You are on page 1of 3

OPERASI : Bekalan Kuasa Jenis Linear/Pengubah

terdapat 5 bahagian utama iaitu:

PENAPIS HINGAR dan FIUS

Penapis hingar dan fius (noise filter dan fius) ia merupakan bahagian
mula-mula dilalui oleh bekalan kuasa Utama ke bekalan kuasa komputer.
Ia berfungsi untuk menjaga keselamatan bekalan kuasa dari lebihan
voltan (spike) dan juga hinggar (noise) yang boleh menganggu talian
bekalan kuasa dan juga berosakan bekalan kuasa komputer. Penapis
hinggar (noise filter) berfungsi untuk menapis hingar pada talian masukan
dan fius pula digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada
komputer sekiranya terdapat litar pintas atau lebihan beban pada bekalan
kuasa. Penapis hinggar yang biasa digunakan adalah “Metal okside
Varistor”(MOV)

PENGUBAH (transformer)

Pengubah digunakan untuk menaikan dan menurunkan voltan dari punca


bekalan kuasa . Ia juga berfungsi sebagai pengasing di antara bekalan
dari punca bekalan kuasa dengan sistem komputer. Ia bertujuan untuk
mengelakkan berlakunya kerosakan jika berlaku sebarang litar pintas
pada sebelah yang lain ( jika berlaku pada gelung sekunder ia tidak
mempengaruhi geluang primer). Keluaran sekundernya adalah masih lagi
arus ulangalik. Bagi pengubah yang menurunkan voltan pada bahagian
sekunder berbanding primer dipanggil ‘step down’ dan pengubah yang
menaikkan voltan pada sekunder dipanggil ‘step up’. Bagi transformer
yang sama nilai voltan sekunder dan primer dipanggil ‘isolation
transfomer’. Jenis pengubah yang digunakan dalam bekalan kuasa adalah
jenis ‘step down’.
Gambarajah Litar Pengubah

PENERUS (rectifier)

Penerus digunakan untuk menghasilkan bentuk gelombang penuh atau


separuh. Gelombang ini akan digunakan oleh penapis untuk menghasilkan
gelombang arus terus. Biasanya gelombang yang dikeluarkan oleh
penerus bekalan kuasa adalah gelombang penuh.Jenis penerus yang
digunakan adalah jenis ‘bridge rectifier’. Komponen yang digunakan untuk
menghasilkan bridge rectifier adalah 4 diod yang disusun.

Gambarajah Litar Penerus

PENAPIS (filter)

Penapis berfungsi menapis gelombang yang dikeluarkan oleh penerus


untuk membentuk gelombang arus terus. Ia biasanya menggunakan
komponen seperti kapasitor dan perintang
Gambarajah Litar Penapis

PENGATUR VOLTAN (regulator)

Pengatur Voltan berfungsi untuk menetapkan keluaran bekalan kuasa


seperti mana yang dikehendaki.Biasanya bahagian ini menggunakan IC
chip yang khas. Ia dipanggil ‘voltage regulator’ seperti 7815 (+12VDC),
7805 (+5VDC), 7905 (5VDC) dan 7915 (-12VDC) dan lain-lain lagi.

Gambarajah Litar Pengatur Voltan

You might also like