You are on page 1of 3

Kepentingan kerja berpasukan dalam aspek keharmonian kaum-ahmad zul hakimi

Pengenalan
Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di Malaysia hari ini adalah salah satu
nikmat Allah yang dicapai menerusi perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan
rakyat yang berbilang agama, bangsa dan kebudayaan. Nikmat-nikmat ini mestilah
dipelihara dan dijaga supaya ianya terus kekal dan dapat diwarisi oleh generasi
akan datang. Bagi umat Islam Malaysia, secara khusus perpaduan ini lebih penting
dan sangat mahal harganya kerana dengan keamanan dan keharmonian yang ada dapatlah
usaha-usaha ditingkat bagi kebaikan agama Islam dan penganut-penganutnya serta
penganut-penganut agama lain. Harga sebuah keamanan dan kemakmuran itu sangat
penting kerana umat Islam di negara-negara yang lain belum mampu memperlihatkan
pencapaian yang tinggi dalam keagamaan berbanding dengan apa yang telah dicapai
oleh umat Islam di Malaysia hari ini. Sesungguhnya perpaduanlah merupakan tunjang
bagi kemakmuran dan keamanan negara ini.
Masalahnya ialah apakah kita umat manusia pada masa ini dan akan datang dapat
mempastikan suasana aman dan harmoni ini dapat dikekalkan dan mampukah kita
berubah kearah yang lebih baik? Inilah permasalahan yang perlu kita teliti dan
pastikan. Sebenarnya kita optimis sekiranya kita mampu mengatasi halangan-halangan
yang boleh merosakkan perpaduan. Penyebaran fahaman yang salah di kalangan umat
merupakan salah satu faktor yang boleh memecahbelahkan perpaduan kita. Pada hari
ini umumnya masyarakat lebih mementing diri sendir dari bersatu sesama masyarakat
untuk menyelesaikan masalah setempat. Oleh itu, kita mestilah mempastikan supaya
pegangan ini dapat dimansuhkan agar sifat seperti ini dibuang. Keburukan yang
berupa perpecahan dan permusuhan di kalangan masyarakat akan mudah berlaku jika
aspek perpaduan tidak diberi perhatian yang kemudiannya menyebabkan merebak sifat-
sifat bagai enau melepaskan pucuk masing-masing di dalam masyarakat boleh
menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat sendiri.

Politik

Apabila disebutkan perkataan politik, pelbagai tafsiran, gambaran dan juga


persepsi yang dikemukan mengenainya. Malike Ibrahim (2007) mentafsirkan politik
dari segi teori dan amalannya dalam masyarakat merupakan suatu perkara yang sukar
untuk dibincangkan. Politik mempunyai hubungan rapat dengan konsep kuasa, autoriti
dan pengaruh. Oleh itu bila dilihat pandangan tadi jelas bahawa politik sebenarnya
begitu penting dalam mewujudkan keharmonian kaum. Di Malaysia sendiri kita
bagamana sejarah membuktikan politik berjaya menyatupadukan tiga kaum terbesar
untuk mendapatkan kemerdekaan.

Kepentingan politik amat penting dalam menjaga keamanan sejagat. Kita lihat
bagaiman keadaan di negara-negara dunia ke-3 yang mana keadaan politik yang tidak
menentu di dalam negara menyebabkan perang saudara meletus dan menyebabkan keadaan
pembangunan negara dan juga pertumbuhan ekonomi akan terencat sekali gus keamanan,
keharmonian tidak dapat dinikmati oleh masyarakat. Bila menyebut perkataan politik
kita sebenarnya tidak dapat lari dari membincangkan sedikit ciri-ciri pemimpin
yang sebenarnya menjadi penggerak kepada keharmonian kaum di Malaysia khasnya.
Tanpa wujudnya pemimpin yang berdedikasi, komited serta tidak menghirau
kepentingan peribadi dan tugas dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Oleh itu dengan tersedianya pemimpin yang sebegitu rupa maka keharmonian mampu
dicapai tanpa sebarang masalah yang kompleks.

Sosial
Sosial dengan makna yang mudah di fahami adalah masyarakat. Masyarakat terdiri
daripada pelbagai lapisan kaum majoriti dan juga minoriti. Pembentukan hidup
masyarakat memerlukan toleransi diantara anggota masyarakat. Salah satu kunci ke
arah pembentukan kehidupan yang harmoni khusus bagi masyarakat yang pelbagai etnik
ialah masyarakat itu sendiri mempunyai pemikiran yang toleransi. Ini penting
kerana jika sikap seperti ini diketepikan seperti mementingkan diri sendiri dan
tidak memahami kepentingan pihak orang lain maka wujudlah satu kehidupan
masyarakat yang penuh dengan was-was dan konflik.

Lampiran A merupakan beberapa sejarah hitam negara ini dan kemuncaknya ialah
peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu fenomena yang amat sagnifikan bagi masyarakat
yang tiada toleransi. Pengajaran dan natijah daripada peristiwa ini ialah
berlakunya kerosakan harta benda dan nyawa, perintah darurat dan keuntungan musuh
negara (komunis). Sebagai mencegah peristiwa ini berulang semula maka perlulah
wujud beberapa dasar kearah perpaduan nasional seperti mengwujudkan keadilan
ekonomi antara kaum seperti DEB, bahasa kebangsaan, rukun negara, politik melalui
konsep barisan nasional, penguatkuasaan undang-undang akta keselamatan dalam
negeri(ISA), dan integrasi nasional dan muhibbah.

Lantaran itu kepentingan semangat kerja berpasukan dalam aspek keharmonian


kaum amat penting mengelakkan sejarah hitam berulang kembali. Sebagai rakyat yang
dilahirkan ketika negara dilimpahi dengan kemakmuran ekonomi dan keharmonian hidup
bermasyarakat ini kita seharusnya sama-sama membantu kerajaan dalam menjalankan
dasar-dasar yang digubal. Pentingnya dasar-dasar ini digerakkan agar dapat
membantu dalam merealisasikan impian negara dalam mencapai status negara maju.
Seperti target yang telah ditetapkan oleh mantan perdana menteri agar pada tahun
2020 Malaysia mampu mencapai status negara maju ataupun dengan kata yang lebih
tepat lagi wawasan 2020.

Ekonomi

Melihat keharmonian kaum dalam konteks ekonomi sebenarnya umpama melihat bagaimana
maju atau utuhnya ekonomi sesebuah negara tanpa ada sebarang perang saudara,
rusuhan kaum, berbagai mogok dan sebagainya. Bila kita lihat di Malaysia sebagai
contoh bagaimana ekonomi mampu dijana dengan Malaysia sendiri memiliki hampir
berpuluh-puluh jenis kaum tanpa ada sebarang pergaduhan yang boleh melumpuhkan
kegiatan ekonomi seperti mana yang berlaku kepada negara-negara afrika yang mana
sampai hari ini rusuhan serta perang saudara yang berlaku tanpa ada titik noktah
menyebabkan pembangunan kian sukar untuk dijalankan. Bila ketidakseimbangan
pembangunan berlaku akan menyebabkan sesebuah negara menjadi miskin serta rakyat
hidup dalam keadaan yang tidak selesa.

Biasanya perang saudara ataupun apa-apa yang melibat ketidakpuasan hati dua
puak yang bertelagah adalah hasil dari ketidakseimbangan ekonomi. Bila keadaan ini
berlaku maka keharmonian kaum ataupun etnik di dalam negara tidak akan tercapai.
Sebenarnya antara ekonomi dan keharmonian kaum berkait rapat ataupun saling
bergantungan keadaan ini boleh disamakan dengan teori pergantungan(dependecy
theory). Sebagai contoh kita lihat bagaimana negara-negara miskin menghadapi
masalah rusuhan kaum dan sebagainya. Negara seperti ini tidak mempunyai ekonomi
yang stabil. Ini kerana bagaimana untuk menarik para pelabur sedangkan keadaan
kacau-bilau yang boleh mengganggu kegiatan ekonomi. Ini semua hanyalah menakutkan
para pelabur.

Begitulah sebaliknya jika kerajaan yang memerintah berjaya manarik ramai


pelabur, berjaya mengurus ekonomi dengan sempurna ini akan menggalakan keharmonian
kaum kerana dengan kestabilan ekonomi yang ada seperti sekarang akan meningkatkan
taraf hidup masyarakat dan juga kualiti hidup. Dan ini sebenarnya dapat mendidik
masyarakat kearah berfikiran toleransi didalam hidup dengan pelbagai kaum dan
budaya yang ada tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Budaya

Kerja berpasukan dalam aspek keharmonian kaum yang menjurus dalam konteks budaya
sebenanya tidak dapat lari dari bangsa itu sendiri. Setiap bangsa mempunyai budaya
dan adat resam yang diwarisi turun-temurun. Oleh sememangnya setiap bangsa tidak
akan meninggalkan budaya bagi memastikan identiti masyarakat terpelihara. Tapi
cuba kita fikir bagaimana untuk mengekalkan budaya-budaya yang ada dan hidup dalam
suasana harmoni serta tenteram dari segala aspek. Sebenarnya perkara seperti ini
memerlukan asuhan dari kecil lagi agar kita yang terdiri dari berbilang bangsa
menghormati adat resam serta budaya kaum-kaum lain yang ada di Malaysia selagi
mana ia tidak bertentangan nilai-nilai moral sebagai rakyat Malaysia.

Namun agenda ataupun dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan menarik minat kita
sebagai masyarakat majmuk di Malaysia ini. Dasar ini juga mengundang pelbagai
spekulasi serta pandangan yang berbagai sebagai tindakbalas terhadap dasar ini
iaitu pembinaan Bangsa Malaysia. Mantan perdana menteri mendefinisikan Bangsa
Malaysia sebagai Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang
sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau
kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar
dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya
tertumpu kepada bangsa tersebut.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003).

Defenisi diatas jelas membawa maksud kearah untuk mewujudkan keharmonian kaum yang
ada di Malaysia. Namun apa yang dikhuatiri adalah penggabungan budaya serta adat
resam yang sedikit sebanyak akan membawa masalah terutama ialah identiti kaum
tersebut akan terus hilang di makan arus keharmonian. Dasar tersebut bila dilihat
secara kasar memperlihatkan usaha kerajaan untuk membentuk masyarakat yang majmuk
mempunyai satu matlamat yang jelas dan yang pasti dasar ini perlu dikaji dengan
teliti kerana budaya serta amalan itu sendiri mempunyai kesan yang begitu besar
untuk membentuk keharmonian kaum tanpa perlu membentuk suatu bangsa lain. Ini
kerana dengan adanya budaya kaum tersebut itu sendiri mampu untuk mempuk semangat
kekitaan didalam kaum tersebut dan mampu untuk membentuk nilai-nilai yang mengajar
kaum itu untuk hidup di dalam masyarakat yang pelbagai.

Dengan budaya juga masyarakat mampu untuk mengenali lebih rapat kaum-kaum yang ada
di Malaysia. Oleh itu suatu langkah yang drastik ataupun proaktif agar dapat
menengahkan budaya-budaya kaum lain untuk di tonjolkan kepada umum. Sebenarnya
langkah ini boleh menjadi suatu acara untuk merapatkan dan meningkatkan toleransi
yang ada didalam masyarakat Malaysia.

You might also like