P. 1
panduan kecemasan

panduan kecemasan

4.72

|Views: 13,478|Likes:
Published by miexan
untuk budak2 jpa3 ajer
untuk budak2 jpa3 ajer

More info:

Published by: miexan on Feb 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/18/2013

pdf

text

original

Sections

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

SEDIA, PANTAS DAN BERINTEGRITI

BAHAGIAN PENGURUSAN ANGKATAN / UNIT LATIHAN

3.

KENALI PERTAHANAN AWAM
3.1 TAKRIF PERTAHANAN AWAM.
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) terbahagi kepada dua (2) keadaan iaitu:-

3.2

SEMASA PEPERANGAN.
Melaksanakan apa-apa langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.

3.3

SEMASA AMAN
Melaksanakan apa-apa langkah yang diambil bagi tujuan melindungi nyawa dan harta benda sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan masa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta harta benda penduduk awam.

2

3.4

VISI
Ke arah mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan dan responsif terhadap bencana yang mengancam nyawa serta harta benda.

3.5

MISI
Melibatkan orang awam dalam aktiviti Pertahanan Awam mengikut piawaian antarabangsa (ICDO).

3.6

SLOGAN

SEDIA, PANTAS DAN BERINTEGRITI
3.7 OBJEKTIF •
• Melindungi orang awam dan harta benda daripada ancaman keselamatan dan bencana. Melatih sekurang-kurangnya 10% rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran kecemasan. • Melibatkan rakyat dalam aktiviti-aktiviti Pertahanan Awam (bencana dan Keselamatan negara). • Menyedia dan mengurus perkhidmatan kecemasan dan bencana.

3.8

FUNGSI •
• Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam. Merangka dan melaksana program-program latihan pengurusan bencana dan kecemasan kepada orang awam. • • Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan. Menyediakan, mengurus dan menyenggara pusat-pusat pemindahan Dan sistem amaran bencana dan keselamatan. • Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta Benda sebelum, semasa dan selepas bencana. • Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar Pertahanan Awam

3

3.9

KAITAN RAKYAT

Antara langkah Pertahanan Awam yang sering dijalankan oleh rakyat adalah:

Bencana dan kemalangan –
menyelamat dan mengeluarkan mangsa, mengawal lalulintas, merawat, memulih dan mengambil tindakan bagi memastikan semua nyawa terpelihara

Kebakaran –
menyelamat mangsa, memadam dan mencegah api kebakaran.

Kecemasan lain –
rawatan perubatan, mencegah penyakit merebak atau berjangkit, pencegahan serangan haiwan/serangga berbisa dan bahaya, kawalan rusuhan atau ketenteraman awam dan pencegahan jenayah

Khidmat kemanusiaan –
bantuan kebajikan, gotong royong, pemulihan emosi dan persekitaran serta kaunseling, kawalan keselamatan dan apa jua langkah yang dapat mencegah dan memulihkan bencana serta menjamin keharmonian rakyat.

3.10

PERANAN RAKYAT

Menyamai semangat kesukarelaan, sedia memberi bantuan dan pertolongan serta menghargai nyawa dan harta benda milik bersama.

Melibatkan diri atau menyertai organisasi yang berteras perkhidmatan bantuan seperti JPA3 bagi menimba ilmu dan pengalaman menghadapi sebarang kemungkinan risiko.

Mendapatkan

latihan

dari

organisasi

latihan

yang

boleh

memberi

pengetahuan dan prosedur selamat dalam memastikan keselamatan diri dan rakyat.

4

3.11

PERANAN JPA3

Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam-Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).

Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam-Seksyen 3(2)a Akta 221.

Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221

5

4

LANGKAH-LANGKAH DAN CARA-CARA MENGHADAPI KECEMASAN.
4.1 TAKRIF PERTOLONGAN CEMAS * Pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan kepada seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba.

4.2

BANTUAN KECEMASAN

4.2.1 MERAWAT LUKA DAN BERDARAH

Rawatan luka kecil Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih. Bersihkan kelilingan luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.

-

Balut dengan kain bersih atau pembalut.

Mengawal pendarahan Hentikan pendarahan dengan

meletakan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan

(Tekanan Tepat). Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih. Jika terdapat objek asing seperti

paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut. Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras 6

jantung untuk mengurangkan tekanan. Sekiranya luka itu besar dan pendarahan benyak, dapatkan rawatan lanjut.

* Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.

Perdarahan daripada hidung.
Perdarahan dari hidung biasanya berlaku apabila saluran darah yang halus di dalam hidung tercedera (pecah), ini disebabkan oleh:

-

Tamparan pada hidung. Bersin. Mengorek hidung. Tekanan darah tinggi.

* Pendarahan hidung boleh membahayakan jika mangsa kehilangan darah yang banyak.Jika pendarahan diikuti oleh kecederaan kepala, darah akan kelihatan nipis dan cair. Ini menunjukkan tanda yang sangat serius di mana terdapat keretakan pada tengkorak dan kebocoran cecair di sekeliling otak.

Rawatan hidung berdarah.
Nasihatkan mangsa supaya duduk dan tundukkan kepala supaya darah dapat mengalir dari hidung. Minta mangsa supaya bernafas menerusi mulutnya dan picit bahagian yang lembut pada hidung. Beritahu mangsa supaya memicit hidungnya berterusan. Nasihatkan mangsa supaya jangan bercakap, menelan, batuk, meludah atau menghidu kerana boleh menganggu darah beku yang telah terbentuk dalam hidung. Berikan mangsa sehelai tuala bersih untuk mengesat lelehan. Beritahu mangsa supaya melepaskan tekanan selepas 10 minit. Jika perdarahan tidak berhenti, beritahu mangsa untuk menggunakan semula tekanan bagi dua jangka waktu iaitu 10 minit setiap waktu. Apabila perdarahan berhenti dan mangsa masih menunduk, bersihkan hidungnya dengan air suam.

7

-

Nasihatkan mangsa untuk berehat.

* Jangan biarkan kepala mangsa terkulai ke belakang. darah mungkin mengalir ke dalam tekak dan mengakibatkan muntah. Jika perdarahan menjadi teruk atau berterusan selama 30 minit, hantar mangsa ke hospital dalam kedudukan rawatan.

Luka dalam perut. Luka tikaman, tembakan atau terhimpit pada perut boleh menyebabkan luka parah.

Rawatan
Gunakan sarung tangan pakai buang kalau ada. Baringkan mangsa di atas sehelai gebar. Angkat lutut mangsa dan lapik dibawahnya bagi mengurangkan ketegangan pada kecederaan. Longgarkan sebarang pakaian yang ketat, contohnya tali pinggang atau baju. Letakkan pembebat ke atas luka dan letakkan pembebat pada tempatnya dengan pembalut atau pita berpelekat. Jika darah menembusi pembebat, Tambahkan selapis lagi. Telefon 999 atau 991 untuk ambulans.

4.2.2 KEPATAHAN • Tanda-tanda kepatahan.
Kecacatan, bengkak dan lebam pada kawasan tulang yang retak.

-

Sakit dan kesukaran untuk menggerakkan bahagian tercedera.

-

Anggota tubuh yang tergeliat, menjadi pendek dan bengkok.

-

Hujung tulang yang berkeriut (crepitus) dan bunyi kasar yang boleh dirasa dan dengar, tetapi tidak dapat dicari.

-

Tanda-tanda renjatan, terutamanya jika

8

keretakan atau patah berlaku pada tulang paha atau pelvis. Kesukaran untuk menggerakkan anggota secara normal atau tidak dapat bergerak langsung. Luka dengan hujung tulang tertonjol.

Merawat Kepatahan Tulang.
Berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan terlebih dahulu. Berikan rawatan di tempat kejadian. Elakkan pergerakan yang tidak

perlu. Jangan gerakan bahagian yang patah. Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada. Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar. Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah. Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera. Dapatkan rawatan lanjut..

4.2.3 MANGSA PENGSAN.

Tanda-tanda pengsan.
Hilangnya daya sedar yang singkat menyebabkan mangsa jatuh ke lantai. Denyut nadi yang perlahan. Pucat, kulit sejuk dan berpeluh.

Merawat Mangsa Pengsan.
Baringkan mangsa. Longgarkan pakaian yang ketat. Tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya. Pastikan udara bersih mencukupi. Periksa lain-lain kecederaan jika ada. Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih

9

4.2.4 MANGSA TERCEKIK.

Tanda-tanda tercekik.
Mangsa akan menunjukkan tangannya pada leher. Mangsa akan cuba bercakap, tetapi tidak dapat. Muka mangsa kelihatan kemerah-merahan. Mangsa mengalami kesukaran bernafas.

Teknik Heimlich Manuver bagi Mangsa sedar (Untuk kanak-kanak 1 tahun dan orang dewasa).

-

Berdiri di belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba membantu.

-

Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya. Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati, tulang Sternum)

-

Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali objek yang tersekat itu terkeluar.

sehingga

-

Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu.

-

Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda.

-

Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut terkeluar.

* Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.

10

•Rawatan tercekik Mangsa pengsan.
Baring dan terlentangkan mangsa. Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans. Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari anda. Buka saluran pernafasan (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan. Jika tiada, lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa. Jika dada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti CPR). Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.

* Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang.

* Anda dinasihatkan mempelajari teknik Heimlich Manuver yang betul. Hubungi Jabatan Pertahanan Awam untuk maklumat lanjut program ini.

Rawatan kecemasan tercekik untuk bayi yang sedar (Umur tidak lebih 1 tahun).
Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk. Jika tiada, beri 5 tepukan di belakang. Kemudian beri 5 tekanan di dada. Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan didada. Jika bayi itu menjadi pengsan lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulut.(Jangan korek dengan jari). Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.

11

Rawatan kecemasan tercekik untuk kanak-kanak (Umur 1-8 tahun).
Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk. Lakukan tujahan di perut ( Heimlich Manoeuvre ) berulang kali sehingga bendasing itu terkeluar. ( Gunakan sebelah tangan sahaja ) Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar. Jika kanak-kanak itu menjadi pengsan lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulut. (Jangan korek dengan jari). Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.

4.2.5 MERAWAT MANGSA KEBAKARAN DAN KELECURAN.

4.2.5.1 Kelecuran ringan.

Tanda-tanda kelecuran ringan.
- Kulit yang kemerah-merahan. - Sakit pada kawasan yang terbakar. - Lecur pada kulit yang terjejas.

Rawatan.
- Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir, rendam dalam takungan air atau balut dengan kain yang basah selama 5 minit sehingga hilang sakit. - Tanggalkan cincin, jam tangan atau barang kemas yang dipakai pada tempat cedera. - Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera. - Balut dengan kain bersih.

12

4.2.5.2 Kelecuran teruk.

Tanda-tanda kelecuran teruk.
- Sakit. - Kesan kelecuran yang jelas. - Kesukaran untuk bernafas. - Renjatan.

Rawatan kelecuran teruk.
- Baringkan mangsa dan siramkan tempat melecur dengan air selama 10 minit. - Periksa pernafasan dan nadinya. - Dapatkan bantuan Ambulans atau Pertahanan Awam dengan kadar yang segera. - Tanggalkan barang kemas,jam,tali pinggang aau benda yang dipakai ketat. - Jangan Tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar. - Balut tempat yang cedera dengan kain bersih dan tidak berbulu. - Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

4.2.5.3 Melecur disebabkan bahan kimia.

Tanda-tanda. - Kesan-kesan kimia di kawasan persekitaran. - Kesakitan yang kuat dan menyengat. - Kawasan kulit yang terjejas berubah warna, dan melecur,

mengelupas bengkak.

13

Rawatan.
- Segera alirkan air ditempat yang cedera selama 20 minit. Elakkan diri dan mangsa dari terkena air yang bertakung. - Tanggalkan sebarang pakaian yang tercemar dengan bahan kimia. - Balut kecederaan dengan kain bersih. - Dapatkan rawatan lanjut dengan segera. - Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.

*

Jangan sapukan losyen, minyak urut, ubat gigi atau sebagainya pada bahagian yang melecur.

4.2.6 KERACUNAN.
Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata.

Tanda-tanda.
Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah. Daya sedar yang lemah. Rasa sakit dan perit yang membakar. Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran. Latarbelakang pendedahan/tertelan. Cirit-birit Pening kepala dan demam. Tanda-tanda renjatan. Perut sakit dan kejang.

kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun:

Rawatan Awal Keracunan.
Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya. Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi,lakukan CPR jika perlu. Jika mangsa sedar,tanyakan apa yang telah dimakan atau minum. Tunggu arahan dan bertindak segera. Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan. Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan.

14

-

Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan perubatan.

4.2.7 RENJATAN.

*

Semasa dalam keadaan renjatan, pesakit tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi yang menyebabkan kekurangan oksigen. Jika tidak dirawat dengan segera, jantung mangsa akan menjadi lemah dan tidak berfungsi dengan betul. Jika berada dalam keadaan renjatan yang berterusan boleh menyebabkan kematian.

Tanda-tanda mangsa renjatan. Pada peringkat awal:
Denyut nadi yang cepat. Pucat, sejuk, kulit bersisik, berpeluh.

Apabila renjatan melarat:
Kulit lebam terutamanya bahagian dalam bibir. Warna kuku dan cuping telinga tidak normal serta-merta apabila dipicit. Lemah dan pitam. Rasa mual dan berkemungkinan muntah. Dahaga. Pernafasan yang pendek dan kencang. Nadi yang lemah dan halus. Apabila nadi pada pergelangan tangan hilang, kira-kira separuh dari volum darah akan turut hilang.

15

Apabila bekalan oksigen ke otak menjadi lemah:
Resah gelisah dan mangsa menjadi agresif. Menguap dan tercungap-cungap untuk menyedut udara. Tidak sedarkan diri.

Rawatan.
Telefon ambulans jika perlu. Baringkan pesakit jika ia muntah, pusingkan kepala ke sisi. Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran bernafas, tinggikan kakinya antara 8”-12”. Longgarkan pakaian yang ketat. Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh. Beri keyakinan. Jangan beri air atau alkohol.

Renjatan elektrik.
Jika mangsa didapati terkena renjatan elektrik, berhati-hati. Pastikan arus elektrik telah dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum memberi sebarang bantuan kecemasan. Jika tidak, alihkan wayarelektrik dengan kayu yang kering atau objek yang bukan pengalir. Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans. Periksa mangsa jika perlu lakukan CPR. Beri rawatan terbakar dan melecur. Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan rawatan untuk mangsa pengsan. Temani mangsa sehingga bantuan tiba.

4.2.8 CARDIO PULMONARY RESUSCITATION (CPR).

-

CPR adalah satu kunci penting dalam rantai hidup untuk mangsa yang mengalami masalah kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan

pernafasan. Ianya bertujuan untuk mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai 2 matlamat iaitu:-

• •

Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan. Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru. CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima sahaja. Apa yang anda lakukan adalah sesuatu yang mudah:-

16

Memberi tiupan kedalam mulut mangsa untuk menolak masuk udara berosigen ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur darah.

Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam badan.

Serangan sakit jantung secara tiba-tiba adalah punca utama kematian di kalangan orang dewasa. CPR menggandakan peluang untuk hidup daripada serangan sakit jantung itu. 75% selalunya berlaku di rumah, mangsa yang biasa mengalaminya adalah lelaki yang berusia 60an dan wanita dalam usia lewat 60an. Dua kali ganda lelaki diserang sakit jantung berbanding wanita. Tindakan bantuan CPR mesti diambil dalam tempoh 4 minit untuk bantuan pernafasan (oksigen) ke otak bagi meningkatkan tahap “ survival ” mangsa.

4.2.8.1 Langkah-langkah melakukan CPR (DRABC).


-

D = danger. R = response. A = airway. B = breathing. C = blood circulation. D:Danger (Bahaya).
Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian. Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan mangsa.

-

Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan.


-

R: Response (Tindakbalas).
Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan jeritkan “ awak ok ke?”.

-

Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.

-

Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans (999 atau 991).

17


-

A: Airway (Saluran pernafasan).
Lakukan teknik ‘angkat dagu dan dongak kepala’. Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi.

-

Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah tersebut kalau menghalang pernafasan.


-

B: Breathing (Pernafasan).
Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.

-

Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama 5 hingga 10 saat.

-

Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan.


-

C: Circulation (Peredaran darah).
Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di dada.

-

Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2 inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100 kali seminit. Dengan kiraan Dan Satu, Dan Dua, Dan Tiga sehingga Dan LimaBelas.

-

Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.

18

4.2.8.2 CPR untuk kanak-kanak (1-8 tahun).

-

CPR untuk kanak-kanak sama seperti melakukan CPR untuk dewasa kecuali 3 langkah di bawah ini yang berbeza.

-

Jika anda bersendirian dengan kanakkanak tersebut lakukan CPR selama 2 minit sebelum menghubungi ambulans.

-

Gunakan tumit salah satu tapak tangan untuk melakukan tekanan di dada.

-

Berikan tekanan 1 ke 11/2 inci dalam.

Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak (Umur 1-8).
Pastikan tindakbalas pesakit. Dongakkan kepala dan lihat,dengar dan rasa pernafasan. Jika tidak bernafas beri bantuan 2 pernafasan dengan setiap pernafasan selama 1saat. Jika tiada tanda-tanda pesakit bernafas,batuk atau bergerakmulakan tekanan di dada 1 ½ ke 2 inci 30 kali ditengah dada/sternum Bone (ulu hati)nya. Tekan pada kadar 100 kali seminit. Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 30 tekanan di dada sehingga bantuan tiba.

CPR untuk bayi (Kurang 1 Tahun).

-

Jerit dengan perlahan tepuk bahu. Sekiranya tiada tindakbalas, posisikan bayi terlentang.

-

Buka salur pernafasan dengan teknik dongak kepala angkat dagu. Jangan dongakkan kepala terlalu jauh. Berhati-hati

19

-

Beri

2

hembusan

sekiranya

tiada

bernafas. Tutup mulut dan hidung bayi dengan mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 ke 2 saat setiap hembusan.
Periksa dada bayi untuk pergerakan pada setiap bantuan pernafasan. Beri 30 tekanan di dada pada kadar 100 kali seminit. Posisikan 2 jari di tengahtengah dada/sternum Bone (ulu hati). Tekan antara ½ ke 1inci. Ulangi dengan 2 hembusan nafas dan 30 tekanan.Selepas 1 minit ( Ulangan 1 pusingan) hubungi ambulans (999 atau 991 ) dan teruskan memberi hembusan dan tekanan di dada.

Perhatian :Untuk cekap dan mahir dalam CPR, Seseorang harus mengikuti latihan CPR untuk mempelajari teknik dan prosedur yang betul.

20

4.2.9 KEMALANGAN JALAN RAYA. • Beri amaran kepada lalulintas.
Letakkan tanda amaran tigasegi “red warning triangle” 90 meter dari tempat kejadian. Beri amaran kepada kereta yang lalulalang.

Hubungi pihak Polis, Ambulans atau Jabatan Pertahanan Awam.
Nyatakan tempat kejadian dan jumlah mangsa. Beritahu berapa orang yang tercedera.

Tindakan yang patut diambil.
Matikan enjin kereta untuk mengelakkan terjadinya letupan. (jika kereta tersebut terbakar, jarakkan diri). Tarik brek tangan kereta. Jangan merokok di tempat kemalangan. Dikhuatiri terdapat kebocoran tangki minyak. Periksa mangsa kalau sedar, tenangkan mangsa kalau sedar. Buat penilaian segera ke atas mangsa. Rawatlah mangsa dalam kedudukan yang anda temui mereka. Tunggu sehingga bantuan sampai. Hubungi 991 Pertahanan Awam.

*

Jangan alihkkan mangsa kecuali betul-betul perlu. Dikhuatiri mangsa mengalami Konkusi (gegaran). Perbuatan mengalihkan mangsa boleh menambahkan risiko kecederaan mangsa.

21

4.2.9

LEMAS.

Tanda-tanda mangsa lemas.
Mangsa tidak berupaya untuk berenang. Samada mengalami kekejangan atau tidak tahu berenang. Mangsa kelihatan tercungap-cungap akibat suhu air yang sejuk. Mangsa kelihatan meronta-ronta di dalam air. Mangsa kelihatan tenggelam-timbul. Dibawa putaran arus. Mangsa tenggelam lebih dari 1 minit.

Tindakan yang harus diambil.
Jangan letakkan diri anda dalam situasi bahaya. Jangan jadi mangsa kedua kecuali anda betul-betul tahu dan terlatih. Kalau boleh, elakkan diri anda masuk ke dalam air. Sebaliknya dapatkan objek panjang supaya mangsa dapat di naikkan ke darat. Jika anda seorang penyelamat terlatih, atau mangsa tidak sedarkan diri, anda perlu mengharung ke dalam air atau berenang ke arah mangsa. Jika anda menyelamat dari dalam air, kekalkan kepalanya ke bawah bagi mengurangkan mangsa menelan air. Baringkan mangsa dalam keadaan terlentang di atas kain tebal. Buka salur udara dan periksa pernafasan, bersedia memberi bantuan pernafasan. Kalau perlu lakukan CPR. ( Tidak perlu keluarkan air yang tertelan mangsa, sebaliknya lakukan CPR kalau perlu). Selimutkan mangsa apabila sampai di darat untuk mengelakkan mangsa dari terdedah kepada angin. Buat persediaan untuk menghantar mangsa ke Hospital.

22

4.2.11 MEMINDAHKAN MANGSA TANPA USUNGAN.

Mangsa boleh berjalan dangan bantuan (Cara menongkat).
Cara ini digunakan untuk membawa mangsa yang masih sedar dan boleh berjalan dengan sedikit bantuan. Pegang erat pinggang mangsa dan gunakan bahu anda untuk menongkat tangannya, sementara dia meletakkan berat badannya pada badan anda.

Mangsa yang ringan. Pikulan Cara Ahli Bomba.
Cara ini amat sesuai bagi mangsa yang berbadan ringan, samada mangsa sedar atau tidak. Tunduk dan letakkan mangsa melintang diatas bahu anda dan angkat. Peluk sebelah kaki dan pegang tangan mangsa.

Membonceng. Jika mangsa sedar, ringan dan bertenaga, ini perupakan teknik yang sesuai.
Kepit kedua-dua kaki mangsa sementara kedua-dua tangan mangsa memeluk longgar leher anda.

Buaian. Digunakan untuk mangsa kanak-kanak dan ringan. Letakkan tangan anda dibawah pelipat lutut dan bahunya.

23

4.3 KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN.
Kebakaran boleh menyebabkan bencana besar dan kehilangan nyawa di bangunan-bangunan seperti pejabat, hotel, pusat membeli belah, hospital, sekolah dan rumah. Bencana sedemikian boleh dicegah jika amalan keselamatan semasa kebakaran yang baik dilaksanakan.

-

Pencegahan yang terbaik ialah dengan menghapuskan bahaya

kebakaran. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, anda perlu tahu apakah bahaya kebakaran dan apakah yang harus dilakukan untuk menghapuskannya dari berlaku dirumah atau tempat kerja anda.

-

Sekiranya anda mendapati ada kebakaran, anda boleh melaporkannya kepada Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia atau Bomba dan Penyelamat Malaysia.

-

Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga punca iaitu haba, oksigen dan bahan bakar. Punca-punca haba

termasuk

percikan api, api yang elektrik dan besi panas.

menyala, kuasa

Bahan mudah bakar seperti suratkhabar, langsir, pakaian, dan perabot adalah tergolong dalam bahan bakar selain minyak tanah atau petrol.

Haba

Oksigen Segitiga Api

Bahan bakar

24

4.3.1 MENCEGAH KEBAKARAN DI RUMAH.

-

-

Padamkan api mancis dan puntung rokok sepenuhnya

-

Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.

-

Jangan menggunakan soket elektrik berlebihan. Jauhkan bahan yang mudah terbakar daripada kanak-kanak.

-

Letakkan bahan mudah terbakar di tempat yang sepatutnya.

-

Jangan membuang bara api ke dalam tong sampah.

-

Kalau boleh pasangkan alat Pengesan asap.

4.3.2 MENCEGAH KEBAKARAN DI TEMPAT-TEMPAT AWAM

-

Jangan berada dalam bangunan yang mempunyai muatan berlebihan.

-

Letakkan alat pemadam api di tempat yang senang diambil apabila berlaku kebakaran.

-

Pastikan alat pemadam api dalam keadaan baik dan elok.

-

Jangan meletakkan barang-barang Yang boleh menghalang pintu kecemasan.

-

Jangan mengunci pintu kecemasan.

25

4.3.3 CARA MENGHADAPI SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN.

Apabila berlaku kebakaran, jangan cemas lakukan langkah-langkah tersebut:-

-

Sekiranya berlaku kebakaran pastikan setiap orang keluar dari kawasan itu.

-

Tutup pintu, untuk mengelakkan api merebak. Tutup paip gas utama jika anda boleh melakukannya dan hubungi pasukan penyelamat seperti Jabatan Pertahanan Awam atau BOMBA dan Penyelamat.

-

Sekiranya di rumah anda mempunyai alat pemadam api gunakannya untuk kebakaran kecil.

-

Masuk ke dalam bilik yang selamat, jauh dari kawasan kebakaran sebaik baiknya menghadap jalanraya.

-

Sumbatkan dengan kain di bawah celah antara pintu dengan lantai seelok-eloknya gunakan kain basah untuk menghalang asap dari masuk.

26

4.3.4 CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API.

-

Goncangkan alat pemadam api sebelum menggunakannya. Cabutkan pin keselamatan alat pemadam api. Acukan muncung alat pemadam api ke arah kebakaran. Tekan muncung alat pemadam api. Semburkan ke arah api dengan cara menyapu. Jangan sembur lawan arah angin. Sebaliknya ikut arah angin. Semburkan tepat kearah sumber api.

4.3.5 MELEPASKAN DIRI DARI BANGUNAN TERBAKAR.

-

Tutup mulut dan hidung dengan menggunakan sapu tangan atau kain, seelok-eloknya kain basah bertujuan menahan asap, debu-debu dan habuk masuk.

-

Apabila bergerak dalam bangunan berasap gunakan cara meraba-raba mengarah kepada kita dengan tapak tangan untuk menyentuh

halangan dan elektrik. Seorang hendaklah

juga bagi

mengelakkan kejutan

terperangkap menuju ke

dalam dinding

sebuah dan

bilik

merayap

sekeliling sehaluan hingga berjumpa pintu. Memasuki bangunan terbakar secara merangkak kerana udara bersih dan sejuk ada di permukaan bawah lantai dan kita dapat mengesan sekiranya cahaya kebakaran. masih ada lagi

27

Dari Tingkat Pertama.
Perhatian harus diberi kepada tangga ianya punca bahaya. Kemungkinan boleh hangus kerana kepanasan. Sekiranya menggunakan tangga rapatkan diri ke bahagian dinding. Menyusur ke bawah cara membelakang, rasa dengan kaki sebelum pijak. Untuk tangga besi pastikan kepanasannya. Ada masanya kita gunakan tingkap/bumbung dapur terus ke bawah dan terjun kebawah.

Dari Tingkat Dua.
Jangan panik, gunakan kain-kain selimut, cadar untuk membuat tali dan ikat pada perabot berat atau tiang. Hulur tali serendah-rendah yang boleh hingga ke bawah, tentukan keselamatan semasa menuruni cara ini.

Dari Tingkat Tiga Keatas.
Sediakan tali belati untuk menuruni, jika boleh. Tutup pintu, buka jendela dan menjerit untuk menarik perhatian orang dibawah. Tunggu sehingga bantuan tiba. Jangan gunakan lif semasa kebakaran.

28

Jika Pakaian Anda Terbakar. Jangan cemas atau panik. Rebahkan badan anda ke bawah dan tutup muka anda dengan tangan. Gulingkan badan anda beberapa kali untuk memadamkan api. Dengan cara tersebut boleh menyekat oksigen bergabung dengan api dan mengelakkan api daripada mencederakan muka serta mencegah asap daripada memasuki paru-paru anda.

4.4 KECEMASAN DALAM KEADAAN AMAN 4.4.1 BANJIR • Sebelum banjir
Dapatkan maklumat banjir di tempat anda. Pastikan sistem amaran banjir yang ada. Periksa longkang supaya tidak tersekat. Periksa saluran najis dan pastikan ia tertutup rapat. Dapatkan maklumat pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana

29

Apabila Banjir Akan Berlaku.
Buka radio untuk pengumuman tentang bencana. Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah. Letakkan peralatan elektrik di tempat tinggi. Isikan tong-tong yang elok dengan air bersih dan letakkan di tempat tinggi. Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan bersedia untuk dibawa. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

Semasa Banjir.
Dengar pengumuman radio. Bersedia dengan peralatan kecemasan. Jika diarahkan pihak berkuasa keluar dan berpindah, segera lakukan.

Di luar Rumah.
Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat jauh dari kawasan lapang, sungai dan longkang. Jangan bersiar-siar di kawasan banjir, berjalan atau dengan sampan. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. Awasi kanak-kanak dari bermain di kawasan banjir, sungai, longkang dan lombong. Jangan minum air banjir.

Di dalam Kenderaan.
Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik. Jika kenderaan anda terhenti dan gagal dihidupkan, keluar, kunci dan pergi ke tempat yang selamat.

30

Semasa Pemindahan.
Berpindah segera apabila diarahkan. Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang hari,ianya lebih mudah dan selamat. Ikut laluan yang di tentukan, laluan singkat mungkin terhalang atau merbahaya.

Selepas Banjir.
Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan. Beri bantuan kepada jiran anda atau golongan kurang upaya dan istimewa. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan, ianya mungkin merbahaya. Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati terhadap bahaya-bahaya yang tersembunyi.

Semasa memasuki rumah.
Pakai kasut atau selipar. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap. Perhatikan siling rumah dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh. Periksa tanda-tanda kehadiran binatang berbisa dan merbahaya. Alihkan halangan yang bersepah dengan kayu.

Periksa ancaman bahaya.
Periksa paip saluran air atau gas yang mungkin pecah atau bocor. Periksa wayar dan perkakasan elektrik yang terendam dalam air. Periksa kehadiran bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk (minyak tanah, petrol, disel, dan sebagainya). Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuklah makanan dalam tin. Periksa sebarang kerosakkan tangki septic untuk elakkan bahaya biological. Laporkan segera kerosakkan kemudahan awam (Bekalan air, gas, dan elektrik) kepada pihak berkuasa.

31

4.4.2 TANAH RUNTUH. • Kawasan Berisiko.
Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh. Cerun atau saliran air. Potongan atau tambakan. Lereng bukit yang sedang dibangunkan.

• •

Sebelum Kejadian. Tanda-Tanda Tanah Runtuh.
Pancuran atau resapan di kawasan tanah. Kesan bonggolan atau rekahan tanah. Tanah berganjak. Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket. Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang. Kerosakkan paip air, gas atau pembetung bawah tanah. Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong. Jajaran barisan pagar berubah. Jalan mendap. Pintu atau tingkap sukar ditutup.

Persediaan.
Dapatkan maklumat tentang kawasan runtuh. Tanam tumbuhan tutup bumi pada cerun. Bina tembok penahan atau buat saliran air.

Semasa Kejadian.
Hubungi segera pihak berkuasa. Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda. Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila diarahkan pihak berkuasa.

32

Di Dalam Rumah.
Duduk diam di dalam bangunan. Berlindung di bawah meja, kerusi atau perabot yang kukuh.

Di Luar Rumah.
Jauhi laluan dan kawasan tanah runtuh. Lari kearah tanah tinggi yang jauh dari bahaya. Jika ternampak aliran air, tanah, batu dan tumbuhan segera berlindung di sebalik rimbunan pokok. Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda, membongkok seperti bola, lindungi kepala, duduk dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.

Selepas Kejadian.
Jauhi kawasan runtuhan. Periksa keadaan keluarga dan jiran anda, beri rawatan pertolongan cemas jika ada yang tercedera atau sakit. Beri bantuan kepada jiran, golongan kurang upaya. Dengar pengumuman radio. Awas banjir boleh berlaku selepas tanah runtuh. Periksa tapak rumah dan tanah di persekitaran anda. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam. Dapatkan nasihat pakar untuk membangunkan di tapak yang sama.

33

4.4.3 KEJADIAN ANGIN, RIBUT DAN PETIR Tanda Kejadian.
Kepulan awan gelap, besar dan tinggi. Petir dan guruh kelihatan dari jauh.

Persediaan.
Periksa sekitar rumah, pokok dan dahan kayu yang mati mungkin jatuh. Ikat atau letakkan dengan kukuh barang-barang diluar rumah.

Sebelum Bencana.
- Segera masuk kedalam rumah atau bangunan. - Sekiranya terasa petir akan berlaku, segera membongkok ke hadapan, duduk dan peluk lutut ke dada. - Jangan meniarap ke atas tanah. - Jauhi struktur yang tinggi seperti pokok, pagar, tiang telefon, tiang elektrik, dan sebagainya. - Jauhi rod-rod pengalir seperti antenna radio, kayu golf, tangga besi atau jentera seperti traktor, basikal dan sebagainya. - Jauhi longkang, sungai, paya, tasik atau mana mana tempat takungan air.

• •

Semasa Bencana. Di Dalam Rumah.
Bawa masuk barang-barang ringan ke dalam rumah. Tutup tingkap dan pintu serta kunci dengan betul. Tutup suis elektrik dan injap gas, tinggalkan palam perkakasan elektrik. Jangan gunakan telefon, radio wayarles atau menonton televisyen. Dengar siaran radio untuk maklumat terkini. Jauhi pili dan paip air, sinki, tab mandi atau paip gas (pengalir kilat)

34

Di Dalam Kereta.
Berhenti di tepi jalan dengan berhati-hati dan jauhi pokok-pokok besar. Duduk di dalam kereta dan nyalakan lampu kecemasan (hazard Lights). Jangan berhenti atau melalui jalanraya yang mungkin dilanda banjir.

Selepas Bencana.
Pastikan tiada kecederaan atau tanda-tanda sakit pada ahli keluarga, beri bantuan jika ada. Hulurkan bantuan kepada jiran anda, golongan kurang upaya. Laporkan segera kepada pihak berkuasa jika terdapat tiang lampu atau elektrik yang tumbang, paip air atau gas yang pecah atau bocor. Jika memandu teruskan perjalanan dengan berwaspada, jalanraya mungkin di tenggelami air atau terdapat sampah sarap dan objek yang menghalang laluan anda.

4.4.4 KEMARAU.
* Apabila jumlah hujan yang turun menjadi berkurangan dari yang sepatutnya dalam satu jangkamasa yang lama berlakulah kemarau.Ia bukan sahaja memberi kesan kepada bekalan air malah boleh menyebabkan penyakit.

Sebelum Bencana. (Tanda kejadian)
Hujan Semakin berkurangan atau tiada langsung. Cuaca semakin panas dan kering. Debu mula kelihatan.

Persediaan.
Sediakan bekas-bekas air untuk menyimpan bekalan atau stok. Dapatkan maklumat lanjut dari pihak berkuasa. Jika anda pesakit Asthma sediakan ubat dan bawa sentiasa.

35

Semasa Bencana.
Pakai pakaian yang longgar dan tidak memanaskan. Minum air yang banyak. Kerap berehat dan berada di kawasan yang redup. Jimatkan penggunaan air, jangan membazir. Beri rawatan pertolongan cemas (kepanasan melampau akan menjejaskan ramai orang) kepada yang memerlukan. Jangan kerap bersiar-siar, kurangkan aktiviti rekreasi. Berjumpa segera dengan doctor jika ada tanda-tanda batuk, selesema atau sakit mata dan tekak. Jangan biarkan air bertakung, nyamuk mudah membiak dan membawa penyakit. Jangan melakukan pembakaran terbuka. Periksa dan pastikan tiada botol-botol kosong, tin atau kaca di kawasan semak yang kering.

Jimatkan Air.
Bekalan air akan menjadi masalah utama semasa kemarau. Jimatkan penggunaan air, jangan gunakan air sebagaimana sebelum kemarau. Gunakan air untuk perkara-perkara perlu sahaja. Semasa menggunakan air biarkan lebihan air mengalir ke tanah, ini akan membantu kitaran semula sumber air. Sekiranya bekalan air dicatu,sediakan tong kosong untuk mendapatkan bekalan air dari pihak berkuasa.

Bertindak Semasa Kejadian. Sediakan peralatan Kecemasan dan letakkan di tempat yang di ketahui oleh semua ahli keluarga. Pastikan Mereka tahu untuk menutup suis utama bekalan elektrik dan injap bekalan air dan gas di rumah. Beritahu kepada anak-anak cara menghubungi pihak berkuasa semasa berlaku kecemasan.

36

Peralatan Kecemasan. Radio kuasa bateri (kecil dan mudah alih), lampu suluh, kasut, baju hujan, wisel, pisau, bateri, dan mentol tambahan. Alat Pertolongan Cemas dan ubat-ubatan penting. Makanan dalam tin atau paket ( sediakan pembuka tin). Air minum (air kosong adalah terbaik) Duit terutama syiling ( Untuk telefon) Dokumen penting (sijil lahir, Polisi insuran, Kad pengenalan, dan sebagainya) disimpan dalam bekas kalis air.

4.4.5 GEGARAN BUMI.

-

Sejauh ini, gegaran bumi yang teruk tiada berlaku di Negara kita. Namun, jika terdapat tanda-tanda gegaran yang akan mengancam Malaysia, Jabatan Kaji Cuaca akan bertindak memberi amaran awal.Dalam keadaan demikian, Pertahanan Awam Malaysia dan Polis akan membuat tindakan memberi amaran awam dan usaha pemindahan serta lain-lain tindakan kecemasan. 4.4.5.1 Semasa Bencana.
• Lindungi diri anda. Bertenang. Berlindung di bawah meja atau dinding dalaman. Jauhi dari tingkap, pintu, rakrak perhiasan atau apa sahaja yang boleh runtuh atau mencederakan anda seperti lampu, perabot dan peralatan lain.

37

• Jauhi dari bangunan. Jika anda berada di luar, jauhi bangunanbangunan dan kabel elektrik yang tergantung. Terus berada di tempat lapang sehingga gegaran berhenti.

• Berhati-Hati Gas Bocor. Jangan gunakan lilin, mancis atau sebarang bahan bakar semasa dan selepas gegaran kerana mungkin terdapat kebocoran gas.

• Hentikan Kenderaan. Jika anda sedang memandu, berhenti segera dan berdiam diri didalam kereta anda. Elakkan daripada berhenti berdekatan atau dibawah pokok, bangunan, jambatan, jejantas dan kabel elektrik tergantung.

*

Usah cemas jika bekalan elektrik terputus atau amaran sistem air pemadam api (fire sprinkler) dibunyikan.

4.4.5.2 Selepas Gegaran Berhenti.

Beredar Secara Teratur.
Jangan menyerbu ke pintu keluar kerana ini akan menyebabkan rempuhan. Sebaliknya bertenang dan bergerak secara bergilir-gilir.

38

Jangan Memegang Sebarang Wayar Elektrik Yang Rosak. Jangan memegang wayar elektrik yang rosak.Laporkan juga kebocoran gas kalau ada. Beri bantuan kepada mereka yang cedera atau memerlukan bantuan. Hubungi Jabatan Pertahanan Awam/ Polis jika perlu.

Periksa Bagi Kerosakan Struktur. Periksa rumah anda bagi kerosakan struktur dan laporkan kepada pihak penguasa.

4.4.5.3 Jika Terperangkap.
Duduk diam dan lindungi kepala dan muka anda dari serpihan kaca atau objek-objek lain yang mungkin jatuh dengan menggunakan baju, selimut, surat khabar, kotak, tilam dan lain-lain. Jauhi kawasan yang kelihatan berbahaya atau kurang stabil. Bersandarlah pada tembok yang tidak bertingkap kaca atau yang mempunyai rak diatas. Jika boleh, merangkaklah kebawah meja atau katil kerana ia memberi anda ruang udara untuk bernafas

disamping perlindungan dari sebarang runtuhan kecil. Jika anda sudah berada ditempat yang agak

selamat, jangan kemana-mana. Elakkan menggunakan tangga atau lif kerana selalunya terdapat bahaya lain seperti runtuhan kecil, anak tangga atau lorong keluar yang telah musnah dan gangguan kuasa didalam lif dan terowong lif.

39

-

Gunakan lampu suluh untuk menarik perhatian. Bagaimanapun, jangan hidupkan suis lampu atau mancis, dapur gas dan sebagainya. Kerana dikhuatiri terdapat kebocoran gas berlaku.

-

Jika anda tersepit/terhimpit dibawah runtuhan, suba gerakkan jari-jemari tangan dan kaki anda bagi memastikan peredaran darah anda tidak tersumbat dan mengelakkan pembekuan darah.

-

Kekalkan semangat hidup yang tinggi dengan memikirkan orang-orang yang anda sayangi.

-

Bertenang, berwaspada dan sahut jika anda mendengar panggilan para penyelamat. Bagaimanapun, jangan teriak tanpa sebab kerana ini akan melemahkan anda.

-

Cuba tarik perhatian para penyelamat dengan lampu suluh, ketukan pada dinding atau teriak jika anda pasti yang para penyelamat ada berdekatan.

4.4.6 TSUNAMI.

-

Tsunami adalah siri beberapa ombak besar yang berpunca daripada pergerakan dasar laut, gempa bumi, tanah runtuh atau ledakan gunung

berapi di bawah laut kawasan laut dalam. Dari pusat tsunami, ombak mula melanda kesemua arah pada kelajuan yang tinggi.

-

Tsunami, tidak kira besar atau kecil adalah berbahaya apabila tepi pantai. Menyebabkan ombak yang besar.

sampai

ke

4.4.6.1 Air Laut Tiba-Tiba Surut.

-

Jika anda berada di pantai atau tepi laut dan merasa bumi bergegar, terus lari ke kawasan tinggi. Jangan tunggu amaran tsunami untuk diberi.

-

Air yang surut secara tiba-tiba menjadikan parasnya menurun hingga sejauh satu kilometer atau lebih adalah tanda ombak tsunami akan melanda. Jangan berlengah, bergerak ke kawasan tinggi dengan segera.

-

Jangan mendekati kawasan pantai untuk menyelidik apa yang berlaku. Jika anda dinasihatkan untuk berpindah ke kawasan lain, lakukannya dengan segera.

40

4.4.6.2 Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Dilanda Tsunami.

Berpindah Ke Kawasan Tinggi.
Bagi rumah-rumah dan bangunan yang terletak di kawasan rendah seperti dipantai yang selamat. Jangan terus berada di bangunan sedemikian jika terdapat amaran tsunami. Segera berpindah ke kawasan tinggi.

Dapatkan Perlindungan Di Bangunan Teguh.
Tingkat atas bangunan tinggi, bangunan berkonkrit teguh boleh memberi perlindungan jika anda tiada masa untuk berpindah ke kawasan pedalaman atau kawasan yang lebih tinggi.

Tuju Ke Kawasan Perairan Yang Lebih Dalam.
Sekiranya anda berada di dalam bot atau kapal dan jika masa tidak mengizinkan, pandu bot anda ke kawasan perairan yang lebih dalam. Jika cuaca buruk, mungkin lebih selamat untuk meninggalkannya di jeti dan anda berpindah ke kawasan tinggi.

Tunggu Untuk Isyarat “ALL CLEAR”.
Jauhi dari kawasan yang terjejas sehingga ia benar-benar selamat. Jangan menganggap bahawa tiada lagi bahaya setelah dilanda satu ombak. Tsunami akan terjadi dalam beberapa siri ombak yang berbeza.

41

4.5

KECEMASAN SEMASA PEPERANGAN.

4.5.1 SISTEM AMARAN.

-

Sistem Amaran ini merupakan rangkaian bunyi siren yang telah dibentuk oleh Pertahanan Awam di tempat-tempat yang strategik di seluruh Negara untuk memberi amaran sebelum atau semasa berlakunya kecemasan kepada orang ramai tentang bencana alam dan yang disebabkan oleh manusia serta membahayakan kehidupan dan harta benda.

4.5.2 TEMPAT PERLINDUNGAN.

-

Tempat perlindungan Pertahanan Awam boleh di dapati dalam bentuk keluarga, bertingkat dan awam. Ia bertujuan untuk melindungi anda daripada

kecederaan yang disebabkan oleh senjata dalam kecemasan semasa peperangan.

-

Tempat perlindungan keluarga atau Household Shelter (HS) merupakan tempat perlindungan di dalam unit kediaman individu manakala tempat perlindungan bertingkat pula hampir sama dengan tempat perlindungan keluarga kecuali ia lebih besar dan terletak di kawasan awam setiap tingkat.

-

Tempat perlindungan awam pula adalah kawasan perlindungan awam seperti dibangunan kerajaan

sekolah-sekolah dan tempat-tempat yang selamat.

42

Sejurus Berada Di Dalam Tempat Perlindungan.

-

Berkumpul. Mendengar tentang pengumuman semasa. Jangan hidupkan api untuk memasak sewaktu berapa di tempat perlindungan.

-

Tunggu arahan daripada pihak berkuasa. Jangan membawa barang-barang merbahaya sewaktu perlindungan. berada di tempat

-

Jika anda masih berada di luar cari longkang atau tempat yang boleh anda menyembunyikan diri daripada ancaman seperti longkang, longkang pembentung atau longkang terbuka. Jikalau boleh baringkan badan anda.

4.6

PENGGANASAN. 4.6.1 ANCAMAN KIMIA.

-

Perlepasan gas, cecair atau pepejal toksid yang boleh meracuni orang ramai dan alam sekitar. Ia boleh dilepaskan melalui letupan bom, semburan dari kapal terbang, bot atau kenderaan. Ia boleh memberi kesan serta merta atau beberapa jam selepas kejadian, malah mungkin mengambil masa berhari-hari untuk bertindak.

Contoh bahan tersebut adalah:a. Hydrogen Sianida. a. Sulphur Mustard. b. Gas Saraf.

43

Tanda-tanda keracunan kimia.
- Sesak nafas. - Perubahan pada warna kulit. - Kejang perut atau cirit-birit. - Rasa pening atau pengelihatan jadi kabur. - Pedih di bahagian mata, kulit atau kerongkong.

4.6.2

ANCAMAN BIOLOGICAL.

Ia adalah pelepasan kuman atau bahan biologi lain yang boleh menyebabkan kita sakit. Ia boleh memasuki badan kita melalui pernafasan, menyerap melalui kulit yang luka dan terdedah atau melalui makanan. Contoh bahan tersebut adalah:-

a. b. c.

Bacillus Antraks. Racun Toksid. Ricin.

Tanda-tanda ancaman kimia dan biologi. Titisan lapisan berminyak atas permukaan. Bilangan orang yang pengsan atau sakit terlalu ramai. Bilangan haiwan yang mati atau hampir mati yang banyak. Renjisan atau wap cecair yang luar biasa. Bau yang luar biasa. Mangsa menunjukkan tanda-tanda mabuk, sukar bernafas, sawan atau hilang kawalan. Awan rendah atau kabus yang tidak cuaca. Habuk atau debu berwarna. selari dengan keadaan

44

Apabila berlaku serangan kimia dan biologi.

-

Tutup mulut dan hidung dengan pakaian atau alat pelindung perafasan jika ada.

kain,

-

Segera jauhi kawasan tersebut ( jauhi arah angin dari tempat kejadian).

-

Sekiranya tiada kesempatan untuk meninggalkan kawasan insiden, masuk ke dalam bangunan berhampiran, naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik.

-

Tutup pintu dan tingkap, matikan system pendingin hawa. Pergi ke bilik yang mempunyai pembukaan pintu dan tingkap yang paling sedikit, lebih baik jika terdapat tandas dan bekalan air.

-

Tutupkan sebarang ruang terbuka disekeliling pintu, tingkap dan ruang udara dengan pita pelekat atau tuala, seelok-eloknya tuala basah untuk mengelakkan dari bahan kimia tersebut tersebar ke kawasan perlindungan anda.

-

Laporkan segera kepada pihak berkuasa.

* Anda mungkin tercemar oleh bahan kimia yang dilepaskan, JANGAN CEMAS.

Tindakan selepas serangan kimia. Buka semua pakaian anda dan lain-lain barang yang bersentuhan dengan badan anda, elakkan dari menyentuh mata dan hidung. Masukkan ke dalam beg plastik. Alihkan cermin mata atau kanta sesentuh dan letakkan ke dalam bekas yang berisi bahan pencuci untuk membersihkannya. Bersihkan tangan anda dengan sabun dan air. Alirkan air yang banyak pada mata anda. Basuh muka dan rambut dengan sabun dan

kemudian bilas dengan iar bersih. Bersihkan lain-lain bahagian tubuh anda dengan menggunakan kain yang dibasahkan dengan air sabun dan bilas dengan air bersih.

45

-

Salin dengan pakaian yang bersih yang tersimpan dalam laci atau almari tertutup.

-

Dapatkan bantuan perubatan untuk pemeriksaan.

4.6.3

ANCAMAN RADIOLOGI.

Ianya mungkin berpunca daripada sejenis bom yang sinamakan “Dirty Bomb”. Bom tersebut adalah senjata kecil variasi nuclear yang mengandungi bahan letupan. Ia berupaya meletup dan menaburkan bahan radioaktif ditempat sasaran.

Sekiranya berlaku insiden ini fikirkan perlindungan, jarak dan masa. 1. Perlindungan - Jika anda berlindung pada bahan yang tebal, semakin tebal bahan semakin kurang keupayaannya menyerap radioaktif. 2. Jarak - Semakin jauh anda berada dari kawasan kejadian semakin kesan radioaktifnya. 3. Masa - Semakin kurang masa anda terdedah kepada bahan tersebut semakin sedikit risikonya.

4.6.4

ANCAMAN BOM.

-

JANGAN beri amaran secara umum atau menghidupkan penggera kecemasan.

-

BERTENANG dan berwaspada serta bercakap dengan sopan.

-

CUBA panjangkan perbualan dan lengahkan pemanggil.

-

CATATKAN setiap katabual anda dengan pemanggil.

-

JANGAN mengganggu percakapanya.

-

CATAT nombor sekiranya telefon anda ada system pengesanan pemanggil.

-

USAHA dapatkan bantuan untuk menghubungi phak berkuasa. DAPATKAN seberapa banyak maklumat mengenai bom tersebut

46

seperti. a. Bila bom tersebut akan meletup. b. Dimana bom itu berada. c. Jenis bom yang dinyatakan. d. Bagaimana rupabentuknya. e. Kenapa bom itu diletakkan. f. Dari mana panggilan terperinci.

-

BERIKAN kepada pihak berkuasa maklumat yang anda terima secara terperinci.

-

HUBUNGI

Pengurusan Keselamatan dan Kecemasan tempat anda.

JANGAN maklumkan kepada orang lain, biarkan pihak pengurusan keselamatan menguruskannya.

-

LAKUKAN

pencarian pantas di sekitaran tempat anda untuk

mengenalpasti sesuatu yang disyaki atau pelik.

Benda yang disyaki Bom. JANGAN beri amaran secara umum atau aktifkan penggera kecemasan. JANGAN sentuh benda yang disyaki bom tersebut. TINGGALKAN tempat itu dengan segera. LAPORKAN penemuan anda kepada pihak keselamatan dengan segera. TUNGGU arahan lanjut dari pihak keselamatan tempat anda.

Apabila diarahkan keluar dari bangunan. JANGAN gunakan lif untuk mengelakkan dari terperangkap didalam lif. Ikuti arahan penyelamat atau pegawai bertanggungjawab di tingkat tersebut. Keluar secara tenang dan teratur. Bergerak ke kawasan perhimpunan supaya dapat dikenalpasti untuk memastikan tiada sesiapa yang tertinggal.

47

Surat yang disyaki berbahaya. Tiada nama dan alamat pengirim. Ejaan yang salah. Alamat kepada jawatan sahaja. Kesilapan nama dan jawatan. Taip atau tulisan yang teruk. Nilai setem yang berlebihan. Kelihatan wayar. Tanda pos asing. Bentuk yang ganjil dan tidak sekata. Padat dan keras. Terdapat kesan-kesan seperti serbuk, gris atau berminyak. Bau yang asing. Pita atau ikatan yang berlebihan. Ada bunyi ganjil. Terdapat tanda seperti “peribadi” atau “sulit”. Mungkin kiriman dibuat dari luar Negara.

Sekiranya anda menerima surat yang disyaki mengandungi bahan bahaya. JANGAN buka, goncang, atau ketuk. JANGAN rasa atau bau. BERHATI-HATI memegang surat tersebut untuk mengelakkan gangguan kepada kesan tandatangan, tulisan, alamat dan sebagainya. ASINGKAN surat tersebut, tutupkan ia. TINGGALKAN tempat itu dengan segera. HALANG laluan ke tempat itu. BERI amaran kepada orang lain di kawasan itu. BERSIHKAN tangan anda dengan air dan sabun. HUBUNGI pihak pengurusan keselamatan dan kecemasan tempat anda.

48

4.6.5

ANCAMAN PENGGANAS.

-

Jika anda mempunyai maklumat tentang aktiviti pengganas, jangan ambilsebarang tindakan sendiri. Laporkan kepada pihak Polis dengan segera.

-

Telefon 999 untuk situasi kecemasan yang mengancam nyawa. Hubungi Balai Polis berhampiran untuk melaporkan situasi berikut. a. Keadaan atau kelakuan yang mencurigakan serta luar biasa. b. Keadaan yang menakutkan tetapi tidak mengancam nyawa.

-

Bersikap tenang dan beri maklumat berikut: a. Nama dan alamat anda. b. Keterangan ringkas kejadian (apa yang terjadi, bila dimana dan siapa terlibat). c. Keterangan orang disyaki (jantina, bangsa, umur, tinggi, warna rambut,pakaian, perawakan seperti jambang, misaim, parut atau loghat bahasa). d. Keterangan kenderaan yang terlibat (warna, model, buatan, tahun ,no. plet atau ciri-ciri lain seperti stiker, kemek atau tampalan) e. Kemana orang disyaki telah pergi.

49

5.

AKTIVITI DAN LATIHAN DALAM PERTAHANAN AWAM.
5.1 AKTA 221. Akta Pertahanan Awam 1951 (Disemak 1979) atau Akta 221 memperuntukkan tugas JPA3 untuk mengelola, menubuh, melatih, menyenggara, melengkapi dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam mengikut Seksyen 3(2)a.

5.2 AKTIVITI JPA3. • Pengurusan Angkatan. • Latihan Angkatan. • Eksesais/Latihan bersama. • Latihan Orang Awam. • Latihan Kadet Pertahanan Awam. • Latihan Pasukan (CDERT). • Talian Kecemasan 991. • Operasi Bencana. • Khidmat Kemanusiaan. • Pembangunan Projek dan Kelengkapan.

5.3 LATIHAN ANGKATAN. Setiap anggota Angkatan perlu melalui 3 peringkat latihan berikut: 1. Latihan Asas Selama 48 jam. 2. Latihan Lanjutan Selama 148 jam. 3. Latihan Kemahiran Selama 160 jam.

5.4 SUBJEK LATIHAN. 1. Latihan Asas. - Bencana dan peperangan. - Penyelamat Asas. - Pertolongan Cemas Asas dan CPR. - Melawan Kebakaran Asas.

50

- Kebajikan dan Pusat Pemindahan.

2. Latihan Lanjutan. - Penyelamat Lanjutan. - Responder Pertama. - Melawan Kebakaran Lanjutan. - Ascending dan Descending. - Pengurusan Trafik. - Pengurusan Bencana. - Membaca Peta dan Kompas. - Pengendalian Peralatan Penyelamat.

3. Latihan Kemahiran. Menyelamat di Air dan Skuba. Trauma Life Support. Pengendalian Bot Penyelamat. Alat Bantuan Pernafasan. Penyenggaraan Alat Penyelamat. Komunikasi.

5.5 TEKNIK LATIHAN.

1. Latihan Teori dan Praktikal. 2. Ujian Teori dan Praktikal. 3. Eksesais. 4. Latihan Bersama. 5. Penempatan. 6. Demonstrasi/Simulasi. 7. Latihan di Luar Negara. 8. Misi Bantuan Antarabangsa.

51

5.6 LATIHAN ORANG AWAM.

5.6.1 Objektif.

Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam Malaysia.

Memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya.

Usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai Pertahanan Awam Malaysia.

5.6.2 Jenis Latihan.

Latihan Orang Awam Sehari (8 jam). Latihan ringkas dan padat dalam subjek menyelamat kecemasan, CPR, rawatan kecemasan dan melawan kebakaran kecil dalam masa 1 hari.

• Latihan Mengikut Mata Pelajaran. Latihan pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi sama ada dalam subjek menyelamat atai pertolongan cemas atau melawan kebakaran.

5.7 SIAPAPUN BOLEH MEMOHON.

-

Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Industri/Kilang Dan Bekerja Sendiri.

-

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Siasah Dan Persatuan Penduduk Taman Perumahan Atau Kampung.

• Sijil penyertaan akan dikeluarkan dengan syarat berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia. • Latihan boleh di buat di mana sahaja mengikut kesesuaian dan persetujuan bersama pemohon dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. • Semua pertanyaan dan permohonan hendaklah dikemukakan ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang berhampiran.

52

5.8 SYARAT MENJADI ANGGOTA.

-

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal. Kelulusan Akademik sekurang-kurangnya darjah LCE/SRP/PMR. Tidak menyertai badan beruniform yang lain. Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Angkatan dan Latihan. Ibupejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

53

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->