You are on page 1of 6

Zikir selepas solat

Maksudnya:

"Aku memohon keampunanMu Ya Allah".


(tiga kali)

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:

Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan
yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan
yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat
kepadaNya.

Maksudnya:

"Ya Allah, Engkau sejahtera daripada keaiban,


daripada Engkaulah (datangnya) kesejahteraan,
bertambah-tambah berkatMu Ya Allah, Tuhan yang
mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan".

Doa solat istikharah

Doa Istikharah bererti:


Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang
terbaik untuk dilaksanakan.

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami


beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda
mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya:
"Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk
melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat
dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan
ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan
kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah
kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha
Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha
Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan
Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang
ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui
bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku
pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku
sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan
permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da
seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini
(sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada
agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada
cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan
takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan
sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang
bertitik).

Bacaan untuk menolak gangguan syaitan

Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang


tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat,
dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang
turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan
semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar
daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu
malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada
waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan
yang Maha Pengasih.
Doa ringkas selepas solat

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat


dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke
atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman,


matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam
syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan


kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta
kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua
mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik


dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan
kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau


pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada
kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana
sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di


dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada
azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas


junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga
dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi
Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

You might also like