You are on page 1of 30

Surah Al-’Alaq,

Surah Al-Fatihah
ayat 1-5

Manna Al-Qattan
(Mabahith fi
Ulum al-Quran)

Surah Al-Mudatsir,
“Bismillah…”
ayat 1-4
1. Ayat 1-5, Surah Al-’Alaq (Paling Rajih)
i. Berdasarkan hadis Aisyah yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim:
“Permulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah s.a.w
ialah mimpi yang benar di dalam tidur. Setiap kali
bermimpi, Baginda melihat ada yang datang bagaikan
cahaya yang terang di pagi hari. Kemudian Baginda
gemar mengasingkan diri. Ia pergi ke Gua Hira’ untuk
bertahannuth beberapa malam dengan membawa
bekalan. Kemudian ia kembali ke rumah Khadijah dan
Khadijah pun membekalkan makanan seperti biasa.
Sehingga datanglah kebenaran kepadanya dan berkata:
“Bacalah”, Rasulullah menjawab, “Aku tidak tahu
membaca”. Lalu Jibril merangkul dan memelukku
sehingga aku merasa kepayahan kemudian dia
melepaskan aku, katanya, “Bacalah, aku menjawab:
Aku tidak pandai membaca. Lalu dia merangkul dan
memelukku untuk kali keduanya sehingga aku merasa
kepayahan. Kemudian dia melepaskanku, katanya
“Bacalah”, Aku menjawab, “Aku tidak pandai
membaca”. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk
kali ketiganya hingga aku merasa kepayahan.
Kemudian dia melepaskanku, lalu katanya. “Bacalah
(Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk)…apa yang tidak
diketahuinya.”.
ii.Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan Al-
Hakim dalam Kitab Al-Mustadrak:
“Permulaan ayat yang diturunkan ialah Surah Al-
’Alaq ayat 1 hingga 5…”

- Pendapat pertama ini disokong oleh al-Zarkasyi


(Burhan Fi Ulum al-Quran), di mana hadis yang
diriwayatkan oleh Aisyah di atas jelas memberi
penegasan tentang penurunan ayat yang pertama
secara mutlak.
2. Ayat 1-4, Surah Al-Mudatsir
- Hadis daripada Abu Salamah Ibn Abd Rahman yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana Abu
Salamah berkata yang bermaksud:
“Saya pernah bertanya kepada Jabir bin Abdullah,
manakah ayat Al-Quran yang diturunkan sebelumnya?
Beliau menjawab; “Wahai orang yang berselimut”. Saya
bertanya lagi: Ataukah “Bacalah dengan nama
tuhanmu”? Beliau menjawab: Saya memberitahu kamu
apa yang telah Rasulullah beritahu kepada kami.
Sebagaimana sabda Baginda:
“Sesungguhnya aku mengasingkan diri di Gua Hira’.
Setelah menyelesaikan masa pengasinganku itu, aku
turun menyusuri lembah. Aku memandang ke
hadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Kemudian
aku memandang ke arah langit, tiba-tiba aku melihat
Jibril sehingga merasa gementar dan amat
menakutkan aku. Lalu aku pulang menemui Khadijah
dan aku menyuruh mereka supaya menyelimutiku, lalu
aku diselimuti. Maka Allah menurunkan ayat “Wahai
orang yang berselimut! Bangunlah dan berilah
peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
- Hadis lain daripada Abu Salamah daripada Jabir
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
“Aku mendengar Rasulullah ketika Baginda
berbicara tentang terputusnya wahyu.wahyu Kata
Baginda dalam bicara tersebut, Ketika aku
berjalan, aku mendengar suara dari langit. Lalu
aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat
malaikat yang pernah datang kepadaku sewaktu
di Gua Hira’ berada di atas kerusi di antara langit
dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan
“Selimutilah daku, maka mereka menyelimuti
aku. Maka Allah menurunkan: Wahai orang yang
berselimut!”
- Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada
Jabir yang mana sanadnya daripada Yahya, yang
berkata:
“Permulaan surah daripada Al-Quran yang
diturunkan ialah Surah Al-Mudatsir…”.
- Ketiga-tiga hadis tersebut disangkal:
disangkal
1. Hadis daripada Abu Salamah daripada Jabir menjelaskan
tentang penurunan surah pertama secara lengkap. lengkap
(Dijelaskan oleh al-Zarkasyi dalam kitabnya “al-Burhan fi
Ulum al-Quran”, di mana hadis tersebut menegaskan
tentang mula-mula penurunan wahyu selepas
terputusnya wahyu iaitu Surah Al-’Alaq.)

2. Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir menunjukkan Nabi


pernah bercakap tentang putusnya wahyu dalam hadis
tersebut, ini membuktikan bahawa sebelumnya ada
wahyu lain atau ayat lain diturunkan iaitu ayat 1-5,
Surah Al-’Alaq. Peristiwa tersebut juga berlaku selepas
selepas peristiwa di Gua Hira’.
ULASAN DAN RUMUSAN:
- Surah Al-
Al-Muddatsir ialah surah pertama diturunkan
dengan lengkap manakala Surah Al-
Al-’Alaq adalah pertama
diturunkan secara mutlak walaupun tidak lengkap kerana
ia diturunkan permulaannya sahaja.

- Perselisihan adalah dari segi maksud. Sesetengah ahli


tafsir mengatakan:
(a) Surah Al-’Alaq adalah yang pertama diturunkan
mengenai perlantikan kenabian.
(b) Surah Al-Muddatsir adalah yang pertama diturunkan
mengenai perintah berdakwah atau menyebar dan
memberi peringatan kepada manusia.
3. Surah Al-Fatihah
- Ulasan ulama’: Surah pertama diturunkan secara
lengkap dan bukan yang pertama diturunkan secara
mutlak.
- Hadis yang dijadikan hujah merupakan *Hadis Mursal.

* Hadis Mursal
Perkataan yang diucapkan oleh tabi’ie (mereka yang tidak pernah
bertemu Nabi saw) secara langsung atau terus kepada Nabi saw
dengan tidak melalui perantaraan sahabat.
4. “Bismillahir Rahmanir Rahim”
- Berdasarkan hadis al-Wahidi, sanad daripada Ikrimah
dan al-Hasan:
“Permulaan daripada ayat al-Quran yang diturunkan
ialah ‘dan permulaan surah yang diturunkan ialah
‘Bacalah dengan nama Tuhanmu’.”
“Bismillahir Rahmanir Rahim”
- Berdasarkan hadis Ibn Jarir, sanadnya daripada al-
Dahhak daripada Ibnu Abbas yang beliau berkata
maksudnya:
“Permulaan yang diturunkan oleh Jibril kepada Nabi
Muhammad ialah Jibril berkata: Hai Muhammad,
berlindunglah kepada Allah dan katakanlah, ‘Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang’.”
Pendapat Imam al-
al-Suyuti:
Suyuti:
1. Hujah dan pendapat keempat tidak boleh dijadikan hujah
kukuh untuk menunjukkan ayat “Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” adalah ayat
atau surah yang pertama diturunkan kerana
sememangnya sudah diketahui bahawa ia adalah
permulaan yang diturunkan secara mutlak,
mutlak iaitu bukan
menunjukkan surah atau ayat pertama yang
dimaksudkan dalam perbincangan yang pertama
diturunkan dalam konteks ini.
2. Hadis yang dijadikan hujah adalah *Hadis Mursal.
ULASAN PENDAPAT ULAMA
1. Surah Al-
Al-’Alaq merupakan surah pertama diturunkan dan
ia berkaitan dengan skop berikut:
a. Ayat 1-5 adalah ayat pertama diturunkan.
b. Ia merupakan penurunan pertama berkaitan kenabian.
c. Ia diturunkan tanpa sesuatu sebab yang mendahuluinya.

2. Surah al-
al-Muddathir dikatakan surah pertama diturunkan
yang berkaitan dengan skop berikut:
a. Surah pertama diturunkan setelah putus wahyu atau
“fatrah al-wahyu”.
b. Surah pertama berkaitan kerasulan dan suruhan
menyebarkan atau menyampaikan dakwah.
c. Penurunannya kerana sesuatu sebab yang mendahuluinya.
3. Surah Al-
Al-Fatihah merupakan surah pertama yang
diturunkan dalam bentuk yang lengkap.
4. Dengan nama Allah merupakan ayat pertama dan yang
diturunkan sebelum sesuatu surah diturunkan.
Surah Al-Maidah, Surah Al-Baqarah,
ayat 3 ayat 281

Ayat
Terakhir
Surah At-Taubah, Diturunkan Surah Al-Baqarah,
ayat 128-129 (Imam as- ayat 287
Suyuti)

Surah An-Nisa’, Surah Al-Baqarah,


ayat 176 ayat 282
1. Ayat 281, Surah Al-Baqarah (Paling Rajih)
- Berdasarkan hadis daripada Ikrimah daripada Ibn
Abbas yang telah diriwayatkan olehn an-Nasa’ie
katanya yang bermaksud:
“Ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat 281, Surah
Al-Baqarah”.
- Hadis daripada Sa’id ibn Jubair yang diriwayatkan oleh
ibn Hatim katanya yang bermaksud:
“Ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat 281, Surah
Al-Baqarah”.
Ayat 281, Surah Al-Baqarah (Paling Rajih)

- Paling rajih dipilih ulama yang diketuai oleh Imam as-


Suyuti sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah ibn
Abbas yang ditakhrijkan oleh an-Nasa’ie.

- Selepas ayat tersebut diturunkan, Nabi hanya sempat


hidup selama 9 malam sahaja dan wafat pada Isnin, 3
Rabiul Awal 10 Hijrah.
2. Ayat 278, Surah Al-Baqarah

- Hadis riwayat Ibn. Abbas yang diriwayatkan oleh


Bukhari, Ibn Abbas berkata yang bermaksud: Ayat
terakhir yang diturunkan ialah ayat riba’ iaitu firman
Allah:”
“Sesungguhnya telah sampai kepadanya berita bahawa
ayat al-Quran yang terakhir diturunkan dari ‘Arasy
ialah ayat al-Dain (hutang piutang).”
Ayat 278, Surah Al-Baqarah
- Hadis daripada Umar yang diriwayatkan oleh Ahmad dan
Ibn. Majah, beliau berkata yang bermaksud:
“Di antara yang terakhir diturunkan ialah ayat riba. Ayat
yang dimaksudkan ialah ayat 278, Surah Al-Baqarah”.

- Hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri yang diriwayatkan oleh


Ibn Mardawaih, katanya yang bermaksud: “Umar ada
berbicara kepada kami dengan berkata: Sesungguhnya di
antara ayat al-Quran yang terakhir diturunkan ialah ayat
riba (iaitu ayat 278, Surah al-Baqarah.”
3. Ayat 282, Surah Al-Baqarah
- Hadis riwayat Ibn. Jarir daripada Ibn Syihab daripada
Sa’id Ibn Musayyab katanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah sampai kepadanya berita bahawa
ayat al-Quran yang teakhir diturunkan dari ‘Arasy
ialah ayat al-Dain (hutang piutang).”
- Menurut Imam al-Sayuti, tiada pertentangan dan
percanggahan pendapat yang mengatakan ayat 278
dan 282, Surah Al-Baqarah sebagai ayat terakhir
diturunkan kerana kedua-dua ayat tersebut
diturunkan secara berturut-turut dengan tertib ayat
dan tersusun dalam satu cerita.
4. Ayat 176, Surah An-Nisa’

- Berdasarkan riwayat daripada Bukhari dan Muslim


daripada al-Barra’ Ibn ‘Azib yang berkata bermaksud;
“Ayat terakhir diturunkan ialah ayat 176 Surah an-
Nisa’.”
5. Ayat 128-129, Surah at-Taubah

- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ubai Ibn Ka’ab


katanya yang bermaksud:
“Ayat terakhir diturunkan ialah:“Sesungguhnya telah
datang kepada kamuseorang rasul dari kalangan kamu
sendiri…”hingga akhir. Ia merupakan ayat yang
terakhir diturunkan. Ia terletak dalam Surah al-
Bara’ah atau at-Taubah.”
Ayat 128-129, Surah at-Taubah

- Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ubai Ibn. Ka’ab


katanya bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah membacakan dua ayat ini:
Sesungguhnya telah datang kepada kamuseorang rasul
dari kalangan kamu sendiri…”hingga akhir. adalah
ayat terakhir diturunkan. Ia terletak dalam Surah al-
Bara’ah atau at-Taubah.”
6. Ayat 3, Surah Al-Ma’idah

- Pendapat yang tidak tepat kerana diturunkan semasa


Nabi melakukan Haji Wida’ iaitu ketika baginda berada
di Arafah. Peristiwa tersebut berlangsung pada 29
Zulhijjah tahun 10 hijrah bersamaan bulan Mac 632M.

- Nabi hidup selama 81 hari selepas penurunan wahyu


tersebut. Manakala 9 malam sebelum Nabi wafat, telah
turun ayat 281, Surah al-Baqarah.
RUMUSAN PENDAPAT ULAMA
Menurut Rosmawati Ali (1997), daripada keenam-enam
pendapat tersebut ulama membuat kesimpulan dan
rumusan berikut:
a. Kesemua riwayat berikut adalah bersumber dan
berasal daripada sahabat dan ia adalah Hadis
Mawquf dan tidak ada satu pun hadis yang Marfu’
atau sampai kepada Nabi.
b. Rasulullah sendiri tidak pernah memberi tahu sesiapa
daripada kalangan sahabatnya tentang ayat manakah
yang terakhir diturunkan.
c. Nabi melarang keras sahabat menulis al-Quran
semasa hayat Baginda, terutama ketika al-Quran
masih diturunkan. Hal ini menyebabkan sahabat
hanya menghafal hadis-hadis yang diterima daripada
Nabi tanpa menulisnya. Justeru itulah, terdapat
kekliruan dalam meriwayatkan hadis tersebut,
khasnya berkaitan ayat terakhir diturunkan.
1. Membezakan di antara al-nasakh dan al-mansukh.
2. Mengetahui rahsia dan hikmah tentang sejarah
pensyariatan Islam.
3. Menunjukkan sikap para sahabat Rasulullah SAW
dan ulama’ prihatin dan mengambil berat terhadap
Al-Quran.

You might also like