You are on page 1of 3

Laporan Perkhemahan Persatuan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Taman Selasih

Pada 14, 15 dan 16 September 2006 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Selasih telah
mengadakan Perkhemahan Perdana yang bertempat di Padang Sekolah. Seramai 121 orang
murid telah menyertai aktiviti perkhemahan tersebut. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid
terpilih dan aktif di dalam pasukan beruniform yang terdiri daripada pasukan Pengakap, Tunas
Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam.
Tepat jam 4.30 petang, semua peserta telah pun berada di Dewan Selasih untuk
pendaftaran. Pada 4.45 petang, murid dikehendaki berkumpul kembali di dewan setelah selesai
mendaftarkan diri untuk sesi taklimat. Taklimat itu disampaikan oleh beberapa orang guru dan
guru besar selaku penasihat aktiviti Perkhemahan Perdana.Selepas sesi taklimat berakhir, guru
yang bertugas mula mengagihkan set khemah untuk dipasang sendiri oleh peserta. Sebuah
khemah dihadkan kepada lima orang peserta sahaja. Pelbagai gelagat yang mencuit hati dapat
dilihat semasa pemasangan khemah oleh peserta-peserta.
Selepas semua peserta selesai mengemas barang mereka, kami dikehendaki untuk ke
kantin untuk makan malam. Makanan yang dihidang amat enak. Selepas makan, kami pergi
membuat persiapan diri. Selesai membersihkan diri, kami semua ke surau untuk solat Maghrib.
Pada Malam itu juga diadakan majlis bacaan Yasin sementara menunggu masuknya solat
Isyak.Selepas selesai solat Isyak, semua peserta berkumpul di Dewan Selasih untuk aktiviti “Ice
Breaking”. Selepas semua peserta berkumpul, semua peserta diagihkan kepada lapan kumpulan
yang terdiri daripada abjad A hingga H. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua
dan juga penolong ketua kumpulan.Pelbagai aktiviti diadakan semasa sesi “Ice Breaking” ini.
Antaranya ialah mencucuk jarum ke dalam belon dan memastikannya tidak pecah serta
meletakkan bata di atas empat helai kertas dan memastikannya tidak roboh. Peserta juga perlu
memberikan kesimpulan untuk kesemua aktiviti yang dijalankan. Setiap kumpulan juga perlu
mencipta identiti kumpulan dengan melukis sebuah logo dan berikan maksud logo itu terhadap
kumpulan itu. Setiap kumpulan juga perlu memberikan nama bagi kumpulan mereka. Aktiviti
berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Sebelum semua peserta masuk ke khemah untuk tidur,
mereka di beri empat keping biskut serta segelas air teh panas untuk dijadikan makanan tengah
malam mereka.
Tepat jam 4.00 pagi, kebanyakan peserta mula bangun untuk mandi. Selesai
membersihkan diri, semua peserta mula bergerak ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara
berjemaah. Sementara menunggu masuknya waktu Subuh, semua peserta mengalun zikir
munajat bersama-sama. Setelah selesai Solat Subuh, kuliah Subuh serta tazkirah disampaikan
oleh AJK surau yang bertugas.Pada jam 7.25 pagi, semua peserta berkumpul di Dataran Selasih
untuk menyanyikan lagu Negaraku, Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang, Negeri Kedah,
lagu Sekolah dan Ikrar Rukun Negara. Selesai menyanyikan dan menaikkan bendera, guru yang
bertugas bersama-sama semua peserta membuat senaman dan aktiviti aerobik bersama-sama.
Pada jam 8.00 pagi, semua peserta ke kantin untuk menikmati sarapan pagi berupa nasi
lemak serta minuman teh panas. Pada jam 8.30 pagi semua peserta berkumpul di Dataran Selasih
untuk diberikan taklimat bagi aktiviti acara yang di panggil “Explorace”.Aktiviti “Explorace” ini
bermula pada jam 8.45 pagi. Peserta dikehendaki mencari petunjuk di setiap stesen yang terdiri
daripada stesen A,B,C,D dan E. Di setiap stesen terdapat beberapa tugasan yang perlu
diselesaikan. Tetapi sebelum melakukan setiap tugasan, setiap kumpulan perlu mencari petunjuk
yang disorokkan. Di stesen A, tugasan yang perlu diselesaikan ialah mencabut 100 batang pokok
kemuncup.
Setelah setiap kumpulan berjaya menyelesaikan tugasan di stesen A, mereka turun untuk
ke stesen B. Cabaran di stesen B ialah mengira bilangan anak tangga di seluruh sekolah.
Kebanyakan kumpulan tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dan mereka dikenakan penalti. Di
stesen C pula, setiap kumpulan perlu membina sebuah menara menggunakan surat khabar.
Menara itu perlu didirikan teguh dalam kiraan 10 saat. Di stesen D pula, setiap kumpulan perlu
meredah longkang, merangkak di dalam lumpur dan sebagainya. Di stesen E pula setiap peserta
perlu mengambil petunjuk di dalam sebuah bekas yang penuh dengan ulat. Selepas itu mereka
perlu menjawab beberapa soalan mengenai sekolah ini dan melekatkan logo kumpulan mereka di
atas kertas soalan tersebut. Aktiviti ini dimenangi oleh kumpulan E kerana mereka dapat
menjawab semua soalan dengan tepat.
Berakhirnya acara ini semua peserta pergi untuk membersihkan diri, semua peserta ke
kantin untuk menikmati makan tengah hari. Selepas selesai makan, peserta lelaki mula bergerak
ke masjid untuk sembahyang Jumaat dengan diiringi oleh semua guru lelaki. Semua peserta
perempuan pula berkumpul di kantin untuk mendengar ceramah “Pengurusan Diri Wanita” yang
disampaikan oleh guru bertugas.Sekembalinya semua peserta lelaki dari sembahyang Jummat,
tepat jam 3.30 petang aktiviti “Base System” dijalankan di Dewan Selasih. Aktiviti diagihkan
kepada tiga base yang pertama ialah ciptaan Gadjet, base yang kedua ialah ikatan anduh dan base
yang ketiga pula ialah ikatan tali. Aktiviti berakhir pada jam 6.00 petang.
Pada jam 6.05 petang, semua peserta dikehendaki membuat persiapan diri dengan
memakai pakaian beruniform mereka kerana pada malam itu akan diadakan “Malam Anugerah
Kokurikulum” yang akan dihadiri oleh wakil Pejabat Pelajaran Daerah Kulim-Bandar Baharu
dan juga ibu bapa.Tepat jam 7.00 petang, semua peserta yang sudah lengkap memakai pakaian
beruniform untuk ke kantin untuk makan malam. Pada jam 8.00 malam, semua kenamaan dan
juga ibu bapa sudah pun berada di kantin untuk acara malam anugerah kokurikulum. Majlis ini
turut diserikan lagi oleh seorang penyanyi dakwah yang hadir untuk mempersembahkan lagu-
lagu di dalam albumnya. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 tengah malam.
Pada ke esokkan harinya, pada jam 5.30 pagi semua peserta bangun membuat persiapan
diri dan tepat jam 6.00 pagi, semua peserta siap berada di surau untuk mendengar tazkirah dan
solat Subuh berjemaah. Pada jam 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di Dataran Selasih untuk
bersenam bersama-sama. Aktiviti di ketuai oleh guru aerobik Pn. Nor Azian Bt. Mohamed
Jamal.Pada jam 8.30 semua peserta bergerak kekantin untuk sarapan pagi. Selepas selesai
bersarapan kami semua berkumpul di Dataran Selasih untuk taklimat untuk membuka khemah.
Kami semua membuka khemah dengan mengikut arahan dengan cermat. Selepas membuka
khemah kami bersiap-siap untuk ke dewan bagi majlis penutupan Perkhemahan Perdana.
Acara penutupan dengan ucapan Guru Besar selaku penasihat bagi aktiviti kali ini.
Selepas berakhirnya ucapan penutupan oleh Guru Besar, En. Waridi Bin Hj. Ali selaku kem
komander pula memberi ucapan. Selepas itu acara penyerahan sijil dan hadiah untuk setiap
kumpulan. Sebelum bersurai pada jam 12.30 tengah hari,semua peserta dikehendaki bersalaman
sambil berselawat bersama-sama
Pelbagai faedah yang dapat diperoleh semasa aktiviti ini berlansung. Antaranya ialah
kami dapat mendisiplinkan diri, mengisi masa lapang dan sebagainya. Kami juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim. Kami berharap aktiviti seperti ini akan dapat diadakan lagi
pada masa hadapan.
Laporan oleh :
Siti Nurizzaty Bt. Salleh
Kelas 6A2
Persatuan Pengakap

You might also like