P. 1
TAKRIF FERTIGASI

TAKRIF FERTIGASI

|Views: 1,490|Likes:
Published by nadia burn
ini adalah tugasan mengenai analisis tugasan tentang cara penanaman cili secara fertigasi. saya olah bahan yg diambil di internet
ini adalah tugasan mengenai analisis tugasan tentang cara penanaman cili secara fertigasi. saya olah bahan yg diambil di internet

More info:

Published by: nadia burn on Oct 01, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2013

pdf

text

original

BIL 1 2 3

KANDUNGAN Pengenalan Kemahiran Asas untuk Berdikari Pengenalan Analisis Tugasan Analisis Tugasan Penanaman Cili secara Fertigasi • • • • • Penyediaan anak benih Pembajaan Penjagaan Pokok Meracun Memungut Hasil

M/S 1 4

7

4

• Rumah Lindungan Hujan Rujukan

16

PENGENALAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI • Konsep

Bermatlamat melahirkan insane yang berdikari, kenal faham teknologi, kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik. • Kepentingan aktiviti seharian dalam kehidupan tanpa bantuan orang lain 2) Dapat menyediakan murid Pendidikan Khas dalam menghadapi pelbagai situasi sebenar dalam kehidupan seharian. 3) Supaya murid Pendidikan Khas dapat mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya dan persekitaran. 4) Supaya murid Pendidikan Khas dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar. • Komponen Kemahiran Asas untuk Berdikari

1) Supaya murid Pendidikan Khas dapat berdikari iaitu menjalankan

1) Peraturan dan keselamatan di bengkel  Mempelajari dan memahami peraturan di bengkel dan bilik kemahiran hidup serta penggunaan alatan yang betul dan selamat 2) Keusahawanan  Mempelajari tentang pengurusan kewangan, penghasilan dan pemasaran produk mengikut kesesuaian .
3) Kemahiran urus diri

Menghasilkan analisis tugasan aktiviti-aktiviti pengurusan diri seperti amalan kebersihan tubuh badan dan tandas, kemahiran memakai pakaian dan kasut serta berdandan .

4) Keselamatan diri dan adab bertatasusila  Mengenalapsti dan menyenaraikan amalan keselamatan diri di beberapa premis peribadi dan tempat awam. 5) Pengurusan rumah tangga  Mengaplikasikan aktiviti pengurusan rumah tangga mengikut analisis tugasan seperti amalan kebersihan bilik, dapur dan pengurusan perkakas/perabot serta amalan pemakanan yang sihat. 6) Kemahiran memasak  Mempelajari teknik memasak seperti menggoreng, merebus, membakar dan memanggang mengikut langkah analisis tugasan. 7) Kemahiran jahitan  Mengenalpasti alat jahitan dan fungsinya, mempelajari asas jahitan dan menghasilkan prosedur keselamatan menjahit serta menghasilkan projek jahitan. 8) Kemahiran pertukangan  Mengenalpasti perkatan pertukangan dan kegunaannya serta menghasilkan projek berdasarkan analisis tugasan. 9) Kemahiran berkebun

 Mengenalpasti dan menyenarai perkakas perkebunan, menghasilkan prosedur keselamatan berkebun dan mengaplikasikan kemahiran berkebun dalam kehidupan. 10)Kemahiran memelihara haiwan  Kenalpasti dan senaraikan peralatan memelihara haiwan dan aplikasikan kemahiran memelihara haiwan.

PENGENALAN ANALISIS TUGASAN

Analisis tugasan ialah satu proses analisis dan pengajaran secara berturutan yang mencerakinkan unit pembelajaran kepada kemahiran asas yang berkaitan untuk mengenal pasti peringkat penguasaan tugasan atau amat akan pengetahuan pengajaran atau dan kemahiran murid. Kaedah analisis dan

membantu guru dan murid Pendidikan Khas dalam menjayakan satu proses pembelajaran. Pengajaran Pembelajaran dijalankan mengikuti langkah-langkah kecil dari perkara yang memecahkan perkara-perkara kompleks menjadi sesuatu yang lebih ringkas. Hal ini bermaksud murid Pendidikan Khas akan diajar sesuatu perkara secara langkah dei langkah sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran sasaran. Terdapat beberapa kepentingan kaedah analisis tugasan dalam pengajaran dan pembelajaran murid Pendidikan Khas. Pertama, kaedah ini dapat membantu guru untuk merancang dan menyusun atur sesuatu kemahiran yang hendak diajar. Hal ini kerana guru harus menyediakan semua arahan, peralatan dan tempat yang sesuai dan betul supaya murid dapat menjalankan aktiviti analisis tugasan dengan baik. Kedua, kaedah melakukan aktiviti analisis tugasan amat membantu murid dalam secara berperingkat dan membolehkan mereka

memahami dan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Murid dapat menguasai sesuatu tahap pengajaran atau kemahiran dengan lebih cepat dan berkesan. Perkara ini juga membantu mereka dalam mengingat dan memahami sesuatu aktiviti atau kemahiran yang dipelajari untuk jangka masa yang lebih panjang.

Seterusnya, kaedah ini juga dapat membantu guru dalam mengenal dan menilai tahap pencapaian murid Pendidikan Khas di dalam kelasnya. Guru dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan muridnya dengan lebih mudah melalui kaedah analisis tugasan. Sekiranya murid gagal melakukan sesuatu aktiviti atau kemahiran dalam satu tahap, guru boleh merendahkan tahap tersebut kepada tahap yang lebih mudah. Akhir sekali, kaedah analisis tugasan ini juga penting dalam membantu ibu bapa untuk mendidik dan membantu anak mereka dalam melakukan sesuatu aktiviti atau kemahiran. Hal ini kerana kaedah ini juga merupakan salah satu penyediaan intervensi kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam menjalankan pengurusan kemahiran diri dalam kehidupan harian mereka. Kesimpulannya, kaedah analisis tugasan merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk memahami dan menguasai sesuatu kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan yang penting dalam menganalisiskan tugasan tersebut supaya bersesuaian dengan tahap murid Pendidikan Khas mereka.

TAKRIF FERTIGASI Sistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara serentak kepada tanaman. Media yang biasa digunakan dalam teknik fertigasi adalah sabut kelapa atau sekam bakar, tanpa penggunaan tanah. Pokok mendapat nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali sehari secara berkala.

ALATAN ASAS FERTIGASI 1. Polytank 2. Pam

3. Main pipe poly 32mmx100m

4. Poly tubing 13 mmx300m

5. Dripper

6. Nipple

7. Media cocopeat

8. Media sekam bakar

9. Polybag

10. Tong baja

11. Timer digital 1 minit cutoff

12. Tray semai anak benih

13. Benih

14. Baja

15. Disk Filter 1’

16. Tanah semaian

PENYEDIAAN ANAK BENIH I. Gunakan dulang semaian

II. Basahkan cocopeat

III. Isi cocopeat ke dalam dulang tanaman IV. Kambus semua biji benih

V. Memeram biji benih yang disemai

VI. Pindahkan Anak benih ke takung yang besar VII.Siram dan beri baja mengikut keperluan

PEMBAJAAN

I. Baja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air.

II. Selain itu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok

daripada keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah.
III. Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium

nitrat, Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat).
IV. Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang

berlainan

untuk

mengelak

berlakunya

tindak

balas

kimia

dan

terjadinya mendakan.
V. Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam

air bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja yang dialirkan ke dalam polybag

PENJAGAAN POKOK

I. Pokok cili perlu dipacakkan kayu pancang/sokongan untuk mengelakkan pokok daripada tumbang jika angin kuat. II. Selain daripada itu, kayu sokongan juga diperlukan untuk mengikat dahan daripada melentur dan patah jika buah lebat pada sesuatu dahan III. Pokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis yang tersumbat dan pokok tidak dapat bekalan air baja. MERACUN

I. Racun yang biasa digunakan adalah racun serangga, ulat dan racun kulat. II. Terdapat 2 teknik dalam meracun pokok cili:

• •
I.

Meracun 3-4 hari sekali dengan mencampurkan semua jenis racun. Melihat pada tanda serangan serangga dan kulat, kemudian

Meracun serangga dan kulat yang berkenaan sahaja.

MEMUNGUT HASIL

I. Pokok cili akan sentiasa mengeluarkan pucuk baru, bunga, putik dan buah.
II. Setiap hari akan ada buah yang masak, tetapi bergantung pada

bilangan pokok. III. Pungutan buah cili berterusan sehinggalah hasil yang diperolehi kurang elok untuk dijual. IV. Terdapat 3 keadaan di masa buah cili boleh dipungut: a. Semasa buah masih hijau b. Semasa buah sedikit kemerahan c. Semasa buah sudah merah V. Buah yang berwarna sedikit kemerahan akan bertukar merah selepas beberapa hari dipungut. VI. Buah hijau dan buah merah boleh dijual terus kepada kedai makan.

RUMAH LINDUNGAN HUJAN

I.

Rumah Lindungan Hujan tidak menjadi satu kewajipan dalam tanaman cili.

II. Ia bergantung kepada cuaca, Rumah Lindungan Hujan amat diperlukan

bagi kawasan yang taburan hujannya tinggi untuk mengelakkan air hujan bercampur dengan air baja di dalam polibeg dan akan mengurangkan kepekatan air baja untuk kegunaan tanaman dan akan merugikan tanaman.

RUJUKAN

Abdul Murad Hamid, Analisis Tugasan, muat turun pada 30 September 2009, dari http://www.scribd.com/doc/19743272/ANALISIS-TUGASAn-pendidikankhas-UPLOAD-BY-abdul-murad-hamid-smk-sri-rahmat-johor-bahru Analisis Tugasan, muat turun pada 30 September 2009, dari http://epkhas.ses.usm.my/content/analisis-tugasan Penanaman Fertigasi, muat turun pada 29 September 2009, dari http://www.sabah.gov.my/tani/ips/FERTIGASI.htm Projek Cili Fertigasi, muat turun pada 29 September 2009, dari http://myagrobiz.blogspot.com/ Tanaman Cili Fertigasi, muat turun pada 29 Septemebr 2009, dari http://teknologipertanian.com/2009/02/11/tanaman-cili-fertigasi/ Sistem Fertigasi, muat turun pada 29 September 2009, dari http://www.sabakagro.com.my/oscomm/catalog/index.php?cPath=26

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->