You are on page 1of 37

FADILAT AL - FATIHAH...

usaha dan
tawakkal

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh


Bismilahhiromannirohim
Sekadar berkongsi Ilmu, betapa besar Fadilat KALAMULLAH, Al -
Fatihah, mengandungi 7 ayat, yang membawa maksud
PEMBUKAAN, satu maksud yg sangat dalam.. membuka kepada
banyak punca2, yg semestinya bernawaitukan kebaikan ummah,
membuka pintu2 rezeki, membuka hati2 kepada keimanan dan takwa,
membuka jalan kepada penyelesaian masalah. Kerana kebaikan yg
banyak terkandung didalam Al- Fatihan inilah maka ia digelar 'Um-mul
Kitab (ibu kitab – AlQuran).
7 ayat bermula dengan Bismillah.. yg menggambarkan kebesaran
ALLAH yg MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. Tiada
selayangnya kepada DIA lah kita memohon doa dan mengadu segala
masalah. Kepada DIA juga kita panjatkan harapan dan sentiasalah
USNUZON (bersangka baik kepada Allah Swt) bahawa ALLAH swt
akan tetap mengabulkan doa kita dan usaha kita selama ini, pada
waktu yang tepat iaitu, pabila HANYA ALLAH YG MAHA
MENGETAHUI SAAT DAN TIKANYA DETIK TERSEBUT –
Wallahu'alam….
Petua dan tips daripada Dr.Fatma..

(From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al
Fatihah)

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all


the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:


* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take
a
bath with that water.

3. For the mentally ill:


* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in
the morning and once at night, everyday without fail.
4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink
it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:


* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the
door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva
from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:


* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,


dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari
malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah


masuknye waktu Maghrib.

* duduk menghadap kiblat

* lakukannya dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita

* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-


panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye
waktu maghrib.

* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar"


dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg
MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.

* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah. Wallahualam.
Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her
closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.


1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap
hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas
sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look
young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan
ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga


boleh menghilang/meredakan.

hai org2 yg BERIMAN, minta tolonglah dengar SABAR DAN


SEMBAHYANG. sesungguhnya ALLAH berserta org2 yg
SABAR.- Al Baqarah : 153

Siapakah Qarin

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh
dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke
dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak
terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang
lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya


membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak
baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk
menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan


membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka
terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh
mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu
menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya
dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan,
banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap


kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa
malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku
juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat
kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat
Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w.


keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-
tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi,
apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang
yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah
dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda
Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah
engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah
membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara,
iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam.
Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap
kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang


mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang
kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang
megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus,
"Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir,
makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang
mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama
dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal


dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin
terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun,
apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke
hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak
bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Siapakah Qarin

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh
dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke
dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak
terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang
lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya


membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak
baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk
menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan


membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka
terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh
mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu
menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya
dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan,
banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap


kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa
malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku
juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat
kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat
Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w.


keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-
tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi,
apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang
yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah
dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda
Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah
engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah
membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara,
iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam.
Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap
kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang


mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang
kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang
megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus,
"Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir,
makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang
mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama
dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal


dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin
terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun,
apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke
hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak
bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

at 11:06 AM 0 comments

Labels: tazkirah

Malam indah seribu bulan

Wednesday, 03 October 2007

MALAM yang sejahtera sehingga terbit fajar

LAILATUL QADAR atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: ‫( ) لَيْلَةِ الْقَد ْ ِر‬malam
ketetapan/kemuliaan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan
Ramadan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih
baik dari seribu bulan.
Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi
tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat Al Qadar, surat
ke-97 dalam Al Qur'an.

Etimologi

Menurut Quraish Shihab, kata Qadar (‫ )قﺩﺭ‬sesuai dengan penggunaannya


dalam ayat-ayat Al Qur'an mempunyai tiga maksud iaitu [1]:

PERTAMA: Penetapan dan pengaturan sehingga Lailat Al-Qadar


difahami sebagai malam penetapan Allah bagi perjalanan hidup
manusia.

Penggunaan Qadar sebagai ketetapan dapat dijumpai pada surat Ad


Dukhan ayat 3-5 : Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada
suatu malam, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada
malam itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, yaitu urusan yang
besar di sisi Kami.

KEDUA: Kemuliaan. Malam tersebut adalah malam mulia tiada


bandingnya. Ia mulia karena terpilih sebagai malam turunnya Al-Quran.
Penggunaan Qadar yang merujuk pada kemuliaan dapat dijumpai pada
surat Al-An'am (6): 91 yang berbicara tentang kaum musyrik: Mereka itu
tidak memuliakan Allah dengan kemuliaan yang semestinya, tatkala
mereka berkata bahwa Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada
masyarakat

KETIGA: Sempit. Malam tersebut adalah malam yang sempit, karena


banyaknya malaikat yang turun ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam
surat Al-Qadr. Penggunaan Qadar untuk melambangkan kesempitan dapat
dijumpai pada surat Ar-Ra'd ayat 26: Allah melapangkan rezeki yang
dikehendaki dan mempersempit (bagi yang dikehendaki-Nya)

Keistimewaan

Dalam Al Qur'an, tepatnya Surat Al Qadar malam ini dikatakan memiliki


nilai lebih baik dari seribu, bulan .97:1 Pada malam ini juga dikisahkan Al
Qur'an diturunkan, seperti dikisahkan pada surat Ad Dukhan ayat 3-6. 44:3
Waktu

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa terjadinya malam Lailatul


Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadan, hal ini berdasarkan
hadits dari Aisyah yang mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa
sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan beliau
bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil)
pada 10 hari terakhir bulan Ramadan" " (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim
1169)

Terjemahan Surah Al Qadar


َ
ِ ‫ن الََر‬
ِ‫حيم‬ ِ ‫م‬ ْ ‫سم ِ الل َهِ الََر‬
َ ‫ح‬ ْ ِ‫ ب‬:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

‫ْر‬
ِ ‫َد‬
‫ْق‬‫ِ ال‬
‫َة‬‫ْل‬
‫َي‬‫ِ ل‬
‫ُ ف‬
‫َاه‬
‫ْن‬‫َل‬
‫ْز‬‫ّا أن‬
‫إن‬
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam
kemuliaan. (QS. 97:1)

‫َا‬
‫َ م‬‫َاك‬
‫ْر‬‫َا أد‬‫َم‬
‫و‬
‫ْر‬
ِ ‫َد‬
‫ْق‬‫ُ ال‬
‫َة‬‫ْل‬
‫َي‬‫ل‬
[97.2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

‫ْر‬
ٍ ‫َه‬
‫ِ ش‬
‫ْف‬‫ْ أل‬
‫ِن‬‫ٌ م‬
‫َي‬
ْ ‫ِ خ‬
‫ْر‬‫َد‬
‫ْق‬‫ُ ال‬
‫َة‬‫ْل‬
‫َي‬‫ل‬
[97.3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

‫ِم‬
ْ ‫َب‬
ّ ‫ِ ر‬
‫ْن‬‫ِإذ‬
‫َا ب‬
‫ِيه‬
‫ُ ف‬
‫ّوح‬
‫َالر‬
‫ُ و‬
‫َة‬‫ِك‬
‫َلئ‬
‫ُ ال‬
ْ ‫ّل‬‫َز‬
‫َن‬‫ت‬
‫ْر‬
ٍ ‫ّ أم‬ ‫ُل‬
‫ْ ك‬‫ِن‬
‫م‬
[97.4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan
izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

‫ْر‬
ِ ‫َج‬
‫ْف‬‫ِ ال‬
‫َع‬‫ْل‬
‫َط‬‫ّ م‬
‫َت‬‫َ ح‬
‫ِي‬‫ٌ ه‬
‫َلم‬
‫س‬
[97.5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

at 8:51 AM 0 comments

Labels: tazkirah

Thursday, September 27, 2007

Antara Malaikat,manusia dan haiwan

Malaikat: diberi kepadanya akal, tidak diberi nafsu.


Haiwan: diberi nafsu, tidak diberi kepadanya akal.

Manusia: diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu.

Kalau akal manusia dapat mengalahkan nafsunya, maka naiklah manusia ke darjat
malaikat, bahkan melebihi malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada Allah.
Tetapi jika dia tunduk kepada nafsunya, maka turunlah dia kepada darjat haiwan.

Untuk mengatasi nafsu:

hendaklah melawan nafsu dari bertindak semua-muanya

hendaklah memberati dengan beban ibadat yang banyak.

Hendaklah memohon bantuan Allah, minta diselamatkan dari bahaya nafsu angkara
jahanam yang mencabar.

Minta diteguhkan iman dan taqwa, supaya dapat melawan nafsu.

at 8:31 AM 0 comments

Labels: tazkirah

Setiap Larangan/Suruhan Pasti Ada


Hikmahnya

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak


dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran
Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis
di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam
Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu
bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau
akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan
sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari
kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah
Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi
konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada
di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman
(digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg
diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu
liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi
(tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah
penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the
first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu
GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk


membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan
makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum


makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan
musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri
kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita
minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk
air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas
dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu
carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu
sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam
menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam
sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat
melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan
dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini,
manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah
kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu
sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu
dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,
walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi
dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus
HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia
akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh
Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka 'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).


Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan
dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka 'bah sekarang itu, adalah betul-
betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah
yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana
ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia
memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4
imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi 'i, melambangkan kebenaran keempat-
empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.


TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA....

-
.

at 7:50 AM 0 comments

Labels: tazkirah

Kepentingan bersedekah

Bersedekah

Bersedekah menutup 10 pintu kejahatan

..menolak bala dan memanjangkan umur.

..harta yang halal akan diampunkan dosanya, dilepaskan dari neraka dan masuk ke
syurga

* Bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada kita

Jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu kerana kadang-
kadang datang kepadamu itu bukan manusia ??..
Sedekah ada 10 kepujian ? 5 di dunia dan 5 di akhirat

5 DI DUNIA

MENCUCIKAN HARTA

MENCUCIKAN BADANNYA

MENOLAK BALA DAN PENYAKIT

MENGGEMBIRAKAN ORANG MISKIN DAN MENGGEMBIRAKAN ORANG MUKMIN (AMALAN


YANG SANGAT MULIA)

BERKAT HARTANYA DAN DILUASKAN ALLAH REZEKINYA

5 DI AKHIRAT

dinaungkan dia dari panas akhirat

ringan hisabnya

berat timbangan amalannya

mudah melalui titian siratulmustakim

bertambah darjatnya di dalam syurga.

at 6:33 AM 0 comments

Labels: tazkirah

Mengapa amalan kita ditolak?

Mengapa Amal Ibadat Kita Ditolak ??

Walaupun amalan yang dibuat begitu banyak dan tekun namun?..malaikat yang
menjaga pintu-pintu langit akan menolak amalan kita atas arahan yang diberikan
kepadanya.

Di langit pertama: amalan orang yang suka mengumpat akan dihempaskan ke


mukanya.

Di langit ke dua: amalan orang yang bermegah dengan kebendaan akan dipukulkan
semula ke mukanya.

Di langit ketiga: amalan orang yang takabbur akan dipukulkan ke mukanya

Di langit keempat: amalan orang yang 'ujub (merasa bangga kerana banyak amalan
hingga menghairankan dirinya) akan dipukulkan amalannya ke belakang dan
perutnya
Di langit kelima: amalan orang yang hasad dengki akan dipukulkan ke mukanya
semula.

Di langit keenam: amalan orang yang tidak bersifat rahim ( cth mentertawakan
orang yang dalam kesusahan) akan dipalukan ke muka tuannya.

Di langit ketujuh: amalan orang yang ria' akan dipalukan amalannya ke muka dan
segala anggota badannya dan??.

Di langit kelapan: amalan orang yang tidak benar-benar ikhlas akan dilaknati oleh
Allah

?..petikan Fazilat Rejab, Syaaban dan Ramadan oleh Bubiman Radzi?..?..

at 6:31 AM 0 comments

Labels: tazkirah

Kisah kita yang terlupa

Sabda Nabi S.A.W: akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara:

Kasih mereka kepada hidup ? lupa mereka kepada mati

Kasih mereka kepada harta ? lupa mereka kepada hisab

Kasih mereka kepada mahligai ? lupa mereka kepada kubur

Kasih mereka kepada dunia ? lupa mereka kepada akhirat

Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepadaima
bahagi:

hartanya untuk warisnya.

Nyawanya untuk Malaikal Maut

dagingnya untuk ulat-ulat

tulangnya untuk tanah

amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainy a

at 6:30 AM 0 comments

Labels: tazkirah
Thursday, September 20, 2007

Petua Rasulullah S.A.W

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di


rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan
menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk


mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua
daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w.
ini. Katanya

"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan


kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang


merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan
'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

at 11:54 PM 0 comments

Labels: Puasa, tazkirah


Tafsir Al-Maidah ayat 73-75: Orang
Kristian, Yahudi tidak upaya berhujah

Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Thu | Sep 20, 07 | 11:12:51 am MYT

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika sekiranya mereka tidak berhenti
daripada apa yang mereka perkatakan.” (Surah al-Maidah: 73)

Jika sekiranya mereka tidak berhenti mendakwa kononnya Allah itu satu
daripada tiga unsur dan Isa al-Masih juga sebagai tuhan.

Allah berfirman yang bermaksud, “nescaya mesti akan mengenai akan


orang-orang kafir di kalangan mereka, azab yang pedih.” (Surah al-Maidah:
73)

Yang kafir di kalangan mereka mesti mengenai azab yang pedih. Mereka
diberi amaran yang keras setelah diberi nasihat.

Memang orang Kristian dan Yahudi degil dalam masalah akidah. Apabila
diajak berbincang mereka lari dan mereka tidak berani berdebat dalam
masalah ketuhanan. Cuma mereka masuk ke kawasan pedalaman
menyebarkan dakyah Kristian yang mana ramai di kalangan penduduk di
kawasan berkenaan terdiri daripada orang jahil, miskin dan orang asli.
Mereka boleh berbohong kepada masyarakat seumpama itu.

Sebaliknya mereka tidak boleh berhujah dan berdepan dengan masyarakat


yang mempunyai ilmu pengetahuan. Mereka lari dan tidak berani berdepan
dengan orang ramai di kawasan berkenaan. Banyak bukti dan keterangan
menunjukkan bahawa mereka tidak berani berdepan dengan kebenaran.
Perkara ini berlaku termasuk di negara mereka sendiri iaitu England dan
Amerika Syarikat. Paderi-paderi mereka tidak berani berhujah dengan
orang Islam. Memang mereka tidak betul dalam perkara ini.

Bahkan orang Nasrani Najran yang berhujah dengan Nabi s.a.w. tidak
berupaya berhujah. Apabila mereka diajak bermubahalah supaya Allah
Taala menurunkan laknat ke atas siapa yang bohong. Bagaimanapun
mereka menolak pelawaan itu. Bererti mereka sedar bahawa mereka
tergolong di kalangan orang yang tidak benar.

Firman Allah yang bermaksud; “Apakah mereka itu tidak bertaubat kepada
Allah dan memohon keampunan daripada-Nya dan Allah itu Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Maidah: 74)

Mengapa mereka tidak mengambil peluang daripada pintu taubat yang


dibuka seluas-luasnya? Mereka tidak mengambil peluang daripada
keampunan dan kemurahan Allah dengan mereka bertaubat, dengan
memohon supaya Allah mengampunkan dosa mereka. Mengapa mereka
degil dalam kekufuran itu?

Allah Taala bertanya kepada mereka dan ayat al-Quran dibacakan kepada
mereka. Ada di kalangan mereka yang faham bahasa al-Quran kerana ada
yang berbangsa Arab.

Ada juga Orientalis yang mengerti bahasa dan makna isi kandungan al-
Quran. Apabila diajak masuk Islam mereka menolaknya kerana mereka
mendakwa bahawa Allah Taala telah cap (tutupkan) hati mereka.

Ini adalah antara perangai orang Krisitian. Seterusnya Allah berfirman yang
bermaksud, “Tiadalah al-Masih Ibnu Mariam itu melainkan dia seorang
rasul yang diutuskan oleh Allah. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya
rasul-rasul yang lain.”(Surah al-Maidah: 75)

Isa bin Mariam adalah seorang rasul sebagaimana rasul-rasul yang lain
yang telah diwahyukan oleh Allah.
Semua rasul tidak mengaku menjadi tuhan termasuk Nabi Isa a.s. Jika
seorang rasul itu tuhan maka rasul lain pun menjadi tuhan juga. Tetapi
semua rasul mengakui bahawa mereka adalah hamba Allah dan utusan-
Nya. Begitu juga al-Masih Isa bin Mariam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan ibunya adalah seorang yang


membenarkan Allah.” (Surah al-Maidah: 75)

Ibunya Mariam percayakan Allah dan janji-janji-Nya serta kurnia daripada-


Nya termasuk berita yang akan datang. Dia beriman kepada-Nya.

Sehingga Mariam mengandung Nabi Isa dalam keadaan menghadapi ujian


yang sangat dahsyat kerana mengandung tanpa suami.

Allah berjanji dan dia percaya kepada janji Allah. Dia tidak membunuh diri.
Dia tidak memohon supaya dimatikan agar tidak menghadapi ujian yang
dahsyat itu.

Mariam tetap bersabar menghadapi ujian itu. Mariam a.s. adalah seorang
yang membenarkan Allah dan beriman kepada-Nya. – lanh

at 11:32 PM 0 comments

Labels: tazkirah

Wednesday, September 19, 2007

Di buru dosa-dosa

SUATU hari seorang wanita yang hamil kerana perzinaan datang bertemu
Rasulullah s.a.w. Dia meminta supaya baginda menjatuhkan hukuman
rejam ke atasnya.

Bagaimanapun Rasulullah memanggil wali wanita itu dan bersabda, Jagalah


dia baik-baik dan apabila dia sudah melahirkan anak, bawa dia kepadaku.
Selepas melahirkan anak, wanita berkenaan sekali lagi mengadap
Rasulullah dan dia dihukum rejam sampai mati. Baginda menyempurnakan
sembahyang jenazah untuknya.

Ketika itu Umar al-Khattab bertanya, Ya Rasulullah, kenapa Tuan


menyembahyangkannya , sedangkan wanita itu telah melakukan zina?
Rasulullah s.a.w. menjawab, Dia telah bertaubat, jika taubatnya
dibahagikan kepada 70 orang di Madinah ini, ia masih mencukupi. Apakah
ada orang yang lebih utama daripada seseorang yang telah menyerahkan
dirinya kepada hukum Allah?'

Sememangnya di dalam menjalani kehidupan di alam fana ini, kita tidak


akan terlepas daripada melakukan dosa. Malah ada ketikanya ketenangan
kita sering diganggu oleh dosa-dosa silam yang pernah kita lakukan. Ketika
itu kita menjadi resah dan mungkin juga ada yang menitiskan air mata
mengenang dosa-dosa yang pernah dilakukan. Namun menitiskan air mata
sahaja tidak akan dapat memberi ketenangan kepada kita.

Justeru, tiada jalan yang lebih baik selain menginsafi dosa-dosa yang telah
kita lakukan dan bertaubat kepada Allah kerana sesungguhnya sebaik-baik
orang yang bersalah ialah orang-orang yang suka bertaubat.

Rasulullah s.a.w. bersabda, Seorang yang berbuat dosa lalu membersihkan


diri (berwuduk atau mandi), kemudian dia solat dan memohon
pengampunan Allah, maka Allah akan mengampuni dosanya.

Setelah berkata demikian Baginda mengucapkan firman Allah surah Ali


Imran ayat 135 yang bermaksud, Dan orang-orang yang apabila melakukan
perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu
memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat
mengampuni dosa-dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan keji mereka itu sedang mereka mengetahui.

Taubat berasal daripada perkataan taaba-yatuubu- taubatan, iaitu


kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. daripada segala perbuatan
dosa yang pernah dilakukannya. Golongan sufi menjadikan taubat sebagai
anak tangga pertama yang harus dilalui sebelum menaiki anak tangga
seterusnya untuk mencapai ma'rifatullah (hakikat). Adalah sesuatu yang
sia-sia jika seseorang hamba itu terus melompat ke atas anak tangga
seterusnya seperti zuhud, warak dan sabar tanpa terlebih dahulu
membersihkan dirinya daripada segala dosa yang pernah dilakukannya
dengan cara meminta keampunan kepada Allah dan berjanji untuk tidak
mengulanginya lagi.

Taubat harus dilakukan dengan segera tanpa menunggu ajal tiba, ini kerana
taubat yang dilakukan ketika nyawa sudah di kerongkongan merupakan
taubat yang sia-sia. Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 17 hingga 18
yang bermaksud, Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi
orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang
kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka, mereka itulah yang
diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang-orang yang


mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada
seseorang antara mereka, (barulah) ia berkata, Sesungguhnya aku taubat
sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati
sedangkan mereka di dalam kekafiran. Bagi mereka Kami sediakan seksa
yang pedih.''

Hati yang bersih setelah bertaubat merupakan sumber kedamaian dan


ketenangan. Melalui ketenangan itulah ia akan membantu kita mengatasi
masalah hidup dan tidaklah lagi berasa dibebani dengan dosa-dosa silam.
Justeru selagi nyawa dikandung badan, selagi pintu taubat masih terbuka,
maka ambil kesempatan tersebut untuk kembali ke jalan Allah.

at 6:57 AM 0 comments
Labels: tazkirah

Bagaimana Maksimumkan Bonus Bulan


Ramadhan

Bagi meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas
berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari
Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan
dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang
menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada
sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa,
sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas
kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat
mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Bonus & Belanjawan

Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila
tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita (kecuali bagi
kakitangan awam pada tahun ini).

Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?

Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .

Mengapa kita seronok mendapat duit ?

Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.

Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ?

Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak
cepat dan ada yang lambat.

Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan
itu akan berterusan?

Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.

Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok?

Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ?
Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul.
Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi
seribu satu macam keseornokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang
hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang.

Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima


kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus duit?
Sedangkan ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya,
bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah s.w.t.

Tapi bezanya, ramai yang kelihatan lebih seronok kerana di permudahkan


untuk meraih rumah kediaman di dunia dan dapat 'save' lebih banyak
duit. Ini kerana belanjawan baru-baru ini akan mewujudkan lebih banyak
rumah kos rendah, kos 'stamp duty' bagi rumah RM 250,000 ke bawah
dikurangkan 50 %, boleh menggunakan wang akaun kedua dari KWSP
untuk pembayaran rumah, yuran sekolah dan peperiksaan anak
ditiadakan, buku teks percuma dan lain-lain. Semua ini disambut dengan
gembira kerana memberi ruang untuk mengumpul duit dan digunakan
untuk perkara lain.

Keseronokan jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki


rumah dalam belanjawan baru-baru ini lebih didapat dilihat dan dihayati
oleh ramai daripada keseronokan untuk memasuki bulan yang
dipermudahkan jalan pemilikan rumah syurga di akhirat yang kekal abadi.

BACA ARTIKEL PENUH

at 6:55 AM 0 comments

Labels: Puasa, tazkirah

Si buta yang celik

Kali ini terasa kelainanya. Boleh jadi juga kerana tajuk talk bulan ini tajuk yang paling
diminati. Apatah lagi ia membicarakan peribadi generasi yang amat hampir dengan
seorang Nabi yang ummi. Abdullah Ibn Ummi Maktum si buta yang celik hatinya,
namanya terbaris sebagai seorang generasi al-Quran yang unik bahkan kerana diadua
kali ayat-ayat Allah turun membasahi bumi.

Tetapi ingatan ini juga amat kemas pada sister Roshni, seorang sahabat baru yang
dikenali sejak seminggu yang sudah. Glasgow amat menarik-narik hatiku minggu lalu.
Bukan setakat fieldwork yang menambatku di sini tetapi pengajian ilmu dan keulamaan
Islam. Di Scotland ini ada lebih 30 buah masjid dan Islamic centres. Jika ingin
mendampingi ulama' dan menekuni Ilmu-ilmu agama tidak perlu jauh kita berlari ke
Birmingham atau ke Durham, atau ke London. Terlalu banyak di sini untuk kita pilih.
hampir 20 daripadanya berpusat di Glasgow. Barangkali supaya kutemui generasi unik
ini - Roshni -Jika hanya mendengar nama tanpa melihat rupa barangkali terbayang raut
seorang pakistani, tapi beliau bukan pakistani ataupun bangladeshi tetapiwanita
berkulit pulih cumadia buta matanya. Bayangkan seorang yang buta sukar untuk
mendapatkan bacaan mengenai Islam. Jika ketemupun buku-buku Islam, manakah
mungkin Roshni dapat membacanya melainkan ada orang yang membacanya. Tetapi
apabila hidayah Allah itu ada- cahaya-cahaya Allah ini akan dapat menyinar walau di
celah yang sempit.

Kata Roshni, 10 tahun lalu, di bulan ramadan - dia tiba-tiba mendengar radio ramadan.
Ketika itu hatinya mula bergetar untuk mengenal Islam. Di kala ada di kalangan umat
Islam yang ingin keluar agama ataupun menjauhkan diri dari Islam, Roshni tekad dan
akhirnya dia mengucapkan syahadah La Ilah Illa Allah wa anna Muhammadan
Rasullullah. Hatiku ingin menjerit Shahadah - apabila Roshni mengulanginya - kalimah
yang mengubah kehidupannya. Bahawa Tuhan yang disembah, dicintai, dipatuhi segala
Syariat-Nya hanyalah Allah.

Berbalik kpd kisah Sahabat r.a Abdullah Ibn Ummi Maktoum. Nabi Muhammad saw
bersabda: maksudnya Sahabat-sahabatku umpama bintang di langit. (Hadith sahih
Riwayat al-Bukhari) Bintang di langit peranannya bukan sahaja menemani malam
dengan penuh setia tetapi bersinar-sinar dan menjadi pedoman bagi pengembara.
Begitlah bandingan sahabat Nabi yang setia itu, peribadi dan sifat-sifat mereka sebagai
generasi al-Quran yang amat unik itu menjadi suatu attribute yang boleh dipedomani
dalam kehidupan.

Dia bersama Mus'ab Ibn Umair r.a meredah padang pasir menjadi golongan sahabat yang
pertama berhijrah di Madinah. Bayangkan seorang yang buta dan si Muda Mus'ab
diberikan tanggungjawabyg amat besaroleh Rasulullah saw. Pejam mata sejenak dan
bayangkan seorang yang buta mengatur langkah hijrah yang pertama ini.

Tidak ada satu rumahpun yang tidakmendengar tentang Islam sebelum kedatangan
Nabi. Dan inilah jasa dua manusia unggul ini. Abdullah Ibn Ummi Maktoum dan Mus'ab
Ibn Umair.

Setelah Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, bagindamenetapkan tiga asas utama
dalam pembinaan negara Islam Madinah. Pertama ialah persaudaraan, kedua ialah
institusikan masjid sebagai medan dan pusat kehidupan dan ketiga ialah kepimpinan
dan pelembagaan madinah.Tiga asas ini menjadi mudah untuk Rasulullah saw
laksanakan hasil dari jejak-jejak hijrah yang pertama dan jasa para Sahabat r.a
termasuklah si buta Abdullah Ibn Ummi Maktum ini.

Sekumpulan para Sahabat r.a dipersaudarakan oleh Rasulullah saw. Abdullah Ibn Ummi
Maktoum ini dipersaudarakan dengan Bilal bin Rabah r.a. Si hitam yang dulunya hamba
teraniaya tetapi setelah Islam maruahnya diletakkan sebaris dengan Umar al-Khattab,
Abu Bakar al-Siddiq, Ammar bin Yasir, Ibn al-Jarrah.Malah sebaris dalam saf-saf solat di
Masjid yang pertama di atas dunia. Lalu bersahabat si buta dan si hitam ini. tetapi
mereka ini bukan calang-calang orang. Si hitam inilah yang suara takbir azannya
mencecah awan menembusi langit yang tujuh. Si buta inilah juga dilantik oleh
Rasulullah saw sebagai 'khalifah' baginda tiga belas kali banyaknya iaitu sewaktu Nabi
mengetuai ekspedisi dan peperangan menentang musuh Islam. Maka madinah dan seisi
penduduk menjadi amanah Abdullah Ibn Ummi maktum.

Si buta inilah yang dari jauh merayu-rayu kpd Rasulullah, wahai suami sepupuku
(khadijah) ajarkan kpdku apakah wahyu yang turun kepadamu hari ini? Inilah rutin
Abdullah dari kejauhan dan itulah yang berlaku dalam satu pertemuan Nabi bersama
golongan pembesar Quraisy sehingga berubah air muka Rasul di atas kunjungan itu.
Bukan Abdullah tidak tahu adanya tetamu besar bersama Nabi tetapi jiwanya yang
merindui ayat-ayat al-Quran setiap hari menjadikanraganya kehausan al-Quran dan
ternanti-nanti ayat-ayat yang baru.

Lalu turunlah wahyu menegur baginda dengan firman-Nya:

Dia bermasam muka dan berpaling.


Kerana datangnya seorang yang buta.
Padahal adakah memberitahumu boleh jadi dia akan akan menjadi orang yang suci?
Atau dia akan ingat lalu memberi manfaat kepadanya ingatan itu?
Adapun terhadap orang yang telah merasa cukup,
Maka engkau hadapkan perhatian itu kepadanya.
(Surah Abasa 80: 1 - 6)

Sejak itu, Rasulullah sawdari jauh lagi mengalu-alukan kehadiran Abdullah, 'telah
datang sepupu isteriku yang kerananya turun wahyu menegurku' .. begitulah peribadi
Rasulullah saw apabila bersalah mengaku bersalah dan mengubahnya. Rasulullah diberi
peringatan oleh Allah bahawa Ibn Maktum ini lebih besar harapannya dan jiwanya lebih
berkembang/meningka tmenjadi seorang yang suci dan bersih hatinya. Meskipun buta
matanya, kalau jiwa bersih, kebutaan bukan bebandan tidak juga
menghambatpeningkatan iman seseorang. Manakala mereka yang golongan yang telah
merasa cukup dan tidak perlu ditunjuk jalan, pintar dan berasa diri lebih kaya,
golongan ini bukan lah prioriti untuk diberikan perhatian. Bahkan menurut mufassir
golongan ini akan datang kepada agama setelah kemenangan untuk mengaut
keuntungan dan ada kepentingan. Bayangkan sehalus itu kritikanAllahmengajar Nabi
s.a.w. Ciri ataupun attribute Abdullah ini lebih wajar untuk dipedomani oleh generasi
umat Islam. Manakala ciri kedua pula adalah sifat-sifat yang mesti dijauhi.

Setelah Rasulullah saw wafat,Bilal membawa diri ke Syria lantaran kesedihan yang
amat terdapat kehilangan Nabi. Apalah ertinya lagi apabila kekasih yang mulia hilang di
mata. Bilal menyertai ekspedisi pembukaan kota-kota dan membawanya sehingga ke
utara. Manakala Abdullah terus berada di Madinah sehinggalah saat umat Islam bersiap
siaga untuk menyertai peperangan al-Qaadisiyyah iaitu peperangan yang akan
menetukan jauh bangunnya empayar Islam dan menamatkan kekejaman Byzantine. Jika
tentera Muslimin menang, maka jatuhlah sebuah empayar yang digeruni dan tamatlah
penindasan ke atas rakyat dan jajahan taklukannya.

Abdullah yang sejak hayat Rasulullah meronta-ronta untuk ke medan jihad, akhirnya
memohon khalifah Umar al-Khattab membenarkan dia pergi. 'Wahai Umar, tentera
Islam memerlukan seorang yang tetap memegang panjinya. Berikanlah tanggungjawab
itu kepadaku. Aku ini buta,kan kuredah semua di hadapanku, engkau akan perlukan
orang yang tidak akan menjatuhkan atau membuatkan panji Islam tergelincir. Orang itu
ialah aku. aku akan mara tatkala orang lain mengelak tikaman tetapi aku tidak, dan
engkau perlukan seseorang sepertiku'

Umar berfikir panjang. Abdullah bukan calangan orang. Dia telah Islam sewaktu orang-
orang lain termasuk dirinya masih kufur. Dia telah berhijrah sewaktu orang-orang lain
masih berlindung di Makkah. Dia telah mengislamkan penduduk Madinah sebelum
Rasulullah tiba. Malah dia berada di saf yang awal dalam solat sebaris dengan sahabat-
sahabat lain yang mulia. Bahkan kerananya dua kali ayat-ayat al-Quran turun ke dunia.
Maka atas kelayakan apakah lagi untuk dia menolak permintaan itu. Sejarah
gemilangnya Abdullah ini dirakamkan oleh Anas yang melihat sendiri Ibn Ummi Maktum
ini turut berjuang dibawah ribuan tentera pimpinan Saad Ibn Abi Waqas. Akhirnya
beliau diterima sebagai sahabat yang syahid oleh Allah swt.
Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: Apabilamenjelang fajar tunggulah azan
Bilal bin Rabah, apabila ingin solat fajar tunggulah azan Ibn Ummi Maktum.

Bagaimana seorang yang buta tahu bilakah waktu untuk solat bermula?

Shaikh Abdul Aziz menutup kuliahnya pada hari itu: Because he could smell the fajr...
his heart beat with the sun.

Mungkin begitulah juga hati Roshni .. dan mereka yang lain sepertinya..

Moga-moga Allah menambah iman kita walau hanya sedetik.

at 6:51 AM 0 comments

Labels: tazkirah

Tuesday, September 18, 2007

Kisah Sufi

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya


belakangan ini selalu tampak murung.

"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang


indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " sang
Guru bertanya.

"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya
untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,
" jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam
garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu." Si
murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan
permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan
garam sebagaimana yang diminta.

"Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,"


kata Sang Guru. "Setelah itu coba kau minum airnya sedikit." Si
murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena
meminum air asin.

"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

"Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah


yang masih meringis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis
kemasinan.

"Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau


di dekat tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan
ke danau." Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa
ke danau, tanpa bicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia
ingin meludahkan rasa asin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya.
Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

"Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil
mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di
pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau,


dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau
yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru
bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?"

"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya


dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari
aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi
sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga
menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan


meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum
memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air
danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala


masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang,
tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan
penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu
sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap,
segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap
manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun
manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari
penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat
tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi
Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas.
Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau."
disadur dari : Anice Bhadmurtiraka

at 9:24 AM 1 comments

Labels: tazkirah

5 TANDA HATI BATU

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan
benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan
kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu
membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita
gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus
atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja,
sedangkan anggota badan adalah tentera.Jika raja itu baik, maka akan baik
pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai
tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti
berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikanTerutama malas untuk


melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak
serius dalam menunaikan solat, atauberasa berat dan enggan melaksanakan
ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam
firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak
mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula)
menafkahkan
(harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman


Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau
tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya.
Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi
ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang
takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma


ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan
hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya
jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta
tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah,
tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang
makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi


pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia
memandang
kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa,
padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka
(orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua
kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula)
mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

at 8:25 AM 1 comments

Labels: tazkirah

Antara Musuh Iblis

1. orang yang beramal dengan ilmunya


2. orang yang mengamal isi ajaran Al-Quran
3. orang yang azan untuk sembahyang fardhu
4. orang yang mengasihi si miskin dan anak yatim
5. orang muda yang taat kepada Allah
6. orang yang penyayang
7. orang yang menjaga makan minumnya (yang halal)
8. orang yang suka sembahyang berjemaah
9. orang yang suka bertahajjud di tengah malam
10. orang yang sentiasa mengekalkan wudhuk
11. orang yang murah hati suka bersedekah
12. orang yang menjaga tuturkata dan akhlaknya
13. orang yang menasihati saudaranya dengan ikhlas
14. orang yang menjaga waktu solatnya
at 8:23 AM 0 comments

Labels: tazkirah

Thursday, September 6, 2007

Kekuatan akidah halang keruntuhan


akhlak
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Thu | Sep 06, 07 | 03:08:11 PM

Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi.
Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku,
bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat
Islam keseluruhannya.

Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak
menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan
membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki
dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan
oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja,
gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada
kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian
melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah,
bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.

Di manakah silapnya apabila pemuda pemudi menjadi rosak akhlaknya?


Banyak jawapan yang boleh diberikan. Semua jawapan tersebut berkaitan
di antara satu sama lain dan bantu membantu ke arah kerosakan akhlak
remaja hari ini.

Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri


mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar
rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati
kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan
rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan
sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang
mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni
yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di
pertengahan jalan.

Oleh itu, ajaran Islam telah menentukan cara untuk melahirkan rumah
tangga Islam yang sejati, yang akan menumbuhkan tunas-tunas Islam,
yang mampu tumbuh menjalar dan membesar dengan sempurna, tidak
mampu dihalang dan dicantas oleh gejala maksiat yang bersimpang siur,
kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana
firman Allah (maksudnya): Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman
kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka
dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)

BACA ARTIKEL PENUH

at 11:11 AM 0 comments

Labels: tazkirah

Makna bacaan dalam solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka
yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang
berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"

at 10:33 AM 0 comments

Labels: santapan jiwa, tazkirah

Tazkirah Jumaat: Saling mengingati

Jangan Bercakap ketika Azan dilaungkan

Assalamualaikum wbt.
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati
ALLAH SWT.
Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu
pasti
Menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba
kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak
dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya
mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak
Allah akan
kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata
apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang
beragama Islam
kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan
diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan
diri? Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya
ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir


tiba maka
kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana
sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan
dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk
mereka. Dari
itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang
dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
"Lailahaillallah.."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin..
amin Yarobbal a'lamin..

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI


R.A.; Wahai Ali,
bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:


1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:


1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:


1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:


1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa
ke kotak
derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa
pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan
ingin
memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan
berbicara
tentang bagaimana untuk memasukinya.
at 9:03 AM 0 comments

Labels: tazkirah

Thursday, August 30, 2007

HUKUM MENYEDIAKAN KENDURI


KEMATIAN

Dari Majalah Pengasuh yang mana Tok Kenali antara pengasasnya –


asalnya tulisan jawi)
oleh: Hasan Ahmad

MUQADDIMAH
Sudah menjadi lumrah kepada orang melayu beragama islam di tanah air
kita,
apabila berlaku kematian dalam sesebuah keluarga, maka ahli keluarga si
mati
itu akan menyediakan makanan dan minuman.
Pada kebiasaannya, keluarga si mati akan memasak dan menyediakan nasi
bungkus
mengikut bilangan orang yang hadir bersembahyang jenazah atau mengikut
jumlah
orang yang terlibat memberi pertolongan mentajhizkan mayat, termasuk
penggali kubur
dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai sembahyang jenazah, nasi bungkus
akan diedar
dan dibahagi-bahag! ikan kepada setiap orang yang turun dari rumah.
Kemudian,
pada malam pertama hingga malam ketujuh diadakan majlis tahlil kepada
ruh si mati,
dan sesudah majlis tahlil, keluarga si mati akan menghidangkan makanan
dan
minuman kepada jiran dan para jamaah yang hadir, sama ada jamuan ringan
atau jamuan
berat mengikut qadar kemampuan masing-masing. Manakalah pada malam
ke-3, ke-7,
ke-20, ke-40 dan ke-100 pula, pada kebiasaannya akan dihidangkan jamuan
nasi dengan
aneka masakan yang enak-enak. Kemudian, setiap malam Jumaat selepas
hari ke-7
hingga hari ke-40 atau kadang-kadang sehingga hari ke-100, diadakan lagi
majlis-majlis
tahlil, dengan setiap lepas tahlil akan dihidangkan pelbagai hidangan dan
masakan
oleh ahli si mati. Pendek kata, menjamu makanan dan minuman selepas
kematian
telah menjadi tugas yang terpaksa dilakukan oleh ahli si mati, sama ada
mereka terdiri
dari orang kaya atau kurang berada. Kalau tidak dibuat, nescaya akan dicela
oleh jiran
tetangganya, kaum kerabatnya dan sahabat handainya. Bukan setakat
dicemuh, malahan
keluarga si mati yang tidak menurut resam turun temurun itu akan
dipandang serong
oleh masyarakat sekitar. Bermacam-macam tuduhan dan cemuhan
dilemparkan kepada
ahli si mati yang tidak mengikut adat tradisi itu. Umpamanya dikatakan
kedekut, bakhil,
tidak mengenang jasa si mati atau juga dikatakan seperti mengambus
batang pisang dan
sebagainya. Itulah antara ungkapan dan ujaran yang menggambarkan
kejinya sesiapa yang
meninggalkan tradisi tersebut, sebahagian besar dari kalangan umat islam
menganggap dari
ajaran islam yang penting yang tidak boleh diabaikan, kerana ianya turut
dilakukan oleh
orang-orang yang berpengatahuan agama. Sama ada dari lepasan madrasah-
madrasah
pondok atau lepasan dari sekolah-sekolah arab/agama. Mana-mana individu
yang mengkritik
adat resam itu akan dicap dan dilablekan sebagai kaum muda yang hendak
merusakkan
ajaran Islam yang suci. Walaubagaimanapun ada jugak segolongan kecil
umat islam di
negara kita yang berpendapat bahawa membuat dan menjamu makanan
selepas kematian
adalah amalan bid'ah yang perlu ditinggalkan, kerana ia tidak pernah dibuat
atau dilakukan
oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan sahabat-sahabatnya.

KEMBALI KEPADA ALLAH DAN RASULNYA


Penyusun merasa terpanggil untuk mengambil bahagian dalam perbincangan
masalah
perselisihan yang tidak ada kesudahan ini, dengan harapan semoga
masyarakat kita,
khususnya alim ulamak dan bijak pandai islam, dapat menilai siapakah yang
sebenarnya
berada di pihak yang hak dan siapakah yang berada dipihak yang kabur
dalam masalah yang
dinyatakan. Ulamak silam telah membentangkan kepada kita mengenai
hukum sebenar
membuat dan menjamu makanan kepada orang ramai selepas berlaku
kematian. Antaranya
ialah dengan cara membawa hadis-hadis yang menjelaskan secara khusus
mengenai perkara
ini:
1) Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibnu Majah dari
Abdulllah bin Ja'far, beliau berkata apabila tiba berita kematian Ja'far (bin
Abi Talib) nabi bersabda:
Maksudnya:
"Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar (isteri-isteri dan
anak-anaknya).
Sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan
mereka."
Dalam Hadis diatas, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengharapkan
jiran tetangga yang
tinggal berhampiran dengan keluarga si mati agar membuat makanan
kepada mereka yang
ditimpakan musibah dan dukacita kematian. Ja'afar bin Abi Talib telah mati
syahid dalam
peperangan mu'tah pada tahun kelapan Hijrah. Sebaik sahaja berita
kematian sampai, Nabi
menyuruh jiran tetangganya melakukan perkara itu kepada ahlinya bagi
meringankan beban
dukacita ahli keluarga si mati dengan memberi makan kepada mereka.

>>>BACA ARTIKEL PENUH<<<

More Articles Collection


at 11:24 AM 0 comments

Labels: tazkirah
Thursday, August 23, 2007

Doa

Salam..

Sahabat2, doa2 ini mungkin mudah dibaca, ttp jarang pula diamalkan. Mungkin ia
boleh ditampalkan ditempat2 yang sesuai dan dapat diamalkan. Insya Allah..

Firman Allah S.W.T. :

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.


Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur dalam beribadat dan berdoa
kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina" (QS 40: 10).
"Sesungguhnya Allah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat
kukuh" (QS adz-Dzariyat: 58).

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan agar dikabulkan. Ketahuilah


bahwa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya hampa dan tidak
sungguh-sungguh" (HR Turmudzi dan al-Hakim).

You might also like