You are on page 1of 21

Isu-isu ICT dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan PIPP

Pengenalan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah disempurnnakan

pelancarannya oleh Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.

Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua kea rah mencapai Wawasan

2020 iaitu hasrat menjadi sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri. Selaras dengan

itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk menbangunkan satu system

pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajarn mempunyai tanggungjawab

yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif,

bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan

berkemahiran.

KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-

2010 yang akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara

menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMKe-9. PIPP merupakan satu dokumen

perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh

tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Misi Nasional memberi

penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama, sebagai

pendekatan utama bagi melonjak ke status Negara maju.

Enam teras strategik telah dikenal pasti untuk memperkukuh sistem pendidikan

Negara iaitu :

1
TERAS STRATEGIK PIPP
Teras 1 Membina Negara Bangsa
Teras 2 Membangunkan Modal Insan
Teras 3 Memperkasakan SekolahKebangsaan
Teras 4 Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 Melonjakkan KecemerlanganInstitusi
Pendidikan
Jadual 1 : Teras strategik PIPP

Dalam RMKe-9, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM23.198 bilion di

bawah peruntukan pembangunan kepada KPM untuk memastikan segala perancangan

pembangunan pendidikan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Peruntukan ini adalah untuk membiayai 17,179 projek.

Pada abad ke-21 negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,

liberasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT). Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan program

pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu

pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia.

Perkembangan media eletronik di negara-negara maju adalah didorong oleh

kepentingan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan. Kesan daripada perkembangan

ini, komputer peribadi tidak lagi dianggap sebagai barangan mewah atau ‘simbol

kemewahan’ malah ianya merupakan salah satu alat yang menjadi keperluan hidup yang

membolehkan individu atau masyarakat memperoleh dan mengikuti sebarang maklumat

perkembangan sekitar kehidupan, peristiwa semasa, ilmu pengetahuan dan penemuan-

penemuan baru yang semakin canggih. Mengikut Toffler (1980) dan Naisbitt (1982),

komputer dan perisian telah digelar sebagai the wave of the future.

2
Usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju hanya akan tercapai jika setiap

golongan masyarakat, terutamanya golongan pendidik, bersedia menghadapi sebarang

cabaran dan dugaan. Ini kerana golongan pendidik merupakan penggerak sebenar

kemajuan negara. Dalam era teknologi maklumat antara cabaran-cabaran utama sudah

tentu termasuk usaha untuk memperoleh literasi komputer.

Isu 1 : Teras 4 Merapatkan Jurang Pendidikan

Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap

sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan

semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk

cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya

akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Jurang-jurang tersebut adalah seperti berikut :

a. Juarang antara tahap pencapaian pelajar

b. Jurang Bandar dan luar Bandar

c. Jurang antara pelajar normal dan keperluan khas

d. Jurang sosioekonomi

e. Jurang digital

Bagi merapatkan jurang digital, KPM telah membangunkan infrastuktur dan

kemudahan luar Bandar dengan meyediakan makmal komputer, Pusat Akses,

Pembestarian sekolah luar Bandar, menambah baik TV Pendidikan dan merintis

penggunaan ‘video teleconferencing’.

3
Komputer sebenarnya sudah lama diperkenalkan dalam bidang pendidikan. Di

Malaysia, penggunaan komputer di sekolah-sekolah mula diperkenalkan pada awal tahun

1980an apabila sekolah-sekolah menengah menubuhkan kelab-kelab komputer (Yusup,

1998). Pada masa ini kebanyakan sekolah menengah mahu pun sekolah rendah sudah

mempunyai komputer. Bilangan komputer yang diperolehi serta cara penggunaannya

mungkin berbeza-beza dari satu sekolah dengan sekolah yang lain. Pada masa yang sama

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan komputer ke sekolah-sekolah dan

menyediakan berbagai program latihan dalam bidang komputer untuk guru-guru.

Pelaksanaan kurikulum sekolah Bestari juga diharapkan dapat mempertingkatkan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer. Seseorang guru itu perlu

mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan

perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah

pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah.

Pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan pemahaman konsep

teoritikal. Kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman

pelajaran dengan mudah. Komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus

bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya

membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan

menarik. Penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran.

Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang

sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan.

4
Peranan guru

Antara isu yang penting ialah peranan guru. Terdapat guru yang mempunyai sikap

bimbang dan tidak yakin terhadap diri sendiri untuk menguasai teknologi baru. Dalam

aspek keyakinan dan keselesaan menggunakan teknologi komputer, apa yang

dititikberatkan oleh guru adalah keyakinan dan keselesaan dalam menggunakan

komputer. Pengalaman guru yang negatif atau tidak berkesan semasa mencuba

menggunakan komputer mendorong guru untuk menolak inovasi komputer. Peningkatan

beban kerja telah menghalang penggunaan komputer di kalangan guru. Di samping itu,

kekurangan perisian yang berkualiti juga menyebabkan guru menganggap bahawa

penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran tidak berkesan.

Isu yang timbul dalam pelaksanaan merapatkan jurang digital ialah sikap guru

terhadap aplikasi komputer dalam bilik darjah. Ross(1991) melaporkan sikap guru

terhadap komputer dalam bilik darjah berkisar daripada penerimaan sepenuh kepada

ketakutan. Ada yang menerima komputer sebagai alat pengajaran yang berkesan dan ada

yang menjarakkan diri dan enggan mencuba peluang yang ada.

Pelbagai alasan disarankan seperti aktiviti komputer mengambil masa berharga

yang sepatutnya digunakan untuk pengajaran (Evans-Andris, 1995) atau lebih sesuai

digunakan untuk pengajaran tradisi. Malahan di antara yang menerima penggunaan

komputer dalam pendidikan, ramai yang berpegang kepada penggunaan komputer untuk

mengulangkaji pengetahuan yang telah dipelajari atau sebagai permainan untuk menarik

minat pelajar. Pendek kata, guru enggan menukar gaya pengajaran mereka kepada suatu

yang dapat mengintegrasikan komputer dalam bilik darjah (Ellis, 1992).

5
Tambahan pula ada tanda-tanda yang menunjukkan kejayaan atau kegagalan

aplikasi komputer dalam pendidikan adalah domain-spesifik. White(1986) dan

Whitehead, Cain dan Graves (1994) menyarankan kekurangan pengetahuan dan

pengalaman menggunakan komputer sementara Wagschal(1986) pula mendapati

kekurangan perisian berkualiti dan relevan kepada keperluan bilik darjah sebagai punca

diskrepansi ini. Isu-isu seperti kekurangan peluang latihan dan kesukaran peluang

menggunakan komputer (access) perlu diatasi untuk meningkatkan integrasi komputer

dalam bilik darjah .

National Assessment of Educational Progress (1990) dalam kajian ke atas

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mengenai komputer mendapati sebilangan

besar pelajar tidak pernah menggunakan komputer di bilik darjah. Halangan yang

dikenalpasi termasuklah guru kekurangan masa untuk membentuk pelajaran yang

melibatkan penggunaan komputer, tidak cukup masa dalam jadual waktu, kekurangan

sokongan kewangan, tidak cukup perkakasan, tidak cukup fasilitator untuk menyelia

pelajar, guru kurang minat dan kekurangan strategi pengajaran untuk melibatkan

komputer dalam aktiviti pembelajaran.

Guru masih memerlukan kemahiran literasi komputer, tetapi mereka mesti

menganjak paradigma daripada menerima maklumat kepada memanipulasi maklumat.

Guru mesti membentuk persekitaran pembelajaran di mana komputer menjadi "rakan

pengajaran" dalam proses membentuk pengetahuan (McDaniel., McInerney, &

Armstrong, 1994).

6
Walaupun guru merupakan agen penting dalam perubahan penggunaan teknologi

baru ini, peranan guru besar dan sokongan dari rakan sebaya juga merupakan faktor

penyokong yang penting dalam menjayakan program ini.

Pengurusan prasarana

KPM telah membangunkan infrastuktur dan kemudahan luar Bandar dengan

meyediakan makmal komputer dan Pusat Akses. Projek SchoolNet melibatkan

penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui

bilik darjah biasa. SchoolNet diwujudkan dengan tujuan bagi menyediakan infrastruktur

komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di

Malaysia. Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar

bandar. Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.

Mewujudkan suasana pendidikan interaktif. Wawasan SchoolNet adalah untuk

mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi. Mewujudkan

masyarakat yang celik IT. Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat

Wawasan 2020.

Projek SchoolNet dibangunkan dengan memastikan kesemua 10,000 buah sekolah

di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan

128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis teknologi digunakan:-

• Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan

maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk kawasan

Bandar

7
• Wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang udara

untuk kawasan terpencil.

• Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu teknologi pemancaran dan

penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk kawasan luar

Bandar.

Sebarang kerosakan yang berlaku berkaiatan dengan projek SchoolNet pihak

sekolah boleh merujuk kepda pusat panggilan yang ditetapkan. Pelaksanaan Pusat Akses

Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran

Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan

pembestarian sekolah. Rasional mewujudkan Pusat Akses di sekolah ialah merupakan

salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran dalam menyediakan

Infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Pusat Akses

Sekolah berfungsi sebagai pemangkin pembudayaan ICT di sekolah. Ia merupakan satu

ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan pelajar menjalankan

pembelajaran secara kendiri dan mempelbagai gaya pembelajaran mereka. Penggunaan

Pusat Akses Sekolah diharap dapat meningkatkan kemahiran ICT pelajar untuk tujuan

pembelajaran. Matlamat mewujudkan Pusat Akses Sekolah adalah salah satu cara untuk

membudayakan penggunaan ICT di sekolah juda dapat mengurangkan nisbah komputer

dengan pelajar dan dapat meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh

murid.

Objektif pembinaan Pusat Akses Sekolah berbeza dengan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan komputer. Ini kerana dengan adanya Pusat Akses Sekolah ia

dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencapai maklumat. Membolehkan pelajar

8
melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih

berkesan seterusnya adapat meningkatkan penggunaan dan penguasaan ICT pelajar untuk

pembelajaran.

Bagi memastikan pengurusan Pusat Akses Sekolah berjalan dengan baik dan

lancar pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan

Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Pihak pentadbir perlu merancang, merangka dan

melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah. Pemantauan pelaksanaan program

dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah perlu dilaksanakan secara

konsistan. Aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah juga perlu diutamakan. Perancangan

peruntukan kewangan perlu disediakan untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran

Negeri (JPN) bagi dimasukkan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM). Kos yang

terlibat adalah separti kos bahan habis guna, kos penyenggaraan peralatan, kos bekalan

elektrik dan kos penggantian alat. Laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan

pentadbiran Pusat Akses Sekolah perlu dikemukakan kepada pihak yang berkenaan

supaya perjalanan penggunaan Pusat Akses Sekolah menepati objektif yang sebenar.

Pihak sekolah perlu mengambil berat aspek-aspek keselamatan seperti kemudahan

infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi. Pengguna

Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan

peralatan komputer .Keselamatan penyimpanan bahan perlu dititikberatkan. Pengguna

tidak dibenarkan menyimpan bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah.

Proses penyelenggaraan ruang cakera keras komputer (housekeeping) sentiasa dijalankan

untuk menjamin pengoperasian komputer berada ditahap optimum dan stabil. Bagi

pengurusan penyelenggaraan Pusat Akses Sekolah jawatankuasa yang telah dilantik oleh

9
pihak sekolah perlu merekod dan melaporkan sebarang masalah kerosakan yang dihadapi

terus kepada pembekal peralatan berkenaan. Dalam tempoh jaminan pihak sekolah perlu

mengambil maklum bahawa jangka masa jaminan, terma dan syarat jaminan terdapat di

dalam perjanjian. Merekod dan melaporkan sebarang masalah kerosakan yang dihadapi

terus kepada pembekal peralatan ICT yang berkenaan . Tempoh jaminan tertakluk kepada

pindaan atau arahan semasa. Penyelenggaraan akan diuruskan di bawah kontrak berpusat

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penyelenggaraan kontrak berpusat ini

merangkumi tiga 3 aspek,iaitu Tagging, penyenggaraan pencegahan, penyenggaraan

pemulihan. Sebarang kerosakan hendaklah direkod dan dilaporkan kepada Jabatan

Pelajaran Negeri (JPN).

Pusat Akses Sekolah perlu beroperasi semasa waktu sekolah dan selepas waktu

persekolahan supaya penggunaannya dapat dimaksimumkan. Murid diberi keutamaan

menggunakan Pusat Akses Sekolah. Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan

staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah. Antara aktiviti

yang boleh dijalankan di Pusat Akses Sekolah ialah mencari maklumat daripada Internet

untuk pembelajaran. Murid juga boleh mengakses sumber maklumat seperti buku-buku,

bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-Learning). Menyediakan tugasan dan

slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran. Murid juga dapat berkomunikasi

dengan guru dan murid lain melalui e-mel serta berkolaborasi dengan murid lain.

10
Penerimaan pelajar

Pembelajaran berbantu komputer menggunakan kaedah penerokaan memberi

peluang pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal

maklumat dan sebagainya. Pelajar mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu

fenomena secara simulasi serta melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutannya

boleh dikawal oleh murid. ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu

murid melaksanakan tugasan pembelajaran contohnya penggunaan perisian aplikasi

pemproses kata di mana murid dapat hasilkan karangan pendek. Sebagai pemudah

komunikasi ICT digunakan untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang

berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (BPG,

2001).

Pembelajaran berbantu komputer menjadikan murid tertarik dengan penggunaan

perisisan multmedia yang mempunyai kelebihan seperti muzik, grafik yang menarik serta

berinteraktif. Guru juga berpandapat bahawa perisian multimedia dapat mendorong

muridnya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Menurut guru lagi, murid tertarik

dengan gambar (grafik) yang berwarma warni, muzik latar belakang serta lagu-lagu yang

sesuai dengan tajuk pengajaran adalah antara faktor yang mendorong murid seronok

dengan pengajaran. Tambahan pula, guru boleh mengawal perjalanan perisian, ia dapat

dihentikan untuk memberi penerangan atau memberi peluang kepada murid untuk

menekan menjawab soalan yang dikemukakan dalam perisian. Terdapat pengukuhan

positif seperti memberi tepukan apabila murid menjawab dengan betul. Tidak dinafikan

lagi bahawa multimedia merangsang murid untuk belajar dan guru memang

11
menggunakan ini (CD) sebagai ganjaran untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh

guru.

Sedikit keluhan tentang perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan.

Guru setuju bahawa isi kandungan pelajaran yang diberikan dalam perisian adalah

menepati sukatan dan sesuai untuk murid-muird tahun satu. Sedikit perubahan telah

dibuat tentang bahan yang dibekalkan dalam perisian. Biasanya guru menyuruh murid

membaca semula perkataan-perkataan yang guru fikirkan perlu diberi penekanan. Perkara

yang perlu diberi perhatian ialah CD yang dibekalkan tidak dikategorikan dan tiada

penilaian tentang mutunya. Guru terus menggunakannya seperti dibekalkan mengikut

tafsiran dan kefahaman masing-masing. Dicadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan

untuk meneliti isi kandungan CD. (Balakrishnan & Chong Beng Hoo, 2005)

Isu 2 : Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis

pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.

Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu

pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan

guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan

martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih

tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang

digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

12
Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional

dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Justeru itu, guru

perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam

melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti

pendidikan. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion

keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai

sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai

pemudahcara dalam p&p, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru

harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian p&p menjadi efektif,

menarik dan menyeronokkan.

Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan

meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah

untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan

amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Bagi mencapai

matlamat dan dasar tersebut, fokus memartabatkan profesion keguruan adalah:

• menambah baik sistem pemilihan calon guru

• memantapkan latihan perguruan

• memantapkan kerjaya guru

• menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dan

• memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Guru merupakan agen perubahan berperanan penting menyebarkan kurikulum

kepada pelajar di sekolah. Guru sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar

terhadap sesuatu kurikulum (subjek) itu. Guru bertindak sebagai penyambung antara teori

13
dan amalan dalam pendidikan. Guru mendidik berpandukan pukal kurikulum bersulam

dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang dianuti. Kepercayaan, nilai dan sikap yang

dipegang oleh guru akan menjelaskan enviromen pendidikan dan ‘bagaimana’ guru

memberi makna dan mengadaptasi kurikulum di sekolah kepada pelajar di sekolah.

Tahap pemikiran guru akan menentu dan memainkan peranan penting yang konstruktif

dalam pendidikan guru dan pelajar pada masa hadapan.

Bertitik tolak daripada kenyataan ini, ternyata guru berperanan besar

merealisasikan perlaksanaan kurikulum di sekolah. Sebagai seorang guru terdapat

beberapa elemen penting profesionalisme keguruan yang memerlukan penghayatan

melaksanakan kurikulum. Elemen-elemen ini boleh dikesan terjemahan daripada

kepercayaan, nilai dan sikap guru sewaktu menyebarkan kurikulum dalam pengajaran di

bilik darjah. Hal ini disahkan lagi tertakluk kepada kekangan dan peluang yang tersedia

semasa guru-guru ini berusaha menterjemah kurikulum di bilik darjah. Ternyata guru-

guru masa kini perlu mempunyai secukupnya elemen dan aspek kefahaman tentang

profesionalisme keguruan terhadap kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Ini

bertujuan agar kekangan dapat dikurangkan dan peluang dapat digunakan bagi

memaksimakan pengajaran, mengembang potensi insan dan meningkatkan tahap

profesionalisme keguruan itu sekaligus.

Institusi ‘melahirkan’ guru telah membekal dan ‘melambak’ guru setiap tahun ke

pasaran. Namun, adakah setiap guru yang dipasarkan itu benar-benar bersedia untuk

mengharungi profesion ini. Profesion ini memerlukan tahap professional yang tinggi

untuk seorang guru itu benar-benar berwibawa. Pencapaian di transkip akhir pengajian

pendidikan belum boleh menjamin tahap profesional guru itu. Persoalan yang boleh

14
dibangkitkan ialah sejauh mana guru-guru ini atau guru yang sedia dilantik di sekolah

benar-benar bertingkah laku dan berpemikiran professional?

Tata laku ‘sumbang’ guru kerap dipaparkan di media massa. Profesion guru

dikatakan amat ‘tenat’ dan guru sedang menghadapi tekanan tugas yang amat berat.

Sering didedahkan dengan laporan tentang segelintir guru merokok, guru tidak cergas ,

guru tidur dalam kelas, guru selalu datang lewat ke sekolah dan guru mengajar sekadar

melepas batuk di tangga. Keupayaan guru mengajar diragui. Lebih merisaukan terdapat

laporan sekolah yang mempersoalkan kewibawaan guru-guru pelatih sewaktu menjalani

Praktikum atau Latihan Mengajar di sekolah. Juga ada guru-guru yang merungut diminta

mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen pengajian. Pelajar-pelajar yang mengambil

program pendidikan di IPTA, khususnya juga dipersoalkan kemurniaan niat dan cita-cita

kerjaya diri. Adakah pelajar menjadi pendidik sebagai pilihan terakhir kelayakan yang

ada atau menyahut kemerunduman ekonomi semasa? Timbul semacam kekalutan

terhadap profesion ini ketika ini. Adakah profesion keguruan ini sedang menghadapi

‘krisis identiti’ profesionalisme dan semakin terhakis kepercayaan masyarakat terhadap

profesion ini?

Isu terpenting ialah pemikiran professional guru itu harus didasari dengan

tuntutan kehendak, tututan tugas, dan persepsi tugas guru terhadap tugas tersebut.

Persepsi ini menjadi dasar kepada penerimaan atau penolakan terhadap kurikulum. Guru

harus menganggap diri sebagai agen yang aktif dalam perkembangan professional diri.

Guru mampu membuat keputusan berdasarkan pengetahuan yang memimpin tingkah laku

dalam sesuatu situasi. Guru melihat diri sebagai autonomous dan menganggap pengajaran

sebagai bernilai, kompleks dan satu profesion yang mempunyai tuntutan yang tinggi.

15
Guru harus dapat memokus pemikiran kepada pengajaran yang telah dirancang termasuk

semua prosedur pengajaran dan bertindak merubah keputusan apabila rutin ‘diganggu’

atau pelajar tidak menunjukkan respon yang sesuai.

Pemikiran guru terhadap kurikulum dan pengajaran sangat kompleks dan

pengetahuan ‘apa’ yang diketahui guru dengan ‘bagaimana’ dan refleksi pemikiran guru

sangat kritikal melaksanakan kurikulum yang dihasratkan. Namun, guru yang

professional sentiasa memikirkan minat dan kepentingan klien guru, pelajar di sekolah

Guru yang baik amalan pemikiran profesionalnya mempunyai ‘praktis intuitif’ dan

konsep ‘bertindak dan refleksi berkadar keadaan’ menghadapi kemungkinan bilik darjah

yang sentiasa berubah. Pemikiran professional guru harus mempunyai konstruk tersendiri

terhadap tugas dengan kesedaran bahawa guru mempunyai variasi yang mendasari

pemilihan tindakan masing-masing (Salleh Abd. Rashid).

Guru seharusnya sentiasa mengemaskini perkembangan pendidikan diri dengan

bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang kepakaran masing-masing. Guru

juga disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang sentiasa berkembang.

Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru

perlu menganjak dan merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru

bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab

dan hubungan sebab-musabab melaksanakan tugas.

Guru-guru perlu berkerjasama antara satu sama lain bagi meningkatkan

kemahiran diri. Pengalaman dan kemahiran perlu dikongsi antara ahli rakan guru.

Dengan cara ini perkongsian maklumat dan pengalaman dapat dikongsi bagi

meningkatkan kemahiran dan prestasi kerja. Amat penting kumpulan guru bergerak

16
sebagai satu pasukan kerja yang mantap, matang dan bertoleransi demi meningkatkan

mutu pengajaran. Penubuhan ‘team-teaching’ amat perlu diberi penekanan. Guru-guru

dapat berkongsi pengalaman dari segi program meningkatkan prestasi pelajar, merangka

kaedah serta teknik pengajaran yang sesuai dan terkini. Pasukan kerja akademik ini juga

dapat mengenal pasti kaedah pengujian yang berpadanan dengan tahap penerimaan dan

kemampuan pelajar. Perkongsian pengalaman dapat mewujudkan budaya kerja

cemerlang guru dengan menekankan aspek-aspek profesionalisme. Profesion keguruan

penuh dengan tanggungjawab yang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit daripada

guru-guru. Bertugas sebagai guru yang cemerlang bermakna seseorang guru itu telah

berjaya menggerakkan dirinya sebagai guru yang efektif atau berkesan. Terdapat 4 unsur

yang boleh dikaitkan dengan kecemerlangan seseorang guru:

i. Kemampuan guru untuk merobah suasana pembelajaran di sekolah

amnya dan kelas khususnya , dengan baik dan sempurna (perfect)

ii. Kemampuan guru untuk menangani segala kekangan dan hambatan

tugas di sekolah

iii. Sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan mendidik dan mempunyai

motivasi yang tinggi.

iv. Mampu menyalurkan pengetahuan yang dimiliki untuk dikongsi bersama

dan sentiasa ‘ghairah’ untuk menyampaikan ilmu.

The American Psychological Association telah menggariskan beberapa prinsip

untuk mengembangkan potensi yang ada pada seseorang dan ini dirasakan bertepatan

dengan ciri – ciri guru yang cemerlang:

17
a) Never Stop Developing

Guru haruslah sentiasa menggunakan pengetahuan dan menjana

kreativiti untuk mengembangkan potensi diri.

b) Membina matlamat

Dengan matlamat, budaya kerja kita akan lebih terarah dan terancang

c) Berfikir secara strategik

d) Bina Kecemerlangan daripada pengalaman

Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini

menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Profesion

keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa

sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan,

minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut

kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan dan kerjaya akan terus

diberi penekanan. Skim perkhidmatan guru akan terus diperbaiki bermula daripada

pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati

skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan lain. Pendekatan ini akan

meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan dan sekali gus

memartabatkan profesion ini.

18
Kesimpulan
PIPP merupakan pelan perancangan yang dapat menyediakan landasan yang

kukuh untuk membentuk generasi Bangsa Malaysia akan datang dan mencorakkan

pembangunan negara pada masa hadapan. Pendekatan yang digunakan dalam PIPP amat

penting agar sistem pendidikan negara dapat diangkat ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Melalui pendekatan ini juga, usaha yang lebih berfokus dapat direncanakan melalui

program yang berbeza bagi institusi-institusi pendidikan yang berbeza tahap kesediaan

dan kecemerlangan. Pelbagai idea baru boleh dirintis dan diuji sepanjang tempoh RMKe-

9. Segala pengalaman yang ditimba melalui pelbagai program rintis ini dapat digunakan

bagi tujuan penambahbaikan sebelum dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia akan

datang.

Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru

merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi

mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran dan pembelajaran. Usaha guru

untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran

serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak

seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

Sebagai kesimpulannya, peningkatan martabat profesion perguruan sebagaimana

yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dilakukan dengan gandingan mantap berbagai pihak

khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi-institusi yang berkaitan serta

individu terlibat dalam proses pendidikan. Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini,

insya-Allah akan dapat menyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan saja setakat

2020 bahkan melangkaui masa-masa selepasnya.

19
Rujukan.

Abdul Majid Omar (2007). Padato kepimpinan ‘ Ke arah Profesion Perguruan yang

Cemarlang’.

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Modul Penyelarasan Makmal Teknologi

Balakrishnan & Chong Beng Hoo, (2005) Penggunaan ICT dalam Pengajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris di Sebuah Sekolah Rendah.

Boon Pong Ying. Amalan Reflektif ke arah Peningkatan Profesionalisme Diri Guru.

Jurnal IPBA , Jilid 3 : Bilangan 2

Ellis, H.D. (1992). Low cost, high volume exploitation of computer technology in

education. Journal of Computer-Based Instruction, 19, 73-77

Evans-Endris, M. (1995). An examination of computer styles of teachers in elementary

schools. Educational Technology, Research and Development, 43, 15-30

Hong Kian Sam. ()Dari Literasi computer ke kompetensi teknologi. Kertas Kerja Fakulti

Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak

Maklumat. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

McDaniel, E. McInerney, W., Armstrong, P. (1994). Computers and school reform.

Educational Technology, Research and Development, 41(1), 73-78.

Naisbitt, J. (1982). Megatrends. New York: Warner Books

National Assessment of Educational Progress. (1990). Profiles of literacy: An assessment

of young adults. Princeton, NJ: Educational Testing Service

20
Ross, E.W. (1991). Microcomputer use in secondary social studies classrooms. Journal of

Educational Research, 85, 39-46.

Salleh Abd. Rashid.Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum Dan

Pengajaran. Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial .Universiti Malaysia

Sabah

Toffler, A. (1980). The third wave. New York: Basic Books.

Wagschal, P.H. (1986). Computers in the schools: Lessons from television. Curriculum

Review, 25(3), 32-34.

White, C.S. (1986). Committee surveys teachers about instructional media. The Social

Studies Professional, 84, 4-5.

Whitehead, B.M., Cain, K., & Graves, G. (1994). Put computers into elementary

classroom - Not labs! The American School Board Journal, 181(3), 16-19

Yusup Hashim (1998). From educational technology to information technology: The

Malaysian experience. Jurnal Akademik MPSAH. Jilid 6, m.s. 28-40.

(2004). Seminar Profesionalisme Guru MRSM Transkrian. Di ambil pada Julai 2008,

dari http://www.mrsmkm.edu.my/transkrian/

21

You might also like