You are on page 1of 2

Rumusan Peta Pokok Definisi Peta minda pokok adalah satu cara yang mewakili sifat hierarki struktur

dalam bentuk grafik. Ia dinamakan sebagai "struktur pokok" kerana perwakilan klasik menyerupai pokok, walaupun carta umumnya terbalik berbanding dengan pokok sebenar, dengan "akar" di bahagian atas dan "daun" di bahagian bawah. Peta minda pokok adalah konsep, dan muncul di dalam beberapa bentuk. Untuk perbincangan peta minda pokok dalam bidang tertentu lihat contoh peta minda yang diunjukkan. Dalam struktur pokok terdapat satu dan hanya satu jalan dari manamana ke mana-mana tempat lain.

Contoh Peta Minda Pokok

Langkah Membina Peta Pokok 1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskan nya. 2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori. 3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan. 4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori. 5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.

CADANGAN PENGGUNAAN Mengelaskan kumpulan haiwan Mengelaskan jenis alatan muzik Mengelaskan elemen penting cerita Mengkategorikan kosa kata

Penggunaan i-THINK diperkenalkan menggunakan pendekatan seluruh sekolah (whole school approach), di mana latihan diberi kepada pentadbir, guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, guru dan murid mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama. Penglibatan ibu bapa juga menyokong kepada pendekatan ini. Ia juga banyak membantu guru dan murid dalam melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga membentuk murid supaya lebih kreatif dan inovatif terhadap pembelajaran mereka.

You might also like