You are on page 1of 2

Analisis Tugasan Memanggang Ayam

Bahan-Bahan

1) 1 ekor ayam
2) Sos tiram secukup rasa
3) 5 ulas bawang putih (dikisar)
4) 3 cm halia (dikisar)
5) Sedikit madu
6) Minyak masak
7) Sedikit minyak bijan serai (dititik)

Cara Memerap Ayam

1. Gaulkan ayam bersama sos tiram, halia dan bawang putih.


2. Perap selama 15 - 30 minit.
3. Masukkan madu selepas ayam diperap.

Cara Memanggang Ayam


1. Sediakan tempat memanggang dan letakkannya di tempat yang
terbuka. Jauhi dari bahan mudah terbakar atau merbahaya.
2. Ketika memanggang sapukan minyak masak yang dicampur sedikit
minyak bijan menggunakan serai yang dititik.
3. Semasa memanggang, api tidak diperlukan kerana proses
memanggang hanya menggunakan bara sahaja.
4. Bahagian ayam yang mempunyai tulang perlu dipanggang dahulu bagi
memastikan ayam itu masak sepenuhnya.
5. Jika ada api semasa memanggang, ianya perlu dikipas untuk
menggelakkan ayam tersebut daripada hangit
6. Apabila ayam tersebut telah kelihatan kering dan kemerah-merahan, ia
bermakna ia telah cukup masak dan boleh dihidangkan
7. Boleh dihidangkan bersama sos cili atau tomato untuk menambahkan
rasa lazat kepada hidangan
Sekiranya ingin pedas taburkan lada hitam yang ditumbuk kasar ketika
memanggang.
8. Padamkan bara yang masih menyala
9. Simpan tempat memanggang di tempat yang selamat dan jauh
daripada kanak-kanak.

You might also like