P. 1
PERUNDANGAN

PERUNDANGAN

|Views: 661|Likes:
Published by CikguNikMie

More info:

Published by: CikguNikMie on Oct 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/28/2013

pdf

text

original

ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN MURID

 Perundangan dalam pengurusan sekolah merupakan satu aspek yang seharusnya diketahui oleh semua pengurus sekolah.  Pengetua/Guru Besar/Guru/K.Tangan yang kurang maklumat mengenai undang-undang menjadikan banyak tindakan dan perkara dilakukan tanpa mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Mengapa Sekolah Mudah Didakwa?
 Suasana sekolah yang pelbagai ragam.  Suatu kesalahan diambil tindakan oleh pihak sekolah dengan mengenakan. dendaan tertentu mungkin disalah ertikan oleh ibu bapa sebagai deraan atau penghinaan kepada anak mereka.

Mengapa Sekolah Mudah Didakwa?

Jika tindakan yang diambil oleh pihak sekolah tidak bertepatan. dengan prosedur dan peraturan yang ditetapkan sudah tentu akan mengundang pelbagai masalah.

Bagaimana Melindungi Sekolah Daripada Didakwa
 Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pelbagai buku panduan dan surat‑surat pekeliling ikhtisas (SPI) bertujuan memperingatkan pengurus sekolah dengan pengetahuan dan peraturan yang jelas dalam melaksanakan sesuatu tindakan.  Adalah menjadi tanggungjawab sekolah memastikan setiap dokumen ini ada dalam simpanan dan menyebarluas kepada semua warga sekolah.

Bagaimana Melindungi Sekolah Daripada Didakwa
 Guru mempunyai tanggungjawab menjadikan mereka sebagai manusia berguna dan kadangkala ada masanya kita bertindak melampaui bidang yang dibenarkan

Tanggungjawab Sekolah Kepada Pelajar
 Bila mana pelajar berada di dalam kawasan pagar sekolah, tanggungjawab menjaga mereka akan terserah kepada pihak sekolah.  Istilah perundangan ini disebut sebagai 'in loco parentis' yang bermaksud 'sebagai ganti ibu bapa'. Dalam ertikata lain, pihak sekolah mempunyai tanggungjawab secara langsung bagi memastikan pelajar diselia dan dilindungi

Tanggungjawab Sekolah Kepada Pelajar
 Tanggungjawab melindungi pelajar yang disebut sebagai 'the duty of care' merupakan tanggungjawab melindungi mereka daripada risiko yang boleh dijangka mendatangkan mudarat.  Melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu yang boleh dilihat sebagai mendatangkan kecederaan kepada pelajar.

Darjah Tanggungjawab
 Darjah tanggungjawab yang terbeban ke atas bahu guru tidak sama bagi semua keadaan dan bergantung kepada faktor‑faktor berikut:       Bilangan pelajar yang diselia Keadaan aktiviti yang dilakukan Umur dan kemahiran yang ada Keadaan alatan yang disediakan Ketrampilan dan kemampuan pelajar; dan Faktor lain yang berbeza mengikut keadaan

Guru Dan Bilik Darjah
 Apabila murid‑murid berada di dalam bilik darjah, tanggungjawab 'the duty of care' akan terletak di atas tanggungjawab guru berkenaan  Peralatan di dalam bilik darjah yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar hendaklah diberikan perhatian  Amat mustahak guru‑guru yang terlibat dalam aktiviti lasak dan berbahaya seperti sukan tertentu dan aktiviti perkhemahan mendapat latihan secukupnya sama ada secara kursus dalaman atau dihantar berkursus di luar

Tanggungjawab guru di sekolah
 Mendidik  Mengekalkan persekitaran yang sesuai  Mengekalkan tahap kesihatan dan keselamatan  Menjaga harta benda awam di sekolah

Tanggungiawab Sivil Sekolah
 Sekolah perlu mengambil tindakan proaktif dalam mengurus langkah-langkah meminimakan risiko dan mengenalpasti sebarang keadaan yang mendatangkan bahaya  Murid‑murid yang masih kecil tidak seperti orang dewasa tidak mampu memikirkan bahaya sesuatu tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan masalah atau kecederaan.

Punca Kuasa Pengetua/Guru Besar
Principle of Respondent Superior

Bertanggungjawab secara langsung terhadap semua yang berlaku di sekolah dan yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap pelajar

Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar
 Mengetahui/maklum mengenai semua dokumen undang-undang  Menyebarluaskan maklumat kepada semua pihak yang terlibat  Mengingatkan staf secara konsisten dan mengikut keselesaan  Memastikan guru mahir dalam tajuk yang diajar

Undang‑undang Tort dan Cuai (Negligence)
 Undang‑undang tort diwujudkan sebagai cara untuk mengubati atau membayar ganti rugi kepada individu yang mendapat kerugian akibat perbuatan seseorang  Undang‑undang tort adalah saman sivil yang digunakan bagi melindungi hak orang lain yang dicerobohi.

Tort
Kecuaian Liability Tort

Tort diniatkan

Tort kecuaian

Prinsip Tort

Setiap manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan yang mengakibatkan kerugian kepada pihak lain

Liabiliti Tort Sebarang tindakan yang dilakukan yang akan/mungkin mendatangkan :  Kecederaan kepada individu  Kemusnahan harta benda  Kehilangan harga diri atau maruah

Asas Menentukan Kecuaian

Apa yang akan dilakukan oleh manusia yang waras dalam masa dan keadaan berkenaan ?

Tort yang diniatkan  Melakukan sesuatu tindakan dengan niat/sengaja untuk mendatangkan kecederaan  Melibatkan ‘assault’ dan ‘battery’

Pertimbangan Mahkamah Dalam Tort yang Diniatkan  Sejauh mana wujud unsur berlebihan dalam tindakan seseorang?  Pertimbangan berdasarkan aspek : - umur pelajar - alatan yang digunakan - beratnya kesalahan yang dilakukan

Kecuaian (Negligence)  Melakukan sesuatu yang biasanya tidak dilakukan oleh seorang manusia waras dalam satu keadaan dan masa  Tidak melakukan sesuatu yang biasanya dilakukan oleh seorang manusia waras dalam satu keadaan dan masa

Asas Untuk Dakwaan Cuai
   Tanggungjawab melindungi Gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan Terdapat perkaitan langsung antara sebab dan akibat Wujud musibah dan kerugian

Asas untuk Menolak Dakwaan Cuai

 Foreseeable risk (ex-hypothesis)  Contributory negligence  Assumption of risk

Foreseebility

Sejauh mana sesuatu kecuaian boleh ditelah oleh guru ?

Contributory Negligence

Keadaan di mana plaintif sendiri cuai dalam melakukan sesuatu perkara atau tindakan

Assumption of Risk  Plaintif mengetahui risiko yang berkaitan  Memahami risiko yang bakal dialami  Mempunyai pilihan untuk tidak mengambil risiko yang dinyatakan

Kecuaian Dalam Melaksanakan Tindakan Disiplin  Hukuman gantung dan buang sekolah  Gagal untuk mengikut prosedur dalam mengenakan hukuman

Prosedur yang Tepat  Diberitahu kesalahan dan bentuk hukuman  Diberi peluang untuk memberi keterangan bela diri  Diberi peluang untuk mengemukakan rayuan dan didengari (audi alteram partem)  Prinsip keadilan semulajadi (natutal justice) mesti diikuti

Hukuman yang Tepat

 Rujuk dokumen yang berkaitan dalam menjatuhkan hukuman  Melihat asas-asas menjatuhkan hukuman yang digariskan dalam Buku Panduan Tatacara Pengurusan Disiplin (DBP)  Membuat pertimbangan secara adil terhadap rayuan pesalah

Rumusan

 Pengurus sekolah sentiasa terdedah kepada kemungkinan dakwaan mahkamah  Perlu mengambil langkah yang proaktif bagi menjamin keselamatan pelajar sepanjang masa  Perlu peka dan memahami segala dokumen rujukan dalam membuat tindakan

HARGA SATU PENAMPAR RM1650.00

TERIMA KASIH DAN SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI MAHKAMAH

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->