You are on page 1of 29

PGA 101: Kuliah 3

Teori Kognitif
• i. Model pemprosesan Maklumat
• ii Ingatan sensori
• iii Ingatan jangka Pendek
• iv Ingatan Jangka Panjang
• v Strategi-strategi meningkatkan ingatan
• Model Pemprosesan Maklumat ('The
Information Processing Model')
bermula dengan menggunakan sistem
komputer sebagai analogi.
• Bagaimana pun disedari bahawa
penggunaan sistem komputer sebagai
analogi cara manusia memproses,
menyimpan dan mengingat kembali
maklumat adalah tidak sesuai kerana
ia mempermudahkan cara manusia
bertindak.
• Kita ketahui bahawa cara manusia
memproses maklumat adalah lebih
komplek berbanding dengan
Prinsip-Prinsip Utama
Model Pemprosesan Maklumat

1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan


 kepada pengaliran maklumat

2) Pengaliran maklumat dua hala

3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan


menentukan pengekodan, penyimpanan,
mengingat kembali dan lupaan.

4) Manusia disediakan secara genetik untuk


memproses dan menyimpan maklumat
Model Pemprosesan
Maklumat
• Model ini melibatkan aktiviti mental
yang berkait dengan menerima
maklumat dan mengeluarkannya
semula. Proses maklumat seperti
berikut:
• Ingatan deria
• Ingatan jangka pendek
• Ingatan jangka panjang, jenis &
perbezaannya
– Ingatan episodik
– Ingatan semantik
– Ingatan prosedural
Empat Proses Utama Terlibat
dalam Model Pemprosesan
Maklumat

1) Pengekodan ('Encoding')

•     Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan


diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan
ingatan jangka panjang.

• 2) Penyimpanan ('Storage')

•    Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam


ketiga-tiga stor memori.

• 3)  Mengingat Kembali ('Retrieval')

•     Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada


ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

• 4)  Lupaan ('forgetting')

•     Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat


kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.
Perakam Deria ('Sensory
Register')

• Maklumat diterima melalui perkam deria visual,


perkam deria auditori, perakam deria hiduan,
perkam deria rasa dan perkam deria sentuhan.
Sperling (1960) dalam kajian memutusan bahawa
tempoh ('duration') perakam deria ialah 1/4 hingga 1
saat (iaitu 250 miliseconds - 1000 miliseconds).
Contoh: apabila kita melihat 'flash' kamera ketika
mengambil gambar, imej kekal sekejap. Kapasiti
perkam deria adalah besar dan tidak terhad.

• Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku


apabila kita memberi perhatian kepada bahagian
maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek
melalui tumpuan terpilih ('selective attention').
Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal
pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan
dipindah ke ingatan jangka pendek.
Ingatan Jangka Pendek
('Short Term Memory')

• Stor memori ini juga dikenali sebagai


'Ingatan Kerja' ('Working Memory').
Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-
20 saat jika butir maklumat itu tidak
diulang.
• Contoh: kawan kamu berikan nombor
telefon dan sementara mencari kertas
untuk menulisnya kamu mengulang
nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini
dipanggil Ulangan Berkekalan
('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak
ulang nombor itu, ia akan hilang dalam
masa 10-20 saat.
• Kapasiti ingatan jangka pendek menurut
Miller (1956) ialah 7 +  2  (7 campur-tolak
2) 'chunks' dan kemudian dicadangkan
oleh Simon (1974) sebagai  5 + 2  (5
campur-tolak 2) 'chunks'.
• Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unit
tertentu dan boleh merupakan satu huruf
/angka, satu perkataan, satu ayat atau
pun satu perenggan, tertakluk kepada
kebolehan seseorang menyimpan butir
maklumat dan oleh itu berbeza antara
individu. Kita mencari maklumat daripada
ingatan jangka pendek secara 'scanning'
bersiri (satu demi satu) atau 'scanning'
Ingatan Jangka Panjang
('Long Term Memory')

• Ingatan Jangka Panjang masih menjadi


tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat
cara maklumat dienkod, disimpan, diingat
kembali dan lupa.
• Ahli-ahli psikologi seperti Freud
mencadangkan bahawa segala
pengalaman kita sejak dilahir disimpan
dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas
sekali apabila kita masih boleh mengingat
apa yang berlaku pada hari pertama
sekolah. Ini bermakna maklumat tidak
hilang tetapi sukar diingat kembali.
Pengekodan Malumat dalam
Ingatan Jangka Panjang
(Encoding Information in Long Term
Memory)
• Apakah yang dimaksudkan dengan
'pengekodan'? Pengenkodan ialah cara
maklumat dikenal pasti, didekod dan
diletakkan dalam memori.
• Mula-mula maklumat di kenal pasti dan
kemudian didekod. Bila kamu telah kenal
pasti perkataan 'rumah'; bagaimanakah ia
didekod. Adakah kamu dekodnya sebagai
'r_u_m_a_h' ? Ini mungkin dilakukan oleh
individu yang tidak tahu Bahasa Melayu?.
Bagaimanakah orang yang tahu Bahasa
Melayu, mengekod perkataan 'rumah'?.
• Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk
mengkaji bagaimana manusia mengekod
maklumat yang diterima. Salah satu sebab
lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak
dienkod dengan baik atau berkesan. Walau pun
maklumat itu berada diingatan jangka pendek,
selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti
pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'),
maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan
jangka panjang.

• Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang


mengekod maklumat pada peringkat MAKSUD
('meaning level') berjaya memindahkan
maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan
lebih berkesan dan seterusnya membantu proses
mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini
terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh
Teori Peringkat Pemprosesan
(Levels of Processing Theory)
• Craik & Lockhart (1972) mengkaji 3 kumpulan pelajar yang
diberikan satu senarai perkataan. Semasa mereka belajar:

• - Kumpulan 1 diminta menentukan perkataan-perkataan yang


bermula dengan huruf  besar. m.s. 'House, telephone, Car'

• - Kumpulan 2 diminta memberi 'rhyme' bagi perkataan yang


disenaraikan. m.s. 'house - mouse, 
car - bar'.

• -Kumpulan 3 diminta mengaitkan setiap perkataan dengan suatu


peristiwa yang telah dialami.

• Kumpulan manakah berjaya mengingat lebih banyak perkataan? 


Jawapannya ialah Kumpulan 3. MENGAPA?

• Menurut Craik & Lockhart, ini ialah kerana pelajar dalam


Kumpulan 3 telah memberi 'maksud' yang mendalam kepada
perkataan semasa mereka mengenkod perkataan-perkataan
berkenaan.  Lebih mendalam maklumat dienkod ('deep
processing'), lebih berkesan proses mengingat kembali maklumat
berkenaan. Teori yang diutarakan dipanggil TEORI PERINGKAT
PEMPROSESAN ("Levels of Processing Theory").
• Selain mengekod maklumat dengan
memberi MAKNA atau MAKSUD, sama
penting ialah individu mengekod dengan
memberi kiu-kiu yang sesuai.

• Sama ada sesuatu butir maklumat dapat


diingat kembali tertakluk kepada
bagaimana butir maklumat itu disimpan;
iaitu sejauh manakah kiu-kiu itu sesuai.
Prinsip Pengkhususan
Pengekodan

• (Encoding Specificity Principle)

• Tulving & Thompson (1973) menunjukkan 2


kumpulan pelajar senarai pasangan
perkataan yang terdiri daripada satu
perkataan sasaran ('target word') dan satu
perkataan kiu ('cue word').

• Kumpulan 1: diberikan perkataan sasaran


('malam') dan perkataan kiu yang kuat (spt.
'siang').

• Kumpulan 2: diberikan perkataan sasaran


('malam') dan perkataan kiu yang lemah
(spt. 'kelmarin').
• a) Apakah perbezaan antara Ingatan
Jangka Pendek dan Ingatan Jangka
Panjang?

• b) Berikan contoh-contoh
pengekodan, penyimpanan, 
lupaan & mengingat kembali dalam
kehidupan
seharian.
Lupaan
dalam Ingatan Panjang ('Forgetting')

• Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu


butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan
bagi menerangkan lupaan.

• 1) Teori Reputan ('Decay Theory')

Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan


oleh masa.

• 2)  Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory')

Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat


dicari kerana kiu

('cue') yang sesuai tidak ada untuk


mengeluarkan maklumat

itu.
Teori Gangguan ('Interference Theory')

•      Maklumat lain menggangu maklumat yang hendak


diingat

• a) Gangguan Proaktif ('Proactive Interference')

         Kumpulan        Belajar           Belajar               Ujian

                 A                  X-Y               X-Z                   X-Z

                 B                    ---                 X-Z                   X-Z 

         Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada

         Kumpulan A kerana maklumat lama (X-Y) menggangu

         mengingat kembali maklumat baru (X-Z)


b) Gangguan Retroaktif ('Retroaktif Interference')

          Kumpulan       Belajar            Belajar             


Ujian

                  A                 X-Y                 X-Z                
X-Y

                  B                  X-Y                  ----                
X-Y

  Kumpulan B mengingat lebih banyak


maklumat daripada Kumpulan A kerana
• Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan
dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or
'Representation' of Knowledge in Long Term
Memory)

• Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam


ingatan jangka panjang boleh merupakan
pengalaman beberapa minit yang lampau atau
pengalaman berpuluh tahun yang lampau
(seperti memori kita semasa kita kanak-kanak
lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini,
maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka
Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:

• 1) Pengetahuan Deklaratif
  a) Memori Semantik

b) Memori Episodik.

2) Pengetahuan Prosedural
• Pengetahuan Deklaratif
• ialah semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep,
prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala
segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil
Memori Episodik.

• Contoh:

• Ciri-ciri iklim monsun tropika        -- memori semantik

• Saya terjatuh semalam                   -- memori episodik

• Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yang


menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili
maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini
mencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatu
hiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat
yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding
dengan maklumat yang terletak jauh.

• Respons kepada pertanyaan "Are canaries yellow?" lebih cepat


berbanding dengan pertanyaan "Do canaries have skin?". Ini ialah
kerana maklumat "yellow" terletak dekat dengan "canaries"
manakala maklumat "skin" terletak jauh bersama dengan ciri-ciri
"animals"
• Pengetahuan Prosedural
– ialah semua maklumat berkenaan cara,
kaedah atau prosedur melakukan sesuatu.
Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang
terbakar.

• Imageri
ialah perwakilan abstrak dalam ingatan
jangka panjang mengenai sesuatu objek
atau peristiwa. Berapakah bilangan
tingkap di rumah kamu? Secara tidak
langsung kamu akan cuba membayangkan
diri kamu sedang berjalan dari satu
lokasi ke satu lokasi l lain sambil mengira
bilangan tingkap. Ini bermakna kita
mempunyai imej mental ('mental image')
keadaan di rumah kita yang disimpan
dalam ingatan jangka panjang.
Mengingat Kembali Maklumat Daripada Ingatan Jangka
Panjang (Retrieval of Information from Long Term

Memory )
• Apabila kita cuba mengingat kembali
maklumat yang disimpan dalam ingatan
jangka panjang, beberapa perkara berlaku
seperti:

• -- kita menambahkan maklumat,

• -- kita tinggalkan maklumat.

• Apakah yang menyebabkan kita berbuat


demikian? Terdapt 3 fenomena yang
mendorong kita berbuat demikian.
1) Inferen

• Baca ayat ini "Untuk membaiki kerusi yang


patah itu, Chong mengetuk paku dengan
kuat".
• Jika ditanya apakah Chong buat, ramai akan
menjawab dia menggunakan tukul atau
'hammer' untuk memukuk paku. Manakala
dalam ayat itu tidak disebut alat yang
digunakan. Mungkin Chong menggunakan
kayu, batu atau pun kasutnya untuk
memukul paku itu.
• Secara tidak langsung kita telah bertambah
maklumat apabila kita mengingat kembali
daripada ingatan jangka panjang. Dengan
perkataan lain, kita telah membuat inferen.
• Dalam satu eksperimen, subjek menonton satu filem berkenaan
suatu kemalangan jalanraya antara dua buah kereta. Kemudian
subjek disoal tentang apa yang mereka telah menyaksikan.

• Kumpulan 1: "How fast were the cars going when they 

•                         hit each other?

• Kumpulan 2: "How fast were the cars going when they                  


                        smashed each other?

• Seminggu kemudian, kedua-dua kumpulan ditanya sama ada


terdapat cermin pecah di tapak kemalangan.

• Sebilangan ramai subjek dalam Kumpulan 2 menjawab ada


terdapt cermin pecah walau pun dalan filem yang mereka
menonton tidak menunjukkan cermin pecah. MENGAPA?

• Jawapan: Subjek telah membuat inferen bahawa perkataan


'smashed' (pelanggaran yang kuat) mencadangkan kaitan dengan
cermin pecah.

• Implikasi fenomenon ini dalam kehidupan seharian: Bayangkan


apa akan terjadi jika kita membuat inferen terhadap maklumat
ketika kita menceritakan sesuatu peristiwa sebagai saksi dalam
mahkamah.
2) Stereotaip
• Stereotaip ialah butir maklumat / pengetahuan berkenaan ciri-ciri
personaliti atau atribut fizikal yang kita andaikan sebagai benar
bagi suatu kumpulan orang. Apabila kit aberjumpa dengan
seseorang kita memutuskan orang itu adalah seorang ?????
berdasarkan stereotaip yang kita pegang walau pun kita tidak
tahu apa-apa pun berkenaannya.

• Contoh: "Rohani seorang peguam terkenal berumur 40 tahun

                 belum bekahwin".

• Senarai stereotaip yang kamu kemukakan dalam kelas:

• - Dia seorang yang terlalu memilih!

• - Dia terkenal dan lelaki takut mendekatinya!

• - Dia anti-lelaki!

• - Dia adalah lesbian!

• - Dia mementingkan kariernya!

• Semua pernyataan-pernaytaan ini wujud beradasarkan stereotaip


kita berkenaan 'wanita yang tidak kahwin'. Stereotaip yang
disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan oleh kita untuk
menerangkan / menjelaskan / memerihalkan berkenaan sesuatu
3) Skema
• Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan jangka panjang yang
merupakan perwakilan abstrak mengenai sesuatu objek, perkara
atau peristiwa yang kita telah mengalami dalam dunia sebenar.
m.s. kamu mungkin mempunyai skema tentang apa yang
disajikan di restoran McDonald. Tentu kamu tidak minta nasi
kandar atau mee siam di restoran McDonald!

• Bartlett (1932) dalam kajiannya minta sekumpulan pelajar


universiti mendengar cerita mengenai sepuak orang asli. Selepas
sejam subjek diminta menulis semula apa yang mereka telah
mendengar. Dia dapati:

• a) subjek menambahkan maklumat. m.s. orang asli membawa


anak panah (dalam cerita tidak disebut tentang orang asli
memiliki anah panah); kerana ingin menyesuaikan dengan apa
yang didengar dengan skema yang perolehi berkenaan orang asli;
mungkin apa yang telah dilihat dalam gambar-gambar atau filem.

• b) subjek meninggalkan sesetengah maklumat kerana subjek


tidak memiliki skema yang sesuai berkaitan dengan apa yang
telah didengar.
Strategi-strategi meningkat ingatan

You might also like