oleh syarikat-syarikat ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Bengkel yang diadakan pada hari ini bertujuan


membincangkan bagaimana kita semua dapat
meningkatkan usaha-usaha promosi bagi syarikat kita
masing-masing suapaya kita berupaya mencapai prestasi
yang lebih tinggi dalam membangunkan syarikat kita …”

Muka 24
bengkel

BADAN UCAPAN ATAU ISI

a. Merupakan intipati sesuatu ucapan. Ia merang-


kumi 75% daripada jumlah keseluruhan masa
ucapan.

b. Di sini berbagai-bagai teknik boleh digunakan


dalam menyampaikan isi yang telah dinyatakan
di peringkat pengenalan di atas.

c. Di antara teknik-teknik tersebut adalah:

TEKNIK MEMBERITAHU

Teknik ini merupakan satu teknik secara terus iaitu


menggunakan point utama dan diikuti oleh sub-sub
point. Sila lihat contoh di bawah :

Point Utama : Usahawan Tak Buat Promosi


* Sub-Point : Gagal Mendapatkan Pasaran
* Sub-Point : Tak Ramai Tau Tentang Produk

Point Kedua : Usahawan Tak Mahir & Tak Cekap


* Sub-Point : Pengetahuan rendah dalam bidang
niaga
* Sub-point : Tak gemar melalui latihan

Point Ketiga: Usahawan Bermasalah Peribadi


* Sub-point : Gangguan keluarga
* Sub-point : Suka menunjuk-nunjuk

Muka 25
bengkel

LATIHAMAL

Tajuk :

Point Utama :
* Sub-point :
* Sub-point :

Point Kedua :
* Sub-point :
* Sub-point :

Point Ketiga :
* Sub-point :
* Sub-point :

TEKNIK SEMALAM, HARI INI


DAN ESOK

Merupakan suatu teknik menurut urutan masa atau


kronologi. Teknik ini menekankan satu urutan
peristiwa yang berdasarkan fakta dan masa.

Pada keseluruhannya isi-isi dimuatkan dalam satu


garisan dan dipisahkan berlandaskan peristiwa yang
telahpun berlaku, sedang berlaku dan apa yang akan
berlaku.

SEMALAM HARI INI ESOK

Muka 26
bengkel

CONTOH

Semalam Hari Ini


(Telah Berlaku) (Sedang Berlaku)

* Keadaan ekonomi * Kestabilan ekonomi


tidak seimbang * Agihan samarata
* Keadaan sosial * Keseimbangan segi
tidak seimbang sosial
* Timbul rasa tidak * Kestabilan politik
puas hati * Aman
* 13 Mei 1969
Esok
(Akan Berlaku)

* Masyarakat dinamika
* Masyarakat progresif
contoh
* Masyarakat yang aman
‘aje !
* Berdaya saing
* Berdaya tahan
* Kemantapan ekonomi,
sosial dan politik

LATIHAMAL

Tajuk :

Semalam Hari Ini Esok

Muka 27
bengkel

TEKNIK POSITIF DAN NEGATIF

Dalam membincangkan teknik ini point-point


penting dibahagikan kepada dua, iaitu yang positif
dan negatif. Si penyampai mestilah jelas ke arah
mana dia mahu mempengaruhi pendengar, positif
atau negatif.

Sekiranya yang positif, maka hujah mestilah


dimulakan dengan yang negatif dan selepas itu
diikuti dengan yang positif.

Perlu diingat sewaktu menyampaikan hujah


bahagian yang ingin dipengaruhi mestilah mem-
punyai point-point yang lebih banyak daripada
bahagian yang satu lagi.

Di akhir hujah mestilah ada unsur menyeru,


mengajak,merayu pendengar untuk mengikuti
bahagian yang kita beri tumpuan sebentar tadi.

Jangan lupa menggunakan peta minda untuk


membantu anda berfikir serta mencetuskan
ilham dan idea ! Dalam kes teknik di atas,
mungkin anda boleh gunakan Ishikawa
Diagram !

bu
pe an ko
na gm s
t as
a
Promosi
n
ga if
t un an kt
un t n gg ah ro
a
ke rlipa la
pe rtam
b p
be be

Muka 28
bengkel

CONTOH

Tujuan ucapan mengajak pendengar supaya


merancang dan melaksanakan usaha-usaha promosi
dalam memasarkan produk atau khidmat mereka.
Penekanan yang kita berikan ialah kepada bahagian
positif :

“Merancang dan melaksanakan suatu siri promosi


untuk meningkatkan jualan memanglah memakan
masa dan belanja yang bukan sedikit! (negatif)

Lebih-lebih lagi dalam usaha kita menjimat kos, kita


perlu meneliti dulu apakah sesuatu usaha promosi itu
menguntungkan atau sebaliknya. (negatif)

Tetapi, sesuatu promosi itu adalah suatu pelaboran


yang mungkin mendatangkan keuntungan berlipat
ganda…pelanggan kita bertambah…orang ramai
lebih kenal produk kita…dan barangan kita jadi lebih
menonjol dalam pasaran dan ini tentu adalah
sesuatu yang baik…” (positif)

SENANG
AJE TU !

Tak paham
..Tanya !

Muka 29
bengkel

TEKNIK EMOSI

Merupakan teknik yang paling berkesan dan boleh


memberi impak kepada pendengar. Ia merupakan satu
teknik yang sukar dilaksanakan.

Ianya banyak bergantung kepada keupayaan dan


kebolehan si penyampai menimbulkan perasaan
bersalah, marah, geram, benci dan sedih pendengar
akibat daripada isu-isu yang dibangkitkan oleh si
penyampai.

Perlu diingat bahawa butiran-butiran yang hendak


disampai adalah sama tetapi teknik ini lebih
menekankan kepada unsur perasaan. Gaya bahasa,
gaya badan, tekanan suara dan halaju suara
memainkan peranan dalam menghidupkan
penyampaian melalui teknik emosi ini.

CONTOH

Tujuan ucapan adalah untuk mempengarohi


pendengar dengan membangkitkan rasa benci mereka
terhadap tentera Serbia yang mengganas di Kosovo.

“Bayangkan di suatu perkampungan, para wartawan


telah menjumpai mayat-mayat bergelimpangan, para
wanita yang dicungkil biji matanya dan ada yang
dipenggal lehernya hinnga putus, ada pula yang diikat
dan dicucuk telinganya dengan besi tajam…bayangkan,
kanak-kanak yang hanya berusia kira-kira 5 tahun,
tangannya terputus, otaknya bersepai…dan di
tangannya masih memegang sekeping roti..!”

“Main emosi saudara hingga


terpengaroh dengan ucapan
saya...betul atau tidak…itu
isu ke 40 ! Yang penting…
saudara percaya !”

Muka 30
bengkel

A. BERHADAPAN DENGAN PENDENGAR

* YAKIN DIRI :

- Langkah teratur... tidak gopoh


- Tumpuan mata... berpandangan
- Air muka... tenang, senyum
- Gerak badan... relax, bersahaja
- Sedut nafas panjang sebelum memberi salam
pengenalan

* SALAM PENGENALAN

- Mengikut tertib…protokol
- Nada suara dan sebutan yang jelas
- Nada mendatar tetapi beransur tinggi

Adab perlu kita jaga apabila berdepan dengan


khalayak. Jangan ambil ringan…jangan sampai
orang berpaling muka disebabkan kita “biadab”
sebab :

* Tak mengutamakan yang tua


* Lupa pada yang senior !
* Lupa angguk kepala tanda
hormat
* Tak memandang…sewaktu
bercakap
* Berwajah serious…lupa
susah senyum !
* Sana kepit…sini kepit !

Muka 31
bengkel

* JANGAN MEMBACA
DAN JANGAN MENGHAFAL !

* Fahamkan point... bercakap


* Bebaskan diri... agar fikiran lebih kreatif
* Lahir dari hati bukan fikiran

JAGA SUARA

* Tekan suara beralun

- Tekanan tinggi
- Tekanan sederhana
- Tekanan rendah

* Kelajuan suara yang pelbagai

- Cepat
Tempo jaga…rentak
- Mendatar
jaga…tango biar kena !
- Perlahan

* Punca suara

- Dari perut
- Kerongkong
- Hujung lidah

* Berhenti seketika

- Jaga nafas
- Guna pernafasan diaphragmic
- Guna nafas untuk membantu nada
suara !

Kalau tak ada kerja…makan tebu hutan


cecah kicap cili padi…pasti lendir
di kerongkong terhakis…!

Muka 32
bengkel

* Merupakan 10% - 15% dari keseluruhan masa ucapan


* Terdapat dua elemen terpenting di bahagian ini iaitu:

a. Mengulang isi-isi penting yang telah disampaikan


b. Membuat satu kenyataan ringkas yang boleh
diingat oleh pendengar

A. MENGULANG ISI-ISI PENTING

Setelah tamat menghujjah di bahagian isi atau badan


sesuatu ucapan, sebelum berundur si penyampai
hendaklah mengulang semula apa yang telah
disampaikan secara ringkas.

CONTOH

“Sepertimana yang saya sebutkan tadi…ada 10 unsur


penting yang akan berubah dalam hidup menjelang
abad ke 21 dan 3 paling utama termasuklah kualiti
hidup, masa yang bergerak pantas dan permintaan
pelanggan yang berubah…

Tuan-tuan dan puan-puan, saya harap kita sama-sama


berubah menurut keadaan dan peredaran masa.

Sekian, wabillahitaufik walhidaayah…wassalaamu


alaiku warahmatullahi wabaarakatuh”

Muka 33
bengkel

B. MEMBUAT SATU KENYATAAN RINGKAS

Buatkan suatu kenyataan atau kata-kata yang mem-


bolehkan pendengar ingati dan memberi makna serta
kesan yang mendalam pada dirinya. Kata-kata ini
mestilah berkaitan dengan tajuk penyampaian dan
point-point yang disampaikan.

Sebaik-baiknya kenyataan anda berupaya


mencetuskan fikiran bagi setiap pendengar dan
merupakan suatu pendorong dalam dirinya,
memaksa dirinya menganalisa, memahami,
menghayati dan mengamalkan apa yang telah
disampaikan.

CONTOH

“Sekali lagi saya nyatakan, kita perlu mengamalkan


sikap mesra di kalangan kita sendiri bagi mengukuh-
kan rasa setiakawan kita dan amalannya cukup
mudah…setiap kali kita bertemu,jangan tunggu orang
lain memulakan…kita mulakan dulu, mata
berpandangan, ukir senyuman dan ucapkan salam..itu
saja..mudah…tapi ingat, tak ada guna kita percaya
sesuatu tanpa kita amalkan secara praktikal…seperti
pantun Melayu berbunyi :

tiada gunanya bungkusan


jika tidak berisi
tiada gunanya ucapan
jika tidak diamali” Sorry geng…suruh
pantun saya tak reti…suruh
Sekian..terima kasih ! nyanyi saya okay !

Muka 34
bengkel

C. BIAR ADA IMPAK !

Menutup dengan cara yang menarik akan memberi


kesan kepada para pendengar. Gunakan kaedah
yang mudah tetapi kita sendiri selesa :

* Kata-kata hikmah yang memberangsangkan


* Susunan kata bistari yang menarik
* Soal pendengar apa yang mereka pelajari
* Buat rumusan ringkas butiran yang anda
sampaikan
* Gunakan siri persoalan berhubung dengan apa
yang anda sampaikan
* Buat sebuah cerita yang menarik…yang
merangsang, yang menggelikan hati, yang
memberi pengajaran, yang hebat !

Pernahkah anda melihat


seorang pengucap yang
BERUCAP bercakap berleret-leret
JANGAN hingga jelas…ramai yang
PANJANG bosan…menutup ucapan
SANGAT ! semacam tak jumpa
TUTUP PUN
nokhtah akhir ?
SAMA !

Muka 35
bengkel

TIPS PENTING

TIP 1
BAGAIMANA PAKAIAN & KETERAMPILAN
ANDA ?

Ia sewajarnya selesa untuk anda dan selesa


dipandang oleh orang ramai serta sesuai untuk
majlis. Jangan segan untuk bertanya pihak
penaja bagaimana orang lain akan berpakaian
iaitu berpakaian formal atau tak formal. Jangan
menghias diri secara berlebihan hingga menjadi
bualan orang lain.

TIP 2
BAGAIMANA GAYA ANDA ?

Relaks, dan bergerak atau berdiri dengan segak


tetapi tak kelihatan agak kaku serta bergayut
pada podium.

TIP 3
BAGAIMANA GERAK GERI ANDA ?

Tangan bergerak bebas tetapi tak berlebihan


menghayun ke sana sini. Apabila memulakan
ucapan, letakkan tangan di hadapan (kira-kira
aras pusat) untuk elak gugup dan gementar.
Apabila anda sudah mula bercakap, gunakan
gerak geri tangan untuk menambah
keberkesanan ucapan.

Lihat Sukarno, Mahathir,


Anwar, Hitler...Nehru,
dan lain-lain…stail
mereka “meletup !”

Muka 36
bengkel

TIP 4
BAGAIMANA PANDANGAN MATA ANDA ?

Pandang mata para hadirin. Pandang pada mata


semua orang bagaikan seorang demi seorang hingga
seluruh penuntun merasakan seolah-olah anda
sedang bercakap dengan mereka.

TIP 5
BAGAIMANA PULA SUARA ANDA ?

Anda perlu mengalunkan suara tinggi rendah beserta


intonasi yang naik turun menurut mood dan gaya
kata-kata ucapan anda. Kuatkan suara anda jika
ingin menekankan sesuatu perkara dan kadangkala
bagaikan berbisik untuk menarik perhatian
pendengar.

TIP 6
BAGAIMANA KATA-KATA UCAPAN ANDA ?

Gunakan kata-kata mudah dan yang paling selesa


pada anda serta mudah difaham oleh pendengar. Tak
perlu anda gunakan bahasa baku dan bahasa buku
hingga menjadi bahan gurauan para pendengar.
Susunan ayat serta selitan perkataan yang sedikit
menarik akan menimbulkan kesan bagi ucapan
anda.

TIP 7
PALING MUSTAHAK …BAGAIMANA SENYUMAN
ANDA HARI INI ?

Senyum sinis, senyum bimbang, senyum mesra,


senyum kasih, senyum marah, senyum nakal,
senyum kecewa, senyum sedih, senyum gawat,
senyum manis, senyum simpul...Yang mana satukah
yang anda beri sewaktu berucap?

Muka 37
INGAT !

Sebelum kita berucap seharusnya kita menyemak senarai


berikut.

SENARAI SEMAKAN

PERKARA PERSEDIAAN

a. Analisa
Tajuk

b. Analisa
Majlis

c. Analisa
Penonton

d. Analisa
Tempat

e. Bahan
* APD
* Data-data
* Fakta
* Masa

f. Teknik
Penyampaian

Langkah terakhir sebelum berucap adalah


latihan... latihan... dan latihan!

Muka 38
bengkel

INGAT !

LATIH & TERUS LATIH

Latihan merupakan satu langkah terpenting


untuk pengucapan awam yang berkesan. Para
pengucap yang terkenal seperti Dale Carnagie
sebagainya, berlatih (rehearse) sebelum memberi
ucapan yang sebenar. Setiap kali mereka berucap
samada rasmi atau tidak rasmi juga adalah
latihan melalui pengalaman. Bagaimana dengan
diri anda ?

Di antara latihan yang disyorkan adalah:

a. Berbicara depan cermin


b. Merakamkan suara... dengar
c. Video... lihat
d. Berucap di hadapan rakan-rakan dan minta
maklumbalas
e. Mempelbagaikan corak interaksi sewaktu
berbincang, mesyuarat dan perbualan
f. Menghayal... berucap dalam diri, dengan
rentak tekan suara dan gerak badan.
Kesemuanya ini dilakukan secara "senyap"

Muka 39
bengkel

MENGHADAPI PENDENGAR
YANG KRITIKAL

01. DENGAR SOALAN


DAN ULANGTAYANG

Beri tumpuan pada soalan


dan si pendengar dan kemudian, ulang semula
soalan untuk pendengaran orang lain.

02. JAWAB TERUS

Pandang terus pada orang yang bertanya dan


jawab soalannya secara mudah difahami.
Jikalau ia memerlukan jawapan yang panjang,
buat tawaran supaya anda menjawab
sepenohnya sewaktu rehat kelak.

Guna stail jawapan 1…2…3

03. RUJUK PADA UCAPAN ANDA

Bila menjawab soalan, rujuk semula tentang


apa yang anda telah ucapkan. Misal, “Seperti
yang telah saya sebutkan tadi…”

04. TUNJUK KEMESRAAN

Tunjuk kelembutan pada wajah, senyum dan


kawal suara supaya pendengar tak melihat
rasa sebenar yang anda sedang alami…marah
atau meluat mendengar soalan !

05. NYATAKAN APA YANG BENAR !

Nyatakan apa yang sebenar jikapun anda telah


membuat kesilapan…nyatakan anda silap !
Jikalau anda tak tahu…nyatakan anda tak
tahu !

Muka 40
bengkel

MENGHADAPI PENDENGAR
YANG KRITIKAL

06. CUBA JANGKA SOALAN

Cuba jangkakan apakah soalan


atau pertanyaan yang akan dikemukankan
oleh para pendengar…ia memudahkan anda
menjawab apabila tiba pada masanya.

07. JANGAN CEKAK PINGGANG

Apabila menjawab, elakkan gara-gara cekak


pinggang atau menuding jari…ia seolah-olah
kita memarahi dia yang bertanya !

08. BIAR MUDAH DAN RINGKAS

Segala jawapan sewajarnya anda ucap dengan


ringkas, padat dan tepat ! Tak perlu berleret-
leret !

SENANG ‘AJE !

Muka 41
BAGAIMANA SKOR ANDA?

SKOR
PERKARA
Tidak Sangat
Memuaskan
Memuaskan Memuaskan

a. Pengenalan
* Tarikan
* Ringkas

b. Gaya Bahasa
* Mudah
* Menarik
* Ketepatan

c. Gerak Geri
* Menarik
* Kesungguhan
* Meyakinkan

d. Tekanan Suara
* Kelajuan
* Tinggi Rendah
* Menarik

e. Perawakan
* Pakaian
* Hiasan
* Gelagat

f. Tumpuan Mata
* Menyeluruh
* Berpandangan

g. Isi
* Kepadatan
* Kesinambungan
* Teratur
* Kejelasan

h. Penutup
* Menarik
* Ringkas

Muka 42

You might also like