You are on page 1of 19

1

Komunikasi, Teori dan Teori Komunikasi

PENGENALAN

Komunikasi adalah bahagian terpenting dalam kehidupan seharian. Komunikasi

tidak sahaja berlaku melalui percakapan tetapi juga melalui mendengar, membaca,

menulis dan gerak badan. Semuanya memerlukan kemahiran yang boleh dipelajari.

Sesetengah kemahiran seperti penguasaan bahasa dan pemilihan perkataan

yang tepat, pemikiran logik dan pengumpulan maklumat diperlukan untuk semua

jenis komunikasi seperti komunikasi antara perorangan, komunikasi dalam

kumpulan, komunikasi dalam organisasi, komunikasi untuk pemasaran, dan

komunikasi dalam bentuk pengucapan awam. Oleh itu semakin baik kemahiran ini

dikuasai, maka semakin berkesanlah proses komunikasi yang berlangsung.

Komunikasi yang berkesan membolehkan idea dan maklumat dapat disampaikan

dengan sempurna.

Al-Quran telah memberikan beberapa panduan sebagai asas bagi

mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan antara seseorang dengan

seseorang insan yang lain.Antara ayat Al-Quran yang menjelaskan perkara di atas

ialah :

“ Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut

terhadap mereka. Sekiranya kamu bersifat keras lagi berhati

kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.”

( Ali Imran : 159 )


2
Komunikasi , Teori dan Teori Komunikasi

1.0 Definisi Komunikasi

Komunikasi yang melibatkan perlakuan setiap hari boleh terjadi dalam

bentuk pertututran, penulisan atau penyelidikan. Pertuturan merupakan gaya

atau cara menuturkan sesuatu perkara tertentu. Penulisan pula melibatkan

kegiatan menulis atau mengarang sesuatu topik manakala penyelidikan

merupakan perbuatan mencari dan mengumpul maklumat tertentu.

Keberkesanan sesuatu komunikasi bergantung kepada penguasaan kita

terhadap sesuatu aspek komunikasi.

Perkataan ‘komunikasi’ berasal dari perkataan latin ‘communiatus’ yang

bermaksud berkongsi sesuatu ( Hamdan 1993 ) . Ini bermakna apabila kita

berkomunikasi bermakna kita sedang berkongsi idea atau maklumat dengan

individu atau orang lain. Komunikasi sebagai satu konsep telah banyak

dibincangkan oleh para sarjana, namun belum lagi menemui definisi yang

tepat. France E.X. Dance (1970 ) dalam bukunya bertajuk The Concept of

Communication mendapati dalam penulisan ilmiah terdapat lebih 95 definisi

komunikasi yang berbeza. (Hamdan, 1993 dalam Sulaiman Md Yassin et al

2002 ).

Secara umumnya komunikasi dapat dibahagikan kepada empat

kategori iaitu :

1.1.1 Takrifan Penyebaran atau Pengiriman

Takrifan asas ini menerangkan bahawa komunikasi berlaku sekiranya terdapat

pergerakan atau usaha daripada satu pihak. Bleum, 1966 ( Sulaiman Md.

Yasin, 2002 ) menyatakan bahawa ia merupakn proses yang bermula daripada


3
Komunikasi, Teori dan Teori Komunikasi

pengirim kemudian dipindahkan menerusi saluran khas kepada penerima dan

kemudiannya memberi maklum balas dalam bentuk isyarat sama ada mesej

tersebut difahami atau tidak.

Theodorson and Theodorson ( 1969 ) pula mendefinisikan komunikasi

sebagai pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi seseorang kepada

individuatau kumpulan yang lain dengan menggunakan simbol-simbol.

Takrifan komunikasi di atas tidak dapat diukur dan kurang

keberkesanannya.kerana komunikasi berlaku sehala dan tiada tindak balas

oleh pihak lain. Namun kejayaan sesuatu komunikasi Justeru, takrifan

komunikasi jenis ini dianggap lemah.

1.1.2 Takrifan Perkongsian Makna

Takrifan jenis ini adalah sama dengan yang dikemukakan oleh Wilbur

Schramn pada tahun 1971 ( Sulaiman Md Yassin et. al, 2002 ). Ini bermakna

proses komunikasi berlaku apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk

dan berkongsi antara satu sama lain bagi mencapai persefahaman.

Perkongsian yang dimaksudkan ialah perkongsian makna sesuatu isyarat.

Namun begitu, tidak semua maklumat akan memberikan makna yang

sama kepada setiap inividu. Ini kerana setiap individu akan memproses

maklumat yang diterima berdasarkan pengalaman dan persekitaran.


4
Komunikasi , Teori dan Teori Komunikasi

1.1.3 Takrifan Pembujukan

Satu contoh dalam definisi ini dikemukakan oleh ahli psikologi Carl Hovland,

Irving Janis, dan Harold Kelley yang menyatakan komunikasi merupakan satu

proses seorang individu menghantar rangsangan untuk mengubahsuai tingkah

laku individu lain., Menurut Osgood ( Sulaiman Md. Yassin et. al 2002 )

komunikasi berlaku apabila satu sumber cuba mempengaruhi sasarannya

dengan memanipulasi beberapa alternatif dan disampaikan melalui saluran

yang menghubungkan mereka.

Oleh itu, takrifan komunikasi boleh diukur keberkesanannya jika ia

berupaya mempengaruhi atau menukar sikap individu lain. Namun demikian,

tidak semua aktiviti komunikasi berunsurkan pembujukan bagi tujuan

menukar perlakuan atau sikap seseorang.

1.1.4 Penekanan Aspek Ringkah Laku

Aspek ini menekankan peranan maklumat, isyarat atau simbol dalam

menentukan keberkesanan komunikasi. Ini dapat dilihat menurut pandangan

Carter ( 1973 ) yang berpendapat bahawa seseorang individu akan cuba

mencari maklumat yang boleh diguna untuk mengatasi permasalahan yang

dihadapinya. Oleh itu individu terbabait akan mempunyai gambaran yang lebih

tepat tentang persekitaran yang perlu dihadapinya. Takrifan ini tidak

membezakan penyampai atau penerima maklumat. Oleh itu, komunikasi adalah

satu tingkah laku yang digerakkan oleh individu untuk mencari dan

menyebarkan sesuatu maklumat.


5
Komunikasi, Teori dan Teori Komunikasi

1.2 Dimensi Konsep Komunikasi

Litttlejohn ( 2002 ) mengambil pandangan Dance ( 1976 ) yang mengatakan

terdapat tiga dimensi yang digunakan untuk membedakan konsep komunikasi

secara kritikal.:

a. Tahap pemerhatian ( level of observation )

Ia mengandungi definisi yang menggambarkan komunikasi membawa

pengertian yang luas juga sempit. Gambaran sempit dihuraikan oleh

American College Dictionary yang menyatakan komunikasi lebih menjurus

kepada bidang ketenteraan dengan penggunaan peralatan seperti telefon,

telegraf, radio, kurier dan sebagainya. Manakala gambaran umum oleh

Reusch( 1957 ), ia merupakan satu proses yang menghubungkan bahagian-

bahagian terasing dalam dunia. ( dalam Narimah, 2008)

b. Tahap tujuan ( intentionality )

Ia lebih menjurus kepada tujuan komunikator dalam proses

komunikasi.. Ini dinyatakan oleh Miller ( 1966 ) bahawa komunikasi perlu

mempunyai tujuan secara sedar oleh sumber. Tindakan yang tidak disertai

oleh tujuan atau niat bukanlah membawa maksud komunikasi.

c. Pertimbangan Normatif

Situasi ini mengambil kira kepentingan proses komunikasi .Ada

diantaranya yang menggambarkan mesej yang disampaikan berjaya

dilaksanakan dan ada yang sebaliknya.


6
Komunikasi , Teori dan Teori Komunikasi

1.3 Unsur-Unsur Asas Komunikasi

Unsur-unsur merupakan perkara-perkara yang diperlukan untuk mewujudkan

satu fenomena atau kejadian ( Narimah, 2008 ) Antara unsur-unsur yang

terlibat seperti :

a. sumber

Ia merupakan punca bagi sesuatu mesej sama ada secara individu,

satu

kumpulan,persatuan atau organisasi. Dalam roses komunikasi, sumber

merupakan pendapat, fikiran, perasaan atau utusan yang disampaikan

kepada orang lain.Contohnya apabila penceramah yang menyampaikan

maklumat kepada pendengarnya

b. Penerima

Ia merupakan sasaran sesuatu mesej. Penerima juga boleh terdiri daripada

individu, satu kumpulan, persatuan , organisasi.serta sekumpulan khalayak

ramai.

c. Mesej

Ia merupakan sesuatu yang ingin disampaikan sama ada dalam bentuk idea

atau perasaan yang ditunjukkan secara verbal atau bukan verbal.

d. Saluran

Merupakan perantara atau jalan yang membawa mesej daripada sumber

kepada penerima.Ia berperanan dalam menentukan keberkesanan sesuatu

komunikasi.
7
Komunikasi, Teori dan Teori Komunikasi

e. Maklumbalas

Merupakan respon di pihak penerima terhadap sesuatu sumber. Ia

merupakan tindakan yang berlaku terhadap sesuatu mesej yang telah

disampaikan.

f. Gangguan

Perkara yang menghalang daripada berlakunya keberkesanan komunikasi.

Ia merangkumi gangguan yang berbentuk dalaman , seperti memikirkan

masalah lain ketika sesuatu mesej disampaikan. Gangguan luaran seperti

keadaan kebisingan yang mengganggu penyampaian mesej . Manakala

gangguan semantik pula melibatkan pemahaman konteks yang berbeda.

Justeru, unsur-unsur komunikasi itu sendiri merupakan sebahagian

daripada keterangan yang menyokong konsep komunikasi melalui

perkaitan di antara unsur-unsur tersebut.

2.0 Definisi Teori

Terdapat beberapa pendapat para sarjana mengenai istilah teori ini . Mengikut

pendapat Griffin (2002 ) , teori adalah peta berkenaan kebenaran. Teori adalah

jawapan sementara yang dibentuk untuk persoalan yang timbul berkaitan

kejadian sesuatu fenomena.

Pendapat Cragan dan Shields (1998), teori bermaksud sebagai suatu

kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan antaranya yang


8
Komunikasi , Teori dan Teori Komunikasi

membolehkan seseorang memahami, menjelaskan, menerangkan, membuat

ramalan dan membuat kawalan kepada fenomena.

Manakala menurut pendapat Dr. Narimah Ismail dan Dr.Saodah Wok

(2002), teori bermaksud kenyataan atau penerangan yang dibentuk untuk

menerangkan sesuatu fenomena. Ia bersifat sementara, ujian atau kajian boleh

dibuat secara sistematik bagi menentukan sama ada penerangan dibuktikan

benar atau sebaliknya. Selain itu, beliau berpendapat bahawa teori itu boleh

ditolak atau diubahsuai mengikut kajian yang telah dijalankan.

Kesimpulannya di sini ialah teori bukanlah penentu kepada segala-

galanya . Walaupun teori berjaya membuktikan sesuatu tetapi ia juga boleh

diubah mengikut kesesuaian dan keadaan tertentu.

2.1 Kepentingan Teori

Berdasarkan beberapa definisi yang diutarakan di atas, penggunaan teori

sememangnya berlaku kepada kita setiap hari. Tentunya terdapat banyak

kepentingan teori semasa kita mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.

Antara kepentingan teori ialah :

a. Sebagai panduan dalam mengambil tindakan. Oleh itu berpandukan

panduan, harapan kita sesuatu perkara itu akan menjadi lebih baik

daripada biasa. Kita juga dapat mengelak sesuatu perkara yang tidak

diingini berulang. Ini menjadikan kita lebih matang dan berwaspada

terhadap sesuatu fenomena.


9
Komunikasi, Teori dan Teori Komunikasi

b. Membantu kita dalam membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

Kita juga berupaya menganalisis sesuatu perkara serta melakukan

penyelesaian dengan pelbagai cara.

c. Membantu kita dalam meluaskan tanggapan dan pandangan terhadap

sesuatu perkara. Oleh itu, kita akan dapat menyesuaikan diri dengan

sesuatu fenomena yang berbeza. Selain itu, kita akan dapat bertindak

diluar daripada kebiasaan dan berani dengan keputusan yang telah

diambil

d. Pengalaman dan tindakan yang diambil juga membantu kita untuk

melalui liku-liku kehidupan agar lebih berjaya. Ini dapat menjadikan

kita kuat berusaha serta sentiasa dapat memperbaiki kelemahan diri.

3.0 Definisi Teori Komunikasi

Teori Komunikasi juga tidak kurang pentingnya kepada kita dalam

berkomunikasi. Teori komunikasi juga mempunyai beberapa definisi

mengikut beberapa orang pendapat para sarjana.

Salah seorang daripada sarjana tersebut ialah Littlejohn ( 2002 ), yang

menyatakan teori komunikasi sebagai suatu teori yang didapati dalam

keseluruhan teori berkaitan dengan proses komunikasi.

Sementara pendapat Cragan dan Shields (dalam Narimah Ismail, 2008)

pula, menganggap teori komunikasi sebagai hubungan. Hubungan yang

dimaksudkan ialah hubungan antarakonsep teoritikal yang membantu

memberi secara keseluruhan ataupun sebahagiannya, keterangan, penjelasan,


10
Komunikasi , Teori dan Teori Komunikasi

penerangan, penilaian atau ramalan tindakan manusia dalam bercakap,

menulis, membaca, mendengar dan sebagainya melalui media.

Pendapat ketiga daripada Borman (1989), yang berpendapat teori

komunikasi sebagai suatu perkataan atau istilah yang menjadi payung bagi

semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara berhati-hati, sistematik

dan sedar berkenaan komunikasi.

Jika diteliti daripada ketiga-tiga pendapat para sarjana tersebut teori

komunikasi adalah pelbagai kerana ia memberi keterangan atau hubungan

konsep yang berbeza-beza. Oleh sebab itu metateori diperlukan bagi

membuat klasifikasi teori komunikasi. Metateori yang dimaksudkan seperti

peta topografi untuk membuat perbandingan, klasifikasi, dan penilaian teori-

teori komunikasi. Dengan kata lain boleh dinyatakan bahawa teori

komunikasi ialah teori untuk menerangkan, menjelaskan, membuat ramalan

dalam memahami fenomena komunikasi. Berdasarkan teori inilah kita boleh

membuat penjelasan mengapa lebih ramai orang membaca akhbar Berita

Harian berbanding akhbar lain dan mengapa seseorang itu berasa gementar

semasa hadir untuk temuduga dan sebagainya.

3.1 Model Komunikasi

“ Model komunikasi merupakan persembahan daripada sesuatu fenomena sama

ada secara nyata ataupun abstrak, dengan menonjolkan unsur-unsur terpenting

dari fenomena tersebut.

( Mulyana, 2001 : 121)


11
Komunikasi, Teori dan Teori Komunikasi

Berdasarkan pernyataan di atas oleh Mulyana , jelas menggambarkan bahawa

model komunikasi itu sendiri merupakan satu daripada cara untuk menerangkan

konsep komunikasi. Model juga merupakan satu contoh yang dibuat supaya

sesuatu penerangan itu dapat disampaikan dengan mudah dan menarik agar dapat

mengurangkan kesilapan dan ketidakfahaman. ( Sulaiaman Mohd. Yassin, 2002 )

Sejarah awal model komunikasi bermula pada tahun 1940-an. Kebanyakan

modelnya berbentuk sehala iaitu menekankan penghantaran mesej daripada

sumber kepada penerima sahaja. Selepas itu pada tahun 1950-an barulah ia beralih

kepada proses dua hala yang melihat peranan unsur-unsur komunikasi dan tindak

balas yang berlaku.( Effendy, 2003 )

Terdapat beberapa model oleh beberapa sarjana yang merupakan pengasas

kepada model-model komunikasi ini.

Antaranya :

3.1.1 Lasswell's Model ( Model Lasswell )

Teori komunikasi yang dianggap paling awal (1948). Lasswell

menyatakan bahwa cara yang terbaik untuk menerangkan proses

komunikasi adalah menjawab pertanyaan : Who says in which channel to

whom with what effect (Siapa mengatakan apa melalui saluran apa

kepada siapa dengan efek apa).

Jawapan bagi pertanyaan paradigmatik Lasswell itu sendiri merupakan

unsur-unsur proses komunikasi iaitu Communicator (komunikator),

Message (pesan), Media (media) , Receiver ( komunikan/ penerima), dan

Effect (kesan ).
12
Komunikasi , Teori dan Teori Komunikasi

Adapun fungsi komunikasi menurut Lasswell adalah sebagai berikut :

i. The surveillance of the environment (pengamatan lingkungan)

ii. The correlation of the parts of society in responding to the environment

(korelasi kelompok-kelompok dalam masyarakat ketika menanggapi

lingkungan).

iii. The transmission of the social heritage from one generation to the next

(transmisi warisan sosial dari generasi yang satu ke generasi yang lain).

3.1.2 Model Komunikasi Matematik

Teori matematik in juga disebut model Shannon dan Weaver. Ia merupakan

teori komunikasi manusia yang muncul pada tahun 1949, merupakan

perpaduan dari gagasan Claude E. Shannon dan Warren Eaver. Shannon pada

tahun 1948 yang mengetengahkan teori matematik dalam komunikasi

permesinan (engineering communication), yang kemudian bersama Warren

pada tahun 1949 diterapkan pada proses komunikasi manusia (human

communication). Sumber informasi (information source) memproduksi

sebuah (message) untuk dikomunikasikan. Pesan tersebut dapat terdiri

dari kata-kata lisan atau tulisan, musik, gambar, dan lain-lain. Pemancar

(transmitter) mengubah pesan menjadi isyarat (signal) yang sesuai bagi

saluran yang akan dipergunakan. Saluran (channel) adalah media yang

menyalurkan isyarat dari pemancara kepada penerima (receiver). Dalam

percakapan sumber informasi adalah benak (brain) pemancar adalah

mekanisme suara yang menghasilkan isyarat, saluran (channel) adalah udara.

Ini boleh dilihat berdasarkan rajah di bawah :


13
Komunikasi, Teori dan Teori Komunikasi

Sumber
maklumat Penyebar
Penerima Destinasi

Perutusan Isyarat Isyarat


diterima

Sumber Gangguan

Rajah 1 : Model Shannon dan Weaver


Sumber : : Griffin, E. ( 2000 ) A First Look at Communication Theoty. 4th ed

3.1.3 S-M-C-R model (Model S-M-C-R)

Model ini telah diperkenalkan oleh Berlo pada tahun 1960.

Ia menyenaraikan empat unsur utama dan menggunakan Rumus S-M-C-R

iaitu singkatan dari istilah-istilah :

S singkatan dari Source yang bererti sumber atau komunikator ;

M singkatan dari Message yang bererti pesanan/ mesej

C singkatan dari Channel yang bererti saluran atau media

R singkatan dari Receiver yang bererti penerima atau komunikan

(penghantar mesej. )

Khusus mengenai istilah Channel yang disingkat C pada rumus S-

M-C-R itu yang bererti saluran atau media, komponen tersebut menurut
14
Komunikasi , Teori dan Teori Komunikasi

Edward Sappir mengandungi dua pengertian, iaitu primer dan sekunder.

Media sebagai saluran primer adalah lambang,misalnya bahasa, kial

(gesture), gambar atau warna, iaitu lambang-lambang yang digunakan khusus

dalam komunikasi tatapan muka ( face-to-face communication), sedangkan

media sekunder adalah media yang wujud, baik edia massa, misalnya surat

khabar, televisiyen atau radio, mahupun media cetak, misalnya, surat,

telefon atau poster. Jadi, komunikator pada komunikasi cara tatapan muka

hanya menggunakan satu media saja, misalnya iaitu bahasa, manakala pada

komunikasi media seorang komunikator, misalnya wartawan, penyiar atau

pemberita menggunakan dua media, iaitu media primer dan media

sekunder, jelasnya bahasa dan sarana yang dijalankan.

S M C R

* Kemahiran * Isi * Sentuhan * Kemahiran


komunikasi * Kod - verbal * Rasa Komunikasi
* Sikap terhadap - bukan * Bau * Sikap- sumber
penerima Verbal * Pendengaran Pengetahuan
* Sistem * Susunan * Penglihatan * Sistem nilai
nilai/budaya * Sikap- diri
* Sikap terhadap
diri

Rajah 2 : Model Berlo/ SMCR


Sumber : Berlo D ( 1960 ) The Process of Communication ( dalam
Narimah dan Saodah, 2002 )

3.1.4 Newcomb’ABX Model (Model ABX Newcomb)

Pendekatan komunikasi yang berdasarkan pada pendekatan seorang pakar

psikologi sosial berkaitan dengan interaksi manusia. Dalam bentuk yang


15
Komunikasi, Teori dan Teori Komunikasi

paling sederhana dari kegiatan komunikasi seseorang A menyampaikan

informasi kepada B mengenai sesuatu X. Model ini menyatakan bahwa

orientasi A (sikap) terhadap B dan terhadap X adalah saling

bergantung dan ketiganya membentuk sistem yang meliputi empat

orientasi. Seperti dikutip Effendy (2003) menurut Severin dan Tankard

(1992) pada model newcomb ini komunikasi merupakan cara yang biasa dan

efektif dimana orang-orang mengorientasikan dirinya terhadap

lingkungannya

A
B

Rajah 3 : Model Komunikasi Kemanusiaan

3.1.5 Model Osgood and Schramm Circular Model (Model Sirkular

Osgood dan Schramm)

Jika model Shannon dan Weaver merupakan proses linier, model Osggod

dan Schramm dinilai sebagai sirkular dalam peringkat yang tinggi.

Perbedaan lainnya adalah apabila Shannon dan Weaver menitikberatkan

perhatiannya langsung kepada saluran yang menghubungkan pengirim

(sender) dan penerima (receiver) atau dengan perkataan lain komunikator

dan komunikan. Schramm dan Osgood menitikberatkan


16
Komunikasi , Teori dan Teori Komunikasi

pembahasannya pada perilaku pelaku-pelaku utama dalam proses

komunikasi.

Shannon dan Weaver membedakan sumber dengan transmitter dan antara

receiver (penerima ) dengan destinasi. Dengan kata lain, dua fungsi dipenuhi

pada sisi pengiriman (transmiting) dan pada sisi penerimaan (receiving) dari

proses. Pada Schramm dan Osgood ditunjukkan fungsinya yang hampir sama.

Digambarkannya dua pihak berperilaku sama, iaitu encoding atau menjadi,

decoding atau menjadi balik, dan interpreting atau menafsirkan.

Sumber Pengekod Isyarat Dekod Destinasi

Rajah 4 : Model Komunikasi Schramm Pertama

Enkoder
kawasan Enkoder
Sumber Isyarat Penerima
pengalaman kawasan
pengalaman
Gangguan
Tindak balas

Rajah 5 : Model Komunikasi Schramm Kedua


17
Komunikasi, Teori dan Teori Komunikasi

KESIMPULAN

Jelas sekali melalui pendefinisian komunikasi, teori dan teori komunikasi

mempunyai perkaitan yang menjurus kepada satu konsep yang jelas tentang yang

dikatakan komunikasi. Pelbagai konsep telah digunakan untuk menerangkan

istilah yang khusus sehingga melahirkan pellbagai teori komunikasi oleh beberapa

sarjana . Antara nya yang dapat dipetik adalah seperti berikut :

Komunikasi adalah proses sesuatu idea dialihkan dari sumber kepada satu

penerima atau lebih , dengan maksud untuk mengubah tingkah laku mereka.

( Everret M. Rogers , 2001)

Komunikasi dengan n niat ( intensional ) adalah satu prosesmenyotir, memilih

dan mengirimkan simbol-simbol sedemikian rupa sehingga membantu

pendengar membangkitkan makna atau respon dari fikirannya yang serupa

dengan apa yang dimaksudkan oleh komunikator.

( Raymond S.Ros dalam Mulyana, 2001)

Daripada beberapa definisi dan model yang dikemukakan dapatlah

dirumuskan bahawa komunikasi itu merupakan satu proses pemindahan makna

iaitu maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman dan lambang-lambang lain

daripada sumber atau penyampai kepada penerima melalui saluran-saluran tertentu

dengan harapan mewujudkan persamaan . Justeru, mempelajari komunikasi dan

teorinya dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada kita dalam berkomunikasi

dengan lebih berkesan.


18
Komunikasi , Teori dan Teori Komunikasi

BIBLIOGRAFI

Berlo, D. K., Lemert, J. B., & Mertz, R. J. (1969). Dimensions for evaluating
the acceptability of message sources. Public Opinion Quarterly, 33, 563-
576. dilayari pada 25 Mei 2009, daripada EBSCOhost database.

Griffin, E. ( 2000 ), A First Look at Communication Theory. 4th ed. New York :
McGraw Hill

Jennifer L. Hamblin & Raymond W. Gibbs, Jr. (2003). Processing the meanings of
what speakers say and implicate. Discourse Processes, 35 (1), 59–80. Dilayari
pada 26 Mei 2009 daripada EBSCOhost Datebase

Littlejohn, S.W. and Foss, K.A. (2008). Theories of Human Communication, 9th
edition. Belmont, CA: Thomson Wadsworth

Phillip Jerold Aust. ( Winter 2004 ), Communicated Values As Indicator of


Organizational Identity ; A Method For Organizational Assessment and Its
Application in A Case Study : Communication Study, 55 ( 4 ), 515- 534 .
Dilayari pada 15 Mei 2009 daripada EBSCOhost Database

Saodah Wok, Narimah Ismail, Yusof Hussain. ( 2003 ). Teori-Teori Komunikasi .


Petaling Jaya : PTS Publication

Sulaiman Mohd. Yassin, Mohd. Salleh Lebar dan Azlina Abu Bakar ( 2002 ).
Komunikasi Dalam Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan, Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd
19
Komunikasi, Teori dan Teori Komunikasi

Communication models.(n.d.). Dilayari pada15 April , 2009, daripada


http://www.shkaminski.com/Classes/Handouts/Communication/
Thomas J. Leonard. “The Communication Model” www.thomasleonard.com.
Dilayari pada 15 Jun 2009

http://www.maxwideman.com/issacons4/lac1432/sldoor.html. Dilayari pada


15 Jun 2009
http://www.aber.ac.uk/media/documents/short/trans.html.
Dilayari pada 15 Jun 2009

You might also like