You are on page 1of 1

BAHAGIAN TILAWAH DAN HADIS.

1. Taqwa kepada Allah = mengawal diri daripada melakukan perkara yang di murkai Allah
dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
2. makanan halal = makanan yang baik untuk kesihatan jasmani dan rohani menurut islam.
3. makanan haram = makanan yang memudaratkan kesihatan jasmani dan rohani.
4. doa = memohon kepada Allah swt sesuatu yang diharuskan oleh syarak.
5. arak = semua jenis minuman yang beralkohol dan memabukkan.
6. judi = permainan yang menggunakan wang sebagai pertarurahan.
7. taghut = syaitan, berhala, dan apa-apa sahaja kepercayaan dan amalan yang menyesatkan.
Contoh, sembah berhala.
8. dakwah = berasal daripada perkataan doa = menyeru ataupun mengajak manusia beriman dan
beribadah kepada allah dengan melakukan Ibadat kepada Nya = tanggungjawab yang wajib
dilaksanakan oleh umat islam menyeru orang lain membuat kebaikan dan mencegah
kemungkaran. <amar makruf nahi mungkar>
9. amalan zahir = amalan yang boleh dilihat, dirasa, didengar, dan disentuh oleh pancaidera.
10. amalan batin = amalan yang dirasa oleh hati dan difikir oleh akal.
11. rasulullah saw = seorang lelaki pilihan Allah yang diutus dan dikurniakan wahyu untuk
disampaikan kepada manusia.
12. muallaf = orang yang baligh dan berakal.
13. hadis = baharu, khabar, ataupun berita.
= setiap ucapan, perbuatan, pengakuan, dan sifat-sifat yang disandarkan kepada rasulullah
14. perawi = orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada rasulullah.
15. hidayah = petunjuk = petunjuk allah ke arah kebenaran.
16. rahmat = belas kasihan = segala kebaikan yang allah kurniakan kepada manusia.(tubuh badan
yang sihat)
17. ilmu = pengetahuan = pengetahuan sebenar terhadap sesuatu perkara.
18. tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan = memiliki kuasa sepenuhnya terhadap seluruh
makhluk di dunia ini.
19. khaira ummah = sebaik-baik umat. : berdaya saing : jati diri.
20. sedekah = memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukan.
21. zalim terhadap diri sendiri = orang yang melakukan dosa, melanggar hokum syarak, melakukan
sesuatu perkara bukan pada tempatnya dan mendedahkan diri mereka kepada kemurkaan dan
azab allah.
22. keampunan allah = penghapusan dosa allah kepada hamba yang berdosa dan memohon taubat
kepadanya.
23. bersyukur = menyatakan rasa terima kasih kepada allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
24. zikir = ingat = mengingati allah untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.
25. al-quran hujjatul laka ula alaika = al-quran akan menjadi pembela/pendakwa terhadap orang
yang melaksanakan/tidak melaksanakan amalan sesuai dengan tuntutan pada hari akhirat.
26. ihsan = berbuat baik menurut syarak merangkumi seluruh aspek kehidupan terhadap makhluk
allah.
27. ihsan terhadap binatang = berbuat baik semasa menyambelih. (tidak menganiyainya)

You might also like