You are on page 1of 6

SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Ciri-ciri khusus Syariah Islam :


• Berorentasikan wahyu
• Mempunyai ganjaran duniawi dan ukhrawi
• Bersifat universal
• Syumul dan lengkap
• Sepadu dan seimbang
• Tetap dan anjal

BERORENTASIKAN WAHYU

Wahyu ini diturunkan kepada Nabi Muhammmad s.a.w dengan dua pendekatan :

a. Wahyu dalam lafaz dan makna iaitu al-Quran


b. Wahyu dalam bentuk makna sahaja iaitu al-Sunnah

Syariat Islam lebih istimewa berbanding undang-undang ciptaan manusia dari


beberapa sudut :

a. Segala prinsip dan hukum hakam terpelihara daripada kelemahan,


kesilapan dan kekurangan.
b. Ia bersifat adil dan berpegang kepada prinsip persamaan sesama
manusia di hadapan hukum allah s.w.t.

Segala hukum hakamnya mempunyai roh keagamaannya yang bersifat


muqaddas (suci) melahirkan rasa taqwa, patuh dan hormat pada diri orang-orang
yang dikenakan peraturan itu sendiri.
Berbeza dengan undang-undang manusia yang tiada roh agama, ia hanya akan
patuhi kerana takutkan hukuman atau denda bukannya dosa.
MEMPUNYAI GANJARAN BERSIFAT DUNIAWI DAN UKHRAWI

Syariah Islam memperuntukkan ganjaran serta balasan yang bersifat duniawi


dan ukhrawi kepada manusia.
Ganjaran ukhrawi adalah lebih utama daripada duniawi kerana akhirat adalah
tempat kehidupan yang kekal selamanya kepada manusia.

Segala kesalahan manusia dalam kehidupan ini tidak akan terlepas begitu
sahaja walaupun telah dikenakan hukuman dunia sekiranya tidak bertaubat
kepada allah s.w.t.

BERSIFAT UNIVERSAL

Syariah Islam bersifa universal dimana ia meliputi semua tempat dan masa.

Beberapa factor yang menyokong sifat universal iaitu :

a. Menjamin kemaslahatan manusia dulu, kini dan akan dating.


b. Syariat memberikan kelonggaran (rukhsah) dalam perlaksanaan hukum
apabila ada kesukaran/darurat.
c. Dari segi kategori ayat-ayat hukum, nas-nas al-Quran terbahagi kepada
beberapa jenis. Ada yang bersifat terperinci (tafsili) dan ada juga yang
didatangkan dalam bentuk menyeluruh (kuli).
d. Sumber syariah Islam dibahagikan kepada Sumber Asasidan Sumber
Ijtihadi. Sumber Asasi adalah al-Quran dan al-Sunnah, manakala sumber
Ijtihadi ialah Ijma’, Qiyas dan lain-lain yang dipersetujui oleh ulama.
SYUMUL DAN LENGKAP

Syariat Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia. Ianya memenuhi


segala keperluan manusia sama ada dalam bentuk dharuriyat, hajiyat dan
tahsiniyat.

SEPADU DAN SEIMBANG

Seluruh ajaran Islam dan sistem-sistemnya ditegakkan di atas dasar sepadu.


Oleh itu, syariat Islam perlu diamalkan secara menyeluruh oleh manusia.
Apabila manusia hanya mengambil sebahagian yang tertentu sahaja maka akan
cacat keislaman mereka serta akan pincang kehidupan mereka.

Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Bahkan Islam telah
menggabungkan antara kedua-duanya, iaitu individu yang cintakan keharmonian
dengan undang-undang yang menjamin hak setiap orng agar tidak dizalimi.

TETAP DAN ANJAL

Segala prinsip dan dasar syariat Islam telah ditentukan oleh Allah s.w.t adalah
bersifat tetap dan tidak boleh berubah.

Anjal atau fleksibel pula dilihat dari sudut perlaksanaan kepada ketentuan syariat
tersebut berasaskan kepada justifikasiyang juga ditentukan olehsyariat seperti
lupa, kesakitan yang melarat, kejahilan, terpaksa dan kemudaratan.
PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

Syariah ditentukanuntuk membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada


manusia. Manusia terbahagi kepada tiga golongan :

a. Golongan yang taat kepada Allah s.w.t.


b. Golongan yang jahat.
c. Golongan yang jahil.

Golongan yang pertama – sentiasa mengingati diri (munasabah) dari


perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada golongan yang
kedua atau ketiga.
Golongan yang kedua – memerlukan undang-undang yang keras untuk
mencegah mereka dari terus melakukan perbuatan jahat dan rosak.
Golongan yang ketiga – memerlukan ilmu untuk membangunkan dan
memandu kehidupan mereka mengikut jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Segala makhluk ciptaan Allah s.w.t. mempunyai manfaat dan fungsi


masing-masing. Justeru, Allah telah menyediakan dan menyusun suatu
peraturan syariat yang membenarkan perkara-perkara kebaikan disamping
mengharamkan perkara-perkara yang menyebabkan kemudaratkan.

Peranan-peranan syariat diantaranya ialah :

a. Membawa pembangunan kepada manusia dan alam seluruhnya.


b. Mendidik dan mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
c. Memelihara lima asa Maqasid al-Syariah (objektif Syariah).
MEMBAWA PEMBANGUNAN KEPADA MANUSIA DAN ALAM
SELURUHNAYA

Pembangunan yang dikehendaki ialah yang membawa kepada kemajuan rakyat


dan negara yang termasuk di dalam golongan orang-orang yang berjaya disisi
Allah s.w.t.

Sejarah telah membuktikan bahawa tokoh-tokoh ilmuan dalam berbagai bidang


kepakaranadalah orang-orang yang taat berpegang kepada syariat Islam.

MENDIDIK DAN MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG SEJAHTERA

Masyarakat yang menghayati syariat akan menjalani corak kehidupan yang


bertunjangkan didikan al-Quran.
Contohnya pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang dapat membentuk keamanan
dan keharmonian yang mendaulatkan syariat Islam.

MEMELIHARA LIMA ASAS MAQASID AL-SYARIAH

Dengan adanya syariah, akanmenjamin hak manusia yang merangkumi


keselamatan nyawa, agama, harta dan keturunan (maruah) yang sempurna.

Pemeliharaan dan kemampuan memperkasakan lima Maqasid al-Syariah ini


pasti akan dapat menjamin pembangunan ummah yang sempurna dan
sejahtera.
Pembangunan yang dimaksudkan dalam syariat Islam adalah pembangunan
yang sepadu antara rohani, jasmani, fizikal dan mental.

Ia boleh dicapai sama ada secara individu, masyarakat, dan negara.


Iaitu :

INDUVIDU
Setiap muslim perlu patuh dan taat kepada syariah yang memberikan hak dan
kewajipan yang sama kepada semua manusia.
Kita juga turut bertanggungjawab memberi sumbangan terhadappeningkatan
taraf hidup diri-sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.

JEMAAH (MASYARAKAT)

Dalam masyaraka dunia,umat Islam terbahagi kepada kumpulan majority di


sesebuah Negara.
Walau bagaimanapun mereka perlu :
a. Mempunyai kesedaran dan sentiasa mempertahankan kemuliaan Islam.
b. Sentiasa mengamalkan budaya hidup Islam.
c. Bersatu hati dan fikrah demi agama Islam.
d. Sentiasa melaksanakan tanggungjawab mangikut kemampuan yang
masing-masing.

KUASA PEMERINTAH (NEGARA)

Kerajaan sentiasa berusaha menjadiakn negaranya sesebuah negara maju yang


deberkati dan diberi perlindungan oleh Allah s.w.t. Justeru, kerajaan wajib
memenuhi hak rakyat sepertimana yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t.

You might also like