P. 1
permainan bahasa--904

permainan bahasa--904

|Views: 5,697|Likes:
Published by nasz194
permainan bahasa untuk sekolah rendah
permainan bahasa untuk sekolah rendah

More info:

Published by: nasz194 on Oct 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/13/2014

pdf

text

original

1) PENGENALAN Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

2) OBJEKTIF PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa yang diintegrasikan dalam pengajaran seharusnya mempunyai beberapa objektif yang tentu. Antaranya seperti yang berikut: a) MERANGSANG INTERAKSI VERBAL PELAJAR Dalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan. Lazimnya, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Setiap ahli kumpulan akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bilabila masa sahaja mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan pandangan. Tiada seorang pun daripada mereka dibiarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya, mereka harus mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi. Kesedaran seperti ini akan memberi peluang kepada guru menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan menjaga disiplin kelas.

Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407)

Page 1

b) MENAMBAH KEFASIHAN DAN KEYAKINAN Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Permainan yang mengandungi kegiatan memberikan arahan umpamanya, boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. Guru harus bersedia memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut, terutama dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis. c) MENYEDIAKAN KONTEKS PEMBELAJARAN Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan individu yang terlibat, bukan sahaja antara pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. Permainan bahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara mereka. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan berfaedah kepada para pelajar, khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. Dalam permainan, mereka dapat menunjukkan kecergasan, di samping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. d) ALAT MENGIKIS RASA BOSAN Pada waktu-waktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang tengah hari, pelajar akan merasa bosan, mengantuk dan lapar. Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang tatabahasa dan Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407) Page 2

aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang melesukan. Begitu juga dengan aktiviti kelas ayat-ayat. yang Pada melibatkan saat ini penulisan permainan karangan bahasa dan dapat pembentukkan

menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan mereka lupa sekejap rasa lapar dan mengantuk. Permainan mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar. Permainan ini berasaskan keadilan dan pertandingan, akan meransang pelajar untuk bertindak balas, memprotes dan memberikan hujah. Dengan ini, pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar bilik darjah. e) ALAT PEMULIHAN,PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut tujuannya. Justeru, permainan sangat berguna dalam aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan yang dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini, pelajar berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf, membunyikan suku kata dan perkataan. Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah. Pelajar di dalam sesebuah kelas, biasanya mempunyai pelbagai peringkat kebolehan, misalnya kumpulan cergas, sederhana dan lemah. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau tidak begitu ramah. Namun demikian, mereka perlu dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan. Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407) Page 3

Sebagai aktiviti pengayaan, pelajar yang lemah boleh digalakkan mengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar yang cergas melalui permainan yang dijalankan. Namun, mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Bagi pelajar yang cergas pula, permainan dalam aktivitki pengayaan akan menambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka.

3) UNSUR PERMAINAN BAHASA Aspek yang lebih ditekankan dalam permainan bahasa adalah semangat

bekerjasama dan bukan pertandingan semata-mata. Pelajar bekerjasama dalam menyempurnakan tugas tertentu yang mendorong mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain. Permainan adalah satu cabaran untuk mencapai satu-satu matlamat atau melaksanakan beberapa tugas yang menarik dengan jayanya. Oleh itu, permainan harus berupaya memberikan motivasi yang tinggi dan bukan hanya setakat bertanding. Permainan harus dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa bosan di dalam bilik darjah. Aktiviti ini harus mampu memantapkan proses penguasan bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang lebih harmoni. Permainan bahasa dapat meningkatkan motivasi, membantu proses sosialisasi dan menyatukan pelajar daripada aras kebolehan yang berbeza-beza. Sekiranya digunakan dengan betul, teknik permainan boleh memberikan lebih banyak pengalaman yang berguna dan berharga jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran konvensional. Oleh itu, guru harus memikirkan faedah dan apa yang dijangka dapat dicapai melalui aktiviti permainan di dalam bilik darjah. Untuk pelaksanaan teknik permainan yang berkesan, perkara-perkara yang berikut perlu diberikan perhatian: a) MENINGKATKAN MOTIVASI Motivasi adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Pelajar biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407) Page 4

sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Oleh sebab terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran bahasa, pelajar biasanya menjadi pasif. Ini kerana di dalam bilik darjah pelajar dikehendaki melakukan terlalu banyak aktiviti mendengar, latih tubi dan latihan menulis. Mereka juga tidak dapat melihat kepentingan aktiviti ini dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan mereka seharian. Ini menjadikan pelajaran bahasa sungguh membosankan, belajar untuk sementara waktu sahaja dan tanpa kesungguhan serta keinginan yang mendalam. Permainan memerlukan penyertaan individu. Sewaktu pelajar memainkan permainan bahasa, mereka akan melibatkan diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul. b) INTERAKSI Murid sekolah rendah amat gemar bertutur dan mereka juga mudah untuk bersosialisasi. Keadaan ini boleh dieksploitasi untuk meningkatkan interaksi sesama mereka. Peluang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kebolehan untuk berkomunikasi sebenarnya berkait rapat dengan pengalaman berbahasa. Perkara penting yang patut diberikan perhatian adalah kesan daripada interaksi rakan sebaya. Mereka lebih banyak belajar melalui rakan sebaya daripada guru mereka sendiri. c) PERTANDINGAN Permainan bahasa bercirikan persaingan. Persaingan boleh berlaku antara sesama peserta, masa yang dihadkan, pencapaian persembahan yang terbaik atau mencapai matlamat tertentu. Sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada pula yang kalah. Jadi, permainan bahasa mengeksploitasi pembelajaran. kecenderungan bertanding tersebut untuk maksud

Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407)

Page 5

d) KERJASAMA Bekerjasama adalah satu unsur yang kukuh bagi setiap permainan yang penuh pertandingan. Dalam permainan, ahli-ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan bagi kumpulan mereka. Semangat bekerjasama yang dipupuk melalui aktiviti permainan ini juga dapat digunakan dalam perkara-perkara lain sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. e) PEMBELAJARAN SEMULA JADI Permainan bahasa membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi. Malahan kecenderungan bermain adalah satu gesaan yang semula jadi. Ia harus digunakan sebaik mungkin oleh guru, terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Pembelajaran bahasa berlaku dalam diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Banyak aspek yang berhubung dengan pembelajaran bahasa boleh berlaku melalui proses yang semula jadi. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahasa itu secara langsung. f) PERATURAN PERMAINAN Dalam permainan bahasa, terdapat beberapa peraturan khusus yang telah didefinisikan secara jelas. Semua pelajar yang terlibat dalam permainan, biasanya tahu dan faham akan cara dan peraturan untuk bermain. Semua peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan mengawal permainan dan memberikan petunjuk atau panduan kepada peserta, di samping dapat mengredkan permainan itu mengikut nilai-nilai tertentu. g) PENAMAT PERMAINAN Permainan bahasa mempunyai penamat. Biasanya, terdapat beberapa penentuan awal yang menandakan titik penamat untuk peserta

Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407)

Page 6

menghentikan permainan mereka. Ia mesti dilakukan walaupun pada ketika itu pemain-pemain masih belum mencapai keputusan yang sepatutnya.

4) PENGELOLAAN PERMAINAN BAHASA Menyediakan pelajar atau kumpulan tertentu yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti adalah satu faktor yang penting bagi memastikan kejayaan sesuatu permainan. Organisasi bilik darjah mestilah dirancang dengan baik. Tidak kurang penting adalah pelajar itu sendiri tahu dan faham apa yang harus mereka lakukan. Pelajar boleh dibahagikan kepada pasangan, kumpulan kecil yang mengandungi tiga atau empat orang ahli atau aktiviti yang melibatkan keseluruhan kelas. Aktiviti berpasangan atau kumpulan diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat bekerjasama, iaitu tolong-menolong dalam suasana harmoni dagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga dapat mempererat perhubungan dalam kalangan pelajar, di samping mereka harus menggunakan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal bagi mencapai matlamat permainan. 1. SECARA BERKUMPULAN Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya, empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan sudah memadai. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan pelajar dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan pelajar dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang selesa, terutama jika saiz bilik darjah itu kecil. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, permainan tersebut boleh digantikan dengan jenis permainan bahasa yang dilakukan di luar bilik darjah. Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407) Page 7

2. SECARA BERPASANGAN Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan pelajar. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan Biasanya, lebih banyak peluang latihan mendengar tidak banyak dan bertutur. permainan secara berpasangan menimbulkan

masalah jika dibandingkan permainan secara kumpulan. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan pelajar dengan bergerak dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain. 3. SECARA INDIVIDU Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk pelajar yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu. Dalam permainan, pelajar berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Jika masalah itu tidak dapat diselesaikannya, pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan. 5) CONTOH PERMAINAN BAHASA Nama permainan Kemahiran Objektif : Petang Hari Ahad :Mengemukakan cadangan atau menyatakan pilihan :Menyatakan apa yang selalu dilakukan oleh seseorang di luar sekolah ➢ Barcakap dengan menggunakan ayat-ayat yang betul Kandungan : ➢ Sukan dan masa lalu ➢ Perbendaharaan kata: istana , berkelah, berbasikal, tenis, televisyen, dan, muzik, bowling, zoo,tepi laut, radio, muzium, pergi, bermain, menonton, mendengar. ➢ Aspek bahasa: • Bolehkah kita...? Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407) Page 8

• • • • Bahan : •

Silakan... Bagaimana... Saya lebih gemar… Saya tidak mahu… Itu satu idea yang baik.

➢ Kad permainan Jenis aktiviti ➢ Kad peraturan : Kumpulan kecil

Prosedur permainan (langkah): 1. Bahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan kecil yang mengandungi empat orang ahli. 2. Buat salinan satu set kad peranan, satu set kad situasi, dan kad peraturan. Edarkan kapada setiap kumpulan. 3. Pemain-pemain duduk di sekeliling sebuah meja, dengan kad-kad situasi ditelangkupkan dalam satu baris di tengah-tengah meja tersebut. Kad-kad itu hendaklah diletakkan dalam satu urutan iaitu dari 1 hingga 6. 4. Setiap pemain mesti mempunyai satu kad peranan. Beritahu pelajar yang mereka di situ berkumpul pada hari Ahad. Mereka ke situ kerana merasa bosan di rumah. 5. Mereka dikehendaki memalingkan kad situasi yang pertama, dan mengemukakan cadangan apa yang harus dilakukan, berdasarkan senarai pilihan dalam kad peranan mereka. Cadangan hendaklah dibuat sehingga semua ahli dalam kumpulan setuju. 6. Apabila semua ahli telah setuju, mereka harus memalingkan pula kad situasi yang kedua dan melakukan perkara yang sama seperti sebelumnya. 7. Permainan akan ditamatkan apabila semua perserta telah berjaya membuat keputusan bersama dan bersetuju melakukan sesuatu.

Kad peraturan
Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407) Page 9

1. Bahagikan pelajar kepada kumpulan yang mengandungi empat orang ahli. 2. Sediakan dua set kad; kad peranan(A,B,C,D) dan kad situasi (1,2,3,4,5 dan 6). Setiap pemain peranan mesti mendapatkan satu kad peranan. Telangkupkan kad situasi di atas meja, di tengah-tengah dalam urutan 1 hingga 6. 3. Bayangkan anda adalah ahli keluarga kumpulan itu. Hari itu ialah hari Ahad. Anda semua berada di rumah dan berasa sungguh bosan. 4. Baca kad permainan anda. Terdapat senarai aktiviti atau kerja-kerja yang anda lakukan dan anda tidak suka lakukan. 5. Sekarang, palingkan kad situasi nombor 1. Baca. 6. Buat cadangan aktiviti yang anda gemar melakukannya. Guna idea dalam kad peranan anda. Cadangkan sehingga semua bersetuju. 7. Sekiranya masih ada ahli kumpulan yang tidak bersetuju walaupun aktiviti yang dicadangkan palingkan kad situasi yang kedua. 8. Baca dan kemukakan cadangan. Lakukan sehingga semua ahli kumpulan bersetuju. Teruskan permainan sehingga semua bersutuju dengan aktiviti tersebut. 9. Mulakan permainan seperti diatas.

Kad situasi
Kad 1 Pada petang hari Ahad, anda mahu keluar memandu di satu tempat yang menarik. Cadangkan satu tempat yang anda berminat untuk pergi.

Kad 2 Anda berada di dalam kereta yang baru anda beli, tetapi kereta itu tidak dapat digerakkan. Cadangkan satu tindakan untuk menggantikannya.

Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407)

Page 10

Kad 3 Apabila anda mula hendak meninggalkan rumah anda, hujan turun dengan lebatnya. Cadangkan satu aktiviti dalam rumah yang bolehanda lakukan bersama rakan-rakan anda.

Kad 4 Anda telah nembaca buku hamper sehari suntuk. Sekarang anda berasa terlalu bosan. Cadangkan untuk keluar ke Bandar.

Kad 5 Anda membaca akhbar. Filem yang ingin ditonton telah pun bermula sejam yang lalu. Cadangkan untuk menziarahi seorang teman.

Kad 6 Hujan sudah berhenti. Matahari muncul semula.

Kad peranan
Kad peranan A Anda mahu Ke tepi pantai Ke Bandar Pergi membeli-belah Mendengar radio Peri ke muzium Membaca akhbar Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407) Kad peranan A Anda tidak mahu Melawat istana Menonton Memandu Menonton TV Berbasikal Mendengar lagu Page 11

Bermain tenis Bermain hoki Bermain catur Mendengar muzik

Kad peranan B Anda mahu Ke panggung wayang Bermain badminton Menonton TV Menulis rencana Melukis gambar Menziarahi kawan Bermain ski Mambaca akhbar Berbasikal Kad peranan B Anda tidak mahu Berkelah Berjumpa kawan Bermain piano Berbual Bermain hoki Mendengar lagu

Kad peranan C Anda mahu Bermain muzik Keluar ke Bandar Membeli-belah Berbasikal Bermain bowling Bersiar di kampung Bermain tenis Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407) Page 12 Kad peranan C Anda tidak mahu Memandu kereta Ke tepi pantai Berkereta Bermain bola Bermain perahu Bermalam di hotel

Membaca komik Menonton wayang Berlumba kereta

Contoh 2
Nama permainan : Maka berkatalah Simon Kemahiran : Mendengar dan membezakan arahan Objektif : (i) Melakukan arahan mudah yang didengar (ii) Mengenal pasti dan menamakan bahagian-bahagian tubuh Kandungan : - Bahagian-bahagian tubuh - Kosa kata: siku, kuku, jari hantu, jari manis, ibu jari, lutut, buku lali, hidung, telinga, mulut, kepala, dahi, mata, kening - Aspek bahasa: berdiri, duduk tunjukkan saya... sila angkat... tunjuk kepada... pegang...anda Jenis aktiviti : Kelas

Prosedur Permainan (langkah): i. Pelajar ditunjukkan beberapa model yang melakukan aksi tertentu ii. Pelajar diterangkan peraturan permainan iii. Pelajar perlu mendengar arahan yang bermula dengan “Simon berkata...” Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407) Page 13

Misalnya: “Simon berkata berdiri” iv. Pelajar melakukan aksi yang disebutkan v. Pelajar berdiam diri sebentar vi. Guru kemudian berkata “duduk” vii. Pelajar yang membuat aksi tersebut tanpa dimulai dengan perkataan “Simon berkata...” akan diketepikan daripada permainan. viii. Mainkan permainan ini beberapa ketika dan pelajar yang tinggal apabila permainan ditamatkan dikira sebagai pemenang.

6) KESIMPULAN Pelajar peringkat sekolah rendah pada umumnya berada pada tahap perkembangan fizikal, emosi dan mental yang aktif dan mereka rata-rata suka akan sesuatu yang menyeronokkan dan mencabar. Aktiviti-aktiviti yang hanya melibatkan proses penglihatan dan pendengaran biasanya akan membosankan mereka dan tidak dapat mengekalkan minat mereka untuk terus belajar. Corak pengajaran yang bersifat tradisional ini akan melambatkan proses penguasaan kemahiran kanakkanak dan menghalang perkembangan sifat kreatif mereka kerana mereka belajar dalam situasi yang terkawal. Oleh itu, aktiviti pengajaran yang menarik harus dirancangkan agar pengajaran yang menarik harus dirancangkan agar pengajaran dan pembelajaran aspek kemahiran membaca dapat dilakukan dengan berkesan.

Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407)

Page 14

7) RUJUKAN

Andrew, W. (1980). Games for language learning. England: Cambridge University Press.

Lee, W. R. (1979). Language teaching games and contests. Oxford: Oxford University Press. Kamarudin Hj Husin, Siti Hajar Bte Abd Aziz. (1995). Permainan Bahasa untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Md Abd Nasri Bin Hj Yussop (05B0407)

Page 15

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->