You are on page 1of 14

PRAGMATIK

DEFINISI DAN PEMBAHAGIAN DALAM


KAJIANNYA
Disediakan oleh:
Redzuanah Binti Roujip
PISMP-IPGM Pemulihan
Ambilan Januari 2009
DEFINISI – beberapa tokoh
yang terlibat:
 Kamus Dewan Edisi Ke-4:
Ø Cabang linguistik yang berkaitan dengan
kajian tentang makna dan kesan yang
timbul daripada penggunaan bahasa
dalam situasi tertentu

 Grice (1975), Austin (1962) & Searle
(1969):
› Memformulasikan beberapa keadah
pentafsiran makna yang pada masa
sekarang secara utuh dikenali sebagai
kaedah pragmatik.

 Rudolf Carnap (1939):
› Pragmatik; bidang semua penyelidikan
yang mempertimbangkan… tindakan,
keadaan & persekitaran manusia yang
bertutur atau mendengar (isyarat
linguistik).

 Leech (1993):
› Kajian tentang makna dalam
hubungannya dengan situasi-situasi
ujaran.

 Gazdar (1979), Bach & Harnish (1979):


› Menyatakan bahawa pragmatik sebagai
suatu kajian yang meliputi kajian
bahasa yang digunakan berkaitan
dengan konteks, dan khususnya kajian
komunikasi linguistik.
Pembahagian dalam Kajian
Pragmatik:
IMPLIKATUR
 Satu bentuk pentaksiran makna yang
melewati batas-batas makna literal
(makna sebenar) sesebuah ayat (Grice,
1975).

 Contoh:
 Penutur: “Cantiknya awek tu!”
 kenyataan yang dilihat oleh pendengar
berlawanan sekali. Oleh itu, makna ayat
yang digunakan oleh penutur bukanlah
bermaksud gadis yang dilihatnya itu cantik
tetapi sebaliknya.
 Dalam hal ini, makna dalam makna.
 Pentingkan
kerjasama antara penutur
dan pendengar.

 Hubungankerjasama ini berlandaskan


empat maksim perbualan (prinsip):
› Kualiti: katakan apa yang benar sahaja
dan apa yang anda ketahui sebagai
benar sahaja.
› Kuantiti: katakan apa yang perlu
sahaja, jangan terlebih atau terkurang.
› Hubungan: katakan yang berkaitan
dengan topik perbualan sahaja (be
relevent).
› Kelakuan: gunakan bahasa yang padat
(be perspicious), ringkas dan elakkan
ketidakjelasan dan ketaksaan.
PRAANDAIAN
 Apa yang penutur jangkakan sudah diketahui
oleh pendengar, iaitu sesuatu hal atau
keadaan yang telah pendengar ketahui
tanpa perlu diucapkan oleh penutur.

 Contoh:
 A: Semua anak Ali botak.
 B: Semua anak Ali tidak botak.
 C: Ali ada anak.
 Dalam ketiga-tiga ayat di atas, A dan B
merupakan andaian kepada C. C merupakan
sesuatu yang telah diketahui oleh pendengar
mahupun penutur. Manakala, A dan B
merupakan andaian yang telah dibuat.

LAKUAN TUTURAN

 Teori pertuturan yang membincangkan
tentang kata-kata kerja yang maknanya
memberi implikasi bahawa penutur yang
menggunakan kata kerja tersebut dalam
pertuturannya telah melakukan tingkah
laku-tingkah laku yang terdiri daripada
pelbagai jenis.

 Contoh: Saya berjanji akan
 menyiapkan semua kerja
 saya.

 Terdapat juga lakuan tuturan secara tidak


langsung.

 Memaksa pendengar melakukan sesuatu.


Punya kuasa mendorong dan menghasilkan
kesan tindakan. Selalunya menggunakan
ayat perintah atau ayat permintaan.

 Contoh:
 Panasnya cuaca hari ini. Kepanasan ini
membuatkan tekak saya haus. Tidakkah anda
juga haus?
 Ayat permintaan yang digunakan adalah
tersirat.
DEIKSIS
 Kata-kata yang memilih referan yang
berubah-ubah dan berpinda-pinda
(Wijana, 1998).
 Sebagai satu cara untuk mengacu ke
hakikat tertentu dengan
menggunakan bahasa yang dapat
ditafsirkan menurut makna yang
diacukan oleh penutur dan
dipengaruhi situasi pembicaraan.
 (Cahyono, 1995)
 Deiksis yang berlaku dalam pertuturan
berpusat kepada penutur.

 Contoh:
 Kata saya, sini dan sekarang tidak
akan bermakna selagi penutur tidak
menyatakan siapa dia yang sebenar, di
mana dia berada dan masa perbualan
tersebut.
SEKIAN TERIMA KASIH

Subjek:
Pengenalan Kepada Masalah
Bahasa dan Komunikasi

You might also like