You are on page 1of 22

1.

0 PENDAHULUAN

Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang cara untuk meningkatkan


profesionalisme guru, kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan profesionalisme
mengikut Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan bahawa profesionalisme bermaksud sifat-
sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang
sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh orang profesional. Menurut Mok Song Sang
(1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai satu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu,
bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, yang mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya. Bidang
pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi,
sistematik dan holistik. Maka, kalangan warga pendidik serta semua pihak yang
berkepentingan perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru demi
memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. sistem pendidikan yang berwibawa akan
menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang
panjang.

Peningkatan profesionalisme guru dapat membantu meningkatkan lagi sistem


pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan profesionalisme guru ia dapat melahirkan
guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan dapat melakukan apa sahaja yang diminta
dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang rungutan di belakang. Peredaran masa
membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian
fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar
telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam p&p, agen perubahan dan sumber
inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
penyampaian p&p menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu
sendiri memainkan peranan penting dalam meningkatkan profesion perguruan.

1
ISI-ISI

PERANAN KERAJAAN

KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan


meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk
menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada
fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan
cara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui Ujian Pemilihan Calon Guru
Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan
berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti
pendidikan di universiti. Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan, dan
cara pembawaan, pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal
perasaan dan keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesi
temuduga dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu yang
mempunyai kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak pandai bertutur dengan baik,
perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup tidak dapat dikesan. Tindakan tersebut
juga terpaksa diambil untuk memastikan seseorang guru tidak memilih opsyen perguruan
sebagai pilihan terakhir mereka.

Selepas mengenal pasti calon yang layak untuk diberi latihan, faktor yang perlu
dipertimbangkan ialah kelulusan tenaga pengajar institusi yang ditugaskan untuk
menyediakan guru. Kelulusan pensyarah yang melatih bakal guru akan memberikan kesan
terhadap kualiti guru pelatih yang menamatkan pengajian daripada sesebuah institusi
pendidikan. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menaik taraf kelayakan
pensyarah di maktab perguruan daripada ijazah pertama kepada ijazah lanjutan iaitu
kelulusan Masters atau Ph.D.. Ia seiring dengan penawaran kursus Diploma Perguruan
Malaysia (DPM) iaitu kursus perguruan asas sepenuh masa sekolah rendah selama 3 tahun (6

2
semester). Oleh itu, pensyarah dimaktab perguruan dan universiti perlu cekap dalam aspek
kandungan ilmu pengetahuan dan juga pedagogi.

Memantapkan latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan kepada IPG
yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Mereka bentuk
dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum
Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum
pendidikan guru. Membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan
Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus
Management System. Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan
dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. Memastikan
setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa,
Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan
Vokasional, dan Pendidikan Khas. Memberi penekanan kepada Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru.
Mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang menawarkan program ijazah
pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati
kehendak dan keperluan sistem pendidikan negara. Memperkasakan peranan IAB untuk
kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan
pendidikan yang terbaik kearah meningkatkan profesionalisme guru. Meningkatkan
kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP
yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan
sepenuh masa. Meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. Meluaskan dan
meningkat R&D.

Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru iaitu dengan menyediakan
persekitaran kerja yang kondusif. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi
di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan
membaik pulih rumah guru sedia ada. Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk

3
meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru dengan
mensifarkan GSTT, memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan, mewujudkan tambahan
jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam
kerja-kerja pentadbiran, mengkaji keperluan kemudahan ansuran bagi guru-guru yang
berkhidmat di kawasan pedalaman, menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang
kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan
tambahan dan pembinaan baru. Penempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan dengan
menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. Data
dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi disediakan

Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru, kerajaan telah


memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah
permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang
terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran
merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis
panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan dan secara tidak langsung dapat
memartabatkan lagi profesion perguruan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara
terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah
pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi
juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan
suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan
pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsung
dengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,
kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil
kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan

Kerajaan juga telah memperkenalkan kod etika perguruan untuk mempertingkatkan


lagi profesion perguruan. Kod etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau
tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa

4
pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya yang tersendiri demi memartabatkan profesion
perguruan. Kod etika dianggap penting kerana ia memberikan garis panduan bagaimana
tingkah laku dalam profesionalisme guru. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara
ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat
keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika
adalah dalam bentuk dokumen, maka usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat
meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Secara tidak
langsung dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas
dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja
merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat
mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta
memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi (INTAN, 1991). Melalui kod etika ini, ia diharap dapat meningkatkan lagi
profesion perguruan.

Untuk meningkatkan profesionalisme guru, aspek latihan juga merupakan satu


perkara yang perlu dititiberatkan. Latihan kini menjadi semakin penting kerana perubahan
yang berlaku dengan begitu pantas. Para calon yang ingin menjadi guru bukan sahaja perlu
diberi latihan praperkhidmatan yang relevan dan mencukupi untuk menghadapi gelombang
perubahan yang berlaku di sekolah, malah mereka juga perlu mengemaskinikan ilmu teras
dan ilmu pedagogi menerusi sistem pemajuan profesional yang meluas dan mantap. Maka
usaha yang lebih serius perlu dilakukan untuk memastikan kritikan terhadap profesion
perguruan tidak lagi berlanjutan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi
profesionalisme guru.

5
Peningkatan profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui sistem ganjaran
dan kenaikan pangkat. Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang
ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi
mereka yang benar-benar layak. Jawatan Pengetua Cemerlang telah diwujudkan oleh
Kementerian Pendidikan dengan tujuan untuk melantik pengetua-pengetua cemerlang yang
akan membawa kecemerlangan kepada sekolah tempat mereka ditugaskan. Program ini
adalah merupakan program pemilihan Pengetua DG2(DG48) ke DG1(DG5. Pengiktirafan
diberikan untuk menhargai pengorbanan guru-guru yang benar-benar komited terhadap tugas
yang diberikan, ganjaran diberikan kepada mereka dengan mengiktiraf mereka sebagai guru
cemerlang. Konsep guru cemerlang yang diperkenalkan oleh KPM ialah sebagai guru yang
istimewa, dedikasi dan bermotivasi tinggi serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam
bidang tugas mereka. Tanpa menunggu untuk kenaikan pangkat secara “Time-Based”,
mereka boleh dinaikkan ke red yang lebih tinggi iaitu dari DGA6 (DGA29) kepada
DGA5(DGA3). Guru-guru yang tidak berpeluang menjawat jawatan yang lebih kanan dalam
bidang pentadbiran, guru-guru ini berpeluang menikmati kenaikan pangkat secara “Time-
Based”. Antara kelayakannya ialah dengan berkhidmat sekurang-kurangnya 12 tahun di gred
DG3(DG41) atau DGA5(DGA32) dan berada di mata tangga maksimum.

Untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru, kerajaan telah menubuhkan Sultan


Idris Training College for Malay Teachers (SITC) yang kemudiannya ditukarkan nama
kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 untuk memartabkan bidang
keguruan sehingga dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun 1987.
Pada 1 Mei 1997, sekali lagi premis ini diberikan pengiktirafan dengan menjadikan ianya
sebuah universiti dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kementerian
Pendidikan telah menetapkan bahawa pemilihan semua pengetua dan guru besar sekolah
pada masa akan datang adalah berdasarkan pemilihan ke atas calon-calon yang didapati
berpotensi dan benar-benar layak sahaja untuk meningkatkan lagi profesion perguruan. Bagi
memenuhi keperluan ini, mulai tahun 1999, KPM telah mengadakan Kursus Pengurusan dan
Kepimpinan Sekolah Berkesan yang dihadiri oleh bakal pengetua dan guru besar sebelum

6
mereka dilantik ke jawatan berkenaan. Semua kursus-kursus ini dijalankan dengan usaha
sama KPM dan IAB.

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah akta Syarikat


1965, pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru.. Tujuan utama penubuhan YGMB adalah untuk menyatukan dan
mengembelang seluruh warga pendidik dan anggota perkhidmatan pendidikan Malaysia ke
dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajian. Objektif utama penubuhan
YGMB ialah untuk memajukan kebajikan pendidik khasnya ahli-ahli Yayasan melalui
bencana dan sebagainya di samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti
perniagaan terutama dalam bidang kewangan, pengurusan dana, pembinaan pembangunan
hartanah, pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya.

Kekosongan jawatan guru sama ada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya
diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal sama ada di maktab
perguruan atau pun universiti. Kita tidak dapat menafikan mengenai keperluan mengisi
kekosongan tersebut atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat
terhadap profesionalisme guru ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetengah pihak
yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka
masih boleh menjadi seorang guru. Sepatutnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan
mengambil langkah yang proaktif terhadap masalah yang dihadapi. Lambakan guru-guru
sandaran tidak terlatih di sekolah dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion
keguruan tersebut. Sepatutnya untuk meningkatkan profesionalisme guru, kekosongan
jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru yang telah menamatkan
pengajian secara separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di
peringkat sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan diploma dari maktab
perguruan.

7
Profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui sambutan hari guru pada 16 Mei
setiap tahun dan ia diiktiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk menghargai
sumbangan dan jasa para guru. Pada hari tersebut, tokoh-tokoh guru diisytiharkan sebagai
memberi pengiktirafan penuh kepada sumbangan dan jasa mereka. Walaupun yang diberikan
gelaran tersebut tidaklah ramai tetapi ingatan kerajaan dan masyarakat negara ini di atas
pengorbanan para pendidik dapat memberikan penjelasan yang besar dalam dunia
pendidikan.

8
PERANAN GURU

Guru merupakan seorang pendidik bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di luar
kelas dan luar sekolah. Oleh itu untuk meningkatkan profesionalisme guru seseorang guru
perlu menjadi role model dan uswatun hasanah bukan sahaja kepada anak didiknya tetapi
juga kepada semua termasuk seluruh anggota masyarakat. Abu Bakar Nordin (2003). Untuk
meningkatkan lagi profesion perguruan di mata masyarakat, seseorang guru perlu menjaga
kelakuan kerana gerak-geri kerana seorang guru sentiasa menjadi tumpuan walau kemana
sahaja dia pergi. Sebagai seorang pendidik, guru mempunyai tanggungjawab untuk
dilaksanakan kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion
perguruan itu sendiri. Profesion perguruan merupakan profesion yang mulia tetapi tahap
kemuliaannya pada pandangan masyarakat baegantung kepada sejauh mana guru itu dapat
meletakkan diri mereka diperingkat yang tertinggi dan terhormat.

Peribadi dan sahsiah seorang guru akan menentukan kedudukannya dimata


masyarakat. Abu Bakar Nordin (2003). Oleh itu seorang guru harus ada sifat profesionalisme
yang tinggi. Sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada para
pelajar dalam pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi masyarakat yang dihormati dan
disegani. Seorang guru harus mengamalkan disiplin cemerlang contohnya bekerja keras,
menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang
utuh. Etika dan tatasusila profesion perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa
difahami, dihayati dan diamalkan. Pelajar akan lebih memberi tumpuan dan perhatian semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika mereka menyukai cikgu itu dan
sebaliknya. Sikap dan penampilan seorang guru banyak membawa kesan positif kearah
meminati sesuatu subjek. Contohnya, kebanyakan pelajar tidak meminati subjek sejarah,
tetapi ada juga pelajar yang meminati subjek sejarah kerana faktor guru yang mengajar
adalah seorang yang kelakar yang dapat menceriakan kelas dan dapat menhilangkan perasaan
mengantuk pelajar. Keadaan sebaliknya jika mereka tidak menyukai guru tersebut, maka
mereka tidak akan memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada guru sepanjang sesi
pembelajaran berlangsung.

9
Dalam meningkatkan profesionalisme guru, tugas guru bukan semata-mata mengajar
sesuatu subjek tertentu tetapi seorang guru juga berperanan mendidik para pelajarnya. Oleh
itu seorang guru harus sentiasa menyiapkan pelajar supaya sesuai dengan kehendak
masyarakat dari segenap aspek temasuk keperibadian dan akhlak. Jika hal ini diterima oleh
guru maka mereka mempunyai wawasan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang dalam akademik tetapi juga manusia yang akan mempunyai penghidupan yang
sempurna. Seorang guru bertanggungjawab membentuk sahsiah serta akhlak mulia dalam
kalangan pelajar mereka. Seorang guru perlu membentuk jiwa dan menerap nilai murni.
Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan dan bermakna apabila ia
dihayati dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Profesion perguruan merupakan satu
profesion yang mulia kerana seseorang guru mampu membawa perubahan secara
menyeluruh, termasuk dari segi emosi dan tingkah laku dengan harapan pelajar mendapat
ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk keperluan dunia dan akhirat dan kemudiannya
menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu pengetahuan.

Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk
meningkatkan profesion perguruan. Ilmu menimbulkan semangat ingin tahu dan mengkaji
ilmu-ilmu baru yang lain (Mohd Taib Hj. Dora, 2005). Guru yang berkualiti merupakan guru
yang profesional, mahir dalam semua hal perguruan, tentang teori dan amalannya, pengajaran
dan pembelajaran, peka terhadap perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu
dan patuh kepada tatasusila profesion perguruan. Guru perlu membaca sebanyak mungkin
buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya
isi dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar, sentiasa berusaha untuk
meningkatkan prestasi kerja dengan menyertai seminar pendidikan, dan menghadiri kursus
dalam perkhidmatan, merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya
mencapai objektif pelajaran yang maksimum. Guru perlu berilmu pengetahuan. Cabaran hari
ini guru perlu memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran IT perlu
dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.
Guru itu juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi iaitu kebolehan untuk

10
mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubah suai sesuatu idea
menjadi lebih menarik.

Umumnya, guru yang berkualiti ialah guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan
sanggup berkorban. Proses pendidikan yang berkualiti pula merujuk kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini bermaksud, apa yang diajar oleh guru dapat
diterima dan dihayati oleh para pelajar. Guru memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi kecenderungan dan minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Guru perlu
mempunyai kemahiran, kebolehan, beriltizam dan berketrampilan serta mempunyai
pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan berkesan. Seorang guru juga perlu melibatkan diri dalam pembacaan dan
penulisan akademik seperti jurnal. Seseorang guru perlu bersifat kehadapan dari segi ilmu
tentang dan kaedah mengajar yang juga dikenali sebagai ilmu berasaskan pengalaman
berdasarkan Pratte et al (1993). Menurut Andrews (1961), “ia adalah satu proses yang dilalui
oleh seseorang dalam pengalaman-pengalamannya yang membawa kepada perbaikan dan
pertumbuhan dirinya Guru itu perlu melibatkan diri dalam program pemajuan professional
secara berterusan. Pada era globalisasi, ilmu yang diperolehi oleh seseorang ketinggalan
dengan pantas. Oleh itu ahli dalam profesion perguruan iaitu guru itu sendiri perlu
menghayati himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. Guru-guru yang baru tamat
latihan dan yang baru mula berkecimpung dalam bidang perguruan di sesetengah negeri di
Amerika Syarikat telah didedahkan dengan program BTAP (Beginning Teacher Assistant
Program). Program ini menetapkan satu himpunan ilmu yang perlu dikuasai oleh pendidik
yang bertaraf permulaan ini. Antara kemahiran atau konsep yang perlu diketahui adalah
seperti memanfaatkan masa pembelajaran akademik, memelihara akauntabiliti, prihatin
terhadap perbezaan individu, mengamalkan prinsip-prinsip penilaian, pelaksanaan peraturan
yang tekal, menerapkan budaya yang bersifat efektif, menhargai harga diri (self-concept)
pelajar, mewujudkan pembelajaran yang bermakna, melakukan perancangan dan menguasai
teknik menyoal.

Profesion perguruan dapat ditingkatkan jika guru dapat mengawal nilai dalam
profesion itu sendiri. Kawalan kendiri merupakan cara yang paling berkesan untuk menjaga

11
nama baik sesuatu profesion. Dewasa ini, kebanyakan orang sering merujuk lebih daripada
seorang doktor pakar untuk mendapatkan pandangan sebelum mereka membuat keputusan
untuk menjalani sesuatu pembedahan. Kebelakangan ini, wujud pengamal-pengamal
perubatan yang tidak beretika mencemarkan nama baik profesion tersebut. Terdapat
segelintir doktor yang menyimpan maklumat untuk mengaut keuntungan semata-mata di
sebalik perkhidmatannya. Dalam situasi demikian, apa sahaja yang dicadangkan oleh doktor
akan dituruti. Perlukah kita mengharapkan MMA (Malaysian Medical Association)
mengawasi tingkah laku setiap orang doktor yang ada di Malaysia? Begitu juga dengan
dengan profesionalisme guru, menjadi tanggungjawab setiap orang guru untuk mengawasi
tingkah laku professional masing-masing melalui pematuhan kod etika dan nilai-nilai kerja
yang telah ditetapkan.

Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan


meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting untuk
membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik membawa
konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini perlu bertanggungjawab kepada diri
sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan.
Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi
profesionalisme guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme
guru.

Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang
memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji.
Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat
pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar,
rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam
etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama
diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang
guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga
harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui

12
cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan
yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Guru juga perlu memiliki kemahiran bercorak fizikal untuk meningkatkan


profesionalisme guru. Kemahiran berkomunikasi semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa
dan pihak pengurusan sekolah. Mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu
aktiviti sukan atau mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan
diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar dan berkualiti dari
segi emosi. Aspek-aspek yang perlu ada dalam diri seorang guru yang berkualiti dari segi
emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan etika perkhidmatan. Terdapat
12 nilai murni teras etika kerja perkhidmatan awam yang juga dikenali sebagai tonggak 12
yang perlu diamalkan. Seseorang juga memiliki pemikiran yang positif dalam menjalankan
tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja
mengajar sebagai suatu ibadat tanpa sebarang rungutan. Seorang guru juga harus mempunyai
semangat patriotik dan cintakan negara.

Profesionalisme guru dapat ditingkatkan dengan menanamkan sikap tanggungjawab


seseorang guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Seseorang guru perlu
mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama
baik seseorang guru yang lain di hadapan pelajar, ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan martabat seseorang guru. Seseorang guru juga tidak boleh melibatkan diri
dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai seorang guru, contohnya berniaga
di waktu persekolahan. Guru juga perlu berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan
rajin dan bersungguh-sungguh seiring dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seseorang guru
juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru
menjadi seorang guru. Untuk meningkatkan profesionalisme guru seorang guru perlu
menjadi ahli kepada pertubuhan guru itu sendiri untuk memantapkan dan memartabatkannya.

13
Guru perlu menanamkan sifat positif untuk meningkatkan profesionalisme guru itu
sendiri. Guru perlu menanamkan sifat ingin tahu, dengan demikian sifat ingin tahu akan
mendorong kita mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering
berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar. Sifat ingin tahu
dan kualiti tersebut meningkatkan martabat profesion perguruan, dipandang tinggi dan
sentiasa dihormati oleh masyarakat” ( Nazirmuddin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah
Awang, Azita Yonus @ Ahmad, 2005). Seorang guru juga harus minat kepada buku atau
dengan erti kata lain suka membaca buku, bukan hanya bahan bacaan picisan tetapi juga
yang bersifat ilmiah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Pembacaan yang luas
dalam dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada seseorang guru untuk
menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Di samping itu, sikap membaca dapat
membezakan antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka
membaca dalam diri seorang guru amat penting untuk meningkatkan profesion perguruan.

Guru perlu mempertingkatkan lagi kebolehan mereka dalam menggunakan ICT untuk
menaikkan lagi profesion perguruan. Hal ini penting kerana dunia kini merupakan dunia
tanpa sempadan. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat
mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk mengekalkan ciri seorang guru yang
berkualiti, seseorang guru itu perlu berusaha denagn sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan guru terbabit sentiasa mengemaskini
kemahiran menggunakan komputer. Guru yang kurang mahir menggunakan bantuan
Microsoft Powerpoint untuk membuat persembahan, dalam lima tahun yang lepas tidak
pernah dipersoalkan profesionalismenya oleh kebanyakan orang. Namun kini, guru yang
tidak berupaya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan ujian dan peperiksaan
sudah dianggap tidak atau kurang profesional dalm menjalankan tugas. Senario ini
menggambarkan bahawa amalan sesuatu pekerjaan yang dianggap profesional pada suatu
ketika jika tidak dinaik tarafkan dari semasa ke semasa dan akan dipersoalkan tahap
keprofesionalismenya. Hal ini dapat diatasi dengan menghadiri kursus-kursus IT dan juga
dengan sentiasa bertanya kepada rakan sejawat yang lebih mahir dalam bidang ini.

14
Kebolehan ini membolehkan seseorang guru mengajar menggunakan teknologi terkini dan
akan mencapai mutu yang tertinggi.

Guru juga perlu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa


Inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan seseorang guru untuk sentiasa
berusaha dengan meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini. Penggubalan semula
KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris
merupakan faktor utama mengapa penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kepada setiap
orang guru. Untuk mengekalkan penggunaan Bahasa Inggeris seseorang guru perlu selalu
menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

Seseorang guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi untuk


meningkatkan lagi profesion perguruan. Kualiti pengajaran menjadi pengukur utama kepada
tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan ‘core business’ guru terhadap
pelajar. Oleh itu seorang guru perlu menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran
yang muktahir. Antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pengajaran Behavioral,
Teori Pengajaran Kognitif, Teori Pengajaran Humanis, Teori Pengajaran Sosial Kognitif, dan
Teori Pengajaran Konstruktivis. Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang
dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar. Antara model-model
pengajaran yang patut diamalkan oleh seorang guru yang berkualiti ialah Model Pengajaran
Expositority, Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat, Model Pengajaran Inkuiri, Model
Pengajaran Projek, Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang memuaskan
iaitu pelajar dengan senang hati akan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Guru perlu sentiasa menjaga kesihatan diri untuk meningkatkan lagi profesionalisme
guru Kesihatan yang baik adalah penting agar dapat menjalankan tugas sebagai seorang guru
yang berkualiti sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Seseorang guru perlu mengamalkan

15
cara hidup yang sihat tanpa penyakit, dan ia memberi kelebihan kepada guru tersebut untuk
berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan berkesan. Pelbagai jenis penyakit di negara ini
dapat dikurangkan misalnya seperti penyakit Kardiovaskular dan kanser (Osman Ali, Noor
Hassim Ismail, Hashami Bohari, Hanafiah Mohd. Salleh, 1997). Antara aktiviti yang dapat
dilakukan untuk mengekalkan kesihatan ialah berjoging dan bersukan. Amalan pemakanan
yang sihat juga penting. Tubuh badan yang sihat dan cergas akan melahirkan individu yang
tajam pemikirannya dan ini akan membantu guru dalam menjalankan tugas dengan berkesan.
Melalui penampilan diri seorang guru yang baik, secara tidak langsung dapat meningkatkan
lagi profesionalisme guru. Sebagai seorang guru, perlakuan diri sentiasa menjadi perhatian
anak murid untuk dijadikan contoh teladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah
laku seorang guru mestilah menampakkan ketrampilan dan kewibawaan sebagai seorang
guru yang berkualiti. Oleh itu, seorang guru perlu sentiasa berpakaian kemas bagi
mengekalkan citra diri sebagai seorang guru yang berkualiti. Seorang guru juga perlu
sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku agar menjadi contoh yang baik kepada pelajar.

Kestabilan emosi sesesorang guru penting untuk meningkatkan profesion guru. Guru
yang hanya dilengkapi dengan ilmu berasaskan akal dan akademik sahaja tanpa disokong
pengurusan emosi dan spiritual tidak boleh dianggap sebagai guru yang berkualiti. Guru
tanpa kestabilan emosi tidak akan mampu untuk merealisasikan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara. Oleh itu, seorang guru perlu sentiasa mengekalkan kestabilan emosi
supaya dapat menjadi seorang guru yang berkualiti, seterusnya dapat mendidik pelajar-
pelajar agar menjadi insan yang seimbang dan harmonis.

Peningkatan profesionalisme guru dapat dilakukan melalui rasa


kebertanggungjawapan seseorang guru kepada pelajarnya. Bagi memenuhi tanggungjawab
guru terhadap pelajar, guru perlulah bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor
keturunan, agama, politik, dan lain-lain. Guru perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar
daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Ia
akan memberi gambaran kepada pelajar bahawa guru sanggup mengajar mereka terutamanya

16
dalam kelas tambahan tanpa menharapkan apa-apa balasan dan ini akan meningkatkan lagi
martabat profesion perguruan di mata mereka.

Guru juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar mereka untuk
meningkatkan lagi profesionalisme guru Guru perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibu
bapa dengan menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak mereka. Guru juga
perlu sentiasa berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antara pendidikan dengan rumah tanggga. Guru perlu menganggap maklumat yang diberikan
oleh ibu bapa berkaitan rumah tangga mereka adalah sulit dan tidak membocorkannnya
kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta, guru akan akan memberikan
maklumat berkenaan pelajar kepada ibu bapa mereka. Guru juga perlu sedaya upaya
mengelak daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibu bapa pelajar dalam
membuat sebarang keputusan dan juga daripada mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. Ini menggambarkan guru itu telus dalam
menjalankan tugasnya dan seorang yang tetap pendirian walaupun dengan persekitaran
sekarang yang makin mencabar, ini secara tidak langsung akan meningkatlkan lagi
profesionalisme guru di mata ibu bapa.

Guru juga perlu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
untuk meningkatkan profesion perguruan. Guru perlu sentiasa berusaha memenuhi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang
boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara. Guru juga perlu selalu memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap
pelajar dan bimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati orang yang lebih tua, memahami perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Guru juga perlu menghormati masyarakat di tempat yang mereka berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Contohnya jika masyarakat setempat mengadakan
aktiviti gotong-royong guru yang berkhidmat di kawasan tersebut perlu turut serta dan
mengelakkan diri daripada menjadi kera sumbang. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama

17
antara ibu bapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan supaya diterima oleh
masyarakat. Ini akan meningkatkan lagi profesion perguruan.

Profesion guru dapat dipertingkatkan melalui penerapan insan rabbani dalam diri
seseorang guru. Dari sudut agama, guru hendaklah sentiasa sedar bahawa dia mempunyai
tanggungjawab yang penuh keatas perbuatannya. Perbuatan yang dilakukan hari ini akan
dipersoalkan di hari kemudian jika guru terbabit tidak menjalankan tugas dengan baik.
Dengan kesedaran ini guru dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan
berkesan. Kesedaran ini perlu diiringi dengan usaha untuk mengikuti dan mengamalkan
ajaran agama dengan baik. Guru itu juga perlu selalu berpandukan kepada aspek keagamaan
dalam setiap tindakan yang diambil untuk mendidik para pelajar. Untuk memastikan kekal
berkualiti, seseorang guru perlu sentiasa merujuk kepda etika kerja Islam sebagai panduan.
Antara perkara-perkara yang tersenarai dalam kod etika Islam ialah bekerjasama dengan
ikhlas dan amanah, bekerja dengan tekun dan cekap, bekerja dengan semangat gotong royong
dan berpadu fikiran, dan bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Guru perlu menerapkan elemen kasih sayang semasa proses pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan profesionalisme guru. Memetik daripada akhbar Utusan
Malaysia (17/05/06) mengatakan bahawa elemen cinta dan kasih sayang semakin terhakis
dalam dunia pendidikan. Apabila elemen cinta dan kasih sayang yang selama ini
menyemarakkan bidang pendidikan negara semakin dilupakan, kesannya pelajar akan
mempunyai sentimen takut dan benci kepada guru. Guru juga perlu sentiasa memberi
dorongan kepada pelajar kerana kegiatan yang dilakukan tanpa dorongan akan menyebabkan
kegagalan. Hampir semua kegiatan yang diusahakan tanpa dorongan akan gagal mencapai
tujuannya. Khalid Mohamed Nor (1993). Salah satu dorongan ialah cita-cita. Hal ini,
menunjukkan betapa pentingnya seseorang manusia mempunyai matlamat. Dengan
mempunyai cita-cita seseorang pelajar dapat menumpukan usahanya kearah matlamat
tersebut dan secara tidak langsung pelajar itu akan akan menumpukan perhatian semasa
tempoh pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan mereka mencapai cita-cita yang

18
diimpikan. Guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi juga sebagai kawan kepada
pelajarnya. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar ini dapat
meningkatkan lagi profesionalisme guru di mata pelajar itu sendiri kerana guru terbabit
sanggup berkongsi masalah dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mereka tanpa
mengharapkan sebarang balasan. Perasaan hormat dalam diri mereka terhadap
profesionalisme guru juga turut meningkat.

Guru perlu memainkan peranan utama dalam mempertingkatkan martabat profesion


murni mereka, Berita Harian (16/05/2006). Hakikatnya, guru yang melaksanakan tugas
dengan penuh tanggungjawab, komitmen, dedikasi, penuh kecintaan serta mempunyai
kesungguhan menjiwai amanah mendidik sehingga berjaya menentukan setiap pelajarnya
mencapai matlamat yang disasarkan, secara tidak langsung akan meninggikan
profesionalisme guru itu sendiri. Guru juga perlu memastikan imej golongan pendidik
sentiasa terpelihara dengan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan
profesionalisme guru itu sendiri. Contohnya, mengetengahkan masalah mereka kepada
umum walaupun membabitkan hal yang remeh. Tindakan ini sedikit sebanyak akan
menjejaskan imej kerjaya mereka sendiri, sedangkan mana-mana profesion lain juga pasti
mempunyai masalah dan tekanan masing-masing tetapi jarang diketengahkan kepada umum.
Justeru, guru diminta supaya berhati-hati dan menyuarakan pendapat mereka dan
mengemukakan masalah melalui saluran yang disediakan, perlu diingatkan tingkah laku
seorang guru akan memberi kesan terhadap imej profesion keguruan secara keseluruhan.

Profesion keguruan merupakan suatu bidang yang hebat dan cukup mulia, untuk
meningkatkan profesionalisme guru ini, guru perlu bekerja keras dan gigih dalam usaha
mereka mendidik anak bangsa. Guru harus mensasarkan kegagalan sifar dikalangan pelajar
mereka. Hal ini bermakna guru tidak boleh senang berpuas hati walaupun hanya sejumlah
kecil peratus pelajarnya gagal dalam peperiksaan. Malah apa yang membimbangkan, adakah
kegagalan berkenaan berpunca daripada pelajar itu sendiri atu disebabkan faktor guru yang
mengajar.

19
Penghayatan Falsafah Pendidikan Negara dalam diri seorang guru dapat
meningkatkan lagi profesion keguruan. Guru merupakan golongan yang berada di barisan
paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan negara dapat melahirkan
individu yang bukan sahaja berkualiti dalam segi duniawi tetapi juga dari segi rohani. Hal ini
bermaksud, jika cabaran globalisasi menuntut agar rakyat Malaysia menjadi lebih
berpengalaman, berkemahiran, berdisiplin, dan lebih mengutamakan kualiti maka tuntutan
terhadap golongan guru sebagai golongan yang berada di hadapan jauh lebih hebat. Secara
tidak langsung juga kebergantungan masyarakat dan negara terhadap profesionalisme guru
meningkat.

Profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui penyertaan guru dalam


kesatuan-kesatuan guru yang berdaftar. Hal ini diyakini dapat menguat dan mengukuhkan
lagi penyatuan perjuangan guru secara permuafakatan selaras dengan kehendak profesion
keguruan. Hal ini merupakan resolusi pertama Persidangan Permuafakatan Pendidikan
Kesatuan dan Persatuan Guru Malaysia (PPKPGM) yang menyeru agar setiap warga
pendidik menyertai salah satu kesatuan guru yang terdapat di negara ini. (Yazid, 2001).
Penyertaan guru dalam persatuan membolehkan para guru menyalurkan masalah mereka di
tempat yang sepatutnya, bukannya menghebohkan masalah mereka kepada khalayak umum
seolah-olah profesion-profesion lain tidak mempunyai masalah. Hal ini akan merendahkan
lagi profesion perguruan di mata masyarakat.

20
KESIMPULAN

Semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan profesionalisme guru dan
tidak mengharapkan sebelah pihak sahaja. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan lagi profesionalisme guru. Profesion perguruan merupakan satu profesion
yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk
melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak
harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan bidang ini sebagai pilihan terakhir untuk
diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan bebanan
yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang
rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini
perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.

21
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin (2008). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum Edisi Kedua. Tanjong
Malim. Quantum Books.

Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi Ketiga. Tanjong
Malim, Quantum Books.

Dr.Engkoswara. M.Ed, (1984). Dasar-dasar Metodologi Pengajaran. Jakarta. Pt Bina


Aksara.

Ea Ah Meng. (1999). PENDIDIKAN DI MALAYSIA I Falsafah Pendidikan. Guru dan


Sekolah Edisi Kedua. Shah Alam. Fajar Bakti

Foo Say Fooi. (2005). Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang. Selangor. Fajar
Bakti.

Hassan Langgulung. (1991). Kreativiti Dan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://www.moe.gov.my

Nazirmuddin Ahmad (2005). Pengantar Etika Edisi Ketiga. Batu Caves. Kuala Lumpur.
Pustaka Salam Sdn Bhd.

Prof. Dr.S.Nasution. M.A. (1995). Didaktik Asas-Asas Mengajar. Jakarta. Bumi Aksara

W.A.Dodd (1977). Guru Dengan Tugasnya : Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Marzita Abdullah, Utusan Malaysia. Pengambilan guru diperketatkan 2007. m/s 4-7.

17.08.2006. Elemen Kasih Sayang Semakin Terhakis Dalam Dunia Pendidikan. m/s 1-3

Syuhada Choo Abdullah. Berita Harian. 16.05.2006. Memartabatkan profesion keguruan.


m/s 2-5

22

You might also like