P. 1
Teori Dan Model Kejururawatan

Teori Dan Model Kejururawatan

|Views: 8,106|Likes:
Published by bruce_li88

More info:

Published by: bruce_li88 on Sep 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/22/2015

pdf

text

original

7/20/2009

OBJEKTIF
DNUR 1214 ASAS KEJURURAWATAN Di akhir sesi pembelajaran ini, para pelajar akan dapat: Mendefinisikan teori dan model. Mengenalpasti kepentingan model dan teori kepada kejururawatan. Menyatakan empat konsep utama yang menjadi teras kepada teori kejururawatan. Menjelaskan teori-teori dan model kejururawatan yang berkaitan. Menyatakan perkaitan antara teori dan model kejururawatan dan 4 konsep utama kejururawatan.

TEORI DAN MODEL
KEJURURAWATAN

CIK SITI HAJAR BINTI MUDA B.Sc Hons Health Sciences (Nursing), USM

DEFINISI
Model = juga disebut sebagai kerangka konseptual = merupakan suatu set konsep yang boleh menerangkan idea-idea tentang individu, kumpulan, situasi, dan acara yang berkaitan dengan sesuatu disiplin (contoh jururawat).

DEFINISI…
Teori = merupakan suatu set konsep yang digunakan bagi menerangkan suatu fenomena. Lebih daripada model, ia mampu menerangkan bagaimana konsep-konsep atau idea-idea ini berkait antara satu sama lain. Melalui teori, kita boleh meramal dan mengawal sesuatu fenomena.

KEPENTINGAN TEORI KEPADA
KEJURURAWATAN
Perkembangan teori-teori dan model di dalam bidang kejururawatan banyak memberi sumbangan kepada:
Pendidikan kejururawatan Penyelidikan kejururawatan Praktis klinikal

PENDIDIKAN Fokus umum kepada perkembangan dan perangkaan kurikulum Panduan dalam membentuk keputusan berkaitan kurikulum

PENYELIDIKAN Menyediakan kerangka untuk membentuk ideaidea baru Menjadi panduan membentuk kaedah yang sistematik dalam mencari persoalan kajian

PRAKTIS Menerangkan serta meramal dalam memberi perawatan

Panduan kepada penaksiran, perancangan, intervensi dan penilaian

Kesannya, banyak ilmu dan idea baru yang terhasil dan membantu membezakan fokus kerjaya kejururawatan daripada kerjaya yang lain.

Membantu dalam penemuanpenemuan pengetahuan dan idea baru

Rasional semasa pengambilan data dan buat keputusan.

1

7/20/2009

MAKSUD KONSEP
Konsep adalah asas sesebuah teori. Ia adalah idea-idea yang abstrak atau fenomena gambaran pemikiran atau sesuatu kenyataan Konsep adalah perkataan yang membawa gambaran pemikiran tentang kandungan dan makna sesuatu perkara. Banyak konsep digunakan dalam kejururawatan. Contohnya, konsep mengenai kehidupan manusia, kesihatan, perhubungan, pertolongan dan komunikasi

KAITAN ANTARA

KONSEP DAN TEORI

KEJURURAWATAN

4 konsep utama yang menjadi teras kepada teori kejururawatan ialah: Klien – yang menerima penjagaan kejururawatan (termasuk individu, keluarga, komuniti) Persekitaran – kawasan sekeliling pesakit samada luaran atau dalaman Kesihatan/penyakit – keadaan tahap kesihatan klien Kejururawatan – sebuah disiplin yang memberi perkhidmatan penjagaan bagi merawat individu yang sakit.

TEORI-TEORI DAN MODEL
KEJURURAWATAN
Teori Persekitaran Nightingale Teori Kejururawatan Henderson Teori Umum Kejururawatan Orem Model Hubungan Interpersonal Peplau

TEORI PERSEKITARAN
NIGHTINGALE
Diperkenalkan oleh Florence Nightingale pada tahun 1860. Mengaitkan kesihatan dengan 5 faktor persekitaran iaitu: Udara yang segar Air yang bersih Sistem saliran yang efisien Kebersihan Pencahayaan

TEORI PERSEKITARAN NIGHTINGALE…(SAMB)
Turut menekankan faktor: Haba dan suhu yang sesuai Suasana yang tenang Diet yang sihat dan seimbang

TEORI KEJURURAWATAN
HENDERSON
Diperkenalkan oleh Virginia Henderson pada tahun 1966. Mengaitkan juga kesihatan dan kesejahteraan dengan persekitaran. Menekankan bahawa jururawat perlu prihatin kepada individu yang sakit dan sihat. Tugas jururawat adalah membantu individu yang sihat dan sakit agar dapat berdikari untuk memenuhi 14 keperluan asas iaitu:

2

7/20/2009

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14)

Bernafas secara normal Makan dan minum secukupnya Eliminasi bahan kumuh Bergerak dan mengekalkan posisi mengikut kehendak Tidur dan rehat Menjaga kebersihan dan pakaian Mengekalkan suhu badan Menjaga keselamatan diri dan persekitaran Mengelakkan bahaya dan kecederaan Berkomunikasi serta meluahkan perasaan, ketakutan, dan pendapat. Kepercayaan kepada tuhan Bekerja mengikut kemampuan Bermain dan berrekreasi Belajar dan menemui sesuatu yang baru dalam bidang kesihatan.

TEORI UMUM
KEJURURAWATAN OREM
Diperkenalkan oleh Dorothea E. Orem pada tahun 1971. Merangkumi 3 konsep utama: Penjagaan kendiri Kekurangan penjagaan kendiri Sistem kejururawatan Bertujuan untuk memberikan jagaan dan membantu klien mencapai penjagaan kendiri (self-care).

Penjagaan kendiri Merangkumi 4 perkara seperti berikut: 1) Penjagaan kendiri – aktiviti individu yang dilakukan secara berdikari untuk mengekalkan kesejahteraan. 2) Agensi penjagaan kendiri – keupayaan individu untuk melaksanakan penjagaan kendiri. 3) Keperluan penjagaan kendiri – tindakan yang dilakukan untuk melaksanakan penjagaan kendiri 4) Terapeutik – kesemua aktiviti penjagaan diri untuk mengekalkan kesejahteraan.

Kekurangan penjagaan kendiri Kesan daripada agensi penjagaan kendiri tidak dapat memenuhi tuntutan penjagaan kendiri. Bukan hanya untuk kejururawatan tetapi juga bagaimana orang lain boleh membantu memenuhi keperluan pesakit.

Sistem kejururawatan Mempunyai 3 jenis sistem:
1)

MODEL HUBUNGAN
INTERPERSONAL PEPLAU
Diperkenalkan oleh Hildegard E.Peplau pada tahun 1952. Bertujuan untuk membentuk hubungan interaksi di antara klien dan jururawat. Menggunakan hubungan terapeutik antara jururawat dan klien agar proses penyembuhan akan efektif.

2)

3)

“wholly compensatory” – contoh individu yang tidak boleh mengawal persekitaran dan memproses informasi. “partly compensatory” – individu yang tidak mampu melakukan aktiviti sepenuhnya. “supportive – educative compensatory” – individu yang perlu belajar dan pembantu untuk melakukan aktiviti.

3

7/20/2009

MODEL HUBUNGAN
INTERPERSONAL PEPLAU..(SAMB)
Terdapat 4 fasa” 1) orientasi - klien mencari pertolongan dan jururawat membantu klien memahami masalah. 2) Identifikasi - klien akan menimbangtara keperluan untuk bergantung atau berdikari. Jururawat pada fasa ini seharusnya memfokus kepada situasi interpersonal klien.

MODEL HUBUNGAN
INTERPERSONAL PEPLAU..(SAMB)
3) Eksplotasi - Klien mengetahui nilai dari perhubungan dengan jururawat dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan. 4) Resolusi - Matlamat awal tercapai dan matlamat baru dicari.

RUJUKAN
Potter, P.A & Perry, A.G (2005), Fudamental of Nursing, 6th ed, Mosby, Elsevier. Kozier, B., Erb, G., Berman, A.J., & Burke, K. (2000). Fundamental of Nursing: Concepts, Process and Practice, 6th ed, Prentice Hall, New Jersey. Azizah, I (2005). Asas Kejururawatan, Golden Books Centre Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor Aminah, H.H., Ooi, S.G., & Ch’ng, S.W. (2006), Panduan Asas Proses Kejururawatan. Dewan Bahasa da Pustaka, Kuala Lumpur. Craven, R.F., & Hirnle, C.J. (2007). Fundamentals of Nursing Human Health and Function, 5th ed. Lippincott Williams & Wilkins, Philadelphia.

4

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->