You are on page 1of 20

Nama: Alia Husna Bt.

Abd Halim
Kelas: 6 budi
Nama guru:Pn. Wan Anom
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan stinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan
Wan Anom yang telah memberi tunjuk ajar kepada
saya untuk menyiapkan projek kajian tempatan
2009 ini .
Ribuan terima kasih yang tak terhinnga kepada
bapa saya Encik Abd. Halim dan juga ibu saya Puan
Latifah kerana member kerjasama dan bantuan
dalam membentuk moral untuk saya menyiapkan
kajian ini .

Akhir sekali tidak lupa kepada rakan-rakan saya


yang telah memberi sokongan serta kerjasama di
samping berkongsi maklumat

2
Isi kandungan
Tajuk: Muka surat:
penghargaan 2
Bangunan-bangunan bersejarah:-
-bangunan stadthuys 4-5
-istana Negara 6-8
-tugu negara 9
-muzium negara 10-11
Objek-objek bersejarah:-
-watikah pengisytiharaan 12
kemerdekaan
13-14
-batu bersurat
15
-artifak
16
-senjata lama
Pemeliharaan & pemuliharaan warisan 19
sejarah
penutup 20-21

3
BANGUNAN STADTHUYS

Nama : Bangunan Stadthuys


Lokasi : Jalan Kota, Melaka Melaka Tengah, Melaka, Bandar Melaka, Melaka

Hakmilik Bangunan / Tanah :


Tahun Dibina : 1650
Latar Belakang Sejarah : Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi
Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni
rekabentuk Belanda yang halus.

4
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan di mana pada abad ke 19
ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali
sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan
sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu
terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.
Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa
perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis
perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W.
Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar.
Pengetua \'Malacca Free School\' yang pertama ialah Encik T.H. Moore. Walaupun bahasa
pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis
dan Bahasa Cina juga diajar.
Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada
golongan paderi dan menamakannya \'Malacca High School\' atau Sekolah Tinggi Melaka.
Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka
berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.
Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi. Paparan harian muzium ini
ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.

5
ISTANA NEGARA

Gambar 1: Pandangan Hadapan Istana Negara


Nama : Istana Negara
Lokasi : Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
No. Lot : 404, 403, 32, 55, 502, 503 & 97
Hakmilik Bangunan / Tanah : Kerajaan Persekutuan
Tahun Dibina : 1928
Latar Belakang Sejarah : Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Wathiqu Billah Tuanku
Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Negara
pada 26 April 2007 yang lepas dijangka menjadi upacara pertabalan terakhir yang diadakan di
situ sebelum Istana Negara berpindah ke kompleks baru Jalan Duta yang dijangka siap pada
tahun 2009.

Istana Negara yang terletak di lereng Bukit Petaling, Jalan Istana berhadapan Jalan Syed Putra
dan Sungai Klang merupakan tempat bersemayam rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong sejak negara mencapai kemerdekaan.

6
Istana yang pada mulanya merupakan sebuah banglo milik jutawan dari China, Chan Wing,
dibina pada 1928 dengan kos RM150,000 di kawasan seluas 11.34 hektar, mempunyai sejarah
yang tersendiri.

Pada zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1940an, banglo itu dijadikan pusat pemerintahan
tentera dan sebagai mes pegawainya, dan selepas tentera Jepun berundur dari Malaya, bangunan
itu dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai Istana Bersemayam Sultan Selangor, Sultan Sir
Hishamuddin Alam Shah yang kembali bertakhta apabila pendudukan Jepun berakhir.

Bangunan indah itu kemudian dibeli oleh kerajaan Persekutuan pada 1957 dengan kos RM1.4
juta, dan diubahsuai dengan kos sebanyak RM328,000 bagi memastikan ia sesuai sebagai tempat
bersemayam raja memerintah sebuah negara yang baru merdeka.

Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad adalah yang
pertama bersemayam di Istana Negara, bangunan putih ditandai dua kubah kuning diraja itu,
beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Senibina istana ini diubahsuai oleh E.K Dinsdale, arkitek Jabatan Kerja Raya, sementara kerja
pengubahsuaian oleh kontraktor tempatan hanya mengambil masa empat bulan meliputi
keseluruhan bangunan tanpa menyentuh struktur utamanya.

Hasil pengubahsuaian bangunan itu yang mempunyai 13 bilik, kini mempunyai 20 bilik, dapur
besar yang boleh memuatkan 100 orang, dewan menghadap, empat bilik tetamu yang luas, dua
dewan masuk dan sebuah dewan santapan.

Pembinaan Balairong Seri sementara untuk digunakan pada hari pertabalan Yang di-Pertuan
Agong menelan belanja sebanyak RM170,000 tetapi pada akhir 1957 ia dirobohkan dan diganti
dengan Dewan Persidangan yang lebih besar.

Pada tahun 1980, Istana Negara diubahsuai lagi secara besar-besaran bagi mengangkat
martabatnya sebagai kediaman rasmi pemerintah tertinggi negara dengan penambahan Balairong
Seri Utama yang menempatkan singgahsana.
Ianya merupakan singgahsana pertama dibina dalam Istana Negara untuk majlis pertabalan Yang
di-Pertuan Agong kerana sebelum itu acara pertabalan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman
di Jalan Ampang.

Singgahsana baru telah dibina di bawah perancangan arkitek kanan Jabatan Kerja Raya Kapt.
David Wee, yang telah menggabungkan lambang kebesaran raja-raja di negara ini.

7
Pertabalan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar sebagai Yang
di-Pertuan Agong Ketujuh pada 1980 merupakan pertabalan pertama diadakan di Balairong Seri
yang baru siap ini.

Selain untuk upacara pertabalan, Balairong Seri juga digunakan bagi jamuan negara, majlis
keputeraan dan penganugerahan pingat, tempat bersembahyang terawih dan syarahan agama.

Istana Negara juga mempunyai satu lagi singgahsana kecil, diwujudkan di tingkat atas bagi Yang
di-Pertuan Agong menerima dan menyerah watikah perlantikan duta dan pesuruhjaya tinggi.

Di Bilik Duta yang terletak di tingkat bawah adalah tempat Seri Paduka beramah mesra dengan
duta dan pesuruhjaya tinggi yang baru dan ia juga digunakan bagi Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri menghadap Seri Paduka setiap pagi Rabu sebelum mereka
mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet.

Istana Negara juga mempunyai Dewan Kecil tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong
dengan raja-raja lain, sementara Bilik Permaisuri pula adalah tempat kaum kerabat Diraja
menghadap Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong dan juga bagi acara tidak rasmi.

Di sebelah Balairong Seri ialah Bilik Mesyuarat Raja-Raja, tempat berlangsungnya mesyuarat
Majlis Raja-Raja Melayu setiap tahun sementara Bilik Menteri pula adalah merupakan tempat
menunggu sebelum dipanggil menghadap.

Selain bilik-bilik khas itu, dewan badminton yang terletak di perkarangan istana juga digunakan
untuk majlis yang melibatkan bilangan besar orang ramai seperti majlis penyampaian hadiah
kepada fakir miskin yang diadakan setiap bulan Ramadan.

Tempat rekreasi lain yang disediakan dalam perkarangan istana ialah gelanggang tenis,
gimnasium dan kolam renang.

Istana Negara juga mempunyai Balai Polisnya sendiri selain pengawal yang istana terdiri
daripada anggota Batalion Pertama Askar Melayu Diraa sejak tahun 2001. Pengawal berkuda
disediakan untuk mengawal pintu masuk dari pukul 8 pagi hingga 5 petang yang turut menjadi
tarikan pelancong.

Istana Negara, dan istana-istana raja di Malaysia adalah lambing keunggulan institusi diraja dan
akan terus menjadi kemegahan Negara

8
TUGU NEGARA

Gambar 1: Pandangan Hadapan Tugu Negara


Nama : Tugu Negara
Lokasi : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
No. Lot :
Hakmilik Bangunan / Tanah : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tahun Dibina : 1966
Latar Belakang Sejarah : Tugu Negara Malaysia atau turut dikenali sebagai Tugu Peringatan
Negara telah siap dibina pada 8 Februari 1966 sebagai tanda penghormatan kepada jasa para
perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-
1942) dan semasa Darurat (1948-1960).Ia terletak berhampiran bangunan Parlimen. Tugu
tersebut adalah diperbuat daripada gangsa. Ia direkabentuk oleh pengukir Austria, Felix de
Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC di Virginia, Amerika
Syarikat. Kompleks Tugu Negara terletak di Taman Tasik Perdana. Ia turut memasukkan Taman
Peringatan sebagai menghormati perwira negara yang telah berkorban demi kemanan negara.

9
MUZIUM NEGARA

Gambar 1: Pandangan Sisi Muzium Negara


Nama : Muzium Negara
Lokasi : Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
No. Lot : 55
Hakmilik Bangunan / Tanah : Jabatan Muzium Malaysia
Tahun Dibina : 1906
Latar Belakang Sejarah : Objektif utama penubuhan Muzium yang di kenali sebagai Muzium
Negara ini adalah untuk mengumpul dan menempatkan semua warisan sejarah, kebudayaan,
kesenian, dan spesimen flora dan fauna di samping beroperasi sebagai pusat pendidikan,
pembaik pulih, pusat penyelidikan dan pembangunan khazanah negara yang diilhamkan oleh
Perdana Menteri Pertama, YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al � Haj menjelang kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu bermula 16hb. September 1958.

Terletak di pinggir Taman Tasik Perdana di lot 55, seksyen 59 Bandar Kuala Lumpur, tapak ini
dahulunya adalah bekas Muzium Selangor pada tahun 1906 tetapi musnah akibat terkena bom
yang digugurkan oleh pesawat pengebom B.29 Tentera Bersekutu (Allied Force) semasa Perang
Dunia Kedua dalam bulan Mac, 1945.

10
Muzium Negara ini adalah lambang prestij dan kebanggaan rakyat Malaysia. Konsep rekabentuk
terulung pada pembinaannya memaparkan keindahan senibina Melayu yang berasaskan istana
Raja � Raja Melayu berlandaskan hasil seni kerja dan pertukangan tempatan yang estetik.
Konsep ketersergamannya menggunakan bahan bahan moden pada seni binanya memberikan
satu imej yang bertaraf antarabangsa. Dari perspektif nilai estetika, gaya dan ragam hias, arkitek
Ho Kok Hoe telah mengambil kira segala aspek agar ia tergolong mengikut ciri � ciri dan kelas
yang unggul dan tersendiri.

Seperkara yang menarik pada fasad hadapan Muzium ini adalah hiasan dua lukisan mural
berukuran 115� panjang, hasil rekaan Chong Lai Tong yang mengambarkan sejarah dan
kebudayaan Negara. Media yang diguna adalah cantuman kecil gelas halus (fine venation glass)
bernilai $100,000 yang di import dari Itali. Kedua, terdapat hiasan jubin khas sumbangan
kerajaan Pakistan, terletak di lantai dewan tengah bangunan.

Kerja pembinaan Muzium Negara bermula dalam tahun 1962 oleh Syarikat kontraktor Yew Lee
dengan kos binaan sebanyak $1.5 juta dan siap di bina dalam bulan Ogos 1963 sebelum
dirasmikan oleh D. Y. M. M Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke III, Tunku Syed
Putra Al � Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullai pada 31 Ogos 1963, jam 5.30 petang
sempena menyambut penubuhan Malaysia.

11
WATIKAH PENGISYTIHARAAN KEMERDEKAAN

Gambar 1: Pandangan Hadapan Watikah Pengisytiharaan Kemerdekaan


Kategori : Objek Warisan Ketara
Butiran Warisan : Watikah Pengisytiharaan Kemerdekaan
Jenis :
Latar Belakang Sejarah : Sebuah dokumen yang menyatakan bahawa semua negeri di
Semenanjung Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka serta
berpegang kepada prinsip-prinsip demokrasi. Negara baru ini dinamakan Persekutuan Tanah
Melayu atau Malaya. Dokumen ini dibacakan buat pertama kalinya sempena pengisytiharaan

12
kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri Malaya (Malaysia) Tunku Abdul Rahman Putra pada
31 Ogos 1957.

Batu Bersurat Terengganu


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu
bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia
membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh
tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun
1899.

Sejarah
Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan.
Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit
untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit
Puteri.

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang
jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat
pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa
Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala
Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles
Singapura.

13
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium
menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran
di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu
Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Kandungan
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini
menyebut Islam sebagai agama rasmidan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala
kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun
1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib
Negara pada tahun 60-an.

14
Artifak merupakan bahan atau perkakas yg
digunakan oleh orang pada zaman dahulu..
Antaranya termasuklah tembikar seperti pinggan
mangkuk yg ditemui di Lembah Bujang dan Gua
Nia dan juga tembikar Ch

15
Senjata Lama

16
Senjata lama adalah alat yg digunakan untuk
mempertahankan diri & menentang musuh.
Keris merupakan senjata utama pahlawan melayu
dahulu yg juga melambangkan keteguhan &
kekuatan
Keris dan lembing kini menjadi lambing budaya
melayu dan kebesaran diraja

17
Mengekalkan Warisan Sejarah, Terengganu, Malaysia

Bangunan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Terengganu yang terletak di Jalan


Tok Lam, Kuala Terengganu kini dalam proses pemuliharaan bagi mengekalkan
sejarah warisan Negara

Mahkamah berwajah baru

Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebelum dan selepas pemuliharaan.

18
Penutup
Menghargai sejarah warisan adalah sesuatu yang
masih longgar dan tidak kukuh dalam kalangan
masyarakat tempatan. Sejarah selalu dilupakan
dan peninggalan warisan pula diabaikan. Hal ini
disebabkan ada tanggapan bahawa kedua-duanya
tidak relevan dengan keperluan hari ini dan masa
hadapan. Bagaimanakah caranya untuk memupuk
semangat cintakan negara kita di kalangan rakyat
Malaysia jika rakyat masih lagi memandang remeh
tentang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah di negara kita ini?

Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah dan


tindakan telah diambil oleh kerajaan dalam
memastikan proses pemeliharaan dan
pemuliharaan tinggalan bersejarah dan
melestarikan nilai pelbagai warisan turun-temurun
ini diteruskan. Cara ini dapat melahirkan perasaan
berbangga dengan sejarah negara

19
di kalangan rakyat di negara kita.

Sebagai rakyat di negara Malaysia ini, kita juga


perlu turut sama memelihara banguanan
bersejarah ini dengan menjaga kebersihan
bangunan tersebut agar ianya sentiasa bersih dan
cantik pada pandangan masyarakat setempat dan
juga para pelancong yang datang ke negara kita
ini. Semangat kerjasama dan tolong-menolong
diantara satu sama lain perlu diterapkan kepada
masyarakat dan juga penting untuk menjayakan
usaha kerajaan ini.

Di samping itu juga, sebagai langkah untuk


pemuliharaan bangunan bersejarah ini, kita
perlulah sama-sama mencegah individu atau pihak
yang tidak bertanggungjawab daripada melakukan
vandalisme terhadap bangunan-bangunan ini. Kita
sepatutnya
bersyukur sebagai warganegara Malaysia .

20

You might also like