You are on page 1of 6

PROFESIONALISME KEGURUAN

Di bawah konteks profesionalisme keguruan, seorang guru harus menguasai


kemahiran-kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai,
berkomunikasi, mengurus, termasuk kemahiran mengurus teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).

Belajar secara formal bermula di sekolah iaitu mempelajari kemahiran


mendengar, membaca, menulis dan mengira (3M). Kita juga belajar kemahiran
sosial seperti bekerjasama,berkomunikasi, berinteraksi dengan orang lain dan
orang dewasa yang lain. Proses ini berterusan, mulai dari masa kita lahir
sehinggalah kita sampai tua. Manusia menggunakan organ deria mereka untuk
memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Proses pembelajaran akan
diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai.Proses pembelajaran ini akan
berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Kemahiran belajar melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk


memperolehi ilmu dalam bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Guru harus
menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi
yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi
dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru hari
ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu
pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa

Proses pemikiran melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkara-


perkara yang tersembunyi, membuatkan kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau
kemahiran baru. Pemikiran boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat,
konsep atau idea yang berkaitan.

Tedapat 3 peringkat pemikiran iaitu Pemikiran kreatif, Pemikiran abstrak dan


Pemikiran konkrit . Huraian konsep pemikiran diatas, kita boleh rumuskan kemahiran
berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Pada masa
kini, peranannya telah ditukar menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi
rangsangan dalam bilik darjah. Masa kini tugasnya telah ditukar dengan usaha
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.

MASRIANI/KPLI_MT_09
1
PROFESIONALISME KEGURUAN

Untuk meningkatkan kemahiran berfikir, teknik menyoal harus sering digunakan


dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru digalakkan pula menggunakan
soalan bercapah untuk membimbing pelajar berfikir secara analitik, kritik dan rasional

Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran


dan pembelajaran.Kejayaan setiap aktiviti menentukan objektif pelajaran, memilih isi
pengajaran, memilih strategik dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran
pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran, memilih dan menyediakan
bahan-bahan pelajaran serta menyediakan dan menguruskan kemudahan-kemudahan
untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada saranan pelajaran,


pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Pemilihan strategi dan kaedah
mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Aktiviti merancang
pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran
untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya.

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran


ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti
aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan
tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan
cara yang berkesan, iaitu menggunakan pendekatan , strategi, kaedah dan teknik
mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Antara ciri-ciri kemahiran mengajar ialah pengajaran secara ansur-maju ,di


dalam peringkat permulaan guru berjaya memotivasikan murid-murid, aktiviti
pengajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, isi pelajaran disampaikan langkah
demi langkah, suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakan. Seterusnya,
murid-murid diberi peluang berinteraksi di dalam kumpulan mereka, murid dapat
mendisiplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan dan strategi dan kaedah
mengajar yang digunakan adalah sesuai. Akhir sekali, aktivit peneguhan dalam
peringkat penutup adalah sesuai dan membawa perasaan kejayaan murid-murid
kepada mereka.

MASRIANI/KPLI_MT_09
2
PROFESIONALISME KEGURUAN

Sebagai pemudahcara, tugas utama seorang guru ialah melicinkan segala


proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi Kemahiran Pemudahcara
terbahagi kepada dua iaitu Berpusatkan Murid dan Berpusatkan Bahan Pelajaran.

Dalam strategi berpusatkan murid, guru membimbing pelajar menjalankan aktiviti


pembelajaran.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua
hala. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Guru mementingkan
pengelolaan kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberi
perhatian, Seterusnya, strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran, bahan pelajaran
memainkan peranan yang penting. Komunikasi dan interaksi memang berlaku di antara
guru dengan bahan pengajaran, atau di antara murid dengan bahan pembelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran
menggunakan bahan pelajaran. Strategi ini menekankan perkembangan kognitif,
jasmani dan rohani.

Kemahiran menilai merupakan kemahiran yang amat penting bagi seorang guru.
Takrif Penilaian ialah proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat
yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Proses ini
meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti p&p, untuk
membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Antara ciri-ciri Kemahiran Menilai ialah aktiviti soal-jawab sering digunakan untuk
membuat penilaian, menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid membetulkan
kesalahan yang berlaku dengan serta merta dan hasil penilaian dapat membantu guru
mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru.

Tujuan komunikasi ialah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat


atau maklumat kepada pendengar. Guru dikehendaki menguasai kemahiran
berkomunikasi lisan dan bukan lisan untuk menjalankan P&P dan menyampaikan
maklumat atau ilmu dengan berkesan . Kemahiran berkomunikasi yang berkesan
membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran dengan tepat dan berkesan dan murid-
murid tidak akan keliru atau salah faham apa yang disampaikan oleh guru.

MASRIANI/KPLI_MT_09
3
PROFESIONALISME KEGURUAN

Ciri-ciri Kemahiran Berkomunikasi yang berkesan ialah bertutur dengan


penggunaan kepelbagaian nada, suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul,
perkataan yang tepat serta mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif dan
bebas daripada disisip dengan bukan perkataan seperti ”umm”, ”ahh”, ”er” dan ”ok”, dan
menulis dengan penggunaan saiz tulisan yang mudah dibaca, perkataan yang tepat
dan mudah difahami, tatabahasa yang betul, barisan ayat yang teratur serta jarak di
antara barisan ayat yang berpatutan.

Kemahiran mengurus merupakan aspek kemahiran yang sangat bagi seorang


guru. Tujuan kemahiran ini adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran,
keberkesanan bergantung kepada kemahiran mengajar, aktiviti pengajaran untuk
meransang murid belajar dan Objektif-bawa hasil pembelajaran dengan bentuk
perubahan tingkah laku.

Guru sebagai pengurus bertanggungjawab untuk mengurus rutin bilik darjah,


mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas
seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun mena-kerusi, mengurus murid-murid
supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah
supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus
bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan dan
mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi terbahagi kepada 4


iaitu Komputer membantu pendidikan ( computer aided education CAE ), Komputer
membantu pengajaran ( computer assisted instruction, CAI ),Komputer mengurus
pengajaran ( computer manage instruction, CMI ) dan Komputer membantu pengujian
( computer assisted testing, CAT ).

Komputer digunakan untuk mengumpul data, membuat analisis daripada


keputusan peperiksaan kebangsaan. Digunakan dalam pelbagai bidang pengurusan
dan pentadbiran pendidikan, baik di peringkat sekolah dan negeri, mahupun di
peringkat kebangsaan.

MASRIANI/KPLI_MT_09
4
PROFESIONALISME KEGURUAN

Peningkatan taraf profesionalisme bermaksud menaikkan atau meningkatkan


martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan
menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi.

Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan,


diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari
segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia
menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada
pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya
dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

Langkah yang boleh guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap


profesionalisme perguruan ialah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme
Keguruan. Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan
membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Bagi
memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan
profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah
juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.

Seterunya guru boleh membuat penyelidikan dan penulisan. Penyelidikan dan


penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan
atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru.
Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah,
penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti
berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan
lembaran kerja sebagai penilaian.

Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing.


Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya
mempengaruhi cara kerja seseorang guru. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang
baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik
akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih
berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.

MASRIANI/KPLI_MT_09
5
PROFESIONALISME KEGURUAN

Guru yang berketrampilan haruslah peka terhadap perkembangan pendidikan


dan teknologi terkini. Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini.
Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa
mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang
perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.

Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih


dinamik. Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat
kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar
terhadap seseorang guru.

MASRIANI/KPLI_MT_09
6

You might also like