You are on page 1of 31

papercollection

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 02/1


BAHASA MELAYU
Kertas 1
Ogos

1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.

2. Jawab semua soalan.

3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

02/1 Hak Cipta Terpelihara SULIT


papercollection
SULIT 02/1
Soalan 1 – 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Masalah itu mungkin tidak dapat diselesaikan kerana Encik Badrul masih
__________ dengan pendiriannya.

A kuat
B tegar
C tegap
D cekal

2. Ketika berekspedisi, Malik terserembab kerana kakinya ______________ pada akar


pokok getah.

A tersangkut
B tersandung
C terperosok
D terjerlus

3. Hazim harus berasa bertuah kerana masih mempunyai ibu bapa yang senantiasa
mengambil berat _________________ dirinya.

A terhadap
B tentang
C kepada
D dengan

4. Pameran barangan antik akan diadakan di _____________ hotel ternama pada


minggu hadapan.

A ruang serambi
B ruang lingkup
C ruang tamu
D ruang legar

5. Ekor arnab yang seekor ini amat istimewa kerana kelihatan seperti ______________
kapas putih.

A segugus
B segemal
C segumpal
D segenggam

02/1 2 SULIT
papercollection
SULIT 02/1

6. Datuk Lee Chong Wei akhirnya berjaya _________________ musuh tradisinya itu
dalam pertandingan badminton bulan lepas.

A menggagalkan
B menewaskan
C menumpaskan
D menumbangkan

7. Tuanku Malim Deman telah menitahkan bidan ke istana pada malam itu kerana
permaisurinya _____________ hendak bersalin.

A santap
B gering
C murka
D kenan

Soalan 8 – 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Penyakit tangan, kaki, dan mulut (HMF) kerap mengenai kanak-kanak jika
A B
dibandingkan dengan orang dewasa. Tiada kesalahan
C D

9. Bungkusan merah itu hendaklah kaumenyerahkan kepada Encik Rahmat pada petang
A B
ini juga di pejabatnya. Tiada kesalahan
C D

10. Para pekerja duduk beristirahat di bawah pokok yang redup itu setelah letih
A B C
mencangkul tanah. Tiada kesalahan
D

11. Gugusan pulau-pulau di Indonesia terdedah kepada gempa bumi kerana terletak
A B C

dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik. Tiada kesalahan


D

02/1 3 SULIT
papercollection
SULIT 02/1
12. Bot tunda nelayan asing itu telah ditahan oleh pasukan peronda Polis Marin Malaysia
A B
di pengairan negara semalam. Tiada kesalahan.
C D

13. Guru-guru itu sedang membincangkan punca-punca kemerosotan prestasi mata


A B
pelajaran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar. Tiada kesalahan
C D

14. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh oleh tawaran
A
jualan murah yang diadakan oleh pusat membeli-belah di seluruh negara.
B C
Tiada kesalahan
D

Soalan 15 – 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15. I Jalan raya di bandar-bandar besar agak sunyi semasa musim perayaan.
II Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan.
III Apabila pulang dari sekolah, Abang Haslan suka sunyi seorang diri di dalam
bilik.
IV Pengawas pusat sumber yang bertugas meminta beberapa orang pelajar agar
sunyi apabila berada di perpustakaan.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

16. I Rafidah membalikkan pinggan mangkuk yang dicucinya itu.


II Peniaga itu tersilap membalikkan wang lebihan kepada pelanggannya.
III Semua surat yang dihantar kepada kawannya itu membalikkan semula
kepadanya.
IV Encik Samsuri membalikkan keretanya secara tergesa-gesa untuk
mengelakkan kemalangan.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

02/1 4 SULIT
papercollection
SULIT 02/1
17. I Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi mengakibatkan tiada harmoni
antara manusia dengan alam sekitar.
II Sebagai guru bahasa Melayu, Puan Salmah telah harmoni hasil penulisan
murid-muridnya.
III Pasukan koir sekolahnya bernyanyi dalam nada suara yang harmoni.
IV Keluarga artis yang terkenal itu hidup dalam keadaan harmoni.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 18 – 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

18. Nazreen telah pernah menjadi johan dalam pertandingan syarahan di sekolahnya.

A sedang pernah menjadi johan


B masih pernah menjadi johan
C akan pernah menjadi johan
D telah pernah menjadi johan

19. Kek lapis yang emak sudah buat itu ialah tempahan daripada jiran-jiran dan sanak
saudara.

A sudah dibuat oleh emak itu


B emak sudah dibuat itu
C sudah emak buat itu
D emak sudah buat itu.

20. Kami tidak akan lupakan Nuralia walaupun dia sudah berkahwin dan berhijrah ke luar
negara.

A Tidak akan kami lupai


B Akan kami tidak lupakan
C Tidak akan kami lupakan
D Kami tidak akan lupakan

21. Banyak monyet-monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu ketika kami lalu
di situ.

A Monyet bergayutan
B Monyet-monyet bergayutan
C Banyak monyet bergayutan
D Banyak monyet-monyet bergayutan

02/1 5 SULIT
papercollection
SULIT 02/1

Soalan 22 – 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang bercetak tebal.
22. Lembaga Disiplin Sekolah akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar-
pelajar yang didapati membawa rokok ke sekolah.

A Tindakan yang tegas wajar dikenakan kepada pelajar-pelajar yang berdegil


kerana membawa rokok ke sekolah.
B Lembaga Disiplin Sekolah akan bertegas kepada pelajar-pelajar yang didapati
membawa rokok ke sekolah.
C Pelajar-pelajar yang membawa rokok ke sekolah, Lembaga Disiplin akan
bertegas terhadap mereka.
D Pihak sekolah wajar mengambil tindakan tegas kepada pelajar-pelajar yang
masih membawa rokok ke sekolah.

23. “Jangan benarkan sesiapa yang tidak dikenali masuk ke rumah kita,” pesan
Puan Maimoon kepada anak-anaknya.

A Anak-anak Puan Maimoon dilarang mengundang orang luar datang ke rumah


mereka.
B Puan Maimoon mencegah anak-anaknya menjemput orang asing masuk ke
rumah mereka.
C Puan Maimoon melarang anak-anaknya agar tidak membenarkan orang asing
masuk ke rumah mereka.
D Anak-anak Puan Maimoon tidak boleh membenarkan orang yang tidak
dikenali masuk ke rumahnya.

24. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, biasanya rajin mengulang kaji
pelajaran dan bijak membahagikan masa.

A Keputusan pelajar yang cemerlang dan mengulang kaji pelajaran kerana bijak
menguruskan masa.
B Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sudah tentu mengulang kaji
pelajaran dan pandai menggunakan masa.
C Pelajar-pelajar yang cemerlang dan menguruskan masa ialah pelajar yang
mengulang kaji pelajaran.
D Keputusan yang cemerlang akan dicapai oleh pelajar yang rajin mengulang
kaji pelajaran dan bijak menguruskan masa.

02/1 6 SULIT
papercollection
SULIT 02/1
Soalan 25 – 27
Pilih ayat-ayat yang betul.

25. I Menternak ayam dan itik pekerjaan pemuda itu.


II Penjelajahan ke kawasan pedalaman itu, awak akan sertaikah?
III Kerana gagal melanjutkan pelajaran, dia memohon pekerjaan di kilang itu.
IV Sementara ayah memotong rumput, adik mengutip sampah di halaman rumah.

A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV.

26. I Barang-barang itu perlu dikumpul oleh kalian dengan segera.


II Petani itu berpayungkan daun pisang apabila hujan turun dengan tiba-tiba.
III Tugasan itu telah mereka selesaikan lebih awal daripada yang dijangkakan.
IV Penjenayah yang sering melakukan kecurian di kawasan itu kena tangkap
polis malam tadi.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

27. I Anak sulung Pak Ali diperisterikan dengan gadis sekampungnya.


II Banyak perbezaan antara Ramli dan Razali walaupun mereka kembar.
III Kami sekeluarga akan melancong ke Pulau Pinang dan Kedah pada cuti ini.
IV Saya sama sekali tidak pernah mencacinya, justeru memuji sikap baiknya
terhadap saya.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

02/1 7 SULIT
papercollection
SULIT 02/1
Soalan 28 – 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan
yang berikut.

28. Peribahasa ‘enggang lalu ranting patah’ bermaksud

A membuat sesuatu yang sangat sukar.


B keadaan hidup seseorang yang sangat miskin dan melarat.
C orang yang jahat selalu dituduh apabila terjadi sesuatu musibah.
D jika sesuatu perkara berlaku tidak mungkin orang lain bercakap tentang
perkara itu.

29. Oleh sebab negara Malaysia aman, banyak warganegara luar datang ke sini. Mereka
berminat untuk bekerja di negara ini kerana banyak syarikat menawarkan pekerjaan.
Hal ini diibaratkan seperti peribahasa di bawah kecuali

A di mana ada gula, di situ ada semut


B di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
C di mana bunga kembang, di situ banyak kumbang
D di mana buah masak, di situ banyak burung tampil

30. Walaupun ilmu dan pengetahuan tidak seberapa, Maimunah cuba mengkritik
ceramah yang telah disampaikan oleh pakar motivasi itu. Perbuatan Maimunah itu
tidak wajar kerana

A ingat sebelum kena, jimat sebelum habis


B di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
C kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
D kalau kail panjang sejengkal, lautan yang dalam jangan diduga

02/1 8 SULIT
papercollection
SULIT 02/1
Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
23 November, Isnin
Petang ini Hamzah dan Pak Cik Sani mengajak aku ke surau di hujung kampung. Kata Pak
Cik Sani, malam ini ada ceramah agama. Penceramahnya seorang pensyarah dari Kuala
Lumpur. Kata Pak Cik Sani lagi…..ceramah itu akan diadakan selepas sembahyang Isyak.
Hamzah sudah bersiap sedia. Dia berbaju teluk belanga, berkain sarung dan
bersongkok hitam. Pakaiannya kemas. Aku berada dalam keadaan serba salah. Mama cuma
menyediakan kain dan seluar sahaja untukku tempoh hari. Aku tidak membawa songkok dan
baju melayu. Sebenarnya, aku juga mempunyai sehelai baju teluk belanga di rumah. Baju itu
kujadikan baju tidur.
“Kenapa belum siap lagi, Rid ?” soal Pak Cik Sani setelah melihat aku termenung
panjang di muka pintu. Aku menjadi serba salah. Aku mengerti. Pak Cik Sani dan Hamzah
hanya menanti aku saja.
“Saya tidak ada baju melayu dan songkok,” sahutku berterus terang.
Pak Cik Sani memanggil Mak Cik Som. Dia menyuruh Mak Cik Som mengambil
baju teluk belanga Hamzah di dalam almari. Aku cuba memakai baju yang ditunjukkan oleh
Mak Cik Som. Baju itu agak sempit. Aku tahu badanku agak besar daripada badan Hamzah.
“Ketat pun ketatlah !” Aku berseloroh apabila melihat baju yang kupakai itu seperti
sarung nangka saja layaknya.
“Bolehlah itu,” Hamzah mengusik.
“Songkok ?” Aku memberanikan diri untuk menyoal dan meminta.
“Pakai ketayap sajalah, Rid. Hamzah tak ada songkok lebih, “ Mak Cik Som pula
berjenaka.
Malam itu kurasakan diriku macam pelawak di pentas bangsawan saja. Berbaju ketat,
berkain pelikat yang berkedut-kedut dan ketayap putih macam roti kirai.

24 November, Selasa
Sekembalinya dari surau malam tadi, aku berasa risau. Telingaku terasa panas. Aku terasa
diriku menjadi tontonan orang ramai. Dibandingkan dengan teman-teman Hamzah di surau
itu, akulah yang ganjil sekali.
Aku mulai membayangkan wajah Mama dalam pembaringanku. Kalaulah Mama
membekalkan songkok dan baju teluk belanga kepadaku, tentu aku tidak akan menjadi
barang tontonan malam tadi.
Banyak lagi perkara yang menyebabkan aku resah gelisah malam ini. Aku hanya
mengikut setiap gerakan yang dibuat oleh orang-orang yang bersembahyang di surau itu.
Mereka membongkok, aku pun membongkok. Mereka berdiri, aku pun berdiri. Aku
mendengar mereka membaca sesuatu semasa sujud dan rukuk. Aku diam saja. Aku tidak tahu
apa yang patut aku baca.
Satu perkara yang paling memalukan ialah peristiwa di rakaat ketiga selepas
sembahyang Maghrib. Selepas memberi salam, aku berdiri semula. Aku menoleh ke kiri dan
ke kanan. Orang lain tidak berdiri lagi. Mereka sedang membaca sesuatu. Aku tidak tahu apa
yang mereka baca. Hamzah menarik tanganku. Aku duduk semula. Terasa diriku ditontoni
lagi. Malu benar rasanya.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Mohd. Tajuddin Abd. Rahman, “Buku Catatan Farid
Badrul” dalam Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa. Kuala Lumpur.)

02/1 9 SULIT
papercollection
SULIT 02/1
31. Farid berada dalam keadaan dilema pada petang itu kerana

A terpaksa mendengar ceramah di surau.


B tidak membawa pakaian yang sesuai.
C tidak tahu bacaan dalam sembahyang.
D terpaksa memakai pakaian yang sempit.

32. Apakah perkara yang amat memalukan Farid semasa berada di surau ?

A Diperhatikan oleh orang ramai.


B Baju yang dipakainya tidak kemas.
C Tidak tahu bacaan dalam sembahyang.
D Menjadi pak turut sewaktu bersolat.

33. Apakah latar masyarakat yang digambarkan dalam petikan cerpen ini ?

A Masyarakat yang masih mengamalkan nilai-nilai tradisi.


B Masyarakat penghuni rumah setinggan yang gigih bekerja mencari rezeki.
C Masyarakat berbilang bangsa yang hidup secara aman dalam sebuah negara.
D Masyarakat kota yang mempunyai masa yang terhad untuk bersama-sama
dengan keluarga kerana sibuk bekerja.

Kalaulah Mama membekalkan songkok dan baju teluk belanga kepadaku,


tentu aku tidak akan menjadi barang tontonan malam tadi.

34. Dalam petikan di atas, apakah teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang ?

A Dialog
B Monolog
C Imbas muka
D Imbas kembali

35. Antara pernyataan yang berikut, manakah persoalan yang terdapat dalam cerpen ini?

A Perbezaan kehidupan di kampung dan kehidupan di bandar.


B Kesedaran untuk mengatasi kelemahan dan menambah ilmu.
C Persefahaman pendapat antara generasi tua dan generasi muda.
D Peranan ibu bapa dalam menyediakan pakaian anak-anak.

02/1 10 SULIT
papercollection
SULIT 02/1
Soalan 36 – 40
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SYAIR TENAGA PEMUDA

Tenaga pemuda kalau diasuh,


Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.

Tenaga pemuda memang terbilang,


Tenaga yang sedang gilang-gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.

Tenaga pemuda tenaga bererti,


Tenaga yang berani menempah mati,
Tidak mengenal erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti.

Tenaga pemuda mestilah sayang,


Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.

Tenaga pemuda kalau dijaga,


Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan negara.

(GUSTAM NEGARA, Antologi Anak Bumi Tercinta,


Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

36. Apakah harapan penulis terhadap para pemuda dalam syair di atas?

A Semangat generasi muda perlu bagi membangunkan negara.


B Generasi muda perlu menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran.
C Generasi muda merupakan harapan untuk mempertahankan negara.
D Sumbangan pemuda dapat menjadi contoh kepada rakan sebaya.

37. Baris Berani sampai berputih tulang dalam rangkap keempat syair ini bermaksud

A Kesanggupan untuk berkorban


B Kekuatan fizikal yang tidak ketara
C Berjuang hingga ke titisan darah terakhir
D Keberanian yang diwarisi sejak zaman-berzaman

02/1 11 SULIT
papercollection
SULIT 02/1
38. Pengajaran yang terdapat dalam Syair Tenaga Pemuda ialah

A Kita mesti sanggup mempertaruhkan nyawa demi tanah air.


B Belia harus cekal semasa melaksanakan kerja-kerja berat.
C Kita perlu menyayangi negara seperti nyawa sendiri.
D Belia wajar menjaga diri daripada pengaruh negatif.

39. Apakah sifat yang mesti dipupuk dalam diri generasi pemuda?

A Berani
B Prihatin
C Tekun berusaha
D Berpandangan jauh

40. Penggunaan kata yang dalam baris kedua, ketiga dan keempat rangkap kedua syair
ini ialah contoh

A anafora
B epifora
C responsi
D metafora

SOALAN TAMAT

02/1 12 SULIT
papercollection
SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 02/2


BAHASA MELAYU
Kertas 2
Ogos

2 jam Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B,
Bahagian C dan Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii).
Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian
B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima
pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A,


25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk
Bahagian D.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya
ruang jawapan tidak mencukupi, sila gunakan helaian tambahan.

______

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.

02/2 Hak Cipta Terpelihara SULIT


papercollection
SULIT 02/2
Bahagian A (i)
[20 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kesan-kesan negatif
daripada ponteng sekolah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Masalah ponteng sekolah bukanlah isu baharu bagi kebanyakan sekolah di negara kita.
Bilangan pelajar yang ponteng sekolah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Oleh yang
demikian, adalah penting untuk pelajar yang terlibat dalam masalah ponteng sekolah memahami dan
memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh mereka sekiranya meneruskan amalan ponteng sekolah.

Pelajar yang terlibat dalam masalah ponteng sekolah sebenarnya melatih diri mereka dengan
sikap membazirkan masa apabila mereka duduk melepak di pusat-pusat beli- belah, siber kafe,
rumah-rumah kosong, dan masuk ke dalam semak atau belukar. Melepak di pusat beli-belah
memang menjadi kegiatan utama pelajar yang suka ponteng sekolah. Mereka akan duduk
memerhatikan gelagat orang ramai yang lalu-lalang sambil berbual-bual kosong. Kadang-kadang
mereka turut mengganggu orang yang lalu-lalang dengan tingkah laku yang memualkan seperti
menjerit-jerit, mengurat, dan sebagainya. Tanpa disedari, mereka sebenarnya mendedahkan diri
kepada perbuatan yang tidak baik seperti merokok dan pergaulan bebas. Bagi pelajar luar bandar,
amalan ponteng mereka diisi dengan mandi di sungai atau keluar masuk ke dalam hutan. Aktiviti
lasak yang dilakukan oleh pelajar tersebut boleh membahayakan diri mereka sendiri.

Kegagalan pelajar menghadirkan diri untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran berbanding dengan rakan-rakan mereka
yang lain. Implikasinya, pelajar berkenaan mungkin akan gagal dalam peperiksaan awam seperti
Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, dan seterusnya akan menggugat masa
hadapan mereka dan secara tidak langsung pelajar tersebut gagal merancang masa hadapan. Lebih
membimbangkan kita ialah pelajar yang sudah berasa seronok ponteng sekolah ini akan terjebak
dalam kegiatan jenayah seperti rompakan, pergaduhan, dan kumpulan samseng. Hal ini demikian
kerana mereka tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas.

Pelajar yang ponteng ini akan menjejaskan nama baik keluarga dan sekolah apabila media
massa merakamkan perbuatan mereka atau apabila pihak polis menangkap pelajar-pelajar yang
ponteng sekolah itu.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Jangan Memonteng Sekolah Demi Masa Hadapan
Jalaluddin Abdul Aziz, Pelita Bahasa, Oktober 2006)

02/2 2 SULIT
papercollection
SULIT 02/2

Bahagian A (ii) : Pemahaman


[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
1. Berdasarkan petikan di atas, berikan maksud rangkai kata memerhatikan gelagat.
[2 markah]

2. Apakah yang dilakukan oleh pelajar yang ponteng sekolah?


[4 markah]

3. Cadangkan tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah
ponteng sekolah?
[4 markah]

02/2 3 SULIT
papercollection
SULIT 02/2
Bahagian B
[20 markah]
Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis pengangkutan awam di negara kita. Huraikan pendapat
anda tentang kepentingan-kepentingan pengangkutan awam di negara kita. Panjangnya huraian
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jenis-jenis Pengangkutan Awam

02/2 4 SULIT
papercollection
SULIT 02/2
Bahagian C
[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah
lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Anda baru dilantik sebagai ketua pengawas. Sempena majlis pelantikan pengawas-pengawas
baru, anda kehendaki menyampaikan ucapan.

Sediakan teks ucapan anda tersebut selengkapnya.

2. Tempat-tempat menarik di negara kita telah dapat membantu meningkatkan industri


pelancongan.

Huraikan langkah-langkah untuk mempopularkan tempat-tempat yang menarik di negara


kita.

3. Kemajuan sains memberikan kebahagiaan kepada manusia.

Huraikan pernyataan di atas.

4. Anda telah menemani ibu bapa anda membeli barang-barang keperluan sebelum tiba hari
perayaan yang akan anda sambut.

Ceritakan suasana di tempat anda membeli-belah itu.

5. Belakangan ini, semakin banyak pusat hiburan dibuka di kawasan tempat tinggal anda.
Kewujudan pusat-pusat hiburan tersebut telah menimbulkan keresahan dalam kalangan
masyarakat.

Anda telah diminta untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan untuk mengadukan hal
tersebut. Tulis surat anda selengkapnya.

02/2 5 SULIT
papercollection
SULIT 02/2
Bahagian D
[10 markah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1,

Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

(i) Meniti Kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah


(ii) Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
(iii) Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj Yusuf
(iv) Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh
(v) Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini
(vi) Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain
(vii) Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin
(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa, karya A. Rahman Hanafiah
(ix) Panas Salju, karya Talib Samad
(x) Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah
(xi) Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh
(xii) Kanang cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin.

Latar
Masyarakat

Masyarakat Masyarakat
Penyayang Patriotik

Huraikan dua contoh peristiwa yang berkaitan dengan dua latar masyarakat yang dinyatakan di
atas, iaitu latar masyarakat penyayang dan latar masyarakat patriotik daripada ketiga-tiga buah
novel yang telah anda kaji.

SOALAN TAMAT

02/2 6 SULIT
papercollection

GERAK GEMPUR PMR 2009

SEKOLAH – SEKOLAH MENENGAH NEGERI SARAWAK

Bahasa Melayu Kertas 1

Jawapan.

No Jawapan No Jawapan
1 B 21 A
2 B 22 B
3 A 23 C
4 D 24 D
5 C 25 D
6 B 26 B
7 B 27 D
8 D 28 C
9 A 29 B
10 B 30 D
11 A 31 B
12 C 32 D
13 C 33 A
14 C 34 D
15 A 35 A
16 A 36 C
17 D 37 A
18 A 38 A
19 A 39 D
20 C 40 C

KEKERAPAN PILIHAN JAWAPAN

JAWAPAN BILANGAN
A 12
B 9
C 9
D 10

SKEMA JAWAPAN TAMAT


papercollection

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI SARAWAK

GERAK GEMPUR

PENILAIAN MENENGAH RENDAH


TAHUN 2009

SKEMA PEMARKAHAN
BAHASA MELAYU
KERTAS DUA
02/2
papercollection

Bahasa Melayu Kertas 2 ( 2009 )


Skema Pemarkahan

Bahagian A (i) : Ringkasan


Markah Penuh : 20 markah

1. Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa membaca jawapan calon :

a. Bahasa dinilai secara ”impression”


b. Guru hendaklah menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan
karangan.
c. Isi diambil kira sehingga 80 patah perkataan / sehingga ayat berakhir.
d. Jawapan calon mestilah menjurus kepada fokus soalan.

2. Peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah:

Markah Bahasa : 10 markah

Peringkat Markah Keterangan


Bahasa baik dan lancar
Cemerlang 09 – 10 Menggunakan ayat sendiri
Ejaan dan tanda baca betul
Bahasa baik dan lancar
Baik 06 – 08 Masih berupaya menggunakan ayat sendiri
Kesalahan ejaan dan tanda baca – minimum
Bahasa kurang lancar
Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat,
Memuaskan 03 – 05 ejaan dan tanda baca.
Menyalin ayat daripada petikan asal secara
terpilih
Penguasaan Penguasaan bahasa yang lemah
01 -02
minimum Menyalin secara terus daripada petikan

Markah Isi : 10 markah

Bilangan Isi Markah


5 9 - 10
4 7–8
3 5–6
2 3–4
1 1-2
papercollection

Cara Penandaan Ringkasan :

• Tandakan ( / ) apabila terjumpa isi dan catat markah 1 @ 2 markah


• Baca setakat 80 patah perkataan sahaja / hingga ayat berakhir

Perhatian:-

 Kalau ditulis dalam beberapa perenggan – periksa seperti biasa

 Kalau ditulis dalam bentuk poin ( ayat lengkap dan gramatis )


isi = markah penuh, bahasa = maksimum 8m

 Isi disalin secara terpilih tanpa pindaan


isi = seperti biasa , bahasa = maksimum 5m

 Jawapan disalin terus daripada petikan


markah isi ditolak 50%, bahasa = 2m

Cara penulisan markah :

Isi -10
Bahasa -10
20

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A (I)
MERINGKASKAN KARANGAN – 20 MARKAH

Kesan-kesan Ponteng Sekolah

1. Melatih diri mereka dengan sikap membazirkan masa


2. Mendedahkan diri mereka kepada perbuatan yang baik
3. Boleh membahaykan diri mereka sendiri
4. Menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran
5. Gagal dalam peperiksaan awam
6. Menggugat masa hadapan mereka
7. Gagal merancang masa hadapan
8. Terjebak dalam kegiatan jenayah
9. Menjejaskan nama baik keluarga dan sekolah
papercollection

BAHAGIAN A ( II )
PEMAHAMAN - 10 MARKAH

Soalan 1 ( 2 markah ) – maksud kata atau rangkai kata

Markah Keterangan
2 • Maksud tepat dan ayat gramatis
• Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak
lengkap
1
• Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai
kata
0 • Maksud tidak tepat mengikut konteks

Soalan 2 ( 4 markah ) - Soalan pemahaman petikan

Markah Keterangan
4 • Isi yang dinyatakan cukup dan ayat gramatis
3 • Isi cukup mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
• Isi tidak cukup/ kurang menepati tugasan tetapi ayat
2
gramatis
• Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan
1
serta ayat kurang gramatis
0 • Isi tidak menepati kehendak soalan

Soalan 3 ( 4 markah ) - Soalan pemahaman berdasarkan kemahiran berfikir

Markah Keterangan
• Isi cukup serta relevan mengikut tugasan dan ayat
4
gramatis
3 • Isi relevan tetapi ayat kurang gramatis
• Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat
2
gramatis
• Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang
1
gramatis
0 • Isi tidak tepat
papercollection

Jawapan Bahagian Aii ( Pemahaman )

Soalan 1

 Melihat tingkah laku; melihat gerak geri;

Soalan 2

 Duduk melepak di pusat-pusat beli-belah


 Memerhatikan gelagat orang ramai yang lalu-lalang sambil berbual-bual
kosong
 Mengganggu orang yang lalu-lalang dengan tingkah laku yang memualkan
 Mandi di sungai dan keluar masuk ke dalam hutan

Soalan 3

 Menguatkuasakan peraturan sekolah


 Bekerjasama dengan pihak pihak, ibu bapa, masyarakat
 Memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang terlibat
 Mengadakan kempen antiponteng sekolah
papercollection

BAHAGIAN B
KARANGAN ( RESPONS TERHAD ) - 20 markah

• Baca karangan sekali lalu untuk mendapat kesan ( impression ) daripadanya


• Pertimbangan perlu diberikan kepada :

♥ menjawab tugasan
♥ bahasa
♥ kerelevanan idea dan pengolahan

• Nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.


• Baca karangan sekali lagi untuk pertimbangan muktamad.
• Sambil membaca tandakan kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi / fakta

_________ kesalahan bahasa


/ kesalahan ejaan
// kesalahan ejaan yang berulang
O kesalahan tanda baca
( ) kesalahan isi / fakta

* Tiada penolakan markah ejaan

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KETERANGAN


• ayat gramatis dan kata yang digunakan
tepat
• kosa kata luas dan tepat
( 18 – 20 ) • ejaan dan tanda baca betul
Cemerlang 16 – 20 • idea relevan berdasarkan tugasan
( 16 – 17 ) • huraian idea luaran spt. Pendapat, ulasan,
cadangan , kesimpulan – sesuai dan
berkembang
• pengolahan menarik dan berkesan
• ayat masih gramatis dan kata masih tepat
• kosa kata – tepat
• terdapat kesalahan minimum dalam
( 13 – 15 )
penggunaan kata, frasa dan ayat
Baik 11 – 15
• kesalahan ejaan dan tanda baca –
( 11 – 12 )
minimum
• idea luaran kurang dikembangkan
• pengolahan menarik
papercollection

• kata dan ayat yang digunakan kurang


gramatis
• kosa kata terhad
• terdapat kesalahan yang ketara dalam
( 08 – 10 )
penggunaan kata, frasa, dan ayat
Memuaskan 06 – 10
• kesalahan ejaan dan tanda baca yang
( 06 – 07 )
ketara
• idea tidak begitu menepati tugasan
• huraian idea luaran terhad
• pengolahan tidak menarik
• keseluruhan jawapan menggambarkan
Penguasaan penguasaan bahasa yang tidak cekap
01 – 05
minimum • idea kabur / tidak berkaitan dengan
tugasan

CARA PENULISAN MARKAH :

Cemerlang - 19

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN B
KARANGAN RESPONS TERHAD – 20 MARKAH

Kepentingan pengangkutan awam di negara.

Isi –isi cadangan

1. Memudahkan penduduk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang


lain.
2. Lebih menjimatkan
3. Membawa barang-barang dagangan
4. Mengurangkan kesesakan lalu lintas.
5. Menjana sektor pelancongan
papercollection

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN C
KARANGAN RESPONS TERBUKA – 40 MARKAH

Langkah – langkah memeriksa:

1. Guru hendaklah membaca karangan murid sekali lalu untuk


mendapatkan kesan ( impression ) daripadanya.

2. Nilai dan anggarkan peringkat karangan berkenaan sama ada dapat


dimasukkan ke peringkat A , B, C, D atau E.

3. Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa membuat pertimbangan


ialah:-

Bahasa
Idea
penyampaian

Isi/Idea: minimum 3

4. Tetapkan peringkat karangan itu ke dalam satu daripada peringkat seperti


dalam jadual berikut:-

KRITERIA PENSKORAN
BAHAGIAN C: KARANGAN RESPONS TERBUKA

Peringkat Markah Keterangan


• penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan
tepat
• penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang
( 37 – 40 ) gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
• penggunaan penanda wacana yang betul
• ejaan dan tanda baca yang betul
• penggunaan kosa kata yang luas
Cemerlang 33 – 40 • idea yang relevan dengan huraian yang jelas
berserta dengan contoh-contoh yang sesuai
• pengolahan yang menarik dan berkesan dengan
pemerengganan yang sesuai dan format menepati
( 33 – 36 ) kehendak tugasan
• penggunaan ungkapan yang mudah seperti
peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang
menarik.
papercollection

• jenis kata yang digunakan luas dan tepat


• penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang
gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
( 29 – 32 ) • penggunaan penanda wacana yang sesuai
• ejaan dan tanda baca yang betul
• penggunaan kosa kata luas
Kepujian 25 – 32 • idea yang relevan dengan huraian yang jelas
berserta dengan contoh
• pengolahan menarik dan berkesan dengan
pemerengganan yang sesuai dan format menepati
( 25 – 28 ) kehendak tugasan
• penggunaan ungkapan yang mudah seperti
peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang
menarik
• Pelbagai jenis kata yang sesuai digunakan
• Pelbagai jenis ayat digunakan tetapi kesalahan
yang minimum ditemukan
• Penanda wacana yang digunakan masih sesuai
( 21 - 24 )
• kesalan ejaan dan tanda bacanya agak minimun
• kosa kata yang digunakan agak umum dan ada
Baik 17 - 24
kesalahan yang minimum
( 17 – 20 ) • Ideanya masih relevan , huraiannya masih jelas
• -Pengolahannya masih menarik dan
pemerengganannya sesuai
• format masih menepati kehendak soalan.

• -Pelbagai jenis kata digunakan tetapi terhad


• ayat mudah , kesalahan yang minimum ditemukan
( 13 - 16 )
• Penanda wacana digunakan kurang tepat
• Ejaan dan penggunaan tanda baca menunjukkan -
-kesalahan yang agak ketara.
Memuaskan 09 - 16
• Huraian kurang jelas
• Pengolahan kurang menarik, pemerengganan
( 09 - 12 ) kurang sesuai
• Format kurang tepat

( 05 - 08 )
Penguasaan
• Jawapan yang diberikan pada umumnya
yang 01 - 08
menggambarkan penguasaan yang tidak cekap
minimum
( 01 - 04 )
papercollection

Skema Jawapan Bahagian C

Soalan 1

Format: ucapan

Diharapkan : Murid dapat menulis ucapan

Isi cadangan :

1. berterima kasih atas lantikan.


2. berjanji akan menunaikan tanggungjawab.
3. meminta tunjuk ajar daripada guru-guru.
4. meminta kerjasama daripada rakan-rakan.
5. berharap agar pengawas-pengawas baru melaksanakan tugas dengan
dedikasi.

Soalan 2

Format: tiada

Diharapkan : Murid dapat menghuraikan langkah-langkah mempopularkan


tempat-tempat yang menarik di negara kita.

Isi cadangan :

1. Langkah kerajaan – pakej pelancongan ke tempat menarik / kempen


Tahun Melawat Malaysia.
2. Mengadakan promosi
- media massa
- agensi pelancongan
- kerjasama dengan negara-negara lain
3. Mengadakan aktiviti kebudayaan, kesenian, sukan di tempat-tempat
menarik.

Kemungkinan

1. Murid menulis satu isi dan dikembangkan – diterima.


2. Kepentingan mempopularkan tempat-tempat menarik dengan bahasa
baik – maksimum peringkat baik.
3. Tempat-tempat menarik sahaja – peringkat memuaskan.
papercollection

Soalan 3

Format: tiada

Diharapkan : Murid dapat menghuraikan kebaikan kemajuan sains kepada


manusia.

Isi cadangan:

1. Perubatan / kesihatan.
2. Pengangkutan.
3. Kebaikan kepada suri rumah tangga.
4. Bidang pertanian.
5. Bidang pendidikan.

Isi-isi lain yang relevan diterima.

Soalan 4

Format: tiada

Diharapkan : Murid dapat menceritakan suasana sebelum hari perayaan.

Soalan 5

Format: surat kiriman rasmi

Diharapkan : Murid dapat menulis surat aduan.

Isi cadangan :

1. menyatakan keresahan masyarakat tentang kewujudan pusat hiburan;


• masalah sosial dalam kalangan remaja
• bunyi bising
• kesesakan lalu lintas
• kecurian / pecah rumah

Isi-isi lain yang relevan – diterima.


papercollection

BAHAGIAN D
KAJIAN NOVEL - 20 markah

Pembahagian markah :
Isi : 6 markah ( 1 isi dan huraian – 1 markah )
Bahasa : 4 markah.

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN D

Latar masyarakat
Masyarakat penyayang
Limpahan Darah di Sungai Semur
Jamayah ibu Jamaluddin tidak merestui cita-cita Jamaluddin untuk menjadi askar kerana
rasa kasih dan sayangnya kepada anaknya.
Timulak Kapal Perang
Makcik Mala menggantikan peranan ibu Andayu selepas kematian ibunya.
Pak cik Tidung bertanyakan tentang anak dan isterinya sebaik sahaja diselamatkan dari
tahanan di Pulau Gaya
Ekspedisi
Pak Salleh melarang Hadi mengikuti ekspedisi ke Gunung Itik kerana bimbangkan
keselamatan anaknya.
Pak Salleh membatalkan niatnya mengajak Hadi berburu bersamanya atas alasan
bimbangkan isterinya Mak Jamilah yang sering pitam-pitam.

Masyarakat Patriotik
Limpahan Darah di Sungai Semur
Jamaluddin dan rakan-rakan berduyun-duyun menghadiri temu duga untuk menjadi
rekrut Askar Melayu Diraja
Timulak Kapal Perang
Andayu dan rakan-rakan menyertai pasukan Paduka Mat Salleh secara sukarela untuk
menghalang campur tangan Inggeris di daerah Inanam dan Mengkabung
Ekspedisi
Pak Salleh melaporkan kegiatan jenayah yang telah berlaku di dalam hutan di belakang
Kampung Dataran semasa dia tersesat semasa berburu kepada pihak polis

SKEMA JAWAPAN TAMAT

You might also like