You are on page 1of 17

Oleh: Kamarudin bin Jaffar

ISM SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) UTM

Amalan Bidaah Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu

Asal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia


Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam . Beberapa teori telah
mengatakan bahawa orang Melayu adalah daripada golongan manusia
yang diberi nama Austronesia . Ia datang dari daerah Yunan dan telah
turun menduduki wilayah Asia Tenggara . Ini berlaku sejak tahun 2 500
sebelum Masehi dengan golongan pertama dikenali sebagai Melayu Proto
dan kemudian diikuti oleh Melayu Deutro .

Masyarakat Melayu Nusantara mula menerima Islam pada abad ke-13


Masehi dengan dimulai oleh Pasai . Para pedagang Arab atau India telah
membawa Islam kepada mereka . Ini berikutan kepada catatan pelayaran
Marco Polo , yang menulis bahawa ketika beliau singgah di Pasai pada
tahun 1292 , penduduk Pasai telah memeluk Islam.

Proses Islamisasi mulai pesat pada abad ke -15 kerana Melaka telah
memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara .
Puncak kepesatan penyebaran Islam ialah pada abad ke - 16 dan 17.
Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada waktu itu tetapi Aceh
dapat mengambil alih peranan Melaka dengan keadaan lebih gigih lagi .

Oleh kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula
yang ingin mendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat
siapakah guru mereka , ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk
mengejar pahala dan mengejar banyak fadhilat , maka masyarakat Melayu
terjebak ke kancah bidaah . Ini jelas dapat dilihat daripada beberapa
amalan yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu yang kononnya ajaran
Islam tetapi setelah diselidiki , ia adalah satu bidaah .

Makna Bidaah

Bidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti
mencipta sesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan
firman Allah :
‫بديع السموات والرض‬
Ertinya :
“ Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya .”
Dan firman Allah :
‫قل ماكنت بدعا من الرسل‬
Ertinya :
“Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada
Allah , bahkan banyak rasul-rasul sebelumku .”

Bidaah menurut istilah ialah :

‫الحدث في الدين بعد الكمال‬


Ertinya :
“Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan.”

Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :


“ Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan
yang menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan
mengerjakannya ialah seperti apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara )
mengerjakan hukum syariat .”

Beliau menambah lagi dengan katanya :


“ Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara )
dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syarak yang
dimaksudkan dengan mengerjakan ialah mengabdikan diri ( kepada Allah )
secara berlebih-lebihan .”

Sebahagian ulama hadis pula mendefinisikan bidaah seperti berikut :


“ Ialah urusan yang baharu diada-adakan dalam agama baik berupa
akidah , ibadat atau sifat bagi ibadat yang belum pernah terjadi pada
zaman Rasulullah SAW .”

Sebagai kesimpulan , bidaah didefinisikan sebagai perkara-perkara baru


dalam agama yang diada-adakan berlawanan dengan dalil-dalil atau
kaedah-kaedaah yang telah ditetapkan oleh syarak .

Pembahagian Bidaah

Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh Abu
Nu’aim :
“Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan
bidaah tercela ( mazmumah) . Maka mana-mana yang sesuai dengan
sunnah , maka itulah yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinya
maka itulah yang tercela .”
Berdasarkan kenyataan ini , ada ulama yang membahagikan bidaah
kepada 4 bahagian iaitu :

Bidaah sunnah
Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti
solat Tarawih secara berjamaah .

Bidaah harus
Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja
dan memakai pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak
bertentangan dengan hukum syara’ .

Bidaah haram
Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram
dengan dalil dari syara’ seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan
meminta sesuatu pertolongan .

Bidaah makruh
Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan
hari tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan
bahawa hari itu lebih baik pada hari-hari lain .

Jenis-jenis Bidaah

Bidaah Fi’liah dan Bidaah Tarkiah


Bidaah Fi’liah ialah mengerjakan sesuatu amalan atau perbuatan yang
tidak dikerjakan oleh Rasullullah . Ini termasuklah membuat hadis palsu ,
mengurangkan atau menambahkan rakaat atau kaifiat solat , mengadakan
solat-solat atau puasa khusus pada masa dan hari-hari yang khusus pada
masa dan hari-hari yang khusus , bersembahyang atau berpuasa pada
waktu-waktu dan hari-hari yang terlarang .

Bidaah Tarkiah pula ialah meninggalkan perkara-perkara yang dituntut


oleh agama atau agama menggalakkannya kerana memandangkan ia lebih
baik tidak dikerjakan .
Bidaah yag termasuk dalam kategori Tarkiah ini ialah :

• Tidak mahu berkahwin kerana hendak beribadat kepada Allah tanpa


sesuatu sebab yang dibolehkan oleh syara , atau beribadat terus
menerus .

• Mengharamkan atas diri sesuatu yang dihalalkan oleh Allah tanpa sebab
yang dibolehkan oleh syarak dan juga sebaliknya .
• Meninggalkan hukum-hukum atau ketentuan Allah dan Rasul kerana
mengutamakan akal fikiran .

• Menolak dan meninggalkan hadis-hadis sebagai dalil syar’i ataupun


mendahulukan akal dari hadis .

Bidaah yang dikelaskan dalam kategori Bidaah Fe’liah pula ialah :

• Menyeksa diri dalam melakukan ibadat kepada Allah.

• Menceraikan isteri dalam masa haidh atau semasa isteri suci yang sudah
dicampurinya atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus .

• Merombak atau mengubah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh


Allah dan Rasul .

• Mengadakan azan dan qamat pada solat dua hari raya . Azan dan iqamat
disyariatkan bagi solat-solat fardhu dan Rasullullah dan para sahabat
tidak pernah berazan dan iqamat pada solat hari raya Puasa dan Haji dan
tidak ada hadis menyuruhnya .

Bidaah I’tiqadiah , Amaliah dan Qauliah

Beri’tiqad berlainan dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasullullah


dinamakan bidaah I’tiqadiah seperti : kepercayaan Wihdatul , Syiah ,
Khawarij , Mu’tazilah . Qadariah dan Murjiah yang beri’tiqad bahawa
malaikat Harut dan Marut telah berbuat jahat dengan Zuhrah lalu
dikenakan hukuman gantung dengan kaki di atas dan kepala di bawah di
Babilon sampai hari kiamat , manakala Zuhrah disumpah menjadi bintang
Zuhrah . Ini juga termasuklah juga beri’tiqad bahawa para wali lebih tinggi
martabatnya daripada nabi dan Rasul . Bidaah Qauliah pula ialah
mengubah sesuatu yang keluar daripada mulut rasul .

Bidaah Zamaniah dan Makaniah


Bidaaah Zamaniah ialah bidaah yang bersangkutan dengan masa-masa
tertentu seperti melakukan solat atau puasa pada kepercayaan Wihdatul-
Wujud di kalangan orang-orang sufi pada masa-masa dan hari-hari
tertentu seperti solat khas pada malam lailatul Qadar , solat khas pada
malam dua hari raya , solat khas pada malam Jumaat pertama bulan
Rajab , solat khas pada malam nisfu Syaaban , berpuasa khas pada satu
haribulan Muharram , puasa khas pada hari nisfu Syaaban , puasa khas
pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab dan pada hari yang kedua
puluh tujuhnya .
Bidaan Makaniah ialah Bidaah yang dilakukan pada tempat-pempat yang
tertentu seperti tempat-tempat kematian , di perkuburan para wali
syuhadak dan sebagainya .

Bidaah Kulliah dan Juziah


Kulliy bermaksud keseluruhan dan Juziah bererti sebahagian-sebahagian .
Bidaah kulliah ialah satu bidaah pada keseluruhannya atau memberi kesan
kepada orang lain , bukan hanya kepada orang yang melakukannya sahaja
seerti menggunakan akal untuk menetapkan sesuatu baik atau buruknya
sebagai ganti syarak dan seperti menolak hadis-hadis Ahad ( bukan
Mutawatir ) menjadi hujah atau mengingkari beramal dengan hadis-hadis
Ahad .

Bidaah Juziah hanya melibatkan pembuat atau pelakunya sahaja tanpa


melibatkan orang ramai seperti seorang yang menyalahi Sunnah Rasul
tetapi kesannya tidak mempengaruhi atau melibatkan orang ramai kerana
dia bukan menjadi ikutan orang ramai .

Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah


Bidaah Haqiqiah ialah bidaah yang langsung tiada dalil baik dari al-Quran
ataupun sunnah , ijmak , athar sahabat atau lainnya dari kaedah syarak
yang muktabar . Contohnya ialah sembahyang Raghaib yang dikerjakan
pada malam jumaat minggu pertama bulan Rajab sesudah berpuasa siang
harinya dan solat - solat serupa itu yang tidak didasarkan kepada dalil
syar’i tetapi didasarkan kepada hadis-hadis maudhu’.

Bidaah Idhafiah pula ialah satu pekerjaan atau perbuatan yang terdapat
padanya dua jurusan , iaitu jika dilihat dari satu sudut kelihatan ia bukan
satu bidaah tetapi bila dilihat dari sudut lain ia adalah satu perbuatan
bidaah idhafaiah seperti membaca al-quran dengan kuat di dalam masjid
sehingga menganggu ahli jamaah yang sedang beribadat dan membaca al-
Quran dengan suara yang nyaring dari menara-menara masjid lalu
mengganggu orang yang sedang tidur.

Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah


Bidaah Ibadiah ialah bidaah yang dilakukan dengan maksud mendekatkan
diri dengan Allah SWT , untuk mendapatkan pahala yang banyak daripada
Allah . Manakala Bidaah Adiah ialah bidaah yang dikerjakan bukan kerana
hendak mendekatkan diri dengan Allah tetapi mengenai urusan muamalah
antara manusia yang bertentangan dengan batas-batas yang ditetapkan
oleh Allah dan Rasulnya .
Contoh Bidaah Ibadiah ialah solat khas Nisfu Syaaban , solat raghaib dan
lain-lain.
Bidaah yang berlaku dalam Masyarakat Melayu

Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal


Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan
majlis Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu
adalah bidaah dalam agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah
mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan
para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik . Mereka juga tidak
menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka adalah
dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih
banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar
menjalankan syariatnya .

Bidaah Dalam Bulan Safar


Masyarakat Melayu juga percaya bahawa bulan Safar mendatangkan
kecelakaan terutamanya pada hari Rabu akhir bulan . Dipercayai bahawa
diturunkan bala pada tiap-tiap tahun sebanyak 12 000 bala dan
sekaliannya itu pada hari Rabu akhir bulan Safar. Untuk menolak bala ini ,
disunatkan banyak bersedekah dan membaca doa tolak bala dengan
kaifiat-kaifiat tertentu .

Perkara ini adalah bidaah kerana ia bertentangan dengan hadis nabi


S.A.W , yang bermaksud :
“ Tiada kejangkitan , tiada kesialan kerana burung hantu dan tiada
kesialan kerana bulan Safar . Allah menjadikan tiap-tiap jiwa dan ia telah
menentukan hidupnya , musibat-musibatnya dan rezekinya .”

Bidaah Dalam Bulan Rajab


Lazimnya masyarakat Melayu menyambut Bulan Rajab dengan
mengadakan perayaan Israk dan Mikraj , mengadakan solat khas pada
malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab yang dinamakan solat al-
Raghaib , puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab ,
solat khas pada malam 27 Rajab dan puasa khas pada siang hari 27
Rajab .
Amalan-amalan itu tidak ada dasarnya dalam agama sama ada dari al-
Quran atau hadis yang sabit dari Rasulullah dan tidak pula diamalkan oleh
para sahabat dan ulama salaf , maka oleh kerana itu ia termasuk dalam
perbuatan bidaah .
Hadis tentang solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab
dan puasa khas pada hari Khamis adalah hadis maudhu’ ciptaan tukang-
tukang bidaah atau orang-orang kafir zindiq .

Hadis tentang solat khas dan puasa khas ada 27 Rajab juga adalah
mungkar yang tidak boleh dijadikan sebagai targhib dan tarhib ataupun
menyatakan fadhilat amal .

Bidaah dalam Bulan Ramadhan


Dalam bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan
solat tarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa
setengah jam dari solat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju ,
banyaklah kecacatan yang berlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang
dibaca senafas , tidak menjaga tuma’ninah dalam rukuk , sujud , duduk
antara dua sujud dan iktidal .

Dalam hal ini imam al-Ghazali berkata : “ Kamu manghadiahkan solat


kamu kepada Allah , maka janganlah kamu menghadiahkan solat kamu
dengan sifat-sifat yang tersebut ( buruk ) , pasti anda akan menerima
siksaannya .”

Bidaah Azan Dan Iqamat Untuk Jenazah


Masyarakat Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal
pengurusan jenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu
mayat diturunkan dari rumah atau ke dalam kubur . Sebenarnya tidak ada
hadis yang mensyariatkan azan dan qamat untuk jenazah .

Amalan ini adalah semata-mata bidaah kerana ia tidak pernah dilakukan


oleh Rasulullah , sahabat-sahabat dan al-salaf al-shalih . Apa yang nabi
ajar ialah azan pada solat fardhu dan sewaktu menyambut kelahiran bayi .

Bidaah Solat Teman


Selain itu , mereka juga percaya bahawa mayat perlukan bantuan untuk
menghadapi alam baru . Untuk tujuan itu , mereka juga melakukan sejenis
solat yang dinamakan Solat Teman . Solat ini bertujuan untuk membantu
mayat menghadapi soalan Mungkar dan Nakir . Solat ini adalah mungkar
dan bidaah . Ini adalah kerana Rasulullah hanya melakukan solat jenazah
dan solat ghaib . Rasululullah juga hanya mensyariatkan supaya berdoa
dan meminta ampun untuk si mati .

Ini adalah bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Daud , al-Hakim dan al-Bazzar , yang bermaksud :
Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan : “ Adalah nabi SAW apabila selesai
mengkebumikan jenazah , baginda berdiri di sisi perkuburan dan bersabda
: Mohonkanlah keampunan untuk saudara kamu dan mintalah ketetapan
untuknya kerana dia sekarang akan disoal .”

Bidaah Tunggu Kubur


Ada juga sebahagian masyarakat Melayu yang mengamalkan ‘Tunggu
kubur’ . Mereka mengupah beberapa orang untuk menunggu kubur si mati
untuk beberapa malam . Panjang masa menunggu adalah bergantung
kepada kemampuan keluarga si mati . Lazimnya adalah dalam bilangan
ganjil iaitu semalam , tiga malam , lima malam , tujuh malam dan
seterusnya . Sebuah rumah kecil dibina berhampiran kubur si mati untuk
tujuan membaca al-quran , berzikir dan sebagainya untuk
simati . Penunggu-penunggu mendapat upah yang agak lumayan .

Hukum mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada simati ,


jumhur ulama menyatakan haram . Ini kerana , tiada pahala bagi orang
yang membaca al-Quran kerana upah . Pada tahun 1917 , Syeikh
Muhammad Bakhit telah mengeluarkan fatwa berhubung permasalahan
kadar upah yang terjadi di antara pemberi dan penerima upah , beliau
memfatwakan hukum mengambil upah membaca al-Quran untuk si mati
adalah haram . Fatwa yang sama juga dikeluarkan oleh Mufti Mesir Abdul
Majid Sulaim pada tahun 1942 dan Badan Kajian Dakwah dan Fatwa
Kerajaan Arab Saudi , ( Fattawa Islamiyah , halaman 23 ) .

Amalan ini adalah bidaah dan perbuatan mungkar yang wajib dicegah
kerana ia jelas tidak dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W dan tidak pula
diamalkan oleh para sahabat dan ulama Salafus - Shalihin .

Bidaah Membina Bangunan Di atas Kubur


Di antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina
binaan di atas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan
lain-lain yang mahal harganya . Kadang kala dibina kubah , menara ,
memasang lampu-lampu dan hiasan yang indah khususnya dari kalangan
orang berada dan kubur-kubur keramat atau
wali .

Ini adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ juga
tersirat konsep pemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini
menyerupai amalan agama-agama lain.

Jabir ra. meriwayatkan katanya : “ Rasullullah SAW melarang mengecat


kubur dengan kapur , duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya
.”
Hadis riwayat Muslim .

Selain itu , ada juga amalan yang menjadikan kubur sebagai tempat :-
• Meminta sesuatu hajat
• Meminta sesuatu melalui perantaraan kubur .
• Berdoa di kubur kerana percaya bahawa berdoa dimakbulkan lebih
mustajab dari di masjid .
• Bernazar kepada kubur .
• Membayar nazar kepada kubur .
• Menyembelih binatang nazar di kubur .

Amalan-amalan di atas adalah bidaah dan tidak ada bezanya dengan


kelakuan penyembahan berhala . Menurut Muhammad bin Abdul Wahab
( pengasas mazhab Wahabi ) , perbuatan ini adalah maksiat dan boleh
membawa syirik . Perbuatan memuliakan kubur adalah terkeluar daripada
batas-batas agama dan harta benda yang dibelanjakan untuk tujuan
tersebut itu adalah sia-sia sahaja .

Bidaah Fidyah Solat Dan Kenduri Arwah


Dalam hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu ada
mengamalkan membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia
yang semasa hidupnya ada meninggalkan solat . Perbuatan ini juga adalah
bidaah kerana perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi , para
sahabat , al-salaf al-shalih dan tidak ada ulama yang membolehkannya .

Kenduri arwah atau kenduri kematian yang diamalkan oleh Masyarakat


Melayu juga adalah bidaah . Amalan ini akan membebankan waris dengan
menyediakan makanan dan banyak berbelanja untuk malam-malam tiga ,
malam tujuh , malam empat puluh hari dan seterusnya. Ini adalah juga
bidaah yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan golongan al-
Salafu al-Salih r.a. dan kemudiannya .

Ulama memutuskan amalan ini berasal daripada budaya Firaun . Justeru


itu , amalan ini adalah bidaah dan kadang-kadang berlaku salah guna
pada harta peninggalan si mati seperti hutang yang sepatutnya dibayar ,
tidak diutamakan . Oleh itu , maka Majlis Fatwa Mesir tahun 1947
memutuskan haram dan hendaklah dihentikan amalannya .

Dalam satu peristiwa , apabila berlaku kematian anak bekas Mufti Mesir ,
Syeikh Hasanain Makhluf , setelah hampir empat puluh hari , beliau
ditanya tentang tarikh memperingati hari kematian yang ke - 40 . Beliau
menjawab “ Menghayati malam 40 dengan cara seperti yang biasa
dilakukan itu suatu bidaah yang tidak bersumberkan Islam , buat anakku ,
cukuplah dengan amalan yang dilakukan olehnya sendiri .”
Jawapan tentang permasalahan ini telah disiarkan oleh akhbar al-Ahram
bertarikh 27 Julai 1947 dan disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan
dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947 .

Bidaah Dalam Berwirid Dan Berdoa


Selain daripada itu , masyarakat Melayu juga gemar berdoa dengan suara
keras dengan menggunakan pembesar-pembesar suara sehingga
kedengaran jauh kerana sudah menjadi kebiasaan .
Sebenarnya , untuk berdoa , kita perlulah memenuhi tentang pantang
larangnya , tidak boleh melalui perantaraan , dengan ikhlas , khusyuk dan
tawadhuk , tidak riak , tidak takabbur dan tidak boleh dengan suara keras
menengking .

Dalam hal ini Abu Musa al-Asf’ari meriwayatkan :


“Orang-orang yang mengangkat suara mereka dengan berdoa dalam
sebahagian perjalanan , maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka :
Batasilah diri kamu
( jangan bersuara keras ) , kerana bahawasanya kamu tidak memohon
kepada orang pekak dan bukan pula kepada orang yang tiada ,
sesungguhnya yang kamu meminta kepadanya itu adalah Maha
mendengar dan dekat , lebih dekat kepada seseorang kamu dari tengkuk
kenderaannya .”

Apatah lagi jika berdoa dengan suara yang keras sehingga mengganggu
orang lain , ia termasuk dalam bidaah yang tercela .

Bidaaah Membaca Al-Quran Atau Tarhim Di Menara Masjid


Membaca Al-Quran atau tarhim di menara masjid adalah juga bidaah
.Lazimnya ia dilakukan dengan dibaca atau melalui pita rakaman lebih-
lebih lagi dilakukan di waktu dinihari sebelum subuh . Bacaan-bacaan ini
boleh mengganggu orang-orang sakit , orang-orang tidur ataupun orang-
orang yang ingin beribadat .
Menurut al-Imam Ibnu al-Jauzi , di antara pekerjaan-pekerjaan mungkar
ialah seseorang bangun di malam hari di menara-menara masjid lalu
membaca zikir atau sesuatu surah al-Quran dengan suara yang lantang
lalu mengganggu manusia yang sedang tidur dan mengganggu bacaan
orang-orang yang sedang bersolat tahajjud .

Sebab-sebab Timbulnya Bidaah

Jahil
Bidaah amat mudah membiak dalam satu masyarakat yang jahil ,
pemimpin yang jahil dan ulama yang beku dan kaku . Masyarakat ada
sebahagiannya yang gemar membicarakan masalah agama yang tidak
difahaminya . Tindakan memperkatakan urusan-urusan agama tanpa ilmu
adalah satu kesesatan dan menyesatkan orang .

Jahil dalam Bahasa Arab


Al-Quran , al-Hadis dan kitab-kitab yang muktabar adalah dalam bahasa
Arab . Kejahilan dalam bahasa ini akan menyebabkan salah faham dan
kesesatan .
Sebagai contohnya :
Allah berfirman :
‫و اعبد ربك حتى يأ تيك اليقين‬
Ertinya :
“ Dan hendaklah kamu menyembah Tuhanmu sehingga datanglah
keyakinan kepadamu ,”

Yang dimaksudkan dengan perkataan yakin di situ ialah mati , tetapi


kerana kejahilan bahasa Arab , yakin disini dimaksudkan dengan
keyakinan . Ayat itu diertikan sebagai : “Hendaklah kamu berabdi kepada
Allah sehinggalah datang kepadamu keyakinan ” , maka apabila sudah
ada keyakinan tidaklah lagi wajib berabdi kepada Allah . Akhirnya tidak
berzakat, tidak bersolat dan tidak menunaikan fardhu haji kerana mereka
beralasan telah sampai ke martabat yakin .

Jahil Sunnah
Maksudnya ialah kejahilan tentang martabat hadis sama ada shahih ,
hassan, dhaif dan maudhu’. Hadis-hadis yang terlalu dhaif seperti hadis
mungkar , matruk , batil dan maudhu’sama sekali tidak boleh digunakan .
Sebagai contoh , bagi menggalakkan umat supaya mengadakan perayaan
maulid Nabi SAW maka hadis ini digunakan :
‫من عظم مو لدى كنت شفيعا له يوم القيا مه‬
Ertinya :
“Barangsiapa yang membesarkan hari kelahirannku , maka akulah
pemberi syafaat kepadanya pada hari qiamat .”

Jahil Konsep Ibadat


Sebahagian masyarakat Melayu hanya memahami bahawa ibadat itu
hanyalah terbatas kepada ibadat-ibadat yang khusus sahaja seperti solat
wajib atau sunat , puasa wajb atau sunat , zakat , haji , umrah , sedekah ,
wakaf , zikir , tahlil , takbir , tasbih , tahmid , istighfar , membaca al-Quran
dan sebagainya . Apa yang mereka faham ialah perkara yang selain
daripada itu , tidak termasuk ibadat . Akhirnya mereka merasakan bahawa
ruang lingkup ibadat menjadi sempit walaupun mereka telah melakukan
semua ibadat khusus tersebut . Justeru itu , mereka mencari amalan-
amalan lain dengan membaca sesetengah kitab yang diajar oleh
sesetengah guru seperti solat khas pada malam-malam tertentu dan
puasa khas pada hari-hari tertentu .

Mengikut Hawa Nafsu


Oleh kerana mengikut hawa nafsu , masyarakat Melayu sanggup
melakukan penyelewengan . Nafsulah yang mengajak orang ingin menjaga
kemasyhuran , menjaga kepentingan diri , keluarga , suku dan ingin
dipuji . Nafsu jugalah yang menyebabkan timbulnya puak-puak sesat .
Mereka sanggup mengada-ada , membuat alasan dan dolak dalik yang
keluar dari dasar dan roh Islam yang sebenarnya .
Allah berfirman di dalam al-Quran :
‫ان النفس ل مارة بالسوء المارحم ربى‬

Ertinya :
“ Sesungguhnya nafsu itu menyuruh berbuat jahat kecuali nafsu yang
dirahmati oleh Tuhanku .”

Taqlid Buta Kepada Guru


Manusia selain Rasul , walaupun betapa tinggi martabat keilmuannya dan
kesolehannya tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan . Sikap
bertaqlid buta akan menyebabkan matinya roh ijtihad . Apabila berlakunya
pertembungan antara fatwa guru dengan al-Quran dan al-Sunnah , fatwa
gurulah yang diutamakan kerana guru dianggap serba tahu , keramat dan
maksum . Jika dikaji , tidak ada imam-imam mujtahidin yang mewajibkan
orang bermazhab kepada mereka . Sikap bertaqlid buta kepada guru-guru
dan kitab-kitab tertentu adalah menjadi penyakit kepada umat dan
menjadi punca lahirnya bidaah .

Memperdaya Umat Islam


Sebahagian kaum Syiah dan sebahagian kaum Sufi mencipta bidaah
dengan tujuan menghancurkan Islam dan menyesatkan kaum muslimin . Di
dalam ilmu Tasauf , ada satu ajaran mengenai kasyaf . Kasyaf ialah
sumber pengetahuan dalam ilmu tasawuf yang sama kedudukannya
seperti akal dalam Ilmu Tauhid . Dengan kasyaf , orang boleh merombak
sesuatu hukum yang telah ada atau mengadakan sesuatu cara ibadat yang
belum atau tidak disyariatkan melalui lidah para rasul . Tidak hairanlah
jika Agama Kristian di dunia sekarang ini ialah dari ajaran Paulus .
Pengikutnya yakin bahawa beliau mendapat kasyaf berjumpa dengan Nabi
Isa a.s sedangkan Nabi Isa sudah diangkat .

Menurut tafsiran kitab Tafsir al-Azhar , juzu’ II , halaman 287 – 288 :


“Yang sangat merosak agama pula ialah yang ditimbulkan oleh golongan
tasawwuf yang semacam itu ialah tentang adanya kasyaf . Kasyaf ertinya
pembukaan rahsia yang tersembunyi . Menurut mereka , seseorang yang
telah mencapai martabat wali itu boleh diberi Allah kelebihan dengan
dikasyafkan kepadanya oleh Allah rahsia-rahsia yang tersembunyi , yang
ghaib . Kadang-kadang mereka mengubah hukum agama yang tertulis di
dalam al-Quran dan Hadis sebab tuan Syaikh telah mendapat kasyaf dari
Allah baik di dalam suatu mimpi atau suatu ilham supaya dikerjakan
begini atau begitu , yang tidak ada dari pokok syariat dari al-Quran dan
Hadis itu .”
Sebab-sebab Bidaah Membiak
Puncanya ialah , orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan
bidaah setengah-setengah orang alim kerana berkeyakinan bahawa apa
yang diamalkan orang alim itu adalah benar .

Selain itu , adat tradisi orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam


masih dilakukan sebagai satu amalan agama seperti berkaitan dengan
wanita mengandung , urusan kematian , perkahwinan dan perkara ini
direstui oleh sesetengah guru dan mendiamkannya . Perbuatan ini
( mendiamkan diri ) dianggap membenarkan perbuatan bidaah .

Ada juga orang yang cuba menegakkan sunnah dan menafikan bidaah
tetapi dianggap mengajar ilmu sesat yang kononnya bertentangan dengan
ajaran mazhab Syafi’i . Tidak kurang juga yang menganggap bidaah
adalah masalah remeh-temeh dan tidak perlu diberi perhatian .

Selain itu apabila perasaan cintakan kedudukan dan ingin


mempertahankannya berkumpul di dalam jiwa mula bermaharajalela , ada
juga pemimpin tarikat atau pemimpin jamaah yang buta agama , untuk
menjaga kedudukannya , sedangkan mereka bukan ahlinya , telah
mencipta wirid , amalan zikir doa dan sebagainya untuk diberikan kepada
murid-muridnya . Inilah sebabnya mengapa bidaah bertambah banyak
sehingga tidak terhitung .

Bidaah Yang Menjadikan Pengamalnya kufur


Ada beberapa kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu yang jika
diamalkan boleh membawa kepada kufur . Bidaah ini ialah yang berkaitan
dengan prinsip-prinsip agama seperti dalam masalah aqidah . Contohnya
ialah seperti berikut :
Berfikiran dan berkeyakinan bahawa para wali di dalam kubur boleh♣
melakukan perkara-perkara seperti di dalam dunia , boleh mengarahkan
manusia yang hidup serta menjadi penyebab dalam mendapatkan sesutau
ataupun tidak .
♣ Berkeyakinan bahawa para wali lebih mulia daripada nabi SAW .
Berkeyakinan bahawa ada di antara para wali yang dipanggil untuk♣
mendengar dan mengabulkan permohonan peminta seperti diselamatkan
dari kesusahan atau kecelakaan .
♣ Berkeyakinan bahawa ada ayat-ayat yang bertentangan di dalam al-
quran .
♣ Berfikiran bahawa siksa dan nikmat kubur itu tidak ada kerana
bertentangan dengan akal .
♣ Berkeyakinan bahawa sifat Allah itu ruh bagi Nabi Muhammad; sifat
Muhammad ruh bagi manusia; sifat manusia ruh bagi binatang.
♣ Mempercayai bahawa Awal pun Nur, Akhir pun Nur; Nur itu zat Allah'
Nur itu Muhammad.
♣ Sembahyang itu memadai dengan niat dalam hati jua. Tidak perlu
mengerjakan rukun yang 13 itu , iaitu niat yang termaklum di sisi mereka
sahaja .

Al-Masalihul Mursalah bukan bidaah


Al-Masalihul Mursalah adalah bukan bidaah . Ia adalah tindakan lanjut dari
kaedah prinsip “Suatu kewajipan yang tidak boleh sempurna kecuali
dengan sesuatu maka sesuatu tersebut menjadi wajib. ”
Perkara-perkara tersebut termasuklah :-
1. Mengumpulkan catatan-catatan Al-Quran sehiggga menjadi sebuah
kitab.
2. Mengenakan denda dengan harta yang telah ditetapkan .
3. Memanfaatkan harta haram sementara tidak ditemukan harta halal .
4. Membuat mihrab di dalam masjid .
5. Membuat menara-menara dan tempat azan yang tinggi di masjid.
6. Meninggikan mimbar dengan bertingkat-tingkat agar jemaah yang
besar dapat mendengar khutbah dengan lebih jelas.
7. Membuat pembesar suara agar dapat didengar oleh orang ramai .
8. Membukukan penemuan-penemuan baru seperti ilmu hadis , ilmu fiqh ,
nahu saraf dan lain-lain .
9. Membuat mesin-mesin berteknologi tinggi untuk menumbuk bji-bijian .
10. Menaiki kederaan seperti kapal terbang dan helikopter .
11. Membuat alat percetakan moden untuk mencetak buku .

Kesemua ini tidak ada dalam al-quran dan hadis , mahupun ijma’ .
Kesemuanya termasuk dalam al-marsalihulmursalah . Ia adalah bukan
bidaah .

Cara-cara Mencegah Dan Membasmi Bidaah


1. Mengharamkan buku-buku yang mengandungi perkara-perkara bidaah
daripada disebarkan kepada masyarakat
2. Pihak berkuasa tentang agama negeri ini hendaklah menubuhkan
sebuah jawatankuasa untuk memeriksa dan meneliti buku-buku agama .
3. Memberi penerangan kepada masyarakat supaya menghindari bidaah
melalui khutbah jumaat , risalah , ceramah dan pengajian di surau-surau .
4. Menyebarkan kepada masyarakat sunnah-sunnah yang shahih .
5. Memastikan perlantikan jawatan-jawatan seperti pegawai-pegawai
agama , bilal-bilal , mubaligh-mubaligh , guru agama hendaklah diberikan
kepada yang benar-benar layak .
6. Semua tenaga agama hendaklah diberi kursus tentang perkara bidaah
dan cara mengatasinya .
7. Kerajaan , alim ulama dan guru-guru hendaklah terlebih dahulu
meninggalkan perkara bidaah .
Kesimpulan

Bidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat . Jika ia berkaitan
dengan akidah , amal ibadat dan kepercayaan , ia akan menjadikan
pengamalnya kufur . Jika ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia
tidak dinamakan bidaah .Urusan-urusan adat yang tiada ketentuannya
dari syarak adalah satu kebebasan kepada manusia untuk mengurus
mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini termasuklah pertanian
, perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan sebagainya .

Mewujudkan jentera , kilang mesin dan sebagainya adalah tidak


dinamakan bidaah walaupun menurut bahasa ia dinamakan bidaah .

Bidaah adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan
penolakan amalan oleh Allah . Besar atau kecilnya dosa bidaah yang
dilakukan dan berdasarkan motif apa bidaah itu dilakukan . Allah telah
berfirman :

‫ام لهم شركؤا شرعوا لهم من الدين مالم يادن به ال‬


Ertinya :
“ Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang
mensyariatkan untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan Allah
?”

Masyarakat Melayu perlulah lebih berfikiran terbuka dan lebih banyak


membaca serta berguru . Mereka tidak boleh hanya mengharapkan satu
sumber pengetahuan sahaja . Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang
memasuki era globlisasi ini . Mereka perlu melihat dunia dengan mata
burung dan bukan dengan mata tempurung .

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah mengamalkan bidaah


yang tercela dan boleh membawa kepada kekufuran . Sesungguhnya batu
sempadan kekufuran itu tidak kelihatan . Jika kita tersilap langkah , kita
akan berada di sebelah kiri batu sempadan keimanan dan menjerumuskan
diri ke dalam neraka Allah .

Dengan mendalami Tauhid Uluhiyah , Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma’


dan Tauhid al-Sifat , kita akan lebih tenteram kerana kita berada dalam
lingkungan kefahaman yang boleh menyelamatkan diri kita daripada
perkara-perjara syirik , khurafat dan bidaah dan Insya Allah kita tergolong
dalam golongan yang dinamakan golongan Al-sabiqun dan golongan
ashabul Yamin . Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah dan kita
terhindar daripada sebarang anasir bidaah , syirik dan khurafat .
Wallhu a’lam bis sawwab .

Bibliografi

AbdulFattah Haron Ibrahim ( Prof. Madya ), Beberapa Masalah Utama


Dalam Tasawuf : 1992 , Kuala Lumpur , Bahagian Hal Ehwal Islam , Jabatan
Perdana Menteri .
Abdul Ghani Bin Yahya , Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut
Penggal Yang Pertama ( Ilmu Fiqh ) : 1990 , Johor Bahru , Penerbitan Haji
Abd. Ghani Haji Yahya .
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( Drs. ) , Al- Bidaah Bahaya dan
keburukannya : 2000 , Kuala Lumpur , Al-Hidayah Publishers .
Hassan bin Haji Ahmad , Usul Fiqh : 2002 , Kuala Lumpur , Pustaka Haji
Abdul Hamid
H.M. Tuah Iskandar , 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jld. 1 : 1998 , Kuala
Lumpur , Karya Bistari Sdn. Bhd.
H.M. Tuah Iskandar , 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jld. 2 : 1999 , Kuala
Lumpur , Karya Bistari Sdn. Bhd.
Kasmuri Selamat MA , Rahsia Dan Amalan Bulan Islam , Muharam -
Zulhijjah : 2000 , Kuala Lumpur , Darul Nu’man .
Ma’mur Daud , Terjemah Hadis Shahih Muslim : 1997 , Selangor , Klang
Book Centre .
Muhammad Sjafi’i Hadzami bin Muhammad Saleh Raidi , Seratus masalah
Agama : 2000 , Kuala Lumpur , Victoria Agencie .
Mohd . Yusuf Ahmad , Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmu Kalam Dalam
Islam : 1995 , Kuala Lumpur , Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia .
Noh bin Gadut , Khutbah-khutbah Jumaat : 1991 , Johor Bahru , Bahagian
Penerbitan Jabatan Agama Johor .
Salim Bahreisy , Terjemahan Riadhus Shalihin Jld. 1 dan 2 : 1995 , Kuala
Lumpur , Victory Agencie .
Syed Alwi bin Tahir al-Hadad , Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor : 1990 ,
Johor Bahru , Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor .
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz , Berhati-hati terhadap Bidaah :
2004 , Johor Bahru , Perniagaan Jahabersa .
Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi , Bidaah sumber Kehancuran Umat :
2002 , Johor Bahru , Perniagaan Jahabersa .
Zainuddin Hamidy , Fachruddin Hs , Tafsir al-Quran : 1991 , Selangor ,
Klang Book Centre .
Akhbar Mingguan Malaysia , Ruangan 1,001 Kemusykilan .

You might also like