You are on page 1of 2

JURNAL MINGGUAN

MINGGU 1 (28/1/2008 – 1/2/2008)


Oleh : MOHD ALI BIN JEMALI
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

TARIKH : 1/2/2008

TAJUK : PAKAIAN KESELAMATAN

1. PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN :

Hari ini saya menjalankan tugas menyelia praktikum Ustaz A di SK XYZ. Oleh kerana
kelas bermula 7.45 pagi, saya telah datang lebih awal iaitu dalam 7.15 pagi. Inilah kali
pertama ke SK XYZ. Apabila menghampiri sekolah, saya dapati di hadapan pintu masuk
sekolah ini mempunyai lampu isyarat untuk memudahkan pelajar melintas jalan. Di
samping itu ada individu yang mengawal lalu lintas yang turut membantu pelajar
tersebut. Saya rasa beliau ialah pengawal lalu lintas sekolah ini.

Sesekali saya terlihat ada motosikal yang memecut laju melintasi pengawal lalu lintas dan
antara celah-celah pelajar terutama apabila lampu jalan utama bertukar hijau. Cis!Tak
boleh berhenti ke sekejap untuk pelajar sekolah ini selamat melintas jalan. Anak muda
zaman sekarang, kurang ajar!!, bentak hati saya. Tiba-tiba bila melihat pakaian pengawal
lalu lintas itu, saya baru perasan satu perkara, PAKAIANNYA: baju T shirt kelabu dan
seluar slack hitam pada awal pagi yang masih gelap. Astaga, beraninya, bahayanya, tak
sayang nyawa!!!

2. BISIKAN HATI

Saya tertanya-tanya, adakah pengawal lalu lintas ini tidak sedar dengan warna
pakaiannya atau memang begitulah amalannya selama ini. Adakah pengawal lalu lintas
ini melakukan kawalan secara sukarela ataupun memang dalam bidang kerja mereka?
Tiadakah pakaian khas untuk mereka sewaktu mengawal lalu lintas?

Saya banyak melihat kawalan lalu lintas oleh pengawal lalu lintas di sekolah-sekolah lain
seperti di Sek Keb (P) Sultan Ibrahim di Johor Bahru dan sewaktu saya berkhidmat di
Kota Tinggi dahulu. Mereka ini biasanya memakai baju labuh bewarna putih, sarung
tangan putih, memakai topi mirip polis dengan papan tanda bulat bewarna merah dengan
tulisan besar BERHENTI. Pakaian ini senang dilihat dan mudah ditafsirkan dan
pengguna jalanraya memberikan kerjasama dengan baik

Melihat pada kes pengawal di SK XYZ, baju t shirt kelabu berlengan pendek dan
berseluar slack hitam berdiri di tengah jalan, apa tafsirannya? Orang kampung? Bapa
pelajar nak menyeberangkan anak? Cikgu? Memang pengguna jalanraya boleh tak
mengendahkannya. Kalau berlaku kemalangan pun saya rasa jawapan yang diberi ialah
“saya tak nampak”, “siapa suruh dia berdiri tengah-tengah jalan”, “tunjuk berani konon,
padan muka kena langgar”.
Jadi sebelum berlaku kemalangan kepada pengawal lalu lintas tersebut baik ambil
langkah berjaga-jaga. Kesian dia.

3. PERSEPSI DAN FALSAFAH DIRI KE ATAS PERISTIWA

Falsafah saya ialah “MALANG TAK BERBAU” dan “BERINGAT SEBELUM KENA”
Bekerja di atas jalanraya mempunyai risiko yang tinggi dan berhadapan dengan banyak
kenderaan daripada motosikal, kereta, lori dan bas.Kadangkala kita memandang ringan
tentang keselamatan yang boleh mengorbankan nyawa sendiri. Sikap pengawal lalu lintas
ini umpama bapa yang sayangkan anak-anak (pelajar) dengan membantu mereka melintas
jalan dengan ikhlas tetapi faktor keselamatan perlu ditekankan.

4. KEFAHAMAN/KESEDARAN BARU

Faktor pakaian, warna dan alatan sokongan penting dalam menjalankan tugas sebagai
pengawal lalu lintas yang berkesan.

5. CADANGAN UNTUK MEMBAIKI KEADAAN

Atas pemerhatian saya tersebut, saya ingin mencadangkan beberapa perkara:

1. Pihak sekolah perlu memberi bimbingan kepada pengawal lalulintas tersebut


terutama dalam aspek warna pakaian.
2. Pengawal lalu lintas tersebut perlu menjalani kursus mengawal lalu lintas
dengan kerjasama PDRM, PPD atau JPN
3. Menyediakan pakaian khas yang terang dan sesuai (putih/flouresan) sewaktu
menjalankan tugas mengawal lalulintas.
4. Menyediakan papan tanda BERHENTI untuk menarik perhatian kenderaan
supaya berhenti.
5. Meminta bantuan pegawai polis dari balai polis Rompin sewaktu awal pagi
dan balik
6. Menjadualkan guru secara bergilir-gilir untuk mengawasi pergerakan pelajar
di pintu pagar sekolah.
7. Guru Besar perlu memberikan teguran jika peraturan keselamatan ini tidak
dipatuhi.

6. TINDAKAN AKAN DATANG/RANCANGAN MEMBAIKI KEADAAN

Saya akan mengusulkan perkara ini kepada pihak sekolah supaya tindakan pembetulan
boleh dilakukan dengan segera.

You might also like