P. 1
Analisis Novel (Seluang Menodak Baung vs Ketika Cinta Bertasbih 1)

Analisis Novel (Seluang Menodak Baung vs Ketika Cinta Bertasbih 1)

|Views: 1,946|Likes:
Published by shinahariah

More info:

Published by: shinahariah on Oct 02, 2009
Copyright:Public Domain

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/25/2012

pdf

text

original

Sections

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

LAB 2023 KETRAMPILAN MENGARANG KUMPULAN B

TUGASAN INDIVIDU ANALISIS NOVEL : SELUANG MENODAK BAUNG & KETIKA CINTA BERTASBIH 1

HASINA BINTI HARIS D20071029068 PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEMESTER 4, SESI 2007/2008 PENSYARAH DR. ABU HASSAN BIN ABDUL FAKULTI BAHASA

1.0

PENGENALAN

Novel Seluang Menodak Baung hasil penulisan tempatan dan Ketika Cinta Bertasbih 1 hasil garapan penulis dari Indonesia telah menjadi satu instrumen yang amat menarik untuk dikaji dan seterusnya menjadi satu tatapan minda yang amat bermanfaat. Novel Seluang Menodak Baung ini adalah hasil garapan penulis yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan di Malaysia, iaitu Dato’ Haji Shahnon Ahmad yang juga dikenali sebagai Cikgu Shahnon oleh rakan-rakannya. Shahnon Ahmad adalah seorang novelis yang dilahirkan di Sik, Kedah. Novelnya ini mula diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1978. Kemudiannya, Seluang Menodak Baung ini diterbitkan pula buat kali pertama dalam edisi ejaan baharu pada tahun 1998 oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. dengan berketebalan 364 halaman. Novel Ketika Cinta Bertasbih 1 pula merupakan sebuah karya hasil garapan Habiburrahman EL Shirazy, seorang novelis lulusan Sarjana dari Al Azhar University, Cairo dan penulis adikarya fenomenal Ayat-ayat Cinta yang telah meninggalkan kesan mendalam kepada khalayak pembaca. Ketika Cinta Bertasbih 1 ini merupakan sebuah novel dwilogi pembangunan jiwa yang diterbitkan oleh Penerbit Republika dan Pesantren Basmala Indonesia. Novel ini dicetak buat kali keempatnya pada tahun 2007 dan mempunyai halaman sebanyak 477. Novel Ketika Cinta Bertasbih 1 ini amat sesuai sekali sebagai tatapan rohani dan motivasi kerana banyak menekankan konsep ketuhanan. Novel ini bukan sekadar novel biasa, tetapi perpaduan antara ilmu agama dan cerita fiksyen. “Selain mengajak untuk menyucikan jiwa, dwilogi Ketika Cinta Bertasbih ini menyadarkan apa makna prestasi yang sesungguhnya. Novel yang dahsyat dan benarbenar berbeda! ” Ishak Ibrahim Hasan, M.A., sasterawan dan anggota DPRD Kaltim.

2

2.0 2.1

SINOPSIS NOVEL Sinopsis Seluang Menodak Baung

Seluang Menodak Baung, sebuah ceritera perjuangan penduduk Terenas yang menodak kejahilan dan mengusir kemunduran dalam kehidupan. Dalam arus pembangunan, penduduk Terenas, sebuah desa kecil di pinggir hutan rimba, tercicir daripada pembangunan sedangkan kawasan kota membangun dengan begitu pesatnya. Bangunan didirikan sehingga menujah langit biru dan rumah-rumah banglo yang berderetan di atas bukit. Semua ini melambangkan satu ketidakadilan bagi desa Terenas yang berpenghunikan golongan fakir yang papa kedana dan terseksa diasak kemiskinan. Harta yang ada cumalah nilai kasih sayang dan kesantunan bagi penghuni kecil ini. Sikap penduduk desa Terenas yang terlalu percaya dengan setiap tindakan wakil rakyatnya menyebabkan mereka kian terpinggir daripada hak yang sepatutnya dimiliki. Menyedari hakikat ketidakadilan ini, desa Terenas yang berpenghuni kecil ini bangun mengorak langkah untuk menuntut hak mereka yang selama ini diremehkan begitu sahaja apabila berjaya disedarkan oleh Fatah yang selama ini banyak menyaksikan ketidakadilan terhadap penduduk desa yang miskin. Pada mulanya, perjuangan Fatah, seorang bekas penarik beca dan juga pernah menganggotai askar, serta rakan-rakannya yang lain termasuklah Suud dan Suman banyak mendapat tentangan daripada golongan tua di desa Terenas termasuklah Pak Dollah, Pak Husin, Lebai Karim dan ayah Suman sendiri, Salam. Mereka ingin berjalan dari desa Terenas menuju ke Pejabat Pegawai Daerah bagi menyampaikan hasrat mereka yang selama ini sering ditolak, iaitu ingin mendapatkan sebidang tanah simpanan milik Raja di hutan yang selama ini terbiar. Kebangkitan mereka ini seolah-olah kepulan-kepulan angin yang berselerak dan bercempera di setiap sudut desa Terenas selama ini menjadi badai yang perkasa. Perkara ini telah mendapat perhatian daripada Tuan Pegawai Daerah. Sebenarnya, permintaan penduduk desa Terenas selama ini tidak pernah sampai kepada pengetahuan Pegawai Daerah kerana kealfaan wakil rakyatnya, Waibi. Akhirnya, penduduk desa Terenas

3

berjaya mendapatkan hak mereka selama ini, iaitu sebidang tanah di hujung rimba yang selama ini dinafikan hak mereka. 2.2 Sinopsis Ketika Cinta Bertasbih 1

Abdullah Khairul Azzam berumur 28 tahun, seorang pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Baru setahun di Cairo dan menjadi mahasiswa berprestasi predikat Jayyid Jiddan (lulus dengan sempurna), ayahnya pula meninggal dunia. Sebagai anak sulong, Azzam harus bertanggungjawab terhadap kehidupan keluarganya kerana adik-adiknya masih kecil. Sementara itu, Azzam sendiri perlu menyelesaikan pengajiannya di negara orang. Akhirnya, Azzam mula membahagi masa untuk belajar dan mencari sumber rezeki. Azzam mula berniaga dengan membuat tempe dan bakso yang dipasarkan dalam kalangan KBRI di Cairo. Berkat kepakarannya dalam memasak, Azzam menjadi terkenal dan dikenali dalam kalangan staf KBRI di Cairo. Namun, dalam sibuk mncari sumber kewangan Azzam masih belum menamatkan pengajiannya di Al Azhar University walaupun telah sembilan tahun berlalu. Azzam telah bertemu dengan seorang puteri Duta Besar Indonesia, Eliana Pramesthi Alam ketika bekerja dengan KBRI di Cairo. Eliana adalah lulusan EHESS dari Perancis yang melanjutkan S-2 di American University di Cairo. Selain cerdas, Eliana juga terkenal dalam kalangan mahasiswa kerana kecantikannya. Kejayaan dan juga kecantikan Eliana telah memikat hati Azzam. Namun, Azzam tidak mahu menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan Eliana kerana sifat dan kehidupan Eliana yang sedikit kebaratan. Pada masa yang sama, Azzam disarankan untuk melamar seorang mahasiswi cantik yang tidak kalah kejayaannya dengan Eliana. Mahasiswi tersebut bernama Anna Althafunnisa, S-1 dari Kuliyyatul Banaat di Alexandria dan sedang mengambil S-2 di Kuliyyatul Banaat Al Azhar, Cairo yang juga menguasai banyak bahasa termasuklah bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Mandarin. Walau bagaimanapun, lamarannya telah ditolak kerana Anna Althafunnisa telah dilamar terlebih dahulu oleh Furqan, seorang mahasiswa dari keluarga kaya yang juga cerdas dan dalam waktu terdekat akan menyelesaikan S-2. Lamaran tersebut juga ditolak atas dasar perbezaan status kerana S-1

4

Azzam yang masih tidak selesai dan lebih-lebih lagi Azzam juga hanya seorang penjual tempe dan bakso di Cairo. Furqan pula telah dijangkiti oleh virus HIV hasil muslihat seorang perempuan yang telah dihantar oleh pihak Mosad. Sementara itu, Ayyatul Husna, adik Azzam yang sering mengirim berita dari kampung telah membawa khabar yang cukup melegakan hati Azzam. Azzam diminta supaya tidak perlu lagi mengirim wang ke kampung dan dinasihatkan supaya lebih menumpukan perhatian pada kuliahnya. Hal ini demikian kerana Husna telah lulus kuliah di UNS dan juga sudah bekerja. Bakat yang dimiliki Husna dalam menulis juga sudah membuahkan hasil. Kejayaan Husna ini sudah cukup untuk membiayai keperluan adiknya yang mengambil program D-3 serta adik bongsunya, Sarah yang masih belajar di Pesantren. Azzam yang sudah sangat rindu akan keluarganya di kampung memutuskan untuk serius dalam pengajiannya dan akhirnya Azzam lulus. Azzam pun menepati janjinya kepada keluarga untuk kembali ke kampung dan segera mencari jodoh di sana bagi memenuhi permintaan ibunya walaupun sebenarnya masih terdetik sedikit harapan untuk memiliki hati Anna.

3.0

KONSEP RETORIK

Retorik dalam bahasa Yunani disebut sebagai rhetorike yang bermaksud seni berpidato. Dalam bahasa Perancis pula, retorik dikenali sebagai rhetorique yang disebut sebagai rhetoric dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Arab menyebut retorik sebagai alBalaghah yang bermakna sampai, terang dan jelas. Al-Balaghah ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu al-Bayan, al-Maani dan al-Badi. Retorik Barat pula terbahagi kepada dua, iaitu schemes dan tropes. Retorik moden dapat didefinisikan sebagai seni yang menggunakan bahasa secara berkesan untuk memujuk khalayak, seni keindahan dalam berbahasa sama ada dalam pengucapan ataupun penulisan (fiksyen atau bukan fiksyen), dan seni yang memanipulasi bahasa bagi tujuan propaganda. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1326) pula, retorik adalah seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar. Di

5

samping itu, Asmuth dan Berg Ehlers dalam Umar Jusuh (1989:xx) ada menyatakan bahawa retotik lebih menekankan akibat atau tujuan penggunaan sesuatu pengucapan. Skema dam majaz merupakan dua komponen utama di bawah retorik. Skema atau schemes ini boleh difahami ayat-ayatnya secara tersurat, manakala majaz atau tropes pula merupakan bahasa yang perlu difahami maknanya secara tersirat. Strategi skema ini terbahagi kepada skema seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman, dan skema hiperbaton. Strategi majaz pula dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian, iaitu majaz pertautan, majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz pertentangan, dan majaz Melayu. Umar Jusuh (1989:237) mentakrifkan majaz atau tropes ini sebagai ungkapan bahasa, pepatah dan sebagainya. Majaz juga membawa makna memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya hubungan dan petunjuk. Strategi majaz ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu majaz yang dapat difahami dengan akal dan majaz yang dapat difahami dengan lafaz.

4.0

ANALISIS NOVEL

Dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1, pengarang banyak menggunakan pendekatan retorik untuk memujuk khalayak pembaca, menambah seni keindahan dalam perkembangan cerita dan memanipulasi bahasa supaya wujudnya keindahan dalam setiap ungkapan. Strategi skema dan majaz merupakan bentuk retorik yang paling gemar digunakan oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam novel mereka ini. Kedua-dua novelis ini tidak bergantung hanya pada strategi yang sama sahaja pada satu-satu masa, tetapi setiap perkembangan ceritanya digarap dengan penuh kepelbagaian strategi skema dan majaz dalam setiap sudut penceritaan untuk menghidupkan setiap watak dan suasana yang digambarkan dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini. Penggunaan retorik yang pelbagai inilah yang telah menjadikan novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 amat menarik sekali untuk dibaca, di samping jalan ceritanya yang penuh dengan pedoman.

6

Skema seimbang merupakan salah satu daripada retorik yang gemar digunakan oleh pengarang dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini. Skema seimbang merujuk kepada perubahan bentuk atau susunan sesuatu perkataan secara seimbang untuk menghasilkan kesan makna yang berbeza. Terdapat tiga strategi dalam skema seimbang yang digunakan pengarang dalam novel mereka ini, iaitu strategi paralelisme, strategi antitesis dan strategi isokolon. Menurut Corbett dan Connors (1999), paralelisme adalah kesamaan struktur dalam pasangan atau siri kata-kata frasa atau klausa yang berhubungan. Umar Jusuh (1989:213) pula menyatakan antitesis mengambil bentuk peletakan dua ayat atau kata yang bertentangan hadir secara berdampingan, yang satu sesudah yang lain. Antitesis juga boleh ditakrifkan sebagai suatu tindakan yang mengatur seiring idea-idea yang bertentangan. Isokolon pula membawa maksud pengulangan frasa-frasa dalam kepanjangan yang sama dan lazimnya berstruktur sejajar. Strategi isokolon ini merupakan suatu pengertian dalam retorika klasik yang digunakan untuk menyebut perulangan dari baris atau fikiran yang sama (Umar Jusuh, 1989:224). Penggunaan skema seimbang dalam kedua-dua novel ini dapat dilihat dalam contoh ayat-ayat berikut: Strategi Paralelisme: (1) Kotak-kotak garam, asam jawa, cabai kering, belacan, bawang merah, bawang putih, bawang besar, boleh buat satu bungkus. (Seluang Menodak Baung, 1998: 138) (2) Aku bisa berbakti padanya dengan penuh rasa suka, rasa cinta dan ikhlas. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 253) Strategi Antitesis: (3) Tidak kira lelaki perempuan, atau orang dewasa atau kanak-kanak. (Seluang Menodak Baung, 1998: 227)

7

(4)

Sudah terlalu sering Eliana dijadikan topik pembicaraan di kalangan mahasiswa, putra maupun putri, juga kalangan masyarakat Indonesia. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 78-79)

Strategi Isokolon: (5) (6) Hari itu seperti biasa juga, banyak manusianya banyak debunya. (Seluang Menodak Baung, 1998: 73) Jika yang jadi landasannya adalah kebaikan, jalannya adalah kebaikan, dan tujuannya adalah kebaikan. ( Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 209) Selain itu, skema perulangan yang banyak diketengahkan oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam kedua-dua novel mereka ini amat menarik sekali. Skema perulangan atau repetisi ini ialah gaya bahasa yang mengandungi unsur-unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan memberi tekanan dalam sesebuah konteks yang sesuai. Skema perulangan ini melibatkan pengulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan makna, nada dan bunyi yang puitis, berirama atau pelbagai. Dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman banyak menggunakan perkataan atau frasa yang berulang-ulang dalam klausa dan ayat-ayat tertentu. Penggunaan skema perulangan ini berjaya menghasilkan kesan makna, nada dan bunyi yang puitis, berirama dan pelbagai lagi. Pendekatan yang digunakan ini telah memberi satu kesan yang mendalam dalam setiap situasi yang hendak digambarkan oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman dalam kedua-dua novel ini. Skema perulangan dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 yang paling menarik ialah anafora, iaitu pengulangan perkataan atau sekumpulan perkataan yang sama pada permulaan klausa. Menurut Umar Junus (1989:210), anafora ini tergolong dalam repitisi yang melibatkan perulangan satu kata, iaitu kata pertama dalam setiap ayat. Perkara yang menarik tentang gaya bahasa anafora ini adalah dari segi kesan emosi kepada khalayak pembaca. Skema perulangan jenis ini

8

dapat menghasilkan kesan emosi yang kuat. Di sinilah Shahnon Ahmad dan Habiburrahman bijak menggunakan setiap ruang yang ada untuk meruntun dan membangkitkan emosi pembaca. Hal ini jelas dapat dilihat dalam contoh ayat yang berikut: “Akan diperun. Akan ditajuk. Akan dipungut. Akan…akan…akan.” (Seluang Menodak Baung, 1998: 357) Ayat di atas digarap sedemikian rupa oleh Shahnon Ahmad untuk melambangkan semangat Fatah, iaitu watak penarik beca di Lembah Gelugor yang bersemangat untuk memugar tanah rimba yang selama ini dinafikan hak mereka di desa Terenas. Pada masa yang sama, Shahnon Ahmad ingin membangkitkan emosi pembaca melalui semangat yang ditunjukkan oleh watak tersebut. Hal ini demikian kerana khalayak pembaca akan mudah terpengaruh dengan emosi yang digambarkan melalui watak Fatah. Pendekatan ini juga dapat dilihat dalam contoh-contoh ayat berikut: (7) Apa bapa tidak mahu senang? Apa bapa masih hendak menumpang tanah orang lain? Apa bapa tidak mahu tanah sendiri? (Seluang Menodak Baung, 1998: 302) (8) Tak ada lagi kalkulasi matematis. Tak ada lagi hitung-hitungan strategis. Tak ada lagi prediksi-prediksi logis. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 378) Selain itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy turut memasukkan skema perulangan lain yang jelas tergambar dalam strategi epistrop atau juga dikenali sebagai epifora, strategi anadiplosis, strategi poliptoton, dan epanalepsis. Strategi epistrop atau epifora ini ialah pengulangan kata dan frasa yang sama atau kumpulan perkataan yang sama pada akhir klausa atau ayat yang berturutan. Tujuannya adalah untuk memberi penegasan dalam sesuatu ungkapan. Penggunaan strategi epistrop dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 dapat dilihat dalam contoh ayat yang berikut:

9

(9) (10)

Minah nangis selalu. Som nangis selalu. Baba pun nangis selalu. (Seluang Menodak Baung, 1998: 311) Musim semi memang indah. Paginya indah. Siangnya indah. Sorenya indah. Malamnya pun indah. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 124) Strategi anadiplosis dalam skema perulangan pula membawa maksud

pengulangan kata akhir dalam sesuatu klausa atau ayat pada permulaan klausa atau ayat yang berikutnya. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007:15) pula mentakrifkan anadiplosis sebagai kata atau frasa terakhir dalam satu klausa atau ayat diulang menjadi kata atau frasa dalam frasa pertama pada klausa atau ayat yang berikutnya. Ayat terbaik yang menggunakan strategi ini ialah: (11) (12) Kita minta tanah. Tanah itu tanah rimba. (Seluang Menodak Baung, 1998: 196) Ia harus membuatkan bakso untuk Bu Faizah yang punya hajatan syukuran. Syukuran menempati rumah baru. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 298) Di sini dapat dilihat perkataan tanah dan syukuran pada akhir klausa diulang pada awal klausa yang berikutnya dan menjadikan seolah-olah adanya nada yang berirama dari satu klausa ke klausa yang berikutnya. Skema perulangan seterusnya yang diterapkan Shahnon Ahmad dan

Habiburrahman El Shirazy masing-masing dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ialah strategi poliptoton. Poliptoton adalah sejenis retorik pengulangan kata-kata yang berasal daripada kata akar dan kata dasar yang sama. Ayat terbaik yang mengandungi strategi poliptoton dalam kedua-dua novel ini ialah: (13) (14) Ahad itu akan jadi pengemis, mengemis sesuatu yang menjadi hak diri sendiri. (Seluang Menodak Baung, 1998: 293) Kesedihan seorang pencinta yang dipisahkan dengan orang yang dicintainya. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 417)

10

Di samping itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy turut menyelitkan strategi epanalepsis dalam karya mereka ini. Epanalepsis melibatkan pengulangan kata pada akhir sesuatu klausa yang telah terdapat pada awal klausa. Umar Junus (1989:219) ada menyatakan bahawa kata akhir sebuah ayat sama dengan kata awalnya digolongkan dalam epanalepsis. Antara ayat-ayat yang mengandungi strategi epanalepsis dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 adalah seperti berikut: (15) (16) Lapar pun laparlah. Panas pun panaslah. Hujan pun hujanlah. (Seluang Menodak Baung, 1998: 331) Murka atas perbuatan-perbuatanmu yang membuat-Nya murka. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 145) Pengarang turut mengetengahkan pendekatan klimaks dalam ayat-ayat tertentu dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini. Klimaks ialah gaya bahasa yang mengandungi turutan gagasan atau fikiran yang setiap kalinya semakin meningkat kepentingannya daripada gagasan-gagasan sebelumnya. Strategi jenis ini menarik kerana melibatkan penyusunan beberapa ungkapan yang semakin lama menjadi semakin ada penekanan. Melalui pendekatan ini, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dapat menyusun kata-kata, frasa-frasa atau klausa-klausa dalam urutan kepentingannya yang semakin meningkat. Menariknya strategi klimaks ini dapat digambarkan dalam ungkapan yang berikut: (17) Mata mereka, hidung mereka, muka mereka, telinga mereka, gaya mereka melangkah, gaya mengeluarkan kata dan kalau perlu ingin merasai hati dan segala urat saraf yang tersimpan di dalam tubuh dan di betis-betis. (Seluang Menodak Baung, 1998: 139) (18) Abduh menyalakan laptop, mengambil kabel telpon dan menyambungkannya ke jaringan internet. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 388)

11

Selain itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy juga ada menyelitkan unsur asonansi dalam novel mereka ini. Asonansi ialah strategi yang melibatkan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam suku kata yang diberi penekanan pada katakata yang bersebelahan atau berturutan. Pengulangan vokal dalam ayat dan baris yang sama ini menjadikan seolah-olah ayat tersebut mempunyai nada dan iramanya yang tersendiri. Hal ini dengan sendirinya menjadikan ayat tersebut cukup menarik dan adanya keindahan apabila dibaca kerana wujudnya satu melodi di situ, sekaligus memberi kesan terhadap pembacaan ayat-ayat yang berikutnya. Dalam hal ini, pengarang menggunakan setiap ruang yang ada untuk berkarya supaya khalayak pembaca tidak cepat bosan apabila membaca sesebuah karya yang panjang. Pembaca akan tertarik apabila wujudnya ayatayat yang seakan-akan sebuah alunan muzik atau irama sebuah lagu. Di sinilah yang menariknya tentang novel Seluang Menodak Baung hasil garapan penulis terkenal Shahnon Ahmad dan Ketika Cinta Bertasbih 1 hasil karya saudara Habiburrahman. Pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua novelis ini jelas tergambar dalam ayat-ayat yang berikut: (19) (20) Abang Suman macam ayam bapak jalak kita. (Seluang Menodak Baung, 1998: 305) Ia sangat dewasa dan bisa menjaga rahasia. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 254) Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy turut menggarapkan skema pengguguran dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Skema pengguguran ini melibatkan pengguguran kata hubung atau tanda mekanisme tertentu. Skema pengguguran ini juga turut melibatkan penggunaan kata hubung yang melebihi kebiasaan. Pendekatan ini digunakan pengarang untuk memberi kesan keunikan dan kepelbagaian gaya bahasa dalam penulisan novelnya ini. Antara strategi dalam skema pengguguran yang diketengahkan dalam novel ini ialah strategi elipsis, strategi asindeton dan strategi polisindeton.

12

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007:121) mentakrifkan strategi elipsis sebagai gaya bahasa yang di dalam ayatnya didapati adanya unsur penghilangan atau pengguguran kata atau kata-kata atau ayat yang menjadi unsur penting dalam pembinaan sintaksis yang lengkap. Strategi asindeton pula melibatkan pengguguran kata hubung antara siri-siri klausa yang berhubungan dan digantikan dengan tanda koma. Strategi polisindeton pula disifatkan oleh Umar Jusuh (1989:233) sebagai lawan daripada asindeton, iaitu menggunakan banyak kata penghubung atau conjunction. Pendekatan polisindeton ini melibatkan penggunaan kata hubung yang melebihi jumlah kezaliman menurut rumus tatabahasa. Antara contoh-contoh ayat terbaik dari segi retorik ini yang terdapat dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ialah: Strategi Elipsis: (21) Biar roda-roda itu menindih-nindih kedua-dua belah kakinya terlebih dulu, melumatkan kuku-kukunya, tumit-tumitnya, buku-buku lalinya, tulang-tulang keringnya, tempurung lututnya dan perdu-perdu pahanya. (Seluang Menodak Baung, 1998: 114) (22) Sanggupkah ia menunaikan kewajibannya sebagai seorang sahabat, seorang saudara seiman, sebangsa, sedaerah, bahkan sealumni dengan penuh keikhlasan? (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 420) Strategi Asindeton: (23) (24) Waibi melangkah masuk, berhenti sekejap, memutar suis radio, terluah sebuah lagu Uji, entah apa namanya. (Seluang Menodak Baung, 1998: 341) Meskipun bisa beristighfar, meminta ampun kepada Allah tetap saja bibir ini pernah kotor, pernah ternoda, pernah melakukan dosa yang menjijikkan. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 114)

13

Strategi Polisindeton: (25) Dan dia mengesat peluh menunggu di tangga Hollywood atau di mana saja ada pelacur. Dan wanita muda itu membelek-belek beg tangan membetulkan tempek-tempek bedak di muka. (Seluang Menodak Baung, 1998: 106) (26) Tanpa harus mencari dulu kepastian atau isyarat atau ketegasan atau apalah namanya darimu. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 436) Selain itu, pengarang turut menggunakan skema ragaman dalam

mempelbagaikan retorik dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy telah memanipulasi katakata atau frasa yang pelbagai dari segi teknik, penyusunan dan kesannya dalam novel mereka ini. Antara strategi skema ragaman yang diketengahkan oleh kedua-dua pengarang novel ini ialah strategi umum-khusus, strategi khusus-umum, strategi abstrakkonkrit, dan strategi konkrit-abstrak. Strategi umum-khusus melibatkan penggunaan kata atau frasa yang membawa makna umum pada bahagian awal ayat sebelum bergerak kepada makna khusus pada bahagian tengah atau hujung ayat, manakala strategi khususumum pula merupakan keterbalikan daripada strategi umum-khusus. Kedua-dua strategi ini tergambar dalam ayat-ayat berikut: Strategi Umum-Khusus: (27) Sejak dibawanya mereka ke pulau yang cantik permai ini dan kemudian tinggal di gubuk haram di daerah Lembah Gelugor... (Seluang Menodak Baung, 1998: 79) (28) Pak Kiai menyarankan agar aku kerja saja di Saudi, kebetulan ada teman Pak Kiai yang memiliki kontainer di Jeddah. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 85)

14

Strategi Khusus-Umum: (29) Mungkin di pasar Jelutung berpeluang membawa seorang dua sebelum lambat-lambat kayuh terus ke kota raya. (Seluang Menodak Baung, 1998: 105) (30) Selesai Madrasah Aliyah langsung dapat beasiswa ke Madinah. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 88) Strategi abstrak-konkrit merupakan gandingan kata atau frasa yang

pengertiannya berbentuk abstrak atau ghaib pada bahagian awal ayat dengan kata atau frasa yang bermaksud konkrit atau bukan ghaib pada bahagian ayat atau frasa berikutnya, manakala strategi konkrit-abstrak pula bermaksud gandingan kata atau frasa yang pengertiannya berbentuk konkrit pada awal ayat dengan kata atau frasa yang berbentuk abstrak atau ghaib pada ayat berikutnya. Contoh ayat terbaik dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 yang mengandungi strategi-strategi ini ialah: Strategi Abstrak-Konkrit: (31) (32) Allah tidak memberi, kita tidak boleh menerima. (Seluang Menodak Baung, 1998: 207) Allah tidak akan menambah ilmu seseorang kecuali seseorang itu berusaha menambah ilmunya. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 125) Strategi Konkrit-Abstrak: (33) (34) Teraju hidup bukan mereka pegang. Teraju hidup Allah pegang. (Seluang Menodak Baung, 1998: 32) Ia juga sadar bahwa dirinya adalah manusia biasa yang punya nafsu, bukan malaikat suci yang tidak memiliki nafsu. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 152)

15

Selain skema dalam pendekatan retorik ini, pengarang juga banyak menyelitkan strategi-strategi majaz atau tropes dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Majaz pertama yang diselitkan dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ialah majaz pertautan. Majaz pertautan adalah gaya bahasa yang mengaitkan atau menghubungkan sesuatu perkara dengan perkara lain untuk mewujudkan hubungan pertautan makna sama ada bersifat simbolik, perumpamaan atau tamsilan. Majaz pertautan yang digunakan oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam novel mereka ini ialah strategi disfemisme, iaitu penggunaan kata-kata yang kasar untuk tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, Shahnon Ahmad lebih gemar menggunakan pendekatan ini berbanding saudara Habiburrahman dalam Ketika Cinta Bertasbih 1. Kata-kata kasar yang gemar digunakan oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya, Seluang Menodak Baung selalunya bersifat sinis dan kadangkala menggunakan kata-kata kesat ataupun tidak sopan. Kehadiran kata-kata kasar ini dapat dilihat dalam contoh-contoh ayat yang berikut: (35) (36) (37) Musibat semua manusia di kota raya ini. (Seluang Menodak Baung, 1998: 150) Kalau kau hendak ikut barua-barua itu, ikut saja dan jangan pulang ke rumah aku ini. (Seluang Menodak Baung, 1998: 247) Begitu banyak korban perempuan jalang kiriman Mosad itu. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 385) Di samping itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy juga ada menyelitkan strategi eufemisme dalam kedua-dua novel ini. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:402) mentakrifkan eufemisme sebagai ungkapan yang lebih lembut, iaitu sopan, manis dan sebagainya untuk menggantikan ungkapan yang lebih kasar. Strategi eufemisme ini bertentangan dengan strategi disfemisme yang menggunakan kata-kata kasar. Dalam strategi eufemisme ini, pengarang Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 telah menghaluskan kata-kata supaya lebih sopan dan bersesuaian dengan situasi. Hal ini jelas dapat dilihat dalam contoh-contoh berikut:

16

(38) (39)

Kadang-kadang payah betul Piah bersalin. (Seluang Menodak Baung, 1998: 260) Ayah meninggal kerana kecelakaan. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 329)

Dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini juga turut diselitkan unsur alusi oleh pengarang. Istilah lain bagi alusi ialah kilatan atau bayangan, iaitu pemerian yang membayangkan atau merujuk sesuatu secara tidak langsung kepada suatu kisah, cerita atau peristiwa yang berasaskan peranggapan bahawa penulis dan pembaca mempunyai pengetahuan, pengalaman dan konsep yang sama (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007: 13). Menurut Umar Junus (1989:209), strategi alusi ini akan komunikatif apabila khalayak mengenal unsur yang dijadikan alusi. Unsur alusi ini ada diselitkan dalam contoh ayat-ayat berikut: (40) Kalau Salam berubah sikap, memang betul-betullah anak itu bernama Tuah ataupun Jebat. Piah kurang peduli sangat yang mana satu. Kedua-duanya hulubalang yang berani menentang sesuatu. (Seluang Menodak Baung, 1998: 281-282) (41) Seperti Nabi Adam ketika dilarang makan buah Khuldi malah jadi penasaran. Dan begitulah manusia jika mendapat larangan... (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 80) Selain itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 juga banyak menekankan unsur-unsur perbandingan. Majaz perbandingan melibatkan penggunaan unsur-unsur bahasa yang bersifat membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan atau sengaja dianggap mempunyai persamaan. Pendekatan yang digunakan oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman ini berjaya menambahkan kesan dan kemaknaan dalam perkara yang hendak ditegaskan, di samping berjaya mewujudkan keindahan dalam hal yang ingin diperkatakan.

17

Unsur personifikasi merupakan strategi yang paling menarik dalam majaz perbandingan ini. Perkataan personifikasi merupakan cantuman dua perkataan, iaitu “persona” dan “fic”. Perkataan “persona” bermaksud orang, pelaku, aktor atau topeng yang dipakai dalam persembahan drama, manakala “fic” pula membawa pengertian membuat (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007: 331). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa personifikasi ialah pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, objek tidak bernyawa, atau idea yang abstrak. Cantuman perkataan personifikasi ini sahaja sudah cukup menarik, apatah lagi gaya bahasanya yang pasti penuh dengan keindahan. Keindahan unsur personifikasi ini tergambar dalam ayat berikut: (42) (43) Dari jauh kepala badai menjerit dan sekali lagi melanda terus menuju hala yang telah ditetapkan. (Seluang Menodak Baung, 1998: 360) Angin berhembus sangat kencang. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 115)

Di samping itu, pengarang turut mengetengahkan strategi metafora dalam majaz perbandingan ini dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Metafora merupakan gabungan daripada kata “meta” yang bermaksud memindahkan dan “pherein” yang bermakna membawa. Unsur metafora ini sering dikaitkan dengan “pemindahan”. Dalam retorik klasik, metafora dirumuskan sebagai perbandingan atau persamaan yang dipendekkan, atau pemindahan kepada erti lain (Umar Junus, 1989: 227). Unsur metafora ini jelas tergambar dalam ayat-ayat berikut: (44) Dan seluruh keluarga Salam juga penuh yakin bahawa Suman akan muncul besok pagi-pagi bersama sinar lembut matahari. (Seluang Menodak Baung, 1998: 43) (45) Aku masih harus memperhatikan adik-adikku sampai ke gerbang masa depan yang jelas dan cerah. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 121) Selain itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy turut membuat perbandingan secara langsung dalam novel mereka ini. Menurut Nik Hassan Basri Nik

18

Ab. Kadir (2007:365), simile ialah perbandingan terus, iaitu membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja dianggap sama. Perumpaan ini secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bagai, laksana, umpama, ibarat, bak, dan sebagainya. Perbandingan secara terus ini dapat dilihat dalam contoh-contoh ayat yang berikut: (46) (47) Biar rimba itu cerah seperti padang jarak padang tekukur. (Seluang Menodak Baung, 1998: 295) Suara itu nyaring bagai burung camar, terbang ke tengah laut. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 74) Penggunaan majaz pertentangan, iaitu penggunaan kata atau frasa yang saling bertentangan dari segi makna dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 juga amat menarik sekali. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007:149) pula, majaz pertentangan yang disebut sebagai gaya bahasa pertentangan oleh beliau ialah bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna yang sebenarnya. Teknik yang gemar digunakan Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam majaz pertentangan ini ialah hiperbola, iaitu kata yang berasal daripada bahasa Yunani. Kata majmuk ini dibina melalui gabungan perkataan “hyper” yang bermaksud melebihi dan “billien” yang bermaksud keluarkan atau luahkan. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa hiperbola ialah strategi yang mengandungi penyataan tentang sesuatu perkara secara berlebih-lebihan atau secara melampau dari segi jumlah, sifat atau ukurannya. Penggunaan teknik hiperbola dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini berjaya memberi kesan dan pengaruh yang mendalam kepada khalayak pembaca untuk menghayati setiap perjalanan dan perkembangan cerita ini. Dalam hal ini, kedua-dua pengarang bijak menggunakan kata-kata dan diksi untuk memberi penekanan maksud terhadap situasi atau perkara yang dibangkitkan dalam novel mereka ini. Tujuannya adalah untuk memperhebat lagi setiap perkara yang digarap oleh pengarang supaya memberi kesan yang lebih mendalam kepada khalayak pembaca.

19

Antara teknik hiperbola dalam novel-novel ini yang menarik dan berjaya memberi kesan mendalam ialah: (48) (49) Kau akan besar dan kelak akan terus melaungkan suara sampai pekak segala gendang telinga. (Seluang Menodak Baung, 1998: 183) Saat ayah tiada, kami merasakan dunia terasa gelap. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 329) Selain strategi hiperbola dalam majaz pertentangan, pengarang turut menyelitkan teknik oksimoron dalam karya Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Strategi oksimoron ini membabitkan pergandingan dua kata atau istilah yang lazimnya bersifat bertentangan. Dalam hal ini, pengarang menggunakan frasa atau ayat yang mengandungi dua perkara yang bertentangan. Misalnya dapat dilihat dalam ayat-ayat di bawah: (50) (51) Hanya dengan jalan tidak senonoh kita mendapat perhatian yang betul. (Seluang Menodak Baung, 1998: 204) Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 424) Retorik seterusnya yang diketengahkan oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini ialah majaz ragaman. Majaz ragaman merupakan kepelbagaian struktur ayat yang membawa pelbagai makna. Dalam majaz ragaman ini, pengarang menggunakan strategi onomatopia, iaitu penggunaan kata-kata yang bunyinya meniru makna kata tersebut. Kehadiran retorik jenis ini dapat dilihat dalam contoh ayat-ayat yang berikut: (52) (53) (54) Bergerancang bunyi; jatuh bersama Fatah. (Seluang Menodak Baung, 1998: 130) Bam! Bam! Bam! (Seluang Menodak Baung, 1998: 311) Kriing...kriing...kriing. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 334)

20

Selain itu, pengarang turut menyelitkan teknik ekslamasi dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 melalui majaz ragaman ini. Dalam hal ini, pengarang banyak menggunakan kata seru bagi menegaskan maksudnya. Walau bagaimanapun, teknik ini lebih gemar digunakan oleh Habiburrahman El Shirazy dalam novelnya ini berbanding Shahnon Ahmad yang kurang menggunakan teknik ekslamasi ini. Penggunaan kata seru ini dapat dilihat dengan jelas dalam ayat-ayat di bawah: (55) (56) He Kumat! Aku ada problemlah. (Seluang Menodak Baung, 1998: 342) Ah, entahlah! (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 318)

5.0 5.1

FALSAFAH DAN NILAI MURNI Menyampaikan Kebenaran

Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy menggunakan novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini sebagai salah satu medium dan pendekatan bagi mereka untuk menyampaikan kebenaran kepada khalayak pembaca dan masyarakat amnya. Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini sarat dengan pelbagai mesej dan memaparkan realiti kehidupan masyarakat yang sebenarnya sebagai tatapan minda kepada pembaca keseluruhannya. Melalui penulisan kedua-dua novel ini, khalayak pembaca telah didedahkan dengan pelbagai konflik dan permasalahan yang wujud dalam masyarakat. Selain kepincangan ini, khalayak pembaca juga dipaparkan dengan keluhuran dan keikhlasan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat walaupun nilainilai dan norma masyarakat semakin terhakis ditelan zaman. Novel Seluang Menodak Baung hasil garapan Shahnon Ahmad merupakan satu karya masyarakat kerana banyak mengetengahkan isu-isu kepincangan dalam masyarakat yang semakin dinodai nilai-nilai murninya. Novel ini digarap dengan penuh emosi dan menarik sekali seolah-olah pengarang ingin meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Hal ini dapat dilihat dalam watak Suman dan Fatah yang dibentuk

21

dengan penuh emosi. Dalam keadaan yang serba represif ini, penulisan kreatif adalah satu-satunya ruang yang masih mengizinkan golongan yang mahu kepincangan dalam kalangan masyarakat dibongkar dan didedahkan untuk menggambarkan kemarahan rakyat di luar sana. Shahnon Ahmad telah memberikan gambaran yang jelas tentang ketidakadilan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat melalui novelnya ini. Dalam novelnya ini, masyarakat didedahkan tentang kemiskinan dan kemelaratan hidup masyarakat desa dan golongan miskin di luar sana yang dipinggirkan, sedangkan mereka yang tinggal di kota-kota dapat hidup dengan selesa sekali. Semua ini digambarkan melalui latar masyarakat yang wujud dalam Seluang Menodak Baung. Selain itu, pengarang juga ingin mendedahkan khalayak pembaca dengan sikap pemimpin-pemimpin masyarakat yang kurang peka dengan rintihan rakyat. Hal ini jelas tergambar dalam watak Waibi yang tidak mengambil peduli tentang permohonan tanah di hujung rimba oleh penghuni desa Terenas sehingga menyebabkan mereka berasa tertindas. Habiburrahman El Shirazy dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 pula menggambarkan betapa indahnya hidup jika berlandaskan al-Quran dan Sunah Rasulullah. Saudara Habiburrahman juga ingin menyampaikan kebenaran melalui jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan kita sebagai hamba-Nya tidak mampu untuk merungkai ketentuanNya ini. Hal ini dapat dilihat dalam perjalanan Khairul Azzam untuk mencari pendamping hidupnya yang terbaik di sisi Allah SWT. Dalam novelnya ini, Habiburrahman menggambarkan betapa agungnya cinta dan kasih Tuhan dan tidak dapat ditandingi oleh perasaan cinta sesama manusia. Cinta akan Sang Pencipta adalah anugerah teragung yang dimiliki oleh kita sebagai hamba-Nya. “Aku sangat mencintaimu, tapi aku tidak mau kehilangan cinta-Nya. Aku mendamba hidup bersamamu, tapi aku lebih mendamba hidup bersama ridha-Nya.” (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007:439)

22

5.2

Mengajak Manusia kepada Kebenaran

Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 sarat dengan pelbagai mesej dan nilai pengajaran sebagai tatapan untuk khalayak pembaca. Habiburrahman El Shirazy dan Shahnon Ahmad ingin mengajak masyarakat supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan-Nya melalui karya mereka ini. Shahnon Ahmad lebih menekankan kehidupan bermasyarakat yang sebenarnya dalam Seluang Menodak Baung, manakala Habiburrahman pula banyak memasukkan unsur-unsur kerohanian dan ketuhanan dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 ini. Walau bagaimanapun, matlamat keduadua penulis ini hanyalah satu, iaitu untuk mengajak manusia menuju kebenaran. Shahnon Ahmad melalui Seluang Menodak Baung telah menggunakan pendekatan yang tidak asing lagi dalam kalangan sasterawan, karyawan dan seniman dalam menegur kepincangan dalam masyarakat melalui novel Seluang Menodak Baung ini. Teguran dalam bentuk penulisan kreatif dan kiasan adalah kaedah yang terbaik apabila sistem dan keadaan tidak memungkinkan kritikan dan teguran dibuat secara terus terang dan berhadapan. Tun Seri Lanang telah menghasilkan satu karya sastera yang berguna kepada generasinya, namun ada segelintir daripada mereka yang tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah lalu setelah memiliki kuasa. Oleh itu, terpaksalah kini sasterawan-sasterawan semasa seperti Shahnon Ahmad dan yang seangkatan dengannya mengulang peringatan dan teguran tersebut, mudah-mudahan mereka mahu sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Seorang sasterawan yang bijak akan memilih genre yang sesuai dengan zamannya dan watak yang menjadi perbicaraannya. Jika Tun Seri Lanang hidup dalam zaman penglipur lara, maka dongenglah medium yang paling sesuai untuk zaman itu. Sedangkan Shahnon Ahmad hidup dalam zaman di mana nilai-nilai murni telah diancam oleh kebusukan golongan tertentu dan medium yang paling sesuai ialah kisah tentang realiti kehidupan. Sebenarnya, Shahnon Ahmad ingin menyedarkan masyarakat bahawa kita harus berusaha untuk mendapatkan hak kita dan berusaha mengubah nasib, bukannya sekadar berpeluk tubuh dan menanti bulan jatuh ke riba. Sesungguhnya, Tuhan tidak akan

23

mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan bangsa itu berusaha sendiri untuk mengubah nasib bangsanya. Perkara ini jelas tergambar dalam kalangan penduduk Terenas yang selama ini terlalu percayakan wakil rakyatnya sehinggalah Fatah bangun menyedarkan mereka bahawa betapa wujudnya ketidakadilan dalam masyarakat Terenas. Masyarakat di kota dapat hidup dengan senang-lenang, manakala mereka hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan harta yang ada bagi penghuni desa Terenas ini hanyalah kasih sayang. Jelasnya di sini, Seluang Menodak Baung sebenarnya ingin membongkar rahsia ketidakadilan yang wujud dalam kalangan orang miskin dan sekali gus menegur sikap pemimpin-pemimpin setempat dan pemerintah supaya lebih peka dan prihatin dengan keperluan rakyat. Ketika Cinta Bertasbih 1 pula merupakan sebuah novel pembangun jiwa yang amat bermakna dalam mengembalikan generasi muda kini ke landasan agama yang sebenarnya. Bersesuaian dengan situasi dan permasalahan yang rencam dalam generasi muda kini, Habiburrahman El Shirazy telah menggunakan pendekatan yang tidak asing lagi bagi menerobos jiwa khalayak pembaca supaya mereka kembali kepada ajaran agama. Selain mengajak khalayak pembaca menyucikan jiwa, saudara Habiburrahman juga menerapkan nilai prestasi dan kejayaan yang sebenarnya. Novelnya ini mampu untuk mengembalikan rindu kita kepada fitrah dan kesucian agama milik al-Khaliq. Ketika cinta Bertasbih 1 ini merupakan salah satu novel yang boleh memotivasikan khalayak pembaca supaya tidak mudah putus asa dan terus berusaha untuk meraih anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Hal ini jelas tergambar dalam watak Khairul Azzam yang sentiasa berusaha dan bekerja keras bagi mencari sumber rezeki di bumi asing, Mesir. Khairul Azzam merupakan watak yang amat kuat dan kental dalam menempuh kehidupan untuk memiliki keredhaan-Nya dan seterusnya menjadi sumber inspirasi kepada khalayak pembaca di luar sana. “...tidak ada yang bisa mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana...” (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007:423)

24

5.3

Menyebarkan Maklumat yang Bermanfaat

Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy turut menyelitkan beberapa maklumat dan ilmu dalam novel mereka ini, iaitu Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Selain untuk santapan minda dan rohani kepada khalayak pembaca, keduadua novel ini mengandungi maklumat dan ilmu tambahan yang amat berguna dan bermanfaat. Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini bukan sekadar sebuah novel yang digarap sebagai satu aliran cerita, tetapi pengarang turut menggunakan ruang untuk mereka berkarya ini dengan menyebarkan maklumat-maklumat tambahan dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada pembaca. Dalam Seluang Menodak Baung, pengarang banyak memaparkan kisah kehidupan masyarakat desa yang hidup bergantung dengan sumber alam sebagai sumber rezeki. Hal ini jelas tergambar dalam kalangan penghuni desa Terenas yang hidup dalam kemiskinan dan harta mereka hanyalah nilai kasih sayang dan kesantunan. Pengarang turut memaparkan kepayahan dan kesukaran yang dialami oleh golongan miskin yang tergambar melalui watak keluarga Salam dan Fatah dalam mecari sesuap nasi bagi menyambung kelangsungan hidup mereka. Malahan, golongan miskin ini juga tertinggal jauh dari segi pembangunan dan kehidupan mereka tidak terbela kerana sikap segelintir masyarakat yang tidak mengambil peduli terhadap golongan seperti ini. Dalam hal ini, Shahnon Ahmad menggunakan ruang untuknya berkarya bagi menyebarkan maklumat berkaitan kehidupan golongan miskin yang memerlukan perhatian dan pembelaan daripada masyarakat dan sekali gus membuka mata masyarakat bahawa masih ada golongan miskin di luar sana yang hidupnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang dalam dunia pascamoden ini. Selain itu, Ketika Cinta Bertasbih 1 pula banyak menyelitkan tentang kebudayaan, adat resam, ilmu agama, kisah hidup para ilmuan dan falsafah mereka, serta banyak memaparkan maklumat tentang tempat-tempat di bumi Mesir seperti Madinat Nasr, Cairo, Daarul Ifta’ dan sebagainya. Dalam novelnya ini, Habiburrahman El Shirazy ada memperkenalkan makanan-makanan dari Indonesia dan Mesir seperti bakso, tempe,

25

Soto Lamongan, roti kiddah, tha’miyah bil baidh dan sebagainya. Selain itu, pengarang turut memperkenalkan alat-alat muzik tradisional Aceh kepada khalayak pembaca seperti Geundeurang, Rapa’i dan Seurune Kale. Pengarang juga ada memberi gambaran tentang keindahan Kota Alexandria di Mesir. Selain ilmu ketuhanan tentang ajaran Islam, Habiburrahman turut menyelitkan kata-kata daripada ajaran Cina kuno, iaitu: “Kamu akan mendapatkan apa yang kamu inginkan, jika kamu bekerja keras dan tidak keburu mati dulu.” (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007:185) Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi maklumat-maklumat yang diselitkan oleh Habiburrahman El Shirazy dalam novelnya ini. Kepelbagaian maklumat dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 ini menunjukkan bahawa pengarang mempunyai ilmu keagamaan dan pengetahuan am yang luas kerana beliau banyak memberikan gambaran yang jelas dan teliti tentang sesuatu perkara, keadaan dan kawasan yang digambarkan dalam karyanya ini. Dalam hal ini, Habiburrahman ingin berkongsi dan menyebarkan maklumat serta ilmunya kepada khalayak pembaca untuk manfaat bersama. 5.4 Nilai Kemanusiaan

Novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 banyak menonjolkan nilai kemanusiaan seperti kasih sayang dan simpati. Nilai kasih sayang ini jelas terpancar melalui watak Salam dalam Seluang Menodak Baung dan Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih 1. Salam merupakan seorang ayah dan suami yang penyayang. Hal ini jelas tergambar melalui perwatakannya yang sentiasa mengambil berat tentang keluarganya. Misalnya, Salam telah mengangkat anaknya, Baba yang tertidur di atas ribanya ke atas rumah dan telah menyelimuti anak-anaknya yang sedang tidur. Salam juga sentiasa berada di sisi isterinya ketika Piah sedang sakit untuk bersalin. Situasi yang digambarkan oleh pengarang ini menunjukkan kasih sayang seorang ayah terhadap anakanaknya dan kasih suam$i terhadap isterinya.

26

Khairul

Azzam

pula

memperlihatkan

sifat

penyayangnya

melalui

perhubungannya dengan rakan-rakan dan keluarganya di Kartasura, Jawa Tengah, Indonesia. Semasa di Cairo, Azzam sentiasa rindu akan keluarganya yang jauh di kampung. Hanya surat yang menjadi pengganti diri Azzam dan keluarganya untuk berhubung sesama mereka bagi menyatakan kerinduan dan kasih sayang yang tidak pernah luput walaupun hidup berjauhan. Malahan, Azzam sanggup mengorbankan kuliahnya hanya semata-mata untuk mencari wang bagi menampung keperluan ibu dan adik-adiknya yang masih bersekolah di Indonesia. Nilai kemanusiaan yang seterusnya adalah nilai simpati yang tergambar melalui watak Pak Yet dalam Seluang Menodak Baung dan Cut Mala dalam Ketika Cinta Bertasbih 1. Sifat simpati Pak Yet diperlihatkan melalui pertolongannya terhadap keluarga Salam selama ini. Pak Yet banyak membeli hasil hutan yang dipugar oleh Salam dan anak-anaknya dari dalam hutan rimba seperti rumbia dan rotan. Hasil hutan yang dibeli oleh Pak Yet ini ditukar dengan beras, namun ada kalanya Pak Yet memberi beras kepada keluarga Salam sebagai sedekah sahaja tanpa pertukaran barang. Tambahan lagi, tanah rumah buruk yang diduduki Salam sekeluarga selama ini adalah milik Pak Yet. Dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 pula, nilai simpati ini tergambar dalam watak Cut Mala, iaitu adik kepada Fadhil. Cut Mala berasa simpati dengan abangnya dan Tiara yang selama ini memendam perasaan cinta sesama mereka. Dalam hal ini, Cut Mala turut berasa sedih kerana Fadhil tidak dapat memiliki hati Tiara kerana Tiara telah dilamar oleh Zulkifli, teman Fadhil semasa di pesantren. 5.5 Nilai Kemasyarakatan

Selain nilai kemanusiaan, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy juga banyak mengetengahkan nilai kemasyarakatan dalam Seluang Menodak Buang dan Ketika Cinta Bertasbih 1 yang semakin terhakis oleh sikap individualisme dalam masyarakat kini. Nilai kemasyarakatan ini amat penting dalam kehidupan manusia yang sentiasa bersosialisasi. Tanpanya, manusia akan ketandusan nilai-nilai seperti tolong-menolong

27

dan bekerjasama yang melambangkan kesepakatan, perpaduan dan tahap integrasi yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Nilai kemasyarakatan yang jelas tergambar dalam kedua-dua novel ini adalah nilai tolong-menolong. Dalam Seluang Menodak Baung, nilai tolong-menolong ini tertonjol dalam kalangan penghuni desa Terenas. Walaupun kehidupan masyarakat Terenas diasak dengan kemiskinan dan jauh daripada pembangunan, namun mereka memiliki nilai tolong-menolong yang masih menebal dalam diri mereka. Shahnon Ahmad menggambarkan kehidupan di desa Terenas yang diselimuti dengan sikap tolongmenolong dalam kejiranan mereka. Misalnya watak Pak Yet yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada keluarga Salam yang hidupnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Selain itu, Habiburrahman turut menggarap watak utama Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 sebagai seorang yang baik hati kerana suka menolong orang yang dalam kesusahan. Umpamanya, Azzam telah membantu rakan serumahnya, iaitu Fadhil dalam melunaskan bayaran rawatannya di rumah sakit Rab’ah kerana Fadhil tidak mampu membayar kos rawatannya itu. Nilai tolong-menolong ini juga tergambar apabila Azzam membantu dua orang mahasiswi dari Indonesia yang telah menjadi mangsa kecurian di atas bas. Azzam telah mempelawa dua orang mahasiswi ini untuk menaiki teksi bersamanya, malah Azzam juga mambantu mereka mendapatkan kembali kitab yang tertinggal di dalam bas tersebut. Selain nilai tolong-menolong, pengarang juga ada menyelitkan nilai bekerjasama dan bersatu padu dalam kedua-dua karya ini. Sebagaimana nilai tolong-menolong yang banyak ditonjolkan oleh Shahnon Ahmad melalui penghuni desa Terenas dalam Seluang Menodak Baung, begitulah juga gambaran yang diberikan pengarang tentang nilai kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan penghuni desa Terenas ini. Penduduk Terenas telah bersatu dan bekerjasama untuk menuntut kembali tanah simpanan di hujung rimba yang selama ini hak mereka dinafikan begitu sahaja. Penghuni desa Terenas tanpa mengira usia dan jantina telah bersepakat untuk keluar beramai-ramai pada

28

hari Ahad dan berjalan ke Pejabat Pegawai Daerah bagi menyatakan hasrat mereka untuk meminta tanah yang selama ini permohonan mereka sering ditolak tanpa alasan yang munasabah. Nilai kerjasama dan bersatu padu pula digambarkan oleh Habiburrahman El Shirazy dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 melalui mahasiswa dan mahasiswi dari Indonesia yang sentiasa bekerjasama dan bersatu padu dalam menjayakan sesuatu majlis atau aktiviti. Contohnya, Fadhil dan rakan-rakannya bekerjasama dalam menjayakan majlis akad nikah antara Tiara dan Zulkifli. Selain itu, Fadhil dan rakan-rakannya yang menganggotai Tim Nasyid Nangroe Voice turut sama bekerjasama dalam menjayakan pesta pernikahan antara Tiara dan Zulkifli di Daarul Munasabat Masjid Musa bin Nushair Hay El Sabe’.

6.0 6.1

KEKUATAN DAN KELEMAHAN Novel Seluang Menodak Baung

Novel Seluang Menodak Baung hasil garapan Shahnon Ahmad amat menarik sekali untuk tatapan khalayak pembaca. Perkara yang menarik dalam novel Seluang Menodak Baung ini adalah dari segi perkembangan ceritanya yang digarap dan dikembangkan melalui persoalan-persoalan yang diwujudkan. Daripada setiap persoalan ini, cerita dan plot-plot dikembangkan dan dibina bagi menjawab setiap persoalan yang diwujudkan dalam setiap plot seolah-olah mengimbas kembali peristiwa yang berlaku sebelum plot tersebut. Dalam erti kata yang mudah, setiap plot dikembangkan melalui persoalan yang wujud dalam plot sebelumnya. Contohnya dalam plot permulaan “Wujud Ertinya Ada” dalam novel ini, pelbagai persoalan telah diwujudkan dan diketengahkan oleh Shahnon Ahmad. Antara persoalan yang diketengahkan ialah sikap Suman yang telah berubah dan masih lagi tidak pulang ke rumah walaupun hari telah larut malam. Semua persoalan ini telah terjawab dalam plot-plot yang berikutnya. Persoalan ini menjadi bertambah berat dan padat, di samping konflik-konflik yang mendebarkan dalam plot-plot yang

29

berikutnya. Dari sinilah novel ini dikembangkan menjadi sebuah cerita panjang yang menarik untuk tatapan khalayak pembaca. Kekuatan novel ini juga terletak pada perjalanan ceritanya. Pengarang telah menghasilkan satu karya yang memperjuangkan masyarakat di luar sana. Dalam novelnya ini, Shahnon Ahmad telah memaparkan kemarahan masyarakat terhadap kepincangan dan ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat, terutamanya bagi golongan miskin dan penduduk di pedalaman. Dalam hal ini, Shahnon Ahmad menggambarkan kehidupan penduduk desa Terenas, sebuah desa kecil di pinggir hutan yang semakin diasak dengan kemiskinan dan hidup dalam keadaan serba kekurangan. Dalam arus pembangunan, penduduk Terenas tercicir daripada arus pembangunan sedangkan kawasan kota membangun dengan begitu pesatnya. Bangunan tinggi didirikan dan rumah-rumah banglo pula berderetan di atas bukit, sedangkan mereka hanya tinggal di dalam pondok buruk. Semua ini melambangkan satu ketidakadilan bagi desa Terenas. Akhirnya, penduduk desa Terenas ini telah bangkit memperjuangkan hak mereka dan seterusnya menodak kejahilan dan mengusir kemunduran dalam kehidupan mereka. Perjuangan penduduk desa Terenas ini boleh memotivasikan khalayak pembaca di luar sana dalam memperjuangkan hak mereka yang selama ini dipandang enteng oleh pihakpihak tertentu. Justeru itu, Seluang Menodak Baung ini merupakan sebuah karya masyarakat yang amat bermutu dan sarat dengan kritikan terhadap kepincangan dalam masyarakat yang semakin dinodai nilai-nilai kemanusian dan kemasyarakatannya. Di samping itu, kekuatan Seluang Menodak Baung ini terserlah melalui kepelbagaian gaya bahasa dan retorik yang digunakan pengarang. Shahnon Ahmad banyak menonjolkan penggunaan gaya bahasa dan retorik yang pelbagai. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suatu nilai keindahan dalam novel Seluang Menodak Baung bagi menarik minat khalayak pembaca. Hal ini kerana penulisan yang hanya bergantung pada satu teknik sahaja akan membuatkan pembaca mudah bosan dan muak akan sesebuah karya itu. Jalan cerita yang menarik bukan hanya bergantung pada perkara yang menjadi bahan cerita, tetapi banyak bergantung pada pengolahan cerita itu sendiri. Pengolahan sesebuah cerita itu mestilah merangkumi semua aspek seperti pembinaan

30

plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran, pembinaan watak yang berkesan dan sebagainya. Dalam hal ini, pengarang bijak menggunakan setiap ruang yang ada untuknya berkarya dengan menonjolkan pelbagai gaya bahasa dan retorik bagi memastikan matlamat penulisan novelnya tercapai. Di sebalik kekuatan yang terdapat dalam Seluang Menodak Baung ini, kelemahan dan kelompangannya masih dapat dilihat walaupun tidaklah amat ketara. Hakikatnya, tiada penulisan yang sempurna secara keseluruhannya dan bebas daripada pelbagai kelemahan. Sebagus manapun seseorang penulis dan sesebuah penulisan itu, kelompangan dan kelemahannya pasti ada. Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana tiada kesempurnaan tanpa berlakunya kesilapan. Daripada kesilapan dan kelemahan inilah seseorang itu akan belajar daripada kesilapan dan menjadi lebih sempurna. Begitulah juga dalam penghasilan sesebuah novel seperti Seluang Menodak Baung ini. Dalam hal ini, Shahnon Ahmad banyak menggunakan kata-kata yang tidak sopan dan nadanya agak kasar. Shahnon Ahmad banyak menggunakan kata-kata yang berbentuk disfemisme seperti barua, betina hipi, musibat, bedebah, pelir dan sebagainya untuk memberi penekanan terhadap perkara yang hendak dikritik dan disindir olehnya. Walaupun kata-kata berbentuk disfemisme ini penting untuk tujuan tertentu, tetapi pengarang perlu mengehadkan penggunaan kata-kata yang kasar ini. Tambahan lagi, setiap kata-kata ini menggambarkan betapa emosionalnya pengarang semasa menulis Seluang Menodak Baung. Shahnon Ahmad mungkin tidak dapat mengawal emosinya kerana ingin meluahkan segala kemarahan yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Hal ini akan menyebabkan khalayak pembaca menyalah tafsir perkara yang ingin disampaikan oleh pengarang. Mereka akan menganggap pengarang terlalu emosional. Pembaca juga mungkin membuat tanggapan bahawa karyanya ini sebagai satu bentuk propaganda untuk tujuan dan kepentingan pihak tertentu memandangkan novelnya ini ada menyelitkan sikap pemimpin-pemimpin setempat yang tidak prihatin dengan rintihan masyarakat melalui watak Waibi.

31

Kelemahan yang seterusnya adalah dari segi percampuran kod asing. Percampuaran kod asing terutamanya bahasa Inggeris dalam bentuk dialog mungkin boleh diterima, tetapi penggunaan bahasa Inggeris ini jelas tergambar di luar bentuk dialog. Didapati bahawa Shahnon Ahmad gemar memasukkan elemen percampuran kod asing seperti fiil, leader, meeting dan problem, sedangkan perkataan Inggeris ini boleh digantikan dengan diksi dalam bahasa Melayu. Penulis seharusnya peka dan sensitif dengan semua ini, terutamanya apabila berkaitan dengan bahasa. Ada kalangan khalayak boleh menerima percampuran kod asing ini dan ada pula yang tidak boleh menerimanya. Hal ini secara tidak sedar akan menimbulkan satu konflik dalam kalangan khalayak pembaca, iaitu satu pihak yang menyokong penulisan jenis ini dan satu pihak lagi yang menganggapnya sebagai pencabulan terhadap ketinggian bahasa Melayu. Penulis harus mengelak situasi seperti ini di mana kecenderungan masyarakat untuk melabelkan mereka sebagai golongan yang “mandul minda” atau lebih teruk lagi sebagai “parasit bahasa”. Walaupun terdapat beberapa kelompangan di sebalik kekuatan novel Seluang Menodak Baung ini, namun hal ini bukanlah bermakna bahawa novel ini tidak sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan yang bermanfaat kepada khalayak pembaca. Setiap kekuatan dan kelebihan itu sebenarnya lahir dan terhasil daripada kesilapan dan kelemahan kerana setiap orang belajar daripada kesilapan untuk menjadi seorang yang hebat. Jelasnya di sini bahawa kelompangan yang ada dalam sesebuah penulisan itu tidak boleh dijadikan sebagai batu pengukur untuk menentukan sama ada penulis itu benarbenar layak menjadi seorang penulis ataupun tidak. Sebaliknya, sebarang kritikan dan teguran yang dibuat itu haruslah membina dan bukannya untuk menjatuhkan seseorang. 6.2 Novel Ketika Cinta Bertasbih 1

Novel Ketika Cinta Bertasbih 1 merupakan sebuah karya agung yang banyak mengandungi nilai ketuhanan. Di sinilah letaknya kekuatan karya Habiburrahman El Shirazy ini. Ketika Cinta Bertasbih 1 bukan sahaja sebuah kisah cinta romantis, tetapi juga sebuah novel yang digarap dalam alur cerita yang tidak mudah untuk diramal.

32

Pengarang banyak menyuguhkan elemen-elemen keagamaan, iaitu kehidupan manusia yang berlandaskan ajaran agama Islam. Dalam hal ini, Habiburrahman El Shirazy menggambarkan bahawa betapa indahnya jika kehidupan manusia itu berlandaskan alQuran dan Sunah Rasulullah dalam novelnya ini. Walaupun karyanya ini mengundang titisan air mata, tetapi di penghujungnya tetap terkandung ilmu yang amat berguna. Oleh itu, amatlah bertepatan sekali novel ini dianggap sebagai pembangun jiwa kerana banyak menyeru khalayak pembaca untuk kembali dan menuju ke jalan yang dirhedai-Nya, iaitu agama yang mulia. Membaca karya Habiburrahman El Shirazy ini juga adalah seperti membaca ketulusan hati seorang insan dan cinta yang ada padanya. Tidak hairanlah jika Profesor Laode M. Kamaluddin menyifatkan semua karyanya, termasuklah Ketika Cinta Bertasbih 1 ini seolah-olah selalu dikawal dan dijaga oleh malaikat penjaga ketulusan dan cinta yang ada pada Habiburrahman. Dengan modal ketulusan dan cintanya kepada al-Khaliq, pengarang telah menjadikan sebuah kisah yang biasa sebagai sebuah ceritera yang hebat dan luar biasa. Walaupun sekadar sebuah kisah perjalanan hidup yang biasa, tetapi karyanya telah berjaya memikat hati pembaca dengan nilai keikhlasan yang dipamerkan melalui penulisannya ini. Benarlah kata-kata Profesor Laode M. Kamaluddin mengenai karya Habiburrahman ini, iaitu “karya yang biasa tapi luar biasa”. Perkara inilah yang menjadi salah satu daripada sumber kekuatan novel hasil pena Habiburrahman El Shirazy ini. Selain itu, kisah pencarian cinta oleh Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 yang disuguhkan oleh Habiburrahman nampak begitu nyata dan tidak kelihatan seperti direka-reka sehingga pembaca merasakan bahawa kisah Azzam ini seolah-olah benar-benar berlaku dalam kehidupan sebenar. Pengarang menggunakan kata-kata dan bahasa yang biasa, bukannya seperti pengarang-pengarang lain yang banyak menggunakan diksi-diksi yang imaginatif dan indah. Namun, saudara Habiburrahman berjaya memikat khalayak pembaca untuk terus menghayati perjalanan cerita Ketika Cinta Bertasbih 1 ini. Khalayak pembaca seolah-olah diajak untuk turut sama terlibat dalam konflik cerita yang disuguhkannya dalam Ketika Cinta Bertasbih 1.

33

Dalam hal ini, khalayak pembaca dapat merasai bahawa mereka benar-benar terlibat dalam karyanya ini, malahan mungkin ada yang dapat meletakkan diri mereka ke dalam watak yang digarap oleh Habiburrahman El Shirazy ini. Kekuatan Ketika Cinta Bertasbih 1 yang seterusnya terletak pada kepelbagaian teknik retorik dan gaya bahasa yang ditonjolkan oleh pengarang. Habiburrahman El Shirazy turut memasukkan unsur-unsur keindahan dalam karyanya ini seperti yang dilakukan oleh Shahnon Ahmad dalam Seluang Menodak Baung. Strategi skema dan majaz banyak digunakan oleh saudara Habiburrahman bagi menambah nilai keindahan dalam karyanya ini, di samping jalan ceritanya yang membangun jiwa. Tujuannya adalah untuk mempengaruhi khalayak pembaca melalui susunan kata-kata yang boleh meresap ke dalam jiwa pembaca sesuai sekali dengan maltamat sebenar karyanya ini, iaitu pembangunan jiwa insan berlandaskan ajaran agama Islam. Hal ini bukan bermakna Habiburrahman banyak menekankan diksi yang imaginatif seperti kebanyakan pengarang lain, tetapi beliau menggunakan kata-kata biasa yang disusun dengan indah maknanya seperti terdapat unsur pengulangan, perbandingan, pertentangan dan sebagainya. Di sebalik kekuatan yang terkandung dalam novel Ketika Cinta Bertasbih 1, masih terdapat sedikit kelemahan dan kelompangan dalam karya Habiburrahman El Shirazy ini. Kelemahan yang paling ketara di sini adalah kesilapan yang berkaitan dengan nama watak yang diperkatakan dalam beberapa situasi. Pengarang ada membuat kesilapan dari segi penggunaan nama watak dalam novelnya ini. Misalnya: “Maafkan aku Fur. Aku sarankan kau mencari yang lain sahaja...” (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007:119) Petikan dialog di atas menunjukkan perbualan antara Khairul Azzam dengan Ustadz Mujab. Hal ini membuktikan bahawa berlakunya kesilapan penggunaan nama Fur yang merujuk kepada Furqan. Sebenarnya, watak yang dimaksudkan dalam dialog di atas ialah Azzam sendiri yang dipanggil sebagai Rul oleh Ustadz Mujab. Selain itu, terdapat juga penggunaan nama watak yang tidak wujud dalam situasi dan keadaan yang

34

digambarkan oleh pengarang, iaitu dalam bahagian “Pesona Gadis Aceh”. Dalam bahagian ini, pengarang ada menggambarkan keadaan di rumah sakit Rab’ah, iaitu tempat Fadhil dirawat. Pengarang ada menyatakan kehadiran Azzam, Nasir, Nanang, Ali, Cut Mala, dan Cut Rika yang menziarahi Fadhil. Walau bagaimanapun, pengarang ada menyebut tentang kehadiran watak Hafez di rumah sakit tersebut sedangkan Hafez tidak diberitahu tentang keadaan yang menimpa Fadhil dan dia juga masih di Katamea ketika itu. Hal ini jelas dapat dilihat dalam ayat di bawah yang mengandungi pertentangan maklumat dan sekali gus bertentangan sekali dengan situasi yang hendak digambarkan dalam novel ini. “Di depan kamar Fadhil, mereka melihat Nanang dan Hafez berdiri di samping pintu.” (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 282) Sedangkan... “Atas permintaan Azzam, Hafez memang sejak awal tidak usah dikabari dulu. Dia biar menyelesaikan urusannya di Katamea dulu.” (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 284-285) Kesilapan penggunaan nama watak dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 seperti ini akan menimbulkan kekeliruan dan kekaburan dalam khalayak pembaca, iaitu pembaca akan tertanya-tanya tentang watak yang sebenarnya ingin diperkatakan oleh pengarang. Perkara ini juga akan mengganggu penghayatan dan tumpuan pembaca dalam meneruskan pembacaan mereka. Justeru itu, kesilapan seperti ini haruslah dielakkan oleh pengarang kerana boleh mencacatkan penyampaian aliran cerita kepada khalayak pembaca. Secara keseluruhannya, Habiburrahman El Shirazy telah berjaya menghasilkan sebuah karya sastera yang amat bermutu kerana mendukung tema keislaman seolah-olah novelnya ini bukannya sebuah karya sastera, tetapi lebih condong kepada buku agama.

35

Kata demi kata dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 ini disusun dengan penuh ketulusan dan cinta yang ada pada-Nya telah menjadikan karya ini indah, menarik, hidup, menyentuh hati sesiapa sahaja yang rindu akan kasih al-Khaliq, memberi motivasi, dan sampai ke hati pembaca.

36

7.0

KESIMPULAN

Secara tuntasnya, novel Seluang Menodak Baung hasil garapan Shahnon Ahmad dan Ketika Cinta Bertasbih 1 hasil pena Habiburrahman El Shirazy ini merupakan satu karya sastera yang amat bernilai kerana sarat dengan pelbagai mesej dan pengajaran. Novel Seluang Menodak Baung ini merupakan satu karya masyarakat kerana banyak mengetengahkan isu-isu kepincangan dalam masyarakat yang semakin terhakis nilai-nilai dan normanya. Novel ini digarap dengan penuh emosi dan menarik sekali seolah-olah pengarang ingin memuntahkan segala yang bersarang di dalam hatinya selama ini. Novel Ketika Cinta Bertasbih 1 pula amat sesuai sekali sebagai santapan minda dan rohani kerana sarat dengan persoalan-persoalan agama dan nilai ketuhanan yang terpapar dalam karya Habiburrahman ini. Jadi, tidak hairanlah jika karya Ketika Cinta Bertasbih 1 ini terkenal dengan jolokan sebagai novel pembangunan jiwa. Di samping itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy juga banyak memasukkan unsur-unsur retorik yang pelbagai dalam karya mereka ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suatu nilai keindahan dan seterusnya mempengaruhi pemikiran khalayak pembaca. Jalan cerita yang menarik bukan hanya bergantung pada perkara yang menjadi bahan cerita, tetapi banyak bergantung pada pengolahan cerita itu sendiri. Pengolahan sesebuah cerita itu mestilah mengambil kira semua aspek seperti dari segi pembinaan plot, kepelbagaian gaya bahasa, nilai dan pengajaran, pembinaan watak yang berkesan dan sebagainya. Dalam hal ini, kedua-dua pengarang bijak menggunakan setiap ruang yang ada untuk mereka berkarya dengan menonjolkan kepelbagaian gaya bahasa dan retorik bagi memastikan matlamat penulisan mereka tercapai. Secara keseluruhannya, tidak rugi jika kita memiliki kedua-dua karya hasil nukilan dua orang novelis yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan ini kerana terhimpun dengan pelbagai mesej yang amat berguna sebagai tatapan untuk diaplikasikan dalam kehidupan manusia.

37

BIBLIOGRAFI

Habiburrahman El Shirazy, (2007). Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1). Indonesia: Penerbit Republika dan Pesantren Basmala Indonesia. Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2007). Komsas dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan Guru.Kuala Lumpur: Icon Region Sdn. Bhd. Shahnon Ahmad (1998). Seluang Menodak Baung. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Umar Junus, (1989). Stilistik Satu Pengantar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

38

LAMPIRAN

DATO’ HAJI SHAHNON AHMAD

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY

39

NOVEL “SELUANG MENODAK BAUNG” EDISI EJAAN BAHARU TERBITAN TAHUN 1998

40

NOVEL “KETIKA CINTA BERTASBIH” EPISOD 1 CETAKAN KEEMPAT, MARET (MAC) 2007

41

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->