You are on page 1of 62

PEMBENTUKAN

DAN
PELAKSANAAN
KURIKULUM
KBSR
DISEDIAKAN OLEH:

• RAZNIZA BT MOHAMMAD
• SITI NUR HANIS BINTI HAMIDAN
• NURUL SUA’IDAH BINTI OTHMAN

NAMA PENSYARAH:
PUAN SARIMAH BT SAAD
PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH(KBSR)

1982 – KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305


buah sekolah seluruh Malaysia.
Tahun berikut – pelaksanaan penuh dikuatkuasa di
semua sekolah rendah.
Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang
serius kepada pembangunan kemanusiaan.
Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah
menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah
seperti yang ternyata dalam huraian matlamat
pendidikan sekolah rendah di bawah:
“…matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan
murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, jasmani,emosi,bakat,akhlak,nilai-nilai estetika sosial”
(Kurikulum Baru Sekolah Rendah,1991;5)
Selaras dengan matlamat tersebut, maka objektif-objektif
pendidikan di peringkat rendah juga merangkumi aspek-
aspek seperti yang dinyatakan.
Supaya murid-murid dapat:
 Menguasai bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya
sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita;
 Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur,
membaca dan menulis dalam bahasa pengantarsekolah
berkenaan;
 Menguasai kemahiran asas mengira dan
menggunakannya dalam kehidupan harian;
 Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar;
 Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;
 Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa
Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa
kedua;
 Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk
meluaskannya;
 Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan
memahami pengertian ayat-ayat dalam al-Quran bagi
murid-murid Islam;
 Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat
dan mengamalkan akhlak mulia;
 Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan
nilai murni serta menjadinkannya asas bagi amalan
hidup;
 Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
 Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri;
 Memahami dan peka terhadap manusia dan
persekitaran;
 Mengembangkan bakat dan kretiviti;
 Memupuk semangat patrotisme;
 Menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian
dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
PERUBAHAN DALAM KBSR

1988 – KBSR telah disemak semula bagi mengenalpasti


kelemahan dan kekuatannya.
KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum
Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi
Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah.
PERUBAHAN DALAM KBSR

KURIKULUM BUDAYA SEKOLAH

Penggunaan Suasana Unsur


Kemahiran Sains
sempoa sekolah kesepaduan
Hidup

Unsur
patriotisme
Kajian Pembaharuan
Tempatan kepada Penggunaan Bahasa
Bahasa, Inggeris bagi Matematik,
Pend.Islam, Sains dan semua mata
Pend.Moral, Pelajaran teknikal bagi
Pend.Jasmani Tahun 1(mulai 2003)
• Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa perubahan-
perubahan dalam KBSR boleh dilihat dari dua persperktif
seperti yang berikut:
Secara am
 Penerapan nilai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran;
 Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas dalam
aktiviti harian;
 Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada yang
paling asas kepada yang paling kompleks)mengikut
tajuk;
 penyemakan semula sukatan pelajaran bagi setiap mata
pelajaran.
Secara khusus
 Pengintegrasian unsur penyelesaian masalah dan
arithmatic perniagaan dalam topik, “Wang,Ukuran
Panjang dan Berat”;
 Pembahagian mata pelajaran Alam dan Manusia kepada
dua mata pelajaran baru, iaitu Sains dan Kajian
Tempatan;
 Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran
Matematik, Sains dan semua mata pelajaran teknikal
bagi tahun 1 sekolah rendah mulai Januari 2003.
PROSES PELAKSANAAN KBSR

• Fokus kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran,


penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran,
dan penilaian.
Prinsip KBSR
Pembentukan dan pengubalan KBSR adalah
berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Perkembangan individu
Pendekatan bersepadu Secara menyeluruh
PRINSIP-PRINSIP
KBSR
Pendidikan yang sama
Untuk semua murid Pendidikan seumur hidup
Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu
• Ia merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan secara
wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.Ia berlaku melalui 4 cara, iaitu:

penyerapan
Unsur merentasi
Penggabungjalinan
Kesepaduan antara kurikulum
kemahiran
dua unsur
•Pelbagai bidang
Ilmu dalam
•Dalam satu mata mata pelajaran
•Kurikulum dan
Pelajaran &merentasi
korikulum
•Antara mata pelajaran
•Pengetahuan dan
pelajaran •Nilai dalam
amalan
mata pelajaran
Prinsip 2: perkembangan individu secara menyuluruh
• Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata pelajaran
yang memainkan peranan penting bagi memenuhi
keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid.
PRINSIP 2:
PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA
MENYELURUH

Semua mata pelajaran

Keperluan murid
jasmani

emosi intelek
rohani

PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU


• Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak
boleh dikembangkan secara berasingan.
• Ini bermakna, setiap potensi memang
mempunyai hubungkait dengan potensi yang
lain.
• Contoh: seorang murid yang berpotensi menjadi
pemain bole sepak yang handal bukan sahaja
perlu mengembangkan ilmu (cth:cara-cara
bermain yang berkesan) dan kemahira
(cth:cekap dan tangkas) mengenai permainan
tersebut, malahan murid ini juga perlu memupuk
sifat kerjasama, mematuhi peraturan, berdisiplin,
berbakti untuk sekolah dan negara, dan
sebagainya.
Prinsip 3: pendidikan seumur hidup

PRINSIP 3:
PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP

Peranan Sekolah
(Institusi formal)

GURU

Menyampaikan Memupuk budaya


Ilmu&kemahiran mereka
• Secara am, sekolah mempunyai dua peranan:
a) Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana
murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.
Sehubungan itu, maka KBSR membina asas bagi
setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan untuk membolehkan mereka
menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.apabila
tamat persekolahan nanti, proses pendidikan tidak
berhenti begitu sahaja. Di sebaliknya, setiap individu
digalakkan untuk meneruskan proses pembelajaran
masing-masing.
b) Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untuk
terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi
sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
Prinsip 4: pendidikan yang sama untuk semua murid
• Semua murid pada tahap persekolahan yang sama
mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira
jenis aliran persekolahan; yang berbeza adalah bahasa
pengantar sahaja.

PRINSIP 4 :
PENDIDIKAN YANG SAMA
UNTUK SEMUA MURID

Tahap persekolahan yang sama

Kurikulum sama
Struktur KBSR
Mata Pelajaran
Bidang komponen
Tahap 1 Tahap 2
•Komunikasi •Kemahiran asas •Bahasa Malaysia •Bahasa Malaysia
•Bahasa Inggeris •Bahasa Inggeris
•Bahasa Cina •Bahasa Cina
•Bahasa Tamil •Bahasa Tamil

•Manusia dan Alam •Kerohanian •Pendidikan Islam •Pendidikan Islam


Keliling •Nilai dan sikap •Pendidikan Moral •Pendidikan Moral
- •Sains
- •Kajian Tempatan
- •Kemahiran Hidup
•Perkembangan •Kemahiran hidup -
•Kemahiran hidup
Diri Individu •Kesenian dan •Pendidikan Muzik
•Pendidikan muzik
Kesihatan •Pendidikan Seni
•Pendidikan seni
•Kokurikulum •Pendidikan Jasmani
•Pendidikan jasmani
Dan Kesihatan
•dan kesihatan
Bidang pelajaran

•BIDANG KOMUNIKASI
Memberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas iaitu 3M
( membaca, menulis dan mengira)
Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah : Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Dan
Matematik.

Bahasa melayu
Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat
komunikasi perpaduan rakyat.
Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan
berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa
tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan,
dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukunnegara dan
hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.
Bahasa inggeris
• Diajar sebagai bahasa kedua
• Bertujuan untuk melengkapkan murid denagn
ilmu dan kemahiran asas dalam bahasa
tersebut agar mereka berupaya berkomunikasi
secara lisan atau bertulis di dalam atau di luar
bilik darjah
Bahasa cina
 Berfungsi sebagai bahasa komunikasi bagi
masa-masa tertentu.
 Bertujuan memberi murid-murid peluang untuk
menguasai kemahiran asas berbahasa dalam
bahasa cina sama ada secara lisan atau bertulis.

Bahasa tamil
 Berfungsi sebagai bahasa komunikasi.
 Bertujuan untuk menghasilkan murid yang
berupaya berkomunikasi dalama bahasa tamil
sama ada secara lisan atau bertulis.
Matematik
 Mengandungi 3 komponen pembelajaran iaitu konsep,
bahasa dan kemahiran prosedur yang merentasi 3
bidang kemahiran iaitu nombor dan operasi, ukuran
dan sukatan serta masalah bercerita.
 Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan
kebolehan murid dari segi konsep nombor dan
kemahiran mengira.
 Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam
penyelesaian masalah harian secara berkesan dan
berdisiplin.
• BIDANG MANUSIA DAN ALAM
KELILING
 Komponen kerohanian, dan nilai dan
sikap.
 Mata pelajaran dalam bidang ini ialah :
pendidikan islam, pendidikan moral,
sains dan kajian tempatan.
Pendidikan islam

 Mengandungi 3 bahagian iaitu :


1) Asuhan tilawah al quran – berfokus kepada aspek mengenal,
menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Juga menitik
beratkan aspek membaca dan menghafaz serta mengetahui
pengertian ayat-ayat tertentu dalam al-quran.
2) Asas ‘ulum syar’iah – merangkumi 3 aspek :
-akidah : menegaskan aspek keimanan dan keislaman melalui
rukun iman dan rukun islam.
-ibadat : menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan.
-sirah rasulullah S.A.W.- menekankan sirah dan contoh yang
dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian.
3) Asas akhlak islamiah – berfokuskan kepada pembentukkan peribadi
murid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkah laku muslim
dan mukmin.
 Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan bakat dan potensi
murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman, beramal soleh,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Pendidikan moral

 Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan


adat resam pelbagai kaum etnik di negara ini selaras
dengan nilai murni sawarjagat dan prinsip-prinsip rukun
negara.

 Isi kandungan dan penekanan berbeza sejajar dengan


tahap perkembangan dan kematangan murid.

 Bertujuan untuk membentuk individu yang berbudi pekerti


mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan.
Penghayatan dan amalan nilai murni.
Sains
 Terdiri daripada dua perspektif iaitu :
-bidang keilmuan : membekalakan rangka konsep agar
murid dapat memahami alam sekeliling, berupaya
menggabungkan fakta dan konsep dalam kehidupan
seharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru dengan
yang sedia ada.
-Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah :
mengembangkan kemahiran menyiasat alam sekeliling,
menggalakkan sifat ingin ingin tahu, kreativiti, berfikiran
terbuka, ketahanan diri (fizikal dan mental)
 Bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu,
berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukan
masyarakat berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan
progresif
Kajian tempatan
 Tunggak utama bagi menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan murid
 Dapat memupuk kemahiran sosial, kemahiran
belajar dan kemahiran berfikir dalam kalangan
murid.
 Bertujuan untuk melahirkan murid yang taat
setia kepada negara, cintakan tanah air, bangga
menjadi rakyat dan sanggup berkorban demi
mempertahankan bangsa dan negara.
• BIDANG PERKEMBANGAN DIRI
INDIVIDU
Komponen kemahiran hidup, kesenian
dan kesihatan.
Bertujuan untuk meningkatkan lagi
kemahiran hidup dan penghayataan
kesenian dan kesihatan.
Meliputi mata pelajaran : kemahiran
hidup, pendidikan muzik, pendidikan
jasmani dan kesihatan.
Kemahiran hidup
 Berfokuskan kepada pembelajaran eksperimental, iaitu
murid-murid belajar cara menggunakan alatan, perkakas
dan mesin tertentu semasa mengikuti latiahan amali yang
dikendalikan.
 Bertujuan untuk memberi murid peluang memperoleh ilmu
berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas,
keusahawanan, dan pengurusan diri termasuk
keselamatan diri, pengurusan wang, masa dan kerja
dengan berkesan.
 Dalam maat pelajaran ini dititikberatkan tajuk utama iaitu :
-merekacipta
-Mengurus diri dan kerja
-Mengusahaniaga barang
-Menyenggara dan membaiki kerosakkan kecil
Pendidikan seni
 Melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang
mencakupi 3 aspek iaitu :
a) Pemerhatian yang aktif dan terperinci.
b) Interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan.
c) Penghayatan karya seni dan alam sekitar.
 Untuk mencapai tujuan di atas, sukatan pelajaran diatur
untuk memberi fokus kepada empat kegiatan berikut :
1) Melukis dan membuat gambar
2) Membuat rekaan corak.
3) Membina dan membuat binaan.
4) Mengenal kraf tradisional.
Pendidikan muzik
Skop kurikulum berbentuk asas dan umum
dengan fokus asas dan umum dengan
berfokuskan amali yang menyeronokkan.
Merangkumi 3 bidang iaitu :
Nyanyian
Muzik dan gerakan
Permainan alat muzik.
Pendidikan jasmani dan kesihatan
 Menitik beratkan unsur sihat dan aktif
 Sukatan pelajaran mencakupi 3 aspek utama iaitu :
a) Penglibatan yang aktif dan selamat.
b) Interaksi yang berkesan dengan rakan sebaya, alat
dan bahan.
c) Dokumentasi dan penyimpanan rekod penglibatan
murid.
 Kandungan mata pelajaran, disusun untuk meliputi 4
tajuk seperti :
1) Perkembagan fizikal dan pergerakan.
2) Sukan dan rekreasi.
3) Jagaan keselamatan.
4) Jagaan dan sayangi diri sendiri.
Kokurikulum
Pembelajaran yang dilaksanakan di luar jadual
waktu persekolahan dan berasaskan gerakerja
yang terancang, merangkumi 3 aspek iaitu :
a)Pasukan berpakaian seragam.
b)Persatuan atau kelab.
c)Sukan dan permainan.
Penekanan KBSR

KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN ASAS NILAI MERENTASI KURIKULUM

PRINSIP MUDAH ALIH BAHASA MERENTASI KURIKULUM


PENEKANAN
DALAM
KBSR
PATRIOTISME MERENTASI KURIKULUM
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

SAINS DAN TEKNOLOGI MERENTASI KURIKULUM

STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID

PENILAIAN BERTERUSAN
Kemahiran asas
1. Terdiri daripada 3 kemahiran asas iaitu membaca,
mengiran dan menulis.
2. Asas-asas membaca dan menulis ialah :
o Mendengar
o Menyebut
o Mengenal
o Membentuk lambang, huruf dan perkataan.
3. Asas mengira :
o Membilang
o Mengenal angka
o Menggunakan operasi-operasi matematik seperti
tambah, tolak, bahagi dan darab.
Kemahiran berfikir
• Bertujuan membolehkan murid memahami, menilai dan meng
aplikasikan maklumat yang diterima agar membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Nilai merentasi kurikulum
• Penanaman dan pemupukan nilai-nilai seelok-eloknya
dilaksanakan dalam semua mata pelajaran.
• Semua guru bertanggungjawab untuk membantu dalam usaha
membentuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
• Guru sebagai rol model untuk membentuk sahsiah murid.
Bahasa merentasi kurikulum
1. Memandangkan bahasa malaysia masih lagi
merupakan bahasa pengatar bagi sekolah-
sekolah rendah rendah kecuali mata pelajaran
tertentu, maka setiap murid seharusnya
mencapai taraf penguasaan yang baik bagi
aspek-aspek seperti sebutan, struktur ayat,
tatabahasa istilah dan laras bahasa. Guru
bertanggungjawab untuk mengembangkan
dan mengukuhkan penguasaan bahasa
melayu murid-murid
Patriotisme merentasi kurikulum
1. Guru bertanggungjawab memupuk semangat
partriotisme dalam diri murid dalam semua
mata pelajaran di samping aktiviti kurikulum
dan khidmat masyarakat.
Sains dan teknologi
1. Terdapat 4 unsur utama iaitu :
 Pengetahuan saintifik yang merangkumi fakta, prinsip, dan
konsep
 Kemahiran saintifik yang menegaskan ketepatan, kejujuran dan
keselamatan
 Kemahiran saintifik termasuk proses pemikiran dan kemahiran
manipulatif tertentu
 Penggunaan teknolgi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Prinsip mudah alih
• Merujuk kepada dua perkara iaitu:
 Pengkaedahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran
 Organisasi bilik darjah.
2. Guru tidak terikatdenagn sukatan pelajaran sebaliknay diberi
kebebasan untuk mengajar tajuk-tajuk yang selaras dengan
kebolehan , pengalaman dan persekitaran murid.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid
1. Bermaksud bahawa guru seelok-eloknya berfokuskan kepada
murid-murid serta melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah
atau luar bilik darjah.
2. Guru hendaklah merancang pelbagai aktiviti yang boleh menarik
minat murid dan sesuai dengan kebolehan mereka.
Penilaian berterusan
1. Dikenali sebagi penilaian formatif yang dijalankan sepanjang
tahun,
2. Bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesan perkembangan
dan kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan
sikap.
Pemulihan dan pengayaan
1. Pemulihan dijalankan pada murid-murid tertentu yang
menghadapi masalah dalam satu-satu mata pelajaran.
2. Pengayaan diberi sebgai pengukuhan kepada murid-murid yang
telah menguasai sesuatu kemahiran agar dapat mengembangkan
ciri-ciri kretiviti, minat, bakat, daya ingin tahu, sifat berdikari dan
sebagainya.
Strategi pengajaran dan pembelajaran

1. Strategi p&p kbsr adalah berpusatkan murid,


mengambil kira faktor perbezaan individu dan
berasaskan kebolehan murid yang berbeza-
beza.
2. Guru hendaklah mengambil tindakan seperti
berikut :
 Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif
dan meransang pembelajaran.
 Mengamalkan prinsip-prisip tertentu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
Suasana dan persekitaran yang meransang
pembelajaran

1. Dibahagikan kepada dua aspek iaitu:


fizikal dan sosio-emosi.
fizikal
Suasana dan •Ruang
persekitaran pembelajaran
•Sudut
Sosio emosi pembelajaran &
sudut kerja
•Ruang pameran
•Mewujudkan hasil kerja
kemesraan •Bahan rujukan
•Memahami •Bahan pengajaran
kehendak murid dan pembelajaran
•Mendorong yang mencabar
murid belajar
Faktor fizikal
• Merujuk kepada :
1. Ruang pembelajaran yang disusun secara kreatif dengan
perabot asas seperti kerusi dan meja.
2. Sudut pembelajaran dan sudut kerja yang dilengkapi dengan
perabot dan bahan pembelajaran interaktif dan manipulatif
agar memberi murid peluang untuk membuat percubaan dan
penerokaan
3. Ruang pamran untuk hasil kerja murid.
4. Bahan rujukan berbentuk bahan cetak atau bahan media
untuk penggunaan murid.
5. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai serta
dapat mencabar kebolehan murid.
Faktor sosio emosi
• Merangumi unsur-unsur berikut :
1.Pertuturan dan perlakuan guru yang berbudi
bahasa dan bersopan agar dapat memupuk
kemesraan dan suasana pembelajaran yang
kondusif.
2.Keprihatinan guru terhadap kehendak murid
yang berbeza-beza.
3.Kebolehan guru untuk memberi galakan dan
dorongan kepada murid.
PENGLIBATAN
MURID YANG PENILAIAN
AKTIF BERTERUSAN

PENGUASAAN PENILAIAN KENDIRI &


KEMAHIRAN PENAMBAHBAIKKAN
BELAJAR DAN
BERFIKIR
PRINSIP-PRINSIP
DALAM
PROSES
PENGAJARAN DAN
PENGHARGAAN PEMBELAJARAN
PENEROKAAN
KE ATAS USAHA CARA-CARA
MURID PENYEMPURNAAN
TUGASAN
PELUANG
MEMBUAT PEROLEHAN
KEPUTUSAN PELBAGAI
PENGALAMAN
ANTARA PRINSIP-PRINSIP PENTING YANG
HARUS DIPATUHI GURU DALAM PROSES P& P

1. Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti kurikulum


dan kokurikulum
2. Penilaian yang berterusan diberi penekanan bagi
semua mata pelajaran
3. Penilaian kendiri ke arah penambahbaikan bertujuan
untuk meningkatkan perkembangan murid
4. Penerokaan cara-cara penyempurnaan tugasan yang
diberikan.
5. Perolehan pelbagai pengalaman bagi mengukuhkan
kefahaman dan penguasaan kemahiran tertentu
6. Peluang membuat keputusan secara rasional dan
keupayaan mempertahankan keputusan
7. Penghargaan kepada hasil kerja murid bagi memupuk
dan meningkatkan lagi sifat yakin diri, daya saing yang
sihat dan berani.
8. Penguasaan kemahiran belajar dan berfikir agar murid
lebih berupaya mengurus pembelajaran masing-
masing dengan lebih berkesan lagi.
• Bagi memastikan keberkesanan p&p
beberapa teknik disyorkan:
1. Main peranan
2. Tunjuk ajar
3. Lakonan
4. Simulasi
5. Sumbang saran
6. Bercerita
7. Lawatan
8. Permainan
9. Projek
Penilaian

Penilaian bermaksud “proses pengumpulan idea atau


maklumat secara sistematik bertujuan untuk membuat
pertimbangan dan selanjutnya membuat keputusan”.

Proses bersistematik bererti “mempunyai prosedur


atau langkah-langkah tetentu yang perlu diikuti”.

Maklumat merujuk kepada “data berbentuk kuantitatif


dan kualitatif. Data kuantitatif boleh diperolehi melalui
ujian lisan manakala data kualitatif diperolehi melalui
temubual, pemerhatian, dan sebagainya”.
• Pertimbangan bermaksud “ melihat semula data
yang dikumpul dari pelbagai perspektif”.
• Membuat keputusan bererti “ membuat tindakan
susulan seperti melaksanakan akiviti pemulihan,
penganugerahan sijil, tawaran ke sekolah
berasrama penuh dan sebagainya”.
• Penilaian boleh dikatakan sebagai satu proses
mengumpul maklumat untuk membuat keputusan
pendidikan mengenai penguasaan, kemajuan
dan pencapaian murid.
Jenis penilaian Tujuan
Penilaian
Penilaian formatif •Mengesan pencapaian dan
boleh perkembangan murid :
dikategori 1.Sepanjang tahun semasa
kan proses pengajaran dan
pembelajaran.
kepada 2.Setelah satu-satu unit
dua jenis pelajaran selesai diajar.
•Mengenalpasti kelemahan
iaitu murid berhubung dengan
formatif satu-satu kemahiran bagi
melaksanakan aktiviti
dan pemulihan.
sumatif.

Penilaian sumatif •Melihata tahap pencapaian


murid pada akhir satu-satu
tempoh pembelajaran,
misalnya peperiksaan akhir
tahun, UPSR, SPM dan
sebagainya.
Penilaian kemajuan
berasaskan
CIRI-CIRI
sekolah
HURAIAN
(PKBS)
dikendalikan oleh guru bertujuan untuk menilai perkembangan
murid-murid
berbentuk formatif dan sumatif dijalankan secara berterusan bagi
mendiagnos dan mengesan pencapaian
murid
mengesan pencapaian keseluruhan merangkumi aspek-aspek rohani,
murid jasmani, emosi dan intelek.
bersifat sistematik terdiri daripada urutan langkah-langkah
seperti merancang, melaksana,
menganalisis, melapor dan membuat
tindakan susulan
berbentuk rujukan kriteria menilai murid berdasarkan kriteria yang
telah ditentukan
menggunakan pelbagai kaedah contoh : pemerhatian, ujian lisan, ujian
bertulis dan sebagainya.
UJIAN PENCAPAIAN
SEKOLAH RENDAH

(UPSR)
merupakan penilaian sumatif yang dikendalikan
oleh kementerian pelajaran malaysia, untuk
menguji pencapaian murid-murid darjah 6.
• mata pelajaran yang diuji ialah
b.melayu,b.inggeris, sains, matematik. bagi
mata pelajran pend. islam penilaian asas fardu
ain (PAFA) dikendalikan bertujuan untuk
mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu
ain yang betul dan sempurna seperti yang telah
ditetapkan oleh syarak.
BANDING BEZA PKBS DAN
ASPEK
UPSR
PKBS UPSR
bentuk formatif sumatif
tujuan menilai pencapaian hanya menilai
dan perkembangan pencapaian
menyeluruh

kaedah formal dan tidak formal (ujian lisan


formal dan bertulis)
( pemerhatian, ujian
lisan, ujian bertulis)

cara pelaksanaan berterusan, terancang :


terancang dan sertamengikut masa dan
meta tarikh yang telah
ditetapkan
tempoh dari tahun 1 hingga pada akhir tahun 6
pelaksanaan tahun 6
ASPEK PKBS UPSR
penilaian kognitif, afektif, psikomotor, kognitif, afektif, psikomotor,
kemahiran kemahiran (berbahasa,
( berbahasa, mengira, sosial, mengira)
saintifik, amali, belajar)
perkembangan (minat,
bakat,siakp), penghayatan
nilai, kesihatan diri.
amalan fardu ain (dilaporkan
dalam penyata keputusan
upsr)

cara pengrekodan markah, gred, skala kadar markah, gred

cara pelaporan lisan atau bertulis (gred atau gred


markah)

perkara yang direkod kemajuan, pencapaian, pencapaian


kekuatan diri, kelemahan diri

perkara yang dilapor kemajuan, pencapaia n pencapaian


TINDAKAN SUSULAN
• Tujuan utama penilaian ialah untuk
membuat tindakan susulan
• Terdapat 3 tindakan susulan yag biasa
dilakukan oleh guru iaitu :
1.pengukuhan
2.pemulihan
3.pengayaan
PENGUKUHAN
• Merupakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bertujuan untuk
mengukuhkan pemahaman dan
penguasaan murid serta mendorong
mereka untuk belajar dengan lebih tekun
lagi
• Untuk mencapai tujuan ini guru akan
menyediakan dan menambahakan
pelbagai latihan sebagai pengukuhan
PENGAYAAN

• Aktiviti p&p tambahan dan pelbagai


bertujuan untuk meningkatkan ilmu,
kemahiran dan pengalaman murid.
• Merangkumi latihan dan aktiviti p&p yang
terancang dan bersifat lebih mencabar
PEMULIHAN
• Aktiviti p&p yang diberikan kepada murid yang
gagal menguasai atau menghadapi masalah
tetentu berkaitan dengan kemahiran 3M
• Pemulihan dalam kelas adalah bagi murid yang
mengalami masalah ringan dan dijalankan oleh
guru kelas sendiri dalam bilik darjah yang
berkenaan.
• Manakala, pemulihan khas dikendalikan oleh
guru pemulihan khas bagi murid yang
menghadapi masalah serius dalam
pembelajaran.
IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM
PENDIDIKAN NEGARA
Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya
dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang
berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1 (Tahap
1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat komprehensif dan
mengambilkira segala aspek proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah termasuk
penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai
merentasi kurikulum.
Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk para
pendidik, murid-murid dan ibu bapa berganding bahu
dan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR, sudah
pasti matlamat FPK akan tercapai dan sistem pendidikan
negara kita akan setanding dengan sistem pendidikan
negara-negara membangun yang lain di dunia ini.

You might also like