You are on page 1of 58

KULIAH 1

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA


UMUM
Pengenalan

- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan


negara mundur kpd negara sedang
membangun dan kini menuju ke arah status
negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020).

- Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa


pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak
zaman penjajahan sehingga selepas merdeka
(Peristiwa 13 Mei 1969)
- Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran
penting yg diperoleh ialah:

1. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap


sekiranya tidak disertai kestabilan politik.
2. Kestabilan politik shj tidak memadai
tanpa pembangunan ekonomi yg
seimbang.
3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan
politik perlu berjalan dgn lancar dan
seimbang agar tidak wujud kepincangan
sehingga menimbulkan konflik.
Keseimbangan : melibatkan agihan habuan
ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa
pemerintahan yg matang.

Persoalannya
1. Apakah faktor yg boleh membawa
keseimbangan?
2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan
atau dipelihara untuk menjamin
keseimbangan secara berterusan?

Usaha berterusan untuk memupuk dan


mengekalkan hubungan etnik yg harmonis
KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN
ETNIK

1. Malaysia merupakan sebuah negara


berbilang kaum yg pernah menghadapi
konflik etnik.
2. Hubungan etnik berkait rapat dengan
seluruh struktur sosial masyarakat dan
memberi pemahaman tentang darjah
pluralisme sosial dan kebudayaan, punca
konflik serta sejauhmana struktur
masyarakat bersifat kolonial.
3. Hubungan etnik mencerminkan
perkembangan sejarah dan kemampuan
sosioekonomi sesebuah negara.
4. Hubungan etnik mencerminkan darjah
dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah
masyarakat.
5. Melalui hubungan etnik juga dapat
difahami isu prasangka dan diskriminasi di
sesebuah negara serta gambaran
peranan faktor personaliti dalam
menentukan tingkah laku ahli
masyarakat.
6. Hubungan etnik penting dalam
memahami kesan pengindustrian di
sesebuah negara (kesan pengindustrian dan
perubahan sosial).
7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar
sosial dan perancangan sosial sesebuah
negara.
Usaha-usaha Ke Arah Memupuk
Perpaduan Nasional

- Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara


(kini Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional /JPNIN).
- Pengenalan Rukun Negara (ideologi
kebangsaan).
- DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr
Kebudayaan Kebangsaan.
- Gabungan parti-parti politik (Barisan
Nasional)
- Integrasi antara wilayah (antara bandar
dgn luar bandar) dan antara Semenanjung
Malaysia dgn Sabah & Sarawak.

- Usaha kerajaan (top-down) shj tidak


memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha
yg berbentuk (bottom-up) menerusi
kerjasama & sumbangan drp sektor swasta,
sektor komuniti dan semua parti politik.
- Keharmonian Hubungan Etnik di
Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd
keadaan berbaik-baik antara pelbagai
kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan
kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas
menengah/golongan yg kaya drp pelbagai
kumpulan)

- HE merupakan satu ciri penting yg


mencorakkan sistem sosial Malaysia
walaupun tahap perpaduan nasional di negara
kita sukar diukur, namun negara luar melihat
Malaysia sbg negara yg berjaya
mewujudkan HE yg harmonis
KULIAH 2

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN
ETNIK
Tiga konsep penting yg ditumpukan
ialah: Masyarakat, Budaya, dan
Perpaduan

Masyarakat
- Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat -
sebagai “satu kumpulan manusia” yang
berhubung secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara kolektif dan
merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama.
Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan
mereka yang masih hidup dan kekal selama
berabad- abad.
- Satu kumpulan / kelompok manusia yang
hidup saling berorganisasi, berbincang,
bekerjasama dalam mengatur kerja
secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran
dan tindakan sehingga terjalin hubungan
antara satu sama lain serta lahir satu sistem
yang dinamakan sebagai kebudayaan.

Ciri-ciri utama masyarakat:


a) berkelompok;
b) berbudaya;
c) mengalami perubahan;
d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)
e) mempunyai kepimpinan; dan
f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan
kasta)

Konsep Etnik / Kaum


- Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka
melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg
sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan
ekonomi.

- Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk kepada


golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.
- Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat
resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan,
orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.

Konsep Suku
- kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (cth:
dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik seperti
Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)
Konsep Bangsa / Nasion
- Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk
berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada
- Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia yg
terikat oleh rasa taksub bersama & lebih rela bekerjasama
sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa
yg lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan
wilayah, budaya, sejarah & agama.
- Bangsa Malaysia sbg “bangsa idaman” yg kita kehendaki.
Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik yg
harmonis.
Konsep Masyarakat Majmuk.

- Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp


pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama,
bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka
(pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik
yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan;
interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan
hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas
dilakukan atas garis-garis ras.
- Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah
campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi
politik pula masyarakat majmuk timbul akibat
dominasi penjajah.

- Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan /


kelemahan azam sosial bersama (common social will)
yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui anggota
masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan
kepada tingkah laku sosial.
Konsep Kelas Sosial

- Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam


masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, segolongan individu yg
mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik, kekayaan,
pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca
pengeluaran.

Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan:


1.Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan
pertukaran.
2.Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga kerja sahaja
Konsep Institusi Sosial

- Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan.


Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan
atau suatu pola hubungan sosial yg mempunyai suatu matlamat sosial yg
tertentu.

Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi keluarga, institusi politik, institusi


agama, institusi pelajaran dll.
Konsep Jarak Sosial

- Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg benar-benar wujud di antara


individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.
Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok
atau di antara kelompok.

- Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persefahaman antara kelompok.
Semakin besar jarak sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang
hubungan atau interaksi dan persefahaman antara kedua-duanya.
Konsep Mobiliti Sosial

- Merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu


lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi
sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu
masyarakat.

- Dalam sistem yg lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih
terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta
yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku.
- Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme

Etnisiti :
merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
tertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya
yg jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan
satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg sama.
Etnosenterisme:

- Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih


baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.
- Sesuatu kelompok dikatakan ‘etnosentrik’ apabila mereka menilaikan
kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri
dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih rendah.
- Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu
kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada
kebudayaan masyarakat yg lain.
- Selagi manusia menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah mereka akan melihat
kelompok lain berdasarkan stereotaip yg sedia ada (biasanya yg
bersifat negatif)
- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam
mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan
perpaduan di antara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth:
Ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan
kepada parti – dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok
masyarakat.

Konsep Ras dan Rasisme

Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-


ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh
baka yang diwarisi dari generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid
dan Austroloid.
- Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg mempunyai
tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata
seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling
ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

- Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan
/ atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka
berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini
berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek mereka.
Rasisme
- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap
sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-
biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka
melalui perilaku atau tindakan.
- Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang
berasaskan keturunan bangsanya.
- Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg
paling unggul.
- Rasisme wujud pd 2 tahap:
1. Tahap Individu – kepercayaan & sikap individu
2. Tahap Institusi – melibatkan dasar & pelaksanaan yg
bersifat diskriminasi
Konsep Prejudis dan Stereotaip
Prejudis
- Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain
yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik
tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya
pandangan ini tidak berasaskan maklumat yg jelas, tepat
atau mencukupi.
- Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd generasi yg
lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku
persaingan bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama ada
dlm aspek politik, ekonomi atau sosial.
- Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
Stereotaip
- merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap
sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang X bersifat kasar”
dsbnya.
- Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan
etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil drp pertembungan dua
atau lebih komuniti etnik.
- Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif
dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di
Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan
etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yg lain dan
seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan
menimbulkan semangat perkauman yg menebal.
Konsep Diskriminasi
- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh
seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok
etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif.
- Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik
semata-mata.
- Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulan
etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis & stereotaip dlm
sesebuah masyarakat.
- Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan
etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan
kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan
sesebuah kumpulan etnik.
Konsep Budaya

- Kebudayaan : ditakrifkan Sebagai satu


keseluruhan cara hidup manusia (yg
merangkumi cara bertindak, berkelakuan
dan berfikir). Kebudayaan meliputi hasil-hasil
kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan
dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza
dari satu masyarakat ke masyarakat yg lain,
namun beberapa aspek yg sama didapati
wujud dalam kalangan semua masyarakat
(seperti bahasa, objek-objek kebendaan,
amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai
kesenian dll). Persamaan tersebut dikatakan
sebagai pola kebudayaan sejagat.
- Perubahan merupakan sifat yg penting
bagi sesuatu kebudayaan.

- Terdapat dua peranan utama bagi


pembentukan sesuatu budaya:
1. Membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian
serta identiti.
2. Memupuk kesedaran kebangsaan &
kenegaraan bercirikan
kerohanian, kemanusiaan,
spiritual, & mental.

Ciri-ciri penting sesuatu budaya:


1. Dipelajari.
2. Dikongsi.
3. Bersifat sejagat.
4. Diwarisi
5. Berubah-ubah
6. Mempunyai unsur simbolik
7. Adanya pandangan semesta (world view)

- Terdapat perbezaan budaya antara satu


masyarakat dgn masyarakat yg lain. Manusia itu
sendiri yg membentuk budaya dan
perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri.
Konsep Perpaduan & Integrasi
Perpaduan
- sbg satu proses yg menyatupadukan
seluruh masyarakat & negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti & nilai bersama serta perasaan cinta &
banggakan tanah air.
Integrasi
- Satu proses penyesuaian bersama
pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg
diterima oleh semua kelompok etnik dlm
negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu
kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi
disuburkan.
- Dalam konteks Malaysia, integrasi
merupakan satu proses bagi mewujudkan
satu identiti nasional dlm kalangan
kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan,
sosial & lokasi dlm sesebuah unit politik.
Unsur-unsur integrasi:
1. Integrasi wilayah – mengurangkan jurang
perbezaan pembangunan ekonomi &
sosial antara wilayah
2. Integrasi ekonomi – mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik
3. Integrasi kebudayaan – pembentukan satu
kebudayaan kebangsaan
4. Integrasi sosial – usaha menyatupadukan
rakyat melalui program sosial (sukan,
pendidikan, perumahan, kesihatan dll)
5. Integrasi pendidikan – mewujudkan sistem
pendidikan yg bercorak kebangsaan dan
sempurna dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani & sosial
6. Integrasi politik – kerjasama &
pembahagian kuasa politik

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi


bukanlah sesuatu yg mudah dan integrasi ialah
satu proses yg amat kompleks.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari
segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan
terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan
yg berbentuk sebati iaitu amalgamasi

Konsep Segregasi
- merupakan pemisahan & pengasingan
antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan
etnik yg lain dlm sesebuah negara.
Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan,
antaranya dari segi kawasan tempat tinggal,
sistem persekolahan, pengangkutan &
kemudahan awam. Segregasi wujud sama
ada didasari oleh undang-undang atau
sebaliknya.
Konsep Akomodasi
- merupakan proses yg menyebabkan setiap
kumpulan etnik menyedari serta menghormati
norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Formula: A + B + C = A + B + C
A, B & C merujuk kepada budaya

- Satu keadaan atau proses apabila kelompok-


kelompok yg berkonflik bersetuju untuk
menghentikan / mengelakkan konflik dengan
mengadakan interaksi secara aman damai baik
untuk sementara atau untuk selama-lamanya.
Interaksi sosial seumpama ini membolehkan
kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan
identiti serta sikap mereka yg berasingan.
- Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan
etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi &
pendidikan & mereka saling bergantung.

- Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia


kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan
budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan
pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama &
kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok
etnik).

- Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk


menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.
- Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’
sebagai satu dasar amat bergantung kepada
sikap golongan pemerintah dan kelompok-
kelompok etnik berkenaan.
Konsep Asimilasi
- Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di
antara kelompok / individu dari berlainan
kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini
berhubungan dengan penyerapan sehala individu /
kelompok ke dalam kelompok lain.
- Satu proses yg berlaku apabila mana-mana
kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan,
menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg
sama. Asimilasi mutlak atau sempurna
menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan & identiti
Formula: A + B + C = A
A mewakili golongan dominan, B & C mewakili
kumpulan etnik minoriti.
- Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg
erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya
bagi suatu tempoh yg lama.

- Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada


beberapa faktor penting:
1. Kesanggupan golongan minoriti untuk
menghilangkan identiti mereka.
2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima
golongan lain.
3. Terdapat banyak persamaan budaya antara
kumpulan etnik.
- Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz
kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara
golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar
imigrasi.
- Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan
berbanding kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai
kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza
daripada golongan majoriti sukar
diasimilasikan.
- Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami
proses asimilasi yg menyebabkan nama,
bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan
dgn amalan & cara hidup org Thai.
- Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi
masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba &
Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina
Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm
konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.
Konsep Amalgamasi
- Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari
segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan
pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui
perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu
bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang
lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
- Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili kumpulan
etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yg
terhasil drp penyatuan A, B dan C.
- Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini
berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat
demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa
mereka (jarang berlaku).
Konsep Akulturasi
- Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada
suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya
terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara
dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan
perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-
dua budaya tersebut.
- Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yg bakal
terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti
perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.
- Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg bersifat
kebendaan.
KONTRAK SOSIAL
- Merupakan satu persetujuan yg dicapai di
antara pelbagai kaum untuk mencapai
sesuatu matlamat yang dapat menjaga
kepentingan semua pihak.

- Cth: Di Malaysia, kontrak sosial antara kaum


Melayu, Cina dan India tentang perkara
penting dalam perlembagaan (kedudukan
Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak
kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA

• Konsep Nasion / Nation berasal dari Barat. Ia


berkait rapat dgn identiti nasional.

• Negara : mempunyai 4 elemen penting -


Rakyat yg diperintah, wilayah yg dimiliki,
kerajaan yg memerintah dan kedaulatan.

• Menurut Eric Hobsbawm: sesebuah nasion


dikenal pasti melalui 2 sifat asas:
1. Kewarganegaraan
2. Etnisiti
•Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh
melahirkan Nasionalisme.

-Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu


keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm
jiwa sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah
idea yg bertenaga yg berpunca drp perasaan
cintakan tempat asal, adat resam dan
merupakan fahaman yg matang serta berupaya
mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat negara
bangsa sebagai organisasi politik yg unggul &
sah.

• Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya


usaha atau kegiatan yg tersusun utk
mewujudkan negara berdaulat.
• Nasionalisme adalah fenomena sejagat yg
mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia utk
menubuhkan negara, memelihara
kedaulatannya & menuntut kesetiaan unggul
individu kpd negaranya.

• Negara yg pernah dijajah- memanifestasikan


semangat nasionalisme dgn cara menamatkan
penjajahan utk membina negara bangsa yg
bebas & berdaulat.

• Negara yg tidak pernah dijajah-menggulingkan


sistem kerajaan tradisional & menggantikannya
dgn sistem kerajaan berlandaskan kedaulatan
rakyat.
• Konsep Nasion -Negara bangsa.
Pembinaan negara bangsa umumnya
boleh
disamakan dgn integrasi nasional.

•Kepentingan pembentukan nasion:


- untuk memastikan nasion itu terus kekal
dalam keadaan sepadu, sejahtera &
tenteram.
Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion.
Pengukuhan negara memerlukan
penyertaan
dan dukungan komuniti etnik yg
memberikan
kesetiaannya.
MODEL PEMBENTUKAN NASION
Cth: Model Asimilasi, Model Integrasi, Model
Akomodasi Politik / penyelesaian politik, Model
Amalgamasi dll.

APAKAH MODEL YG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ?


- Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum.
Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak
berkongsi ‘satu pengalaman penderitaan &
kegembiraan yg sama pd masa lampau’.
- Kesan dasar ‘pecah dan perintah’ oleh British, sistem
ekonomi duaan & pengasingan pendidikan
menyukarkan perpaduan kaum dicapai.
- Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui
proses
asimilasi tetapi mengekalkan identiti
kepelbagaian yg dibentuk melalui pelbagai
dasar seperti dasar pendidikan & bahasa
kebangsaan.

Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2)


‘Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara
bukanlah melalui proses asimilasi tetapi
melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian
bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial
yg diterima oleh semua bangsa dlm negara’.
- Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok
etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
- Komposisi bangsa menjadi asas utk
memahami keadaan politik, ekonomi & sosial
di Malaysia.
- Tidak semua permasalahan masyarakat
majmuk boleh diselesaikan semata-mata dgn
kaedah penyelesaian politik tetapi juga
bergantung kpd faktor-faktor lain seperti
kemajuan ekonomi, keadilan sosial &
sosiobudaya.
TERAS PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA.

- Malaysia membentuk nasion mengikut acuan


sendiri: menggabungkan pendekatan politik,
ekonomi & sosial.

- Berpendirian pragmatik - keupayaan membuat


penyesuaian, berani membuat keputusan,
memiliki pemikiran & sikap pro-aktif serta
berwawasan.

- Berdasarkan DEB, DPN, Wawasan 2020 dan


Islam Hadhari.
Usaha pembentukan nasion Malaysia
dilaksanakan melalui pelbagai strategi:

1. Kerjasama & perkongsian politik.


- Awal kemerdekaan - politik kompromi melalui
Parti Perikatan (kerjasama & perkongsian elit
pemerintah pelbagai kaum)
- Selepas 13 Mei 1969 - formula Perikatan ubah
pendekatan. Pendekatan baharu-Barisan
Nasional dibentuk - pengukuhan kerjasama &
perkongsian politik pelbagai kaum.
- Kawalan politik utk kawal politiking yg
berlebihan & utk menjamin kestabilan politik.
- Pindaan perlembagaan - cth: menghalang rapat-
rapat umum & perbincangan isu-isu sensitif
pelbagai kaum (kewarganegaraan, bahasa, dasar
pendidikan kebangsaan, hak istimewa Melayu,
Agama)

- 1970 - Parlimen meluluskan Akta Hasutan, Rukun


Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar
Bahasa Kebangsaan, DEB)

2. Kerjasama & perkongsian ekonomi.


- DEB sbg asas baru kerjasama ekonomi peringkat
kaum. Pencapaiannya mencetuskan peluang
kerjasama yg lebih luas & perkongsian hasil yg
saksama di kalangan penduduk.
- DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinan
mutlak drp 49.3% (1970) kepada 15% (1990).
- Perbezaan pendapatan berkurangan antara
penduduk bandar & luar bandar & antara
kumpulan etnik.
- Peningkatan penyertaan bumiputera dlm
kegiatan ekonomi moden, pemilikan harta &
melahirkan lebih ramai usahawan.
- Adanya program sokongan utk meningkatkan
penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi
moden.
3. Keadilan sosial.
- Kesan drp kerjasama politik & ekonomi -
pengagihan yg adil & memerangi pemusatan
kekayaan segelintir manusia melalui program
pembangunan luar bandar.

4. Sistem pendidikan & bahasa kebangsaan.


- dibentuk untuk memupuk perpaduan & rasa
kekitaan serta jati diri sbg bangsa Malaysia.

5. Kebudayaan Kebangsaan.
- keupayaan menerima kepelbagaian unsur hidup
& budaya bersama.
6. Pembangunan kerohanian yg berteraskan
nilai-nilai agama, etika & moral.

Teras, Model dan usaha membentuk


nasion
Malaysia berbeza dgn negara lain kerana
sejarah, sistem politik, ekonomi & sosial
berbeza dgn negara luar.

You might also like