P. 1
Kaedah Komunikasi Islam

Kaedah Komunikasi Islam

4.95

|Views: 7,645|Likes:
Published by IMM
komunikasi menurut pandangan Islam
komunikasi menurut pandangan Islam

More info:

Published by: IMM on Feb 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/27/2013

pdf

text

original

Kaedah Komunikasi Islam

Beberapa Kaedah Produktiviti Kerja
Ahmad Sufyan

Komunikasi
Che

Islam:
Abdullah

Menjamin

Komunikasi adalah asas dalam kehidupan seseorang manusia. Dalam sesebuah organisasi, komunikasi ibarat nadi yang menggerakkan fungsi pengurusan sesebuah organisasi. Komunikasi menjadi medum penyebaran maklumat daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Justeru, sistem pengurusan organisasi atau masyarakat akan tergendala tanpa komunikasi. Semakin berkesan system komunikasi di amalkan, semakin cekaplah pengurusan dan pentadbiran yang sesebuah organisasi tersebut. Sama ada komunikasi itu melalui saluran rasmi atau tidak rasmi, sistem komunikasi perlu melalui kaedah yang betul dengan etika yang baik untuk memastikan keberkesanannya.

Islam sebagai cara hidup yang komprehensif telah menyediakan alternatif kepada sistem komunikasi biasa yang sering menimbulkan masalah. Islam bukan sekadar menyediakan etika, bahkan Islam juga menyediakan teknik-teknik komunikasi yang berkesan untuk menjamin pelaksanan pengurusan dan pentadbiran yang efektif melalui teladan yang ditunjukkan oleh Sunah Nabi Muhammad. Itu pun jika kita melihat Sunah secara universal dan pandai mentafsirkannya mengikut kesesuaian realiti semasa. Dalam Islam, sistem komunikasi bermula dengan kepastian mengenai ketepatan maklumat, kejujuran dan ketelusan dalam komunikasi, keadah-kaedah komunikasi, serta amalan-aman dalam komunikasi yang menjamin keberkesanan komunikasi dan pengurusan, seterusnya meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja. Prinsip Pertama: Semakan Ketepatan Fakta

Kaedah yang pertama dalam sistem komunikasi Islam ialah prinsip ketepatan fakta dalam penyampaian sesuatu maklumat. Dalam Islam, fakta-fakta yang diterima hendaklah ditapis, disaring dan disahkan kebenarannya sebelum disampaikan kepada orang lain. Amalan menerima dan terus menyebarkan fakta kepada orang lain tanpa memeriksa dahulu ketepatan maklumat adalah jelas menyalahi ajaran Islam. Firman Allah di dalam al-Quran ini jelas menunjukkan betapa pentingnya pengesahan sesuatu maklumat: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” [al-Hujurat:6] Fakta-fakta hendaklah disahkan daripada sumber berautoriti sebelum disebarkan kepada orang lain. Dengan cara ini, organisasi boleh mengawal komunikasi ‘grapevine’ daripada menyebarkan spekulasi yang lebih banyak memberikan kesan buruk berbanding kesan yang baik. Dalam kes ini juga, maklumat-maklumat yang masih spekulatif atau semata-mata sangkaan wajar dielakkan daripada disebarkan. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari maklumat berupa sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang

dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” [alHujurat: 12]. Dengan ini, hanya maklumat-maklumat yang benar sahaja yang tersebar dan keadaan ini akan memantapkan lagi operasi sesebuah organisasi. Pilih Maklumat Yang Sesuai Dengan Penerima Yang Sesuai

Kaedah kedua dalam komunikasi ialah pemilihan terhadap maklumat yang ada sebelum disebarkan kepada orang lain. Jika anda seorang pengurus, tidak semua maklumat yang anda terima perlu disebarkan, tetapi ketepatan memilih maklumat berasaskan fungsi yang boleh dilakukan oleh penerima maklumat. Maklumat yang tepat, jika diberikan kepada penerima yang tidak sepatutnya, boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Jika dilihat dalam sejarah Rasulullah, bagaimana baginda berkomunikasi dengan pelbagai jenis dan darjat manusia, adakalanya baginda memperincikan perkara yang sama dengan maklumat yang berbeza-beza, sesuai dengan fungsi yang dapat diamalkan oleh penerima tersebut. Dalam suatu keadaan Rasulullah menyatakan sebaik-baik amalan ialah beriman kepada Allah [Sahih Bukhari, Kitab al-Iman, no 26] dan dalam situasi yang lain Rasulullah menyatakan sebaik-baik amalan ialah mengerjakan sembahyang dalam waktunya dan berbuat baik kepada ibu bapa [Sahih Bukhari, Kitab Mawaqit al-Solah, 396]. Menurut seorang penulis pengurusan, Stephen P. Robbin, kesilapan dalam memilih saluran dan maklumat yang tepat boleh menjadi antara halangan dalam komunikasi efektif dan membantutkan perjalanan organisasi. Seseorang pengurus perlu memilih maklumat yang sesuai, atau memilih penerima yang sesuai untuk menerima sesuatu maklumat. Kekuatan Bahasa dan Kepetahan Berbicara

Penggunaan bahasa yang jelas dengan kepetahan berkata-kata juga penting dalam komunikasi yang berbesan. Ini merupakan salah satu daripada kaedah komunikasi yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunah. Dalam kisah dakwah Nabi Musa yang dijelaskan oleh al-Quran, Nabi Musa pernah meminta kepada Allah, “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku; dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku” [Ta Ha: 27-30] Daripada kisah ini, menurut Dr Iqbal Yunus, dapatlah difahami bahawa komunikasi efektif memerlukan kepada kemahiran berkata-kata untuk menyampaikan mesej dengan jelas kepada penerima. Justeru, jika anda ingin menjadi pengurus yang baik, anda wajar melatih diri supaya petah berkata-kata, atau melantik juru cakap yang petah berkata-kata, sebagaimana Nabi Musa meminta Harun membantu baginda berdakwah kepada Firaun. Prinsip Hikmah Dalam Komunikasi

Islam juga meletakkan prinsip hikmah dalam berkomunikasi. Firman Allah di dalam al-Quran: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik” [al-Nahl: 125] Dr. Yusuf alQaradawi dalam kuliah Ramadan beliau tahun lalu menghuraikan bahawa ayat ini memberi panduan dalam berkomunikasi dengan mereka yang sealiran dan yang tidak sealiran. Dalam mana-mana organisasi sering terjadi konflik dua pihak. Maka Allah menyeru agar kita berbicara dengan penuh hikmah dengan memberi pengajaran yang baik kepada mereka yang sealiran dengan kita, manakala berbincang dan berbahas dengan cara terbaik dengan mereka yang berkonflik dengan kita. Konflik tidak boleh dibiarkan berlalu tetapi perlu diselesaikan dengan

cara Prinsip

komunikasi

dengan

cara-cara

yang

difikirkan

terbaik.

Taqwa

Dalam organisasi, sistem komunikasi yang berjaya ialah dengan menggunakan pelbagai saluran, saluran rasmi dan saluran tidak rasmi. Krisis sering terjadi apabila saluran komunikasi tidak rasmi tidak dikawal dengan nilai dan etika. Sebab itu Islam meletakkan taqwa sebagai salah satu kaedah penting berkomunikasi. Hal ini kerana Dalam organisasi sudah tentu terdapat pelbagai bangsa, kaum, budaya dan ragam manusia. Dengan adanya taqwa, manusia akan menjaga batas-batas komunikasi mereka secara lebih berkesan. Firman Allah: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” [al-Hujurat: 13] Takwa bererti sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam melalukan sesuatu perkara dengan mengelakkan diri daripada dosa dan sifat tercela. Islam mencela sifat memburuk-burukkan kaum dan puak lain [al-Hujurat: 11], juga mengumpat dan membuka aib orang lain kepada umum. [al-Hujurat: 12]. Saluran komunikasi tidak rasmi di dalam sesebuah organisasi sudah tentu beroperasi dengan licin tanpa ada masa mengumpat dan memburuk-burukkan pekerja lain. Takwa juga menjadikan seseorang itu sentiasa manjauhi sifat buruk sangka terhadap orang lain. Stephen P. Robbin juga pernah menyeraikan sifat buruk sangka ini sering menimbulkan suasana tidak selesa dalam organisasi. Keadaan boleh terjadi andainya pengurus memuji seseorang pekerja di hadapan pekerja lain, maka orang yang buruk sangka akan menganggap pekerja yang dipuji itu suka membodek pengurus sedangkan alangkah baiknya jika dia bersangka baik dan mahu berusaha pula untuk menjadikan dirinya yang terbaik juga. Orang yang bertakwa dalam berkomunikasi sentiasa menjaga batas suara ketika berbicara, mengelakkan diri daripada menipu dan berdusta, menggunakan perkataan yang manis dan menjaga adab-adab dalam berkomunikasi sesama manusia. Rasulullah bersabda dalam memberikan adab-adab komunikasi: “Tidak beriman seseorang itu sepenuhnya selagi dia berdusta ketika bergurau dan bertengkar dengan orang lain sekalipun ia benar” [Musnad Ahmad, no 8276] Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah mengucapkan yang baik-baik atau pun dia hanya diam” [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, no 67]. Firman Allah: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” [al-Asr: 1-3] Ayat ini menjelaskan tentang adab-adab yang perlu diamalkan dalam komunikasi oleh seorang perkerja yang beriman dan produktif. Pekerja yang produktif tidak menghabiskan masanya dengan berbual-bual kosong di kafe atau gerai-gerai minum, tetapi sentiasa melakukan kerja yang produktif. Dia juga sentiasa menjaga komunikasinya daripada menyampaikan berita-berita yang tersasar daripada kebenaran juga mengingatkan tentang hari akhirat pada waktu senang. Pada waktu susah, pekerja ini sentiasa berpesan supaya bersabar menghadapi ujian dan kesukaran dalam pekerjaan. Etika, adab, dan prinsip dalam komunikasi Islam

bukanlah untuk mengehadkan kebebasan manusia, tetapi menjamin keberkesanan organisasi sekali gus meningkatkan produktiviti negara.

http://ideologi.muamalat.net
Kemahiran Komunikasi Dalam Islam

Kemahiran Komunikasi

Apabila suatu maksud telah berjaya disampaikan antara seseorang kepada seorang yang lain, atau sekumpulan manusia, itu dinamakan komunikasi telah berlaku. Secara teorinya, komunikasi berlaku dengan pelbagai medium sama ada secara kunonya simbol-simbol, bahasa isyarat, komunikasi lisan, kod-kod, atau apa jua bentuk yang sesuai digunakan sebagai menyampaikan maklumat dengan berkesan. Komunikasi dianggap berkesan sekiranya maklumat atau maksud yang ingin disampaikan oleh pihak yang menyampaikan maklumat telah diterima dan difahami, serupa dengan apa yang ingin disampaikan. Namun sering terjadi masalah dalam organisasi, kumpulan, masyarakat, bahkan rumah tangga, banyak masalah yang diakibatkan oleh masalah komunikasi. Antara punca masalah yang tidak lagi menjadi rahsia kepada kita ialah seperti penyelewengan fakta atau tidak amanah dalam komunikasi, menyimpan maklumat yang patut disampaikan, atau mendedahkan maklumat yang tidak patut disampaikan, menyampaikan maklumat yang salah, tidak tepat, fitnah, pembohongan, mengumpat, mencela, dan pelbagai lagi bentuk kepincangan komunikasi. Hasilnya, organisasi akan bercelaru, masyarakat porak peranda dan rumah pun boleh tercabut tangga!! Begitulah parahnya jika komunikasi tidak dijaga dengan baik. Impak negatif komunikasi tanpa sistem sudah tentu merosakkan organisasi. Sebaliknya, sekiranya komunikasi dilakukan dengan cara yang baik, pelbagai impak positif pula boleh dilihat. Komunikasi boleh memotivasikan manusia, boleh mendidik masyarakat, boleh membina jiwa dan boleh melancarkan kerja. Biasanya jika maklumat itu tepat, wajar disampaikan serta dilakukan dengan cara yang betul dan cepat. Bagaimana Islam mengemukakan teorinya?

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->