You are on page 1of 2

Dol Said

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Makam Dol Said

Dato' Dol Said bin Omar, atau Abdul Said (1773 - 1849), ialah Penghulu Naning yang
kesembilan[1]. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira
yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi
Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun.

Dol Said meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

DOL SAID pahlawan naning


Daerah Naning terletak di antara Rembau dengan Melaka. British menganggap Naning
sebahagian daripada jajahan Melaka. British menuntut penduduk Naning membayar cukai
sebanyak 1/10 hasil mereka kepada Melaka.

Dol Said adalah PENGHULU Naning. Beliau mendakwa Naning = negeri yg merdeka. Oleh itu,
beliau menentang semua tuntutan yang dibuat oleh Birtish terhadap Naning.

1. Dol Said enggan tunduk kepada British. British hantar angkatan perang seramai 150
sipahi utk serang Naning pada 1831.
2. Dol Said telahpun meminta bantuan dari Rembau. Yamtuan Muda Rembau (Raja Ali)
telah menghantar bantuan tentera di bawah pimpinan menantu beliau ( Sayid Shaaban )
3. Mereka pun bertempur. British yang kalah terpaksa berundur.
4. British buat persiapan utk serangan kedua. Mereka suruh Dol Said menyerah diri tapi Dol
Said enggan. Pada Februari 1832, British isytihar untuk menangkap Dol Said. Mereka
bagi tawan hadiah kepada sesiapa yang berjaya menangkap Dol Said.
5. British sekali lagi serang Naning dari Melaka. Angkatan tentera British berjumlah lebih
kurang 1400 orang.
6. Kali ini Naning tidak lagi dibantu oleh Rembau. Tentera Dol Said telah ditewaskan.
Tabuh Naning iaitu pusat pemerintahan Dol Said telah ditawan oleh British. Rumah Dol
Said telah dibakar tentera British.
7. 1833, Dol Said menyerah diri. Beliau diberi pencen dan sebuah rumah di Melaka. Beliau
masih dihormati oleh orang Melayu.
8. Walaupun British menang dalam perang itu, diorang rugi 100,000 pound.

You might also like