You are on page 1of 8

PENDEKATAN PSIKOLOGI DALAM MENGURANGKAN MASALAH

GENGSTERISME DAN BULI DI SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

ISU GENGSTERISME DAN BULI DI SEKOLAH DI MALAYSIA

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), salah satu terasnya


adalah untuk membangunkan modal insan. Walaubagaimanapun, organisasi
pendidikan sering menghadapi masalah berkaitan disiplin seperti gengsterisme
dan buli. Dunia pendidikan dikejutkan dengan isu seperti ini pada masa lalu,
sebagai contohnya kes Mohd. Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama
Datuk Kelana Petra Maamor, Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat
dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sekolah tersebut(Siang, 2005). Terbaru,
antara yang menjadi kontrovesi adalah kes buli dan pukul budak berumur 13
tahun , Mohd. Afiq Qusyairi, pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Agama
Padang Tengku di Kuala Lipis, Pahang. Isu pendidikan ini bukan saja menjadi
masalah di Malaysia, malah telah menjadi isu yang perlu ditangani secara global.
Mengikut kajian, hampir 30 peratus remaja di Amerika Syarikat (5.7 milion)
dianggarkan terlibat dalam buli di sekolah. (). Pelbagai cara untuk mengatasi
masalah gengsterisme dan buli ini telah dibuat, namun banyak yang tidak
memberi kesan. Antara teori-teori psikologi yang berpotensi dalam mengekang
masalah ini adalah seperti teori ‘behaviorisme’, ,teori pembelajaran sosial oleh
Bandura, teori psikososial dan sebagainya.

2.0 DEFINISI

2.1 BULI

Menurut Kamus Dewan (DBP, 2002, hlm 186) buli ditakrifkan sebagai,

1. Perbuatan mendera, mempermainkan seseorang, supaya dapat


menyesuaikan diri dengan suasana baru.
2. Mempermain-mainkan orang, biasanya orang lemah, dengan tujuan untuk
menggertak atau menakutkan orang berkenaan.

“A person who is habitually cruel or overbearing, especially to smaller or


weaker people” mengikut definisi yang diberikan oleh The American
Heritage @ Dictionary.

2.2 GENGSTERISME
Menurut Kamus Dewan gengster diklasifikasikan kepada kategori jenis
salah laku jenayah seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas,
vandalisme, memeras ugut, buli, pelacuran, meliwat, menyalahgunakan dadah,
membawa senjata merbahaya, mencabul kehormatan, mengutip dan membayar
yuran keahlian dan membunuh ( Kamus Dewan, 1994).
Gengsterism ataupun kongsi gelap pula didefinisikan sebagai
perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah.
(, 1996).
Menurut Spergel (1985) gengsterisme bermaksud sekumpulan kanak-
kanak dewasa atau remaja bersama-sama dalam kumpulan melakukan
kesalahan salah laku dan anti sosial seperti keganasan, dadah, membawa
senjata tajam, membawa senjata api dan mengganggu ketenteraman awam
khususnya di kawasan atau daerah kumpulan tersebut wujud.

3.0 PENDEKATAN PSIKOLOGI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI


MASALAH GENGSTERISME DAN BULI

Pelbagai langkah dan strategi telah diambil pihak bertanggungjawab


untuk
mengekang masalah ini, namun masalah ini belum dapat diatasi sepenuhnya
hingga
membimbangkan kerajaan, pihak sekolah ibu bapa dan masyarakat. Kebanyakan
masalah
khususnya gengsterisme dan buli di kalangan remaja ini adalah disebabkan oleh
tekanan
serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Oleh itu pendekatan
psikologi
haruslah digunakan untuk mengatasi masalah ini. Pelbagai kaedah, teknik,
model
pembelajaranan teori-teori berkaitan haruslah digunakan bagi menangani
masalah yang
semakin meruncing di kalangan remaja zaman sekarang.Berikut adalah langkah-
langkah
yang disokong oleh beberapa teori psikologi untuk mengatasi masalah
gengsterisme dan
buli :

i. Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura


Tingkah laku gengsterisme tidak dapat dinafikan merupakan sebahagian
daripada
tingkah laku yang agresif. Teori pembelajaran sosial sangat relevan dalam
menyelesaikan tingkah laku agresif dan keganasan. (Yusoff Boon, 2009)
Teori pembelajaran sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang
berlaku
dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang
sebagai model bertingkah laku. Bandura (1986) menyatakan seseorang individu
akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain dan menyimpan
maklumat yang diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan
tingkah laku tersebut. Di dalam Teori Pembelajaran Sosial Bandura, setiap
individu terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan
perkara yang pernah dilihat oleh mereka daripada persekitaran. Bandura
mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton
filem yang berunsur agresif (Yusoff Boon, 2009). Tingkah laku agresif boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu fizikal dan verbal (Yusoff Boon, 2009).
Tingkah laku agresif termasuklah ugutan secara fizikal atau kekerasan,
menendang, merosak harta benda dan mengambil dan memusnahkan barang
milik orang lain serta vandalisme. Manakala tingkah laku agresif yang
melibatkan verbal merujuk kepada perbuatan mencemuh, mencaci, mengejek,
panggilan nama yang tidak disukai, membuat gangguan bising semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (Beckom, 1990).
Oleh itu, guru berperanan sebagai role-model di sini. Pengajaran-
pembelajaran
yang digunakan oleh guru haruslah menarik dan jelas agar pelajarnya boleh
menirunya dengan mudah dan tepat. Guru juga berperanan dalam mengajar
nilai-nilai murni serta meminta kerjasama ibubapa supaya tidak membenarkan
anak mereka terdedah dengan media yang memaparkan aksi-aksi ganas. Oleh
itu, sekiranya guru menjadi role model yang baik kepada pelajar, maka pelajar
akan mencontohi perilaku guru tersebut. Ini seterusnya dapat mengelakkan
daripada masalah disiplin seperti gengsterisme ataupun buli berlaku.

ii. Teori Pelaziman Operant


Model ini diguna pakai dengan tujuan untuk melihat bahawa tingkah
laku
sebenarnya adalah akibat daripada suatu rangsangan. Kawalan peneguhan ke
atas sesuatu rangsangan itu pula akan mengubah tingkah laku. Pendekatan ini
menggunakan prinsip pelaziman operan dan pengukuran sama ada berkesannya
aliran peneguhan dinilai daripada hasil kesan rangsangan yang baru. Paradigma
analisis perlakuan ini dapat dilihat seperti di bawah :

Rangsangan Peneguhan Gerak Balas


R ------------------ P ---------------------- GB

Tingkahlaku (GB) terhasil dari rangsangan(R). Rangsangan ditambah


dengan peneguhan. Akibat dari proses ini maka berlaku satu gerak balas.
Sebagai contohnya, pelajar yang suka membuli. Setiap kali pelajar membuli,
beliau akan dimarahi dan dirotan oleh guru yang garang. Pelajar akan takut dan
diam. Oleh itu, pada masa yang lain, apabila pelajar tersebut ingin membuli,
apabila melihat guru yang merotannya dia akan menuakr tingkahlakunya
menjadi diam dan takut.

Pelajar membuli Guru marah /rotan Pelajar diam/takut


R ------------------ P ---------------------- GB
Pelajar membuli merupakan rangsangan, manakala apabila guru merotan, ianya
merupakan peneguhan dan gerak balas pelajar tersebut adalah diam dan takut.

iii. Teori Behaviorisme


Teori ini bersandarkan kepada perubahan tingkahlaku (learning leads
to a change
in behavior), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan
melakukan sesuatu berulang-ulang maka tingkahlaku itu akan dikuasai secara
automatic. Pavlov (1849 – 1936) yang menjalankan eksperimen ke atas anjing
menggunakan makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng
dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan
akan disajikan.
Thorndike (1874 – 1949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-
Response Theory (teori pelaziman operan) yang mana rangsangan terlazim
menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar ‘belajar’ membuak
sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidangkan
di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neutral
terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan
pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang
dikehendaki. Dengan kata lain teori behaviorisme yang dikaitkan dengan tingkah
laku membuli atau kelakuan jenayah ialah melalui pembelajaran yang berkesan
dapat mencegah kegiatan tidak bermoral tersebut. Guru ataupun ibubapa akan
sentiasa mengulangi kata-katanya bahawa membuli adalah salah di sisi undang-
undang dan sesiapa yang melakukannya akan didenda. Oleh itu, apabila
perlakuan ini berulang kembali, pelajar akan sentiasa ingat bahawa buli dan
gengsterisme ini adalah salah dan mereka akan dihukum jika melakukannya.
Akhirnya, pelajar tersebut tidak akan melakukan kesalahan begitu lagi.

iv. Teori Psikososial oleh Erikson


Teori psikososial yang dikemukakan oleh Erik Erikson, mengenai
perkembangan
manusia lebih menjurus kepada perkembangan identiti. Berikut adalah jadual 8
peringkat perkembangan psikososial dalam teori ini yang saling berkait antara
satu sama lain.(, 2008)

Tiap peringkat digambarkan oleh pelbagai krisis psikologikal yang perlu


diatasi sebelum individu tersebut bergerak ke peringkat seterusnya. Dalam
mengatasi masalah salah laku remaja, guru mahupun ibubapa perlu mengambil
peranan. Dalam peringkat 1, apabila berdepan dengan kanak-kanak yang
mempunyai masalah ketidakpercayaan , guru harus menetapkan rutin bilik
darjah yang berkala dan kerap.Layanan mesra harus diberi dan kanak-kanak ini
boleh diletakkan bersama rakan sebaya untuk membantunya. Peringkat 2,
jangan menghukum kanak-kanak kerana ianya akan membawa kepada
pengurangan rasa autonomi dan menimbulkan keraguan.Tetapkan peraturan
yang adil, konsisten, mudah difahami dan jelas. Ini adalah untik membantu
disiplin kendiri kanak-kanak.Peringkat 3, pujian harus diberi kepada kanak-kanak
menunjukkan inisiatif untuk mencuba kemahiran baru.Peringkat 4, beri pujian
dan penghargaan akan setiap kejayaan pelajar tadi.Manakala peringkat terakhir
adalah, gurur haruslah membuat ceramah dan menjemput personality-
personaliti yang berjaya dalam bidang mereka. Dedahkan remaja dengan
kemahiran komunikasi serta beri peluang kepada remaja untuk meneroka
kebolehan sendiri. Sekiranya pendekatan ini diaplikasikan dari awal lagi, sudah
tentu ianya dapat membantu kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

5.0 KESIMPULAN
Yusuf Boon (2009) menyatakan bahawa teori pembelajaran sosial oleh
Bandura dan teori psikososial sangat relevan dalam menangani masalah
gengsterisme atau buli.
5.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad, A. (2009, Jun 28). Pendidikan Moral Pelajar Terpinggir. Retrieved


September 2009, 2009, from Utusan Malaysia Online:
http://utusan.com.my/utusan/info
Bandura, A. (1986). Sosial Foundations of Thought and Action. A Social Cognitive
Theory. New Jersey: Prince Hall.

Beckom, R. (1990). Gang involvement abd delinquency among Hispanic and


Afircan-American adolescent males. Journal Research Crime Deliny 29 , 273-291.

Hashim, R. M. (2003). Perkembangan Sosioemosi Remaja : Tanggungjawab


bersama. Malaysia: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Kamus Dewan (Edisi Ke-3 Ed.). (1996). Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2002). Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Khan, C. A. (1997). Statistics for social data analysis (3rd ed.). F.E Peacock:
Itasca, IL.

Perbezaan Individu. (2008, November 15). Retrieved September 16, 2009, from
Scribd: http://www.scribd.com/doc/8004852/Perbezaan-Individu

School Bullying and Teen Bullying Statistics. (n.d.). Retrieved September 10,
2009, from Family First Aid:Help For Troubled Teens:
http://www.familyfirstaid.org/bullying.html

Siang, L. K. (2005, June 20). White Paper : School Gangsterism Getting Out Of
Control. Retrieved OGOS 24, 2009, from Democratic Action Party Malaysia:
http://dapmalaysia.org

Spergel, I. (1985). Youth gang a citvity and the Chicago public schools.
Chicago,IL: University of Chicago School of School Service Administration.

Thoists, P. (1982). Conceptual, methodology, and theoretical problems in


studying social support as a buffer against life stress. Journal of health and social
behavior 23 , 145-159.

Yusoff Boon, A. H. (2009). KES PROFILING GANGSTERISME DI SEKOLAH


MENENGAH DI MALAYSIA. Malaysia: Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

You might also like