You are on page 1of 2

1

ISL 6

Huraikan perkara-perkara yang boleh diamalkan dalam pengurusan bilik


darjah dari aspek :

1. Amalan kebersihan
2. Keceriaan dan kekemasan
3. Susunatur peralatan

Berdasarkan gambarajah di atas, kita dapat melihat bahawa amalan


kebersihan kelas tersebut adalah sangat baik. Hal ini kerana, kawasan
persekitaran kelas seperti lantai dan dinding adalah dalam keadaan bersih
dan kemas. Ini menunjukkan murid-murid di dalam kelas berkenaan
mengamalkan amalan kebersihan yang sihat dan baik. Menyapu sampah
setiap hari, membuang sampah ke dalam tong sampah, membersihkan
papan hitam dan memastikan tong sampah tidak penuh merupakan antara
perkara-perkara yang dititikberatkan dalam amalan kebersihan.

Seterusnya, keceriaan dan kekemasan juga merupakan aspek yang


penting dalam bilik darjah. Merujuk gambarajah bilik darjah di atas,
keceriaan yang ditunjukkan agak memuaskan. Hal ini kerana, papan
kenyataan yang terdapat di belakang kelas adalah menarik namun tidak
menceriakan. Amalan keceriaan dan kekemasan yang boleh dibuat adalah
seperti memenuhkan papan kenyataan dengan lebih banyak maklumat dan
2

artikel yang perlbagai warna, gambar atau carta, menghias dinding kelas
dengan meletakkan carta organisasi atau gambar ahli kelas, menggunakan
langsir tingkap yang menarik, meletakkan alas meja di atas meja guru dan
sebagainya.

Berikutnya adalah mengenai susunatur peralatan. Berdasarkan


gambarajah tersebut, susunatur peralatan seperti meja, kerusi dan meja
guru adalah dalam keadaan yang baik dan tersusun. Susunatur bilik darjah
yang baik ialah apabila susunan segala perabot di dalam bilik darjah adalah
dalam keadaan yang tersusun, tidak menganggu laluan guru dan murid,
tidak membahayakan murid dan sentiasa memastikan ia kemas dan boleh
digunakan. Hal ini kerana susunatur peralatan di dalam bilik darjah juga
merupakan faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif.

You might also like