You are on page 1of 12

Tuntutan

Taubat
Tingkatan 4

Disampaikan oleh:
Abang Isaifuddin B Abang Noran
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (UPSI)
Mukaddimah

• Pernah dengar kalimah taubat?

• Apakah terdapat istilah taubat bagi


penganut agama lain?
• Bagaimana Islam melihat persoalan
taubat dalam kehidupan umatnya?
Pengertian Taubat

Taubat ertinya kembali…

Iaitu kembali semula taat kepada Allah


setelah menyesal melanggar perintah
Allah atau larangan-Nya

Terlajak perahu boleh ditarik semula…


Pengertian Taubat

• Ulama berpendapat bahawa, wajib


bertaubat bagi mereka yang melakukan
dosa

• Taubat tidak boleh dilakukan melalui


perantaraan, tetapi hendaklah memohon
secara langsung kepada Allah SWT
Pengertian Taubat

• Kisah Nabi Adam a.s

• Kisah Nabi Yunus a.s


Syarat-Syarat Taubat
1. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan

2. Berhenti melakukan maksiat dengan segera

3. Berazam tidak akan mengulangi lagi

4. Berterus terang memohon maaf jika


berkaitan dengan hak orang lain
Hikmah taubat

• Memberi peluang kepada orang yang


berdosa kembali ke jalan Allah
• Memberi ketenangan hati kepada Muslim
yang bertaubat
• Mendapat keampunan serta petunjuk Allah

• Meningkatkan keimanan kerana menyedari


dirinya tidak sempurna
Cara-cara taubat Nasuha
• Mengikut para sahabat Nabi dan juga
para ulama terkemuka pada zaman
dahulu, bahawa apabila dosa diikuti
dengan lapan jenis kebaikan,
nescaya ada harapan dapat
diampuni oleh Allah
HATI
AMAL
ANGGOTA
BADAN
HATI
Bertaubat atau berazam untuk
bertaubat
Ingin menghilangkan dosa yang
dilakukan itu
Takut kepada seksaan Allah atas
dosanya itu

Mengharap keampunan dari Allah

Sumber: Amal Kebajikan Kafarah Dosa (1993); Oleh Hj


ANGGOTA BADAN

Solat 2 rakaat selepas sahaja terlanjur


berbuat dosa

Mengucapkan istighfar

Bersedekah sesuatu

Membuat ibadat puasa sehari

Sumber: Amal Kebajikan Kafarah Dosa (1993); Oleh Hj


Kesimpulan

• Setiap manusia yang bersalah wajib


bertaubat

• Kawal diri supaya tidak terjebak dengan


perbuatan yang tidak berfaedah

• Bermuhasabahlah setiap hari agar mencapai


kebahagiaan yang diingini
Penilaian
• Sila buat 5 kumpulan
• Anda dikehendaki bekerjasama untuk
menyambung cerita yang disediakan oleh
guru
• Masa yang diberikan hanya 5 minit sahaja
• Selepas 5 minit, anda dikehendaki
membacakan hasil kerja kumpulan di
hadapan kelas

You might also like