You are on page 1of 2

PENDEKATAN PSIKOLOGI (EMOSI) DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Cetusan emosi boleh menimbulkan kreativiti seperti kenyataan Prof. Madya Hj.
Iberahim Hassan ada kebenarannya. Aktiviti-aktiviti sebegini boleh ditokok tambah
kerana kekangan masa dan dilakukan oleh guru di luar kelas atau di luar waktu
pengajaran. Contoh yang dijadikan bukti, pelajar melepaskan tekanan dan
meluahkan emosi mereka secara kreatif menerusi lukisan mural dan seni grafitti
dengan memilih dinding dan tembok yang sesuai seperti yang pernah dilakukan di
penjara dan pusat-pusat pemulihan.

Suatu persoalan tentang pelajar yang melempiaskan emosi melalui berkarya


khususnya dalam seni visual perlu dinilai kembali. Secara asasnya ia bermula dari
awal lagi jika guru itu dapat mengesani pilihan warna yang selalu menjadi pilihan
pelajar. Apabila terlalu banyak memalitkan warna merah dan memilih objek-objek
berwarna merah, dikatakan ada kaitan dengan emosi yang agresif, tegang, panas
dan marah. Betulkan jika saya keliru. Sampai ke tahap mana guru perlu
membiarkan ia bebas atau menyekatnya? Jika benar kenyataan dari sudut psikologi,
perkaitan warna dengan jiwa, peringkat awal lagi guru dapat melakukan proses
terapi. Adakah dapat kita jadikan persoalan seni dalam psikologi ini perkaitannya
dengan perkara berikut:

1. Jika dalam proses kaunseling, klien diberi pilihan ke arah mengubah sikap dan
pemikiran negatif kepada positif. Sama ada mengimbas secara terapeutik,
mengenang nostalgia, mentafsir sikap dan perlakuan yang keruh kepada
jernih. Apakah boleh dalam Pendidikan Seni Visual guru menyedarkan secara
perlahan dalam aktiviti melukis dan mewarna supaya dielakkan bentuk dan
warna yang melambangkan ciri negatif kepada yang positif? Jika ia menyekat
kreativiti pelajar, anggapan saya tentu salah dan mohon maaflah.

2. Aktiviti berkumpulan boleh dirancang dan diskripkan oleh guru dengan


meletakkan lebih bilangan pelajar yang berfikir positif bagi merealisasikan
pelajar yang negatif. Contohnya dalam menghasilkan lukisan mural dan lain-
lain projek menyambut kemerdekaan dan sebagainya.

3. Menyiapkan karya bersaiz besar supaya lebih banyak ruang untuk pelajar itu
didedahkan dengan terapi seni.

Dalam terapi seni, falsafah catan China boleh dijadikan panduan, misalannya:

1. Melukis tanpa sombong.

2. Memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna.

3. Pelukis atau pelajar tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan
kerjanya.
4. Tidak lalai, harus bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran
sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.

Sebagai kesimpulannya, proses membentuk sikap dan emosi adalah suatu proses
perawatan yang terdapat dalam terapi seni tampak yang boleh sama-sama kita
fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh
dijadikan ruang untuk Pendidikan Seni Visual diolah sebagai mekanisme pemulihan.
Jika benar maka mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah suatu subjek yang
penting dan jangan diabaikan.

You might also like