You are on page 1of 22

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_ %26_Sarawak&pg=wb_01.

htm

Bunga gergasi Refflesia


Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN utusansabah@utusan.com.my

TAMBUNAN 1 Mac - Bunga gergasi Rafflesia adalah antara ribuan keunikan yang ditawarkan oleh hutan hujan tropika negara ini. Selain sukar untuk ditemui di tempat lain, keunikan bunga liar eksotik itu terletak kepada episod kehidupannya yang hanya hidup dan mekar selama tujuh hari, sebelum layu dan mati. Bagaimanapun untuk ia berkembang sehingga 80 sentimeter mengambil masa antara sembilan hingga 15 bulan. Sehingga kini, persoalan bagaimana bunga ini menjalani proses pendebungaan dan bagaimana ia disebarkan ke hutan hujan tropika Sabah, masih menjadi misteri. Rafflesia yang dilindungi dan dipulihara di negeri ini, menjadi tarikan kepada pelancong yang begitu berminat untuk melihat sendiri tumbuhan liar berkenaan. Untuk menyaksikan keindahan bunga ini bukan mudah. Selain kedudukannya yang berselerak di dalam hutan, tidak siapa tahu bila bunga ini akan mekar.
SEORANG pengunjung bergambar bersama bunga Refflesia di hutan Sabah.

Justeru tidak menghairankan bagi mereka yang sempat melihat bunga itu mekar dianggap sebagai insan bertuah. Menyedari kesukaran itu, kerajaan Sabah menubuhkan pusat khusus bagi mengumpul maklumat dan menjalankan aktiviti berkaitan bunga berkenaan. Pusat perlindungan yang terletak di Keningau itu juga akan membantu orang ramai termasuk pelancong menikmati keindahan bunga liar ini dengan mudah, khususnya ketika ia sedang mekar. Ketua Unit Reakreasi dan Pembangunan Pusat Penerangan Rafflesia, Jannet Hilarius, 25, berkata, selain mendapat maklumat, pelawat yang berkunjung ke pusat ini juga berpeluang melihat sendiri bunga berkenaan di beberapa tapak yang telah dikenal pasti. "Lot-lot bunga berkembang yang paling dekat ialah kira-kira 800 meter dan yang paling jauh kira-kira dua kilometer. "Kebiasaannya setiap lot mempunyai lima tunas dan di kawasan ini kita ada lebih 60 lot dengan kira-kira 300 tunas semuanya," ujarnya. Katanya, pihaknya akan melakukan pemeriksaan ke lot-lot Rafflesia dua kali sebulan bagi memastikan sama ada terdapat bunga yang sedang berkembang. Jelasnya, sekiranya terdapat bunga yang sedang mekar pihaknya akan memaklumkan kepada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) untuk kemudahan para pelancong. Beliau menambah, orang ramai yang ingin melawat lot berkenaan akan diberi penerangan terlebih dahulu bagi memastikan mereka tidak terpijak tunas-tunas baru.

Selain itu, katanya taklimat berkenaan juga bagi memastikan mereka mengutamakan keselamatan dan menjaga alam sekitar. Jannet berkata, pusat yang dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan pada 1991 itu, kini menerima kunjungan purata 200 hingga 300 orang sebulan. Katanya, yuran yang dikenakan untuk memasuki pusat itu juga amat berpatutan iaitu RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak warganegara Malaysia. "Bayaran yang dikenakan kepada warganegara asing pula ialah sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. "Untuk masuk ke hutan pula, dengan maksimum enam orang bayaran yang dikenakan ialah RM50 bagi warganegara dan RM100 bagi warga asing," katanya. Menurutnya, pusat di bawah seliaan Jabatan Hutan itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat dan dari pukul 8 pagi hingga 2 petang pada hari Sabtu. Katanya, di pusat itu terdapat pelbagai maklumat mengenai bunga Rafflesia. ''Terdapat tiga jenis Rafflesia di negeri ini iaitu jenis Pricei, Keittheii dan Tengku-Adlini. "Rafflesia Keittheii adalah yang terbesar antara ketiga-tiga spesies dengan diameter lebih kurang 80 sentimeter diikuti Rafflesia Pricei dengan ukuran kira-kira 30 sentimeter. "Rafflesia Tengku-Adlini pula adalah spesies baru ditemui dengan ukuran 20 sentimeter diameter sahaja," katanya. Seorang pekerja am pusat berkenaan, Roslina Paulus, 25, berkata, selain pelancong asing, pusat berkenaan banyak dikunjungi pelajar institut pengajian tinggi, sekolah dan kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Pengunjung digalakkan merancang perjalanan jika ingin melihat keindahan bunga itu ketika ia sedang mekar. "Memang ada pengunjung yang kecewa kerana tidak dapat melihat bunga ini mekar tetapi kami cuba menerangkan sebaik mungkin mengenai sifat bunga tersebut menggunakan bahan-bahan pameran yang ada," ujarnya. Seorang pengunjung tempatan yang ditemui, Juse Belulan, 53, berkata, kewujudan pusat itu dapat memudahkan pelawat asing dan tempatan mendapatkan maklumat mengenai bunga Rafflesia selain melihat sendiri bunga berkenaan. Katanya, kewujudan pusat itu secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah pelancong ke daerah ini. "Pusat ini amat baik memudahkan orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat bunga berkenaan. "Bagaimanapun saya berharap pusat seperti ini diwujudkan lagi di beberapa tempat di negeri ini yang berpotensi bagi memudahkan orang ramai melihat dan mengetahui tentang bunga berkenaan," katanya.

. Rafflesia Arnoldii : Bunga Terbesar di Dunia

Tanaman ini eksotis, sangat langka, tapi warnanya kurang cantik, berbintik, namanya Rafflesia Arnoldi salah satu dari 16 spesies genus Rafflesia, bunga terbesar di dunia. 16 spesies yang diketahui dapat ditemukan hanya di Indonesia (Sumatra, Kalimantan, Jawa) dan Malaysia (Sabah, Serawak).

Rafflesia Arnoldii, belakangan dimasukkan ke dalam famili Euphorbiaceae, bisa berdiameter hingga 1 meter
dengan berat mencapai 7-11 kg. Bunganya akan mekar hanya dalam waktu 3 hari hingga seminggu saja. Saat mekar bunga ini akan mengeluarkan bau busuk yang sangat menyengat hingga di Indonesia bunga ini dinamakan bunga bangkai. Baunya yang khas mengundang serangga penyerbuk datang dan itu membuatnya dapat bergenerasi dan hanya 10-20 persen dari semaian yang akan berhasil dan dalam 9 bulan, dengan sedikit keberuntungan, akan mekar kembali.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_pakma

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldiimerupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldiisempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesiadan juga negeri Sabah di Malaysia. Ciri Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkangula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain. [1]

Rafflesia Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput. Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah. Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

[sunting]

Bunga pakma

Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Rafflesiales Famili: Rafflesiaceae Genus: Pokok Pakma Spesies

Rafflesia arnoldii Rafflesia cantleyi Rafflesia gadutensis Rafflesia hasseltii Rafflesia keithii Rafflesia kerrii Rafflesia manillana Rafflesia micropylora Rafflesia pakma Rafflesia pricei Rafflesia rochussenii Rafflesia schadenbergiana Rafflesia speciosa Rafflesia tengku-adlinii Rafflesia tuan-mudae

Bunga Pakma

Bunga Rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia.Ianya hanya terdapat di kawasan Asia Tenggara. Bunga pakma spesies Rafflesia
hasselti boleh didapati di Semenenjung Malaysia, terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang, misalnya daerah Kampar, Tapah, Bukit Cameron, Temenggor, Lenggong dan Grik. Satu spesies bunga pakma di Indonesia ialah Refflesia patma. Di Sabah dan Sarawak terdapat beberapa spesies seperti Refflesia princei dan Rafflesia tuan-muda. Rafflesia manillana pula ialah spesies bunga pakma negara Filipina. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis. Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin supaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan untuk awet muda. Bunga pakma juga digunakan sebagai ubat perancang, buasir dan untuk serikan muka wanita.

Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut. Selepas bersalin, minuman bunga pakma adalah untuk mambersihkan rahim dan kecantikan perut. Air bunga pakma juga diminum selepas haid dan sebagai perangsang untuk wanita.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_ %26_Teknologi&pg=st_05.htm

UMK kaji pemuliharaan Rafflesia


Oleh ZULHAZMAN HAMZAH

NEGERI Kelantan mempunyai jumlah kawasan hutan yang luas iaitu 894,271 hektar (ha). Daripada kawasan seluas ini, 108,783 ha telah diwartakan sebagai Taman Negara atau Hutan Simpan. Namun demikian, adalah didapati bahawa segala keindahan alam semulajadi di negeri Kelantan ini belum dibangun dan dipromosi secukupnya. Industri pelancongan di negeri tersebut terutamanya pelancongan alam semulajadi belum begitu terserlah berbanding dengan negeri-negeri lain. Kebanyakan kawasan pelancongan alam semulajadi yang dibangunkan adalah untuk kegunaan dan hanya mampu menarik penduduk tempatan dan pelancong domestik sahaja.

Rafflesia pada peringkat kudup.

Terdapat pelbagai tempat yang berpotensi untuk dikembangkan bagi menarik pelancong ke Kelantan seperti pantai-pantai (Pantai Sri Tujuh, Cahaya Bulan, Sabak, Melawi, Irama dan Bisikan Bayu), jeram-jeram (Jeram Linang, Jeram Pasu, Bukit Bakar dan Lata Rek), Gunung Stong (Air Terjun Jelawang, gua dan hutan bukit dipterokarp), Tanah Tinggi Lojing, Taman Negara Kuala Koh dan Tasik Pergau. Sumber-sumber alam semulajadi ini sememangnya unik dan sekiranya diurus dan bangunkan dengan cara yang betul boleh dijadikan sebagai sumber bagi menarik kedatangan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. Aktiviti sebegini akan dapat menjana kewangan negeri dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf sosial ekonomi penduduk di Kelantan. Daripada senarai sumber pelancongan alam semulajadi yang ada, didapati bahawa bunga Rafflesia yang wujud di Lojing, Gua Musang mampu dipromosikan sebagai satu ikon pelancongan bertaraf antarabangsa dan seterusnya membuka satu dimensi baru pelancongan di Kelantan. Bunga Rafflesia yang sememangnya unik ini telah dibuktikan oleh Sabah dan Bengkulu di Sumatera sebagai satu daya tarikan pelancong yang kuat di peringkat antarabangsa. Bunga yang disifatkan sebagai bunga yang terbesar di dunia ini yang hanya terdapat di beberapa negara Asia Tenggara tertentu sahaja seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina sememangnya mampu menggamit pelancong dari seluruh dunia untuk berkunjung ke rantau ini. Bunga Rafflesia yang terdapat di Lojing adalah daripada spesies Rafflesia kerrii yang hanya tumbuh di julat antara Selatan Thailand sehingga ke sempadan negeri Kelantan, Kedah dan Pahang sahaja. Ini menambahkan lagi keinginan para pelancong untuk datang ke Kelantan. Populasi Rafflesia kerrii yang terdapat di Lojing juga dipercayai populasi yang paling banyak ditemui di dunia dan keadaan semasa di Wilayah Selatan Thailand yang sedang bergolak mendorong pelancong untuk menjadikan Kelantan sebagai destinasi pilihan mereka. Bunga Rafflesia adalah antara penemuan yang paling mengagumkan bagi ahli-ahli tumbuhan sedunia. Penemuannya yang pertama pada tahun 1821 di Wilayah Bengkulu, Sumatera telah menjadi gempar di seluruh Eropah. Bunganya adalah yang terbesar di dunia. Tumbuhan ini adalah sejenis parasit, tidak mempunyai batang dan daun.

Bunga Rafflesia belum berjaya dibiakkan secara komersial di mana ia hanya boleh tumbuh secara semulajadi dan bergantung hidup kepada tumbuhan perumah untuk mendapatkan makanan. Tumbuhan perumah tersebut adalah sejenis akar pemanjat daripada kumpulan Tetrastigma sp. Bunga ini juga hanya boleh dijumpai di rantau tropika Asia Tenggara sahaja. Keunikan dan keindahan yang terdapat pada tumbuhan ini telah mendorong pelancong dari seluruh pelosok dunia untuk mengamati dan melihat sendiri tumbuhan tersebut di habitat semulajadinya. Di Thailand, Indonesia dan Malaysia (khususnya Sabah dan Sarawak), kesedaran terhadap pemuliharaan kawasan Rafflesia, terutamanya bagi menarik perhatian pelancong adalah sangat tinggi. Di Sabah, terdapat 83 tempat telah dikenalpasti wujudnya bunga Rafflesia. Sebahagian besar daripada kawasan tersebut telah giat dipromosikan sebagai kawasan pelancongan. Malahan di Tambunan, 356 hektar kawasan hutan telah digazetkan sebagai kawasan pemuliharaan Rafflesia. Di sini juga terdapat satu pusat yang pertama ditubuhkan di dunia berkaitan dengan Rafflesia bagi mengukuhkan usaha-usaha pemuliharaan dan tujuan pelancongan. Pusat ini dikenali sebagai Pusat Informasi Rafflesia, Tambunan. Di Indonesia, Rafflesia amat disanjung tinggi dan diisytihar sebagai bunga kebangsaan negara republik tersebut. Wilayah Bengkulu, Sumatera Barat telah dipromosikan sebagai bumi Rafflesia untuk menarik kehadiran pelancong. Di Semenanjung Malaysia, terdapat beberapa kawasan yang telah menjadikan Rafflesia sebagai sumber tarikan pelancong seperti Hutan Belum di Perak dan Taman Negara Pahang. Namun begitu, usaha-usaha khusus terhadap pemuliharaan Rafflesia adalah amat kurang. Kebanyakan habitat Rafflesia hampir musnah dan mungkin akan pupus. Walaupun sebahagian populasi Rafflesia tersebut terdapat dalam kawasan perlindungan, contohnya Taman Negara dan hutan simpan, tetapi ia tidak dijaga dan dilindungi dengan berkesan. Pada awalnya, spesies Rafflesia kerrii hanya dianggap terdapat atau endemik di Thailand sahaja. Namun kemudiannya beberapa lokasi spesies ini telah ditemui di Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan. Peta yang dipaparkan menunjukkan lakaran julat taburan Rafflesia kerrii di dunia. Spesies ini hanya boleh ditemui di kawasan sekitar Selatan Thailand mengunjur sehingga ke sempadan negerinegeri di Semenanjung Malaysia iaitu ke sempadan Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan. Warna merah menunjukkan julat taburan Rafflesia kerrii di dunia dan ianya tidak boleh dijumpai di lain-lain tempat lagi Kajian oleh Universi ti Malaysia Kelantan mendapati Tanah Tinggi Lojing merupakan salah satu tempat yang mempunyai populasi Rafflesia kerrii yang terbanyak di dunia. Lojing juga semakin dikenali sebagai destinasi yang popular untuk melihat bunga Rafflesia di Kelantan, terutamanya bagi pelancong yang datang dari arah Tanah Tinggi Cameron. Rafflesia di Tanah Tinggi Lojing terdapat di tiga tempat utama iaitu di Kg. Cedau (Post Hendrop), Kg. Kuala Rengi (Post Brooke) dan Kg. Jedip (Post Brooke).

Kebanyakan habitat Rafflesia yang ditemui adalah terletak berdekatan dengan tepi sungai, di kawasan yang curam dan berdekatan dengan pokok-pokok buluh. Populasi paling banyak bunga Rafflesia dijumpai di Kg. Jedip, Pos Brooke. Sejumlah 20 populasi Rafflesia telah dikenalpasti di kawasan ini. Setiap populasi Rafflesia mengandungi 10 - 15 kudup atau kuntum. Taburan Rafflesia adalah didapati mengunjur di sepanjang sungai dan anak sungai. Tempat ini merupakan destinasi pelancongan yang paling popular di Tanah Tinggi Lojing. Beberapa habitat Rafflesia di kawasan ini didapati telah rosak dan aktiviti pelancongan yang dijalankan tanpa pengawasan rapi dipercayai menjadi salah satu daripada punca penyebabnya. Kawasan yang paling banyak kudup Rafflesia dijumpai terletak berdekatan dengan Kompartmen 53, Hutan Simpan Sg. Berok, Gua Musang Kebanyakan masyarakat orang asli yang tinggal di sekitar Lojing mengetahui tentang kepentingan Rafflesia kepada mereka. Ada di kalangan orang asli yang menjadikan bunga Rafflesia sebagai sumber pendapatan utama mereka melalui aktiviti pelancongan. Mereka berkerja sebagai penunjuk arah kepada pelancong untuk ke lokasi bunga Rafflesia. Secara tidak langsung mereka memulihara dan mengawal selia populasi bunga Rafflesia di sekitar perkampungan mereka. Terdapat juga segelintir orang asli yang memungut kudup Rafflesia untuk dijual kepada orang luar kerana ianya dipercayai mempunyai nilai perubatan. Setiap hari secara puratanya, terdapat 20 hingga 30 pelancong asing yang singgah ke Lojing untuk melihat bunga Rafflesia. Kebanyakannya adalah pelancong yang datang dari Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Pada masa ini, terdapat sejumlah empat operator pelancongan yang berpusat di Cameron yang giat mempromosikan Rafflesia di Lojing sebagai salah satu produk utama mereka. Mereka menerbitkan brosur pelancongan dan menyatakan bunga Rafflesia yang terdapat di Lojing sebagai Rafflesia Tanah Tinggi Cameron. Kedatangan pelancong asing yang ramai daripada pelbagai negara ke Lojing membuktikan potensi Rafflesia sebagai daya tarikan utama pelancongan. Sehingga kini, masih belum ada lagi perancangan pengurusan yang tersusun dan garis panduan yang khusus bagi memulihara habitat Rafflesia di Lojing. Pemerhatian di lapangan menunjukkan terdapat beberapa habitat Rafflesia yang rosak dengan teruk akibat aktiviti pelancongan yang tidak terkawal dan lain-lain. Pemuliharaan Rafflesia di Lojing akan menjamin sumber pendapatan yang berterusan kepada masyarakat orang asli di kawasan sekitarnya. Kewujudan bunga Rafflesia telah menyediakan peluang pekerjaan alternatif kepada orang asli melalui aktivitiaktiviti pelancongan seperti menjadi pemandu pelancong, menjual kraftangan dan lain-lain. Penglibatan masyarakat orang asli dalam aktiviti pelancongan adalah sangat penting dari segi penjagaan dan pemuliharaan alam semulajadi.

Ia secara tidak langsung akan mendidik masyarakat orang asli agar memulihara habitat Rafflesia bagi menjana pendapatan yang berterusan daripada menjualnya untuk mendapatkan keuntungan yang segera. Bunga Rafflesia di Lojing adalah sangat berpotensi untuk dipromosikan sebagai tarikan pelancong di peringkat antarabangsa untuk berkunjung ke negeri Kelantan. Sebelum Lojing dipromosikan secara meluas sebagai destinasi pelancongan, kawasan terdapatnya bunga Rafflesia perlu digazetkan terlebih dahulu bagi menjamin kelestariannya. Universiti Malaysia Kelantan telah mencadangkan kepada kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan agar kawasan seluas 650 ha di Lojing agar direalisasikan sebagai Kawasan Pemuliharaan Rafflesia. Aktiviti pelancongan yang berasaskan alam semulajadi seperti bunga Rafflesia sekali gus akan menjamin kelestarian flora dan fauna serta ekologi di kawasan ini. Ia juga akan mengikis imej Lojing sebagai kawasan yang tercemar oleh isu-isu pembalakan dan konflik guna tanah.

http://www.mygeoportal.gov.my/node/1565

Kawasan Raflesia Diwarta


KOTA BHARU 18 Mei - Kawasan seluas 650 hektar di Tanah Tinggi Lojing di pedalaman negeri ini perlu dijadikan kawasan pemuliharaan warisan negara dan dunia kerana terdapat populasi bunga Rafllesia Kerrii yang terbesar.

Langkah itu akan menjadi kenyataan kerana bimbang dengan keadaan pembangunan di Cameron Highlands yang semakin menghimpit habitat spesies bunga terbesar di dunia itu.

Cadangan itu dikemukakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Ir. Zainai Mohamed ketika merasmikan Persidangan Sumber Asli Kebangsaan (NCNR) 2010 di sini hari ini.

Zainai berkata, penemuan tersebut mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang eco pelancongan tetapi ia perlu diwartakan sebagai tapak warisan negara atau dunia.

"Kawasan pembiakan rafflesia jenis Kerrii yang terbesar seperti ini hanya dapat ditemui di kawasan ini dan kita amat berharap supaya diwartakan secepat mungkin bagi mengelakkan ia dicemari oleh pihak lain.

"Penemuan ini akan memberikan banyak faedah kepada kita, dari aspek ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar untuk anak-anak kita di masa depan," katanya.

Pada persidangan dua hari itu sebanyak 124 pembentangan kertas kerja dibentangkan termasuk 62 ditampalkan untuk perhatian para peserta.

Ucaptama disampaikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sementara itu, Zulhazman yang juga Pengerusi persidangan tersebut berkata, beliau telah menjalankan penyelidikan mengenai rafflesia di kawasan itu sejak dua tahun lalu dan mendapati ia telah menarik ramai pelancong daripada luar negara.

"Menerusi teknik Sistem Maklumat Geografi (GIS), saya telah menemui 26 lokasi rafflesia dalam kawasan Kampung Cedau, Kampung Kuala Rengi dan Kampung Gedik.

"Bagaimanapun kesemua kawasan ini terletak di luar kawasan hutan simpan dan ia amat penting untuk dijaga daripada dicemari pembangunan.

"Spesies Kerrii hanya terdapat dari kawasan Selatan Thai sehingga ke sempadan Kelantan, Pahang dan Terengganu, ia tidak terdapat di negara lain," katanya.

Katanya, UMK telah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan negeri meminta supaya kawasan tersebut diwartakan secepat mungkin untuk dilindungi daripada dibangunkan sebagai kawasan pertanian.

"Kira-kira 1.5 kilometer daripada kawasan ini telah dibangunkan sebagai kebun sayur dan kita bimbang ia akan menghampiri kawasan rafflesia ini.

"Perlu diingat, kita bukan hanya menjaga tumbuhan ini sahaja tetapi kawasan tadahan hujan kerana ia merupakan hutan yang perlu dilindungi bagi mengelakkan kesan yang lebih teruk kepada alam sekitar," katanya

http://amirahanapi.multiply.com/journal

SPESIES FLORA YANG TERANCAM


Rafflesia adalah salah satu spesies flora yang hampir pupus...

Oct 4, '09 3:34 AM for everyone

Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuhtumbuhan lain.

Rafflesia Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput. Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiubtiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah. Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

LangkaH mENGATASI KEpupuSAn FloRA & FAUnA

Oct 2, '09 1:48 PM for everyone

Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.

Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi. Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid . * Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter. Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994. Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia ) Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974 Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000 Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986 Peraduan menulis esei ,puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

FaKTOr-FakTOr KemusNahaN & kePUPUsan FloRA & FAuna


Masalah pembalakan haram .
o

Oct 2, '09 1:44 PM for everyone

Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.

Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.

Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.

Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnag-binatang yang hidup dikawasan itu dan lari dan mati.

Pembakaran Hutan

Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang ada dikawasan tersebut akan musnah

Pembukaan Tanah Baru

Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh tumbuhan

Pemburu Haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.

Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia

Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna.

Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti dinasaour adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.

Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

Pencemaran

Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang menyebabakan banyak hidupan akuatik kian pupus.

Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut.

Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

2 commentsshare

DEfiNIsi Flora & FAunA

Oct 2, '09 1:42 PM for everyone

Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah.

http://rizwanmenulis.blogspot.com/2011/05/fakta-rafflesia.html

FAKTA RAFFLESIA

undefined
UNDEFINEDUNDEFINED

Scientifics Classification Kingdom (Unranked) Plantae Angiosperms

(Unranked) (Unranked) Order Family Genus

Eudicots Rosids Malpighiales Rafflesiaceae Rafflesia

Rafflesia adalah genus berbunga parasit. Ia mengandungi lebih kurang 27 Jenis kesemuanya (termasuk Empat yang masih belum disahkan statusnya dijumpai oleh Willem Meijer pada 1997), kesemua jenis Rafflesia ini ditemui di Asia Tenggara, di Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera dan filipina. RAfflesia dijumpai di dalam hutan hujan Indonesia oleh Penunjuk Arah Indoniesia yang bekerja dengan Dr. Joseph Arnold pada 1818, dan dinamakan sempena dengan nama Sir Thomas Stamford Raffles, Ketua ekspedisi. Ia sebenarnya dijumpai terlebih dahulu oleh Louis Deschamps di Jawa antara 1791 dan 1803, namun nota dan ilustrasinya dirampas orang - orang British, dan tidak dibuka untuk kajian sains Barat sehingga 1861.

Tumbuhan tersebut tidak mempunyai Daun, Tangkai ataupun Akar yang betul - betul dijumpai. ia adalah

Endoparasit tumbuh - tumbuhan menjalar dalam genus Tetrastigma(Vitaceae) menyebarkan organ serapannyanya, Haustorium, didalam tisu tumbuha tumbuhan menjalar yang lain. satu - satunya bahagian yang boleh dilihat pada Tumbuhan menjalar sebagai perumah ialah lima kelopak bunga.Pada sesetengah spesies, seperti Rafflesia arnoldii, bunga tersebut boleh mencapai sehingga 100 sentimeter(39 Inci) bagi Diameternya, dan beratnya boleh mencapai 10 kilogram(22 lb). Walaupun bagi spesies terkecil, R. baletei, mempunyai diameter 12cm bagi kelopaknya.

Bunga tersebut mempunyai bentuk dan bau seperti daging yang reput, nama tempatannya adalah 'bunga mayat' atau 'bunga daging'. Bau tersebut menarik serangga seperti lalat, yang mana mengankut/menyebarkan spora dari bunga jantan ke bunga betina. Kebanyakan bunga terpisah antara bunga jantan dan bunga betina, namun ada juga beberapa bunga yang mempunyai Biseks. Kaedah sebaran bijinya kurang diketahui

Rafflesia, adalah bunga rasmi bagi negara Indonesia, juga negeri Sabah di Malaysia dan juga di Surat Thani Province Thailand

Nama 'Bunga Mayat' ini mengelirukan kerana nama ini

biasanya merujuk kepada Titan Arum(Amorphophallus titanum) didalam keluarga Araceae. Tambahan lagi, kerana Amorphophallus mempunyai bunga tidak bercabang terbesar dunia, ia kadang - kadang disalah anggap sebagai bunga terbesar dunia. kedua- dua Rafflesia dan Armophophallus adalah tumbuhan berbunga, namun mereka sangat jauh untuk berkaitan antara satu sama lain, Rafflesia Arnoldii adalah bunga tunggal terbesar. sekurang - kurangnya bila salah satunya dibezakan dengan beratnya. Armophallus titanum mempunyai bunga tidak bercabang terbesar di dunia, sementara palma Talipot(Corypha umbraculifera) membentuk bunga bercabang terbesar didunia, mengandungi beribu - ribu bunga, tumbuhan ini adalah monocarpic, bermaksud ia akan mati selepas berkembang.

You might also like