You are on page 1of 6

2.3.

5 GANDAR BELAKANG
Objektif
Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. Mengenal pasti komponen dan fungsi gandar belakang.


2. Mengenal pasti kendalian gear kerbeda ( differential gear ).
3. Mengenal pasti jenis syaf gandar belakang.
4. Menservis gandar belakang.

Pencapaian Kompetensi
1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.
2. Dapat menerang fungsi, kendalian dan nama komponen gandar belakang.
3. Boleh menggenal komponen utama dan menerangkan kendalian gear kerbeda.
4. Boleh menggenal pasti jenis-jenis syaf gandar belakang.
5. Dapat melakukan kerja menservis mengikut prosedur.

Maklumat penting
Fungsi gandar belakang.

1. Menampung sebahagian daripada berat kenderaan.


2. Menghantar kuasa kepada roda ( bagi jenis gandar hidup ).

Jenis-jenisnya.

Terdapat dua jenis gandar belakang.

1. Gandar mati.
2. Gandar hidup.

Gandar mati

Roda berputar secara bebas pada gandar tanpa dipacu. Contohnya kereta kuda.

Gandar hidup

Roda berpusing dengan pacuan gandar.

Terdapat 3 jenis gandar hidup:

1. Separuh terapung.
2. Tiga suku terapung.
3. Terapung.

58
60
Rajah 2.41 Jenis –jenis gandar hidup
KERBEDA
Fungsi 59
Untuk membezakan kelajuan pusingan roda semasa kenderaan membelok.

Kendalian

Jalan lurus
• Sewaktu jalan lurus kuasa rintangan pada setiap gear adalah sama.
• Kuasa yang dihantar melalui gear pinan memusingkan gear gelang dan sangkar gear
bersama-samanya.
• Pada masa ini gear gelang dan gear planet berpusing seperti satu unit.
• Gear planet hanya bergolek saja di atas gigi gear matahari.

Semasa membelok
• Apabila kenderaan mula membelok, kuasa bebanan adalah berbeza.
• Perbezaan ini menyebabkan gear matahari sebelah dalam mendapat lebih rintangan.
• Pada masa ini gear planet akan memusingkan gear matahari yang kurang rintangan dan
hanya bergolek pada yang banyak rintangan.
• Ini menyebabkan roda belakang sebelah luar berputar lebih pantas dari sebelah dalam.

Rajah 2.42 Arah tenaga di unit kerbeda


Rajah 2.43 Ceraian unit kerbeda

60
61
Aktiviti
Tugasan

Menukar minyak unit kerbeda.

Peralatan

Senarai peralatan Senarai bahan / kelengkapan


1. Alat tangan yang 1. Kenderaan pacuan roda belakang.
sesuai. 2. Minyak gear kerbeda.
2. Pam minyak
Kerbeda.
3. Takung Minyak.
4. Jek.
5. Sangga
keselamatan.

Langkah kerja

2. Buangkan minyak kerbeda, pastikan takung


1. Buka palam pengisi dan palam salir. berada pada tempat yang betul.
Info:
Semasa
pengisian
minyak
kerbeda,
kedudukan
kenderaan
mestilah
rata.

5. Setelah minyak mencukupi atau mula


3. Setelah minyak kerbeda habis menitik mengalir keluar dari lubang pengisi ikat
4. Isikan
semula palam minyak6.kerbeda
pengisi. yang baru
Paras minyak mestilah berada separas
ikat semula palam salir. melalui lubang pengisi.
dengan lubang pengisian seperti di dalam
gambarajah.

Latihan 62

1. Berikan dua jenis gandar yang anda ketahui.

2. Namakan komponen-komponen pada kotak yang disediakan:

Rajah 1

63

You might also like