You are on page 1of 5

PERMAINAN TRADISIONAL.

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang


dilalui oleh nenk moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialahkeseragaman cara hidup nenek moyang kita.
Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakat. Ada di antara
permaianan ini yang sekarang jarang dipermainkan dan hanya dikentahu daripada ibu
bapa dan datuk nenk kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini. Dia anrara permainan itu termasuklah
congkak,wau,batu seremban,sepak raga, gasing dan lain-lain.

Latar Belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab. Bergantung
kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai
oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga
7000 SM di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia


melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari
Melaka memandangkan negeri ini merupaan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Carubbran juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai
di sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau
awari. Di Indonesia congak dikenali dengan nama congklak,di Filipina,sungka.

Pada zaman dahulu,golongan istana bermainan congkak dengan menggunakan papan


congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar
dimainkan dengan mengore lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan
di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya
mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan
pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia.
Terdapat juga permainan congkak dalam talian.

Cara Membuat Congkak


Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau,keruing, balau dan sebagainya.
Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya
mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
 Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan
congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
 Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang
diperlukan dalam membuat congkak.
 Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengeratkan lebihan kayu tidak
terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
 Kayu tersebut akan dipahat untuk untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk
dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah tertentu.
 Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
 Pahat bermata halus digunakan untuu melicingkan lubang tersebut. Ini penting
supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
 Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti
bentuk tumbuh-tumbuhan,kosmos,geometrid dan sebagainya.
 Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan,perang kemerahan,
perang dan hitam.
Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman.
Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak otor terkena tanah.

Asas Permainan Congkak.


Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongkak mempunyai
kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan
congkak,terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak
boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh jenis
lubang sebaris yang dikenali sebagai ‘kampung’ dan di kedua-dua hujunfnya terdapt
lubang ibu yang dikenali sebagai ‘rumah’. Panjang papan congkak tujuh lubang
biasanya sekitar 80cm dan lebarnya 18cm. sementar buah-buah congkak pula ialah
guli-guli kaca,buah getah,biji saga,batu-batu kecil dan sebahagianna. Setiap
congkak boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Dalam permainan ini, pemain akan
memulakan dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan
secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap ‘kampung’ menuju ke rumah masing-
masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang kosong
dan dianggap mati. ‘Rumah’ kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah
kiri pemain. Pemain yang seorang itu setiap pemaian terus berjalan sehingga dia
berhenti di lubang yang kosong. Sekiranya permain telah membuat satu
pusingan,iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah permain,ia boleh
mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendir.
Ini dikenali sebagai ‘tembak’.

Peraturan Permainan.
N Dua orang permainan duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan
kedua-dua permain serenta mencapai mencapai buah di kampung masing-masing dan
memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakkan dari
kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
N Gerakkan diteruskan sehingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan ke
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti,sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu menguat kesemua
buah<jika ada> di dalam kampung tersebut,hanya selepas membuat satu pusingan.
N Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,permain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri.
Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,maka permainan itu
mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati.
N Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sesungguh pun
giliran berada di pihaknya,maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.
N Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang edua,ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Perbezaan Peraturan.
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan
lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka,terdapat beberapa perbezaan dari segi
peraturan.
Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula
serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga
bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara
melawan arah jam.

Penghargaan.

Selamat Sejahtera. Saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan


kerja krusus ini. Saya menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran untuk menyiapkan
kajian ini. Kesampatan di sini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasil
folio ini. Ucapan terima kasih di tujukan khususnya kepada ibu bapa saya yang
telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Santha Kumari guru sejarah 2 Perdana yang
telah banyak memberi panduan,nasihat serta bimbingn sepanjang kajian dijalankan.
Tidak lupa, rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih atas segala
pertolongan yang diberikan tidak kira agama dan bangsa. Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada responden-responden kerana sudi ditemubual. Akhir
kata,ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan folio ini.
Sekian

Objektif Kajian
Kajian ini dibuat kerana ingin mencapai objektif-okjektif berikut. Antara
objektif yang dapat saya capai dalam membuat kajian ini ialah memenuhi keperluan
sukatan Pelajaran Sejarah Tingakatan 2. Memenuhi keperluan Peperiksaan Akhir
Tahun. Membuat perkaitan Permainan Tradisional dengan rakyat malaysia. Mengetahui
lebih mendalam tentang Permainan Tradisional yang dikaji. Mengenalpasti asal usul
Permainan Tradisional yag dikaji

Memberi cadangan untuk meningkatkan taraf Permainan Tradisional Malaysia supaya


terkenal diseluruh Negara. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan
tuturcara yang betul,jelas dan tepat.

Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang Permainan Tradisional di


kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

Kajian ini juga dapat menyedarkan orang Melayu betapa pentingnya Permainan
Tradisional di kalangan masyrakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan
setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri
Kaedah Kajian
Sepanjang kajian ini dijanalkan, saya mengguanakan 5 kaedah iaitu:
1.Pemerhatian
2.Sumber
5.Pandang Dengar

Berdasarkan kaedah pemerhatian saya dapat memberi cadangan untuk meningkatkan


taraf Permainan Tradisional Malaysia supaya terkenal di seluruh Negara serta dapat
melihat reka bentuk permainan yang di kaji. Melalui kaedah sumber pula, saya dapat
memberoleh banyak bahan melalui Internet, Perpustakaan, Soal selidik dan
sebagainya. Di samping itu, dari segi soal selidik, saya dapat mengetahuai lebih
mendalam tentang permainan tradisional yang dikaji serta dapat mengeratakan
silaturahim di antara individu. Dalam kerja kursus ini saya telah mengunakan
kaedah rujukan. Saya telah membuat rujukan di Internet dan buku-buku ilmiah yang
berkaitan dengan permainan tradisional untuk maklumat untuk menyiapkan folio ini.
Selain itu, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian. Saya melihat dan memerhati
cara permainan congkak. Disamping itu, saya juga telah menemubual jiran-jiran di
kawasan perumahan seta rakan-rakan mengenai permainan wau. Dan kahir sekali, saya
mengguanakan kaedah pandang dengar dengan menonton rancangan majalah 3 yang
disiarkan di TV3

KESIMPULAN

Congkak mempunyai keunikan yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah


dikekkalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara.
Kini permainan congkak mulai popular di kalangan masyarakat bandar tidak kira
kanak-kanak mahu un orang dewasa dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja.
Bukan itu sahaja, permaian congkak ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki
peringkat antarabangsa. Congkak juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti
pada waktu terluang.Congkak juga dapat dikenali dari pelbagai cara tersendiri.

You might also like