You are on page 1of 5

GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI

Konsep Pinggir Pantai

Adalah zon yg terletak di antara tikas air pasang dgn tikas air surut ombak.
Pantai merupakan satu jalur linear daratan yg terdiri drp timbunan bahan mendak yg
peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yg berasal dari
laut dan sungai.

Antara agen geomorfologi yg bertindak di zon pinggir pantai ialah:


Ombak
Arus
Arus Pasang-surut
Tindakan Angin
Agen Geomorfologi Pinggir Pantai

1. Ombak, terbahagi 2;

Ombak Pembina mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai lalu
membentuk jaluran pantai yg lebar.

Ombak Pembinasa menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yg telah dibina oleh
ombak pembina. Biasa berlaku ketika ribut pada musim tengkujuh atau kesan
gelombang ‘Tsunami’ akibat gempa bumi dan gerakan tektonik di dasar laut.

2. Arus

Terdapat pelbagai jenis arus seperti arus pesisir pantai (hanyutan pesisir pantai)
terhasil drp perbezaan sudut damparan dan balikan ombak. Arus ini bergerak
disepanjang garis pantai dan mengangkut bahan pantai secara ‘zig-zag’.

3. Arus pasang-surut

Agen pasang dan surut juga mempengaruhi bentuk-bentuk bumi di zon pinggir pantai
khususnya di muara sungai. Pasang dan surut terjadi akibat putaran bumi di atas
paksinya.

4. Angin

Bertindak di zon luar pesisir yg tidak dicapai oleh tikas air pasang. Angin boleh
mengangkut, memendap dan memusnahkan bentuk-bentuk muka bumi yg terdapat di zon
luar pesisir.

Faktor mempengaruhi proses geomorfologi Pinggir Pantai

1. Halaju angin

Menentukan saiz dan kekuatan ombak. Tiupan angin perlahan membolehkan ombak
pembina terbentuk untuk memendapkan muatannya. Angin kencang menghasilkan ombak
pembinasa yg bertindak menghasilkan hakisan.

2. Orientasi pantai

Pantai yg terdedah secara langsung kepada serangan ombak seperti kawasan pantai
timur Semenanjung Malaysia akan mengalami kadar hakisan yg kuat semasa Monsun
Timur Laut. Pantai yg terlindung pula akan mengalami kadar pemendapan yg tinggi
kerana di kawasan ini halaju ombak menjadi perlahan.
3. Kedalaman air

Kawasan pantai yg dalam mengalami kadar hakisan yg tinggi. Kawasan pantai yg cetek
pula mengalami pemendapan yg tinggi kerana ombak kehilangan tenaga akibat geseran
dgn dasar pantai.

4. Faktor Geologi

Meliputi jenis dan ketahanan batuan serta struktur cerun tersebut. Pantai yg
terbentuk oleh batuan yg keras tahan di hakis ombak dan pantai itu berbentuk
tanjung. Pantai yang berbatuan lembut, mudah terhakis dan ia akan membentuk teluk.

5. Kualiti dan kuantiti bahan

Jika Ombak membawa muatan yg keras seperti batu kerikil dan batu tongkol maka
kadar hakisan pantai akan meningkat kerana bahan tersebut bertindak sebagai alat
penghakis yg berkesan.

Jika ombak membawa batuan yg lembut dalam kuantiti yg banyak seperti batu lada,
kulit-kulit kerang dan siput serta pasir laut akan mempengaruhi pemendapan di
pantai berkenaan.

6. Pertembungan arus laut dgn arus sungai

Pertembungan kedua-dua arus ini selalunya berlaku di muara. Kedua-dua arus


kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan-bahanya di dasar muara berkenaan. Kadar
pemendapan bergantung kepada kuantiti bahan yg di bawa oleh kedua-dua arus.

7. Perbezaan tikas air pasang dan tikas air surut

Semakin besar beza maka zon yang boleh dihakis dan dimendapkan menjadi semakin
lebar. Tikas air pasang yg tinggi dan tikas air surut yg rendah di muara akan
mempengaruhi kelebaran bahan muatan yg akan dimendapkan seterusnya kelebaran delta
yg akan terbentuk.

Faktor penyebab kelandaian dan kecuraman pantai

1. Jenis dan saiz bahan mendak (Sedimen)

Bahan mendak kasar akan membentuk pantai yang curam manakala bahan mendak halus
akan membentuk pantai yg landai. Taburan bijian pasir menunjukkan bijian kasar di
sebelah atas cerun dan semakin halus menghala ke gigi air. Cerun pandai lebih
curam di bahagian atas berbanding dgn bahagian bawah. Keadaan ini disebabkan
tenaga damparan ombak lebih tinggi semasa menghempas pantai berbanding tenaga
lurutannya.

2. Faktor jenis dan kekuatan ombak.

Ombak pembinasa (ombak junam) mempunyai tenaga kinetik yg kuat untuk menghempas
dan memusnahkan cerun pantai. Selepas ombak ini berlaku cerun pantai yg landai
bertukar menjadi ceun curam. Profil rentas pantai juga menjadi lebih pendek krn
ombak ini mempunyai kusa hakis-angkut yg kuat. Sekiranya ombak pembina (ombak
limpah) berlaku pantai akan banyak bahan enapan yg akan dimendapkan menjadi pantai
yg landai.

3. Orientasi pantai
Pantai yg terdedah kepada lautan luas akan menerima damparan dan arus yg kuat
membantuk cerun yg curam seperti pantai timur Semenanjung Malaysia yg terdedah
kepada damparan ombak Laut China Selatan. Pantai yg terlindung pula akan menerima
damparan dan arus yang lemah yg membentuk cerun landai dengan bahan enapannya
seperti pantai barat Semenanjung Malaysia yang terlindung dari tiupan angin oleh
Pulau Sumatera.

4. Faktor manusia

Pantai yang dibangunkan dengan aktiviti penebangan pokok hutau pantai, mengorek
pasir dan mendalamkan muara sungai akan mengalami hakisan yang kuat menyebabkan
cerun pantai menjadi curam. Aktiviti penyuburan pantai seperti penanaman pokok rhu
dan bakau, membina benteng pecah ombak akan menyebabkan penambahan pasir pantai
yang menjadikan cerun landai.

5. Pengaruh arus

Arus pasang surut yang bergerak selari dengan garis pantai akan memendakkan bahan
enapan yang banyak jika pantai bersebelahan dengan muara sungai. Semakin banyak
bahan mendapan yang di bawa arus maka cerun pantai menjadi landai. Pantai yang
berlumpur lebih landai berbanding pantai yang berpasir kerana ia mempunyai
kuantiti, mengalami serakan dan timbun-tambah bahan sedimen yang lebih banyak.

Hakisan Ombak

1. Tindakan Hidraulik

Tindakan hakisan yang disebabkan oleh kuasa air laut itu sendiri tanpa melibatkan
bahan/muatan yang dibawanya. Ombak yang menghempas pantai (swash) akan memampatkan
udara yang terdapat dalam rekahan batuan menyebabkan rekahan mengalami
pengembangan. Apabila ombak mengundur (backwash) udara dalam rekahan menguncup
maka rekahan mengalami kenduran. Proses yang berulang-ulang menyebabkan batuan
pecah dan runtuh.

2. Tindakan kikisan atau lelasan

Tindakan ini melibatkan bahan-bahan muatan yg di bawa ombak dgn batuan di kaki
cenuram atau tanjung yg mengadap ombak. Bahan ombak seperti batu pasir, kerikil,
batu lada, serpihan batuan akan bertindak sebagai alat penghakis untuk mengesel
dan menghauskan kaki cenuram tadi. Keberkesanan proses ini amat dipengaruhi oleh
bahan yg dibawa oleh ombak.

3. Tindakan lagaan

Proses hakisan yang melibatkan perubahan saiz dan bentuk pada bahan-bahan pantai
apabila mereka berlanggar dan berlaga sesama sendiri. Contohnya batu tongkol
bertukar menjadi serpihan prismatik yg lebih kecil akibat perlanggaran.
Perlanggaran berlaku dalam dua arah iaitu ke atas dan ke bawah semasa damparan dan
semasa lurutan ombak.

4. Tindakan larutan

Proses hakisan laut secara kimia iaitu air laut bertindak melarutkan mineral
batuan yang ada di pinggir pantai. Contohnya mineral mudah larut dan bersifat
menyerap air seperti kalsium karbonat (batu kapur) akan menjadi kalsium hidrogen
karbonat atau kalsium bikarbonat.
Bentuk bumi Hakisan Ombak

1.Tebing tinggi

Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul pada rekahan
di tebing.
Terbentuk apabila ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang.
Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk.

2. Tanjung

Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut
yang berselang-seli. Terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak.

3. Teluk

Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut
yang berselang seli. Terbentuk di bahagian batuan lembut yang dihakis oleh ombak.

4. Gerbang Laut

Terhasil daripada hakisan gua laut. Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi
dinding dua buah gua laut yang bertentangan akan membentuk gerbang laut.

5. Batu Tunggul

Terhasil akibat tindakan penggondolan terhadap gerbang laut. Apabila bumbung


gerbang laut runtuh, batu tunggul terbentuk.

Pengangkutan Ombak

1. GolekanBahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar laut oleh
ombak.
2. Hanyutan pesisir pantai -Pergerakan bahan-bahan seperti pasir, batu kelikir
selari dengan pantai.
3. Ampaian - Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan
kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam laut.

4. SeretanBahan -bahan diseret di bahagian bawah laut dari atas pantai ke luar
pantai oleh arus seret.

Faktor mempengaruhi pengangkutan ombak

1. Tenaga arus
Arus yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan ke tempat yang lebih jauh.

2. Saiz bahan
Semakin berat dan besar bahan yang diangkut kadar pengangkutan menjadi lemah.

3. Orientasi pantai
Pantai yang terdedah kepada ombak akan menggalakkan proses pengangkutan

4. Halangan
Pokok bakau dan binaan groin akan menghalang proses pengangkutan.
5. Tenaga ombak
Ombak pecah menyeret bahan-bahan ke arah pantai dan unduran ombak menarik balik
setengah daripada bahan tersebut.Ombak yang serong mengangkut bahan di sepanjang
pantai.Jika tenaga ombak hilang, proses pengangkutan terhenti.

Bentuk Bumi Pemendapan Ombak

1. Pantai
Kawasan pingir laut yg terletak antara tikas air surut yg terendah dgn tikas air
pasang yg tertimggi.

2. Beting pasir
Merupakan penimbunan pasir yang merentangi sesebuah teluk. Terbentuk samada selari
dengan garisan pantai atau bersudut tepat dengannya.

3. Tetanjung
Merupakan permatang berupa tanduk yang dibentuk oleh pemendapan pasir di hujung
teluk atau muara sungai. Anak tanjung menganjur ke laut manakala bahagian
hujungnya bersambung dengan pinggir pantai. Juga dikenali sebagai tetanjung.

Kesan aktiviti pembangunan ke atas pinggir pantai

Aktiviti manusia yang menyebabkan hakisan pantai

1.Pembangunan pelancongan – pembinaan hotel, resort, chalet dll


2.Pemusnahan hutan bakau untuk projek pembangunan
3.Aktiviti pengorekan pasir.
Kadar hakisan meningkat menyebabkan pantai semakin sempit.

Langkah Mengawal hakisan pantai

1. Langkah perundangan
Melibatkan pelaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah sesuatu sumber daripada
mengalami kemusnahan. Cth Melalui Akta Perhutanan Negara 1984 kawasan hutan bakau
di gazetkan sebagai kawasan hutan simpan.

2. Pengurusan Strategik
- Pengawalan penebangan hutan bakau. Cthnya menggunakan kaedah tebangan memilih.
- Penanaman semula tumbuhan pinggir pantai.
- Pembinaan benteng batuan dan tembok penahan untuk mencegah hanyutan pasir.
- Pembinaan daik untuk mencegah kemasukan air laut.
- Pembinaan dinding konkrit di cerun curam pinggir pantai

3. Kempen
- kesedaran dalam kalangan masyarakat umum sentiasa dilakukan melalui kempen,
forum,
usaha gotong-royong.
- pendidikan alam sekitar sama ada secara formal atau tak formal

You might also like