You are on page 1of 14

“ AGIHAN AIR DAN INJAP“

© SEPTEMBER 2009
Hak Cipta Terpelihara

RICKY MARDEN
C 5305 Kejuruteraan Bekalan Air dan sisa
Politeknik Kota Kinabalu
© September 2009
Hak Cipta Terpelihara

1
Isi kandungan

Perkara m/s

Pernyataan tajuk 1

A. Agihan air 3

B. Gambar rajah kaedah air 5

C. Injap 7

D. Jenis-jenis 8

E. Rujukan 10

2
A. Agihan Air
Selepas melepasi proses olahan, air yang disimpan di dalam tangki simpanan
diagihkan melalui sistem agihan. Agihan air boleh dilakukan dengan kaedah :

A. Graviti
B. Pam
C. Pam dan takungan
Ciri umum yang ada pada sistem agihan air adalah :
i. Dapat membekalkan air bersih yang mencukupi
ii. Sistem agihan hendaklah berkesan.
iii. Sistem perpaipan mampu membekalkan air secara berterusan dengan
penyenggaraan yang minimum.
iv. Bahan yang digunakan untuk paip agihan hendaklah tahan lasak dan tidak
mendatangkan kesan buruk jangka panjang kepad pengguna.
v. Sistem agihan hendaklah ekonomi dari segi reka bentuk, susun atur dan
pembinaan.

3
Kaedah Ciri Kelebihan Kekurangan
Graviti Sistem ini digunakan Tidak menggunakan pam, Jika kawasan bekalan terletak
apa bila loji rawatan maka ia menjimatkan kos terlalu rendah berbanding loji
air terletak pada aras operasi dari segi rawatan air, tekanan di dalam
yang lebih tinggi. penggunaan elektrik dan paip menjadi telalu tinggi dan
penyenggaraan pam. mudah merosakkan paip dan
sistem agihan.
Pam Sistem ini digunakan Boleh membekalkan air i. Bekalan air akan
apabila kawasan ke kawasan yang lebih terputus apabila
bekalan berada sama tinggi. bekalan elektrik
aras tangki atau lebih terputus.
tinggi dari aras tangki ii. Tekanan di dalam paip
simpanan. akan menjadi tinggi
Air dipamkan terus ke pada masa permintaan
kawasan agihan (waktu malam) dan
akan menyebabkan
kerosakan paip.
iii. Sistem ini memerlukan
kawalan dan khidmat
senggaraan yang
kerap bagi memastikan
bekalan air sentiasa
berada pada tahap
optimum.
iv. Kos operasi tinggi
untuk penyenggaraan
pam dan sistem agihan
Pam dan Sebahagian air dipam Sangat ekonomik kerana Tiada kekurangan yang
Takungan ke kawasan agihan proses pengepaman ketara.
(Gabungan) dan sebahagiannya beroperasi pada kadar
ke tangki yang tetap. Pam yang
perkhidmatan yang beroperasi pada kadar
diletakkan di kawasan yang tetap akan
yang lebih tinggi dari menghasilkan kecekapan
kawasan bekalan. yang tinggi serta kurang
Air yang disimpan di kos penyenggaraan.
tangki perkhidmatan Kerosakan pada paip dan
akan diagihkan sistem agihan juga dapat
semasa perkhidmatan dikurangkan.
akan diagihkan
semasa permintaan
tinggi pada waktu
puncak. Pada masa
permintaan rendah
(waktu malam), air
disimpan di dalam
tangki perkhidmatan
untuk diagihkan pada
waktu puncak
keesokan harinya.
4
B. Gambar Rajah Kaedah Agihan Air

Rajah 1. Kaedah Pam

Rajah 2. Kaedah Graviti

5
Rajah 3.Kaedah Pam dan Takungan

(kaedah gabungan)

6
C. Injap

Pemasangan injap adalah untuk kedua-dua sistem paip dan sistem paip
dalaman. Injap biasanya adalah untuk mengawal pengaliran air sepanjang paip. Paip
adalah biasanya dikaitkan dengan pemasangan dalam sistem paip dalaman. Ianya
bertujuan untuk megawal pengeluaran air di penghujung paip. Kedua-dua injap dan pili
adalah alat yang dikawal dengan menggunakan tangan dan biasanya diperbuat
daripada gangsa, tembaga, gunmetal, keluli, plastik atau campuran bahan-bahan
ini.Fungsi-fungsi injap adalah seperti berikut:-

i. Mengawal kadar aliran air


ii. Memberhentikan pengaliran air
iii. Mengubah hala aliran air
iv. Melepaskan udara dari dalam paip dan membolehkan udara masuk ke
dalam paip apabila paip kosong.
v. Melegakan tekanan dari dalam paip.
vi. Mengurangkan tekanan air
vii. Membuang kotoran dari dalam paip air.

7
D. Jenis jenis Injap
Ada terdapat beberapa jenis injap dan berikut merupakan antara jenis injap;
i. Injap berhenti

a) Berfungsi untuk menutup sebahagian atau kesemuanya aliran bendalir


ii. Injap kupu-kupu

a) Injap ini terdiri dari badan, disk, shaft dan pepasangan bush.
b) Ia boleh didapati dari saiz 25 hingga 3800mm dengan suhu dan tekanan hingga
13800 kpa dan 1100° C.
c) Ia selalu digunakan dalam stesen janakuasa, stesen hidroelektrik, industri
minyak dan gas dan sambungan pembentungan.
d) Kelebihan injap ini ialah ia ringan, mudah dikendalikan, bersih sendiri dan kadar
kehilangan tekanan aliran yang rendah.

8
iii. Injap keruk

a) Digunakan apabila memerlukan aliran bendalir yang lurus tanpa meminimumkan


rintangan
b) Pintu selalunya berbentuk sesendal/cakera tegak
c) Kelebihan : tiada rintangan
d) Kekurangan : lemah dalam pendikitan

iv. Injap udara

a) Injap udara memberikan dua kelebihan yang penting dalam sistem perpaipan.
b) Injap udara mengekalkan rekabentuk sistem dengan efisien dan memberikan
perlindungan.

9
c) Sistem yang efisien dengan menggunakan injap ini boleh menyalurkan dan
menggurangkan udara yang boleh menyekat aliran dan dalam paip.

v. Injap sehala

a) Injap sehala ataupun lebih dikenali sebagai injap cegah balik


berfungsi untuk membenarkan mengalir dalam satu jurusan sahaja maka
mencegah air dari mengalir balik
b) Jenis injap ini ialah:
-piringan (disc)
-Bola
-Buaian (swing

vi. Injap bebola(ball valves)

10
a) Dalam sistem pemasangan paip dalaman, injap bebola digunakan pada
tangki simpanan, tangki simbahan, tangki pengurang tekanan dan tangki
sedutan.
b) Fungsinya adalah untuk mengawal pengaliran air masuk ke dalam tangki-
tangki berkenaan.

vii. Injap altitud

a) Injap altitud merupakan injap yang sangat teliti dan salah satu injap kawalan aras
yang automatik.
b) injap ini tidak menggunakan apa-apa penggera atau apa juga jenis pelampung

11
viii. Injap pengurang tekanan

a) Digunakan secara automatik untuk menghasilkan tekanan yang stabil dan


rendah kepada sistem daripada punca tekanan yang tinggi.
b) Digunakan di sistem perpaipan udara, air laut, minyak pelinciran dan
sebagainya.

ix. Injap tekanan menanggung

12
a) Digunakan untuk melindungi sistem perpaipan dari tekanan berlebihan.
b) Ianya akan terbuka secara automatik apabila tekanan menjadi terlalu tinggi (
tekanan sebenar melawan tekanan spring )
c) Tekanan yang dilepaskan dapat dikawal dengan melaraskan skru.

x. Injap tekanan malar

a) Injap direkabentuk untuk menahan kekentalan seumpamanya pada air.


b) Menetapkan kadaralir air

13
E. Rujukan

1. http://www.lianqi-trade.com/gate_valve1.html
2. http://www.lianqi-trade.com/check_valve4.html
3. http://www.controlvalves.com/series/3330/3330.html
4. http://uitmbuilding.blogspot.com/2008/02/building-services-injap-dan-paip.html
5. Buku teks tingkatan 5 ; Pengajian Kejuruteraan awam ; Abdul aziz b.Abdul
Latif,Ismail latif dan Abdul Aziz b.Bakar. cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

14

You might also like