You are on page 1of 30

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan saya membuat folio ini ialah untuk mengetahui lebih mendalam tentang asal

usul keluarga saya dan juga sejarah keluarga saya. Oleh itu, folio ini amat penting kepada

saya.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang perkembangan keluarga saya dari segi

pendidikan maka saya boleh mengambil iktibar tentang cara-cara untuk memajukan dari

segi pendidikan. Di dalam folio ini terdapat tokoh keluarga maka saya boleh menjadikan

tokoh tersebut sebagai tokoh kebanggaan saya di samping dapat menghidupkan semangat

untuk terus belajar dan berjaya pada masa hadapan. Saya juga boleh mengeratkan

hubungan kekeluargaan dengan ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara saya.

KAEDAH KAJIAN
Semasa saya menjalankan kajian sejarah itu, saya telah menggunakan beberapa

kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah keluarga. Antaranya, saya telah

menggunakan kaedah temu bual untuk menemu bual ahli keluarga saya dan mendapat

maklumat. Selain itu, saya juga mencatat dan merekod peristiwa-peristiwa yang penting.

Kesan kaedah yang saya jalankan itu. saya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di

antara keluarga saya di samping dapat mengeratkan lagi kasih sayang. Saya juga telah

menjalankan kaedah soal selidik. Saya telah mengkaji gambar-gambar lama untuk

dimuatkan di bahagian lampiran.

RUMUSAN
Selain menyiapkan folio ini, saya dapat merumuskan beberapa perkara. Antaranya ialah

saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang asal usul ahli keluarga. Saya juga dapat

merapatkan hubungan di antara semua ahli keluarga. Selain itu, saya juga dapat

memahami persefahaman antara ahli keluarga. Oleh itu, folio ini amat penting kepada

saya.

PENGHARGAAN
Assalamualaikum……

Pada ruangan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua

ahli keluarga dan saudara-mara saya yang telah banyak membantu saya menyiapkan folio

ini dan memberikan dorongan serta maklumat kepada saya. Tidak ketinggalan juga

kepada guru sejarah 1A5 iaitu Encik Fakhrurrazi Bin Mohamad yang telah banyak

memberi bimbingan dan memberikan idea kepada saya untuk menyiapkan folio sejarah

ini dan kepada rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kerana sudi menolong saya untuk menyempurnakan folio ini.

Sekian, Terima kasih.

RUJUKAN
Semasa saya membuat folio ini, saya telah membuat beberapa rujukan pada pelbagai

bahan. Antaranya ialah saya membuat rujukan pada buku teks Sejarah untuk merujuk

beberapa kaedah yang hendak dilakukan. Saya juga telah membuat rujukan pada gambar-

gambar lama yang diberikan oleh keluarga saya. Saya telah mengkaji gambar-gambar itu

untuk ditulis dalam bentuk karangan. Saya juga telah menyoal selidik orang sumber

seperti ayah, ibu dan adik- adik saya. Saya telah menyelidik sijil-sijil yang lama untuk

dimuatkan ke dalam folio di bahagian lampiran.

PERISTIWA YANG
MENGGEMBIRAKAN
Peristiwa yang menggembirakan bagi keluarga saya ialah saya mendapat 5A dalam
UPSR. Peristiwa itu telah menjadi kenangan manis bagi saya. Ibu dan ayah saya merasa
sangat gembira terhadap kejayaan saya. Guru-guru di sekolah saya juga turut gembira.

Sebelum peperiksaan UPSR bermula, saya telah bertungkus-lumus mengulang kaji


pelajaran. Saya juga pergi ke tuisyen yang diadakan pada setiap hari Khamis. Di situ,
saya diajar oleh seorang guru yang berpengalaman.

Semasa guru sedang mengajar, saya menumpukan sepenuh perhatian.


Saya juga akan bertanya kepada guru apabila saya tidak faham. Apabila ada kerja rumah
saya akan menyiapkannya dengan segera.

UPSR pun menjelang. Apabila di dewan peperiksaan, saya menjawab soalan yang
dikemukakan dengan teliti. Apabila soalan soalan habis dijawab, saya akan
memeriksanya. Saya tidak berasa takut untuk menjawab soalan itu kerana saya sudah
bersedia dari awal.

Apabila UPSR telah berakhir, banyak aktiviti yang dilakukan di sekolah saya dan saya
telah menyertainya dengan hati yang gembira sementara menunggu keputusan UPSR
dengan hati yang berdebar. Semasa di rumah saya juga melakukan aktiviti yang
berfaedah seperti berjoging dan bersenam.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Apabila keputusan diumumkan saya terkejut. Saya
telah mendapat 5A dalam UPSR. Saya juga tidak lupa kepada kawan-kawan saya yang
tidak berjaya. Saya harap mereka akan berusaha lebih gigih pada masa yang akan datang.

PERISTIWA YANG MENYEDIHKAN


Semua orang pasti mempunyai peristiwa yang menyedihkan. Peristiwa yang
menyedihkan bagi keluarga saya ialah kehilangan datuk sebelah ibu yang tersayang.
Peristiwa ini telah menjadi kenangan pahit bagi ahli keluarga saya. Datuk saya bernama
Din Chen a/l Din Chan.

Datuk saya meninggal pada 22 Disember 2007 jam 3.45 p.m di Kampung Olak Maddu,
Padang Serai, Kedah. Datuk amat mesra pada setiap ahli keluarga saya. Datuk saya
seorang yang tegas dan baik hati. Datuk saya juga bersikap penyayang dan sabar.

Sebelum datuk meninggal dunia, datuk meninggalkan wasiat kepada setiap orang
anaknya. Seluruh ahli keluarga berasa sedih dan ada yang menangis. Datuk saya
meninggal semasa berumur 82 tahun. Datuk meninggal kerana sakit tua.

Semasa hari pengebumian datuk saya, seluruh ahli keluarga berkumpul bersama. Seluruh
ahli keluarga bertungkus-lumus menyiapkan persiapan untuk pengebumian datuk. Saya
menolong bapa saya membersihkan halaman rumah untuk upacara pengebumian. Tetamu
yang hadir mengucapkan takziah kepada ibu saya dan ada yang memberikan sejumlah
wang. Datuk selamat dikebumikan dan saya berharap agar rohnya tenteram.
Saya tidak akan melupakan peristiwa itu untuk selama-lamanya.

KESAN PERISTIWA
Kesan peristiwa tersebut ialah saya dapat mengetahui peristiwa bersejarah

dalam keluarga. Selain itu, saya dapat mengingati iktibar untuk dijadikan

teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Peristiwa tersebut boleh

dijadikan contoh kepada orang lain untuk dijadikan iktibar.

Perkembangan Diri Dan Keluarga


Diri Saya
Nama saya ialah Pradipraj Singh A/L Gurmit Singh.Saya dilahirkan pada 27 April 1996

di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Saya adalah anak sulung dalam keluarga. Saya belajar

di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Hobi saya ialah bersukan dan

melayari internet pada masa lapang. Saya suka makan nasi goreng. Minuman yang paling

saya suka ialah jus buah-buahan. Saya mempunyai seorang adik lelaki.

Adik Saya
Adik saya bernama Amrithraj Singh A/L Gurmit Singh. Adik saya dilahirkan pada 26

Disember 1997 di Bukit Mertajam. Adik saya merupakan seorang yang sangat nakal.

Pada masa lapang adik saya suka bermain bola di padang bersama kawan-kawannya.

Adik saya belajar di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik. Sekarang adik saya

berumur 12 tahun dan belajar di darjah enam. Dia juga seorang pengawas di sekolahnya.

Ayah Saya
Ayah saya bernama Gurmit Singh A/L Gurmit Singh. Ayah saya berumur 43 tahun. Ayah

seorang yang tegas tetapi baik hati. Ayah saya suka makan nasi ayam dan minuman

kegemaran ayah saya ialah barli ais.

Ibu Saya
Ibu saya bernama Ekerim A/P Din Chen. Beliau dilahirkan pada 29 Jun 1965 di

Kampung Tanah Lincin, Padang Serai. Beliau merupakan seorang ibu yang penyayang.

Sekarang ibu saya berumur 43 tahun dan bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah

Kebangsaan Dato Lela Pahlawan. Ibu saya suka makan mi goreng dan minuman

kegemaran ibu saya ialah teh ais.

Datuk Saya
Saya mempunyai seorang datuk bernama Din Chen A/L Din Chan. Beliau dilahirkan

pada 28 September 1925. Saya suka datuk saya kerana beliau seorang yang pemurah dan

suka menolong. Datuk saya masih kuat alaupun sudah tua.

Nenek Saya
Nenek saya pula bernama Tauwin A/P Endin Nim. Beliau dilahirkan pada 27 Oktober

1941. Beliau sekarang berumur 68 tahun. Beliau sangat mengambil berat terhadap semua

ahli keluarga saya.

Alamat Tempat Tinggal


Ayah saya berasal dari Tapah, Perak manakala ibu saya berasal dari Kamping Olak

Madu, Kedah. Selepas mereka berkahwin, mereka tinggal di Kulim. Sekarang kami

sekeluarga masih menetap di situ. Alamat penuh tempat itu ialah 259, Jalan Mewah 1/7,

Taman Mewah, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman. Taman itu sangat bersih dan nyaman.

Aspek Kemajuan Dari Segi Pendidikan


Keluarga saya mempunyai kemajuan dalam pendidikan. Antaranya ibu saya yang

bernama Ekerim A/P Din Chen, Beliau berumur 44 tahun dan sudah berkahwin. Beliau

tinggl di NO.259, Jan Mewah 1/7, Taman Mewah, 09600 Lunas, Kedah. Selepas tamat

sekolah rendah, beliau meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Padang

Serai selama lima tahun. Beliau mendapat 19 agregate Sijil Rendah Pelajaran (SRP)

dangred 2 (Aliran Sains) untuk Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Selepas itu, beliau

meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah di tingkatan

6. Beliau menduduki STPM dan mendapat keputusan cemerlang. Selepas itu, beliau

memasuki Universiti Sains Malaysia (USM).

Tokoh Dalam Keluarga


Setiap keluarga mesti mempunyai tokoh keluarga. Keluarga saya mempunyai seorang

tokoh. Nama tokoh dalam keluarga saya ialah Ekerim A/P Din Chen yang merupakan ibu

saya. Kini beliau berumur 44 tahun. Beliau dilahirkan pada 29 Julai 1965 di Kuala Ketil,

Kedah. Sekarang beliau tinggal di NO 259, Jalan Mewah 1/7, Taman Mewah, 09600

Lunas, Kedah.

Kini beliau bekerja sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Dato

Lela Pahlawan. Beliau sudah berumah tangga. Suami beliau iaitu ayah saya bernama

Gurmit Singh A/L Gurmit Singh dan bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah

Kebangsaan Padang Serai. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu saya Pradipraj Singh

A/L Gurmit Singh dan berumur 13 tahun. Saya ber sekoalh di Sekolah Menengah

Kebangsaan Sultan Badlishah. Anak bongsu beliau iaitu adik saya bernama Amrithraj

Singh A/L Gurmit Singh. Dia berumur 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah

Kebangsaan Tunku Abdul Malik.

Kejayaan Yang Diperoleh Oleh Tokoh


PENDIDIKAN

Dari segi pendidikan, beliau mendapt Sarjana Pendidikan untuk Kepujian, Sarjana Muda

Sastera untuk Kelas Kedua dan Diploma Pendidikan untuk Kepujian dari Universiti Sains

Malaysia (SPM).

PEKERJAAN
Beliau pernah dilantik sebagai guru penolong di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang

Serai. Beliau juga dilantik sebagai Guru Knan Kemanusian di Sekolah Menengah

Kebangsaan Tunku Panglima Besar. Sekarang, beliau dilantik sebagai Penolong Kanan

Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan.

KEBAJIKAN
Beliau menderma untuk MAKNA (Majlis Kanser Negara) setiap bulan. Selain itu, beliau

juga menderma untuk United Nation di bawah Program World Children’s Educations

setiap bulan dan mengajar seorang kanak-kanak miskin di India dalam bidang pendidikan

semenjak 1998. Beliau mederma untuk Wat Siam Olak Madu setiap bulan dan membantu

di Punjabi Education Centre Kulim sebagai bendahari.

ANUGERAH / GELARAN / PINGAT


Beliau juga pernah mendapat Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang dari Kementerian

Pelajaran Malaysia pada tahun 2001 dan 2003.


Sifat-sifat Istimewa Tokoh
Beliau juga mempunyai beberapa sifat-sifat istimewa. Antaranya ialah beliau akan

melakukan sesuatu tugas dengan sebaik mungkin dan mementingkan hasil kerja yang

berkualiti dan kemas. Beliau juga seorang yang gigih dan rajin berusaha, pemurah, berani

dan jujur.

Pertalian Persaudaraan
Ayah saya bernama Gurmit Singh A/L Pertap Singh dan ibu saya bernama Ekerim A/P

Din Chen. Hubungan saya dengan mereka ialah anak dan ibu bapa. Saya mempunyai

seorang adik bernama Amrithraj Singh A/L Gurmit Singh. Dia merupakan adik kepada

saya. Datuk saya bernama Din Chen A/L Din Chan dan nenek saya bernama Tauwin A/P

Endim Nim. Mereka merupakan datuk dan nenek kepada saya dan saya merupakan cucu

kepada mereka. Saya mempunyai ramai saudara-mara dan salah seorangnya ialah Suk

Chitra A/P Din Chen. Saya merupakan anak saudara kepada beliau. Saya berasa sangat

gembira kerana mempunyai keluarga yang baik hati dan berhati mulia.

Tarikh-Tarikh Yang Penting Dalam


Keluarga
Semua ahli keluarga mesti mempunyai tarikh-tarikh yang penting dalam keluarganya.

Keluarga saya mempunyai tarikh-tarikh yang penting. Tarikh tersebut amat penting

kerana dapat membantu keluarga saya mengingati peristiwa-peristiwa yang lepas.

Antara tarikh-tarikh yang penting ialah, tarikh perkahwinan ibu bapa saya telah

berlangsung pada 31 Mei 1994.

Seterusnya, tarikh kematian datuk sebelah ibu saya juga merupakan tarikh yang penting

kerana merupakan kenangan yang pahit bagi saya dan keluarga. Saya berasa sedih kerana

kehilangan datuk yang tersayang.

Ulasan Tentang Salasilah Keluarga


Secara kesuluruhannnya, keluarga saya merupkan yang bahagia dan bertolak ansur antara

satu sama lain. Oleh sebab itu, perselisihan faham kurang berlaku antara keluarga saya.

Selain itu, saya mengetahui bahawa keluarga saya amat besar di sebelah ibu dan

mempunyai saudara yang banyak manakala di sebelah ayah pula keluarganya juga besar.

Saya juga dapat mengetahui pertalian persaudaraan antara keluarga saya. Di dalam

ruangan salasilah keluarga juga, saya boleh mengetahui tentang tarikh-tarikh yang

penting dalam keluarga dan peristiwa-peristiwa yang penting yang telah berlaku pada

tarikh tersebut. Oleh itu, saya berasa sangat gembira kerana mempunyai keluarga yang

harmoni.

Nama-nama Ahli Keluarga Saya


Keluarga saya adalah keluarga yang kecil. Nama saya adalah Pradipraj Singh A/L Gurmit

Singh. Saya mempunyai seorang ayah yang bernama Gurmit Singh A/L Pertap Singh. Ibu

saya bernama Ekerim A/P Din Chen. Saya mempunyai seorang adik yang bernama

Amrithraj Singh A/L Gurmit Singh. Datuk saya bernama Din Chen A/L Din Chan. Nenek

saya pula bernama Tauwin A/P Endin Nim.

Elemen 1
Mengumpul Fakta

Senarai Semak

Bil. Sumber Catatan


1 Buku Ilmiah
2 Jurnal
3 Akhbar
4 Majalah
5 Orang Sumber
6 Melawat Tempat Kajian
7 Internet
8 Televisyen
9 Radio
10 VCD/DVD
SKOR

Tandatangan guru penilai

Elemen 2

Merekod Fakta Sejarah

Senarai Semak
Bil Sumber Catatan
1 Tajuk
2 Senarai Kandungan
3 Penghargaan
4 Objektif Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Laporan Kajian
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
SKOR

Tandatangan guru penilai

Elemen 3

Nilai Dan Patriotisme

Senarai semak

Bil Unsur Patriotisme


1
2
3
4
5
SKOR
Tandatangan guru penilai
Senarai Kandungan

Bil Senarai Kandungan M/S


1 Tajuk
2 Penghargaan
3 Objektif Kajian
4 Kaedah Kajian
5 Laporan Kajian
5. Salasilah Keluarga
1
5. Perkembangan Diri Dan
2 Keluarga
5. Tokoh Dalam Keluarga
3
5. Peristiwa Bersejarah Dalam
4 Hidup
6 Rumusan
7 Lampiran
8 Rujukan
Folio Sejarah Diri Dan
Keluarga

Nama : Pradipraj Singh A/L Gurmit Singh

Tingkatan : 1A2

No. Kad Pengenalan : 960427-07-5203

Nama Sekolah : Sekolah Menengah


Kebangsaan
Sultan Badlishah

Guru Penilai : Puan Juliana Bt. Mohd.


Ghazali

Tandatangan Guru Penilai :

Tarikh Serahan : 9-8-2009


Salasilah
Keluarga
Perkembangan
Diri Dan
Keluarga
Tokoh Dalam
Keluarga
Peristiwa
Yang
Bersejarah
Dalam Hidup

Lampiran
Sejarah Diri
Dan
Keluarga

You might also like