You are on page 1of 27

Bab 1 .

Pengenalan Kepada Keratan Rentas Jalan Raya

Pembangunan sesebuah negara berkait rapat dengan kemudahan sistem


pengangkutannya. Sistem pengangkutan yang sempurna, cekap lagi berkesan menjadi
prasyarat untuk meransang pertumbuhan ekonomi dan perindustrian sesebuah negara.
Di Malaysia khasnya, perancangan rangkaian jalan raya moden mula dirangka dan
dikembangkan pada zaman penjajahan Inggeris walaupun jalan tanah dan laluan lain
telah diteroka semenjak zaman dahulu lagi. Walaupun jalan raya pada masa itu dibina
hanyalah untuk memenuhi matlamat penjajahan, akan tetapi apabila Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, asas rangkaian laluan utama telah pun
tersedia.

Secara amya, jalan raya dibahagikan kepada 2 kategori iaitu


Jalan di kawasan luar bandar ( Rural road ):
i. Lebuh raya ekspress
ii. Lebuh raya persekutuan
iii. Jalan raya utama
iv. Jalan raya sekunder
v. Jalan raya kecil
Dan
Jalan di kawasan bandar ( Urban road):
i. Lebuh raya ekspress
ii. Jalan arterial
iii. Jalan pengumpul
iv. Jalan tempatan.

Setiap jalan yang telah dibina di negara kita mempunyai ciri khas bagi
menyesuaikan keadaannya kategori dan namanya sendiri. Reka bentuk keratan rentas
jalan mengambil kira semua unsur jalan raya yang terdapat di seluruh kawasan yang
diperuntukkan untuk jalan raya awam apabila dikerat secara melintang. Berikut
merupakan contoh lukisan keratan rentas di syeksen lurus yang terletak pada benteng,
pemotongan dan lereng bukit ditunjukkan dalam Rajah 1, Rajah 1.1 dan Rajah 1.2.

-1-
Rajah 1 Contoh Lakaran Keratan Rentas Jalan – Ilsutrasi 1

Rajah 1.1 Keratan Rentas Jalan iaitu dalam ilustrasi 3d – Ilsutrasi 2

-2-
Rajah 1.2 Pandangan keratan rentas jalan raya – Ilustrasi 3

-3-
Bab 2 .Cerun Lintang dan Puncak Turapan

Takungan air di atas permukaan boleh mrndatangkan mudarat jika dilihat dari tiga
sudut yang berikut ;
i. Rintangan kelincir pada antara muka turapan dengan tayar menurun jika
turapan dibasahi air. Sebagai akibat, kenderaan mudah tergelincir. Air yang
bertakung di atas permukaan turapan boleh mengakibatkan fenomena
penyatahan air, dan percikan yang berlebihan boleh menganggu kenderaan
lain.
ii. Air yan terkumpul di atas turapan mungkin menyusup ke subgred,dan kuasa
sokongan subgred yang basah menurun. Hal yang demikian berpotensi
memusnahkan keseluruhan turapan.
iii. Air menjejaskan rekatan antara bahan berbitumen dengan aggregat, dan
seterusnya menyebabkan masalah permukaan jalan yang serius iaitu dapat
memendekkan lagi jangka hayat turapannya.

Oleh yang demikian, air yang mengenai permukaan turapan mestilah disalirkan.

Bagi kes jalan yang lurus, keratan rentas jalan raya dicuramkan dari titik tengah
jalan dan terus menuju ke kedua-dua sisi turapan untuk menghasilkan satu titik tertinggi
yang dinamakan puncak turapan. Perbezaan aras puncak turapan dengan sisi turapan
tertaluk pada cerun lintang atau kamber jalan. Semakin curam cerun lintang, maka
semakin besar perbezaan aras, dan seterusnya semakin deras air dapat disingkirkan
dari permulaan turapan. Pada suatu cerun tertentu, kepantasan dan kederasan
penyaliran air bergantung dengan pada tekstur atau jenis permukan turapan.
Kekasaran tekstur permukaan, iaitu sama ada tinggi, bermutu baik digunakan pada
jalan raya berhierarki tinggi. Beberapa saranan yang dipetik daripada Piawaian JKR(2)
ditunjukkan di dalam Jadual 2

-4-
Hierarki Jalan Jenis Permukaan Kadar Cerun Lintang(%)
R6/U6 – R4/U4 Tinggi 2.5
R3/U3 – R2/U2 Perantaraan 2.5 – 3.5
R1/U1 – R1a/U1 Rendah 2.5 – 6.0
Jadual 2 Saranan Nilai Cerun Lintang
Oleh sebab mutu tekstur permukaan turapan lebuh raya LLM sangat baik, maka cerun
lintang sebanyak 2% dianggap sudah memadai.

Jadual 2 menunjukkan satu julat kadar cerun lintang yang dapat diterima. Dari sudut
keberkesanan penyaliran, cerun lintang yang curam memang diharapkan, tetapi cerun
lintang yang curam akan menimbulkan beberapa masalah. Antara masalahnya iaitu ;
i. Cerun lintang yang curam menyebabkan kenderaan menyendeng. Kenderaan
bukan sahaja susah dikawal, tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan
kepada pemandu. Jika kesan ini dirasai oleh pemandu, kebanyakkan pemandu
akan memandu berhampiran dengan garis tengah jalan raya.
ii. Tekanan sentuh antara permukaan turapan dengan tayar tidak sekata, dan
keadaan ini akan sekaligus menyebabkan tayar kenderaan turut menghaus
secara tidak seragam. Magnitud tekanan lebih tinggi pada tayar yang terletak
paling hampir dengan bahu jalan. Maka , turapan di kawasan ini dijangka akan
menghaus dengan lebih cepat.
iii. Untuk memotong kenderaan lain yang lebih perlahan, kenderaan terpaksa
bertukar lorong. Oleh sebab arah cerun lintang kedua-dua lorong pula
bertentangan, maka ketidakselesaan dialami sewaktu kenderaan melintasi
puncak turapan.

Puncak turapan boleh didefinisikan sebagai titik pintasan dua garis lurus atau puncak
suatu lengkung. Oleh itu, cerun lintang boleh berbentuk garis lurus atau lengkung atau
gabungan kedua-duanya seperti yang dilakarkan dalam Rajah 1.1

-5-
Rajah 2 Beberapa jenis cerun lintang

Untuk turapan yang mempunyai permukaan yang licin, cerun lintan g landai dan jenis
lurus boleh digunakan. Keratan rentas berlengkung parabola sangat sesuai untuk
penyaliran dan aktiviti memotong. Bentuk parabola, maka jenis parabola menghasilkan
kadar kecerunan sifar di puncak turapan, tetapi meningkat sehingga nilai maksimum
pada sisi turapan. Dari sudut penyaliran, air terkumpul yang paling banyak dikawasan
sisi turapan dapat disingkirkan dengan deras. Bentuk ini sesuai untuk kenderaan
bergerak laju yang memotong kenderaan yang lebih perlahan kerana kenderaan yang
memotong terpaksa melintasi garis tengah jalan tatkala memotong. Tambahan pula,
kiraan offset atau jarak sempadan untuk membuat pencontoh atau penggredan gred
lebih mudah dilakukan pada lengkung yang berbentuk parabola. Namun begitu, jika
jalan terlalu lebar, iaitu pada jalan pelbagai lorong, perbezaaan aras antara puncak
turapan menjadi sangat besar. Untuk menyelesaikan masalah ini, jenis gabungan
digunakan.

-6-
Bab 3. Lebar Hak Lalu

Hak lalu boleh dimaksudkan dengan sejalur tanah yang diperoleh untuk
menampung keperluan semua unsur jalan raya di sepanjang penjajarannya. Lebar
tanah yang diperoleh ini dinamakan lebar tanah jalan. Oleh kerana jalur tanah ini
diperuntukkan khusus untuk kegunaan jalan raya, maka sebarang pembangunan fizikal
berhampiran jalan raya mestilah mempunyai anjakan.

Menurut apa yang telah dibuat pada masa lalu, hak lalu jalan agak sempit dan
kadang kala hanya cukup untuk menampung turapan dua lorong dua hala sahaja. Pada
masa itu, usaha melebarkan jalan raya hanya dapat dilakukan dengan perolehan harta
tanah pada kos yang sangat tinggi. Di kawasan bandar, aktiviti pelebaran jalan kadang
kala melibatkan perobohan bangunan. Berdasarkan pengalaman ini, dapat disimpulkan
bahawa amalan yang baik untuk membuat perolehan adalah semasa proses
rekabentuk lagi dan lebar tanah diperolehi hendaklah dapat menampung jangkaan
pembangunan masa depan jalan raya. Dengan peredaran masa, peningkatan isipadu
lalulintas mendesak penambahan jumlah lorong atau pembinaan persilangan
bertingkat, jalan raya terpisah atau sebarang perubahan besar-besaran yang lain.

Berikut merupakan beberapa faktor yang akan dipertimbangkan untuk menetapkan


lebar hak lalu.
a. Pada jalan berhierarki tinggi , hak lalunya lebar kerana terpaksa menampung
jumlah lorong yang lebih dan keperluan kawasan persimpangan yang luas.
Jalan raya ini lazimnya menjadi nadi infrastruktur pengangkutan. Oleh itu, kadar
pertumbuhan lalu lintas tahunannya sangat tinggi dan menuntut pelebaran jalan
pada suatu masa kelak.
b. Turapan jalan raya yang merentasi kawasan luar bandar khususnya mungkin
terletak pada aras bumi, permukaan pemotongan atau di atas benteng. Lebar
hak lalu bergantung dalam serta cerun dinding pemotongan dan tinggi serta
cerun dinding benteng.
c. Pada penjajaran datar, keterusan jarak penglihatan mestilah dipenuhi. Jika jarak
penglihatan pada selekoh tajam diganggu bangunan atau dinding pemotongan,

-7-
lebar tanah jalan hendaklah dilebihkan bagi menjamin keterusan jarak
penglihatan.
d. Kebiasaannya, kawasan di sepanjang jalan raya cepat membangun setelah
kemudahan jalan raya disediakan dan keadaan demikian akan meningkatkan
penjanaan lalulintas. Maka lebar hak lalu harus mempertimbangkan keperluan
pelebaran dan peningkatan jalan raya suoaya dapat menampung kehendak
lalulintas masa depan.
e. Keperluan estitika, aktiviti lanskap atau pemasangan adang hingar untuk
mengawal hingar.

Hierarki jalan R6 R5 R4 R3 R2 R1 R1a


Hak lalu ( m ) 60 50 – 60 30 - 40 20 20 12 12
Hierarki jalan U6 U5 U4 U3 U2 U1 U1a
Hak lalu ( m ) 60 50 30 - 40 20 – 30 20 12 12

Jadual 3 menunjukkan lebar hak lalu yang disarankan dalam Piwaian JKR(2) untuk jalan
raya yang merentasi kawasan bandar dan kampung.

-8-
Bab 4. Lebar Turapan

Lebar turapan bergantung pada lebar lorong dan jumlah lorong lalulintas. Lebar
lorong lalulintas bergantung pada lebar kenderaan. Lebar lorong haruslah dapat
menampung lebar kenderaan dengan sedikit lega sisi. Secara ideal, lorong yang lebar
adalah diharapkan kerana lebar lorong meninggalkan kesan psikologi ke atas laju
kenderaan. Pada kelajuan yang sama, pemandu merasakan mereka bergerak lebih laju
di atas jalan sempit berbanding dengan jalan lebar. Maka, secara tidak langsung lebar
lorong mempengaruhi muatan jalan raya. Menurut perundangan, (2) lebar maksimum
kenderaan yang dibenarkan di Malaysia ialah 2.5m. Pada jalan raya selebar 7.0m
selorong sehala, kedudukan kenderaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2, iaitu
menghasilkan lega sisi di antara dua kenderaan yang tidak kurang daripada 1.0m.

Rajah 4 . Lebar turapan

Lebar lorong untuk beberapa hierarki jalan di kawasan luar bandar dan bandar
ditunjukkan di dalam Jadual 3. Lebar lorong yang disarankan di dalam Jadual 4 adalah
untuk kawasan lurus sahaja. Di kawasan selekoh, lebar lorong ditingkatkan untuk
mengambil kira faktor mekanik kenderaan dan faktor psikologi pemandu seperti yang
dibincangkan dalam Bahagian 6.6

-9-
Hierarki jalan R6/U6 R5/U5 R6/U6 R5/U5 R6/U6 R6/U6 R5/U5
Lebar Jalan 3.50 3.50 3.25 3.00 2.75 5.00* 4.50*
* Jalan raya tunggal yang menunjukkan lebar keseluruhan turapan.
Jadual 4 . Saranan Nilai lebar Lorong

Menurut Piawaian LLM(3) , lebar lorong lalulintas ialah 3.75 m. Lebar minimum lorong
lalulintas tambahan ialah 3.75m juga. Lorong lebar ini selaras dengan fungsi lebuh raya
berhierarki tinggi yang terpaksa menampung sejumlah isipadu dan laju kenderaan yang
tinggi.
Jumlah lorong yang perlu disediakan bergantung pada ramalan lalulintas serta
muatan jalan dan kaitannya dengan tahap perkhidmatan yang digunakan. Tahap
perkhidmatan pula dikaitkan dengan isipadu sebenar, V , bahagi muatan jalan , C.
Sebagai contoh nilai V / C jalan raya yang direka bentuk untuk beroperasi pada tahap
perkhidmatan C ialah antara 0.70 – 0.80. Jika kajian lalulintas menunjukkan bahawa
nilai V / C melebihi 1.0 , maka jalan raya sedang menanggung beban isipadu lalulintas
yang melebihi keupayaan.
Pada lebuh raya tol LLM, jumlah minimum lorong lalulintas sehala ialah dua.
Lorong lalulintas yang menghala pada arah berlawanan dipisahkan oleh rel adang atau
simpanan tengah untuk mengelakkan pelanggaran berdepan atau keperluan jarak
penglihatan memotong yang sangat panjang.

- 10 -
Bab 5. Pengasingan Lalu Lintas

Secara amnya, pengasing laulintas berfungsi mengasing lalulintas iaitu untuk


mengelakkan pelanggaran berdepan antara arus kenderaan yang bergerak dalam arah
yang bertentangan. Selain itu, ia juga berperanan menyalurkan lalulintas kepada arus
tertentu di persilangan menurut arah perjalanan yang dihajatkan, mengasingkan arus
laulintas yang bergerak perlahan, serta melindungi pejalan kaki dan lalulintas yang
menyilang dan memusing.

Lalulintas dapat diasingkan oleh tanda turapan, struktur atau satu jalur
kawasan. Pada kawasan persilangan dan jalan raya dua lorong hala, lalu lintas
lazimnya diasingkan melalui tanda turapan. Dimensi dan bentuknya hendaklah
mematuhi ketentuan yang terkandung dalam Arahan Teknik (Jalan) 1/85.(4) Pada
lalulintas yang berlawanan tidak diasingkan oleh satu bidang tanah di tengah. Terdapat
juga rel adang tengah yang diperbuat daripada konkrit. Adang jenis ini mampu
menahan magnitud hentaman yang tinggi.
Lalulintas do lebuh raya yang mempunyai dua lorong sehala lebih sesuai
dipisahkan oleh satu jalur kawasan lapang, dan perkara ini memerlukan lebar kawasan
yang besar. Pengasing lalulintas daripada jenis ini memainkan peranan berikut ;

i. Menjadi zon neutral untuk membenarkan pemandu mengawal kenderaannya


dalam kes kecemasan.
ii. Menghalang kenderaan melintasinya atau sebarang aktiviti memusing yang
tidak diingini.
iii. Melindungi pejalan kaki dan kenderaan yang berhenti sebelum mendapat
peluang membelok.
iv. Mencantikkan lagi pemandangan jalan ray, terutama sekali jika dilanskapkan
dengan sempurna.
v. Meningkatkan keselesaan memandu
vi. Menggurangkan kadar silauan lampu depan kenderaan dari arah hadapan
dengan bantuan tanaman dan peranti penabiran. Ketinggian tanaman yang
memadai untuk memerangkap suluhan lampu depan tanpa menjejaskan jarak
penglihatan perlu dipastikan.

- 11 -
Pulau Pembahagi dan pembahagi tengah atau median tergolong dalam kategori
pengasing lalulintas jenis ini. Selain daripada fungsi yang digariskan di atas,
pembahagi tengah boleh dijadikan satu kawasan simpanan untuk penambahan
lorong pada masa depan. Lebar pembahagi tengah haruslah mencukupi untuk
pembinaan lorong lalulintas yang dirancangkan pada suatu masa kelak. Oelh sebab
itulah pembahagi tengah diistilahkan juga sebagai simpanan tengah.

Lebar pembahagi tengah sukar ditetapkan dan pereka bentuk haruslah


mempertimbangkan faktor hierarki jalan, kos tanah, pembangunan masa depan dan
kawasan yang direntasi oleh jalan raya. Walaupun pembahagi tengah yang sempit
di kawasan bandar menurunkan kos binaan, tetapi statistik kemalangan dan kadar
kesesakan yang tinggi mungkin mengizinkan pembahagi tengah yang lebar.
Menurut Piawaian JKR,(2) pembahagi tengah tidak perlu disediakan pada jalan raya
berhierarki rendah. Satu garis panduan tentangnya diberikan di dalam jadual 4

- 12 -
Piawaian Lebar Pembahagi Tengah (m)
Reka Rupa bumi Jenis
Bentuk pembahagi
Datar Beralun Berbukit
tengah
Minimum Dihajatkan Minimum Dihajatkan Minimum Dihajatkan
R6 6.0 18.0 5.0 12.5 4.0 8.0 B,C, E, F
R5 4.0 12.0 3.5 9.0 3.0 6.0 E, F
R4 3.0 9.0 2.5 6.5 2.0 4.0 E, F
U6 4.0 12.0 3.5 9.0 3.0 6.0 B,C, E, F
U5 3.0 9.0 2.5 6.5 2.0 4.0 B, C, E,
U4 2.5 7.5 2.0 5.0 1.5 3.0 A, B, C, D
U3 2.0 6.0 1.5 4.0 1.0 2.0 A, B, C, D
Jadual 5. Saranan lebar pembahagi tengah

- 13 -
Bab 6. Bahu Jalan

Bahu jalan merujuk satu jalur kawasan yang terletak bersebelahan dan selari dengan
lorong lalu lintas. Pada jalan raya desa dan lebuh raya ekpress, bahu jalan sangat
diperlukan. Namun begitu, pada jalan raya bandar, bahu jalan mungkin diabaikan
kerana kekurangan ruang. Terdapat bahu jalan yang berturap dan ada pula yang tidak
berturap. Lebar jalan tidak semestinya tetap di sepanjang jalan raya. “Transportation
and Traffic Engineering(5) “ menggariskan fungsi bahu jalan seperti yang berikut ;

i. Menyediakan ruang untuk pemberhentian kecemasan di luar lorong lalu lintas.


Kenderaan yang berhenti di atas lorong lalu lintas kerana kerosakan mekanik
berpotensi mencetuskan kemalangan.
ii. Menyediakan ruangan khas untuk membolehkan pemnadu mengawal kembali
kenderaan setelah gagal dikawal.
iii. Kewujudan bahu jalan menghasilkan perasaan lapang yang dapat membantu
keselesaan memandu.
iv. Meningkatkan jarak penglihatan, khususnya di selekoh.
v. Meningkatkan muatan jalan.
vi. Menyediakan ruangan untuk operasi penyenggaraan. Jika lorong lalu lintas
biasa terpaksa ditutup untuk pembaikan atau penyenggaraan, lalu lintas dapat
dilencongkan di atas bahu jalan buat sementara waktu
vii. Meningkatkan sokongan sisi struktur turapan.

Reka bentuk turapan yang dibuat dengan mengambil kira faktor


o Keselanjaran
o Tekstur permukaan
o Kekuatan galas
o Cerun lintang
o Lebar

Lebar minimum bahu jalan di sepanjang jalan raya seboleh-bolehnya hendaklah


disediakan. Jika tidak, ruang perhentian sisi yang masing-masing didahului dan
disudahi dengan lorong nyahpecutan dan lorong pecutan pendek hendaklah

- 14 -
disediakan. Pemandu cenderung menjadikan bahu jalan berturap sebagai lorong biasa.
Hal sebegini akan memendekkan usia bahu jalan dan seterusnya menimbulkan
masalah penyenggaraan kerana struktur turapan bahu jalan tidak direka bentuk untuk
menanggung beban tinggi. Maka, tekstur permukaan bahu jalan hendaklah dibezakan
daripada kelicinan permukaan lorong lalu lintas biasa untuk tidak menggalakkan
kenderaan biasa bergerak diatasnya.

Secara idealnya, lebar bahu jalan haruslah mencukupi untuk menampung lebar
kenderaan perdagangan dengan lega sisi selamat di antara kenderaan dan sisi luar
lorong lalu lintas. Oleh kerana peraturan telah menghadkan lebar kenderaan tidak
melebihi 2.5m , maka lebar bahu jalan hendaklah melebihi 2.5m, walaupun lebar yang
bersamaan dengan lebar lorong lalu lintas yang dirancangkan. Piawaian JKR(2)
menyarankan lebar bahu jalan seperti di Jadual 6 dan Jadual 6.1

Hierarki Lebar Bahu Jalan(Luar Bandar)


Jalan Rupa bumi
Datar Beralun Berbukit
R6 3.0 3.0 2.5
R5 3.0 3.0 2.5
R4 3.0 3.0 3.0
R3 2.5 2.5 2.0
R2 2.0 2.0 1.5
R1 1.5 1.5 1.5
R1a 1.5 1.5 1.5
Jadual 6 Saranan Nilai Lebar Bahu Jalan Luar Bandar

- 15 -
Lebar Bahu Jalan Bandar
Hierarki Jenis Kawasan
Jalan I II III
U6 3.0 3.0 2.5
U5 3.0 3.0 2.5
U4 3.0 2.5 2.0
U3 2.5 2.0 1.5
U2 2.0 1.5 1.5
U1 1.5 1.5 1.5
U1a 1.5 1.5 1.5
Jadual 6.1 Saranan Nilai Lebar Bahu Jalan Bandar

Menurut Piawaian LLM,(3) lebar minimum bahu jalan dalam keadaan biasa ialah 3.0m
dan 2.5m daripada lebar bahu jalan itu berturap. Biasanya, bahu jalan dicuram lebuh
untuk mempercepatkan lagi penyaliran dan pergerakan air permukaan. Secara
umumnya, cerun lintang bahu jalan melebihi cerun lintang lorong lalu lintas kerana
tekstur permukaannya lebih kasar. Dalam Piawaian JKR,(2) cerun lintang bahu jalan
ialah di antara 2% sehingga 6%, juga bergantung pada jenis bahan seperti di dalam
jadual 6.2

Jenis Bahan Permukaan Cerun Lintang Bahu jalan


Berbitumen atau konkrit 2–6
Kelikir atau batu terhancur 4–6
Rumput-rumpai 6
Jadual 6. 2 Saranan Nilai Cerun Lintang Bahu Jalan

- 16 -
Bab 7 . Bebendul Jalan

Rajah 7. Beberapa Bentuk Bebendul Jalan

Bebendul jalan dipertimbangkan dalam reka bentuk jalan desa. Bebendul jalan
dapat mengawal jalan dapat mengawal laluan penyaliran, menunjukkan sempadan di
antara turapan dan bebendul jalan, pulau lalu lintas atau lorong pejalan kaki.

Secara umumnya, bebendul jalan dikategorikan kepada dua jenis, iaitu


I. Bebendul sawar
II. Bebendul boleh naik.
Seperti yang di tunjukkan dalam Rajah 7, bentuk bebendul ini telah dipinda untuk
memainkan beberapa fungsi perantaraan.
Bebendul sawar menghalang kenderaan perlahan terkeluar dari lorong lalu
lintas biasa. Tinggi bebendul ini lebih kurang 380 mm. Dindingnya tegak atau
dicerunkan sedikit dan tidak harus digunakan pada lebuh raya ekspress atau jalan raya
yang laju reka bentuknya 70km/j. Di kawasan perumahan atau kawasan bandar, lorong
pejalan kaki dilindungi oleh bebendul jenis ini atau bebendul separa sawar. Bebendul
boleh naik direkabentuk supaya kenderaan dapat menaikinya dengan mudah.
Bebendul in rendah dan permukaan dindingnya hampir-hampir datar. Bebendul separa
boleh naik digunakan untuk memisahkan sisi turapan dengan bahu jalan atau pulau lalu
lintas.

- 17 -
Bebendul jalan perlu dicatkan dengan bahan pemantul cahaya supaya mudah
dilihat pada waktu malam atau ketika kabus tebal. Bahagian talang untuk penyaliran
haruslah ditempatkan pada bahagian yang hampir dengan lorong lalu lintas di sebelah
bebendul jalan. Reka bentuk talang dibuat dengan merujuk prinsip hidraulik.

- 18 -
Bab 8. Rel Adang

Rel adang berfungsi untuk mengarahkan kembali dengan selamat kenderaan


yang terbabas dari lorong biasa, dan seterusnya mengurangkan kemalangan yang
kecederaan serius. Perincian panduan reka bentuk rel adang diberikan dala Arahan
Teknik (Jalan) 1/85.(4) Rel adang disediakan di pinggir bahu jalan dan menjadi peranti
pelindung kenderaan yang sangat penting apabila wujud keadaan berikut ;

a. Benteng tinggi yang bercerun curam , terutama sekali pada selekoh tajam.
Bencana ke atas kenderaan yang terbabas ke benteng ini lebih serius daripada
melanggar rel adang.
b. Menurut Arahan Teknik (Jalan) 1/85,(4) sejauh 10 m dari sisi lorong lalu lintas
tepi haruslah bebas daripada sebarang ganguan fizikal seperti tembol atau tiang
penahan jambatan, batu bundar besar, tiang lampu atau tiang tanda jalan,
tembok penahan dan deretan pokok besar. Jika tidak, rel adang perlu
disediakan .
c. Anak sungai, landasan kereta api dan jalan raya lain yang terletak berhampiran.
d. Terowong untuk melindungi pekerja semasa penyenggaraan.

Keperluan rel adang tidak bergantung kepada kekerapan kemalangan walaupun


data kemalangan dapat membantu menetapkan keutamaan. Rel adang diletakkan
jika wujud keadaan yang digariskan di atas. Sedapat mungkin, keperluan
memasang patut dielekkan kerana rel adang itu sendiri boleh menjadi objek
ganguan.
Terdapat berbagai-bagai bentuk rel adang. Reka bentuk yang paling lazim ialah
rasuk keluli berombak yang dipasangkan pada tiang kayu atau keluli. Rajah 4.1
menunjukkan beberapa corak reka bentuk rel adang yang digunakan.
Panajang rel adang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu ;
a. Panjang awal
b. Panjang yang diperlukan
c. Panjang penamat

- 19 -
Panjang yang diperlukan dapat dikenalpasti daripada persamaan berikut ;

L = ( 1 – [ A / B ] ) x 100

L = panjang yang diperlukan (m)


A = rel adang dari sisi turapan
B = jarak objek dari sisi turapan

Pada jalan raya berlaju rekabentuk tinggi, panjang minimum rel adang ialah 75 m.
Syeksen awal dan penamat berbentuk lengkung parabola. Seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5, panjang dan ofset minimum masing-masing ialah 15m dan 1.2m.

Rajah 8 Panjang dan Ofset Minimum Untuk Rel Adang

- 20 -
Rajah 8.1 Beberapa Corak Reka Bentuk Rel Adang

Rajah 8.2 Rel adang yang digunakan dalam pembinaan jalan raya
(Lokasi jalan raya; Jalan Kota Kinabalu ke Kota Belud)

- 21 -
Bab 9. Cerun Tambakan dan Pemotongan

Kemajuan yang dicapai dalam mekanik tanah membenarkan pembinaan cerun


benteng dan pemotongan yang sangat curam. Namun begitu, untuk jalan raya, cerun
yang agak landai diharapkan kerana faktor nilai estetika dan keselamatan pergerakan
kenderaan. Cerun yang terlalu curam menyulitkan usaha penyenggaraan dan
mendedahkan permukaannya kepada masalah hakisan .
Operasi ini melibatkan kerja memindahkan tanah daripada kedudukan asalnya.
Rajah 6 menunjukkan pandangan keratan jalan raya yang melibatkan operasi
pemotongan dan penambakan.

Rajah 9 .Operasi pemotongan dan penambakan tanah

Kerja pemotongan tanah dilakukan jika aras formasi jalan lebih rendah daripada
tanah asal, manakala kerja penambakan dilakukan jika aras formasi lebih tinggi
daripada tanah asal. Kerja penambakan perlu dilakukan dengan menggunakan tanah
daripada hasil pemotongan atau daripada kawasan lain. Rajah 7 menunjukkan keratan
membujur jalan yang terdapat operasi pemotongan dan penambakan tanah.

- 22 -
Rajah 9.1 Keratan membujur formasi jalan

Tanah yang ditambak perlulah dipadatkan dengan betul. Faktor berikut perlu
diberi perhatian semasa melakukan pemadatan tanah tambak ;
a. Kandungan lembapan tanah - Kandungan lembapan yang terdapat
dalam tanah tambak perlu diketahui dahulu bagi menentukan jentera
yan sesuai digunakan dan kaedah pemadatan yang perlu dilakukan ke
atas tanah tersebut. Bagi tanah tambak yang terlalu kering, ia perlu
dibasahkan bagi memudahkan proses pemadatan.
b. Penggunaan Jentera Pemadat – penggunaan jentera pemadat yang
berat dapat mempercepatka proses pemadatan. Kelajuan dan jumlah
bilangan larian jentera juga mempengaruhi proses pemadatan tanah.
c. Ketebalan Setiap Lapisan Yang Dimampatkan – Lapisan yang tebal
adalah sukar untuk dimampatkan. Oleh itu, proses pemadatan
dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan membuat lapisan
mampatan yang nipis.
d. Pembinaan dan Fungsi Struktur Jalan – Struktur jalan terdiri ;
i. Subgred
ii. Subtapak
iii. Tapak
iv. Lapisan turapan lentur atau tegar
Setiap pembinaan lapisan ini mempunyai fungsi yang tersendiri. Rajah 9
menunjukkan Lapisan struktur turapan lentur.

- 23 -
Rajah 9.2 Struktur Turapan Lentur

Rajah 9.3 Rajah menunjukkan hasil daripada kaedah Cerun benteng dan Pemotongan
(Lokasi jalan raya; Jalan Kota Kinabalu ke Kota Belud)

- 24 -
Bab 10 . Kesimpulan dan rumusan

Secara keseluruhannya, keratan rentas jalan raya tipikal terdiri daripada


Bil. Elemen Penerangan
1 Jenis bahan lapisan Sub gred, sub tapak , tapak, lapisan pengikat, lapisan
turapan penghausan
2 Kamber/ cerun Bentuk kecembungan kamber ini membolehkan air
lintang permukaan mengalir dengan mudah dari puncak ke
pinggir jalan dan terus ke sistem peparitan.
3 Lorong lalu lintas Lebar lorong bergantung kepada hierarki jalan,
Jumlah lorong perlu disediakan bergantung kepada
ramalan dan unjuran lalu lintas dan tahap perkhidmatan
yang perlu disediakan.
4 Pengasingan Contoh: pulau pembahagi ( island) dan pembahagi tengah
lalulintas / median
Peranan:
- Menghalang kenderaan melintasinya atau
sebarang aktiviti memusing yang tidak ingini.
- Melindungi pejalan kaki dan kenderaan berhenti
sebelum mendapat peluang membelok.
- Mencantikan jalan dengan landskap.
- Meningkat keselesaaan pemandu.
- Mengurangkan kadar silauan lampu dari arah
hadapan.
5 Bahu Jalan Kawasan yang terletak bersebelahan dan selari
dengan lorong lalu lintas. Fungsinya:-
Menyediakan ruang kecemasan untuk berhenti.
Menyediakan ruang yang membolehkan
Pemandu mengawal kembali kenderaan setelah
gagaldikawal.
Menimbulkan perasaan lapang dan memberi
keselesaan kepada pemandu.

- 25 -
Meningkat jarak penglihatan terutama di
selekoh.
Meningkatkan muatan jalan
Menyediakan ruang utk operasi penyenggaraan.
Meningkat sokongan sisi struktur turapan.

6 Bebendul jalan/ kerb Tujuan :-


Untuk mengawal laluan penyaliran.
Menunjukkan sempadan diantara turapan dan
bebendul jalan , pulau pembahagi lalu lintas atau
lorong pejalan kaki.

7 Lorong pejalan kaki Disediakan di kawasan Bandar/awam /


kawasan perumahan yang mempunyai isi padu
pejalan kaki yang tinggi ,

8 Rel adang Fungsinya adalah untuk mengarahkan kembali


dengan selamat kenderaan yang terbabas dari
lorong biasa dan mengurangkan kemalangan
dan kecederaan serius.
Keperluan : di kawasan benteng tinggi yang
bercerun curam, selekoh tajam, berhampiran
sungai, lintasan keretapi dan terowong.

Setiap ciri yang ada pada keratan rentas jalan raya seharusnya dikaji dan seharusnya
ada pembaharuan yang akan diperkenalkan. Ini adalah kerana penemuan yang baru
akan mempertingkatkan lagi kualiti jalan raya di negara kita. Ia bukan sahaja akan
mempertingkatkan kualiti jalan raya kita, malah akan memperkenalkan negara kita
sebagai peneraju terbaik dalam pembaharuan pembinaan jalan raya.

- 26 -
Rujukan
a. Reka Bentuk Jalan Raya untuk Jurutera ; Meor Othman Hamzah, Asri Hasan
dan Mohamed Rehan Karim ; Terbitan 2001 ; Dewan Bahasa dan Pustaka

b. Jabatan Kerja Raya Malaysia ; Arahan Teknik (Jalan) 8/86; A Guide On


Geometric Design of Roads.

c. Buku teks tingkatan 4 ; Pengajian Kejuruteraan Awam ;Yusop Bin Paal,


Werdah Binti Abdul Halim dan Saripah Binti Daud ;cetakan 2002

d. www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2007/TRANS/Parts1/noraaa020422d
07ttt.pdf -

e. rakan1.jkr.gov.my

- 27 -

You might also like