You are on page 1of 2

REFLEKSI KELAS BOLA SEPAK Setiap guru pelatih mempunyai aktiviti kokurikulum masing-masing yang ditetapkan oleh Unit

Kokurikulum. Setiap aktiviti tersebut ialah permainan seperti bola keranjang, bola sepak, sofball, hoki dan sebagainya. Setiap kelas mempunyai permainan masing-masing. Permainan yang kami dapat untuk kelas kami adalah permainan bola sepak. Apabila mendapat bola sepak sebagai permainan kami, kami berasa agak gementar. Hal ini kerana kelas kami terdiri daripada 12 guru pelatih perempuan dan hanya 2 orang guru pelatih lelaki. Seperti umum, budak lelaki tahu bermain bola sepak dan bagi sesetengah orang bola sepak merupakan permainan kesukaan mereka. Bagi kami guru pelatih perempuan, ini merupakan kali pertama kami bermain bola sepak. Pensyarah bagi permainan bola sepak kami ialah Encik Razali. Beliau merupakan pensyarah dari Unit Kokurikulum. Pada hari pertama kelas, saya pergi ke padang dengan pakaian sukan seperti biasa. Dalam kelas pertama, Encik Razali menerangkan kami banyak perkara tentang permainan bola sepak. Pada masa itu, saya mendapat tahu sejarah bola sepak. Beliau juga menunjukkan beberapa klip video yang berkaitan dengan permainan bola sepak. Hari pertama itu juga, beliau meminta kami semua untuk membeli kasut bola sepak, bola, shin guards bagi setiap seorang. Masa itu merupakan permulaan semester dan kabanyakan daripada kami tidak mempunyai wang yang secukupnya. Beliau memahami situasi kami dan memberi masa yang secukupnya. Bagi guru pelatih yang belum memberi kasut bola sepak, beliau menjual kasut bola sepak yang dibawa dari kedai kasut bola sepak. 3 orang dari kami memberi kasut dari beliau termasuk diri saya sendiri dengan harga harga yang murah. Kelas bola sepak berjalan seperti biasa setiap minggu. Kami berkumpul di padang bola sepak 15 minit awal. Sebagai ketua opsyen, saya sentiasa membantu AJK Peralatan untuk mengambil barang-barang bola sepak seperti bola, penanda, skital dan sebagainya. Kami mempelajari cara bermain bola sepak dari Encik Razali. Beliau mengajar kami dengan penuh sabra dengan memahami kelemahan kami. Pada mulanya, beliau memberikan latihan-latihan yang sederhana kepada kami. Saya belajar bermain bola sepak dengan baik dengan panduan pensyarah kami. Saya mula mengenal taknik-teknik permainan bola sepak dalam setiap kelas bola sepak. Pada mulanya, saya berasa susah kerana aktiviti yang dilakukan memberikan sakitan kepada kami. Kami mudah berasa letih semasa permainan bola sepak. Bagi menangani

masalah ini, Encik Razali meminta kami membiasakan diri dengan melakukan aktiviti senaman pada masa lapang. Saya mula melakukan senaman pada sebelah petang bagi memudahkan bahagian badan saya terlibat dengan penuh dalam permainan bola sepak. Saya dan rakan-rakan saya juga bermain bola sepak luar apabila mempunyai masa lapang. Kami membiasakan diri dengan bermain bola sepak. Dalam kelas bola sepak, Encik Razali mengajar kami banyak jenis latihan yang khusus untuk bola sepak. Beliau membiasakan kami bermain pelbagai jenis latihan. Saya mempelajari cara bermain bola sepak dengan lebih teliti. Semua latihan tersebut mengajar kami banyak teknik bola sepak seperti menendang gol, menjaga gol, menjaga pasukan lawan dan sebagainya. Selain itu, dalam setiap kelas Encik Razali mengadakan perlawanan persahatan antara kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang dalam satu kumpulan. Semasa bermain perlawanan tersebut, saya bermain secara bersungguh-sungguh untuk menendang gol bagi pasukan kami. Saya telah lihat kesungguhan tersebut dalam diri semua ahli kelas kami semasa bermain. Saya mendapat tahu bahawa semua kelas kami menyukai permainan bola sepak seperti saya. Semasa bermain bola sepak setiap minggu, saya mempelajari banyak hal seperti kesungguhan, kerjasama antara kumpulan, bertolak ansur dan sebagainya. Walaupun secara luaran ini hanya merupakan permainan GERKO, secara dalaman kami mempelajari banyak nilai-nilai murni dalam setiap kelas. Ini meneri kami kekuatan kepada kami untuk senantiasa bertolak ansur antara satu sama lain sama ada semasa permainan atau luar permainan. Permainan bola sepak memberi kami banyak pengalaman untuk bermain bola sepak dengan lebih baik lagi dari semasa ke semasa. Melalui aktiviti bola sepak, saya mempelajari banyak perkara yang membantu saya dalam kehidupan saya dalam kelas dan juga luar kelas. Permainan bola sepak ini bukan hanya permainanan semata-mata, malah permainan yang mengeratkan hubungan, mengajar nilai-nilai murni dan memberi pengalaman sebenar kehidupan.

You might also like