You are on page 1of 16

“ Pengurusan Lalu Lintas “

© MEI 2009
Hak Cipta Terpelihara

RYNNELD RINNU
RICKY MARDEN
RAJIV SHAH PILLAI
DANNEROY AMING
C 4302 KEJURUTERAAN JALAN
RAYA DAN PENGANGKUTAN
Politeknik Kota Kinabalu
© Mei 2009
Hak Cipta Terpelihara
Pengurusan Lalu Lintas
________________________________________________________________

Isi Kandungan

Perkara Muka surat


1. Penyataan Soalan i
2. Isi kandungan ii
3. Bab 1 – Pengenalan kepada 1
pengurusan lalu lintas
4. Bab 2 - Pengasingan pergerakan Lalu lintas
5. Bab 3 – Pembaikan persimpangan
6. Bab 4 – Perubahan aras, tekstur permukaan
Dan penjajaran untuk tujuan kawalan laju kenderaan
7. Bab 5 – Penyediaan kemudahan pejalan kaki dan
Penunggang basikal
8. Bab 6 – Jalan sehala
9. Bab 7 – Sistem Penghargaan jalan
10. Bab 8 – Kesimpulan
11. Bab 9 - Rujukan
Bab 1. Pengenalan Kepada Pengurusan Lalulintas

Di dalam dunia kini yang semakin maju dan moden, manusia


menghendaki suatu taraf hidup yang lebih sempurna ,dan kenderaan merupakan
suatu kemudahan yang menjadi keperluan pada masa ini. Kini, banyak kawasan
baru yang telah terokai dan telah menjadikan penghuni kota raya mahupun
bandar-bandar lain di dunia ini mampu memiliki kenderaan persendirian , maka
masalah kesesakan lalu lintas merupakan masalah utama yang sering dihadapi
di bandar-bandar.

Memandangkan keadaan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar,


terutamanya pada waktu sibuk atau pun di kenali sebagai “Peak Hours”. Ini telah
menyebabkan banyak kesan antaranya ialah
i. ketidakselesaan kepada para pemandu
ii. mengancam keselamatan para pengguna jalan raya yang lain
iii. mencemarkan udara
iv. mengotorkan alam sekitar

maka satu penyelesaian perlulah dapat dicapai dengan segera.

Di negara Barat khasnya Amerika Syarikat, institut Jurutera Lalulintas di


sana mendefinisikan bidang kejuruteraan lalulintas sebagai ;

“ That phrase of engineering which deals with planning, geometric design and traffic operations of roads and
streets and highways, their networks, terminals, abutting lands, relationships with other modes transportation for
the achievement of safe, efficient and convenient movement of persons and goods”
( Institute Of Traffic Engineers 1970)
Iaitu boleh diterjemahkan sebagai ;
“ Suatu bahagian kejuruteraan yang terlibat dengan perancangan, rekabentuk geometri dan
operasi lalulintas bagi jalan raya dengan lebuh raya, rangkaian jalan raya, terminal
pengangkutan, tanah-tanah yang bersempadan dengan jalan raya, hubungan dengan mod-
mod pengangkutan yang lain untuk pencapaian dari segi keselamatan, kecekapan dan
kemudahan pergerakan bagi orang perseorangan dan barangan”
Untuk menyelesaikan masalah lalu lintas, para perancang bandar dan
jurutera lalu lintas haruslah memahami terlebih dahulu punca masalah yang
sebenarnya sebelum sesuatu langkah penyelesaian dapat dilaksanakan.
Kumpulan profesional ini juga seharusnya merancang suatu sistem
pengangkutan yang teratur dan selamat iaitu bukan tertumpu di dalam kawasan
bandar sahaja malah di setiap rekabentuk dan pembinaan jalan raya yang ada di
dalam negara kita.

Bagi memastikan kecekapan dan keselamatan dalam urusan operasi lalu


lintas, beberapa langkah asas perlu diberi perhatian oleh jurutera lalu lintas,
antaranya ialah ;
a. Peruntukkan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang lalu
lintas ke atas pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya yang lain
seperti pejalan kaki dan penunggang basikal.
b. Pengurusan terhadap sistem lalu lintas seperti laluan jalan sehala,
larangan membelok persimpangan tertentu, penjadualan aliran pasang –
surut, dan laluan lorong khas bagi bas yang kesemuanya bertujuan untuk
memaksimukan penggunaan kemudahan yang sedia ada.
c. Pemasangan peranti kawalan lalu lintas seperti lampu isyarat seperti
lampu isyarat, papan tanda lalu lintas, tanda jalan dan pula penyaluran
lalulintas bagi membolehkan para pengguna jalan raya mendapatkan
panduan atau petunjuk jalan agar pergerakan lalu lintas lebih selamat dan
lancar.
d. Pengawalan kawasan tempat meletak kenderaan bagi memastikan petak-
petak yang sedia mencukupi dan sumber pendapatan yang diperolehi
daripadanay berpadanan dengan jumlah bilangan kenderaan yang
menggunakannya.

Oleh yang demikian, pengurusan lalulintas memfokuskan banyak aspek dan


seharusnya di ambil berat.
Bab 2.Pengasingan Pergerakan Lalu Lintas

Secara amnya, pengasing laulintas berfungsi mengasing lalulintas iaitu


untuk mengelakkan pelanggaran berdepan antara arus kenderaan yang
bergerak dalam arah yang bertentangan. Selain itu, ia juga berperanan
menyalurkan lalulintas kepada arus tertentu di persilangan menurut arah
perjalanan yang dihajatkan, mengasingkan arus laulintas yang bergerak
perlahan, serta melindungi pejalan kaki dan lalulintas yang menyilang dan
memusing.

Lalulintas dapat diasingkan oleh tanda turapan, struktur atau satu jalur
kawasan. Pada kawasan persilangan dan jalan raya dua lorong hala, lalu lintas
lazimnya diasingkan melalui tanda turapan. Dimensi dan bentuknya hendaklah
mematuhi ketentuan yang terkandung dalam Arahan Teknik (Jalan) 1/85.(4) Pada
lalulintas yang berlawanan tidak diasingkan oleh satu bidang tanah di tengah.
Terdapat juga rel adang tengah yang diperbuat daripada konkrit. Adang jenis ini
mampu menahan magnitud hentaman yang tinggi.

Lalulintas di lebuh raya yang mempunyai dua lorong sehala lebih sesuai
dipisahkan oleh satu jalur kawasan lapang, dan perkara ini memerlukan lebar
kawasan yang besar. Pengasing lalulintas daripada jenis ini memainkan peranan
berikut ;

i. Menjadi zon neutral untuk membenarkan pemandu mengawal


kenderaannya dalam kes kecemasan.
ii. Menghalang kenderaan melintasinya atau sebarang aktiviti memusing
yang tidak diingini.
iii. Melindungi pejalan kaki dan kenderaan yang berhenti sebelum mendapat
peluang membelok.
iv. Mencantikkan lagi pemandangan jalan raya, terutama sekali jika
dilanskapkan dengan sempurna.
v. Meningkatkan keselesaan memandu
vi. Menggurangkan kadar silauan lampu depan kenderaan dari arah hadapan
dengan bantuan tanaman dan peranti penabiran. Ketinggian tanaman
yang memadai untuk memerangkap suluhan lampu depan tanpa
menjejaskan jarak penglihatan perlu dipastikan.

Berikut merupakan antara komponen-komponen yang termasuk dalam


pengasingan pergerakan lalu lintas;
a. pulau pembahagi ( island)
pembahagi tengah / median

Pulau Pembahagi dan pembahagi tengah atau median tergolong dalam


kategori pengasing lalulintas jenis ini. Selain daripada fungsi yang digariskan
di atas, pembahagi tengah boleh dijadikan satu kawasan simpanan untuk
penambahan lorong pada masa depan. Lebar pembahagi tengah haruslah
mencukupi untuk pembinaan lorong lalulintas yang dirancangkan pada suatu
masa kelak. Oleh sebab itulah pembahagi tengah diistilahkan juga sebagai
simpanan tengah.

Lebar pembahagi tengah sukar ditetapkan dan pereka bentuk haruslah


mempertimbangkan faktor hierarki jalan, kos tanah, pembangunan masa
depan dan kawasan yang direntasi oleh jalan raya. Walaupun pembahagi
tengah yang sempit di kawasan bandar menurunkan kos binaan, tetapi
statistik kemalangan dan kadar kesesakan yang tinggi mungkin mengizinkan
pembahagi tengah yang lebar. Menurut Piawaian JKR,(2) pembahagi tengah
tidak perlu disediakan pada jalan raya berhierarki rendah. Satu garis panduan
tentangnya diberikan di dalam jadual 1.
Piawaian Lebar Pembahagi Tengah (m)
Reka Rupa bumi Jenis
Bentuk pembahagi
Datar Beralun Berbukit
tengah
Minimum Dihajatkan Minimum Dihajatkan Minimum Dihajatkan
R6 6.0 18.0 5.0 12.5 4.0 8.0 B,C, E, F
R5 4.0 12.0 3.5 9.0 3.0 6.0 E, F
R4 3.0 9.0 2.5 6.5 2.0 4.0 E, F
U6 4.0 12.0 3.5 9.0 3.0 6.0 B,C, E, F
U5 3.0 9.0 2.5 6.5 2.0 4.0 B, C, E,
U4 2.5 7.5 2.0 5.0 1.5 3.0 A, B, C, D
U3 2.0 6.0 1.5 4.0 1.0 2.0 A, B, C, D

Jadual 1. Saranan lebar pembahagi tengah


Bab 3. Pembaikan Persimpangan

Persimpangan boleh di definisikan sebagai kawasan atau tempat dua atau


lebih jalan raya bersilang. Tujuan utama diwujudkan persimpangan di sebuah
pembinaan jalan raya ialah bertujuan menyelesaikan masalah percanggahan
pemberian laluan di antara aliran lalu lintas yang bersilang. Kini masalah
pencanggahan persimpangan dapat dibaiki dengan pembinaan persimpangan
bertingkat. Namun begitu, pemisahan fizikal aliran yang bersilang sukar
dilakukan dan dari segi penjimatan sekiranya pembinaan persimpangan
bertingkat dibina, kadang kalanya tidak wajar.

Oleh sebab itu, pembaikan persimpanga dari segi kawalan berbentuk


pemisahan masa adalah sangat penting untuk dilakukan bagi aliran yang
berbeza bagi aliran yang berlainan arah bagi mengelakkan perlanggaran
sekaligus melibatkan kemalangan.

3.1 Pembaikan Persimpangan Menggunakan Kawalan Melalui Peraturan


Dan Tanda Jalan

Kaedah kawalan yang termudah ialah peraturan memberi laluan. Tanda


kawalan yang menggunakan beri laluan digunakan pada tempat yang
keutamaan di beri kepada laluan utama dan kenderaan dari jalan tepi yang
lajunya di antara 10 hingga 15 bsj hanya perlu berhenti jika perlu. Peraturan beri
laluan juga diperlukan apabila membelok ke kanan iaitu seperti di gunakan
sistem trafik di Amerika Syarikat di mana hanya dibenarkan jika memecut tidak
disediakan.

Isyarat berhenti juga digunakan di persimpangan jalan utama dan kecil


dan di jalan minor apabila bertemu dengan jalan utama. Isyarat berhenti
digunakan di persimpangan yang tidak ada lampu isyarat, di kawasan yang
berlampu isyarat atau kawasan yang kerap berlaku kemalangan. Fungsi
utamanya ialah adalah untuk menyediakan kawalan keutamaan kepada laluan
kenderaan dari jalan utama.

3.2 Pembaikan Persimpangan Menggunakan Kawalan Membelok

Kawalan yang sesuai adalah membenarkan kenderaan yang tidak


mempunyai keutamaan membelok atau masuk ke aliran lalu lintas sekiranya
tidak melintasi aliran yang bertentangan. Kebenaran membelok ke kanan di
lampu isyarat adalah contoh kawalan yang menggunakan kaedah ini.

Kebenaran yang lain termasuklah membenarkan lebih daripada satu


lorong lalu lintas melakukan pembelokkan yang sama. Muatan yang tinggi
diperolehi dengan mengkhaskan pembelokkan bagi lorong terdalam dan lorong
kedua disediakan sebagai pilihan.

3.3 Pembaikan Persimpangan Menggunakan Kawalan Lampu Isyarat


Lampu isyarat adalah sejenis alat kawalan yang elektronik atau elektrik,
dimana kenderaan dan pejalan kaki di kehendaki bergerak dan berhenti
mengikut giliran. Oleh sebab itu, semua penyediaan lampu isyarat mestilah
disenggara dengan baik dan kawalan isyarat yang dipasang dengan baik akan ;

I. Menyediakan pembahagian hak laluan bersistematik dan memudahkan


perjalanan lalu lintas sekali gus menambahkan muatan di persimpangan
tersebut.
II. Menggurangkan jenis-jenis kemalangan tertentu terutamanya
perlanggaran tersudut tepat
III. Menyediakan kemudahan aliran lalu lintas yang tinggi dengan laju yang
munasabah terutamanya di jalan yang lampunya diselaraskan di antara
satu dengan yang lain.
IV. Menyediakan kemudahan melintas yang selamat bagi laluan yang sibuk.

Persimpangan berisyarat merupakan di antara unsur yang genting dalam sistem


jalan kerana lampu isyarat mempengaruhi operasi lalu lintas keseluruhannya,
maka isyarat yang di gunakan mestilah menyediakan pergerakan selamat dan
berkesan.
Bab 5. Penyediaan Kemudahan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal

Lorong pejalan kaki dan penunggang basikal mestilah disediakan di


kawasan bandar dan di kawasan perumahan. Lebar lorong pejalan kaki
bergantung pada isi padu pejalan kaki, jenis pembangunan di sebelahnya iaitu
sebagai contoh sekolah, kawasan perumahan dan kedai. Kedudukan lorong
pejalan kaki berbanding dengan lalulintas yang bergerak dan kewujudan perabot
jalan. Lebar minimum 1.8 m di tunjukkan dalam Rajah 1 bagaimana zon bagi
pejalan kaki dan penunggang basikal di wujudkan di atas jalan raya

Rajah 3.1 zon bagi pejalan kaki dan penunggang basikal di wujudkan di
atas jalan raya

Prinsip-prinsip atau terma-terma yang perlu dicapai dalam setiap rekabentuk


kemudahan pejalan kaki termasuklah kaki lima, lorong pejalan kaki dan
penunggang basikal ;

i. Selamat dan ekonomik


ii. Boleh digunakan oleh semua peringkat umur dan golongan termasuk
orang kurang upaya
iii. Mempunyai kesinambungan dan menghubunkan semua tempat
termasuklah sekolah, rumah, pusat membeli-belah, perkhidmatan awam
dan rekreasi
iv. Senang dan selesa untuk digunakan
v. Persekitaran yang selesa seperti adanya perabut jalan, landskap yang
menarik dan permukaan lorong yang mempunyai nilai estetika
vi. Boleh digunakan untuk lain-lain aktiviti, contohnya aktiviti jualan,
pengiklanan dan sebagainya selagi ia tidak mengganggu keselesaan
pejalan kaki.

Rajah berikut merupakan zon pejalan kaki dan penunggang basikal di khaskan di
dalam sebuah kawasan

Rajah 3.2 zon pejalan kaki dan penunggang basikal


Bab 7. Sistem Penghargaan Jalan .

Sistem Lebuh Raya Malaysia adalah sebuah rangkaian jaringan lebuh


raya di Semenanjung Malaysia. Panjang keseluruhan lebuh raya di Malaysia
setakat tahun 2006 ialah 1,471.6 kilometer (914.4 batu). Pembinaan lebuh raya
ini adalah berdasarkan konsesi syarikat swasta yang diawasi oleh Lembaga
Lebuhraya Malaysia.

Proses perancangan, pembinaan, pengurusan serta penggunaan lebuh


raya ekspres di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan
(Pengurusan Persendirian) 1984. Kebanyakan lebuh raya ekspres bertol dibina
berpandukan piawaian jalan raya luar bandar JKR R6 (kawalan masuk penuh
dengan had laju maksimum 110 km/j). Lebar minimum sebuah lorong bagi lebuh
raya ekspress di bawah pengawasan Lembaga Lebuhraya Malaysia ialah 3.65
m. Bagi lebuh raya bukan ekspres yang dibiayai oleh kerajaan pusat atau
kerajaan negeri seperti Lebuhraya Persekutuan, lebuh raya tersebut tertakluk
kepada piawaian JKR R5 (kawalan masuk penuh atau separa dengan had laju
maksimum 90 km/j). Sebagaimana lebuh raya berkelajuan tinggi di negara lain,
lebuh raya ekspres di Malaysia terdiri daripada jalan raya kembar dengan
bilangan lorong minima 4 lorong (2 lorong bagi setiap arah) dan dipisahkan oleh
pembahagi lebuh raya. Lebuh raya ekspres dikenakan kawalan masuk penuh,
bermaksud keluar masuk lebuh raya hanyalah melalui persimpangan bertingkat
sahaja.

Segala usaha yang dijalankan di Malaysia iaitu dari awal pembinaan jalan
raya sehinggalah kini yang banyak peningkatannya menunjukkan bagaimana
sistem penghargaan jalan di lakukan di Malaysia. Ini termasuk pada
pertengahan sebelum 1990-an, tiada sistem kod laluan bagi lebuh raya ekspres
di Malaysia. Namum demikian, setelah semakin banyak lebuh raya yang dibina
di Malaysia, maka kerajaan telah membentuk satu sistem kod laluan bagi lebuh
raya ekspres. Kod laluan bagi lebuh raya ekspres bermula dengan huruf E diikuti
nombor laluan serta dilabelkan di dalam logo heksagon berwarna kuning,
misalnya bagi Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara. Warna latar belakang
bagi papan tanda lebuh raya ekspres di Malaysia adalah hijau.

Antara sistem penghargaan jalan yang dilakukan di Malaysia ialah dengan


kutipan tol. Semua lebuh raya di Malaysia mengamalkan dua sistem
pembayaran tol iaitu sistem terbuka dan sistem tertutup. Kadar tol di sistem
terbuka adalah tetap dan hanya melibatkan bayaran ditetapkan di plaza tol
sahaja manakala dalam sistem tertutup pula bayaran dikira mengikut jarak
perjalanan; pengguna mengambil tiket tol di plaza tol masuk dan membayar tol di
plaza tol keluar.

Sistem pembayaran tol secara elektronik juga diterima di semua plaza tol
di Malaysia. Dua sistem pembayaran tol elektronik diguna pakai di Malaysia iaitu
SmartTAG dan Touch 'n Go. Lazimnya, motosikal dikecualikan daripada bayaran
tol di Malaysia, tetapi bayaran tol bagi pengguna motosikal dikenakan di
Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua
Malaysia-Singapura.

Rajah 4.1 Lebuh raya – selatan di Semenanjung Malaysia.


Bab 8. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pengurusan lalu lintas melibatkan aspek penting


yang akan mempengaruhi kelancaran dan tahap keselamatan sebuah kawasan
yang dihubungkan dengan jalan raya. Namun selain daripada mengambil kira
aspek pengurusan lalu lintas dalam proses kelancaran lalu lintas, kita juga
seharusnya mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain selain daripada
disiplin sendiri. Ini kerana mewujudkan medium iaitu jalan raya sebagai
penghubung dalam satu kawasan memerlukan sikap mempunyai fikiran terbuka,
memandangkan ia juga melibatkan orang ramai terutamanay pengguna jalan
raya.

Oleh yang demikian, mereka bentuk sistem rangkaian jalan mestilah


teratur dan kemas iaitu dari segi ;
a) Menyelia pembinaan dan penyenggaraan sistem jalan raya agar
berkualiti
b) Mengurus sistem operasi lalu lintas.
Bab 9. Rujukan

a. www.rakan1.jkr.gov.my

b. Jabatan Kerja Raya Malaysia ; Arahan Teknik (Jalan) 8/86; A Guide On


Geometric Design of Roads.

c. Reka Bentuk Jalan Raya untuk Jurutera ; Meor Othman Hamzah, Asri Hasan
dan Mohamed Rehan Karim ; Terbitan 2001 ; Dewan Bahasa dan Pustaka

d. Pengenalan Tinjauan Dan Analisi Lalu lintas ; Danial Mohamed ; cetakan


kedua 1995 ; Dewan Bahasa dan Pustaka

e. www.wikipedia.org/ Sistem Lebuh Raya Malaysia

f. Institute Of Traffic Engineers 1970 ; cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like