P. 1
Pendidikan Islam - Pembinaan Masjid Pertama

Pendidikan Islam - Pembinaan Masjid Pertama

|Views: 4,445|Likes:

More info:

Published by: Shazana Binti Muhamed Sa'ad on Oct 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

04/05/2014

Disebut oleh Allah s.w.

t dalam al-Quran:

“…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu bersolat di dalamnya. Di sana terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri (mensucikan jiwa). Dan Allah amat menyukai orang-orang yang membersihkan dirinya”.
(at-Taubah: 108) Sabda Rasulullah SAW:

“ Bersolat di Masjid Quba’ seperti melakukan umrah (pahala)”
(Riwayat at-Tarmizi)

Nama Projek : Pembinaan Masjid Quba (Masjid Pertama) Pemaju : Nabi Muhammad s.a.w dan Sahabat r.a Kedudukan : Kira-kira 10km dari Selatan Pusat Bandar Madinah dan 4km dari Masjid Nabawi Tempoh Siap : 5 hari (Ada riwayat menyatakan 14 dan 22 hari) Tarikh Mula : 12 Rabiul Awal Tahun 1 Hijriah (Isnin) Tarikh Siap : 16 Rabiul Awal Tahun 1 Hijriah (Jumaat) Keluasan : 50 meter persegi (50 meter panjang dan lebar) Ketinggian : 1 meter dari aras permukaan tanah Jolokan Nama : Masjid Dibina atas Asas Takwa

- Di tengah-tengah perjalanan menuju ke Kota Madinah,

baginda Rasulullah s.a.w singgah di Quba’ iaitu sebuah kampung yang terletak dua batu ke selatan Madinah. Didirikan masjid sekaligus yang pertama dalam sejarah Islam. Baginda menetap selama 4 hari di sana.

Masjid Quba di Bandar Madinah pada masa kini yang telah dibina dalam saiz dan reka bentuk lebih besar di atas tapak yang asal.

- Meneruskan perjalanan pada pagi Jumaat dan tiba di

perkampungan Bani Salim bin ‘Auf (1 km daripada masjid Quba’) tepat pada waktu solat Jumaat lalu dibangunkan sebuah masjid (kini dikenali sebagai Masjid Jumaat). Ini adalah solat jumaat pertama sesudah hijrah dalam Islam.
- Quba pada masa tersebut masih belum dimasukkan dalam

persempadanan Kota Madinah. Oleh itu, Nabi meneruskan hijrah baginda dengan menunggang unta kesayangannya alQaswa’ menuju Kota Suci Madinah

Masjid pertama didirikan solat Jumaat dalam sejarah Islam, kini dikenali sebagai ‘Masjid Jumaat’.

- Kerja

pertama yang dilakukan di Madinah adalah membangunkan masjid untuk mengembangkan syiar Islam.

- Masjid dibangunkan di tempat unta Rasulullah s.a.w berhenti

setibanya di Madinah. Lokasinya di Mirbad, sebidang tanah milik dua orang asuhan As’ad bin Zurarah bernama Sahal dan Suhail.
- Baginda s.a.w sendiri menawar harga kepada kedua-duanya

sedangkan mereka lebih suka menghadiahkannya kepada baginda s.a.w tetapi baginda enggan menerimanya sebaliknya membayarnya dengan harga sepuluh dinar emas sumbangan wakaf Abu Bakar as-Siddiq.

- Asalnya kawasan tersebut ditumbuhi pohon-pohon kurma liar

tetapi telah ditebang manakala beberapa kuburan musyrikin di dalamnya pula telah dibongkar dan tanah diratakan.
- Kemudian, pohon-pohon kurma yang ditebang telah dipasang

berjejer sebagai kiblat masjid (ketika itu masih menghadap Baitul Maqdis).
- Dari

tempat kiblat hingga bahagian belakang masjid, panjangnya lebih kurang 100 hasta, begitu juga di bahagian tepi kanan dan kiri dengan diperkukuhkan dengan batu dan untuk pemasangan asas, tanah digali sedalam 3 hasta serta dipasang batu-bata.

- Lantai masjid diperbuat daripada kerikil dan pasir manakala

atapnya daripada pelepah dan dedaun kurma. Tiang-tiangnya pula daripada batang pohon kurma.
- Seluruh

kaum muslimin mengambil bahagian. Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri turut mengangkat batu-batanya. Akhirnya terdirilah sebuah masjid yang dindingnya daripada batu bata, atapnya daripada pelepah tamar manakala tiangnya daripada batang kurma.

Masjid Nabawi di Bandar Madinah pada masa kini telah dibina dalam saiz dan reka bentuk yang lebih besar.

Keikhlasan membina masjid kehebatan masjid pertama. Masjid sebagai perpaduan rakyat. pusat

adalah

rahsia dan

perhubungan

Masjid adalah lambang kekuatan, jentera perpaduan dan pusat setempat yang memberi khidmat sosial kepada seluruh warga umat Islam.

Masjid sebagai pusat perhubungan hamba dengan Tuhannya dan sesama umat Islam dan bukan Islam. Kepentingan institusi wakaf dalam Islam sebagai pemangkin ekonomi dan kesejahteraan umat Islam sejagat melalui teladan yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar (sumbangan 10 dinar emas yang pertama untuk membeli tanah wakaf masjid Nabi s.a.w).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->