You are on page 1of 8

Pencemaran Udara

1.0 Pengenalan

Ruang angkasa bumi, yang juga dikenal sebagai atmosfera merupakan tempat
terdapatnya udara. Atmosfera merupakan selimut kepada bumi. Ia mengandungi
beberapa lapisan, lebih kurang 95 peratus udara terdapat pada lapisan
troposfera yang menjangkau jarak antara 0-7 batu (0-12 km) dari bumi, semua
bentuk pencemaran udara akan terkumpul di lapisan ini. Udara bersih
mengandungi 0.1 ppm karbon monoksida, 0.001 ppm nitrogen dioksida dan 0.25
ppm oksida-oksida nitrus. Apabila pencemaran udara berlaku akan mengubah
komposisi komponen-komponen ini. Fenomena pencemaran udara memberi
kesan yang besar terhadap pelbagai aspek seperti dari segi nilai estetik,
ekonomi, keselamatan kesihatan dan juga gangguan keselesaan individu.
Sumber pencemar udara boleh dikategorikan mengikut jenis emisi sama ada gas
atau partikulat, mengikut jenis punca sebabnya sama ada secara semula jadi
atau tiruan dan mengikut bilangan dan taburan ruang.

Pencemaran udara boleh di klasifikasikan kepada dua jenis, iaitu


pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer adalah
pencemaran yang dihasilkan oleh sulfur monoksida dan Karbon Monoksida yang
dihasil daripada pembakaran tidak lengkap. Pencemaran primer ini
menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran
udara tersebut dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang
melepaskan asap atau bahan pencemar dan penggunaan dapur seperti arang
kayu yang tidak terkawal. Manakala, Pencemaran sekunder adalah berpunca
hasil daripada tindak balas oleh sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-
wap air di udara yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

2.0 Faktor- faktor menyebabkan pencemaran udara

Pencemaran udara disebabkan oleh dua faktor yang pertama fator aktiviti
manusia itu sendiri dan faktor semulajadi. Dilihat dari perspektif aktiviti manusia
adalah aktiviti pembakaran, aktiviti penyemburan, penggunaan gas
klorofluorokarbon (CFC) . Dari aspek semula jadi ia telah lama berlaku sebelum
manusia wujud lagi. Antaranya ialah letupan gunung berapi, proses pereputan,
ribut pasir dan semburan air laut.

Aktiviti pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor,
pembakaran api ini akan menghasilkan gas-gas pencemar seperti nitrogen
dioksida, karbon dioksida, silfur dioksida dan karbon monoksida. Gas-gas ini
seterusnya akan terbebas dan berkumpul di ruang udara, apabila ia semakin
banyak dan ia akan berpadu dengan awan dan akhirnya membawa kepada hujan
asid.

Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran juga


merupakan penyumbang kepada pencemaran udara. Pencemaran ini lazim kita
dengar dan sentiasa berlaku di mana-mana, contohnya pembakaran hutan di
Indonesia secara besar-besaran yang pernah berlaku suatu ketika dahulu yang
member impak yang amat buruk. Negara kita juga tidak terkecuali terkena
kesan fenomena tersebut. Kesan yang ketara ialah jerebu yang amat teruk
berlaku sekitar ruang udara. Udara yang diliputi oleh bahan-bahan pencemar
seperti gas karbon dioksida, debu dan partikulat yang menyebabkan suasana
udara menjadi kabus dan kabur. Begitu juga dengan aktiviti penyemburan racun
serangga dan bahan-bahan kimia juga merupakan faktor kepada pencemaran
udara yang menghasilkan gas dan bahan kimia ke udara yang membawa kesan
buruk terhadap kesihatan manusia.

Faktor yang terakhir adalah penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) yang


berpotensi mengeluarkan gas CFC. Gas CFC dibebaskan oleh alat penyaman
udara, alat penyembur dan peti sejuk. Apabila gas CFC terlalu banyak berkumpul
di ruang udara ia akan memberi kesan yang amat berbahaya kerana akan
membawa kepada penipisan dan kebocoran lapisan ozon, apabila fenomena ini
berlaku sinaran matahari semakin terdedah dan memanaskan suhu di sekiling
ruang dan permukaan bumi.

3.0 Bahan-bahan pencemaran


Bahan pencemaran ialah ialah bahan-bahan yang menyebabkan berlakunyan
pencemaran udara. Bahan pencemar ini dikelaskan berdasarkan kepada
beberapa kriteria seperti sifat fizik, sifat kimia dan punca bahan pencemar. Dari
segi fizik, bahan pencemar boleh dikelaskan kepada gas, asap, habuk dan
sebagainya manakala dari segi punca, bahan pencemar udara yang wujud
adalah dikelaskan kepada pencemaran primer dan pencemaran skunder. Bahan
pencemar primer ialah bahan yang terdapat di udara dalam bentuk asal iaitu
sama seperti bahan yang terdapat di udara dalam bentuk asal seperti sulfur
dioksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon manakala bahan skunder pula ialah
bahan pencemar yang bukan lagi dalam bentuk asal iaitu terbentuk daripada
bahan pencemar lain melalui proses tindak balas fotokimia, hidrolisis dan
pengoksidaan. Contohnya, nitrogen oksida bertukar menjadi nitrogen dioksida
melalui proses fotokimia (seinfield 1975).

Selain itu, bahan pencemar juga boleh dikategorikan berdasarkan


kompenen kimia iaitu bahan pencemar organik dan bukan organik. Bahan
pencemar organik ialah hidrokarbon, aldihid, keton, alkohol dan eter manakala
bahan pencemar bukan organik seperti oksida-oksida sulfur, oksida-oksida
nitrogen, hidrogen klorida dan hidrogen florida.

Zarah merupakan diantara bahan pencemar yang menyebabkan


berlakunya pencemaran udara. Zarah ialah sebarang pepejal dan cecair yang
terdapat di udara biasanya melebihi ukuran garis pusat 0.002 mikron tetapi kecil
daripada 500 mikron. Zarah ini adalah berbeza dari segi sifat-sifat fizik, kimia
dan biologi. Dari segi sifat fizik, zarah berbeza dari segi saiz, proses
pembentukan, ciri-ciri pengenapan dan kualiti optik. Zarah juga mempunyai
sifat-sifat kimia yang tertentu seperti titisan asid, oksida-oksida logam, silikat
dan jelagat. Dari segi biologi, zarah terdiri daripada bakteria, virus, spora dan
debunga.

Selain itu, bahan pencemar lain ialah karbon monoksida. Karbon


monoksida ialah sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau dan tanpa rasa.
Gas ini dihasilkan daripada pembakaran tidak lengkap bahan hidrokarbon.
Antara punca utama gas ini ialah kenderaan dan kilang. Hidrokarbon juga
merupakan bahan pencemar yang menyumbang pencemaran udara.
Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi elemen-elemen hidrogen dan
karbon seperti metana, etana, propana dan etilena. Hidrokarbon dihasilkan
secara semula jadi oleh benda bernyawa terutama tumbuhan. Kenderaan
bermotor juga merupakan pencemar hidrokarbon terpenting kerana
menggunakan bahan bakar petroleum.

Oksida nitrogen ialah merupakan jenis bahan pencemar penyumbang


utama pencemaran udara terutama di kawasan bandar yang dihasilkan oleh
kenderaan bermotor. Terdapat dua jenis oksida nitrogen iaitu nitrik oksida dan
nitrogen dioksida. Nitrik oksida ialah sejenis gas lengai dan kurang toksid pada
paras lazim. Namun begitu, gas ini mempunyai sifat seperti karbon monoksida
yang mudah memasuki hemoglobin sehingga mengurangkan kandungan oksigen
di dalam darah. Nitrik dioksida juga mudah dioksidakan menjadi nitrogen
dioksida yang lebih berbahaya. Nitrogen dioksida ini mudah larut didalam air
membentuk asid nitrik dan jika gas ini wujud di atmosfera dan melarut didalam
air hujan dan kemudian akan membentuk hujan asid.

Disamping itu, bahan pencemar oksida sulfur. Terdapat dua jenis Oksida
sulfur iaitu sulfur dioksida dan sulfur trioksida. Gas ini sebahagian besarnya
dihasilkan ke atmosfera daripada pembakaran bahan api fosil kerana bahan ini
mengandungi sulfur. Sulfur dioksida ialah gas yang tidak berwarna, tidak mudah
terbakar, tidak meletup dan mempunyai bau yang melemaskan serta larut di
dalam air membentuk asid sulfurus manakala sulfur trioksida melarut di dalam
air membentuk asid sulfurik. kedua-dua asid ini agak tinggi diudara terutama
dikawasan bandar.

4.0 Kesan-kesan pencemaran udara

Pencemaran udara yang berleluasa akan memberi impak yang besar terutama
sekali kepada kesihatan manusia. Hal ini kerana, manusia sukar mengelak
daripada udara kerana manusia dikelilingi oleh udara dan memerlukan udara
untuk hidup. Mengikut anggaran, manusia menyedut lebih kurang 2,000 gelen
udara setiap hari. Oleh itu, Masalah pencemaran udara ini secara tidak langsung
akan menganggu sistem pernafasan manusia, pendarahan Pulmonary dan
Inflamasi paru-paru melalui gas-gas seperti karbon monoksida, Nitrogen Oksida
dan gas ozon iaitu gas-gas ini akan meracuni sistem pengangkutan oksigen
dalam darah manusia. Disamping itu, masalah jerebu yang serius akan
menghalang penglihatan mata dan juga akan menjejaskan mata manusia. Hasil
daripada kajian pertubuhan kesihatan sedunia atau WHO menyatakan sebanyak
tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara iaitu
tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan
kenderaan.

Selain daripada memberi kesan kepada manusia pencemaran udara ini


juga akan memberi kesan kepada tumbuhan iaitu pertumbuhan tumbuhan
mengalami kerosakan seperti nekrosis ataupun keguguran daun, klorosis
ataupun pertukaran warna daun dan juga pertumbuhan akan terbantut.
Manakala Kesan daripada kerosakan tumbuhan pada jangka masa panjang akan
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
daripada penduduk juga akan tergantung seperti petani. Di samping itu,
kehidupan haiwan juga turut terancam atau mati akibat daripada pencemaran
udara. Hal Ini, disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan
makanan yang diperolehi dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan daripada
pencemaran udara.

Hujan asid juga akan berlaku kesan pencemaran udara yang berlaku.
Hujan asid ini berlaku disebabkan oleh proses penggabungan gas sulfur dioksida
dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid
nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat
lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa
hidupan yang terdapat di bumi. Kesannya, akan membunuh tumbuh-tumbuhan
dan juga hidupan air. Selain itu juga, hujan asid ini juga boleh menghakis harta
benda seperti pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan melalui bahan
pencemar yang secara langsung akan merugikan dan meusnakan keindahan
persekitaran . Disamping itu, asid yang terdapat dalam hujan tersebut juga akan
meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurangan serta
menjadikan tanah tersebut tidak subur.

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh
negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca
kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan
suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul
di dalam udara. Oleh itu, akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang
berfungsi melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit dan kesan penyusutan lapisan ozon ini juga ekosistem
bumi akan terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian
alam yang tidak normal. Rentetan itu, pancaran matahari yang lebih terik juga
menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia. Kesan
pemanasan global dapat dilihat melalui banjir besar di johor yang
berkemungkinan berlaku akibat peningkatan paras air laut.

5.0 Langkah- langkah mengatasi

Masalah pencemaran udara telah memberi impak yang buruk kepada alam
sekitar. Oleh sebab itu, pihak-pihak bertanggungjawab telah membuat
keputusan untuk mengatasi masalah ini, terutama pihak kerajaan yang
merupakan pihak yang penting sebagai agen pentadbir negara. Kerajaan telah
mengambil langkah awal untuk membenteras masalah pencemaran, antaranya
dengan memperkenalkan Akta Kualiti Alam Sekitar pada tahun 1974. Akta ini
mengandungi peraturan yang mengandungi enam bahagian antaranya
peraturan kenderaan bermotor dan kualiti alam sekitar, peraturan kenderaan
bermotor (kawalan pelepasan asap, 1977), peraturan ini menghadakan
perlepasan asap kenderaan iaitu dihakan kepada 50 HDU. Akta kualiti berfungsi
sebagai agen mengawal dan mengurangkan aktiviti pencemaran dengan
mengenakan syarat-syarat tertentu.

Pihak-pihak firma dikenakan syarat dengan mengurangkan


pembebasan bahan-bahan bertoksik ke ruang udara seperti gas nitrogen
dioksida, sulfur dioksida, karbon dioksida,karbon monoksida dan sebagainya.
Firma-firma akan di hadkan atau diperuntukkan dalam membebaskan bahan-
bahan pencemar berdasarkan standad sama rata. Firma juga digalakkan
memakai alat pengasing elektrostatik, ia berfungsi menarik partikel-partikel kecil
dari udara. Misalnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang mengandungi
partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi cerobong.
Melalui kaedah alternatif iaitu mengurangkan penggunaan gas
kloflorokarbon (CFC), gas CFC dapat menipiskan lapisan ozon apabila ia
terlalu banyak bebas di udara. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan
untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon
(HCFC) .

Langkah utama yang perlu kita ambil adalah kita perlu mengubah cara
berfikir dan sikap kita sendiri. Hal ini kerana, pencemaran udara yang
berlaku ini adalah bermula daripada sikap manusia itu sendiri melalui
pembakaran bebas, pembebasan bahan pencemar ke udara oleh pemilik kilang
yang tidak bertanggungjawab dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan oleh
manusia. Jesteru, kita perlu mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan
menyedari kesan kepada jangka masa panjang sekiranya masalah ini terus
berleluasa. Oleh itu, kita perlu mengambil alternatif untuk memelihara,
mengekal dan menyelamatkan alam sekitar selaras dengan kepentingan dan
keperluan kehidupan kita sendiri.

Penampalan Ozon juga merupakan salah satu langkah yang digunakan


dapat mengatasi masalah pencemaran udara. Kaedah penampalan ozon adalah
dengan bahagian ozon yang berlubang akan ditampal dengan mengionkan
oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, dengan
menembak peluru ozon dengan mengunakkan kapal terbang mampu menampal
ozon. Penampalan ozon ini dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka
masa pendek.

Selain itu, kawalan kejuruteraan, kawalan ini merupakan pendekatan


teknikal yang melibatkan kawalan proses penghasilan dan pengeluaran bahan
pencemar. Terdapat pelbagai jenis bentuk kawalan kejuruteraan yang boleh
digunakan sesuai dengan punca pencemaran tetapi masih menggunakan prinsip
yang sama iaitu untuk mengelakkan penghasilan bahan pencemar dan
menyekatnya daripada terlepas keudara. Contohnya, kawalan penghasilan zarah
dari sumber berterusan boleh dilakukan dengan mengunakan kaedah primer dan
kaedah skunder. kaedah primer melibatkan langkah-langkah untuk memastikan
supaya proses yang terlibat tidak mengeluarkan zarah manakala kaedah
skunder pula mengawal zarah-zarah yang telah terhasil daripada terlepas ke
atmosfera. Selain itu, kaedah-kaedah lain yang digunakan seperti saiklon,
pemendakan elektrostatik, saringan dan pengilasan.

6.0 Kesimpulan

Udara merupakan sumber yang sangat penting kepada semua kehidupan. Udara
yang tercemar sangat membahayakan kesihatan disamping memusnahkan harta
benda. Daripada perbincangan di atas, jelaslah kita melihat bahawa pencemaran
udara adalah amat berbahaya terhadap ekosistem hidupan bumi termasuklah
manusia. Proses pembangunan negara khususnya dalam bidang perindustrian
merupakan punca utama merosotnya kualiti udara. Namun ada sesetengah
pihak yang masih melakukan aktiviti pencemaran secara berleluasa, hal ini
menyedihkan kita kerana kesedaran masyarakat masih rendah. Oleh itu,
masyarakat perlulah sedar supaya bekalan udara bersih untuk kehidupan kita
pada hari ini dan generasi akan datang terjamin.

You might also like