You are on page 1of 6

Sejarah Komputer

Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu:


• sebelum tahun 1940
• selepas tahun 1940

Sebelum tahun 1940

Sejarah permulaan idea untuk mencipta komputer bermula dengan penggunaan mesin
abakus sebagai pengira.

Pascal, ahli Matematik warga Perancis telah mencipta mesin penghitung digital
pertama pada tahun 1642 yang merupakan titik tolak pembinaan kalkulator.

Enjin Analisis telah diperkenalkan oleh C. Babbage. Enjin ini mempunyai ciri-ciri
komputer moden yang memiliki 5 bahagian iaitu alat input, nit storan, unit pemprosesan,
unit kawalan dan alat output.

Selepas tahun 1940

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada 5 generasi. Angka
dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.

Generasi Pertama (1940 - 1959)


Generasi Kedua (1959 -1964)
Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
Generasi Kelima (masa depan)

a) Generasi Pertama

Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses


dan menyimpan maklumat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka
utama (main frame). Contohnya:
• ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John
Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
• Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC
(Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan
penggunaan tiub-tiub vakum.
• Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator)
memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan
ingatan.
• Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal
Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses
data perniagaan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat.

b) Generasi Kedua

Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk


menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah.

Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam
famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama.
Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi
memproses data-data perniagaan. Komputer lain dalam generasi ini ialah IBM 7090
dan IBM 7094.

c) Generasi Ketiga

Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil
menjadikannya popular digunakan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh
lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

Mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer didapati amat praktikal


kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan
kebolehannya berfungsi bersendirian.
d) Generasi Keempat

Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju,
mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses
pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large
scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga
berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan
storan skunder kurang penting.

Komputer atas meja ialah sejenis komputer yang direka bentuk supaya boleh
diletakkan di atas meja untuk kegunaan di dalam rumah atau pejabat. Komputer ini
boleh didapati di pasaran dengan harga yang amat berpatutan. Komputer meja
digunakan untuk kerja-kerja peribadi, umpamanya menulis dokumen, mengurus foto
digital, menyunting video, dan meluncuri Internet.

Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) adalah komputer


bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) yang terintegrasi pada
sebuah selongsong. Beratnya berkisar dari 1 hingga 6 kilogram tergantung dari ukuran,
bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat
digunakan untuk mengisi ulang bateri dan menyalakan komputer itu sendiri. Bateri
komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada
cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri. Komputer riba memiliki fungsi yang sama
dengan komputer meja meskipun dengan kemampuan yang lebih rendah. Komponen
yang terdapat di dalamnya adalah sama dengan yang terdapat pada komputer meja
dengan ukuran yang diperkecil, lebih ringan, tidak panas dan jimat elektrik. Komputer
riba kebanyakan menggunakan layar LCD (Liquid Crystal Display) berukuran 10 inci
hingga 17 inci bergantung dari ukuran laptop itu sendiri. Selain itu, papan kekunci yang
terdapat pada komputer riba juga dilengkapi dengan pad sentuh yang berfungsi sebagai
penggerak kursor tetikus. Papan kekunci dan tetikus tambahan dapat dipasang melalui
soket USB.

Netbook pula umpama mini Laptop. Kebaikan Netbook ialah bersaiz lebih kecil dan
ringan daripada Notebook. Walaupun begitu, ia tetap tidak sama seperti Notebook
kerana Netbook disasarkan kepada pengguna komputer yang sering (atau wajib)
melayari Internet dan menghantar emel tidak kira tempat dan masa. Manakala
kelemahannya ialah ada komponen dalam Notebook telah ditiadakan dalam Netbook
antaranya CD/DVD drive. Prestasi Netbook juga tidak boleh dibandingkan dengan
Notebook kerana ia menggunakan komponen yang berbeza.

Personal Digital Assistants (PDA) adalah sebuah alat elektronik yang berasaskan
komputer dan berbentuk kecil serta dapat dibawa kemana-mana. PDA banyak
digunakan sebagai pengurus peribadi pada awalnya, tetapi karena perkembangannya,
kemudian bertambah banyak fungsi kegunaannya, seperti kalkulator, penunjuk jam dan
waktu, permainan komputer, pengakses internet, penerima dan pengirim surat elektronik
(e-mail), penerima radio, perakam video, dan pencatat memo. Selain dari itu dengan
PDA (komputer saku) ini, kita dapat menggunakan buku alamat dan menyimpan alamat,
membaca buku-e, menggunakan GPS dan masih banyak lagi fungsi yang lain. Bahkan
versi PDA yang lebih canggih dapat digunakan sebagai telefon genggam, akses internet,
intranet, atau extranet Wi-Fi atau Jaringan Wireless. Salah satu ciri khas PDA yang
paling utama adalah penggunaan layar sentuh.

Komputer tablet adalah laptop - atau komputer portable berbentuk buku. Memiliki layar
sentuh atau teknologi tablet digital yang memungkinkan pengguna komputer
mempergunakan stylus atau pulpen digital selain papan kekunci ataupun tetikus.
Layarnya pun dapat diputar ke atas dan ke bawah sehingga posisi papan kekunci
menghadap tanah/pangkuan/meja dan posisi layar tidur menghadap ke atas dan juga
dimungkinkan untuk bergerak memutar mirip gerakan orang menoleh, hingga 360
darjah.

Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa
wayar)[1] merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai
alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali
sebagai tapak sel. Telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM
tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan
ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet,
permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan
Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima
gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan
selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan
jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’).
e) Generasi Kelima

Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan merupakan
komputer impian masa depan. Reka bentuk komputer generasi kelima adalah lebih
kompleks. Komputer ini dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang
berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.

Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya
membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit
pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia.
Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan
sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada
kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai “artificial intelligence”.

Pen PC

Konsep reka bentuknya menggunakan lima batang pen berbeza bagi menjadikan
sebuah komputer. Pen-pen tersebut berfungsi sebagai:

• CPU

• Kamera

• Papan kekunci maya

• Output visual / paparan.

• Sebuah telefon.

Kelima-lima pen itu boleh berehat dalam satu blok milik yang mengandungi bateri-bateri
itu dan memegang storan massa itu. Pen masing-masing berhubung secara wayarles.

You might also like